Ancaman fahaman-fahaman Asing Terhadap Akidah Ahli Sunnah Wal
Jamaah Di Malaysia
Oleh:
Al-faqir
ila’Llah Muhammad ‘Uthman El-Muhammady
[23 April
2011 – Sabtu]
Bahagian I:
Beberapa
Fahaman dan Aliran Yang Menyeleweng Dari Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
Bahagian II:
Cabaran-cabaran
Terhadap Ahli Sunnah Wal-Jamaah Yang Timbul Daripada Aliran-Aliran Yang
Menyeleweng Daripadanya dan Jalan Ke Hadapan
*********************
Bahagian I:
Beberapa Fahaman
dan Aliran Yang Menyeleweng Dari Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
A. Tujuan
perbincangan ini ialah
1.Untuk
memberi huraian ringkas berkenaan dengan ajaran Islam Ahli Sunnah wal-Jamaah
yang merupakan ajaran arusperdana Islam semenjak mula-mulanya hingga sekarang.
2.Memahami
beberapa aliran dan aspek fahaman yang menyeleweng dari aqidah Ahli Sunnah Wal
Jamaah.
3.Mengenali
cabaran-cabaran yang timbul daripada aliran-aliran ini.
4.Tindakan
kita untuk terus jalan ke hadapan.
B. Apakah
itu Ahli Sunnah wal-Jamaah
1.Ianya
adalah ajaran dari zaman Islam Rasulullah dan para sahabat serta mereka yang
diakui sebagai contoh hidup keagamaan zaman tiga abad pertama sejarah Islam
2.Mereka
mengikut Quran, Sunnah Nabi, ijma’ atau persepakatan para ulama yang mampu
membuat keputusan tentang hukum agama terus daripada Quran dan hadith Nabi
dengan cara yang betul (dalam istilah ilmu Islam mereka disebut mujtahidin,
ramai, kalau seorang mujtahid).
3.Dalam
perkara iman dan keyakinan; mereka mengikut mazhab Imam al-Asy’ari dan
Maturidi.
4.Dalam
perkara-perkara hukum; mereka mengikut imam-imam mujtahid tersebut seperti di
Dunia Melayu mereka mengikut Imam Syafie, di Pakistan dan India mereka mengikut
Imam Hanafi, di Afrika Utara dan Andalusia zaman dulu mereka mengikut mazhab
Maliki, mereka yang di Semenanjung Arab mengikut Imam Hambali.
5.Dalam
perkara-perkara berkenaan dengan membentuk hati dan akhlak yang baik mereka
mengikut Imam Ghazali, termasuk Imam Junaid Baghdadi dan Imam Qusyairi.
C. Ajaran
dan amalan Ahli Sunnah
1.Ianya
berupa majoriti terbesar Muslimin di dunia hingga ke hari ini
2.Yang
mengikut aliran-aliran perpinggiran seperti Syiah dan Muktazilah dan lainnya,
sedikit sekali.
3.Kita
boleh katakan Islam di Madinah, Damasyiq, Baghdad, Andalusia, Afrika Utara,
Benua-kecil Indo-Pakistan, Dunia Melayu, semuanya Ahli Sunnah wal-Jamaah.
4.Dunia
telah mengenal Islam dalam Ahli Sunnah ini, bukan yang lain; yang lain adalah
golongan minoriti yang kecil.
5.Inilah
ajaran dan amalan yang dijamin oleh Allah dan Rasul dan para imam mujtahidin
dan ulama Ahli Sunnah. Berbahagialah mereka yang terus hidup dalam Ahli Sunnah,
amin.
D. Aliran-aliran
fahaman yang bercanggah:
Di akhir-akhir ini
Islam menurut ajaran dan amalan Ahli Sunnah tercabar dengan berkembangnya
aliran-aliran fahaman yang bercanggah dengannya. Antara fahaman-fahaman dan
aliran berfikir itu ialah seperti berikut:
1.Aliran
Syiah
2.Aliran
tidak ikut mazhab; pakai faham agama cara bersendiri atau mengikut pengarang
seperti Al-Bani
3.Aliran
mengikut Muhammad bin Abdul Wahhab (yang mengikutnya Albani)
4.Aliran
Islam liberal
5.Aliran
pluralisme (bahawa semua agama sama, sama-sama membawa kepada syurga [Islam,
Kristian, Hindu, Buddha, dan lain-lain, aliran Shinto, semuanya sama, membawa
ke syurga]).
6.Aliran
sekularisme
a. Aliran
Syiah:
Antara
ajaran-ajarannya:
1.tentang
imam-imam yang maksum tidak berdosa langsung,
2.para
sahabat Nabi s.a.w. menjadi murtad habis selepas wafat baginda, melainkan yang
tinggal hanya 3 orang atau 7 orang sahaja, yang lain habis kafir murtad.
Dijauhkan Allah.
3.Mereka
ada Qur’an Mushaf Fatimah katanya, mereka beramal dengan taqiyyah atau kepura-puraan
(dissimulation), mereka mengamalkan kahwin mut’ah, sehingga dengan isteri orang
pun boleh berkahwin mut’ah kata Khomeini dalam kitabnya Tahrir
al-Wasilah jilid 2.
4.Mereka
percaya kepada raj’ah, yakni sebelum kiamat berlaku, manusia akan hidup semula
dan imam Mahdi Syiah bernama Muhammad bin Hasan al-Askari akan menghukum mereka
yang tidak mengambil Ali sebagai imam. Bila semua telah dihukum baharulah
semuanya mati semula dan lepas itu baru berdiri kiamat.
b. Aliran
tidak pakai mazhab:
1.Mengajarkan
mengikut mazhab bidaah, nabi tidak buat, semua mesti mengikut Quran dan hadith,
lagi pula sekarang sudah senang kerana Quran dan hadith ada terjemahan; kita
boleh buat keputusan sendiri tak perlu ikut siapa-siapa;
2.Kita
hanya wajib ikut Rasulullah; dia maksum orang lain tidak maksum.
3.Kalau
ikut mazhab boleh membawa kepada syirik dan kufur sebab ibaratnya seperti
‘beribadat’ kepada mereka (ibadadatul-ahbar wa ‘r-rahban) (عبادة الاحبار والرهبان).yakni seperti menyembah orang
alim, menyembah orang soleh.
c. Aliran
Wahhabiah:
1.Mengajarkan
jangan mengikut mazhab, ikut sahaja pengarang seperti Nasir al-Bani, Abu Aminah
Bilal Philips, Abdul Aziz bin Baz, Uthaimin dan yang seperti mereka.
2.Qunut
adalah bidaah, demikian pula bidaah membaca Ya Sin malam Jumaat, membuat tahlil
arwah, mengadakan majlis maulid, membaca talkin bila orang mati, membuat tahlil
arwah, membaca wirid ramai-ramai selepas sembahyang, kemudian mengaminkan doa
imam beramai-ramai, mengaji tasawwuf bidaah dan sesat, demikiian seterusnya.
Dan bila orang membuat bidaah-bidaah seperti ini mereka masuk neraka. Dijauhkan
Allah.
3.Dulu
dipanggil kaum muda sekarang dipanggil salafi.
4.Mana-mana
tempat ada fahaman ini ada berlaku perkelahian bahkan tumbuk menumbuk. Bahkan
bila teruk berlaku bunuh membunuh.
Lihat kenyataan
Syeikh Al-Azhar:
(الاثنين 04 ابريل 2011
مصرحًا بأن عقيدته أشعرية صوفية.. شيخ الأزهر يصف السلفيين بالخوارج
مفكرة الاسلام: أقر الدكتور أحمد الطيب شيخ الأزهر أن عقيدة الأزهر الشريف هى عقيدة الأشعرى والماتريدى وفقه الأئمة الأربعة وتصوف الإمام الجنيد.
مصرحًا بأن عقيدته أشعرية صوفية.. شيخ الأزهر يصف السلفيين بالخوارج
مفكرة الاسلام: أقر الدكتور أحمد الطيب شيخ الأزهر أن عقيدة الأزهر الشريف هى عقيدة الأشعرى والماتريدى وفقه الأئمة الأربعة وتصوف الإمام الجنيد.
[Dr Ahmad
al-Tayyib menegaskan bahawa akidah al-Azhar yang mulia adalah akidah Imam
Asyari dan al-Maturidi, fiqhnya ialah fiqh imam empat mazhab, dan tasawwufnya
adalah tasawwuf imam al-Junaid]
وفي هجوم جديد على
الإسلاميين ادعى الدكتور الطيب أن من أسماهم “السلفيين الجدد” هم خوارج
العصر، محذرًا من وجود مخطط لاختطاف الفكر والمنهج الأزهرى الوسطى المعتدل
الذى حافظ الأزهر عليه لأكثر من ألف عام.
[Dalam satu
serangan baru ke atas setengah golongan Islam (yang bercanggah dengan al-Azhar)
Dr Al-Tayyib mendakwa bahawa mereka yang menamakan diri mereka itu ‘Golongan
Salafi yang “Strict”/Ketat) mereka itu adalah Khawarij zaman ini, serta dengan
beliau memberi peringatan tentang adanya langkah-langkah untuk
merosakkan/memusnahkan pemikiran mengikut kaedah al-Azhar yang menengah dan
seimbang yang al-Azhar menjaganya selama lebih daripada seribu tahun]
وبدون أن يقدّم
دليلاً اتهم الدكتور أحمد الطيب السلفيين في الهجوم على الأضرحة وما يسمى
“مقامات الأولياء”، وقال وفق صحيفة “الأهرام”:
“هذا العمل يخالف صحيح الإسلام
وأن
الازهر سيبقى أشعرى المذهب ومحافظًا على الفكر الصوفى الصحيح الذى انتمى إليه
عشرات من شيوخ الأزهر على مدى تاريخه“.
…Dan al-Azhar akan kekal dengan mazhab al-Asy’ari dan menjaga
pemikiran sufi yang sohih yang yang dinisbahkan kepadanya berpuluh-puluh
daripada syaikh-syaikh Azhar dalam perjalanan sejarahnya
أنصار الطائفة
الخلوتية يدعمون شيخ الأزهر
الجدير
بالذكر أن أنصار الطائفة الخلوتية التي يترأسها شيخ الأزهر الدكتور أحمد
الطيب كانت قد نظمت تظاهرة كبيرة تم الحشد لها من جميع المحافظات، رددت فيها
الشعارات المشهور تداولها في النظام السابق: بالروح بالدم نفديك
يا إمام !! وهو
ما أعاد إلى الواجهة واقعة الجمل الشهيرة إبان الثورة التي حاول النظام
السابق فيها إظهار وجود أنصار له ترفض تنحيته أو رحيله!!
جاء هذا التحرك بعد أن قام بضعة آلاف من أساتذة جامعة الأزهر ومشايخ وأئمة المساجد بمشيخة الأزهر على مدار الأيام السابقة بمظاهرة حاشدة مطالبين الإمام الأكبر ومفتي الديار المصرية بالقيام بدور فعلي في إصلاح الأزهر الشريف بعد أن تعرضت هذه المؤسسة للخذلان والتخريب في ظل النظام السابق وفي ظل الدور المتخاذل والضعيف الذي كانت تقوم به المشيخة في ذلك العهد.
وتضمنت هذه المطالب أن يتم تشكيل هيئة كبار العلماء وفق ضوابط محددة بعيدًا عن الانتقائية والطائفية وأن يكون اختيار كل من شيخ الأزهر ومفتي الديار بالانتخاب، إضافة إلى رئيس الجامعة وعمداء الكليات.
وندد آلاف المتظاهرين بما أسموه الموقف الشائن والمخذل للثورة الذي قام به كل من فضيلة شيخ الأزهر وفضيلة مفتي الديار المصرية ؛ حيث صدرت فتاوى رسمية تدعو إلى جواز ترك صلاة الجمعة والصلاة في البيوت فيما اعتبره الثوار محاولة لإفشال الدعوة إلى التظاهرات المليونية، واعتبروه نوعا من التمالؤ والتواطوء مع النظام الفاسد ضد الثورة.
جاء هذا التحرك بعد أن قام بضعة آلاف من أساتذة جامعة الأزهر ومشايخ وأئمة المساجد بمشيخة الأزهر على مدار الأيام السابقة بمظاهرة حاشدة مطالبين الإمام الأكبر ومفتي الديار المصرية بالقيام بدور فعلي في إصلاح الأزهر الشريف بعد أن تعرضت هذه المؤسسة للخذلان والتخريب في ظل النظام السابق وفي ظل الدور المتخاذل والضعيف الذي كانت تقوم به المشيخة في ذلك العهد.
وتضمنت هذه المطالب أن يتم تشكيل هيئة كبار العلماء وفق ضوابط محددة بعيدًا عن الانتقائية والطائفية وأن يكون اختيار كل من شيخ الأزهر ومفتي الديار بالانتخاب، إضافة إلى رئيس الجامعة وعمداء الكليات.
وندد آلاف المتظاهرين بما أسموه الموقف الشائن والمخذل للثورة الذي قام به كل من فضيلة شيخ الأزهر وفضيلة مفتي الديار المصرية ؛ حيث صدرت فتاوى رسمية تدعو إلى جواز ترك صلاة الجمعة والصلاة في البيوت فيما اعتبره الثوار محاولة لإفشال الدعوة إلى التظاهرات المليونية، واعتبروه نوعا من التمالؤ والتواطوء مع النظام الفاسد ضد الثورة.
ثوار
التحرير يطالبون بإقالة شيخ الأزهر
وكان
أعضاء المجلس الأعلى للأزهر قد شاركوا في المظاهرة الحاشدة التي شهدها ميدان
التحرير بوسط القاهرة الجمعة، للمطالبة بإقصاء رموز النظام السابق، ومحاكمة
المتهمين بالفساد.
وذكرت مصادر مطلعة أن المتظاهرين طالبوا بإقالة الدكتور أحمد الطيب شيخ الأزهر بعد أن اتهموه بالتعسف ضد العاملين والموظفين بالمشيخة، واتهموا أتباعه بأنهم قاموا بالتعدي عليهم الأربعاء الماضي وقاموا بتحرير محضر ضده بقسم الجمالية مطالبين بتطهير الأزهر من فلول النظام السابق.
وذكرت مصادر مطلعة أن المتظاهرين طالبوا بإقالة الدكتور أحمد الطيب شيخ الأزهر بعد أن اتهموه بالتعسف ضد العاملين والموظفين بالمشيخة، واتهموا أتباعه بأنهم قاموا بالتعدي عليهم الأربعاء الماضي وقاموا بتحرير محضر ضده بقسم الجمالية مطالبين بتطهير الأزهر من فلول النظام السابق.
d. Islam
Liberal:
1.Fahaman
ini mengajarkan tidak ada hukum Allah, tetapi yang ada ialah budaya
2.Kita
tidak wajib mengikut fiqh klasik sebab itu adalah pemikiran manusia zaman dulu
3.Semua
agama membawa kebenaran
4.Wahyu
tidak putus, wahyu masih ada, orang yang menulis dalam surat khabarpun mendapat
wahyu, wahyu dalam erti fikiran; yang tidak ada hanya wahyu verbal, yang ada
pada orang menulis pada surat khabar adalah wahyu ‘non-verbal’.
5.Orang
Islam berkahwin boleh dengan orang yang beragama lain; itu disebut perkahwinan
lintas agama.
6.Lihat
laman web ‘JIL;-jaringan Liberal Islam’ akan didapati banyak
maklumat-maklumat pelik yang membawa kepada kekufuran. Dijauhkan Allah.
e. Aliran
sekuklarisme:
Cara berfikir dan
bertindak yang mengecualikan secara total agama dari semua ruang awam tanpa
kecuali (lihat takrif sekluarisme oleh George Holyoake).
f. Aliran
pluralisme agama:
1.Aliran
ini mengatakan bahawa semua agama sama, sama benar, semuanya membawa kepada
syurga;
2.Orang
Islam tidak boleh mengaku ia mempunyai kebenaran, sebab semuanya benar. Maha
suci Allah.
3.Kalau
demikian apa gunanya Nabi s.a.w. datang dan membuat pembetulan atas agama
Kristian dan Yahudi di zamannya?
4.Apa
ertinya tokoh-tokoh seperti al-Ghazali membela kebenaran Islam berdepan dengan
ajaran-ajaran yang tidak benar?
5.Apa
ertinya Solah a-Din al-Ayyubi berjihad masa Perang Salib kalau semuanya benar
membawa ke syurga? Maha suci Allah.
Kesimpulannya kita mesti
kekal dalam agama Islam mengikut Ahlissunnah wal-Jamaah sebab itu yang menjamin
kebahagiaan di dunia dan di akhirat; itulah yang menjadi pegangan ulil-amri
negeri ini bermula daripada Agung sampai kepada rakyat jelata. Amin.
E. Beberapa
Persoalan:
i. Tentang
Berimamkan Orang Dalam Sembahyang
1.Kalau
kita mengetahui orang itu jatuh ke dalam kekufuran kerana percakapannya, atau
perbuatannya, atau iktikadnya yang dia beritahu kepada kita, kita tidak boleh
berimamkannya.
2.Kalau
tidak jatuh ke dalam kekufuran tetapi ke dalam maksiat, masih kita sah
berimamkan dia dalam sembahyang, walaupun yang afdhalnya kita berimamkan orang
yang soleh.
ii. Tentang
fahaman yang mengatakan amalan Islam tinggal di rumah di tempat kerja kita
tidak bawa Islam. Islam hanya di rumah.
Kita mesti beramal
dengan agama kita di mana kita berada; sebab Allah melihat di mana kita berada.
Lagi pula Islam adalah cara hidup yang lengkap, bukan berbicara tentang
sembahyang dan puasa dan terhenti setakat itu sahaja.
iii. Tentang soalan
apakah yang perlu dilakukan selepas mendengar ceramah dan penerangan seperti
ini.
1.Selepas
mendengar ceramah dan faham hendaklah beramal dengan apa yang didengar, bermula
dengan perkara-perkara yang wajib dahulu, dan mengelak daripada perkara yang
dilarang, seperti mulai dengan sembahyang, puasa Ramadhan, membayar zakat, dan
seterusnya.
2.Mesti
mengawal diri sabar meninggalkan perbuatan yang ditegah; mesti meninggalkan
ajaran yang salah dan bertaubat seperti ia berkata “ya Allah aku bertaubat daripada
berpegang kepada i’tikad yang mengatakan sabahat-sahabat kafir dan aku mengucap
‘ashhadu alla ilaha illah…”
iv. Soalan tentang
bagaimana caranya fahaman-fahaman yang bercanggah dengan Ahli Sunnah itu
menyusup masuk ke dalam masyarakat Islam
Fahaman itu boleh
masuk melalui mendengar ceramah ilmu sesat itu daripada orangnya, atau kerana
terpengaruh dengan bacaan tentang ilmu itu, atau melalui pengaruh kawan-kawan;
ataupun mungkin kerana diumpankan dengan wang, maka orang yang terumpan
terhutang budi; atau ditawarkan peluang berkerja, atau ditawarkan peluang
melanjutkan pengajian diberi biasiswa ditanggung (seperti yang dibuat oleh
Syiah dan Wahhabi, bahkan Amerika).
v. Soalan tentang
Interfaith Council atau Suruhanjaya Antara Agama-agama
1.Interfaith
Council (IFC) atau Suruhanjaya Antara Agama-agama kalau dibiarkan ada dan
berjalan, ia membawa kepada meletakkan agama Islam setara dengan sistem-sistem
kepercayaan lain, dan dengan itu ia berlawanan dengan Quran, Sunnah dan ijma’.
2.Dalam
Negara ini tidak mungkin sebab hanya Islam agama persekutuan, yang lain-lain
diberi kebebasan diamalkan dalam aman dan sejahtera (in peace and
security) jangan dengan cara yang tidak damai dan tidak sejahtera.
vi. Soalan
berkenaan bagaimana fahaman-fahaman yang menyeleweng itu membahayakan
keselamatan Negara.
1.Tentang
fahaman yang menyeleweng dan bahaya kepada keselamatan Negara: kalau fahaman
itu seperti Wahhabiah, maka dalam Wahhabiah ada fahaman yang menganggap negeri
orang Islam sebagai negeri syirik, kerana mengamalkan demokrasi;
2.Kerana
demokrasi, kata mereka, mengambil alih kuasa Tuhan membuat peraturan, maka
syirik itu; dengan itu mereka anggap boleh berontak menentang kerajaan;
3.Lihat
bagaimana mereka memberontak menentang kerajaan Uthmaniah Turki; atau mereka
boleh kata: negera sekular, bukan Islamik, kita berontak, walhal dalam Ahli
Sunnah haram menentang ulil-amri kecuali ulil-amri itu kafir dengan nyata
seperti ia menyembah berhala, atau membatalkan hukum Islam, seperti membatalkan
puasa kerana katanya merugikan tenaga kerja, mengurangkan produksi negara; atau
membatalkan haji kerana rugi tukaran asing (foreign exchange); kalau tidak,
haram menentangnya;
4.Kalau
hendak diberi pendapat yang berguna, ianya, secara al-din al-nasihah yakni
agama adalah nasihat yang ikhlas dan berguna, atau agama adalah keceriaan murni
yang gigih (active attitude of sincere concern) itu dengan mengikut saluran
yang betul. Demikian seterusnya.
5.Kalau
Wahhabi yang demikian tentu berbahaya atas keselamatan Negara; demikian juga
Syiah, sebab dalam ajaran mereka negara yang sah hanya negara di bawah Imam
Maksum, yang lain tidak; dan fahaman itu boleh membawa kepada pemberontakan;
bila pemerintah mengeluarkan arahan tidak didengarnya.
vii. Soalan
bagaimana cara tindakan yang perlu diambil kalau kaum kerabat sendiri terlibat
dalam ajaran menyeleweng daripada Ahli Sunnah
Kalau kita camkan
benar-benar sahih ia beramal dengan ilmu yang salah;
1.Kita
perlu cari orang yang ada ilmu untuk membawanya ke jalan yang lurus dengan cara
yang lemah lembut dan nasihat yang memikat hati,
2.Atau
kita berikan kepadanya buku yang memberi penerangan yang betul tentang
perkara-perkara yang membawanya kepada kesesatan;
3.Atau
kita cuba selesaikan perkara itu dalam kalangan keluarga dahulu; kalau tidak
ada jalan barulah kita meminta pertolongan orang yang bukan keluarga;
4.Kalau
ia degil kita akhirnya terpaksa laporkan kepada pihak jabatan agama. Itu kalau
tidak ada jalan lain lagi.
viii. Soalan
tentang bagaimana cara mengecam yang orang-orang itu beramal dengan ajaran yang
menyeleweng, cara mengenalnya.
Kalau Syiah kita
boleh cam:
1.ia
sembahyang sujud atas tanah atau batu yang dibawanya; atau bila ia memberi
salam dalam sembahyang dia menepuk-nepuk pahanya;
2.atau
dia suka mencela sahabat nabi, seperti Abu Bakar, Umar dan Aisyah – Allah
meredhai mereka semua.
3.Atau
ia tambah dalam azan ‘wa ashhahu anna Ali waliyullah’ , ertinya aku menyaksikan
bahawa Ali waliyullah, atau ia kata hayya ala khairil-amal,
marilah kepada amalan yang sehabis baik, sebagai gantihayya alal-solah,
dan lain-lain di bawah akidah; atau ia bercakap tentang kahwin mutaah dan
fadhilat-fadhilatnya mengikut ajaran Syiah walhal ia haram mengikut ijma’;
4.atau
ia jamak Zohor dengan Asar dan Maghrib dengan Isya’ walaupun bukan kerana
musafir atau sakit atau kerana sebab-sebab lain.
ix. Soalan
berkenaan dengan bergaul dengan mereka yang mengamalkan ajaran-ajaran seumpama
itu, adakah kita menjauhi mereka?
1.Kalau
kita bergaul dengan mereka kita boleh mempengaruhi mereka ke jalan yang baik,
kerana kita ada pengetahuan dan amalan yang teguh, kita boleh bergaul;
2.Kalau
merasa diri agak lemah, dan orang yang berkenaan kuat, berpengaruh, pandai
mempengaruhi orang dan kita tidak mampu menepis pengaruhnya, kita elak daripada
bergaul dengannya;
3.Kita
bergaul dengan orang yang kuat membawa kita kepada kebaikan.
Bahagian II:
Cabaran-cabaran
Terhadap Ahli Sunnah Wal-Jamaah Yang Timbul Daripada Aliran-Aliran Yang
Menyeleweng Daripadanya dan Jalan Ke Hadapan
Cabaran-cabaran
yang timbul daripada aliran-aliran yang bukan daripada Ahli Sunnah itu adalah
seperti berikut:
A. Cabaran
dari Syiah
1.Cabaran
akidah
·Cabaran
akidah kerana ia mengajar tentang Imam maksum yang lebih daripada Nabi dan
rasul (melainkan nabi Muhammad salla’Llahu alía wa sallam)
·Kerana
ia mengajar tentang ada Quran Siti Fatimah (Mushaf Fatimah)
·Kerana
akidah sahabat menjadi kafir selepas wafat Rasulullah
·Kerana
akidah raj’ah
·Kerana
menganggap orang Ahli Sunnah kafir
2.Cabaran
syariat daripadanya – kerana ajaran tentang kahwin mutaah
3.Cabaran
hidup akhlak – kerana sikap menghina orang Ahlisunnah, kata mereka orang
Ahlisunnah nawasib (نواصب)
ertinya yang paling hina dalam dunia harus dibunuh
4.Cabaran
terhadap keselamatan negara dan masyarakat-kerana anggapan mereka kerajaan
tidak sah de jure, yang sah kerajaan Syiah di bawah imam maksum (Syariah
superstate under the infallible imam)
B. Cabaran
daripada aliran tidak mengikut mazhab
1.Cabaran
akidah
·Sebab
kecelaruan akidah yang tidak dipandu oleh akidah Ahli Sunnah, dibimbangi mereka
memahami ayat-ayat Quran dan hadith yang mutasyabihat mengikut zahir lafaznya
·Menuduh
orang lain kafir kerana menolak sifat Tuhan cara mereka fahami secara literal –
menolak sifat dua puluh yang diterima ijma’ ulama dalam Ahlisunnah.
2.Cabaran
Syariat – berlaku kecelaruan mengikut syariat dan memahaminya sebab mereka
memahami sendiri ayat-ayatnya walhal pengetahuan sebagaimana yang diajar dalam
Ahli Sunnah kekurangan, tetapi mereka sangat berani memberi pendapat (ada kisah
berkenaan orang yang menuduh ulama dulu tidak ‘educated’ ‘they just wrote down
what they heard’ kemudian bila dia ditanya tentang erti hadith, satunya yang
menyatakan Nabi s.a.w. sembahyang sunat lepas Asar, satunya yang melarang
sembahyang sunat selepas sembahyang Asar, akhirnya ia berkata ‘saudara ini
complicated, I don’t know)
3.Cabaran
kemasyarakat – berlaku kekeliruan dalam hidup masyarakat sebab kurang panduan
yang mengikut tertib dan disiplin, masing-masing membawa penafsiran sendiri,
membuat hukum sendiri; sebelum mufti bersidang dia sudah berfatwa konon seperti
hendak ‘jump
the gun’.
C. Cabaran
cabaran hidup ilmiah
Kekacauan dalam
hidup ilmiah tentang Islam sebab metodologi ilmu Ahli Sunnah tidak diikut.
D. Cabaran
dari aliran Wahhabiah
1.Cabaran
akidah
·Akidah
rosak menjadi mujjassimah – Tuhan berjisim
·Menjadi
musyabbihah-menyamakan Tuhan dengan makhluk
·Boleh
membawa kepada kekufuran kerana itu (dijauhkan Allah)
·Menuduh
orang bertawassul sebagai kafir, kata mereka menyeru kepada orang yang sudah
mati.
2.Cabaran
Syariat
·Berlaku
kekeliruan yang tidak menentu dalam memahami syariat sebab tidak ada panduan
metodologi yang tersusun rapi
·Membawa
kepada perpecahan dan perkelahian sebagaimana yang boleh disaksikan
·Tidak
taat kepada ulil-amri
3.Cabaran
akhlak-akhlak: mereka yang mengikut aliran ini biasanya kasar-bahasa yang
digunakan iala bahasa kafir-Islam, bahasa sunnah-bidaah, bahasa negara
kafir-negara Islam, bahasa salafi-bukan salafi, perang mengkafirkan dan
membidaahkan orang, dan perang menggunakan kekerasan (seperti bertumbuk).
4.Cabaran
hidup kerohanian
·Bahaya
kepada hidup rohaniah
·Mereka
menolak tasawwuf bahkan mengkafirkan orang tasawwuf
·Mengkafirkan
ibn Arabi
·Menuduh
orang tasawuf berakidah kufur kerana hulul (menganggap Tuhan berada dalam diri
manusia)
·Menuduh
orang tasawwuf berakidah wahdatul-wujud yang mereka faham bererti makhluk
adalah Tuhan
·Menuduh
orang tasawwuf tidak taat kepada syariat dan sunnah sebab semua Tuhan
·Sebab
itu golongan ini kasar akhlak dan adabnya, bahasanya juga biasanya kasar
seperti bahasa yang digunakan oleh Nasir al-Din al-Albani dan Syeikh Uthaimin
dan yang seperti mereka.
·Cabaran
keselamatan negara dan masyarakat
5.Cabaran
dalam perkembangan budaya-cabaran budaya yang membawa kepada mentaliti
hitam-putih, menolak pemikiran yang bersifat falsafah kerana ini disangka
bidaah dhalalah/sesat semua sekali, bukan dari ajaran nabi
E. Cabaran
daripada Islam Liberal:
1.Cabaran
akidah – konsep wahyu Qur’an ditambah dengan wahyu yang non-verbal katanya.
2.Cabaran
Syariat-tidak ada hukum Tuhan kata mereka, yang ada budaya, kita mesti fikir
sendiri undang-undang, tidak tertaaluk lepada fikah dan usul al-din.
3.Cabaran
hidup rohaniah: cabaran tidak patuh kepada peraturan Syarak-membawa kepada
ibadat tidak sah, perkahwinan tidak sah, dan pembahagian harta pesaka tidak
sah.
4.Cabaran
akhlak: akhlak golongan liberal longgar sebab ajaran akhlak yang murni
sebagaimana yang ada dalam Quran dan Sunnah hilang kesannya atas orang
ramai-dibimbangi kemerosotan akhlak yang parah, membawa kepada kerosakan
peribadi, rumahtangga dan masyarakat.
5.Cabaran
kerukunan masyarakat dan negara: ekoran daripada perkara di atas keselamatan
negara dalam bahaya kalau orang ramai berpegang kepada aliran ini. Hidup
keluarga dan masyarakat tidak tersusun dan damai serta teratur; berlaku
kekeliruan nilai dan tindakan yang tidak seragam. Bagi Islam dalam Malaysia ia
paling berbahaya, sebab negara yang berbilang kaum, bila Muslim yang majoriti
terpecah kerana aliran liberal ia membawa implikasi yang paling membimbangkan
masa depannya.
6.Cabaran
keselamatan negara.
7.Cabaran
hidup bertamadun dan budaya-hidup budaya bercelaru tanpa panduan yang tetap.
Timbul kekacauan dalam memahami hukum dan moral.
F. Cabaran
aliran sekularisme:
1.Cabaran
akidah: cabaran kekufuran kerana menolak agama dan ajaran agama dalam ruang
awam – tetapi yang berlaku di Malaysia bukan sekularisme Barat totok sebab
agama ada dalam ruang awam.
2.Hanya
agama banyak yang perlu diusahakan dalam ruang awam supaya berjaya, walaupun
banyak yang sudah berjaya diusahakan seperti dalam kewangan dan undang-undang
serta pendidikan.
G. Cabaran
aliran Pluralisme agama:
1.Cabaran
akidah sebab ia bercanggah dengan Quran tentang kedatangan Islam memansukhkan
syariat-syariat lain.
2.Cabaran
menolak kebenaran Islam yang mutlak.
3.Cabaran
Syariat: Penghayatan Syariat Islam tidak menjadi kewajipan yang ditanggung
dengan serius sebab ada lagi yang yang benar bukan ia sahaja –maka kesetiaan
kepada syara’ terjejas.
4.Cabaran
akhlak: -Akhlak Islam menjadi longgar – ini boleh diperhatikan daripada
perkembangan moral yang longgar di kalangan golongan pluralis (apa lagi bila ia
bergabung dengan golongan feminis Barat yang mengikut falsafah
pascamodernisme).
5.Cabaran
keselamatan negara: bila orang terpengaruh dengan pluralisme agama, maka
kesetiaan kepada agama Islam yang menjadi negara persekutuan sudah menjadi
tugas yang ditanggung, menjadi ringan, kesetiaan kepada ulil-amri yang diajar
dalam Islam terjejas, dengan itu terjejas keselamatan negara.
Jalan Ke Hadapan
1.Perlu
diberi pendedahan yang memadai dan berkesan tentang Ahli Sunnah kepada semua
peringkat ahli masyarakat.
2.Pendedahan
tentang kemestian mengikut Ahli Sunnah dan hujah-hujahnya serta
kebaikan-kebaikannya.
3.Juga
bahaya kalau tidak mengikutnya.
4.Bahaya-bahaya
yang terkandung dalam aliran-aliran pemikiran lain dalam negara.
5.Jawapan-jawapan
terhadap persoalan-persoalan yang ditimbulkan oleh aliran-aliran yang
menyeleweng perlu didedahkan kepada semua peringkat masyarakat.
6.Golongan
agama mesti bersatu padu dalam memberi penerangan kepada orang ramai dan jangan
menangguk di air yang keruh kerana sebab-sebab peribadi atau kelompok
7.Keperluan
institusi keluarga, masjid dan sekolah dimanfaatkan bagi menyampaikan kesedaran
kepada semua pihak, dengan kerjasama semua pihak: kerajaan, NGO, media, para
pendidik dan seterusnya.
Wallahu a’lam.
SUMBER: