ASPIRASI / INSPIRASI

Ilmu Massa, Turath, Sejarah. Analisa Kajian Budaya Pemikir. Peradaban Insani Kalbu Akal Mencerah. Hakikat Amal Zikir Dan Fikir. Ilmu, Amal, Hikmah Menjana Pencerahan. Ulul-Albab Rausyanfikir Irfan Bistari. Tautan Mahabbah Mursyid Bimbingan. Alam Melayu Alam Islami Tamadun Melayu Peradaban Islami. Rihlah Ilmiah Menjana Pencerahan Pemikiran, Kefahaman & Ketamadunan (Ilmu,Amal,Hikmah & Mahabbah) - Inspirasi: Rizhan el-Rodi

Gerakan Gulen


GERAKAN GULEN

Fethullah Gulen suatu nama yang tidak asing di Turki, ianya menjadi pelopor kepada suatu gerakan yang dikenali gerakan Gulen. Iaitu suatu gerakan yang menyambung dan berkesinambungan daripada perjuangan Syeikh Said Nursi atau gerakan nurcu atau Nursi. Bahkan Fethullah Gulen sendiri merupakan murid kepada Syeikh Said Nursi.

Fethullah Fulen dikenali sebagai Hujjah Efendi yang setaraf dengan Syeikh (Arab), Kiyai (Indonesia), Ayatollah, (Iran), Maulana, (India), Baba (Patani) dan Tuan Guru di (Malaysia).

Pendekatan Gulen yang mementingkan dialog peradaban dan pendekatan Sufi atau Tasawuf yang mementingkan hikmah dan islah qalbu. Fethullah Gulen seorang ulama Sufi dan pemikir massa yang mana beliau dan anggotanya banyak melakukan dakwah melalui pendidikan, sosial, dakwah dan ekonomi. Pendek kata setiap lapisan masyarakat dan organisasi di Turki terdapat ahlinya. Pendekatan kumpulan ini ialah berada dimana-mana organisasi bahkan mereka banyak menguasai kedudukan tinggi dalam mana-mana organisasi. Yang mempamerkan suatu jaringan yang strategis dan bijaksana. Mereka menguasai hampir semua organisasi yang berkaitan urusan hidup masyarakat Turki. Mereka mempunyai hubung kait diantara satu sama lain.

Dalam perniagaan (MUSIAD), pendidikan, media (akhbar Zaman dan TV Semanyolu) , politik (parti Saadet dan AKP). Kumpulan mereka dikenali cemaat. Bahkan Gulen sendiri merupakan pengasas dan pengerusi Yayasan Penulis dan Wartawan..

Antara tujuan gerakan Gulen ialah:
Islamisasi ideologi nasionalis Turki dan Islamisasi terhadap modeniti. Semangat nasionalis turki dititiberatkan melalui pendidikan dan pusat pendidikan. Bahkan mereka berjaya membina jaringan global dengan membina pusat pendidikan dan kebudayaaan Turki di serata negara. Bahkan di Kazakhastan dan Turkmenistan mereka berjaya membina unversiti. Di Turki sendiri Universiti Fatih merupakan universiti milik gerakan ini. .

Pendekatan Gulen mengabungkan antara traditionalis dan modenis yang menjadi wadah utama yang dititikberatkan. Sistem pengajian Islam mantap berpaksi aliran Sunni ahli Sunnah walJamaah. Kalangan ahlinya ada yang bertasawuf dan bertariqat seperti Qadiriah, Maulawiah dan al-Naqsyabandiah. Mereka tahu bahawa roh dan kekuatan umat Islam ialah melalui tariqat/tasawuf. Jaringan Turkish Schools dan jaringan antarabangsanya seperti Fountain Turkish Culture Foundation mendapat tempat di kalangan masyarakat antarabangsa. Antara pusat utama gerakan ini ialah di asia tengah. Sikap gerakan ini yang progresif dan modenis diterima pelbagai golongan samada kalangan bukan Islam atau golongan muslim sekular. Mereka bersikap terbuka, hikmah, lemah lembut dan mempunyai jatidiri muslim Sunni yang mantap.

The Prospects dan Forein Policy telah menobatkan Fethullah Gulen sebagai pemenang nombor 1 pada tahun 2008 dan laman web Islam fgulen menduduki ranking pertama di dunia yang dilayari oleh masyarakat dunia. Kalangan ahlinya mengutamakan tarbiah ruhiyyah melalui pendekatan tasawuf disamping ilmu kontemporari. Gerakan ini melahirkan umat Islam profesional dan mempunyai jatidiri muslim sunni yang mantap. Bahkan beratus-ratus kalangan usahawan gerakan ini mampu mengeluarkan zakat sehingga sejuta ringgit setahun.

Fethullah Gulen mempunyai hubungan mantap dengan Syeikh-Syeikh tariqat sebagai mewarisi daripada pemerintaan Osmaniah terdahulu. Sejarah merekodkan golongan sufi sebagai penyebar agama Islam, pendidik, pendakwah, penyatu ummah dan sebagai penasihat agama dan strategis kepada pemerintah.

Begitu juga pemerintah Turki sekarang Presiden Abdullah Gul dan Perdana Menteri Tayyib Erdogan mempunyai hubungan yang baik dengan Gulen bahkan kalangan ahli AKP juga adalah ahli kepada gerakan Gulen. Kedua tokoh parti pemimpin ini ingin mengembalikan kegemilangan umat Islam sebagaimana di zaman Khalifah Osmaniah walaupun mempunyai halangan besar daripada golongan sekular Turki yang menguasai Turki moden. Justeru mereka begitu akrab mendampingi Syeikh-syeikh Tariqat Sufi. Bahkan Presiden Abdullah Gul sendiri merupakan cucu kepada Khalifah al-Naqsyabandiah dan hubungan parti AKP yang merupakan sayap yang muncul dari parti Refah yang diasaskan dan dipimpin oleh mantan Perdana Menteri Turki Nejmuddin Erbakan yang juga seorang ahli tariqat al-Naqsyabandiah.

Unitnya Turki menjadi pusat berkumpul para gerakan Islam sedunia dan NGO Islam sedunia walaupun antaranya ada berfahaman Sunni, Wahabi, Syiah dan Liberal. Bahkan Turki antara negara Islam paling maju dan moden. Bahkan antara negara Islam yang paling kukuh ekonominya serta mempunyai kekuatan tentera paling mantap (ahli NATO).

Khidmat agama, bangsa, negara dan ummah yang diterajui Fethulleh Gulen menarik perhatian pihak barat disamping pendekatannya yang hikmah dan strategis. Fethullah Gulen banyak menghasilkan penulisan ilmiah dalam pelbagai bidang dan sering terlibat dalam wacana ilmu, dialog di peringkat antarabangsa. Untuk mengikuti perkembangannya dan keintelektualannya boleh layari laman webnya http://www.fgulen.org/




Faedah Bank Bukan Riba !


Bila orang berselisih pendapat dan berdebat dengan hukum riba atau faedah bank aku teringat pula ayat BANK TANPA FAEDAH..pastinya orang indonesia kata buat apa simpan duit dibank sebab tak ada faedah [tak de gunanya].
Dari satu generasi ke satu generasi perdebatan mengenai hukum faedah bank/bunga bank berterusan hingga ke hari ini.

Masyarakat awam menjadi pening untuk memahami keadaan yang sebenarnya tentang perkara ini.Terjadi juga pada golongan agamawan sendiri sebenarnya mereka mengambil dari sumber atau Nas yang betul tetapi penyampaian dan kefahamannya sendiri adalah disalah ertikan dan berlaku keputusan secara muktamad.Kerana apa ? Berpunca daripada hanya dari pembacaan semata-mata dan mengambil ilmu daripada ulama yang hatinya mati.

Teringat pula kata-kata Syeikh Faidhi [India]..Naib Tareqah Ad-Dasuqiah Al-Muhammadiah di Kota Kaherah sewaktu ketika dulu..menurutnya,ramai antara lepasan Al-Azhar [bukan saja azhari bahkan golongan yang belajar agama] membawa pulang 3 Perkara :
1-Kitab/Buku.
2-Syahadah/Sijil.
3-Hati yang mati.
Maksudnya cukup mendalam dan tersirat apabila difikir2kan dan jika penulis ungkaikan di sini.
Berbalik kepada isi pokok yang ingin dibicarakan adalah kesalahfahaman tentang riba dan sekaligus adanya maslahat secara peribadi seseorang penyampai itu sehinggakan merugikan orang lain.
Keharaman riba sudah disepakati oleh seluruh ulama’ di utara,timur,selatan dan barat, Allah berfirman: “Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu memakan riba dengan berlipat ganda”.


Penafsiran kadar faedah bank juga dianggap perbuatan riba,padahal perbuatan itu dikatakan riba apabila memenuhi dua syarat; iaitu :
1-Adanya unsur paksaan
2-Unsur penipuan.

Apabila keduanya tidak ada dalam mu’amalat maka tidak sah untuk kita katakan riba,melihat secara umumnya kaedar faedah bank yang berlaku sekarang ini sebenarnya dalam lingkungan batas-batas yang wajar dan ia terjadi tanpa adanya unsur paksaan ataupun penipuan, maka hukumnya adalah 100% halal.
Sekali lagi ditegaskan, riba dikatakan riba apabila mengandung unsur paksaan atau penipuan.Bagaimana ?

Jom kita menilai dan berfikir dengan 2 Kejadian Kes yang mengandungi Kes Paksaan dan Kes Penipuan.
Contoh Kes Paksaan: Apabila si A yang mesti menjalani pembedahan di hospital yang apabila ia tidak mengikutinya maka akan membahayakan nyawanya, namun si A ini tidak punya wang sedikitpun atau tidak mencukupi, akhirnya terpaksa meminjam wang dari si B untuk pembiayaan kos operasi tersebut,
Kemudian si B ini memberi syarat-syarat yang berlebihan dan tidak masuk akal serta membebankan si A untuk membayar balik kadar pinjaman tersebut, sekaligus memaksanya untuk memenuhi syarat-syarat tersebut sedangkan si A dalam keadaan sakit, menderita dan sangat memerlukan pembiayaan. Inilah yang disebut riba.
Contoh Kes Penipuan: Apabila si A tidak tahu membaca dan menulis kemudian meminjam wang dari si B, kemudian si B menulis dalam surat perjanjian yang jika dilihat mengandungi unsur-unsur penipuan ke atas si A dan membebankan serta tidak difahami oleh si A, akhirnya si A terkejut sewaktu tempat pembayaran balik dan tidak mampu lagi untuk menolak bukti tertulis tersebut yang membebankan, membingungkan dan merugikannya. Ini juga disebut riba.
Allah berfirman: “Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu memakan harta sesamamu dengan bathil” yakni dengan paksaan atau penipuan atau kedua-duanya.

Adalah kurang tepat apabila hal yang sederhana memberikan batasan bahawa erti riba hanyalah tambahan daripada keuntungan semata-mata. Riba dikatakan riba apabila tambahan atau keuntungan itu merugikan orang lain dengan cara menipunya atau memaksanya.

Apabila berdasarkan kata sepakat dan setuju dari kedua belah pihak yang sama-sama menerima dengan senang hati dan memahami inti mu’amalat antara keduanya, maka tidak sah dikatakan riba[kerana saling redha meredhai] firman Allah : Illa an takun tijaratin `an taradhin]. Sedangkan perkara ini berlaku mengenai faedah bank.

Tidak ada yang memaksa dan tidak ada yang terpaksa. Tidak ada yang menipu dan tidak ada yang tertipu. Penyimpan wang [Penabung] tidak memaksa bank untuk memberi kadar faedah/bunga, Pihak Bank juga tidak memaksa penabung untuk menerima kadar faedah/bunga. Tidak ada pula unsur penipuan antara penabung dan pihak bank, sebab bunga itu aktif dimaklumkan kepada penabung tanpa ada unsur ketersembunyian.

Pernikahan tidak akan sah tanpa ijab dan qabul meskipun maharnya berjuta-juta dolar, apabila ada ijab dan qabul maka pernikahanya sah walau maharnya cuma beberapa ringgit saja,Rasul bersabda: “Berilah mahar walau hanya secincin besi”. Ertinya: persetujuan kedua pihak dalam segala jenis mu’amalat adalah menghalalkan dan mengesahkan mu’amalat tersebut selama tidak ada paksaan, tidak ada penipuan dan tidak melampaui batas-batas yang sudah digariskan syari’at islam.
Tidak ada paksaan dalam agama” demikian firman Tuhan dalam Qur’an-Nya, bagi yang tidak mahu menerima kadar faedah bank, maka itu haknya walau akibatnya keuntungan bank terus membengkak dan meledak bila tidak diserahkan kepada para penabung (para pemiliknya).

Allah berfirman: “Sungguh celaka orang-orang yang curang, yang apabila menerima tawaran dari orang lain mereka minta dipenuhi, dan apabila mereka menawar untuk orang lain mereka mengurangi”. Allah juga berfirman: “Tidakkah kau melihat orang-orang yang manjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya?”.Untuk menjelaskan maksud kedua ayat di atas cukup dengan melihat kenyataan yang terjadi dalam fatwa-fatwa yang hanya berdasarkan hawa nafsu para mufti. Sebagaimana diceritakan bahawasanya seseorang bertanya kepada mufti tentang hukum dinding rumah yang dikencing oleh seekor anjing, mufti menjawab: “Harus diruntuhkan dan buat dinding baru”, penanya kemudian melanjutkan: “Tetapi anjing itu kencing di dinding rumah tuan mufti?”, mufti lalu menjawab: “Cukup dengan percikan air saja” !!

Ketika Sayyid Tantawi (Syeikh Azhar) menfatwakan halalnya faedah bank, para ulama’ Azhar segera membantahnya padahal majoriti mereka yang bertaraf pekerjaan sebagai perundingan kewangan di beberapa bank Arab Saudi dan mendapatkan banyak keuntungan ribuan dolar. Namun ketika itu salah seorang daripada mereka tidak lagi menerima banyak keuntungan dari bank,ia datang kepada Syeikh Azhar dan mengakui kebenaran fatwanya !! Sayangnya pengakuan tersebut sudah terlewat.!!

Orang-orang yang mendirikan dan membangun bank-bank islami adalah orang-orang yang sangat mantap !! kerana mereka seolah-olah menuduh bank-bank lain telah melanggar tuntunan dan tuntutan syari’at islam, dan merasa benar sendiri. Padahal semua bank sama, tidak ada yang dinamakan sebagai bank kristian, bank yahudi, bank hindu, bank buddha, bank atheis atau bank-bank yang lain, lalu mengapa ada bank islami ?!? Amat disayangkan bila fatwa-fatwa yang beredar hanyalah fatwa banki dan bukan fatwa syar’i !!

Rasulullah Saw. bersabda: “Permudahlah dan jangan persulit”. Kemudahan di sini adalah intisari agama yang dapat dirangkum menjadi dua point iaitu:
1-Tidak menyekutukan Allah (inti semua ibadat) dan
2-Tidak memudaratkan / menyakiti / merugikan orang lain (inti semua mu’amalat). Bila kedua point di atas sudah dipenuhi oleh seorang hamba maka keislamannya sudah cukup normal.

Sumber :

1. Perbincangan dan Pengajian Maulana Syeikh
2. Akhbar al-Buhairah wal-Aqalim Mesir edisi 135 tahun 2004.
3. Akhbar Shautul-Ummah Mesir edisi 12 Januari 2004 dan 15 Maret 2004.

Wasiat Raja-Raja Melayu





Wasiat Raja-Raja Melayu tanggal 31 ogos 1957.

“kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami 7 perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera”.

PERTAMA : kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung , PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali MALAYSIA);

KEDUA : Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;

KETIGA : Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta hak milik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam Negara dan ancaman dari luar Negara;

KEEMPAT: Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah Negara ini;

KELIMA: Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan;

KEENAM: Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU ; dan

KETUJUH: Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Ulama Sufi Melayu




ULAMA SUFI MELAYU

Kurun ke-18, ke-19 dan awal kurun ke-20, Institusi al-Haramayn telah melahirkan ulama Sufi Melayu dengan berkat ilmu dan amalan yang diambil oleh penuntut Tanah Melayu di sana dan dibawa pulang ke nusantara. Antara ulama Haramayn yang bersalsilah dengan para ulama Melayu ialah Syeikh Ahmad Qusyasyi, Syeikh Ibrahim al-Kurani, Syeikh Hassan al-Ajami dan ramai lagi. Menjadi suatu kelaziman kalangan ulamak Ahlu Sunnah Wal Jamaah mempunyai amalan kerohanian tariqat/Tasawuf yang merupakan roh Islam. Berikut antara ulama tersohor Melayu iaitu:

- Syeikh Ismail al-Fathani (Syatariah)
- Syeikh Hamzah al-Fansuri
- Syeikh Syamsuddin al-Sumaterani (al-Qadiriah)
- Syeikh Ahmad Khatib Sambas (al-Qadiriah)
- Syeikh Nuruddin Tekarang (al-Qadiriah al-Naqsyabandiah)
- Tuan Guru Abdul Rahman Ambon
- Syeikh Nawawi al-Bentani (al-Qadiriah al-Naqsyabandiah)
- Syeikh Ahmad al-Fathani (As-Samaniah)
- Syeikh Mohd Zainuddin b Mohd Badawi Sumbawa (al-Qadiriah)
- Syeikh Mohd Azhari
- Syeikh Yasin al-Fadani
- Syeikh Mokhtar Bogor
- Kiyai Mohd Fadhil b Abdul Latif al-Maduri
- Kiyai Hashim Asyaari
- Syeikh Ali b Abdullah al-Banjari
- Syeikh Mohd Mahfuz al-Tarmasi
- Syeikh Mohd Najib b Idris (al-Naqsyabandiah)
- Syeikh Ismail al-Minangkabawi (al-Naqsyabandiah al-Khalidiah)
- Syeikh Daud al-Fathani (al-Syatariah)
- Syeikh Faqih Jalaluddin b Kamaluddin al-Asyi
- Syeikh Nuruddin al-Raniri
- Syeikh Abdul Rauf al-Fansuri (as-Syatariah)
- Syeikh Yusuf Makasar (al-Khalwatiah)
- Syeikh Zainal Abidin al-Fathani
- Syeikh Wan Ali Kutan (as-Syaziliah)
- Syeikh Abdul Rahman Pauk Boh al-Fhatani (as-Syatariah)
- Syeikh Mohd Ali Acheh (as-Syatariah)
- Syeikh Mohd b Khatib Langien (as-Syatariah)
- Syeikh Abdul Malik Tok Pulau Manis (as-Syaziliah)
- Syeikh AbdullahMubin (as-Syatariah)
- Syeikh Mohd Arshad al-Banjari
- Syeikh Abdul Samad al-Palembani (as-Samaniah)
- Syeikh Abdul Qadir al-Fhatani
- Syeikh mohd Kamil al-Fhatani
- Syeikh Mohd Salleh al-Fhatani (as-Syatariah)
- Syeikh Abdul Rahman az-Zawawi (al-Naqsyabandiah)
- Syeikh Abdullah Azhim al-Manduri
- Syeikh Abdul Wahab Rokan
- Syeikh Wan Sulaiman Kedah (al-Naqsyabandiah)
- Syeikh Mohd Salleh al-Minangkabawi
- Syeikh Mohd Zain Simabur
- Tuan Guru Hj Umar Besut
- Tuan Guru Hj IShak b Muhd Arif
- Syeikh Mohd Zain Acheh (as-Syaziliah)
- Syeikh Abdul RahmanTok Gudang
- Tuan Tabal (al-Ahmadiah)
- Syeikh Mohd Said Linggi (al-Ahmadiah)
- Syeikh Mohd Salleh
- Syeikh Tengku Mahmud Zuhdi (al-Naqsyabandiah)
- Tok Pulai Condong (as-Syaziliah)
- Tok Selehor
- Syeikh Mohd Nafis al-Banjari
- Syeikh Mohd Khalil al-Maduri (al-Naqsyabandiah)
- Imam Mohd Dahlan (al-Naqsyabandiah)
- Mufti Hj Wan Musa (al-Ahmadiah)
- Raja Ali Kelana (al-Naqsyabandiah)
- Raja Haji Abdullah (al-Naqsyabandiah)
- Syeikh Mohad Azhari al-Palembani
- Syeikh Abdul Qadir Bayas Tok Duyong
- Syeikh Abdul Malik Tok Pulau Manis (as-Syaziliah)
- Tokku Paloh (al-Naqsyabandiah)
- Tok Padang Jelapang/ Tok Golok
- TuanGuru Hj Abdul Rahman Lmbong (al-Naqsyabandiah)
- Syeikh Alawi Tahir al-Hadad
- Tok Kenali (al-Ahmadiah)
- Syeikh Hamzah al-Fansuri
- Syeikh Mohd Yasin al-Fadani
- Pangeran Dipo Negero (al-Naqsyabandiah)
- Tok Syafie
- Tuan Guru Hj Daud Bukit Abal (al-Ahmadiah)
- Tuan Guru Hj Abdul Wahid Sungai Udang (al-Ahmadiah)

Menjelang awal kurun ke-21 rehlah ruhiyyah dan ilmiyyah telah berpindah ke Mesir dan antara tariqat yang dibawa pulang oleh penuntut Malaysia antaranya: al-Ahmadiah, as-Syaziliah, al-Dusuqiah, al-Naqsyabandiah dan al-Khalwatiah. Dalam catatan sejarah Malaysia ( Malaya) pernah diadakan kongres Tariqat Sufi iaitu di Kuala Lumpur iaitu di Dewan Bandaran pada 2 Oktober 1960 dan tahun 1962. Sebagimana dituliskan oleh Pejuang Kemerdekaan Dr Burhanuddin al-Hilmy (al-Naqsyabandi) dalam bukunya ‘Simposium Tariqat Tasawuf’ yang membangkitkan kepentingan dan keperluan Tariqat/Tasawuf kepada umat Islam.
Negeri Sembilan kembali mempelopori menubuhkan Jilsah Turuq Sufiah (Majlis Sufi) dengan melantik kalangan ahlinya (pakar ilmu tariqat/tasawuf) agar umat Islam dapat merujuk apa-apa yang berkaitan perkara tersebut kepada ahlinya. Lantaran begitu banyak kekelirun dan salah faham terhadap tariqat disamping wujudnya ajaran sesat yang bertopengkan tariqat/tasawuf.


Firman Allah Taala yang bermaksud : ’Bertanyalah ahli sesuatu ilmu sekiranya kamu tidak mengetahui”
Justeru adalah penting sesuatu ilmu dirujuk kepada ahlinya, kerana realiti di Malaysia banyak permasalahan berkaitan tariqat/tasawuf tidak dirujuk kepada ahlinya justeru meimbulkan kekeliruan terhadap ilmu dan amalan berkaitan roh Islam tersebut.

Enakmen tariqat tasawuf yang dibentuk oleh Jabatan Mufti Negeri Sembilan telah diterjemahkan dan diserahkan juga kepada Ketua Majlis Sufi Tertinggi Mesir / Ulama Besar al-Azhar as-Syarif pada tahun 2006 iaitu semasa pertemuan antara Syeikh Hassan as-Syinawi dengan Mufti Syeikh Murtadha Hj Ahmad. Dimana sebagai jaringan ilmiyyah dimana Mesir akan menjadi pusat Tariqat Sufi Sedunia yang dibarisi oleh ulama yang muktabar di alam hari ini.

Ahli Majlis Jilsah Turuq Sufiah Negeri Sembilan ialah :

- Dato’ Syeikh Murtadha b Hj Ahmad ( al-Ahmadiah)
- Dato’ Hj Mohd Yusof b Hj Ahmad ( al-Ahmadiah)
- Dr Hj Jahid b Sidek ( al-Naqsyabandiah)
- Dr Sulaiman b Ibrahim
- Dr Manam b Mohamad ( al-Naqsyabandiah)
- Dr Muhammad Uthman el-Muhammady

Apa itu Zikrullah


Apa itu zikrullah ?
ZIKRULLAH…bermakna SEBUT NAMA ALLAH..bagaimana caranya…setiap benda apa sekalipun mempunyai cara2nya dengan bimbingan wali mursyid..
Contoh : Sy berjumpa orang yang baru dikenali ? sy akan bertanya siapa nama kamu ? tentunya menjawab namanya…siapa nama bapanya..tentu skali dia menjawab…si fulan…siapa nama datuk kamu…? si fulan….lalu apabila sy bertanya anda siapakan tuhan kamu? tentunya anda menyebut : ALLAH !!
Penulis cuba membenarkan method ini pada pembentangan dibawah ini :
Dzikir dengan lafaz “Allah” merupakan dzikir yang sesungguhnya.
Allah Swt. berfirman :
” واذكر اسم ربك وتبتل إليه تبتيلا “
“Sebutlah nama Tuhanmu (Allah) dengan penuh ketekunan”.
Allah juga berfirman :
” قد أفلح من تزكى وذكر اسم ربه فصلى “
“Beruntunglah yang mensucikan hatinya dan menyebut nama Tuhannya (Allah) lalu berselawat kepada Rasul Saw.”.
Allah juga berfirman :
” قل الله ثم ذرهم في خوضهم يلعبون “
“Ucapkanlah “Allah” lalu biarkan mereka bermain-main dalam kesesatan”. Rasulullah Saw. bersabda: “Tidaklah kiamat tiba selama masih ada yang menyebut: “Allah… Allah…””.
Allah berfirman: “Hanya dengan dzikir, hati menjadi tenang”,
Allah juga berperintah: “Berdzikirlah sebanyak-banyaknya”. Apakah dzikir itu? Allah memberi persoalan dan jawapannya: “Bertanyalah kepada ahli dzikir”…
“Sebutlah nama Tuhanmu (Allah)”.
Apakah solat, baca Qur’an, tasbih, takbir, tahlil dan semua ibadah maupun amalan yang lain adalah dzikir? yang dapat menenangkan hati? yang harus dilakukan sebanyak-banyaknya sebagaimana perintah Allah? Jawabannya adalah: Tidak !
Memang semua ibadah, dan semua amalan termasuk kategori dzikir, dan mengandungi dzikir…
Namun semuanya mempunyai nama tersendiri… sebagaimana semua makanan mengandungi air namun tentu ada air yang mutlak[biasa/suci]… air teh pun merupakan air tapi beza dengan air yang mutlak…
Allah berfirman: “Makanlah dan minumlah” padahal setiap makanan sudah pasti mengandungi minuman (air) tapi Allah menyuruh minum sebab ada air mutlak yang harus selalu dikonsumsi sebab amat diperlukan.
Begitu pula dengan dzikir, semua ibadah mengandungi dzikir, namun ada yang disebut dengan dzikir mutlak… semua ibadah (dzikir) harus dikerjakan, namun jangan lupa dzikir yang mutlak (yang hakiki)… yang satu-satunya dapat menenangkan hati… yang harus dikerjakan sebanyak-banyaknya… Dzikir adalah ibadah independent, berbeza dengan ibadah-ibadah yang lain !!
Apakah membaca al-Qur’an adalah dzikir? Allah berfirman :
” فاقرؤوا ما تيسر من القرآن “
“Bacalah al-Qur’an secukupnya saja… sekadar saja” sementara Allah juga berfirman:
” اذكروا الله ذكرا كثيرا “
“Berdzikirlah sebanyak-banyaknya”. Jika dzikir adalah membaca Qur’an, lalu bagaimana dengan dua ayat di atas? yang pertama menyuruh secukupnya saja (jangan banyak-banyak/sederhana)… yang kedua menyuruh sebanyak-banyaknya !!!
Allah berfirman :
” إنما المؤمنون الذين إذا ذكر الله وجلت قلوبهم وإذا تليت عليهم آياته زادتهم إيمانا “
“Orang-orang mukmin adalah yang hati mereka gemetar dengan dzikir dan iman mereka bertambah dengan bacaan Qur’an” maka zikir beza dengan membaca al-Qur’an.
Jika seseorang mengatakan :
زيد ذو مال
[Si Zaid mempunyai harta] Si Zaid mempunyai duit. Apakah si Zaid adalah duit?Tentu tidak.
Allah berfirman :
” والقرآن ذي الذكر “
“Demi al-Qur’an yang mempunyai (mengandung) dzikir” Apakah al-Qur’an adalah dzikir?
Apakah solat dan zakat adalah dzikir? Allah berfirman :
” رجال لا تلهيهم تجارة ولا بيع عن ذكر الله وإقام الصلاة وإيتاء الزكاة “
“Orang-orang yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan jual beli dari dzikir, solat, dan zakat” Jika dzikir adalah solat atau zakat, tidaklah perlu disebut (berulang) dalam ayat tersebut… cukup dengan menyebut dzikir saja !!
Allah juga berfirman :
” فإذا قضيتم الصلاة فاذكروا الله “
“Apabila kamu telah menunaikan solat, maka berdzikirlah” Bererti dzikir beza dengan solat.
Perlu diingatkan ada perbezaan juga bila disebutkan menunaikan dengan mendirikankan solat.
Allah juga berfirman :
” اذكروا الله قياما وقعودا وعلى جنوبكم فإذا اطمأننتم فأقيموا الصلاة “
“Berdzikirlah secara berdiri, duduk dan berbaring, kalau sudah tenang maka dirikanlah solat” Sekali lagi menunjukkan bahawa solat bukanlah dzikir… solat berbeza dengan dzikir !!
Allah juga berfirman :
” فإذا قضيت الصلاة فانتشروا في الأرض وابتغوا من فضل الله واذكروا الله “
“Apabila solat telah dilakukan, maka bertebaranlah di muka bumi dan carilah kurniaan Allah, lalu berdzikirlah”
Apakah ibadah haji adalah dzikir? Allah berfirman :
” فإذا قضيتم مناسككم فاذكروا الله “
“Apabila kamu telah melakukan ibadah hajimu maka berdzikirlah” Berarti ibadah dzikir berbeza dengan ibadah haji !!
Apakah tasbih (Subhanallah) adalah dzikir? Allah berfirman :
” واذكر ربك كثيرا وسبح بالعشي والإبكار “
“Berdzikirlah sebanyak-banyaknya dan bertasbihlah pagi dan petang” Bererti tasbih berbeza dengan dzikir !!
Apakah istighfar adalah dzikir? Allah berfirman :
” والذين إذا فعلوا فاحشة أو ظلموا أنفسهم ذكروا الله فاستغفروا لذنوبهم “
“Dan orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera berdzikir, lalu beristighfar” Bererti istighfar pun beza dengan dzikir !!
Solat adalah solat… zakat adalah zakat… semua ibadah mempunyai namanya yang tersendiri…
Istighfar adalah Astaghfirullah…
Tasbih adalah Subhanallah…
Hauqalah adalah La hawla wala quwwata illa billah…
Takbir adalah Allahu akbar…
Ta’awwudz atau isti’adzah adalah A’udzu billah…
Hamdalah atau tahmid adalah Alhamdulillah…
Tahlil adalah la ilaha illallah… semua punya namanya yang tersendiri… dan semua mangandungi dzikir… sebagaimana semua makanan mengandungi minuman (air)…
Mengandungi air ? Bukankan dalam nasi yg kita masak mengandungi air..bukankah dlm kek juga mengandungi air…bukahkah dalam pisang atau buah epal mengandungi air?…lalu apakah…dan apakah…
Lalu apakah dzikir itu ?? yang mutlak? yang betulnya? yang hakiki? yang satu-satunya dapat menenangkan hati? Dzikir adalah “Allah”… mengucap / menyebut / melafazkan nama “Allah” sebanyak-banyaknya sebagaimana firmannya:“Dzikran katsira”.[sebutlah sebanyak2nya] dimana jua berada..!!
Teh, kopi, susu dan lain-lain adalah air, namun beza dengan air yang mutlak (air jernih)… semua baik, tapi air putih/biasa yang jernih lebih diperlukan.
Semua ibadah adalah dzikir dan mengandung dzikir… dan semuanya baik… tapi ada dzikir mutlak yang juga sangat diperlukan.
Bukankan air itu amat2 diperlukan oleh tubuh manusia !!!
Lalu bagaimana denga Asma’ Husna? Apakah ya Rahman, ya Rahim, ya Quddus dan seterusnya adalah dzikir? Allah berfirman :
” ولله الأسماء الحسنى فادعوه بها “
“Allah mempunyai Asma’ Husna, berdo’alah dengan Asma’ Husna itu” ini bermakna bukan dzikir, akan tetapi ia adalah do’a !! Dan lebih tepat lagi ayat di atas diertikan dengan: Panggillah Allah dengan Asma’ Husna-Nya.
Kesimpulannya adalah: Berdzikir dengan mengucap / menyebut / melafazkan nama “Allah” sebanyak-banyaknya adalah bukan hanya boleh, tapi WAJIB kerana merupakan satu perintah langsung dari Allah Swt. sebagai sarana terpenting menuju dzikir qolbu[zikir hati yg secara automatik] dan ketenangan jiwa.
Hanya saja harus melalui izin dan bimbingan seorang syeikh (wali mursyid) kerana Allah berfirman: “Fas’alu ahladzdzikri”…[maka bertanyalah pada ahli zikir]..Bukankah apa2 bidang ada pakarnya !!! kalau sakit kita jumpa doktor…kalau rosak kita akan pergi ke pakar engineer dsb…!! lalu bagaimana utk mengetahu ttg zikir..bagaimana kaedah dan caranya ???
Orang yang tidak berdzikir disebut Ghafil (lalai), walau ia rajin solat, baca Qur’an dan puasa… sebab ia kehilangan satu pekerjaan yang sangat urgent iaitu dzikir… Allah berkali-kali mengulang: “Berdzikirlah sebanyak-banyaknya”… dalam al-Qur’an pun setiap perintah untuk suatu ibadah, pasti diselangi dengan perintah untuk berdzikir… sebagaimana yang tertera di atas…
“Setelah solat, berdzikirlah”… “Setelah haji, berdzikirlah”… dan seterusnya… ertinya: Apapun ibadah yang dilakukan, jangan sampai lupa dzikir !! dzikir lebih penting !! dzikir adalah kunci segalanya !! harus dilakukan sebanyak-banyaknya !! kalau dilihat yang lain tidak ada perintah untuk sebanyak-banyaknya !!
Untuk diketahui bahwasanya ibadah yang pertama kali diwajibkan dalam islam setelah mengucap dua kalimat syahadat [LA ILA HA ILLA ALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH] adalah: Dzikir… dalilnya firman Allah :
” واذكر اسم ربك وتبتل إليه تبتيلا “
Ayat di atas turun jauh sebelum diwajibkannya solat, puasa, zakat, haji dan ibadah-ibadah lain. Lalu mengapa dzikir tidak termasuk rukun islam padahal ia sangat penting? Sebenarnya sudah masuk (tersirat) dalam rukun pertama… Asyhadu alla ilaha illallah (dzikir)… Wa asyhadu anna Sayyidana Muhammadan Rasulullah (selawat).
Kerana apa ?diwajib kan disitu adalah fael amr…Wahai orang2 beriman….sebutlah nama ALLAH…wahai orang2 beriman berselawatlah…
Allah berfirman :
” قد أفلح من تزكى وذكر اسم ربه فصلى “
“Beruntunglah yang mengucapkan dua kalimat syahadat… lalu berdzikir dan berselawat”.
” يا أيها الذين آمنوا صلوا عليه وسلموا تسليما “
Satu pertanyaan terakhir: Bila dzikir itu adalah mengucap nama “Allah” lalu bagaimana dengan hadis :
” أفضل الذكر لا إله إلا الله “
“Sebaik-baik dzikir adalah La ilaha illallah” ?? Jawapannya adalah: Hadis tersebut telah dinasakh dengan ayat :
” إليه يصعد الكلم الطيب “
Kemudian Rasul pun bersabda :
” أفضل ما قلته أنا والنبيون من قبلي لا إله إلا الله “
Sehingga La ilaha illallah yang mulanya sebagai Afdlaludzdzikr (sebaik-baik dzikir) berubah menjadi Afdlalul-Qaul (sebaik-baik perkataan). Rasul tidak mengatakan: Afdlalu ma dzakartu bihi [sebaik2 apa yg disebutkan dengannya]… akan tetapi “Afdlalu ma qultuhu”.[sebaik2 apa yg dikatakannya].


Sumber: abnaa; as-syeikh

Delegasi Ilmiah dan Ruhiyyah Sufi Mesir di Malaysia
















































Delegasi Ilmiah dan Ruhiyyah Sufi Mesir Di Malaysia

Zaman kegemilangan Kurun ke-18 dan ke-19 merupakan suatu jalinan jaringan sunni antara Alam Melayu dan Timur Tengah dalam tradisi sunni khususnya Institusi al-Haramayn (Makkah al-Mukarramah). Menjelang kurun ke-20 dan alaf ke-21 ianya telah berpindah dari Mekah ke Mesir khususnya al-Azhar dan Institusi Tareqat Sufi sebagi warisan Sunni Ahli Sunnah Wal Jamaah. Iaitu dalam penghayatan dan pengkaderan keilmuan Sunni dan dakwah dalam konteks rehlah ilmiah dan Ruhiyyah.

Alam Melayu telah melahirkan ulamak sufi tersohor antaranya Tuan Tabal, Tokku Paloh, Tok Pulau Manis, Tok Selehor, Tok Jelapang, Tok Bachok, Tok Kemuning, Syeikh Wan Sulaiman, Syeikh Daud al-Fathani, Syeikh Ahmad al-Fathani, Syeikh Said Linggi, Syeikh Abdullah Fahim, Syeikh Ahmad Arsyad al-Banjari, Syeikh Abdul Samad al-Palembani, Wali Songo, Tok Kenali, Tok Wan Ali Kutan dan ramai lagi. Leluhur ini kembali melanda ke Tanah Melayu dimana alaf ke-21 merupakan kebangkitan Sufi dengan kembalinya para penuntut Malaysia dari Mesir dengan khazanah yang berharga tersebut.

Sebagaimana Firman Allah dalam Ayat surah at-Taubah: 122 yang bermaksud : (maka akan ada suatu golongan akan keluar bagi mendalami ilmu agama dan akan kembali kepada masyarakatnya bagi meyampaikan (ilmu agama) mudah-mudahan mereka beroleh manfaat peringatan.
Para penuntut Malaysia telah mengambil kesempatan menadah ilmu di Mesir bersama masyayikh dan ulama samaada secara formal dan tidak formal iaitu dengan talaqi, kuliah, dars, membeli kitab dan membacanya serta mengambil ijazah dan sanad ilmu yang merupakan kesinambungan salsilah dan rantaian guru. Dan juga dalam pengamalan zikir dan wirid tareqat yang berkesinambungan salsilah sampai kepada Rasulullah SAW. Yang merupakan suatu tradisi Sunni agar terus mendapat berkat dan rahmat terhadap para penuntutnya.

Mesir merupakan ardu kinanah (bumi barakah) iaitu bumi para anbiyaa’, para ahli bait, para sahabat dan para auliyaa’. Mesir yang merupakan pusat Institusi Tariqat Sufi yang muktabar (Majlis A’la Turuq Sufiah) dengan dibarisi para ulama dan ahli bait yang ulung dan berwibawa. Mutiara berharga khazanah ’ardu kinanah’ telah berjaya diambil oleh penuntut Malaysia di sana dan membawanya kembali ke tanahair.

Kesempatan dan peluang ini digunakan oleh para penuntut Malaysia dalam mendalami ulumuddin dan mengambil baiah ijazah Tareqat. Mereka membawa pulang bagi tanggungjawab dakwah untuk disebarkan kepada masyarakat di Malaysia yang tercinta. Iaitu dalam konteks dakwah ilmiah dan ruhiyyah.

Antara Tariqat Sufi muktabar (di bawah naungan Majlis A’la Turuq Sufiah) yang dibawa pulang ialah :
Tariqat al-Ahmadiah (dinisbahkan kepada Syeikh Ahmad bin Idris) yang kini dipimpini oleh Syeikh Abdul Ghani bin Syeikh Solah al-Ja’fari).
Tariqat al-Dusuqiah al-Muhammadiah (dinisbahkan kepada Syeikh Ibrahim ad-Dusuqi) yang kini dipimpini oleh (Anggota Tertinggi Majlis Sufi).
Tariqat al-Khalwatiah (dinisbahkan kepada Syeikh Mohamad al-Khalwati yang kini dipimpini oleh Rektor Universiti al-Azhar Prof Syeikh Ahmad Tayyib.
Tariqat al-Naqsyabandiah (dinisbahkan kepada Syeikh Bahauddin al-Naqsyabandi yang kini dipimpini oleh Timbalan Rektor Universiti al-Azhar Prof Syeikh Judah Abu Yazid al-Mahdi.
Tariqat as-Syaziliah (dinisbahkan kepada Syeikh Abu al-Hassan as-Syazili yang kini dipimpini oleh Syeikh Mahmud al-Khatib dan Prof Syeikh Isomuddin Mohamad Zaki (Anggota Tertinggi Majlis Sufi).

Malaysia menjadi tumpuan delegasi ilmiah dan ruhiyyah para ulama dan masyayikh Mesir. Alaf ke-21 menampilkan kedatangan mereka tersebut samaada dalam seminar, muktamar, rehlah, ijtima’ dan multaqa.

Antaranya Syeikh Hassan as-Syinawi (Ulama al-Azhar dan Mantan Ketua Majlis Sufi) delegasi ke Malaysia iaitu sempena Seminar Sufi Kebangsaan 2002 dan 2004 di Seremban Negeri Sembilan anjuran Jabatan Mufti, Multaqa Ulama Sedunia 2003 anjuran YADIM di Putrajaya dan Majlis Maulid Nabawi tahun 2007 di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan tahun 2008 di Masjid Putra, Putrajaya.

Sempena Seminar Sufi Kebangsaan di Negeri Sembilan 2004 turut dihadiri Timbalan Rektor Universiti al-Azhar dan Syeikh Tariqat al-Naqsyabandiah Prof Syeikh Judah al-Mahdi dan Prof Syeikh Mohamad Mahmud al-Hashimi (Syeikh Tariqat al-Hashimiah al-Khalwatiah dan Ulama al-Azhar as-Syarif).

Prof Syeikh Ahmad Omar Hashim (Mantan Rektor Universiti al-Azhar, Anggota Akademi Penyelidikan al-Azhar dan khalifah Tariqat al-Khalwatiah juga pernah datang sempena Seminar Sufi Kebangsaan dan maulid Nabawi di Masjid Wilayah Persekutuan dan di Masjid Putra bersama-sama Syeikh Hassan as-Syinawi.

Sempena Ijtima’ Ulama Pondok Senusantara ke-2 di Yayasan al-Jenderami tahun 2007 turut dihadiri oleh Prof Syeikh Isomuddin Zaki (Syeikh Tariqat as-Syaziliah, ketua majalah al-Moslem dan Anggota Tertinggi Majlis Sufi.

Syeikh Abdul Ghani al-Ja’fari (Syeikh Tariqat al-Ahmadiah) juga pernah datang diatas jemputan Mufti Negeri Sembilan dan Yayasan Sofa. Yayasan sofa mencatat kejayaan dengan persetujuan al-Azhar membina kampus cawangannya yang pertama di luar negara. Iaitu sebagaimana al-Azhar merupakan kiblat institusi Sunni yang terulung di alam hari ini.

Tahun 2008 Multaqa Alumni al-Azhar Sedunia yang julung diadakan di luar Mesir iaitu di Kuala Lumpur Malaysia turut dihadiri para ulama al-Azhar dan Rektor Universiti al-Azhar Prof Syeikh Ahmad Tayyib (Khalifah Tariqat al-Khalwatiah) termasuk masayikh sufi kalangan al-Azhar.

Mufti Agong Mesir Prof Syeikh Ali Jumaat (Khalifah Tariqat as-Syaziliah ) pernah hadir sempena persidangan Akademi Fiqh Sedunia 2007 di Putrajaya dan di persidangan yang lain yang diadakan di Kuala Lumpur.
Tahun 2009, kehadiran masyayikh sufi dari Iraq, Syria, Yaman, Mekah dan Mesir ke Malaysia. sempena Majlis Maulid Rasul di Masjid Negara pada bulan April antaranya Mufti Mesir/Khalifah Tariqat as-Syaziliah Syeikh Ali Jumaat dan Mantan Rektor Universiti al-Azhar Prof Dr Ahmad Omar Hashim (Khalifah Tariqat al-Hashimiah dan Anggota Akademi Penyelidikan al-Azhar).

Sememangnya hubungan Sufi Mesir dengan Malaysia begitu jelas samaada secara ilmiah dan amalan ruhiyyah melalui amalan tariqat. Hubungan yang berterusan berdasarkan keilmuan, pengajian, hubungan kerohaniaan dan ziarah ilmiah serta delegasi rasmi sentiasa berterusan dari masa ke semasa. Suatu petanda kearah kebangkitan kerohaniaan dan keilmuan yang berpaksi kepada warisan Sunni Ahli Sunnah wal Jamaah. Jaringan Ulama dan masyayikh Mesir dengan muridnya di Malaysia merupakan suatu rahmat kepada negara ini dalam sumbangan menjana modal insan dan insan Rabbani. Kerana Mesir mempunyai institusi agama yang muktabar dan terulung di alam hari ini iaitu al-Azhar, Majlis Sufi A’la, Dar al-Ifta dan Majlis A’ la Syuun al-Islamiah. Dalam konteks ulamanya yang berwibawa dan terulung dalam dunia aliran Sunni.

Majlis A’la Sufi Mesir juga sedang mengerakkan kepada penyatuan kearah Majlis A’la Sufi al-Alami (Majlis Tariqat Sufi Sedunia) dengan dibaris ulama muktabar agar umat Islam dapat merujuk hal ehwal agama kepada ahlinya (pakar). Khususnya berkaitan kerohaniaan Islam dan roh Islam yang hakiki.. Yang akan berpusat di Darasah, Kaherah (dilingkaran Institusi Islam iaitu Jami’ al-Azhar, Universiti al-Azhar, Akademi Penyelidikan Islam al-Azhar, Maktabah al-Azhar , Masyikhah al-Azhar, Dar al-Ifta, Niqabah as-Saada al-Ashraf, Dar ad-Dusuqi al-Muhammadi, Dar al-Ahmadi al-Jafari, Markaz as-Syabrawiah dan Asyirah al-Muhammadiah).

Maulidur Rasul: Suatu Manifestasi Mahabbah Terhadap Rasulullah SAW





















Maulidur Rasul: Suatu Manifestasi Mahabbah Rasulullah SAW

Tanggal 12 Rabiulawaal hari Isnin tahun gajah lahirnya insan teragung yang merupakan pembawa rahmat kepada semua alam. Sebagaimana maksud firman Allah taala: (Dan tidaklah daku diutuskan melainkan sebagai membawa rahmat kepada semua alam). Dan tanggal 12 Rabiulawaal hari Isnin dalam usia 63 tahun juga merupakan hari wafatnya baginda Sidna Nabi SAW. Justeru sebagai tanda kesyukuran dan kecintaaan kepada Sidna Nabi SAW sambutan maulidur Rasul menjadi suatu manifestasi mahabbah kepada Rasulullah SAW sebagaimana Rasulullah SAW melahirkan rasa syukur pada hari jadinya dengan berpuasa sunat Isnin dan membuat akikah bagi dirinya.

Firman Allah Taala dalam surah Yunus:58 (Katakanlah dengan kelebihan Allah dan Rahmatnya maka dengan demikian itu bergembiralah).

Rasulullah SAW, para anbiyaa’ dan begitu juga para auliyaa tidak mati begitu saja tetapi mereka wafat(intiqal) iaitu berpindah dari alam dunia kepada alam akhirat. Bahkan mereka yang menolak Maulidur Rasul berhujah hari lahir dan mati Nabi pada tarikh yang sama justeru tidak boleh bergembira bahkan sepatutnya berkabung. Demikian jahilnya mengenai insan Rahmat lilalamin dan sebagaimana firman Allah taala (Jangan kamu katakan kepada sesiapa yang mati di jalan Allah Taala mati begitu sahaja bahkan mereka tersebut hidup di sisi Allah .....). Sambutan Maulid sebagai tanda kecintaaan dan kesyukuran sempena keputeraanya SAW.Sebagaimana Rasulullah SAW meyatakan kesyukuran pada hari keputeraanya dengan berpuasa sunat hari Isnin dan Imam as-Suyuti meriwayatkan bahawa setelah Rasulullah SAW menerima kenabian Baginda telah melakukan akikah bagi dirinya sendiri.

Tempat lahirnya Rasululah SAW disembunyikan daripada pengetahuan umat Islam bahkan mereka ingin robohkannya namun sehingga kini masih belum berjaya (dinamakan tempat tersebut maktabah Makkah al-Mukarramah berdekatan dengan Bab as-Salam) dengan alasan boleh membawa syirik dan khurafat, alangkah jahilnya jika dahulu Iblis dan kuncunya begitu takut dan marahnya dengan lahirnya Rasulullah SAW tetapi hari ini diwarisi kuncunya kalangan umat Islam sendiri yang berpegang kepada ajaran Wahabi atau pengikut ajaran Muhammad bin Wahab !.

Justeru disisi Ulama Solihin sambutan Maulidur Rasulul merupakan tuntutan agama dan sebagai tanda kasih kepada Rasulullah SAW dan menajadi pegangan disisi ahli sunnah waljamaah. Bulan ini juga dikenali bulan sirah dan Yaum as-Sirah, Syahr al-Anwar bahkan di sesetengan Negara dan tempat memanifestasikan sambutan Maulidur Rasul sepanjang bulan seperti di Syria dan Yaman.

Menyingkap sejarah sambutan Maulidur Rasul ialah oleh Rasulullah SAW sendiri dan secara rasmi oleh Raja Muzafaruddin (549-630H) (adik ipar kepada Sultan Solahuddin al-Ayubi) yang merupakan pemerintah Irbil, Iraq. Iaitu kesedaran beliau bagi membangkitkan semangat jihad dan mahabbah Rasulullah SAW kalangan rakyatnya. Beliau memperuntukan belanja bagi mengadakan jamuan makan dan persiapan sambutan dengan dana bantuan yang banyak. Dengan itu beliau berjaya membangkitkan semangat juang dan cintakan nabi kalangan rakyatnya. Dan orang pertama mempraktikkan berdiri ketika berselawat beramai-ramai ialah Imam as-Subki iaitu Abu Nasr Abdul Wahab Ali bin Abdul Kafi (727-771H) seorang kadi dan Syeikh al-Islam Hadis dan tafsir pada zamannya.

Berselawat secara beramai terlebih afdalnya sebagaimana solat berjemaah. Sesungguhnya dua majlis yang begitu dimuliakan para malaikat ialah majlis zikir dan majlis ilmu. Di Alam Melayu sambutan Maulidur Rasul diwarisi daripada pendakwah Sufi dari Hadraulmaut, Yaman iaitu dengan bacaaan berzanji, burdah, qasidah, marhaban, selawat beramai dan secara individu, jamuan makan kenduri, membaca Sirah Rasulullah SAW dan perarakan maukib.

Mahabbah memberi pengertian kasih sayang dan kecintaan. Iaitu kecenderungan dan keasyikan hati kepada sesuatu yang berpusat di hati. Alamat yang menyatakan sesorang itu mempunyai mahabbah ialah ianya sentiasa mengingat dan mungkin sentiasa menyebut sesuatu atau orang yang dikasihinya.

Mahabbah Rasulullah merupakan tuntutan agama dan merupakan prasyarat dalam memahami dan menghayati kalimah syahadah. Kasih kepada Rasulullah merupakan intipati sebagai seorang Muslim kerana tanpa mahabbah terhadap Rasulullah SAW tiada guna ibadatnya dan kurang sekali kerana agamanya tiada hadam atau mengecapi hakikat ad-Din. Inilah intisari kepada syahadah. Dalam konteks mahabbah kepada Rasulullah SAW ialah sentiasa mengingatinya dengan berselawat dan mengikuti ajarannya. Bahkan mahabbah terhadap Rasulullah merupakan yang paling utama berbanding orang lain sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: (Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga ianya kasih kepadaku lebih dari ianya mengasihi terhadap dirinya, keluarganya dan manusia lain)

Dan Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Sesiapa kasihkan daku maka sesungguhnya dia kasihkan Allah dan sesiapa mentaati daku maka sesungguhnya dia mentaati Allah.

Dan firman Alllah Taala yang bermaksud: (Nabi SAW terlebih utama disisi orang mukmin daripada mereka sendiri).

Baginda Rasululllah SAW merupakan makhluk terbaik dan paling mulia yang dijadikan sebagai utusan Allah, Sayyidil al-awalin wal akhirin. Khatam al-Anbiyaa’, pembawa rahmat, ikutan terbaik dan insan kamil serta pemberi syafaat. Amat menghairankan sekiranya seseorang tiada mahabbah dan menganggap Rasulullah adalah insan biasa sesungguhnya orang tersebut tiada adab dan tiada faham agama dengan sebenarnya.

Apabila seseorang mempunyai mahabbah secara automatik ianya kasihkan Allah Taala jua.

Firman Allah Taala yang bermaksud ( Katakanlah sekiranya kamu kasihkan Allah maka ikutlah orang yang dikasihi Allah)

Dan firman Allah Taala yang bermaksud (Sesungguhnya diri Rasulullah merupakan ikutan (qudwah) terbaik.)

Seseorang yang mencapai mahabbah sudah pasti juga akan dipacu untuk kasihkan ahli bait, para sahabat, para solihin, para auliya’ para ulama dan sesama manusia dan juga terhadap makhluk lain.

Bagi mencapai mahabbah terhadap Rasulullah tidak dapat tidak ialah dengan berbanyak selawat. Kerana selawat merupakan perkara sunnah dan dikategorikan sunnah darjat pertama yang menjadi wasilah bagi seseorang muslim yang ingin menyucikan hati dari kekotoran maknawi. Dengan hati bersih suci akan memacu kehadrat ketuhanan serta bagi mencapai makam hamba dan mukmin sejati. Selawat merupakan pintu untuk sampai ke Hadrat Rasulullah SAW, pintu rahmat, berkat dan syafaatnya.

Hadis Qudsi:
(….. dan sentiasalah hambaku mendampingiku dengan mengerjakan amalan sunat sehingga daku kasihkannya…)

inilah rahsia untuk mencapai makam tersebut.

Sabda Rasulullah SAW: ( Sesiapa yang berselawat kepada ku sekali Allah Taala akan memberikannya ganjaran sepuluh kali ganda, sesiapa yang berselawat kepadaku sepuluh kali Allah taala akan memberi ganjarannya seratus kali dan sesiapa yang berselawat kepadaku seribu kali nescaya akan dijauhinya sentuhan api neraka).

Barakallah begitu mulianya mereka yang berselawat dan mahabah Baginda Rasulullah SAW. Disisi para ulama solihin berselawat menjadi tuntutan fardu ain. Bahkan menjadi fardu Ain bagi insan muslim agar mempunyai mahabbah serta merupakan wasilah kepada mahabbah Ilahi keranan tanpa mahabbah Rasulullah tiadalah gunanya seseorang itu di muka bumi ini.

Wassalam.