ASPIRASI / INSPIRASI

Ilmu Massa, Turath, Sejarah. Analisa Kajian Budaya Pemikir. Peradaban Insani Kalbu Akal Mencerah. Hakikat Amal Zikir Dan Fikir. Ilmu, Amal, Hikmah Menjana Pencerahan. Ulul-Albab Rausyanfikir Irfan Bistari. Tautan Mahabbah Mursyid Bimbingan. Alam Melayu Alam Islami Tamadun Melayu Peradaban Islami. Rihlah Ilmiah Menjana Pencerahan Pemikiran, Kefahaman & Ketamadunan (Ilmu,Amal,Hikmah & Mahabbah) - Inspirasi: Rizhan el-Rodi

Said Nursi


Badiuzzaman Said Nursi dilahirkan di perkampungan Nurs di Wilayah Bitlis, yang terletak di timur Anatolia pada tahun 1876M, iaitu tahun Sultan Abdul Hamid II menaiki takhta pemerintahan Uthmaniyyah. Beliau yang kemudiannya diberi gelaran Badiuzzaman (Keagungan Zaman) berketurunan Kurdi dan tidak bertutur di dalam Bahasa Turki, hinggalah beliau berhijrah ke bandar Van.


Semasa di Van, beliau telah membuat analisa terhadap tahap kefahaman masyarakat tempatan, khususnya kaum Kurdi terhadap Islam. Akhirnya beliau membuat kesimpulan bahawa beliau berkewajipan untuk belajar ilmu-ilmu Sains supaya dapat disinergikan dengan ilmu teras Islam yang lain. Badiuzzaman Said al-Nursi telah meluangkan masa belajar dengan tekun ilmu Geografi, Fizik dan Falak.Beliau menekankan ilmu Tasawuf di samping ilmu lain kerana ianya roh Islam. Beliau sendiri mengamalkan tariqat al-Naqsyabandiah.


Beliau seterusnya mengusahakan agar ilmu Sains ini diajar seiringan dengan ilmu agama agar mereka yang tidak dapat memahami kecuali melalui ‘bahasa Sains’ akan dapat juga sampai kepada hakikat Iman.


Ketika berlakunya kucar kacir besar-besaran di Istanbul pada 13 April 1909 yang membawa kepada tersingkirnya Sultan Abdul Hamid II dari takhta Khalifah, Parti Ittihad ve Terakki telah pun menguasai negara. Mereka telah menangkap ramai sarjana Islam dan diheret ke muka pengadilan. Di antara mereka itu ialah Badiuzzaman Said al-Nursi. Tetapi disebabkan oleh kepintarannya berhujah, mahkamah gagal mensabitkan beliau dengan sebarang pertuduhan, dan akhirnya dibebaskan.


Badiuzzaman Said al-Nursi juga pernah pergi ke Syam (Damascus) dan menyampaikan khutbahnya di Masjid al-Umawi di sana. Khutbah yang disampaikannya di situ dikenali sebagai al-Khutbah al-Syâmiyyah, menjelaskan tentang sebab-sebab kemunduran umat Islam sebagaimana yang diperhatikannya.


Beliau juga telah secara sukarela menyertai Perang Dunia Pertama bersama-sama dengan 3000 orang anak muridnya. Mereka bertempur dengan tentera Russia yang bekerja keras menawan Bitlis. Selepas ramai tentera Russia terbunuh di satu pihak, serta tentera Islam dari kumpulan Turki dan Kurdi di satu pihak yang lain, akhirnya Bitlis jatuh ke tangan Russia. Badiuzzaman Said al-Nursi telah ditawan dan dipenjarakan. Akan tetapi, semasa di penjara itu, beliau tetap meneruskan kerjanya mengajar Islam kepada tawanan perang.


Badiuzzaman telah berjaya melepaskan diri dari tawanan tersebut dan melarikan diri ke Siberia. Kemudiannya beliau ke Eropah dan seterusnya pulang ke Istanbul melalui Warsaw, Berlin dan Vienna.
Di Istanbul, Enver Paşa yang merupakan Timbalan Menteri Pertahanan ketika itu telah mengurniakan Badiuzzaman Said al-Nursi pelbagai anugerah kehormat di atas jasanya memimpin orang ramai ke arah bangkit menentang penjajahan Russia. Enver Paşa juga telah melantik beliau menjadi anggota Darü’l-Hikmeti’l-Islamiye, sebuah akademi yang menghimpunkan sarjana Islam di Istanbul ketika itu.


Selepas berlakunya Perang Kemerdekaan dan berjayanya Turkish Grand National Assembly dibentuk, kabinet Atatürk telah menjemput Badiuzzaman menyertainya di Ankara. Jemputan itu diterima, namun selepas tibanya Badiuzzaman ke Ankara, dia tidak dapat bersekongkol dengan mereka kerana beliau mendapati anggota kabinet itu tidak patuh kepada Syariat Islam.
Beliau menegur Atatürk dan anggota kabinetnya, “tidak ada kebaikan yang boleh saya harapkan daripada golongan yang mengabaikan Solat!”Selepas itu, Badiuzzaman Said al-Nursi meneruskan kegiatannya berdakwah, mendidik masyarakat dan sentiasa berulang alik di antara penjara dan pembuangan, hasil tekanan yang dibuat oleh regim Atatürk.


Pada tahun 1935, kerajaan Republik Turki telah membuat pertuduhan terhadap Badiuzzaman bahawa kononnya beliau menubuhkan sebuah gerakan rahsia yang menentang pemerintah. Beliau telah didakwa di Mahkamah Eskişehir dan kemudiannya dibuang ke Kastamonu. Manakala pada tahun 1943, Mahkamah Denizli telah mendakwa Badiuzzaman Said al-Nursi bahawa beliau memimpin sebuah pergerakan rahsia yang bertujuan menggulingkan pemerintah, serta menuduh Atatürk sebagai ‘Dajjal dan Pembinasa Agama’. Pendakwaan itu berlangsung selama 9 bulan. Beliau akhirnya dibebaskan daripada pertuduhan tetapi ditahan daerah di Emirdağ, sebuah bandar di daerah Afyon.


Pada tahun 1952, Badiuzzaman tiba di Istanbul tetapi kemudiannya pulang semula ke Emirdağ dan di peringkat inilah, risalah-risalah karangannya, dikumpul dan ditulis dengan huruf Arab untuk disebarkan kepada orang ramai. Pengikut Badiuzzaman menjadi semakin ramai khususnya selepas tahun 1950 iaitu di era pemerintahan İsmet İnonu.


Penulisan Badiuzzaman telah menjadi pembimbing yang besar kepada umat Islam di Turki. Beliau menulisnya secara non linear iaitu mentafsirkan ayat-ayat al-Quran bukan mengikut susunan Surah atau Ayat. Sebaliknya berdasarkan kepada keperluan masyarakat menerusi isu-isu yang timbul dari semasa ke semasa. Beliau sendiri menggelar Risalahnya sebagai “penolak keraguan yang ditimbulkan oleh Syaitan-syaitan Jin dan manusia, serta pengukuh Aqidah kaum Muslim di jalan yang Haq dan betul”


Pada tahun 1960 Said al-Nursi berhasrat untuk berpindah dari İsparta ke Urfa. Di rehlah kali inilah, Badiuzzaman Said al-Nursi menghembuskan nafasnya yang terakhir selepas suatu perjalanan hidup yang panjang dan berliku, iaitu pada 23 Mac 1960 bersamaan 25 Ramadhan 1379. Beliau selamat dikebumikan di Urfa.


Akan tetapi pada 11 Julai 1960, Revolusi Tentera telah menggulingkan pentadbiran kabinet Adnan Menderes dan beliau sendiri dihukum gantung oleh pihak Tentera dengan alasan bersikap acuh tidak acuh di dalam mengekang kebangkitan semula golongan pro-Islam. Pada masa itulah, anggota revolusi telah mengarahkan supaya makam Badiuzzaman Said al-Nursi dibongkar dan jenazahnya dikeluarkan untuk dipindahkan ke İsparta. Di bandar itulah, Badiuzzaman Said al-Nursi bersemadi di suatu tempat yang tidak diketahui, hingga ke hari ini.
Badiuzzaman Said al-Nursi telah mewariskan hasil pemikirannya di dalam jumlah yang besar.
Badiuzzaman Said Nursi kembali ke rahmatullah pada pagi 23 hb. Mac, 1960

Antaranya ialah:
1.Rasâil al-Nur yang terdiri daripada 130 Risalah, terbahagi kepada:a.Sözler (al-Kalimât) yang terdiri daripada 33 Risalah.b.Mektubât, terdiri daripada 50 Risalah.c.Lem’ât, terdiri daripada 15 Risalah.d.Juzuk tambahan kepada Rasâil al-Nur iaitu Lâhika Kastamonu, Lâhika Emirdağ dan Lâhika Barla.
2.Tulisan-tulisan lain seperti İşaratü, Mesnevi-i Nuriye dan sebagainya
Dakwah yang dilakukan oleh Badiuzzaman Said al-Nursi menonjolkan kesungguhan beliau memecahkan kebekuan tradisi pengajian ilmu Islam, mendorong kepada penguasaan ilmu Syariat dan Sains dan saling mempergunakan kedua-dua ilmu tersebut ke arah memahami hakikat Iman.
Beliau tidak banyak mendatangkan perselisihan pandangan Ulama, sebaliknya banyak memfokuskan kepada meneroka pelbagai kaedah penyampaian demi membolehkan semua lapisan masyarakat dapat memahami mesej yang hendak diketengahkan.

Sultan Solahuddin al-Ayubi


Salahuddin al-Ayyubi: ( ) atau nama sebenarnya Yusuf bin Ayyub. Dilahirkan pada tahun 1137 atau 1938 menurut pendapat yang lain dan meninggal dunia pada tahun 1193. Beliau merupakan pengasas Dinasti Ayyubi bangsa Kurd di Mesir dan Syria.Di Barat beliau dikenali sebagai Saladin. Dia juga terkenal dalam kalangan penganut Nasrani dan Muslim dengan kebolehannya sebagai ketua dan ketangkasannya dalam peperangan yang disertai juga dengan sifat kesateriaan dan belas kasihannya semasa Perang Salib.KebangkitanTugu peringatan Salahuddin di Damsyik.


Salahuddin dilahirkan di dalam sebuah keluarga Kurdish di Tikrit dan dihantar ke Damsyik untuk menghabiskan pelajarannya. Ayahnya, Najm ad-Din Ayyub, ialah gabenor wilayah Baalbek. Selama 10 tahun Salahuddin tinggal di Damsyik di kawasan istana milik Nur ad-Din. Salahuddin menerima latihan ketenteraan daripada bapa saudaranya, Shirkuh yang juga ketika itu merupakan panglima kepada Nur al-Din dan sering mewakili Nur al-Din dalam kempennya menentang Kerajaan Fatimiyyah di Mesir sekitar tahun 1160. Salahuddin kemudiannya mewarisi tugas menentang Kerajaan Fatimiyyah (akhirnya tumpas) daripada bapa saudaranya dan dilantik menjadi panglima pada tahun 1169. Di sana, dia mengambil alih tugas sukar mempertahankan Mesir daripada diserang tentera Salib dibawah Kerajaan Latin Baitulmuqaddis pimpinan Almaric I.


Kemampuan Salahuddin diragui pada peringkat awal perlantikkannya sebagai panglima. Tiada sesiapa yang menyangka beliau dapat bertahan lama ekoran terdapat banyak perubahan dalam kerajaan dalam tahun sebelumnya seperti perebutan kuasa oleh gabenor-gabenor yang sedia ada dalam mendapat perhatian khalifah. Sebagai seorang ketua tentera asing dari Syria, Salahuddin tiada kuasa ke atas askar-askar Mesir yang terdiri daripada golongan Syiah yang ketika itu dipimpin oleh Khalifah Al-Adid.Apabila khalifah itu meninggal dunia pada bulan September 1171, Salahuddin mengarahkan para imam mengumumkan nama Khalifah Al-Mustadi (Khalifah Abbasiyyah di Baghdad) semasa solat Jumaat.


Sekarang, walaupun Salahuddin yang memerintah Mesir tetapi hanya sebagai wakil Nur ad-Din. Selepas dilantik menjadi pemimpin Mesir, Salahuddin melakukan perubahan terhadap ekonomi Mesir, menyusun semula angkatan tentera, dan menuruti nasihat ayahnya supaya mengelak daripada sebarang konflik dengan Nur ad-Din. Beliau menunggu sehingga Nur ad-Din meninggal dunia sebelum memulakan beberapa siri kempen ketenteraan. Pada awalnya terhadap beberapa kerajaan-kerajaan Muslim yang kecil kemudian ke atas tentera Salib. Dengan kewafatan Nur ad-Din pada tahun 1174, beliau menjadi Sultan Mesir.


Di Mesir semasa pemerintahannya, pusat tariqat sufi diberi sokongan dana bagi kemudahan dan pengamalan tariqat kerana ianya merupakan roh Islam dan merupakan rahsia kepada kekuatan umat Islam.


Beliau kemudian mengisytiharkan kemerdekaan daripada kerajaan Seljuk dan mengasaskan Kerajaan Ayubbiyyah. Beliau turut mengembalikan ajaran Sunah Waljamaah di Mesir.Menentang tentera SalibDalam dua peristiwa berbeza iaitu pada tahun 1171 dan 1173, Salahuddin berundur setelah satu siri serangan oleh tentera Salib. Salahuddin berharap bahawa Kerajaan Salib ini tidak diganggu selagi beliau tidak menguasai Syria. Nur ad-Din dan Salahuddin hampir-hampir berperang akibat daripada peristiwa tetapi dengan wafatnya Nur ad-Din pada 1174, perang ini dapat dielakkan. Waris Nur ad-Din iaitu as-Salih Ismail al-Malik hanya seorang kanak-kanak ketika dilantik bagi menggantikan ayahnya.


Walau bagaimanapun dia meninggal dunia pada tahun 1181.Sejurus selepas Nur ad-Din meninggal dunia, Salahuddin berarak ke Damsyik, dan setibanya beliau di sana, dia diberi sambutan sambutan yang meriah. Dia mengukuhkan kedudukannya dengan mengahwini balu Nur ad-Din. Walaupun Salahuddin tidak memerintah Aleppo dan Mosul (dua bandar yang pernah dikuasai Nur ad-Din), beliau dapat menggunakan pengaruhnya dan menguasai kedua bandar itu pada tahun 1176 (Aleppo) dan 1186 (Mosul).Sementara Salahuddin Al-Ayubbi menumpukan perhatiannya ke atas wilayah-wilayah di Syria, negeri-negeri Salib dibiarkan bebas, walaupun begitu beliau sering mencatatkan kemenangan ke atas tentera Salib di mana saja kedua-dua belah pihak bertempur. Beliau bagaimanapun tumpas dalam Perang Montgisard yang berlaku pada 25 November, 1177. Dia ditewaskan oleh gabungan tentera Baldwin IV dari Baitulmuqaddis, Raynald dari Chatillon dan Knights Templar.Keamanan di antara Salhuddin dan negeri-negeri Salib tercapai pada 1178. Salahuddin meneruskan serangannya pada 1179 selepas daripada kekalahannya dalam Perang Montsigard, dan dalam serangannya ke atas sebuah kubu kuat tentera Salib beliau berjaya menumpaskan tentera Salib. Walau bagaimanapun, tentera Salib terus menyerang orang-orang Muslim. Raynald dari Chatillon mengganggu laluan perdagangan dan haji orang Islam dengan kapal-kapal laut di Laut Merah. Raynald juga mengancam menyerang kota suci Islam yakni Kota Mekah dan Madinah menjadikannya orang paling dibenci dalam dunia Islam. Sebagai tindak balas, Salahuddin Al-Ayubbi menyerang Kerak, sebuah kubu Raynald pada tahun 1183 dan 1184. Raynald kemudian menyerang dan membunuh kabilah yang dalam perjalanan untuk menunaikan haji pada tahun 1185.Dalam bulan Julai tahun 1187, Salahuddin menyerang neger-negeri Salib. Pada 4 Julai 1187, beliau bertempur dalam Perang Hattin menentang gabungan kuasa Guy dari Lusignan (sebutan gi bukan guy), Raja Negeri-negeri Salib, dan Raymond III dari Tripoli. Tentera Salib yang letih dan dahagakan air mudah ditumpaskan oleh tentera Salahuddin. Kekalahan tentera Salib ini membei tamparan yang besar buat mereka dan menjadi satu titik perubahan dalam sejarah Perang Salib. Salahuddin berjaya menangkap Raynald dan beliau sendiri memancung kepala Raynald akibat kesalahannya. Raja Guy juga berjaya ditangkap tetapi beliau tidak dipancung.Empayar Salahuddin Al-Ayubbi dan wilayah kuasaannya ditunjukkan dalam warna merah; wilayah yang berjaya ditawan daripada tentera Salib dalam warna merah jambu. Warna hijau muda menandakan wilayah yang masih dikuasai tentera Salib.Selepas tamatnya Perang Hattin, Salahuddin berjaya merampas kembali hampir keseluruhan kota-kota yang dikuasai tentera Salib. Beliau berjaya menawan semula Baitulmuqaddis (Jerusalem) pada 2 Oktober tahun 1187 selepas hampir 88 tahun kota itu dikuasai tentera Salib (lihat Kepungan Baitulmuqaddis). Kecuali bandar Tyre tidak ditawan Salahuddin. Salahuddin membenarkan tentera dan masyarakat Kristian pergi ke sana. Kota itu sekarang diperintah oleh Conrad dari Montferrat. Dia mengukuhkan pertahanan Tyre dan berjaya menahan dua kepungan yang dilakukan oleh Salahuddin. Pada tahun 1188, Salahuddin membebaskan Guy dari Lusignan dan menghantar beliau kembali kepada isterinya iaitu Sibylla dari Baitulmuqaddis.Perang Hattin dan kejayaan tentera Muslim menawan semula Baitulmuqaddis mengakibatkan terjadinya Perang Salib Ketiga yang dibiayai di England melalui cukai khas yang dikenali sebagai "Cukai Salahuddin". Tentera Salib ini berjaya menawan semula Acre, dan tentera Salahuddin bertempur dengan tentera Raja Richard I dari England (Richard Si Hati Singa) dalam Perang Arsuf pada 7 September 1191. Kedua-dua belah pemimpin baik Salahuddin mahupun Richard amat menghormati antara satu sama lain. Mereka juga pernah bercadang untuk berdamai dengan mengahwinkan adik perempuan Richard, Joan dari England kepada adik lelaki Salahuddin, Al-Adil, dengan kota Baitulmuqaddis menjadi hantarannya. Rundingan ini gagal ekoran kebimbangan berhubung hal-hal agama di kedua-dua belah pihak.Kedua-dua pemimpin mencapai persetujuan dalam Perjanjian Ramla pada tahun 1192 yang mana kota Baitulmuqaddis akan terus berada dalam tangan orang Islam tetapi dibuka kepada penganut-penganut Kristian. Perjanjian itu menjadikan negeri-negeri salib hanyalah gugusan kecil di sepanjang pesisir pantai Tyre hingga ke Jaff.Salahuddin Al-Ayubbi wafat pada 4 Mac 1193 di Kota Damsyik tidak lama selepas pemergian Raja Richard. Apabila mereka membuka peti simpanan Salahuddin untuk membiayai upacara pengebumiannya, mereka mendapati ia tidak cukup (diriwayatkan Salahuddin hanya meninggalkan sekeping wang emas dan empat wang perak semasa kematiannya. Ada juga riwayat yang menyebut wang itu henyalah wang 5 Dinar) . Salahuddin telah memberikan hampir kesemua hartanya kepada rakyat-rakyatnya yang miskin.


Makamnya yang terletak di Masjid Ummaiyyah merupakan tumpuan tarikan pelancong yang terkenal. Makamnya adalah antara makam yang sering dikunjungi umat Islam di seluruh dunia.Sungguhpun menerima tentangan hebat dari masyarakat Kristian Eropah, Salahuddin mendapat reputasi besar di Europah sebagai seorang kesatria yang berjaya, sehinggakan wujudnya pada abad ke-14 sastera epik mengenai kejayaannya, dan Dante meletakkannya di kalangan roh baik dalam Limbo. Salahuddin muncul sebagai sebuah watak dalam karya tulisan Sir Walter Scott iaitu The Talisman (1825). Walaupun disebalik peristiwa penyembelihan orang-orang Muslim termasuklah wanita dan kanak-kanak semasa tentera Salib menawan Baitulmuqaddis pada tahun 1099, Salahuddin memberi jaminan keselamatan perjalanan dan nyawa kepada semua masyarakat Katolik dan juga kepada tentera Kristian yang kalah (masyarakat Greek Ortodoks dilayan dengan lebih baik kerana mereka menentang tentera Salib). Satu pandangan menarik tentang Salahuddin dan dunia yang didiaminya dapat dibaca dalam novel Buku Salahuddin Al-Ayubbi (London: Versi, 1998) karya Tariq Ali.Walaupun berbeza kepercayaan, Salahuddin Al-Ayubbi amat dihormati di kalangan bangsawan-bangsawan Kristian terutamanya Raja Richard. Raja Richard pernah memuji Salahuddin sebagai seorang putera agung dan merupakan pemimpin paling hebat dalam dunia Islam. Salahuddin juga memuji Richard dengan berkata bahawa beliau lebih rela Baitulmuqaddis jatuh ke tangan Richard daripada jatuh ke tangan orang lain. Selepas perjanjian damai ditandatangani, Richard dan Salahuddin bertukar-tukar hadiah di antara satu sama lain sebagai lambang kehormatan. Walau bagaimanapun kedua-dua pemimpin ini tidak pernah bersua muka.MakamMakam Salahuddin Al-Ayubbi berdekatan dengan Masjid Ummaiyyah, Damsyik, Syria.Salahuddin Al-Ayubbi dikebumikan di sebuah makam yang terletak di taman sebelah luar Masjid Ummaiyyah di Damsyik, Syria. Maharaja Wilhelm II dari Jerman mendermakan batu marmar baru kepada makam tersebut.

Sultan al-Fatih


SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH -


Bukti Islam tidak mengguna kekerasanPagi 22 April 1452 bersamaan dengan 852 Hijrah, penduduk Constantinople dikejutkan dengan laungan takbir, paluan gendang, dan nasyid. Demikian gema kemenangan tentera Sultan Muhammad al-Fateh. Sekali gus gema itu seolah-olah satu serangan psikologi kepada penduduk kota berkenaan. Penduduk Constantinople seperti tidak percaya kekuatan tentara Muhammad al-Fateh. Tidak dapat dibayangkan, bagaimana tembok setebal 4 lapis, setinggi 25 kaki, dan sejauh 160 kaki itu berjaya ditembusi oleh tentera Muhammad al-Fateh?


Suatu yang menakjubkan, tentera Sultan Muhammad al-Fateh telah membawa kapal-kapalnya masuk ke perairan Tanjung Emas merentasi bukit melalui jalan darat! Taktik peperangan seperti ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana tentera sebelum ini. Tentera Uthmaniah dengan semangat dan kekuatan yang luar biasa telah berjaya menarik 70 kapal dari Selat Bosphorus ke Tanjung Emas. Tiada siapa yang dapat membayangkan bagaimana semua itu boleh berlaku hanya pada satu malam. Sedangkan mereka terpaksa melalui bukit yang begitu tinggi dengan jarak yang melebihi tiga batu. Sebahagian mereka menyangka bahawa tentera al-Fateh mendapat bantuan jin dan syaitan!


Siapakah sebenarnya Sultan Muhammad al-Fateh ini? Beliau ialah sultan ketujuh Khilafah Islamiah Othmaniyah. Beliaulah pembuka kota Constantinople atau yang dikenali hari ini sebagai Istanbul. Ketika itu beliau baru menjangkau usia 26 tahun. Peperangan yang maha hebat itu memakan masa selama 54 hari. Keadaan inilah yang pernah dibayangkan oleh baginda s.a.w. ketika dalam perang Khandak. Antara lain baginda bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Constantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik pemimpin ialah ketuanya dan sebaik-baik tentera ialah tenteranya.”


Sultan Muhammad al-Fateh ialah salah seorang daripada tokoh pemimpin kerajaan Islam yang masyhur tercatat dalam sejarah dunia. Beliau bukan sahaja hebat sebagai pemimpin malah nama beliau sebagai panglima perang, dikenali di benua Eropah. Mendengar namanya sahaja sudah mengundang gementar di hati musuh-musuhnya walaupun ketika itu beliau sudah 10 tahun meninggal dunia. Beliaulah pemerintah Islam pertama mendapat gelaran yang diberikan oleh Barat sebagai “Grand Seigneur” yang bermaksud pemimpin agung. Sultan Muhammad al-Fateh dilahirkan pada 26 Rejab 833 hijrah bersamaan 20 April 1429 Masihi dan dibesarkan di Adirnah. Ayahnya, Sultan Murad II merupakan salah seorang pemimpin yang hebat dan tokoh pemerintah kerajaan Othmaniyah yang masyhur. Ibunya dikatakan seorang puteri raja berketurunan Nasrani. Ketika ayahnya menjadi sultan, beliau dilantik menjadi gabenor di Magnisa. Setelah kematian ayahnya, Sultan Muhammad al-Fateh dilantik menjadi pemimpin kerajaan Uthmaniah iaitu pada bulan Februari 1451. Dengan pelantikan ini bermakna beliau merupakan seorang pemimpin termuda yang pernah dilantik. Walaupun baru berusia 22 tahun, beliau berjaya membawa kecemerlangan dalam pemerintahannya. Kekuatan Sultan Muhammad al-Fateh banyak terletak pada ketinggian peribadinya. Hal ini demikian kerana ketika usianya kecil lagi sudah diajar menunggang kuda, memanah, dan menggunakan pedang. Namun didikan rohani mendapat perhatian serius dan dorongan penuh daripada ayahnya.


Beliau telah ditarbiah secara intensif oleh para ulama terulung antaranya ialah al-Syeikh Muhammad bin Ismail al-Kurani. Beliau mengajar Sultan Muhammad al-Fateh ilmu-ilmu asas iaitu al-Quran, al-Hadith, fiqh, linguistik (bahasa Arab, Parsi, dan Turki), dan juga ilmu kemahiran yang lain. Melalui tarbiah yang teliti dan penuh terhormat, tidak hairanlah lahir peribadi yang unggul seperti Sultan Muhammad al-Fateh.


Di zamannya tariqat sufi di dokong dan tasawuf berkembang subur serta pusat-pusat tariqat diberi dana bantuan, dimana beliau mengetahui bahawa golongan inilah roh bagi umat Islam.


Sultan Muhammad al-Fateh banyak meneliti dan meninjau usaha ayahnya menawan Constantinople. Beliau sering mengikuti ayahnya ke medan peperangan. Sebab itu ketika menaiki takhta pada tahun 855H/1451M, beliau telah mula berfikir dan menyusun strategi untuk menawan kota berkenaan. Dalam hal ini, beliau banyak mengkaji sejarah Islam zaman Muawiyah bin Abi Sufian r.a. Waktu itu telah ada usaha-usaha yang dibuat ke arah menawan Constantinople.


Usaha pertama yang pernah disusun adalah pada tahun 44 Hijrah, walau bagaimanapun usaha berkenaan gagal. Abu Ayyub al-Ansari yang merupakan salah seorang sahabat nabi, syahid di medan perjuangan itu. Setelah kemenangan tentera Sultan Muhammad al-Fateh menawan Constantinople, beliau telah memerintahkan tenteranya mencari kawasan perkuburan Abu Ayyub al-Ansari. Padanya, Abu Ayyub perlu disempurnakan jenazahnya sebagai seorang sahabat nabi. Setelah ditemui, Sultan Muhammad al-Fateh meminta supaya kuburnya digali dan dipindahkan ke tempat yang lebih baik. Setelah digali, akhirnya mereka menemui bahagian kakinya terlebih dahulu.


Di sini Sultan Muhammad al-Fateh memerintahkan seluruh rakyatnya mencium kaki Abu Ayyub al-Ansari yang fizikalnya masih segar itu. Walau bagaimanapun, beliau gagal menciumnya kerana tatkala hendak mencium tiba-tiba sahaja kaki itu tertarik semula ke dalam tanah. Kejadian itu berlaku berturut-turut sebanyak tiga kali. Pada malam itu, Sultan Muhammad al-Fateh bermimpi bertemu dengan Abu Ayyub al-Ansari. Abu Ayyub al-Ansari menjelaskan bahawa kejadian itu berlaku disebabkan rasa malu dan hormat kepada Sultan Muhammad al-Fateh. Padanya, tidak layak orang yang telah berjaya menawan Kota Constantinople mencium kakinya. Selain itu, beliau banyak mengkaji dan mempelajari pengalaman Rasulullah s.a.w. dalam peperangan. Malah semangat kepahlawanan dan pengorbanan panglima perang Islam dahulu, banyak mempengaruhi jiwanya. Namun, Sultan Muhammad al-Fateh mewarisi sifat keberanian, kegagahan, kesabaran, dan semangat tidak putus asa ayahnya. Bahkan beliau juga mewarisi pengetahuan yang luas serta berkemahiran dalam menyusun strategi peperangan.


Di sini ternafilah tohmahan golongan orientalis Barat dan musuh-musuh Islam bahawa beliau menegakkan Islam dengan kekerasan. Walhal mata pedang digunakan sebagai jalan terakhir. Tujuan orientalis itu hanyalah untuk mengelirukan masyarakat terhadap Islam. Dr. Abd. Salam bin Abd Aziz dalam bukunya yang bertajuk Sultan Muhammad al-Fateh Pembuka Constantinople Menundukkan Rom, menjelaskan bahawa Sultan Muhammad al-Fateh memiliki keyakinan diri yang kuat. Selain itu, dia juga mempunyai pandangan jauh serta kepintaran yang tinggi. Malah Sultan Muhammad al-Fateh mampu menghadapi tekanan, keperitan, dan bebanan yang dihadapinya. Beliau seorang pemuda yang warak. Malah, jarang sekali beliau menunaikan solat, melainkan di masjid. Sultan Muhammad al-Fateh digambarkan sebagai pemimpin berjiwa rakyat. Beliau lebih mengutamakan urusan negara dan masyarakat mengatasi kepentingan diri. Pada masa yang sama, beliau sering mendampingi ulama-ulama dan ilmuwan. Kedudukannya sebagai Sultan tidak menghalang minatnya untuk terus menimba ilmu dan pengalaman.


Kehidupan beliau sebagai pemimpin digambarkan cukup sederhana. Malah beliau sangat memusuhi pembaziran. Oleh sebab itu, hidangan makanan dan cara berpakaiannya tidak terikat dengan peraturan-peraturan istana. Selain kejayaan dalam bidang ketenteraan dan penaklukan wilayah, Sultan Muhammad al-Fateh juga berjasa dalam mengembangkan dakwah Islam ke benua Eropah. Melalui akhlak dan keperibadian beliau, ramai yang tertarik dan memeluk Islam. Hal ini berlaku pada hari kemenangan tenteranya, iaitu apabila beliau telah mengampunkan penduduk Kristian Kota Constantinople.


Dengan sikap toleransi yang ditunjukkan itu, menyebabkan ada dalam kalangan paderi terus menyatakan keislaman mereka. Sepanjang pemerintahannya, beliau tidak lupa membangunkan aspek fizikal dan rohani rakyatnya. Beliau telah membina Masjid al-Fath yang terkenal dengan gelaran Blue Mosque. Selain itu, beliau juga telah memulihkan semula peranan Masjid Aya Sofia sebagai mercu dan syiar Islam di Turki. Sultan Muhammad al-Fath meninggal dunia pada bulan Mei 1481 dan jenazahnya dikebumikan di Kota Constantinople.

Sayyid Ahmad al-Badawi



Kota Fas rupanya beruntung sekali karena pernah melahirkan seorang ulama sufi & wali Allah yang namanya semerbak di dunia sufi pada tahun 596 H.


Sang sufi yang mempunyai nama lengkap Ahmad bin Ali Ibrahim bin Muhammad bin Abi Bakr al-Badawi ini ternyata termasuk zurriyyah baginda Nabi, karena nasabnya sampai pada Ali Zainal Abidin bin Husain bin Ali bin Abi Talib, suami sayyidah Fatimah binti sayyidina Nabi Muhammad SAW.Keluarga Badawi sendiri bukan penduduk asli Fas (sekarang termasuk kota di Maroko). Mereka berasal dari Bani Bara, suatu kabilah Arab di Syam sampai akhirnya tinggal di Negara Arab paling barat ini. Di sinilah Badawi kecil menghafal al-Qur'an mengkaji ilmu-ilmu agama khususnya fikih madzhab syafi'i. Pada tahun 609 H ayahnya membawanya pergi ke tanah Haram bersama saudara-saudaranya untuk melaksanakan ibadah haji. Mereka tinggal di Makkah selama beberapa tahun sampai ajal menjemput sang ayah pada tahun 627 H dan dimakamkan di Ma'la.


Sayyid Badawi masuk Mesir Sang sufi yang selalu mengenakan tutup muka ini suatu ketika ber-khalwat selama empat puluh hari tidak makan dan minum. Waktunya dihabiskan untuk meihat langit. Kedua matanya bersinar bagai bara. Sekonyong-konyong ia mendengar suara tanpa rupa. "Berdirilah !" begitu suara itu terus menggema, Carilah tempat terbitnya matahari. Dan ketika kamu sudah menemukannya, carilah tempat terbenamnya matahari. Kemudian…beranjaklah ke Thantha, suatu kota yang ada di propinsi Gharbiyyah, Mesir. Di sanalah tempatmu wahai pemuda".Suara tanpa rupa itu seakan membimbingnya ke Iraq. Di sana ia bertemu dengan dua orang yang terkenal yaitu Syekh Abdul Kadir al-Jailani dan ar-Rifa'i. "Wahai Ahmad " begitu kedua orang itu berkata kepada Ahmad al-Badawi seperti mengeluarkan titah. " Kunci-kunci rahasia wilayah Iraq, Hindia, Yaman, as-Syarq dan al-Gharb ada di genggaman kita. Pilihlah mana yang kamu suka ". Tanpa disangka-sangka al-Badawi menjawab, "Saya tidak akan mengambil kunci tersebut kecuali dari Dzat Yang Maha Membuka.Perjalanan selanjutnya adalah Mesir negeri para nabi dan ahli bait. Badawi masuk Mesir pada tahun 34 H. Di sana ia bertemu dengan al-Zahir Bibers dengan tentaranya. Mereka menyanjung dan memuliakan sang wali ini. Namun takdir menyuratkan lain, ia harus melanjutkan perjalanan menuju tempat yang dimaksud oleh bisikan gaib, Thantha, satu kota yang banyak melahirkan tokoh-tokoh dunia. Di sana ia menjumpai para wali, seperti Syaikh Hasan al-Ikhna`I, Syaikh Salim al- Maghribi dan Syaikh Salim al-Badawi. Di sinilah ia menancapkan dakwahnya, menyeru pada agama Allah, takut dan senantiasa berharap hanya kepada-Nya. Badawi yang alimDalam perjalanan hidupnya sebagai anak manusia ia pernah dikenal sebagai orang yang pemarah, karena begitu banyaknya orang yang menyakit. Tapi rupanya keberuntungan dan kebijakan berpihak pada anak cucu Nabi ini. Marah bukanlah suatu penyelesaian terhadap masalah bahkan menimbulkan masalah baru yang bukan hanya membawa madarat pada orang lain, tapi diri sendiri. Diam, menyendiri, merenung, itulah sikap yang dipilih selanjutnya. Dengan diam orang lebih bisa banyak mendengar. Dengan menyendiri orang semakin tahu betapa rendah, hina dan perlunya diri ini akan gapaian tangan-tangan Yang Maha Asih. Dengan merenung orang akan banyak memperoleh nilai-nilai kebenaran. Dan melalui sikap yang mulia ini ia tenggelam dalam zikir dan belaian Allah SWT.Laksana laut, diam tenang tapi dalam dan penuh bongkahan mutiara, itulah al-badawi.


Matbuli dalam hal ini memberi kesaksian, "Rasulullah SAW bersabda kepadaku, " Setelah Muhammad bin Idris as-Syafiiy tidak ada wali di Mesir yang fatwanya lebih berpengaruh daripada Ahmad Badawi, Nafisah, Syarafuddin al-Kurdi kemudian al-Manufi.Suatu ketika Ibnu Daqiq al-'Id mengutus Abdul Aziz al- Darini untuk menguji Ahmad Badawi dalam berbagai permasalahan. Dengan tenang dia menjawab, "Jawaban pertanyaan-pertanyaan itu terdapat dalam kitab “Syajaratul Ma'arif” karya Syaikh Izzuddin bin Abdus Salam. Karomah Ahmad BadawiKendati karomah bukanlah satu-satunya ukuran tingkat kewalian seseorang, tidak ada salahnya disebutkan beberapa karomah Syaikh Badawi sebagai petunjuk betapa agungnya wali yang satu ini.Al-kisah ada seorang Syaikh yang hendak bepergian. Sebelum bepergian dia meminta pendapat pada Syaikh al-Badawi yang sudah berbaring tenang di alam barzakh."Pergilah, dan tawakkallah kepada Allah SWT"tiba-tiba terdengar suara dari dalam makam Syekh Badawi. Syaikh Sya'roni berkomentar, "Saya mendengar perkataan tadi dengan telinga saya sendiri ".Tersebut Syaikh Badawi suatu hari berkata kepada seorang laki-laki yang memohon petunjuk dalam berdagang. "Simpanlah gandum untuk tahun ini. Karena harga gandum nanti akan melambung tinggi, tapi ingat, kamu harus banyak bersedekah pada fakir miskin”. Demikian nasehat Syekh Badawi yang benar-benar dilaksanakan oleh laki-laki itu. Setahun kemudian dengan izin Allah kejadiannya terbukti benar.


WafatPada tahun 675 H sejarah mencatat kehilangan tokoh besar yang barangkali tidak tergantikan dalam puluhan tahun berikutnya. Syekh Badawi, pecinta ilahi yang belum pernah menikah ini beralih alam menuju tempat yang dekat dan penuh limpahan rahmat-Nya. Setelah dia meninggal, tugas dakwah diganti oleh Syaikh Abdul 'Al sampai dia meninggal pada tahun 773 H.

Khazanah Peradaban Dan Intelektual Melayu



Khazanah Peradaban Dan Intelektual Melayu

Alam Melayu yang merangkumi sebahagian besar rantau Asia tenggara iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, SelatanThailand, Selatan Filipina dan Wilayah Champa, Kemboja. Yang dikenali juga alam nusantara. Masyarakat gugusan ini majoritinya berkongsi satu rumpun Melayu iaitu satu agama dan bahasa. Justeru Bahasa Melayu merupakan bahasa besar dunia dimana bilangan penutur ke-4 terbesar di dunia dengan penuturnya melebihi 300 juta orang.

Sebelum lahirnya konsep negara bangsa seperti hari ini umat Melayu saling merantau dari suatu tempat dan berulang-alik sekitar gugusan alam nusantara. Justeru bukti arkeologi membuktikan bangsa Melayu adalah berasal dari rantau ini jua.

Dalam konteks pegangan Islam umat Melayu berkongsi semangat ukhuwwah dengan akidah sama iaitu Ahli Sunnah wal Jamaah, Mazhab as-Syafei dan mengikuti manhaj Tasawuf Imam al-Ghazali atau mengikuti mana-mana tariqat sufi yang muktabar.

Menyingkap peradaban dan tamadun Melayu sememangnya bangsa Melayu suatu bangsa bertamadun dan bahasa Melayu merupakan bahasa global. Umat Melayu sememangnya mempunyai daya intelek yang tinggi dimana budaya ilmu bangsa Melayu dahulu telah menghasilkan lebih 10,000 naskah manuskrip Melayu yang kini banyak tersimpan di luar Negara. Ini membuktikan budaya menulis dan merekod adalah menjadi budaya orang Melayu dahulu dan daya pemikiran yang cintakan ilmu dalam pelbagai bidang.

Alam Melayu telah melahirkan sistem pemerintahan yang tersendiri dengan wujudnya lebih 70 kerajaan pemerintahan di alam Melayu yang mempunyai system pentadbirannya yang sistematik dan undang-undangnya tersendiri. Dimana urus tadbir yang baik oleh pemerintah yang berpaksi kepada istana dan kesultanan Melayu.

Keilmuan bangsa Melayu dapat diketahui dimana manuskrip Melayu dalam bidang seperti agama, perubatan, sastera, pemerintahan, undang-undang, sains, falak, teknologi, pertukangan, perdagangan, pelayaran, ekonomi, sejarah dan sebagainya. Yang kini tersimpan di lebih 57 negara dan di 151 buah perpustakaaan Negara asing. Iaitu penjajah dan barat khususnya mengumpul dan membawa balik ke negara mereka. Iaitu bagi membuat kajian dan penyelidikan terhadap ilmu, maklumat dan pemikiran bangsa Melayu.

Bangsa yang bertamadun sememangnya mencintai ilmu sebagaimana umat Melayu dahulu sukakan ilmu dari banyaknya manuskrip Melayu. Bangsa yang bertamadun ialah bangsa yang berilmu .Bahkan di alam Melayu wujudnya pelabuhan sebagai pusat perdagangan dan perkapalan yang menjadi tumpuan masyarakat asing dan antarabangsa. Alam Melayu menjadi pelabuhan dan pusat perdagangan tersohor suatu ketika dahulu. Dimana bahasa Melayu mencapai kegemilangan sebagai bahasa perhubungan dan urusan disamping bahasa ilmu.

Istana dan sultan memainkan peranan utama kearah mendokong budaya ilmu dan urus tadbir yang baik. Dokongan pemerintah dan sokongan rakyat begitu penting kepada kemakmuran dan kemananan serta kemajuan masyarakat.

Melayu Islam Beraja merupakan tradisi yang berakar umbi di alam Melayu yang memacu kearah peradaban dan wujudnya tamadun Melayu Islam. Tradisi maritim mewujudkan pusat perdagangan dan pelabuhan serta mewujudkan sistem pelayaran. Umpamanya sejarah mencatat Panglima Awang Selamat sebagai orang pertama yang mengelilingi dunia dan bukannya orang barat.

Alam Melayu semangnya berada di kedudukan strategik dan mempunyai hasil bumi yang banyak. Justeru ianya menarik minat orang ramai dan dalam masa sama menaruh minat orang barat untuk datang bersama agenda kepentingan mereka.

Kehebatan dan keintelektualan bangsa Melayu dikaji oleh barat sehinggalah mereka berusaha dan berjaya menjajah tanah Melayu iaitu pihak Belanda, Portugis, Sepanyol, Jepun dan British. Penjajah melalui penaklukan dan penjajahan telah mengubah minda orang Melayu kearah berfikiran negatif, kerdil dengan bangsa sendiri. Selama lebih 400 tahun dijajah akhirnya mereka berjaya mengubah minda orang Melayu yang suatu ketika dahulu hebat dan berjiwa besar. Sehingga kini masih kedapatan ramai orang Melayu terjajah mindanya yang merasa kerdil dan samar terhadap keupayaan bangsa dan bahasa sendiri.

Sejarah harus dikaji dan dibongkar bagi mengambil iktibar dan pengajaran. Kehebatan dan rahsia kehebatan orang Melalayu harus diterokai dan kembali dimartabatkan bagi membina peradaban baru. Berpegang kepada akar bangsa dan nusa sendiri merupakan acuan penting bagi menjadi umat dan negara yang maju.

Pengasas PENGKAJI (Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik dan Moden Ulama Melayu) almarhum Ustaz Wan Mohd Saghir Abdullah seorang tokoh pengkaji karya ulama nusantara bagi mamartabatkan kehebatan keilmuan ulama dan bangsa sendiri. Hasilnya beliau menerbitkan karya-krya kajiannya bagi tatapan masyarakat melalui penerbitan khazanah al-Fhataniyyah. Penulis dimaklumkan bahawa kajiannnya telah menarik minat pihak kedutaaan Amerika Syarikat untuk membeli hasil kajiannya bagi kajian mereka seterusnya. Demikian bangsa maju sememangnya sukakan ilmu dan mempraktiikkan budaya mengkaji dan meyelidik apa sahaja. Bagi mereka khazanah Melayu penting sebagai sukmber maklumat dan ilmu dan mempunyai khazanah mutiara yang sangat bernilai.

Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas melalui kajianya mengesahkan antara manuskrip tertua Melayu ialah ‘Aqaid al-nasafi’ . Beliau juga mengesahkan bahawa Islam masuk ke tanah Melayu melalui tanah arab dan peranan utama golongan sufi dan tariqat sebagai pendakwah yang berhikmah dan berjaya.

Di zaman kesultanan Melaka pernah mencapai zaman kegemilangannya sebagai pusat perdagangan dan pelabuhan utama dunia. Bahasa Melayu menjadi bahasa perhubungan dan perantara saudagar asing bagu urusan di Melaka. Sistem pentadbiran yang cekap dimana wujudnya jawatan bendahara, bendahari, laksamanna dan temenggong yang mentabir urus dengan baik dan menjaga kemananan serta menyelia kemudahan.

Istana juga memainkan peranan sebagai pusat keilmuan dan halaqah pengajian khususnya pengajian agama. Sultan Mansur Syah,Sultan Muzafar Syah berguru dengan ulama sufi Syeikh Abdul Aziz yang berasal dari Mekah.
Konsep pemerintah mendapat nasihat dan bimbingan daripada ulama yang arif merupakan suatu pemerintahan yang baik.

Bangsa Melayu sememangnya sudah mempunyai kemajuan dalam bidang keilmuan sains, teknologi, perubatan, astronomi, matematik, lebur logam, pertukangan dan persenjataan. Bahkan orang Melayu telah mencipta senjata ,meriam dan peluru senapang sebelum datangnya penjajah Eropah lagi.

Antara tempat tersimpannya Manuskrip Melayu iaitu di Perpustakaan Negara, Perpustakaan Universiti Malaya, Perpustakaan DBP, Pejabat PENGKAJI, Balai Kajian dan Pengembangan Budaya Melayu, Jogjakarta, Indonesia. Dan di 151 buah perpustakaan di 28 buah Negara. Antaranya di Afrika, Australia, Austria, Belgium, Brunei, Checkoslavakia, Denmark, Perancis, German, Hungary, India, Indonesia, Ireland, Itali, Malaysia, Belanda, Norway, Poland, Portugal, Rusia, Singapura, Sepanyol, Sweden, Switzerland, Thailand, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Vatican.

Kesimpulan

Alam Melayu adalah alam yang sudah bertamadun suatu ketika dahulu dan bangsa Melayu sememangnya hebat dari segi ilmu dan peradaban, kukuh pegangan agama dan akidah serta ukhuwah. Tamadun Melayu Islam adalah berpaksikan kepada akar tradisi iaitu Melayu Islam Beraja sebagai hakikat leluhur. Jati diri Melayu adalah penting dalam mendepani arus cabaran semasa. Rantau ini berpegang kuat kepada agama yang berpaksikan ahli Sunnah wal Jamaah, mazhab as-Syafei dan bertasawuf serta mengikuti mana-mana tariqat sufi yang muktabar . Bangsa Melayu menghasilkan karya intelek yang merupakan gedung maklumat bagi tatapan dan kajian anak bangsa sendiri bagi kehidupan semasa. Sejarah penting sebagai panduan dan iktibar dalam kehidupan . Alam Melayu sememangnya berada pada kedudukan strategik . Dalam membina kembali ketamadunan Melayu adalah penting potensi terhadapa bangsa dan bahasa sendiri dan inilah acuan umat rantau ini. Kehebatan bangsa Melayu perlu diuar-uarkan agar timbul rasa kagum dan hebat terhadap bangsa sendiri yang boleh maju dan berdaya saing. Ini bagi membangkit potensi akal pemikiran nusa bangsa menuju ketamadunan dan negara maju.




Rujukan:

Hashim Musa ‘Pemerkasaan Tamadun Melayu Malaysia’ Penerbit UM, Cet. Ke-5 2005.
Ding Choo Ming ‘Manuskrip Melayu Sumber Maklumat Peribumi Melayu’ UKM, 2008.
Mohd Koharuddin M.Balwi ‘Peradaban Melayu’ Penerbit UTM, 2005.
A.Aziz Deraman et. ‘Tamadun Islam di Malaysia’ DBP, 2000.

S.M. al-Attas


MENGENAL S.M.N. AL-ATTAS: PEMIKIRAN DAN SUMBANGANNYA SELAMA TIGA
DEKAD

Disumbang Oleh Khalif Muammar
Thursday, 13 October 2005
Kemas Kini Terakhir Friday, 14 October 2005


FALSAFAH DAN AMALAN PENDIDIKAN ISLAM SYED MUHAMMAD NAQUIB AL-ATTAS: Satu Huraian Konsep Asli
Islamisasi. Oleh: Wan Mohd Nor Wan Daud. Kuala Lumpur, Penerbit Universiti Malaya, 2005. xii+404 halaman, indeks:
397-404. ISBN: 983-100-241-5.


Syed Muhammad Naquib al-Attas diakui sebagai sarjana ulung dan pemikir Muslim yang telah memberikan sumbangan besar dalam pemikiran Islam kontemporari dan pendidikan Islam. Idea dan pandangan beliau sering menjadi rujukan bukan saja oleh golongan mahasiswa tetapi juga oleh sebahagian besar para pakar dan cendekiawan pada hari ini.

Ketokohan al-Attas ini, bukan sekedar disebabkan oleh kelangkaan titel Ph.D. yang diperolehinya pada tahun 1960an dari SOAS (School of Oriental and African Studies), Universiti London, tetapi ketokohan beliau sebenarnya adalah disebabkan oleh kemantapan pemikiran beliau dan pengalaman luas dalam dunia akademik dan intelektual. Pengalaman sebagai Profesor tamu di Universiti Temple; menjadi pemegang pertama Kursi Tun Abdul Razak untuk Pengajian Asia Tenggara di Universiti Ohio; peranan beliau dalam penubuhan beberapa institusi pendidikan di Malaysia;


Beliau juga telah membentangkan lebih 400 makalah ilmiah pada seminar dan konferensi antarabangsa; sebagai
pencetus idea-idea besar semua ini telah mengangkat nama beliau setanding bahkan par excellence dengan pemikirpemikir besar kontemporari. Menyedari hal ini maka mengkaji pemikiran beliau menjadi suatu kemestian bagi sesiapa yang ingin mendalami pemikiran Islam dan pendidikan Islam. Kini dengan kemunculan buku Profesor Wan Mohd Nor Wan Daud dalam bahasa Melayu ini masyarakat luas akan dapat membaca hasil buah fikiran al-Attas dengan lebih mudah. Buku ini pertama kali diterbitkan oleh ISTAC pada tahun 1998, kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia dan diterbitkan oleh Penerbit Mizan pada tahun 2004, dan kini telah dialih bahasa ke dalam bahasa Malaysia dan dicetak kembali oleh Penerbit Universiti Malaya.


Penulis buku ini, Profesor Wan Mohd Nor Wan Daud, yang dahulunya merupakan orang kanan al-Attas dalam mentadbir ISTAC (International Institute of Islamic Thought and Civilization) mengatakan bahawa al-Attas menyumbangkan tiga di antara penemuan ilmiah terpenting di Dunia Islam yang sangat berpotensi mempengaruhi perjalanan kehidupan umat Islam secara mendalam dan menyeluruh. Sumbangan besar al-Attas ini ialah: Pertama, bahawa masalah terpenting yang dihadapi oleh umat Islam kini ialah masalah ilmu pengetahuan; kedua, ilmu pengetahuan moden tidak neutral kerana dipengaruhi oleh pandangan keagamaan, kebudayaan, dan falsafah, yang mencerminkan kesedaran dan pengalaman manusia Barat; dan ketiga, umat Islam, oleh sebab itu, perlu mengislamkan ilmu pengetahuan masa ini dengan mengislamkan simbol-simbol linguistik tentang hakikat dan kebenaran (hlm. 259).


Pendirian al-Attas mengenai permasalahan ummat cukup jelas sejak tahun 70an lagi, dalam surat jawapan beliau kepada Sekretariat Islam di Jeddah beliau menyatakan bahawa permasalahan yang berasal daripada kemunduran ekonomi, sains, dan teknologi hanyalah sesuatu yang bersifat luaran, cerminan daripada masalah ilmu pengetahuan yang mendasar (hlm. 268).


Buku yang pengulas percaya telah banyak menyita masa dan tenaga penulisnya ini, mempersembahkan pemikiran al-Attas secara panjang lebar dengan membahagikannya kepada tujuh bab. Bab pertama membahas tentang pandangan metafizika mengenai wujud dan kewujudan (hlm. 29-49). Bab kedua membahas konsep ilmu dan cara mencapainya (hlm. 61-96). Bab ketiga membahas makna dan tujuan pendidikan (hlm. 109-135). Bab keempat membincangkan idea dan realiti universiti Islam (hlm. 151-184). Bab kelima membicarakan kurikulum dan kaedah pendidikan (hlm. 201-243).
Bab keenam membincangkan Islamisasi ilmu pengetahuan semasa: teori dan amalan (hlm. 259-307).

Dan bab ketujuh membahas respons terhadap Islamisasi ilmu pengetahuan semasa (hlm. 327-359). Al-Attas dikenali sebagai pemikir yang lantang memperjuangkan perlunya penggunaan istilah yang tepat. Ini kerana penggunaan istilah yang salah sangat berpengaruh kepada minda masyarakat. Lebih dari itu, al-Attas juga dikenal dengan pandangan-pandangan kritis beliau untuk memperbetulkan pemahaman umat Islam terhadap konsep-konsep penting dalam Islam. Beliau menolak penterjemahan sekularisme kepada ‘ilmaniyyah atau ‘almaniyyah
dalam bahasa Arab. Beliau memberi gagasan universiti Islam (jami‘ah-kulliyyah) dan berkeras agar worldview/weltanschauung diterjemahkan kepada ru’yat al-Islam li al-wujud dan bukan naÐrat al-Islam li al-kawn. beliau memperkenalkan konsep ta’dib sebagai konsep yang tepat dalam pendidikan Islam (hlm.360).


Akar permasalahan intelektual ummat Islam adalah kekeliruan mereka memahami sejumlah kata kunci seperti pandangan alam, agama, Allah s.w.t., ilmu pengetahuan, pendidikan, kebahagiaan, keadilan, kebijaksanaan, pembangunan dsb.(hlm. 84). Oleh kerananya, menurut beliau, perpecahan dapat diselesaikan apabila terdapat kesatuan pemahaman di antara sarjana Muslim tentang idea dan konsep fundamental yang berkaitan dengan agama Islam dan peradaban ummat (hlm. 84). Analisis yang dilakukan oleh al-Attas ini memang sangat penting khususnya pada hari ini kita lihat kekeliruan dan penyelewengan dalam memahami Islam seringkali berpunca daripada perbezaan dalam memahami konsep-konsep penting dalam Islam seperti: ilmu, agama, epistemologi menurut Islam.


Sebagai seorang pendukung aliran tradisionalisme, al-Attas jelas berpegang kepada tradisi sufi yang mengakar dari sejak al-Junayd (m. 910) dan al-Ghazzali (m. 1111) sehingga Hamzah Fansuri (m. 1600) dan al-Raniri (m. 1658). Membaca pemikiran Sufi al-Attas, dapat dipastikan bahawa tradisi Sufi yang beliau fahami tidak sama dengan tasawwuf yang difahami oleh masyarakat pada hari ini. Bagi al-Attas, tasawwuf adalah amalan Shari‘ah dalam maqam
iÍsan. (hlm. 33). Namun demikian al-Attas menggariskan perbezaan di antara pseudo-sufi, sufi yang jahil dan sufi cendekiawan. Beliau menyelar sebagian penulis yang memukul rata tasawwuf, kerana tasawwuf dan sufisme selalu disalahfahami. Baginya ajaran para pseudo-sufi, seperti para sofis (sufasta’iyyah) dan kelompok wujudiyyah itu bukan sufi yang sebenar. Begitu juga kelompok sufi yang jahil. Sufi yang benar, bagi al-Attas, mengakui bahawa agama terdiri daripada aspek-aspek yang mapan (seperti Syari‘ah) dan yang kabur (hakikat). Yang kabur didasarkan pada kebenaran yang jelas daripada aspek-aspek yang mapan.


Al-Attas mengatakan bahawa Islamisasi alam Melayu telah melalui dua fasa: fasa sebelum Hamzah Fansuri adalah fasa pertama, di mana peranan fiqih sangat dominan dalam mengamalkan Islam. Dan fasa kedua setelah Hamzah Fansuri yang ditandai dengan pengaruh tasawuf dan kalam (hlm. 260-261). Pembahagian fasa ini tidak bermaksud memisahkan kedua bidang ilmu melainkan sekedar menunjukkan proses kematangan dalam beragama. Pemahaman murni al-Attas terhadap sufisme membawa beliau kepada kesimpulan bahawa falsafah sufisme merupakan penghebatan proses Islamisasi. Tesis ini bertentangan dengan tesis Izutsu yang menilai metafizika dan ontologi sufi terlalu bebas dan sewenang-wenang (hlm. 283)


Mengenai epistemologi Islam, khususnya definisi ilmu dalam worldview Islam, al-Attas menjelaskan bahawa mendefinisikan ilmu secara hadd adalah mustahil, ilmu hanya dapat didefinisikan dengan tepat secara rasm (deskriptif) (hlm. 85). Dalam hal ini, beliau mengetengahkan definisi yang diberikan oleh al-Tahanawi (Kashshaf IÎtilaÍat al-Funun) dan al-Jurjani (Kitab al-Ta'rifat) dan menolak pandangan ulama lain yang menggunakan pendekatan hadd dalam pendefinisian mereka. Bagi al-Attas ilmu adalah kepercayaan yang benar (keyakinan), ia adalah satu aspek daripada keupayaan spiritual manusia. Oleh itu, ilmu adalah iman dan kebenaran kerana ia melibatkan penegasan spiritual dan pengesahan fizik. Lebih menarik lagi beliau mengatakan Ilmu adalah kesatuan antara orang yang mengetahui dengan makna. Kesatuan ini hanya dapat berlaku apabila seseorang yang memiliki potensi juga memiliki persiapan intelektual dan spiritual. Maka dari itu, atas dasar bahawa ilmu adalah pemberian Allah kepada sesiapa yang dipilih-Nya, walaupun ramai manusia yang berpotensi tetapi sedikit yang dianugerahkan ilmu yang betul.


Atas premis bahawa ilmu itu datang daripada Allah s.w.t. dan diperoleh jiwa yang kreatif, beliau membahagikan pencapaian dan pendefinisian ilmu secara deskriptif ke dalam dua bahagian. Pertama, sebagai sesuatu yang berasal daripada Allah s.w.t., dapat dikatakan bahawa ilmu itu adalah tibanya makna sesuatu objek ilmu ke dalam jiwa pencari ilmu (husul surat al-shay’ fi al-‘aql); kedua, sebagai sesuatu yang diterima oleh jiwa yang aktif dan kreatif, ilmu dapat diberikan sebagai tibanya jiwa pada makna sesuatu objek ilmu. (wusul al-nafs ila ma‘na alshay& rsquo;)(hlm. 87).


Definisi ilmu seperti yang diungkapkan oleh al-Attas di atas, memberikan kita gambaran yang jelas bahawa pencarian ilmu bukan sekedar pengumpulan maklumat dan fakta. Apa yang penting adalah kefahaman dan kesedaran yang dicapai oleh jiwa atau hati nurani seseorang. Sehingga ilmu yang diperolehinya dapat memberi manfaat kepadanya supaya menjadi pelita yang menerangi kehidupannya. Dengan memahami hakikat ilmu seperti ini maka akan terungkailah kemusykilan mengenai wujudnya segolongan pemegang ijazah yang tinggi hatta dalam pengajian Islam tetapi tidak membawanya kepada hidayah dan jalan yang lurus. Masyarakat memandang golongan ini sebagai ilmuwan, tetapi pada hakikatnya mereka tidak lebih dari sekedar pengumpul maklumat. Berlawanan dengan kecenderungan falsafah Barat dan golongan modenis dan liberal, bagi al-Attas, objek ilmu, bukanlah khayalan manusia, ia benar-benar wujud, berdiri sendiri. Ia disebut haqiqah dan huwiyyah sekaligus. Untuk memiliki makna yang benar makna yang diperoleh harus sepadu dengan unit-unit konsep lainnya yang terdapat dalam sistem konseptual al-Qur’an (hlm. 89). Di sinilah pentingnya seseorang yang ingin memahami hakikat sesuatu mempunyai pengetahuan yang mendalam terhadap al-Qur’an.


Pengaruh pemikiran al-Attas terhadap pemikiran Islam masa kini cukup besar, di Malaysia khususnya beliau telah berjasa dalam menggembleng generasi muda yang kini sangat berpengaruh seperti ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia), GAPIM (Gabungan Penulis Islam Malaysia), dan ASASI (Akademi Sains Islam Malaysia). Beliau adalah pengasas dan penggubal konsep keislaman di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bahkan mereka bentuk logo UKM
(hlm. 266). Beliau juga yang mengusahakan terbentuknya Fakulti Pengajian Islam sebelum menubuhkan dan mengetuai IBKKM (Institut Bahasa, Kesusasteraan, dan Kebudayaan Melayu) yang pada hari ini telah bertukar menjadi ATMA (Institut Alam dan Tamadun Melayu) (hlm. 268).


Pengaruh al-Attas terhadap tokoh-tokoh masyarakat hari ini juga amat besar. Penglibatan al-Attas dalam pendidikan negara di peringkat pengajian tinggi, bahkan sumbangan beliau dalam mengasaskan banyak institusi dalam universiti tempatan pada peringkat awal penubuhannya tentu dengan sendirinya mengangkat beliau sebagai Guru Bangsa. Ini dapat dilihat dengan baik apabila kita selidik kembali tokoh-tokoh ilmuwan yang muncul sekarang kebanyakannya adalah bekas murid al-Attas. Khususnya ilmuwan yang berkecimpung dalam bidang pemikiran Islam dan pengajian Melayu. Tokoh-tokoh terkenal hari ini seperti Dato’ Dr. Siddiq Fadzil, Prof. Dr. Osman Bakar merupakan bekas murid beliau (hlm.15).
Al-Attas berjaya membuktikan, sekurang-kurangnya kepada golongan yang memperlekehkan sumbangan golongan intelektual sebagai tidak penting berbanding sumbangan dalam bidang politik dan ekonomi. Idea-idea beliau yang berwibawa dan usaha gigih beliau yang berterusan, sehingga terbinanya ISTAC, adalah membuktikan keberkesanan pandangan beliau dalam mengatasi kebingungan dan kekacauan pemikiran. Atas dasar ini, masyarakat perlu diberikan
kefahaman yang betul dalam usaha mereka menjadi terbilang dalam pelbagai lapangan kehidupan. Bukan menjadi ajang percubaan kerana harga yang terpaksa dibayar akibat miskonsepsi mengenai konsep pendidikan, pembangunan dan kebudayaan adalah terlalu mahal.
Bagi al-Attas, Islamisasi adalah sebuah “revolusi epistemologi” dan harapan untuk merealisasikan kebangkitan Islam. Konsep Islamisasi menjadi tumpuan minda dan jiwa beliau semenjak sekian lama sebelum tertuang menjadi gagasan besar. Konsep Islamisasi ini pernah dibicarakan oleh sarjana-sarjana ulung lain seperti Seyyed Hossein Nasr (hlm. 338) dan Fazlur Rahman (hlm. 342), Namun penggunaan terma Islamisasi yang dipakai oleh sarjana sarjana
tersebut dilakukan bukan berangkat daripada kajian epistemologis. Oleh karenanya gagasan Islamisasi sebelum al-Attas adalah gagasan yang tidak konkrit. Islamisasi yang dimaksudkan al-Attas bukan sekedar merubah disiplin ilmu, ia adalah Islamisasi fikiran, jiwa dan raga serta kesan-kesannya terhadap kehidupan manusia.


Dan ini direalisasikan dengan beberapa cara di antaranya Islamisasi istilah dan konsep kunci yang menjadi agenda penting dalam pemikiran beliau. Islamisasi berangkat dari beberapa premis yang mapan. Dalam buku Risalah untuk Kaum Muslimin yang ditulis oleh beliau pada tahun 1973, al-Attas telah menjelaskan berbezaan yang luas dan mendalam antara Islam dengan Barat dilihat dari aspek keagamaan, epistemologis, pendidikan dan budaya. Melalui analisis mendalam tentang worldview Barat ini beliau berkesimpulan bahawa ilmu itu benar-benar tidak bebas nilai (neutral). Ini kerana ilmu yang dikuasai oleh Barat pada hari ini telah diresapi nilai keagamaan dan kebudayaan pandangan hidup seseorang, dan budaya berkuasa
yang mengajukannya (hlm. 269).
Melalui analisis bidang semantik yang menjadi metodologi kajiannya, al-Attas telah merumuskan bahawa Islamisasi di alam Melayu telah berlaku melalui pengislaman istilah dan konsep kunci dengan demikian ia kemudian merubah atau mengislamisasikan pandangan alam bangsa Melayu-Indonesia (hlm. 261). Al-Attas menjelaskan bahawa ilmu pengetahuan kontemporari adalah produk daripada kerangka intelektual peradaban Barat yang didasarkan kepada:

(a) meletakkan akal semata-mata untuk membimbing manusia mengharungi kehidupan
(rasionalisme).

(b) konsep dualisme yang meliputi hakikat dan kebenaran.

(c) ideologi sekular.

(d) Doktrin humanisme.
(e) Konsep tragedi (hlm. 272). Menyedari pengaruh sekularisme terhadap masyarakat Barat dan besarnya kesan sekularisasi terhadap dunia hari ini, maka apa yang perlu dilakukan oleh cendekiawan Muslim sebagai tindak balas
adalah desekularisasi (menyah-sekularisasikan). Oleh yang demikian, al-Attas selalu menterjemahkan Islamisasi sebagai proses desekularisasi. Walaubagaimanapun, tumpuan proses Islamisasi bagi al-Attas adalah individu dan bukannya umat seperti yang ditekankan oleh al-Faruqi dalam konsep Islamisasinya. Setelah melihat penjelasan yang diberikan, dapat disimpulkan bahawa Profesor Wan Mohd Nor telah berjaya membuktikan bahawa konsep Islamisasi adalah idea asli al-Attas. Konsep yang juga dikongsi oleh al-Faruqi dari IIIT ternyata memberikan respon yang tidak memberangsangkan. Namun demikian al-Faruqi boleh dikatakan cendekiawan ulung yang telah berjaya mempopulerkan idea Islamisasi ilmu pengetahuan sehingga menjadi concern para cendekiawan lainnya. Pendekatan yang berbeza antara al-Attas dan al-Faruqi dalam menkonseptualisasikan Islamisasi ilmu pengetahuan kontemporari tidak perlu diperbesar-besarkan. Apa yang penting keduanya ikhlas dan bersungguhsungguh memikirkan jalan keluar bagi kegentingan umat Islam. Pendekatan al-Attas yang lebih sistematik boleh dianggap pelengkap bagi pendekatan al-Faruqi yang lebih menekankan pada disiplin ilmu.


Di sebalik penulisan yang sophisticated dan kematangan pemikiran yang ditumpahkan ke dalam buku ini, terdapat beberapa kesilapan ejaan dan teknikal yang sedikit mencacatkan penerbitan buku ini, ini menunjukkan tetap adanya kelemahan manusia yang jauh daripada kesempurnaan. Namun ia masih boleh diperbaiki untuk penerbitan seterusnya. Kesilapan ejaan seperti: kereta ditulis kereka (hlm.129), rubah ditulis dengan ejaan lama robah (hlm. 97). Ejaan Indonesia ada yang masih belum dirubah seperti dualistis (hlm. 54) persaudaraan diertikan dalam bahasa Arab sebagai ikhwah bukan ukhuwwah (hlm. 278) begitu juga kehormatan diertikan sebagai muruwwah yang sepatutnya muru’ah (hlm. 278). Tidak mengambil ilmu sepatutnya makna dari la yaqbidu (menggunakan huruf qaf ) bukan la yaghbidhu (hlm. 270).


Boleh dikatakan bahawa buku ini merupakan rumusan daripada pemikiran Al-Attas selama lebih tiga dekad yang sebenarnya merupakan keperihatinan beliau terhadap aspek pendidikan dan pemikiran ummat Islam. Sumbangan beliau amat bermakna dalam mencorakkan pemikiran Islam yang sejati. Di samping juga menjadi senjata yang cukup ampuh untuk melawan segala bentuk penyelewengan terhadap Islam. Asas-asas epistemologi yang telah beliau bina bolehmenjadi fondasi yang kuat untuk menentang arus liberalisasi dan dekonstruksi Islam pada hari ini. Sangat ketara sekali bahawa pemikiran al-Attas telah memberi kesan yang mendalam pada jiwa penulis. Kata-kata di bawah ini menarik untuk dicermati: “Persoalan kita bukanlah pada kurangnya sumber-sumber kewangan, material, spiritual, dan intelektual, melainkan yang lebih penting adalah keengganan kita untuk meletakkan setiapsumber yang kita miliki pada tempatnya yang benar dan tepat”(hlm. viii).


Khalif Muammar A. Harris
Akademi Kajian Ketamadunan
Khairaummah.com
http://khairaummah.com

Tok Kenali


Tok Kenali tidak asing lagi di negara ini,dan satu ketika dulu pengaruh beliau cukup kuat hingga sampai ke Patani.Beliau mempunyai peranan langsung terhadap kebangkitan Islam di kelantan pada zaman kegemilangannya hingga mendapat jolokkan 'Serambi Makkah'.Di samping mengajar,Tok kenali aktif dalam penulisan,urusan kemasyarakan dan juga pemerintahan.Beliau adalah orang penting di belakang penerbitan majalah'Pengasuh'.Pernah menjadi Ahli Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu kelantan dan Ahli MAjlis(Dewan)Ulama.Tuk kenali berpesan kpada murid2nya antara lain,"Mengaji sungguh-sungguh"dan "Buka pondok".Menurut sumber yang boleh dipegang,Tok kenali mengamalkan Tareqat Ahmadiah.Beliau dikurniakan banyak karamah,kelebihan yng pelik-pelik tetapi benar berlaku.Awang kenali Anak Genius...Seorang anak yang mempunyai nama timangan'Awang'yang baru berusia sekitar enam tahun ketika itu,berusaha menghafaz ilmu yang baru dpelajarinya.Awang memang dianugerahi ALLAH kepintaran disamping mempunyai ingin tahu dan maju yang kuat.Dengan beberapa kali ajar dan biasanya sekali ajar saja,dia dapat menulis dan membaca Al Quran dengan tajwid dan tartilnya...kecemerlangan Awang Mohd Yusof dalam bidang pengetahuan tak berakhir disitu.


Untuk memenuhi cita-citanya melanjutkan pelajaran di Kota bharu. Dari situlah bermulanya perjalanan hidupnya yang panjang untuk menguasai ilmu selama lebih 25 tahun termasuk 17 tahun di Makkah dan 5 tahun di Mesir. Dan sebaik pulang dari perantauan menuntut ilmu,mulalah beliau menyumbang bakti pada masyarakat khususnya dalam bidang pendidikan dan pelajaran.Beliau membuka dua pusat pengajian pondok di kampung kelahirannya,kenali,dalam jajahan Kota Bharu. Disinilah beliau mengasuh dan mendidik,hingga melahirkan tuan-tuan guru yng turut berjuang dengan membuka pondok-pondok pengajian ditempat masing2.


.sejak itu masyhurlah seorang ulama berbadan gempal,bermisai,berjanggut serta berjambang dan gemar kepada pakaian serban jubah itu sebgai seorang wali ALLAH dengan gelaran Tok Kenali.Berkat doa dan Asuhan ibu..kejayaan Tok kenali dalam bidang ilmu dan kepimpinan adalah berkat asuhan dan ibunya,seorang wanita solehah bernama Fatimah yang mengharapkan anaknya muncul sebagai seorang yng mulia disisi agama.Tok kenali mendapat bimbingan awal datuk sebelah ibunya,yang dikenali dengan nama Tok Leh,seorang imam kampung yng alim.Datuknya yng mengajar menulis dan membaca Al-Quran selepas kematian bapanya Ahmad,seorang petani warak.Sejak itu bermulalah MOHD YUSOF bin AHMAD yang akhirnya masyhur dengan gelaran ToK KENALI,hidup yatim ketika baru berusia lima tahun(tahun 1873).


Di Kota Bharu,beliau belajar dengan beberapa orang tuan guru;anataranya Encik Ismail bin MAhmud(pernah menjadi kadi),Tuan Guru HAji Ibrahim bin Yusof(pernah jadi Mufti kelantan)tuan guru Haji Abdul Samad bin Md Salleh(terkenal dengan gelaran Tuan Tabal),Tuan Guru Haji Muhammad(yang terkenal dengan gelaran Tuan Padang)dan beberapa orang tuan guru lain....Dalam beberapa tahun saja beliau dapat membaca kitab-kitab seperti Al Airrumiyyah,Syarh Ibnu 'Uqail,Al Fiyyah dan Mutamimah,yang semuanya berhubung dengan nahu saraf.Beliau juga khatam banyak kitab dalam jurusan tauhid,Feqah,Tasawuf dan lain-lain.....Tok kenali bertolak ke Tanah Suci dengan kapal layar ketika usia 18tahun(sekitar tahun 1886).


Di MAkkah,hampir tujuh bulan pertama Tok Kenali tiada tempat tinggal tetap,hanya menetap di SERAMbi MAsjidil Haram...Tuk kenali belajar dengan ramai tuan guru dari kalangan ulama-ulama besar di Mekah.


Antara gurunya yng berbangasa Arab ialah Al 'Alamah Syeikh HAbibullah dari mesir,Al 'Alamah Syeikh 'Abid,Mufti Al Malikiah,Al 'Alamah Syeikh Muhamda Amin,imam bagi mazhab HAnafi,Al'Alamah Syeikh Bakri,Al'Alamah Syeikh Mohd Yusof Al khiadh dan Al 'Alamah As Sayid Abdullah bin Sayid Saleh As Zawawi,MUfti Makkah..


Dan diantara guru-gurunya yng berbangsa Melayu ialah Asy Syeikh Mukhtar 'Akthar Al Jawi Al Minangkabawi Al Bukri(Bogor),Asy Syeikh Ahmad bin Abdul Latif Al Minangkabawi,Asy Syeikh Muhammad bin ISmail Al FAtani,Tuan Guru Haji Wan Ali kutan,Tuan Guru HAji Md.Daud dan Al Alamah Asy Syeikh Wan Ahmad bin Ahmad Mustaffa Al FAtani..........Guru dan pembimbing Tuk kenali yang Utama ialah Al'Alamah Asy Syeikh Wan Ahmad bin Ahmad Zain bin Mustafa Al Fatani,yang juga menjadi bapa angkatnya..


Syeikh Wan Ahmad ini seorang Ulama besar yang banyak mengarang kitab serta menjadi pentashih pada banyak kitab karangan ulama Jawi, khususnya kitab-kitab karangan ulama Pattani....Syeikh Ahmad Fatani ialah anak saudara pada 'Alamah Asy Syeikh Daud Al Fatani menerusi nasab ayahnya Muhammad Zain yng abang kpada Syeikh Daud. Syeikh Daud adalah ulama terkemuka di Nusantara,pembawa amalan Tareqat Syatariah.Beliau mengarang lebih 50 buah kitab termasuk kita Furu'il Masail dan Darussamin...Berkat ramainya ulama hebat yang menjadi guru kepada Tok Kenali semasa di Mekah maka beliau muncul sebagai ulama pakar dalam berbagai bidang jurusan ilmu khususnya nahu saraf dan tasawuf. Malah dalam jurusan feqah,beliau alim empat mazhab Ahli Sunnah Wal Jammah dan sangat arif tentang perjalanan mazhab ikutannya iaitu Mazhab Syafi'i. Dibidang Tasawuf,Tok kenali adalah pengikut aliran tasawuf Hujjatul Islam Imam Al Ghazali, manakala bidang tauhid,beliau berpengang dengan aliran ulama usuluddin yang terkemuka, Imam Abu HAssan Asyaari dan Abu MAnsur Al Maturudi..Setelah 17 tahun di Mekkah,Tuk Kenali bersama gurunya Syeikh Wan Ahmad Al FAtani melawat Mesir. kedatangannya mereka menjadi buah mulut khususnya para pelajar."Ulama Besar" sedang membuat kunjungan di Mesir..begitu dihebohkan oleh orang ramai. Tok kenali sering diberi peluang menjawab soalana2 dalam majlis pengajian gurunya.Semua soalan dijawabnya dengan tepat dan padat sehingga nama Tok Kenali segera terkenal dikalangan penuntut2 di Mesir.Secara langsung Tok kenali diktiraf sebagai ulama terkemuka dikalangan cerdik pandai Mesir.Walaupun hanya lima tahun di Mesir,Tok Kenali banyak menimba ilmu dan pengalaman dinegara yng mempunyai ramai ulama dan terkenal dengan Universiti Al Azhar.


Di Ringkas cerita lagi..Tok kenali mengadakan kelas pengajian terbuka untuk orang ramai dirumahnya.Anak muridnya bertambah ramai,maka mereka mendirikan pondok-pondok kecil disekeliling rumahnya untuk mengikuti kelas pengajian beliau,sembahyang berjemaah, berwirid dan beramal.Dalam masa yang sama,Tok kenali mengajar di Masjid Al Muhammadi di kota Bharu,yang ketika itu terkenal sebagai pusat pengajian tinggi.Beliau berpegang pada falsafah bahawa dakwah,tarbiah dan ilmu perlu disebarluas kpada orangramai......Nama Tok Kenali masyhur sebagai Tuan Guru yang mahir dalam ilmu nahi dan saraf serta tasawuf. Beliau juga menguasai ilmu Tafsir,Hadis,Tauhid,Feqah dan sebagainya..Tok Kenali lazimnya mengajar tanpa membawa kitab;cukup sekadar mendengar salah seorang anak muridnya membaca,kemudian beliau akan syarahkan dan betulkan jika ada bacaan yang silap..Antara kita-kitab yang dijadikah teks pengajiannya ialah Ihya Ulumiddin karya Imam Al Ghazali, Sirrus Salikin karangan Syeikh Abdul Samad Al Palembangi dan kitab Hikam karangan Ibnu Ato'illah.


Setelah 23 tahun hidup sebatang kara,barulah Tok Kenali mencari pasangan hidup pilihannya bernama Siti Ruqayah,seorang janda muda berusia 18 tahun,sedangkan umur Tok Kenali 40tahun ketika itu.BErkat perkahwinan yng bahagia,mereka dikurniakan tujuh orang cahaya mata.Anak lelaki beliau semuanya muncul ssebagai tuan guru.Mereka adalah ;

1.Tuan Guru Haji Ahmad,anak sulung,mendapat bimbingan dari ayahnya..Beliau terkenal dengan gelaran Tok Bangkok kerana rumah tempat tinggalnya dikenali bersebelahan dengan pondok penuntut dari Siam yang terkenal dengan kota Bangkok.

2.Tuan Guru Haji Salleh,anak Tok kenali yang paling lama belajar di MAkkah dan terus bermukim disana serta mengajar Di MAsjidil HAram.Beliau seorang pengarang dan telah mengarang lebih 60 buah kitab dan risalah mengenai berbagai persoalan agama.

3.Tuan Haji Mahmud,Anak ketiga Tuk kenali,seorang yang tidak kurang juga ilmunya,menjadi khatib tetap dimasjid peninggalan ayahnya.

4.Tuan Haji Abdullah Zawawi,anak bongsu Tok Kenali yng mendapat didikan di Makkah sehingga keperingkat menenngah tinggi dan seterusnya memasuki kuliah Syariah disalah sebuah universiti di Makkah selama 4 tahun dan lulus pada tahun 1961,kemudian berkhidmat dengan kerajaan Arab Saudi sebagai pegawai pendidikan dan pernah jadi pengetua dibeberapa buah sekolah menengah di Arab Saudi.


Diantara anak2 murid Tok Kenali yang terkemuka ialah:Syeikh Idris Al Marbawi dari Perak,pengarang dan ulama terkenal(penyusun kamus Marbawi),Syeikh Othman Jalaluddin,guru pengasas pondok yng warak dan juga seorang pengarang kitab,berasal dari penanti,Hj.Sallehuddin,pulau pinang,Hj Tam,kedah,Tuan Guru Hj Othman(Pak Man),bukit besar,Tuan Guru Ahmad Lundang,Hj Ahmad Tawang,Hj Nor Bot,Hj ALi ,pulau pisang,Hj Mat Jebang,Tuan Guru Hj Awang Yusof pembangun pondok ditanah Serendah sekebun Bunga,Tuan Guru Hj Daud bin Hj Omar,Bukit Abal,ahli tasawuf dan tariqat yang terkemuka,tuan Guru Hj Yaakub bin ismail,Legor,selatan thailand.Tuan Guru Hj Zainal Abidin Sura dan ramai lagi anak murid Tok Kenali yang hebat2 daripada ribuan anak murid beliau...


.Dengan kata-kata Tok Kenali yng sering mengalakkan anak2 muridnya membuka pondok,maka mercu tumbuhlah pondok2 pengajian dengan pesat sekali...Selain menubuhkan Pondok Tok Kenali,beliau juga pengasas Jamiatul Asriyah.Pendidikan Pondok Tok Kenali....Tok Kenali menekankan teknik menghafaz pelajaran terutamanya Nahu saraf yang menjadi ibu bagi memahami kitab-kitab Arab.Begitu juga Balaghah,Bada'i,Bayan,dan Arudh.Baginya ilmu itu ialah apa yang difahami dan dingati didada,bukan semata-mata dalam tulisan dikitab.Penekanan ini mendorong anak2 muridnya bertungkkus-lumus menghafaz terutamanya pada malam2 sepi dipondok penginapan masing2.....Ramai muridnya berkata"Berkat Tok Kenali,mudah kami menghafaz pelajaran."NAmun Tok Kenali tak pernah memarahi pelajar2 yang lemah dalam pelajaran atau tak mampu menghafaz....kerana cerdik dan bod*hnya seseorang itu semuanya pemberian Allah s.w.t....Tok kenali terus mendidik dan mengajar.Sewaktu mengajar,Tok Kenali selalunya tak bawa kitab. Cukup dengan mendengar salah seorang muridnya membaca,kemudian disyarahkan dan dibetulkan dimana yang silap.kelaziman ini membuktikan bahawa beliau sabgat arif tentang semua matan dan syarah kitab2 yang diajarnya...Banyak Tuan-tuan guru yang lain mengikuti dan meniru caranya mengajar..


Pada keseluruhannya Tok Kenali berpegang kpada cara pendidikan rohaniah yang dipegang oleh Hujjatul ISlam Imam Al Ghazali.Ini dapat dilihat pada teks pada pengajian tasawufnya yng kebanyakkan karang Imam Al Ghazali.Mengajar kitab Hikam karangan Ibnu Ato'illah yng banyak membicarakan perjalanan hati dan para wali...KITAB-KITAB PENGAJIAN...Semua kitab yng menjadi teks pengajian dipondok Kenali adalah kitab-kitab yng muktabar karangan Ulama-ulama aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah..Antara kitab-kitab itu ialah;TAUHID: Antaranya MATAN AL JAUHARAH AL TAUHID KARYA IMAM IBRAHIM AL LAQANI,MAtan As Sanusiyah karya Imam Muhammad B.YUsof As Sanusi,Kitab Akidah An Najin dan seterusnya kitab2 yng lebih besar seperti Darus SAmin dan lain.......FEQAH:Antaranya Kitab Matan Safinah An NAja,Fathul Qarib,At TAhrir dan Al Iqna',KItan-kitab besar seperti Al MAjmu' dan Al Umm,kitab induk Imam Syafi'i r.a....TASAWUF: Antaranya kitab Bidayah Al Hidayah karangan Imam Al Ghazali,Hidayah As Salihin(Syarah kitab Bidayah Al Hidayah)karangan Syeikh Abdul Samad Al PAlimbangi,Sirus As Salikin(intisari kitab Ihya Ulumiddin karangan Imam Al Ghazali)juga karangan As Syeikh Abdul Samad Al palimbangi dan tidak ketinggalan kitab Al Hikam karangan ibnu Ato'illah.TAFSIR:ANTARANYA Tafsir Jalalaian karangan Jalaluddin Al MAhalli dan JAlaluddin As Sayuti,Tafsir ;Ala Al Jalalaian dan Tafsir Al Khazin bertajuk Lubab At Ta'wil Fi Ma'ani At Tanzil.BAHASA ARABTERUTAMANYA NAHU SARAF)antaranya kitab-kitabnya MAtan Al Ajirrumiyah,Matan Al BIna,Syafh Ibnu 'Uqail,Matan Al Fiyyah dan syarahnya.Seterusnya kitab Usymuni dan Mughni Al Labib karangan Ibnu Hisyam.


KARAMAH TUK KENALI:

BANYAK cerita karamah Tuk Kenali:Antaranya;

1.Tok Kenali benci amalan jahiliah berlaga kerbau yang masih menjadi kegemaran orang zaman itu.Satu hari,riuh-rendah orangramai berpesta meraikan kemenangan kerbau milik Tok Deramin.Kerbau itu dipakaikan baju berhias.Kebetulan bertembung dengan tuk kenali,lalu beliau bertanya,"kenapa dipakai2 macam ni?Orang disitu menjawab secara mempersenda,"kerbau tu panas"Tok kenali pun membalas jawapan dengan berkata,"Biar dia panas."an pada malamnya rumah Tok Deramin termasuk bangsal kerbaunya terbakar hangus...

2.Ada seorang yng menjala ikan tak dapat2 sebarang jenis ikan,lalu bertembung dengan Tok Kenali.Lalu dipegangnya sambil menepuk2 jalanya itu.Selepas itu orang itu menjala dengan sekali campak(tebar)saja sudah dapat sungguh banyak ikan....

3.Pernah berlaku beberapa kali anakmuridnya mendapati Tok Kenali menyeberangi sungai tanpa dilihat melalui jambatan ataupun menaiki perahu..Cerita ini amat panjang...DAn Tok Kenali pula berjalan cepat sehingga anak-anak muridnya selalu ketinggalan..

4.Tuk Kenali dikatakan ada Firasat yang benar.Ini dapat dibuktikan dengan ramalannya yang betul2 berlaku.Sabda Rasulullah s.a.w.,maksudnya:"Takutilah firasat orang mukmin kerana dia melihat dengan Nur(Cahaya)Allah."\Pernah Tok kenali memberitahu,"Jepun akan menjajah Tanah Melayu."Ternyata lapan tahun selepas beliau kembali kerahmatullah,bangsa bermata sepet itu masuk menguasai Tanah Melayu...Tuk kenali juga pernah memberi amaran supaya bersiap sedia kerana banjir besar akan me;anda kelantan.Beliau berkata,"Aku ada alamat akan berlaku bah besar.kerana itu kamu bersiap sedialah...."Setahun kemudian berlakulah bah besar seperti dikasyafkan kepada ToK Kenali dengan 'bah merah',yng tertera dalam catatan sejarah penting negeri kelantan;berlaku pada Disember 26,1926.Air sungai kelantan melimpahi tebing dan menenggelamkan bandar kota Bharu,hingga 12 hari baru surut.Banyak jiwa terkorban,binatang ternak mati,rumah serta bangunan yang rosak..(Beberapa hari selepas berlaku bah besar ini,berlaku pula kebakaran besar dikota Bharu)......


BIDANG PENULISAN:

Dengan inisiatif Tok Kenali sebagai tenaga penggerak lahirlah majalah bulanan yng dipanggil pengasuh pada julai 1918....,PUsaka Tuk Kenali...Selain menjadi tenaga penggerak Pengasuh,Tok Kenali juga adalah penasihat dan penulis bagi majallah Islam,Al Hidayah.Dalam bidang penulisan ilmiah,Tok Kenali telah berusaha menterjemahkan kitab Al Umm dan Tafsir Al Khazan walaupun terjemahan kedua-dua kita itu tak sempat disiapkan sepenuhnya...Usaha penterjemahan itu adalah atas permintaan Sultan Kelantan sendiri menerusi surat bertarikh 15 April 1929 pada Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.Bagi peringkat rendah pula,Tok Kenali menyusun kitab pelajaran nahu saraf(Tasrif)yang kemudiannya diterbitkan oleh muridnya Tuan Guru Hj Ali Solehuddin dengan judul Ad Durus Al Kunaliyah Al Ibtidaiyah dan TAsrif 'Arf yng disusun oleh muridnya Syeikh Othman Jalaluddin.Risalah pelajar (buletin)Talamiz...Tuk Kenali adalah juga pengarang kepada kitab khasiat Bintang2 dan Mujarrabat menggunakan nama pena AWANG KENALI.....