ASPIRASI / INSPIRASI

Ilmu Massa, Turath, Sejarah. Analisa Kajian Budaya Pemikir. Peradaban Insani Kalbu Akal Mencerah. Hakikat Amal Zikir Dan Fikir. Ilmu, Amal, Hikmah Menjana Pencerahan. Ulul-Albab Rausyanfikir Irfan Bistari. Tautan Mahabbah Mursyid Bimbingan. Alam Melayu Alam Islami Tamadun Melayu Peradaban Islami. Rihlah Ilmiah Menjana Pencerahan Pemikiran, Kefahaman & Ketamadunan (Ilmu,Amal,Hikmah & Mahabbah) - Inspirasi: Rizhan el-Rodi

Houl Syekh Abd. Qadir al-Jilani



Kuala Lumpur-Tanggal 15&16 Mei, Yayasan al-Warisin yang dipengerusikan Syekh Afeefuddin al -Jilani telah mengadakan sambutan maulid Qutub Sufi al-Qadiri di Masjid Negara. Majlis ini dihadiri ramai tokoh ulama' antarabangsa dan dalam luar negara termasuk beberapa tokoh pemimpin negara dan juga YDP Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. majlis ini dihadiri ramai para ahbab sufi, tasawuf dan tariqat dari seluruh pelusok negara.
Majlis ini diisikan dengan qasadiah dan madih memuji Saidina Rasulullah SAW dan para ahli bait serta auliyaa' solihin bagi barakah dan menampilkan mahabbah kepada mereka. Sesungguhnya sambutan maulid ini begitu bermakna dengan kehadiran ramai ikhwan dari Singapura dan Indonesia bagi bersama menyemarakkan majlis maulid ini.
Budaya ini begitu elok bagi menyuburkan mahabbah kepada rasulullah, ahli bait, auliyaa' dan sesema ikhwan. Nur barakah majlis zikr dan maulid selawat juga merupakan instrumen penting kepada umat Islam bagi menghadapi ancaman fahaman bukan ahli Sunnah wal jamaah dan sumbangan strategis kepada negara tercinta. Mahhabah danbarakah para solihin amat penting bagi agenda ukhuwwah dan keamanan sejagat.
Semarakkan lagi sambutan maulid para ahli bait Rasulullah SAW dan auliyaa sepanjung tahun semoga watan ini terus mekar dengan panji Islam dan kesejahteraan. kepimpinan uli amri harus dibersamakan dan juga kalangan masyarakat. Antara tokoh ulamaMesir yang hadir dalam majlis ini ialah Prof Syeikh Ahmed Omar Hashim (Mantan Rektor Universiti al-Azhar, Anggota Institut Penyelidikan Islamiah al-Azhar, Anggota Niqabah as-Saadah al-Ashraf, Ahli Lajnah Ilmiah Majlis A'la Turuq Sufiah Mesir dan juga khalifah Tariqat al-Khalwatiah al-Ahmadiah.)
Semoga malaysia kukuh dengan tradisi Sunni ahli Sunnah wal Jamaah- Kullu Am bi Khair.

Pusat Ilmu Sufi


Pusat Ilmu Sufi

Asyirah al-Muhammadiah merupakan pelopor sebagai institusi bagi kajian dan pengajian ilmu sufi dan tasawuf di Mesir. Idea ini merupakan saranan bagi menjadikan ilmu tasawuf mengikut acuannya sebagai thaqafah dan maklumat. Walaubagaimanapun tasawuf sebenarnya ilmu amali dan zauqiyyah. Begitu juga makna Sufi ialah insane pilihan yang disucikan samaada melalui mujahadah dan dipilih oleh Allah Taala melalui Saidina Rasulullah SAW.
Pusat Ilmu Sufi yang diuruskan oleh Asyirah al-Muhammadiah ini menyendiakan peringkat pengajian tinggi dengan merujuk kepada karya-karya tasawuf ulamam silam dan oleh ulamma massa. Asyirah juga membuka cawangannya di Paris bagi pengajian ilmu tasawuf kepada umat Islam di Paris yang merupakan jumlah penduduk Islam teramai di eropah.

Objektif institusi ini ialah bagi menyemarakkan ilmu tasawuf kalangan umat Islam bagi agenda membentuk modal insani dan insani rabbani. Ianya juga bagi mempertahankan pandangan golongan mengingkari tasawuf, pendakwaan sufi dan penyelewengannnya.
Antara anggota lajnah institusi ini:
Prof Syekh Ahmad al-Tayeb (Syeikhul al-Azhar)
Prof Syekh Ahmed Omar Hashim (Mantan Rektor Universiti al-Azhar)
Prof Syekh Judah al-Mahdi (Timbalan Rektor Universiti al-Azhar)
Prof Syekh Hassan as-Syafei
Prof Syekh Daud Jaril
Prof Syekh Ali Gomaa (Mufti Mesir)
Prof Syekh Mohamad Rejab al-Bayumi
Prof Syekh Mohamad Said Ramadhan al-Bouty (Ulama Syria)
Prof Syekh Muhyiddin al-Sifi
Prof Syekh Mahmud Syaikhun
Prof Syekh Mustafa al-Sya’kah (Anggota Institut Penyelidikan Islamiah al-Azhar)

Tasauf: Cabang Agama yang Dizalimi



Tasauf: cabang agama yang dizalimi

Oleh PANEL PENGKAJI YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN

DALAM siri tulisan mengenai tajdid di minggu-minggu yang lalu ada disebut bahawa tasauf kerap menjadi sasaran sesetengah aliran mereka yang mendakwa tajdid.
Tasauf, tarekat dan istilah-istilah yang berkaitan dengannya sering dimomokkan oleh mereka seolah-olah setiap yang bernama tasauf dan tarekat itu sesat, bidaah dan khurafat.
Strategi memomokkan istilah ini sebenarnya suatu cubaan mengunci minda dan menjadikan masyarakat jauh hati daripada tasauf tanpa benar-benar mengenali dan memahaminya dengan tepat.
Mereka ini sedar jika masyarakat meneliti dan mendekati tasauf dengan adil dan bersungguh-sungguh, kefahaman dan penghayatan yang murni terhadap tasauf akan menjadi salah satu benteng yang memisahkan masyarakat daripada terpengaruh aliran yang ingin mereka juarai.
Tasauf sebagai cabang ihsan
Kunci utama kepada kefahaman yang murni terhadap tasauf adalah dengan menyedari bahawa sebenarnya ia tidaklah melainkan cabang atau dimensi Ihsan daripada agama kita.
Ihsan selain daripada Islam dan iman serta kesedaran tentang akhir zaman merupakan cabang dan dimensi utama al-Din seperti yang kita semua tahu daripada hadis Jibril yang merupakan antara induk hadis-hadis Nabi SAW.
Begitu besar pengajaran yang hendak dibawa melalui hadis tersebut sehingga Jibril telah menyampaikan secara istimewa iaitu dengan merupakan dirinya sebagai manusia dan berdialog secara langsung dengan Nabi SAW bersaksikan para sahabat.
Dari situ, kita semua maklum bahawa agama yang kita anuti ini sebenarnya terdiri daripada tiga cabang Islam, iman dan ihsan yang terjelma kepada tiga cabang ilmu utama agama iaitu syariah, akidah dan akhlak.
Tiga istilah alternatif bagi ilmu-ilmu ini adalah fiqh, tauhid dan tasauf. Jadi sebenarnya dalam peta minda Islam, tasauf adalah istilah lain bagi dimensi ihsan atau akhlak.
Jika itulah kedudukan tasauf dalam kerangka faham agama kita, tidak peliklah jika kita melihat para ulama muktabar sepanjang zaman, sebagai mereka yang paling menguasai selok-belok agama ini, bersikap sangat positif terhadap tasauf dan dunia tasauf.
Kebanyakan mereka terjun langsung ke dalam dunia tersebut dengan mengamal, mengajar dan mengarang kitab-kitab rujukan dalam bidang ini. Selebihnya menjadi mereka yang mencintai para ulama dan pemuka tasauf atau sekurang-kurangnya tidak mengambil sikap memusuhi mereka.
Imej-imej negatif tasauf
Tetapi kenapa masih ada yang takut dengan tasauf atau memandangnya sebagai asing atau negatif?
Jika direnungi, tasauf adalah dimensi dalaman atau batin agama kita. Kerana sifatnya itu telah timbul salah-faham dan kekeliruan terutama di peringkat amalan dan perbahasan yang lebih tinggi.
Mendekati tasauf di tahap yang tinggi tanpa panduan guru yang berkelayakan boleh menyebabkan timbulnya ajaran sesat. Bila ini berlaku, ajaran-ajaran salah ini sering mendapat liputan meluas dan sensasi di media seperti dalam kes Hassan Anak Rimau, Ayah Pin dan al-Arqam.
Kumpulan dan ajaran tasauf yang menyeleweng sering menggunakan istilah-istilah dalam dunia tasauf seperti tarekat, sheikh, mursyid, aurad, kasyaf, yaqazah dan seumpamanya. Akhirnya istilah-istilah ini turut terpalit dan dilihat negatif sedangkan hakikatnya tidak begitu.
Sebenarnya penyelewengan turut berlaku dalam cabang lain seperti syariah. Malah penyelewengan dalam cabang syariah mungkin lebih meluas dan melibatkan lebih ramai orang dan kumpulan.
Cuma mungkin kesannya tidak begitu kelihatan atau kurang dirasakan oleh mereka yang terlibat. Bukankah masih banyak penyelewengan daripada landasan hukum syariah yang ada dalam masyarakat kita?
Dalam bidang dan kumpulan mana pun akan ada mereka yang menyeleweng atau ekstrem. Soalnya, adakah kita adil menilai dan menghukum sesuatu bidang atau kumpulan hanya dengan merujuk kepada mereka yang menyeleweng atau sesat yang muncul dari bidang atau kumpulan itu?
Jika begitu, banyaklah bidang dan cabang ilmu yang harus kita tolak kerana adanya bebiri hitam yang muncul daripada kalangan pengamalnya!
Adakah bijak kita meminggirkan tasauf hanya kerana beberapa individu dan kelompok yang sesat yang timbul dari dunia tasauf?
Segelintir mereka yang salah menghayati tasauf juga menyebabkan timbul imej seolah-olah tasauf adalah anti-dunia, anti-kemajuan dan anti-perjuangan.
Harus diingat, jika tasauf hendak dinilai dengan neraca seseorang yang memang tenggelam dan mabuk dengan dunia dan material memanglah tasauf akan dilihat pasif dan tidak cukup dinamik.
Ada juga orang yang baik-baik dan minatkan agama tetapi punya tanggapan bahawa tasauf adalah ilmu yang terlalu tinggi untuk mereka. "Kami belum layak mengaji tasauf", kata mereka.
Ini juga satu sindrom yang amat merugikan kerana ia menjauhkan mereka daripada apa yang amat diperlukan dalam kehidupan mereka.
Siapakah di kalangan kita yang tidak perlukan penyucian diri dan peningkatan kerohanian?
Malah ini adalah suatu keperluan bagi setiap Muslim pada setiap ketika dalam hidupnya. Kita akan jelaskan nanti betapa tasauf, seperti juga ilmu-ilmu lain ada tahap dan peringkat-peringkatnya.
Selagi mana kita mendatangi tasauf mengikut tahap dan kaedahnya, dengan bimbingan guru yang layak maka tidak timbul sindrom tidak layak atau belum sesuai belajar tasauf.
Ada juga di sana kelompok dan kumpulan yang sentiasa mencemburui dunia tasauf dan pendokongnya kerana tasauf dilihat sebagai aliran tandingan kepada aliran yang mereka juarai.
Lantas mereka sering cuba menempelkan label-label bidaah, khurafat dan taksub kepada tasauf.
Insya-Allah kita akan membahaskan asas-asas al-Quran dan al-sunnah di sebalik tasauf. Jika difahami dengan jujur, tasauf yang murni adalah bebas daripada label-label ini.
Sebaliknya, jika diteliti, kelompok yang mentohmah tasauf, sering terlibat dengan unsur-unsur bidaah, khurafat dan taksub.
Tengok sahaja bagaimana mereka menjulang tokoh-tokoh mereka sendiri dalam pelbagai bentuk dan cara. Seolah-olah tokoh-tokoh ini sahaja yang memonopoli kefahaman dan kebenaran. Bukankah ini taksub walaupun tiada tangan yang dicium atau berkat yang diambil?

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0504&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm 4 Mei 2010
Ulasan: tasawuf dan tariqat merupakan roh Islam, sumbangan dan peranannya dalam dakwah Islamiah tidak dapat dinafikan. Namun sesuatu yang asli dan sahih dalam apa perkara pun akan muncul yang tiruan atau palsu. Kalangan aliran ASWJ sendiri yang kurang memahami apatah menghayati tasawuf kerana kejahilan atau seumpamnya atau kerana hasad. Kerana sesuatu nikmat pasti ada yang dengki. Kerana jalan tasawuf membawa kearah mahabbah Ilahi dan Rasulullah SAW dan roh agama. Manakala golongan bukan ASWJ dan orientalis sudah pasti merasa gelisah dan sememangnya dengki terhadap tasawuf justeru terus memomokkan dan memberi persepsi negatif terhadap hakikat sebenar tasawuf. Golongan bertopengkan tasawuf terus diwar-warkan bagi memberi sufifobia agar masyarakat menjauhi hakikat tasawuf sebagai roh agama Islam. Perlu faham begitu juga penyelewengan diatas nama ini bagi kepentingan peribadi, kuasa kedudukan, tiada izin, putus sanad dan pendakwaan diri . Justeru perlunya merujuk kepada guru mursyid dan bersanad, tanda alamatnya ialah ilmu yang alim dan sanad salsilah. walllahua'lam

Hubungan Ulama' al-Azhar Di Malaysia: Satu Kajian Sekitar Abad Ke-21



HUBUNGAN ULAMA AL-AZHAR DI MALAYSIA: SATU KAJIAN SEKITAR ABAD KE-21




Abstrak

Al-Azhar sebuah Institusi Islam yang terulung dan tertua di dunia dengan barisan para ulama'nya yang muktabar dan bertaraf dunia. Kedudukan ini menarik kedatangan para pelajar dari seluruh pelusuk dunia untuk datang belajar di Mesir khususnya di Universiti al-Azhar.Lepasan penuntut al-Azhar seterusnya telah membentuk suatu jaringan dan hubungan yang berterusan antara al-Azhar dan lepasannya samaada secara langsung dan tidak langsung.Artikel ini merupakan suatu kajian mengenai hubungan dan jaringan yang terbentuk, manhaj hubungan, pengaruh, perkembangan dan kesan kepada umat Islam di Malaysia. Daripada kajian dapat dianalisis bahawa hubungan dan jaringan ini dapat memberi faedah kepada agenda dakwah Islamiah, pemerkasaaan manhaj Ahli Sunnah wal Jamaah dan juga sebagai jaringan strategik kepada pihak kerajaan Malaysia bagi kepentingan agama, negara dan ummah.

Mukkadimah

Al-Azhar yang berada di Mesir 'ardu kinanah' mewarisi barakah dan muncul sebagai pusat ulumuddin dan paksi aliran sunni kepada umat Islam sedunia. Semenjak kewujudannya yang diasaskan pada tahun 970, al-Azhar1 terus unggul dan menjadi tumpuan para penuntut kalangan warga Mesir dan seluruh dunia untuk datang menuntut ilmu dengan masyayikhnya. Para ulama' al-Azhar adalah bersepadu ilmunya, bersifat sederhana dan moderat. Para ulama'nya menjadi tumpuan dan rujukan dalam bidang ilmu agama demikian juga dianggap dan diiktiraf bertaraf alami dan muktabar.

Kehadiran para pelajar Melayu ke Mesir khususnya di al-Azhar telah direkodkan bahawa orang Melayu pertama yang pernah menuntut di al-Azhar ialah Syeikh Wan Ahmad bin Wan Muhammad Zain al-Fathani(seorang ulama' Melayu yang tersohor di Nusantara dan Mekah) iaitu pada awal 1870an.2. Kealiman dan kesepaduan ilmu para ulama' al-Azhar menjadikan para penuntut al-Azhar berpeluang menadah dan mendalami ilmu agama. Lepasan penuntut al-Azhar inilah merupakan pelopor kepada jaringan dan hubungan dengan al-Azhar atau dengan para ulama'nya sejak berzaman. Samaada melalui hubungan keilmuan, karya kitab, amalan dan pengaruh pemikiran memberi kesan kepada dakwah Islamiah, kebangkitan fahaman dan kesedaran beragama, politik Islam dan mencetuskan jaringan yang lebih formal sebagaimana lepasan al-Azhar mendapat tempat di kalangan masyarakat sebagi guru agama dan tempat rujukan. Iaitu penglibatan mereka dalam pelbagai bidang seperti bidang pendidikan, dakwah, politik, pentadbiran, akademik dan perniagaan.

Sehingga kini al-Azhar terus unggul dengan namanya yang tidak asing lagi di dunia sebagai institusi terulung dalam pengajian ilmu agama. Sejarah merekodkan al-Azhar telah dipimpini oleh 44 orang ketua al-Azhar yang memakai gelaran Syeikhul al-Azhar :

1. Syeikh Muhammad al-Qurashi ( - 1690)
2. Syeikh Ibrahim al-Baramawi [ 1690 - 1694 ]
3. Syeikh Muhammad al-Nasharti [ 1694 - 1708 ]
4. Syeikh Abd al-Baqi al-Qillini [ 1708 - 1711 ]
5. Syeikh Muhammad Shannan [ 1711 - 1720 ]
6.Syeikh Ibrahim al-Fayyumi [ 1720 - 1724 ]
7. Syeikh Abd-Allah al-Shabrawi [ 1724 - 1757 ]
8. Syeikh Muhammad al-Hifni [ 1757 - 1767 ]
9. Syeikh Abd al-Ra'uf al-Sijjini [ 1767 - 1768 ]
10. Syeikh Ahmad al-Damanhuri [ 1768 - 1776 ]
11. Syeikh Ahmad al-Arousi [ 1778 - 1793 ]
12. Syeikh Abd-Allah al-Sharqawi [ 1793 - 1812 ]
13.Syeikh Muhammad al-Shanawani [ 1812 - 1818 ]
14. Syeikh Muhammad al-Arousi [ 1818 - 1829 ]
15. Syeikh Ahmad al-Damhuri [ 1829 - 1830 ]
16.Syeikh Hassan al-Attar [ 1830 - 1834 ]
17.Syeikh Hassan al-Quwaisni [ 1834 - 1838 ]
18. Syeikh Ahmad Abd al-Jawwad . [ 1838 - 1847 ]
19. Syeikh Ibrahim al-Bayguri [ 1847 - 1860 ]
20. Syeikh Mustafa al-Arousi [ 1864 - 1870 ]
21. Syeikh Muhammad al-Abbasi [ 1870 - 1882 ]
22.Syeikh Muhammad al-Inbabi [ 1882 - 1882 ]
23. Syeikh Muhammad al-Abbasi [ 1882 - 1886 ]
24.Syeikh Muhammad al-Inbabi [ 1886 - 1895 ]
25. Syeikh Hassouna al-Nawawi [ 1896 - 1900 ]
26. Syeikh Abd al-Rahman al-Nawawi [ 1900 - 1900 ]
27. Syeikh Salim al-Bishri [ 1900 - 1904 ]
28.Syeikh Ali al-Biblawi [ 1904 - 1905 ]
29. Syeikh Abd al-Rahman al-Shirbini [ 1905 - 1909 ]
30. Syeikh Hassouna al-Nawawi [ 1909 - 1909 ]
31. Syeikh Salim al-Bishri [ 1909 - 1916 ]
32. Syeikh Salim al-Bishri [ 1916 - 1927 ]
33. Syeikh Muhammad Mustafa al-Maraghi [ 1928 - 1929 ]
34. Syeikh Muhammad al-Ahmadi al-Zawahri [ 1929 - 1935 ]
35. Syeikh Muhammad Mustafa al-Maraghi [ 1935 - 1945 ]
36. Syeikh Mustafa Abd al-Raziq [ 1945 - 1947 ]
37. Syeikh Muhammad Ma'moon al-Shinnawi [ 1948 - 1950 ]
38. Syeikh Abd al-Majid Salim [ 1950 - 1951 ]
39. Syeikh Ibrahim Hamrush [ 1951 - 1952 ]
40. Syeikh Abd al-Majid Salim [ 1952 - 1952 ]
41. Syeikh Muhammad al-Khidr Husain [ 1952 - 1954 ]
42. Syeikh Abd al-Rahman Taj [ 1954 - 1958 ]
43. Syeikh Mahmud Shaltut [ 1958 - 1963 ]
44. Syeikh Hassan Ma'moon [ 1963 - 1969 ]
45. Syeikh Muhammad Muhammad al-Fahham [ 1969 - 1973 ]
46. Syeikh Abd al-Halim Mahmud [ 1973 - 1978 ]
47. Syeikh Muhammad Abd al-Rahman Bisar [ 1979 - 1982 ]
48. Syeikh Jadul-Haqq Ali Jadul-Haqq [ 1982 - 1996 ]
49. Syeikh Muhammad Sayid Tantawi [ 1996 - 2010 ]
50. Syeikh Dr Ahmed al-Tayeb

Al-Azhar juga mempunyai barisan ulama' (Jabha Ulama') yang menduduki anggota Institut Penyelidikan al-Islamiah al-Azhar (Mujamma' Buhuths al-Islamiyyah)3 iaitu :

1. Prof Dr Syekh Ali Gomaa
2. Dr Mahmud Hamdi Zaqzuq
3. Prof Dr Syekh Mohamad Wasil
4. Dr Syekh Ahmad Omar Hashim
5. Prof Dr Nasr Farid
6. Syekh Mahmud Asyur
7. Prof Dr Ismail al-Daftar
8. Prof Dr Syekh Judah al-Mahdi
9. Dr Mohamad Syahat al-Jundi
10. Dr Mohamad al-Ahmadi Abu Nour
11. Prof Dr Abdul Fatah Syekh
12. Dr Mohamad Mokhtar al-Mahdi
13. Prof Dr Qasabi Mahmud Zilat
14. Dr Mahmud Imbabi
15. Dr Hamad Abu Talib
16. Dr Abdul Aziz Ghanim
17. Dr Mohamad Abu Fadl al-Qausi
18. Dr Taha Abu Rish
19. Dr Abdul Rahman al-Adami
20. Prof Dr Abdul Mo’ti Bayumi
21. Syekh Abdul Fatah A’lam
22. Syekh Ali Abdul al-Baqi
23. Syekh Amr al-Dib
24. Syekh Ali Fathullah
25. Syekh Fauzi al-Zafzaf
26. Dr Mohamad Rejab al-Bayumi
27. Dr Mohamad Rafat Osman
28. Prof Dr Mohamad Imarah
29. Dr Ibrahim Badran
30. Dr Ahmad Mal Abu Majd
31. Dr Hasan Abas Zaki
32. Dr Mohamad Syauqi al-Fanjari
33. Prof Dr Mahmud Imarah
34. Prof Dr Mustafa Sya’kah
35. Dr Mustafa Mohamad Rajai Atiah
36. Dr Abdullah al-Husaini Hilal
37. Prof Dr Mahmud Mohamad Mehna
38. Prof Dr Yusuf al-Qardhawi
39. Dr Sayyid Ali al-Hashimi (U.A.E.)
40. Dr Abdul Salam Ibadi (Arab Saudi)
41. Dr Mustafa Abdul wahid (Arab Saudi)
42. Dr Syekh Mohamad Rasyid Qabbani (Lubnan)
43. Syekh Hamudah Abdul Hamid (Yaman)
44. Dr Ahmad al-Imam (Sudan)
45. Syekh Ahmad Saud (Oman

Semenjak al-Azhar menubuhkan sistem pengajian universiti secara moden seramai 10 orang Rektor al-Azhar telah direkodkan yang mengetuai pentadbiran Universiti al-Azhar antaranya :
1. Prof. Dr Mohamad Mohamad Amar al-Bahi (1961-1964
2. Prof. Dr Ahmad hasan al-Baquri (1964-1969)
3. Prof. Dr Badawi Abdul Latif Iwad (1969-1974)
4. Prof. Dr Mohamad Hasan Faid (1974-1979)
5. Prof. Dr Iwadullah Jad Hijazi (1979-1980)
6. Prof. Dr Mohamad al-Tayeb an-Najjar (1980-1983)
7. Prof. Dr Mohamad as-Saadi Farhud (1983-1987)
8. Prof Dr Abdul Fattah Husaini as-Syeikh (1987-1995)
9. Prof. Dr Ahmad Omar Hashim (1995-2003)
10. Prof. Dr Ahmed Mohamed Ahmad al-Tayeb (2003-2010)
11. Prof. Dr Abdullah al-Husaini (2010-kini)

Keunikan Mesir yang merupakan bumi anbiyaa' telah melahirkan ramai ilmuan dan ulama'. Kalangan ulama al-Azhar juga mendapat tempat di Institusi Hal Ehwal Islam di Mesir yang lain seperti Dar al-Ifta'4, Majlis A'la Syuun Islamiah5, Majlis A'la Turuq Sufiah. Bahkan kaitan kesemua Institusi Islam Islam tersebut dengan al-Azhar tidak dapat dipisahkan dan saling berkaitan antara satu sama lain. Institusi Islam tersebut juga merupakan Institusi Islam yang muktabar di dunia seperti Dar al-Ifta dan Majlis A'la Turuq Sufiah6. Institusi tersebut terus mewarisi dan melahirkan para' ulama yang ulung dan berwibawa dalam bidang masing-masing seperti hal ehwal fatwa dan hal ehwal tasawuf dan tariqat sufi.

Kewibawaa Mesir ialah sesuatu ilmu adalah dirujuk kepada ahlinya khususnya berkaitan hal ehwal Islam. Ini menepati dengan rujukan al-Quran dalam surah ar-Anbiyaa':7 Maksudnya: Bertanyalah ahli Zikr sekiranya kamu tidak mengetahui (dalam sesuatu perkara) dan surah al-Furqan:59 maksudnya: Dengan nama Tuhan ar-Rahman, maka bertanyalah hal itu kepada pakar (ahli sesuatu bidang ilmu) . Dan sabda Rasulullah SAW: Para Ulama' adalah pewaris para Anbiyaa'.

Kesempatan belajar di al-Azhar telah diambil peluang oleh para pelajar untuk menuntut ilmu di sana dengan para ulama' al-Azhar dan juga dengan ulama' Mesir yang lain. Kepulangan mereka tersebut ke negara turut bersama membawa pulang karya kitab, pemikiran dan ilmu yang dipelajari di Mesir dan disebarkan dan dikembangkan di tanahair. Justeru hubungan antara guru dengan murid terus wujud samada sudut ilmiah, amalan dan pemikiran. Dan hasil daripada ini telah membentuk suatu hubungan dan jaringan yang tersendiri kalangan lepasan al-Azhar samaada secara langsung atau tidak langsung. Dan ianya berkembang dengan perkembangan arus perdana dan massa. Dalam Surah at-Taubah:122: maksudnya: Oleh itu hendaklah keluar sebahagian dari tiap-tiap puak diantara kamu bagi mempelajari dan mendalami ilmu agama dan supaya dapat mengajar kaumnya apabila kembali kepada mereka mudah-mudahan mereka dapat mengambil peringatan.

Manhaj Hubungan / Jaringan Ulama' al-Azhar : Satu Tinjauan Sekitar Kurun ke-21.

Jaringan ialah suatu kaedah membina rangkaian, hubungan dan ukhuwah bagi mengeratkan, menyebar, mengembang, membimbing, memberi dan kerjasama di peringkat glokal. Kamus Dewan edisi 3 mendefinasikan Jaringan : bahagian-bahagian hidupan yang terdiri daripada sel-sel yang serupa. Jalinan : rangkaian, hubungan dan kaitan. Rangkaian : hubungan, kaitan, sesuatu bersambung-sambung kumpulan atau sistem yang berhubungan antara satu sama lain. Dan berangkai-rangkai7.

Pengajian di Mesir membuka ruang dan peluang untuk para pelajar Malaysia untuk mendalami ilmu-ilmu agama samaada di kuliah, masjid, dewan, markaz ataupun di rumah syeikh-syeikh. Iaitu dengan talaqi kitab, menghadiri kuliah, catatan muhadharah, mengambil sanad ilmu, sanad kitab dan ijazah khususnya ijazah amalan zikir dan wirid. Kepentingan mempelajari ilmu adalah dengan berguru dan bersanad8. Ini bagi mengambil barakah dengan mengetahui rantaian perguruan sehingga empunya pengarang kitab atau sanad yang berkesinambungan sampai kepada Rasulullah SAW, yang merupakan suatu kerangka tradisi warisan Nabawi. Ini bagi memastikan suatu ilmu khususnya ilmu agama dapat difahami dengan betul daripada sumber yang sahih dan dengan manhaj yang betul.

Kurun ke-20 dan ke-21 mencatatkan ramai pelajar Malaysia yang berkelana menuntut ilmu di al-Azhar demikian juga dalam tempoh tersebut ramai kalangan pelajar yang tamat pengajiannya dan kembali ke Malaysia. Justeru kesinambungan tradisi ilmiah ini berterusan dari masa ke semasa. Sehubungan itu, lepasan al-Azhar ini membawa ilmu yang dipelajarinya termasuk kitab yang dibeli dan dipelajari di Mesir seterusnya ianya dijadikan bahan pengajaran dan rujukan. Ada antara mereka yang menduduki tempat kalangan pemimpin dan juga sebagai pemimpin, bekerja di agensi kerajaan dan swasta, mengajar di sekolah dan institut pengajian tinggi tempatan dan berniaga. Yayasan Islam Kelantan semenjak tahun 1994 sehingga kini menggunakan sukatan pengajian Maahad al-Azhar dalam subjek-subjek pengajian Islam bagi sekolah dibawah kelolaanya. Di era tahun 2000 ini ramai usahawan dan syarikat tempatan yang membekal kitab-kitab Arab khususnya dari Mesir untuk pasaran tempatan yang semakin mendapat perhatian orang ramai, perpustakaaan awam dan Institut Pengajian Tinggi9.

Pihak kerajaan Malaysia seperti Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Mufti Negeri Sembilan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, dan Pejabat Menteri Besar Pahang sering mengadakan seminar, wacana dan multaqa kebangsaan dan antarabangsa. Para ulama dari al-Azhar, Mesir dijemput hadir bagi pembentangan dan tetamu bagi majlis tersebut. Antaranya Multaqa Sedunia Alumni al-Azhar 2008 merekodkan Multaqa pertama yang dianjurkan al-Azhar di luar Mesir dan merekodkan kedatangan ulama' al-Azhar yang paling ramai ke Malaysia iaitu melebihi 50 orang. Kerjasama dan penghantaran tenaga pengajar al-Azhar ke Malaysia juga diteruskan antaranya USIM, INSANIAH dan UIAM. Dan juga ada yang dilantik sebagai panel oleh pihak pengurusan universiti masing-masing. Jabatan Perkhidmatan Awam juga menguruskan penghantaran penjawat awam kalangan pegawai Hal Ehwal Islam untuk kursus Dakwah dan Pengurusan Fatwa selama tiga bulan di Mesir.

Badan Bukan Kerajaan (NGO) juga memainkan peranan penting dalam membentuk jaringan dengan menjemput ulama bagi seminar, wacana, multaqa, dan kerjasama ilmiah. Antara Badan Bukan Kerajaan yang aktif hubungan dengan ulama' al-Azhar iaitu Yayasan Sofa10, Yayasan al-Jenderami11, dan Yayasan al-Warisin12. Yayasan Sofa membina hubungan istimewa dengan dipilih oleh pihak pengurusan al-Azhar yang bersetuju untuk menjadikan kampus cawangan Universiti al-Azhar di Asia Tenggara iaitu di Rembau, Negeri Sembilan13, dimana pihak Yayasan sebagai pentadbir dan mengurus prasarana kampus tersebut. Ini merupakan kejayaan negara bagi mengembangkan manhaj al-Azhar ke Malaysia dengan agenda memperkasa dakwah Islamiah dan pengkaderan ilmuan Islam berpaksi fahaman Ahli Sunnah wal Jamaah.

Laman-laman internet Institusi ulama Mesir khususnyanya al-Azhar menjadi rujukan antaranya laman Universiti al-Azhar: www.alazhar.edu.eg , laman alumni al-Azhar: www.waagalazhar.org , laman Jabha Ulama': www.jabhaonline.com , laman akhbar www.aqidati.net.eg dan laman Dar Ifta' www.dar-alifta.org
Hubungan al-Azhar dengan ulama' Sufi tidak dapat dipisahkan bahkan ramai kalangan ulama al-Azhar juga adalah ulama Sufi14. Era Millenium memaparkan perkembangan kalangan pelajar Malaysia di Mesir yang berguru dan mengambil amalan tariqat daripada para ulama' sufi tersebut seterusnya kembali ke tanahair bagi mengembangkannya dalam konteks dakwah. Dimana mereka membentuk rantaian dari segi perguruan, keilmuan dan amalan kerohanian diantara murid dengan syeikh dan sesama ikhwan.

Rehlah Ilmiyyah
Rehlah Ilmiyyah Ulama' al-Azhar Ke Malaysia bagi kurun ke-21 menunjukkan suatu perkembangan positif dalam konteks dakwah Islamiah dan pemerkasaan fahaman Ahli Sunnah wal Jamaah di negara, antaranya kedatangan mantan Syeikhul al-Azhar al-Marhum al-Imam al-Akhbar Prof Dr Muhammad Sayyid Tantawi15 , Dr. Hamdi Zaqzuq16 , Prof Dr Syeikh Ali Gomaa17 , Prof Dr Syekh Judah al-Mahdi18 , Prof Dr Syeikh Ahmad Omar Hashim19, Syeikh Usama al-Azhari20, Syeikhul al-Azhar Pro Dr Ahmad al-Tayeb21 , Dr Syeikh Mahmud al-Hashimi22 , Prof Dr. Yusuf al-Qardawi23 dan Syeikh Hasan as-Syinawi24.

Kedatangan para ulama' tersebut sempena majlis Multaqa pada tahun 2002, Persidangan Menteri-Menteri Hal Ehwal Islam dan Waqaf 2002, Multaqa Ulama' Sedunia 2003, Seminar Sufi Kebangsaan 2002 dan 2004, Akademi Fiqh Islamiyyah Sedunia(IIFA) 2008, Multaqa Alumni al-Azhar tahun 2008 , Maulid Perdana Masjid Wilayah 2007, Maulid Perdana Masjid Putra 2008, Maulid Perdana di Masjid Negara tahun 2009, Maulid Perdana Masjid Negara 2010, Institut Pengurusan dan Kajian Fatwa Sedunia (INFAD), USIM, Seminar Ahli Sunnah Wal Jamaah- Pejabat Menteri Besar Pahang, wacana di Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.


Analisis Strategik Pengaruh, Perkembangan dan Kesan di Malaysia
Jaringan dan hubungan antara lepasan al-Azhar, agensi kerajaan, Badan Bukan Kerajaan dan Institut Pengajian Tinggi dengan al-Azhar dan ulama'nya dari masa ke semasa merupakan suatu perkembangan baik dan strategis bagi agenda dakwah Islamiah, ukhuwwah dan dapat memperkasa fahaman Ahli Sunnah wal jamaah. Ini memaparkan kedudukan Malaysia yang menjadi tumpuan para ulama' khususnya ulama' al-Azhar, Mesir.

Hubungan sanad, keilmuan, perguruan, karya kitab dan multaqa menajdi nadi penting dalam kesinambungan dan rantaian berterusan antara ulama' al-Azhar di Malaysia. Iaitu kehadiran sempena multaqa, wacana, seminar, ziarah ilmiah dan ukhuwwah.

Peranan agensi kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan yang memberi sokongan dan dokongan berterusan bagi perkembangan jaringan dan hubungan ini. Hubungan ini harus dimantapkan dan diperkembangkan lagi kerana al-Azhar dan ulama'nya diiktiraf muktabar. Kerangka warisan Nabawi harus dihayati dan diperjuangkan oleh umat Islam dengan kembali kepada hakikat leluhur, iaitu memahami tuntutan al-Quran dan Sunnah. Dasar membudayakan sesuatu perkara adalah dirujuk kepada ahlinya (ahli sesuatu ilmu). Perkembangan ini memberi nilai strategik kepada negara, pihak pemerintah, agensi kerajaan, Institut Pengajian Tinggi dan Badan Bukan Kerajaan (NGO). Wallahua'lam.










RUJUKAN

Buku :
1. Abd Rahman Abdullah,1998.’Pemikiran Islam di Malaysia’, Kuala Lumpur: DBP & USM.
2. Ahmad Sunawari Long, Zulazmi Yaakub,2006.’Budaya Dan Pemikiran Islam Mesir-Malaysia’ sunt. Bangi: Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam UKM.
3. Angel Rabasa, Cheryl Benard, Lowell H.Schwartz, Peter Sickle,2007.’Building Muslim Moderate Network’, Pittsburgh : Rand Corporation.
4. A.Aziz Deraman & Mohd Taib Osman,2000.’Tamadun Islam di Malaysia’ sunt. Kuala Lumpur: DBP.
5. Abd Hamid Yunus,2006.’Bagaimana Mengenal Ahli Sunnah Waljamaah’, Putrajaya: JAKIM.
6. As’ad al-Khatib,’1996.' al-Butulah wal Fida’ Inda Sufia; Damsyik: Dar al-Fikr.
7. Azyumardi Azra,2005.‘Jaringan Ulama Timur Tengah dan Nusantara, Bandung: Mizan.
8. Cheryl Benard,2005.'Civil Democratic Islam :Partners, Resources & Strategies, Pittsburgh: Rand Corporation.
9. Dr Burhanuddin al-Helmy,2006.’Simposium Tasawuf dan Tareqat’, Seremban: Jabatan Mufti Negeri Sembilan, cet ke-2.
10. Dr Abdul Fattah Abu Ghuddah,1992.'al-Isnad Min ad-Din'. Damsyik: Dar al-Qalam.
11. Dr Abdullah Mohd Zain,’2005.'Fiqh Aulawiyyat dalam Pengurusan Negara’, Putarajaya: JAKIM.
12. Dr Qasim Ali Saad, 2010.'Qimatul al-Isnad' Beirut: Darul Basyair al-Islamiyyah.
13. Dr Redzuan Othman,2006.'Islam dan Masyarakat Melayu, Peranan dan Pengaruh Timur Tengah'' Kuala Lumpur: Penerbit UM.
14. Dr Yusuf al-Qardhawi,1984.'Risalah al-Azhar Baina al-Ams wa al-Yaum wa al-Ghad Bimunasabah Intifal Biid al-Alfa' Kaherah: Matabah Wahbah.
15. Haim Hilman Abdullah,2005.‘Pengurusan Strategik’, Kuala Lumpur: Mc Graw Hill.
16. Ibrahim Mohamad'2009.'Membina Rantaian Berdasarkan Manhaj Tauhid Tasawuf' Kuala Terengganu: Unit Penerbitan ITHAF.
17. Jamiaah al-Azhar,2008.'Jamiaah al-Azhar 2007-2008'.Kaherah: Maktabah al-Azhar.
18. Mohd Fuad al-Baqi,1996.’al-Mu’jam al-Mufaras Lil Alfaz al-Quran as-Syarif, Kaherah: Dar al-Hadis.
19. K.H. Sirajuddin Abbas,2006.'I’tiqad Ahli Sunnah Waljamaah’, Kota Bharu: PAP.
20. Mahmud Saedon,1992.’Sejarah Perkembangan Tariqat/Tasawuf & Persoalan Mengenainya’, Kuala Lumpur: BAHEIS.
21. Mohd Zaidi Abdullah,2004.’ Hikmah al-Isyraqi’, Shah Alam: Kurnia Ilham.
22. Muhyiddin al-To'mie'1992.'an-Nur al-Abhar Fi Tabaqat Syuyukh al-Jamie' al-Azhar' Beirut: Dar al-Jil.
23. Roslin Syamsuri,1998.'Islam Secara Global’, Kuala Lumpur: Pustaka Ilmi.
24. Tun Suzana Tun Othman, Hj Muzaffar Dato’ Mohd.,2003.’ Sesungguhnya Tuhan Kamu Tidak Bermata Satu, KualaLumpur: Crescent News.
25. Zainal Abidin Mohd,2002.’Pengurusan Strategik’, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.
26. Wan Liz Wan Omar,1996.’Pengurusan Islam Abad ke-21’, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
27. Wan Liz Wan Omar,2000’ Gagasan Alaf Baru’ Kuala Lumpur: Thinkers Library.

Kertas Kerja :
28. Siddiq Fadzil, ‘Evaluatif tentang Tema dan Pola’. Pemikiran Islam Kontemporari: Tinjauan Kritis.
29. Dr Said Abdullah Harib, Jalinan hubungan diantara al-Azhar dan Alumninya', Multaqa Sedunia Alumni al-Azhar pada 15-18 Februari 2008 di KLCC, Kulala Lumpur.
30. Majlis Ijtima Ulama Pondok SeNusantara Kali Ke-2 pada 12-15 April 2007 di Yayasan al-Jenderami.
31. Multaqa Ulama Sedunia 10-12 Julai 2003 , Putrajaya.
32. Multaqa Sedunia Alumni al-Azhar pada 15-18 Februari 2008, Kuala Lumpur.
33. Seminar Tasawuf Negeri Sembilan 2002 dan 2004.
34. Prof Dr. Mohamad Redzuan Othman'Transmission of Knowledge From Egypt: The Role of al-Azhar In The Early Intelectual Development of The Malay Society in Pre-Independent 1957' Bangi: Persatuan Mahasiswa Islam Timur Tengah.
35. Syeikh Muhammad Said Chenaoui'The Role of Sufism in Islam' The 7th General Conference of of Islamic Call, Libya. 7 Disember 2004.
36. The Seventh Conference of The Minsters of Endowments and Islamic Affairs', pada 6-8 Mei 2002 di Kuala Lumpur.

Laman Web :
44. www.alazhar.edu.com
45. www.waag-alazhar.com
46. www.jabhaonline.org
47. www.islamic-council.com
48. www.aqidati.net.eg
49. www. eltsawofelislamy.com
50. www.Dar-alftaa.com
51. www.Uthman-elmuhammady.blogspot.com
52. www.yayasansofa.com
53. www.yayasanaljenderami.com
54. www.mindamadanionline
55. www.ns.gov.my/mufti
56. www.thereadinggroup.sg





























Budaya Perdebatan Ilmiah


Budaya perdebatan ilmiah

Oleh HELMI MOHD. FOAD
pengarang@utusan.com.my

SEBAGAIMANA kekayaan tidak seharusnya berlegar dalam kelompok tertentu, ilmu juga tidak sewajarnya hanya berputar di dalam gedung ilmu dan akademi. Sebaliknya, ilmu pengetahuan dan manfaatnya harus dinikmati bersama iaitu bersifat massa atau merakyatkan.

Untuk itu, masyarakat perlu dibenarkan melakukan al-munazarat al-ilmiah (perdebatan ilmiah). Sebagaimana pada zaman keemasan Andalusia, perdebatan ilmiah menjadi salah satu metodologi pembelajaran.

Ia mencerahkan pemikiran dan mendedahkan masyarakat kepada pelbagai pandangan. Sebarang pandangan yang baru, bebas dikritik sebelum diterima oleh masyarakat.

Meskipun perdebatan termasyhur di Andalusia antara Ibn Hazm, seorang ulama fiqh al-Zahiri dengan Sulaiman Khalaf al-Baji yang bermazhab Maliki menyebabkan Ibn Hazm dihalau dari bandar kediamannya dan buku-bukunya dibakar, namun tradisi perdebatan tidak mati.

Ketika berada dalam buangan, Ibn Hazm bertemu dengan faqih terkenal, Abu al-Walid al-Baji dan kedua-dua tokoh itu terlibat dalam beberapa siri perdebatan. Budaya perdebatan tetap segar antaranya melibatkan Ibn Arabi dan Ahmad bin Muhammad Warad al-Tamimi (1145M).

Kelangsungan budaya perdebatan ilmiah itu turut mendapat sokongan raja-raja di kalangan Bani Ubbal di Asybilia, Bani al-Aftas di zaman al-Muzaffar dan ketika zaman al-Makmun di Talilah. Kecintaan kepada ilmu itulah yang menyebabkan kelangsungan tamadun Andalusia selama lebih 800 tahun sehingga menjadi contoh kepada negara-negara Eropah.

Namun, dunia Islam kemudiannya mengalami keterbalikan apabila perdebatan ilmiah bertukar kepada ketaksuban mazhabiah dan bertaklid sehingga membantutkan proses ijtihad.

Memetik kata-kata Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah sewaktu melancarkan buku Knowledge, Language, Thought and the Civilization of Islam: Essays in Honour of Syed Muhammad Naquib Al-Attas di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada 23 Februari lalu, baginda bertitah: ''Kejatuhan sesebuah negara bermula dengan kemunduran negara disebabkan budaya dan persekitaran politik yang membunuh perkembangan intelek kerana sifat takut dan gentar pimpinan yang sedang berkuasa yang merasakan kedudukan mereka mungkin tercabar."

Sebaliknya titah baginda, pimpinan yang stabil dan negara yang maju sentiasa memilih pendirian untuk mendampingi dan bekerjasama dengan ilmuwan dan menyediakan persekitaran politik yang tidak memusuhi kumpulan ilmuwan.

Dalam hal ini, Malaysia yang baru separuh abad membebaskan diri daripada cengkaman kolonial sebenarnya mampu mencipta 'hadharah' sehebat Andalusia. Bukan sekadar kehebatan fizikal di Putrajaya yang persis al-Hamra, tetapi dengan pengisian kematangan keilmuan di dada masyarakat dan intelektualnya termasuk ulama.

Intelektual sebenar adalah mereka yang mencampakkan diri di tengah-tengah perjuangan bersama masyarakat, mempraktikkan segala kajian berasaskan agama dan wahyu, nalar (akal) dan istidlal (demonstrasi rasional).

Begitu juga para profesor di menara gading, selain mengajar, mereka turut membuat penyelidikan. Kajian mereka perlu melalui saringan yang ketat dan objektif berasaskan kepada keperluan akademia.

Seterusnya, ia dimuatkan di dalam jurnal-jurnal untuk dinilai rakan sejawat. Namun mereka tidak seharusnya berasa selesa untuk kekal di menara gading sehinggakan sering kali masyarakat melihat sumbangan mereka 'nampak macam tidak ada'.

Intelektual tidak hanya melegarkan ilmu dalam gedung-gedung mereka, sebaliknya melontarkan idea-idea kepada masyarakat.

Lantas idea-idea yang diperdebatkan menjelma sebagai satu arus pemikiran dan seterusnya membentuk institusi-institusi yang dimanfaatkan oleh rakyat.

Untuk menjadi seperti Andalusia, seramai 1,426 profesor di seluruh institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bukan sahaja mampu merancakkan perbahasan ilmiah, malah boleh menghasilkan pelbagai penyelesaian untuk masyarakat dan negara. Itu baru jumlah mereka yang hanya kira-kira 6.3 peratus daripada sejumlah 22,000 tenaga akademik di 20 buah IPTA seluruh negara.

Melalui penubuhan Majlis Profesor Negara (MPN) yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 1 April lalu, ia boleh menjadi platform kepada komuniti ilmuwan untuk bergerak secara kolektif melibatkan pelbagai bidang.

Menurut Pengerusi MPN yang pertama, Prof. Emeritus Datuk Dr. Zakri Abdul Hamid, MPN diharap dapat memberi input kepakaran akademik dan profesional dalam pelbagai bidang untuk advokasi awam. Beliau berkata, ia juga dapat memainkan peranan dalam memperkukuhkan penggubalan dasar negara dan pelaksanaan program yang dirancang.

''Para profesor boleh menawarkan pelbagai kepakaran dan sumbangan kepada kementerian. Ikon-ikon ilmuwan juga boleh menyalurkan keintelektualan mereka kepada masyarakat awam dan ia merupakan satu cara berkesan untuk memberikan sumbangan kepada negara," katanya kepada Utusan Malaysia.

Tanpa menafikan sumbangan yang sudah diberikan oleh golongan ilmuwan, Zakri yang juga penasihat sains kepada kerajaan berkata, sebelum ini sumbangan yang diberikan lebih banyak dalam bentuk peribadi melibatkan kepakaran masing-masing.

''Kita mahu mengikis persepsi yang mengatakan profesor lebih selesa berada di menara gading, sedangkan kini mereka bersama-sama pemimpin dan rakyat membangunkan negara," katanya.

Jelasnya, sebuah majlis yang menjadi platform kepada para profesor sudah lama wujud di negara maju seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat.

''Jadi, penubuhan MPN adalah selaras dengan cita-cita Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju," katanya.

Katanya, dalam majlis tersebut, para intelektual boleh saling memberikan pandangan sekali gus membuka ruang kepada pelbagai perdebatan ilmu.

Setakat ini, beliau menjelaskan, MPN membuka penyertaan kepada profesor di IPTA sebelum merancang untuk meluaskannya ke institusi pengajian tinggi swasta.

Sebanyak 13 bidang tujahan disenaraikan dalam MPN, antaranya urus tadbir, perundangan dan pengurusan awam, pendidikan, pembangunan modal insan, ekonomi, kewangan, politik, keselamatan, hal ehwal antarabangsa, warisan dan sosio budaya.

Pelbagai isu lain juga boleh dibincangkan seperti pemanasan global dan langkah menangani pelbagai jenis penyakit.

''Ia menjadi satu landasan untuk membincangkan isu-isu semasa di peringkat tempatan mahu pun global," katanya.

Katanya, berpaksikan kepada keilmuan yang didasari sains dan teknologi, MPN dapat membantu kerajaan merangka pelbagai dasar dan strategi yang kukuh serta bernas.

Selain itu, jelas beliau, MPN boleh berperanan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang sesuatu perkara berlandaskan keilmuan.

''Ini termasuk dengan cara mempromosikan kelestarian kehidupan iaitu dengan tidak merosakkan sumber asli dan alam sekitar. Bagi membentuk ekonomi berpendapatan tinggi, ia memerlukan teknologi tinggi, iaitu suatu yang memerlukan muatan sains dan teknologi, jadi kepakaran kita boleh disalurkan ke situ," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0409&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm&arc=hive

Jumaat 09 April 2010

Ulasan:

Bagi menyahut seruan dan nukilan diatas, petunjuk dan panduan yang diberi al-Quran dan Hadith sewajarnya digunapakai. Dengan tadabbur ayat Quran memberi kunci untuk mencapai kejayaan, kefahaman bagi agenda membina peradaban insani dan tamadun . iaitu saranan ayat dala msurah al-Anbiyaa’:7 bermaksud: tanyalah ahli Zikr sekiranya kamu tidak mengetahui (dalam pelbagai bidang). , Surah al-Furqan:59: maksudnya: Dengan nama Tuhan ar-Rahman. Maka bertanyalah mereka yang pakar(ahli ) dan Sabda Rasulullah SAW: Para Ulama’ adalah pewaris para Auliyaa. Justeru ulama hakiki ialah mereka pakar dalam pelbagai bidang ilmu kerana mereka mewarisi ilmu warasah, ladunni dan anugerah ilahi.


Peranan Ulama' Dalam Silat


Peranan ulama dalam silat

Koleksi artikel ALLAHYARHAM WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH

BARANGKALI perbicaraan yang menyentuh secara langsung tentang persilatan adalah masih sangat langka. Keterlibatan penulis dalam membicarakan perkara persilatan ini juga amat sedikit berbanding penulisan-penulisan selainnya.


Oleh itu, kelemahan-kelemahan dalam perbicaraan ini rasanya sangat banyak, apatah lagi dunia persilatan hanyalah penulis kenali sewaktu masih kanak-kanak dan ditinggalkan begitu lama, sejak tahun 1960-an.


Jenis-jenis silat memang banyak penulis ketahui, namun penulis bukanlah seorang pelajar mengenai bidang itu secara tekun tetapi hanyalah sebagai pemerhati saja. Di antara silat-silat yang penulis ketahui ialah Silat Pengian, Silat Kuntau, Silat Harimau, Silat Buton Kalidupa, Silat Bugis Bone, Silat Sinding, Silat Pukul Tujuh, Silat Minangkabau, Silat Cekak, Silat Gayung, Silat Gayung Patani, Silat Abjad dan Al-Mu'azat.


Peranan ulama dalam silat hanya dapat penulis tonjolkan kepada pemikiran Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani dan keterlibatan Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani dalam jihad fi sabilillah.


Kedua-dua ulama besar yang sangat terkenal itu dipercayai menggunakan 'senjata' qalam untuk mengajar umat Melayu dna juga senjata pedang unutk perjuangan di medan jihad fi sabilillah demi mempertahankan kesucian Islam dan watan daripada penjajah.


Jika kita anggap ilmu silat adalah untuk mempertahankan diri peribadi, jihad pula adalah mempertahankan Islam dan tanah air.
Jadi kedua-dua ulama kita itu adalah lebih agung, kerana banyak jenis silat yang dikuasainya. Yang dimaksudkan di sini ialah:


*silat menggunakan qalam/pena,
*silat kalam/lidah,
*silat menggunakan siasah/politik, dan lain-lain termasuklah
*silat ketangkasan di medan juang yang sebahagiannya dijadikan sebagai satu cadang seni atau budaya.
Pelajaran silat dalam Kerajaan Pontianak
Tidaklah janggal pada kesempatan ini penulis mulakan petikan mengenai silat yang termaktub dalam sebuah manuskrip "Syair Kerajaan Pontianak".


Kerajaan Pontianak (Indonesia) memang bukan dalam Malaysia, tetapi adalah sebuah kerajaan Melayu yang didirikan oleh Syarif Abdur Rahman bin Habib Husein al-Qadri yang direstui dan dirasmikan oleh pahlawan Melayu-Bugis, Raja Haji bin Upu Daeng Celak.


Raja Haji pula adalah seorang pahlawan Melayu agung sesudah Hang Tuah, kerana hampir keseluruhan negeri-negeri Melayu pernah dikunjunginya. Akhir riwayat Raja Haji gugur sebagai syahid fi sabilillah di Teluk Ketapang, Melaka.


Syair Kerajaan Pontianak ditulis beberapa tahun setelah berdirinya Kerajaan Melayu-Islam Pontianak, dalam petikan tersebut juga jelas mencerminkan minat dan kesungguhan Sultan Syarif Abdur Rahman bin Habib Husein al-Qadri terhadap seni dan budaya silat. Untuk lebih jelas dan merupakan dokumen sejarah persilatan Melayu, Bab Silat dalam Syair Kerajaan Pontianak penulis sebutkan beberapa petikan awal darinya, iaitu:
Setelah sudah berperi-peri,
baginda berangkat lalu berdiri
Panggilkan Mat Raiyat suruh ke mari,
serta dengan Wan Bakari.
Wan Ahmad, Wan Bakar datanglah sudah,
kepada baginda tunduk menyembah
Dengan segeranya baginda bertitah,
Adalah sedikit hendak diperintah.
Baginda tersenyum seraya berkata,
Jikalau suka rasanya cita
Tuan-tuan yang muda ajarkan kita,
diajarkan silat bermain senjata.
Tuan ajarkan padan-padan,
boleh dilihat usulnya badan
Bagaimana di dalam contoh teladan,
yang mana patut main di medan.
*Tulisan Sheikh Daud Abdullah Al-Fathani mengenai jihad dalam Islam
Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani adalah ulama besar dunia Melayu yang terlibat langsung bersama-sama Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani dalam medan jihad melawan pencerobohan Siam di bumi Patani Darus Salam.


Tulisan-tulisan beliau mengenai hukum jihad telah penulis perkenalkan dalam penulisan-penulisan sebelum ini, di mana jelas menggambarkan bahawa Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani adalah seorang ulama pejuang Islam sebenar dan sejati serta bertanggungjawab terhadap ummah dan watan Melayu daripada segala macam bentuk penjajahan kuffar.
Sebagai tambahan, di sini penulis petik pula pandangan Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani tentang jihad yang beliau tulis dalam kitab Bughyat at-Thullab.


Transliterasi selengkapnya ialah: "Dan setengah daripadanya, perang sabil bagi kuffar, yakni wajib bagi Imam itu pergi perang kepada negeri mereka itu, maka iaitu fardu kifayah dengan ijmak. Atau Naib Imam pergi dengan tentera kerana perang bagi mereka itu.


"Atau diperbaiki akan kota yang antaranya dan antara negeri mereka itu, serta diteguhkan dia, dan ditaruhkan senjatanya, dan orang yang menunggu padanya sekira-kira memadai melawan akan mereka itu. Maka hendaklah diperbuat akan salah suatu daripada keduanya maka gugurlah fardu kifayahnya. Ini jika tiada mereka itu datang kepada negeri kita.
"Maka jika datang ia kepada negeri Islam maka jadilah fardu ain atas tiap-tiap seorang daripada negeri yang ia masuk itu, hingga perempuan dan sahaya orang ... " (Bughyat at-Thullab, jilid 1, hlm. 95).


Ulasan dan pandangan, daripada kalimatnya "Maka jika datang ia kepada negeri Islam ... " dapat kita bandingkan peristiwa penjajahan bangsa Barat-Belanda dan Inggeris di dunia Melayu pada zaman Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani dengan peristiwa Amerika, pengganas terbesar dunia, yang telah menjajah Afghanistan dan Iraq.


Sebagaimana telah disebutkan bahawa Belanda dan Inggeris telah menjajah dunia Melayu, perlu pula dinyatakan di sini bahawa Patani juga tidak terlepas daripada dijajah, bukan oleh bangsa Barat tetapi oleh Siam. Semua penjajah yang tersebut adalah bukan agama Islam kerana mereka telah menjajah negeri Islam.
Oleh itu, menurut Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani pada sambungan kalimat di atas bahawa "jadilah fardu ain atas tiap-tiap seorang daripada negeri yang ia masuk itu, hingga perempuan dan sahaya orang ..." berperang atau jihad terhadap mereka. Bangsa-bangsa yang telah menjajah dunia Melayu, adalah bukan beragama Islam.


Oleh itu fenomena yang berlaku sekarang, tuduhan umat Islam sebagai pengganas adalah tidak berasas sama sekali, kerana tidak terdapat dalam sejarah bahawa bangsa-bangsa yang beragama Islam datang menjadi penjajah di dunia Melayu.


Sebenarnya bangsa-bangsa penjajah itulah yang layak dilabelkan sebagai pengganas atau terrorist atau penzalim. Gelaran tersebut terdapat dua golongan yang sedang bermusuhan, yang pertama ialah pengganas yang sedang berkuasa (pemerintah) dan yang kedua ialah pengganas yang tidak berkuasa (rakyat).


Perjuangan jihad yang pernah dilakukan oleh ulama kita seperti Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani, Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani, dan lain-lain tidak dapat disamakan dengan kedua-dua golongan pengganas yang tersebut di atas, kerana jihad Islam adalah cukup jelas berdasarkan perintah daripada Allah dan para Rasul-Nya. Siapa saja yang berjihad menurut perintah Allah dan Rasul-Nya adalah benar, tidak terdapat keraguan di dalamnya.


Oleh itu, wajib dipertahankan kebenaran dan kesuciannya daripada pentafsiran-pentafsiran yang tidak betul disusun demikian rapi oleh pihak-pihak tertentu yang telah merasa lazat makanan dan minuman segar tetapi beracun yang mereka peroleh dari musuh-musuh Islam.
Mengenai membuat persiapan sebagai benteng pertahanan dapat kita ketahui dari kalimat beliau, "Atau diperbaiki akan kota yang antaranya dan antara negeri mereka itu, serta diteguhkan dia ...".


Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani menyentuh pula tentang persiapan persenjataan dengan sambungan kalimatnya "dan ditaruhkan senjatanya" maksudnya bahawa dalam benteng pertahanan perlulah ada tersimpan persenjataan yang cukup dan siap digunakan apabila diperlukan.


Patriotik bangsa adalah sangat diperlukan, yang beliau gambarkan pada sambungan kalimatnya "dan orang yang menunggu padanya sekira-kira memadai melawan akan mereka itu". Kalimat ini dapat dihubungkaitkan dengan "ilmu silat" kerana orang Melayu yang sanggup melawan musuh pada zaman itu perlu mempunyai ketangkasan.


Ketangkasan dalam bentuk fizik adalah mempelajari ilmu silat. Dan tidak dapat dinafikan diperlukan "kekuatan dalaman" atau "mental" atau "rohani". Baik Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani mahu pun Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani juga pernah mengijazahkan wirid-wirid pertahanan diri untuk menghadapi musuh dalam peperangan.


Wirid pertahanan diri Sheikh Abdus Shamad Al-Falimbani
Untuk memantapkan keyakinan diri menghadapi jihad, dalam karyanya berjudul Mulhik fi Bayanil Fawa'id an-Nafi'ah fil Jihadi fi Sabilillah atau judul terjemahan oleh Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani sendiri iaitu "Suatu Perhubungan Pada Menyatakan Akan Beberapa Faedah Di Dalam Perang Sabilillah", beliau membahagi dalam risalah tersebut kepada empat bahagian, iaitu:


lFaedah Yang Pertama Pada Menyatakan Ayat Quran Yang Jadi 'Azimat Yang Manfaat Di Dalam Perang Sabilillah, Dan Peliharaan Yang Menegahkan Daripada Kejahatan Orang Kafir.
lFaedah Yang Kedua Pada Menyatakan Doa Yang Manfaat Di Dalam Perang Sabilillah Dan Lainnya.
lFaedah Yang Ketiga Pada Menyatakan Doa Yang Membinasakan Bagi Segala Seteru, Dan Bagi Sejahtera Daripada Kejahatan Seteru.
lFaedah Yang Keempat Pada Menyatakan Doa Membinasakan Seteru, Dan Segala Kafir, Dan Bagi Sejahtera Daripada Kejahatan Mereka Itu.


Salah satu amalan Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani pernah diterima oleh pahlawan Mat Kilau. Mengenai ini termaktub dalam Kitab Mat Kilau, cetakan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, 1970, hlm. 23, iaitu "Ini doa diambil daripada Sheikh Abdus Shamad Palembang, siapa yang mengamalkan doa ini nescaya tidak mengenai padanya pedang, atau panah, atau segala rupa kejahatan dari seteru ... "Yang disebut dalam Kitab Mat Kilau itu memang termaktub dalam karya Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani tersebut yang beliau tempatkan pada Faedah Yang Kedua.


Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani telah menterjemahkan wirid untuk perang itu daripada bahasa Arab ke bahasa Melayu. Dalam empat buah karangan Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani juga membicarakan wirid yang sama, di antaranya dalam kitab Mun-yat al-Mushalli. Selengkapnya lihat Mun-yat al-Mushalli yang telah penulis transliterasi (lihat terbitan Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1424 H/2003 M hlm. 96-98).


Walau bagaimanapun, tidak terdapat terjemahan wirid itu oleh Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani seperti yang dilakukan oleh Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani. Perlu juga penulis sentuh di sini bahawa dalam terjemahan wirid Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani tersebut ada hubungkait dengan persilatan. Bahawa ilmu silat yang pernah penulis pelajari adalah melalui tiga jalan, iaitu:


*Belajar secara fizik di gelanggang.
*Belajar wirid-wirid yang boleh mendatang gerak dengan sendirinya.
*Mengabungkan pelajaran fizik dan wirid.


Pada Faedah Yang Keempat wirid Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani terdapat satu doa yang sama dengan yang diamalkan dalam Silat Al-Mu'azat. Walaupun dalam Silat Al-Mu'azat tidak mempelajari gerak fizik, tetapi apabila mengamalkan wirid, maka gerak fizik akan datang dengan sendirinya.


Silat Al-Mu'azat pernah dikembangkan di Johor oleh Raja Haji Muhammad Yunus Ahmad dalam tahun 1970-an. Wirid yang diamalkan oleh Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani, yang sama dengan amalan dalam Silat Al-Mu'azat itu, lebih lengkap ditulis oleh Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani dalam kitab Ward az-Zawahir (lihat hlm. 189).


Kesimpulan dan penutup
Dari semua yang telah dibicarakan di atas penulis berpendapat bahawa:
lSeni dan budaya persilatan diajarkan dalam dua bentuk, iaitu dalam gerak fizik dan kerohanian.
lIlmu persilatan yang menggunakan wirid, hizib, doa, dan yang sejenis dengannya adalah berasal dari ajaran Islam yang benar. Sebaliknya tidak dapat dinafikan terdapat juga yang menggunakan mantera, jampi, serapah, dan yang sejenis dengannya. Mengenai ini sukar dijejaki sumber-sumber asal hingga ke atasnya. Oleh itu, ada yang boleh diamal dan digunakan. Sebaliknya ada pula yang mengandungi unsur khurafat yang menjerumuskan ke arah syirik yang bertentangan dengan akidah Islam.


lUlama-ulama Nusantara yang terlibat dalam jihad fi sabilillah mempunyai asas ilmu menggunakan senjata. Mereka memiliki ilmu ketahanan diri yang bersambung dari satu guru ke satu guru hingga sampai kepada pahlawan-pahlawan Islam terdahulu bahkan sumber amalan ada yang berasal dari Rasulullah SAW sendiri.


lUlama-ulama Nusantara yang melakukan jihad fi sabilillah demi untuk memperjuangkan Islam dan mempertahankan negeri-negeri Melayu dari dijajah oleh bangsa yang bukan Islam adalah wajib diteruskan secara bersambung dari satu generasi ke generasi yang berikutnya.
Sekianlah yang dapat disampaikan pada ruangan kali ini, mudah-mudah kita dapat menghidupkan seni dan budaya yang dibenarkan syarak dan mengetepikan apa saja seni dan budaya yang bertentangan dengan syarak.


Mudah-mudahan hanya pemikiran ulama yang betul saja yang menjadi ikutan dan pemikiran yang tiada betul walau dari siapa pun datangnya supaya dihindari oleh-Nya.