ASPIRASI / INSPIRASI

Ilmu Massa, Turath, Sejarah. Analisa Kajian Budaya Pemikir. Peradaban Insani Kalbu Akal Mencerah. Hakikat Amal Zikir Dan Fikir. Ilmu, Amal, Hikmah Menjana Pencerahan. Ulul-Albab Rausyanfikir Irfan Bistari. Tautan Mahabbah Mursyid Bimbingan. Alam Melayu Alam Islami Tamadun Melayu Peradaban Islami. Rihlah Ilmiah Menjana Pencerahan Pemikiran, Kefahaman & Ketamadunan (Ilmu,Amal,Hikmah & Mahabbah) - Inspirasi: Rizhan el-Rodi

UPSI tubuh institut perkasakan Perlembagaan

UPSI tubuh institut perkasakan Perlembagaan

TANJUNG MALIM 30 Mei - Institut Kesultanan Melayu yang ditubuhkan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk memperkasakan kedaulatan serta Perlembagaan Persekutuan dijangka mula beroperasi tahun depan.

Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Aminah Ayob berkata, penubuhan institut itu penting pada era moden ini terutama selepas kemunculan pihak-pihak tertentu yang cuba mencabar perkara asas yang termaktub di dalam Perlembagaan.

"Institusi Kesultanan Melayu sejak sebelum merdeka lagi merupakan payung negara yang terbukti berjaya menjaga kepentingan semua rakyat dengan penekanan terhadap Melayu dan Islam seperti terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Jadi, institusi raja-raja Melayu masih signifikan untuk dipertahankan demi menjaga kemakmuran semua rakyat tanpa mengira keturunan dan agama kerana saya pernah terbaca laporan ada pihak yang mahu menukar sistem negara kepada sebuah republik," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas menandatangani surat hasrat (LOI) dengan lapan universiti dari Indonesia dalam bidang kerjasama pendidikan di UPSI, hari ini.

Menurut Aminah, pihaknya sedang menyiapkan kertas konsep mengenai institut yang sedang diusahakan penubuhannya itu sebelum dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja bagi mendapat perkenan.

Katanya, penubuhan institut itu berjalan lancar dan disokong sepenuhnya oleh kerajaan negeri.

"Golongan pendidik yang akan dihasilkan oleh UPSI terutama menerusi Institut Kesultanan Melayu nanti diharap boleh menyampaikan kepentingan dan kelebihan sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan kepada generasi muda negara," katanya.

http://utusanonline.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0531&pub=utusan_malaysia&sec=Kampus&pg=ka_05.htm&arc=hive