ASPIRASI / INSPIRASI

Ilmu Massa, Turath, Sejarah. Analisa Kajian Budaya Pemikir. Peradaban Insani Kalbu Akal Mencerah. Hakikat Amal Zikir Dan Fikir. Ilmu, Amal, Hikmah Menjana Pencerahan. Ulul-Albab Rausyanfikir Irfan Bistari. Tautan Mahabbah Mursyid Bimbingan. Alam Melayu Alam Islami Tamadun Melayu Peradaban Islami. Rihlah Ilmiah Menjana Pencerahan Pemikiran, Kefahaman & Ketamadunan (Ilmu,Amal,Hikmah & Mahabbah) - Inspirasi: Rizhan el-Rodi

Syekh Al-Azhar yang ke-44



-->



Al-Imam al-Akhbar Syeikhul al-Azhar Prof Dr Syekh Ahmed Mohamed al-Tayeb dilantik sebagai ketua al-Azhar yang baru iaitu Syeikh al-Azhar yang ke-44 tahun 2010 sejak penubuhannya pada 359H/970M yang mana 17 syekhnya bermazhab Syafei, 16 syekh mazhab hanafi, 10 syekh mazhab Maliki, Kini al-Azhar sudah berusia melebihi 1050 tahun. Merupakan institusi pengajian Sunni yang terbesar dan muktabar di dunia hari ini.

Syekh Amad al-Tayeb berasal dari Murasyida, Dishna, Qarna, al-Aqsar (Luxor), Mesir yang dilahirkan pada 1 Januari tahun 1946 dan kini usianya menjangkaui lebih 64 tahun. Berketurunan ahli bait dari keturunan Saidina Hassan bin Saidina Ali. Bermazhab al-Maliki dan bertasawuf Tariqat Al-Ahmadiah al-Khalwatiah. Beliau juga merupakan Syekh Tariqat al-Ahmadiah al-Khalwatiah.

Berkelulusan : B.A. Usuluddin, M.A. Akidah & Falsafah dan PHD Akidah & Falsafah, Universiti al-Azhar. Beliau seorang yang fasih berbahasa Perancis dan bahasa Inggeris. Alim dalam bidang tasawuf, akidah, Falsafah dan Fiqh 4 mazhab.

Beliau pernah bertugas sebagai pensyarah di Universiti U.A.E, Universiti Qatar dan Dekan Fakulti Usuluddin, Universiti Islam Antarabangsa Islamabad, Pakistan dan juga Pusat Thaqafah Islam di Paris, Perancis. Dan juga pernah menjawat Dekan Fakulti Bahasa Arab dan Pengajian Islam, al-Azhar cawangan Aswan, Mesir. Mufti Besar Mesir dari tahun 2002-2003 dan seterusnya Rektor Universiti al-Azhar as-Syarif. Beliau pernah datang ke Malaysia pada tahun 2008 sempena Multaqa Alumni al-Azhar yang diadakan di Kuala Lumpur. Dari segi protokol antarabangsa Syekh al-Azhar adalah bertaraf Perdana Menteri.Beliau tersenarai sebagai antara 500 tokoh muslim paling berpengaruh di dunia dan The 50 Most  Influential Muslims oleh RISSC.

Antara penulisan beliau ialah :

Al-Wilayah WalNubuwwah Inda Ibn Arabi
Al-Wujud wal Mahiah min al-Kitab al-Muwafaq
Mafhum al-Harakah baina al-Falsafah al-Islamiah wa al-Marksiah.
Madkhal lidirasah al-Mantiq al-Qadim
Usul Nazariah al-Ilm inda al-Asyaari
Fi al-Falsafah al-Islamiah Bi al-isytirak maa al-Akhariin.
Al-Thurath wa Tajdid
Nur Muhammad
Hakikat Muhammadiah
Terjemahan karya berbahasa Perancis kepada bahasa Arab terutamanya yang berkaitan Syekh Ibn Arabi

Beliau juga merupakan Anggota Tertinggi :

Persatuan Falsafah Mesir
Majlis Tertinggi Hal Ehwal Islam Mesir
Institut Penyelidikan Islamiah al-Azhar