Ancaman:
Islam Liberal/ Wahabi/ Syiah/ Batiniah/ Dakyah Agama Lain/ Pluralisme/ Kristianisasi/ Freemason/Iluminiti/ Sekularisme/ Ektremisme/ Kapitalisme/ Globalisme/ Zionisme/
Implikasi Ancaman:
Akidah/ Syariah/ Pemikiran/ Keselamatan
ASPIRASI / INSPIRASI
Ilmu Massa, Turath, Sejarah. Analisa Kajian Budaya Pemikir. Peradaban Insani Kalbu Akal Mencerah. Hakikat Amal Zikir Dan Fikir. Ilmu, Amal, Hikmah Menjana Pencerahan. Ulul-Albab Rausyanfikir Irfan Bistari. Tautan Mahabbah Mursyid Bimbingan. Alam Melayu Alam Islami Tamadun Melayu Peradaban Islami. Rihlah Ilmiah Menjana Pencerahan Pemikiran, Kefahaman & Ketamadunan (Ilmu,Amal,Hikmah & Mahabbah) - Inspirasi: Rizhan el-Rodi |
PANDUAN UMUM DAN CIRI-CIRI PERKARA MERAGUKAN DAN BERCANGGAH DENGAN FAHAMAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH (ASWJ) SERTA GARIS PANDUAN PENAPISAN BAHAN-BAHAN PENERBITAN BERUNSUR ISLAM .
Disediakan oleh: Rizhan el-Rodi
AHLI SUNNAH WAL
JAMAAH (ASWJ)
Ahli Sunnah wal Jama’ah dapat ditelusuri daripada penjelasan hadith-hadith Nabi s.a.w.
Sabda Nabi s.a.w:
ان بني اسراءيل تفرقت علي ثنتين وسبعين ملة وتفترق أمتي علي ثلاث وسبعين ملة
كلهم في النار الا ملة واحدة. قالوا: ومن هي يا رسول الله؟ قال: ما أنا عليه وأصحابي.
رواه الترمذي
Ertinya: “Sesungguhnya Bani Israil telah berpecah kepada 72 golongan dan umatku akan berpecah kepada 73 golongan, semuanya masuk neraka kecuali satu golongan sahaja. Para sahabat bertanya: Siapakah golongan yang satu itu wahai Rasulullah? Nabi s.a.w menjawab: Yang satu itu ialah orang yang berpegang dengan peganganku dan pegangan sahabat-sahabatku”.
Riwayat al-Tirmidhi
Istilah Ahli Sunnah wal Jama’ah sendiri sudah wujud di zaman Nabi s.a.w dan digunakan oleh baginda untuk menunjukkan golongan yang benar. Sabda Nabi s.a.w:
والذي نفس محمد بيده لتفترق أمتي علي ثلاث وسبعين فرقة فواحدة في الجنة
وثنتان وسبعون في النار. قيل: من هم يا رسول الله؟ قال: أهل السنة والجماعة.
رواه الطبراني
Ertinya: “Demi Tuhan yang memegang jiwa Muhammad dengan kekuasaan-Nya, umatku akan berpecah kepada 73 golongan, maka satu golongan sahaja akan masuk syurga manakala 72 golongan lagi masuk neraka. Para sahabat bertanya: Siapakah golongan yang masuk syurga itu wahai Rasulullah? Nabi s.a.w menjawab: Ahli Sunnah wal Jama’ah”.
Riwayat al-Tabrani
Ahli Sunnah wal Jama’ah adalah golongan yang beri’tiqad sebagaimana i’tiqad Nabi Muhammad s.a.w, para sahabat dan salafussoleh. Aqidah mereka adalah berdasarkan apa yang diwahyukan oleh Allah SWT di dalam al-Quran dan Sunnah.
Golongan Ahli Sunnah wal Jama’ah merupakan orang yang yang memahami al-Quran dan Sunnah dengan kefahaman yang sebenar berpaksikan kepada tiga komponen utama dalam ajaran Islam. Ijma’ ulama’ bersepakat dari segi aqidah, mereka mengikut manhaj al-Ash’ari dan al-Maturidi manakala dalam mengamalkan syariat, mereka mengikut salah satu daripada empat mazhab fiqh yang muktabar iaitu sama ada mazhab Hanafi, Maliki, Syafi’i atau Hanbali. Dari segi tasawwuf pula, mengikut manhaj Imam Junaid,Imam al-Ghazali atau mana-mana tariqat Sufi yang muktabar seperti Tariqat al-Rifaiyyah,al-Ahmadiyyah,al-Qadiriyyah,al-Dusuqiyyah,as-Syazuliyyah dan yang berkaitan dengan 4 Qutub tersebut dan furu'-furu'nya.
Imam al-Baghdadi Rahimahullah(w.429H) memperincikan LAPAN (8) golongan
yang termasuk dalam Ahli Sunnah wal Jamaah :
• Golongan pertama, mereka yang menguasai ilmu khususnya dalam bab Tauhid (meng-esa-kan Allah) dan kenabian, hukum-hukum wa'ad (khabar gembira) dan wa'id (ancaman siksa), pahala dan balasan, syarat-syarat ijtihad, pemerintahan dan kepimpinan. Mereka yang melalui jalan ini ialah ulama Kalam (Tauhid) yang bebas dari fahaman tasybih (menyerupakan sifat Allah dengan makhluk) dan bebas dari fahaman ta'til (yang menafikan sifat-sifat yang Azali bagi Allah SWT)), dan bebas dari bidaah al-Rafidhah, Khawarij, Jahmiah, Najariah dan seluruh pengikut bidaah dan hawa nafsu.
• Golongan kedua ialah imam-imam fiqh samada kumpulan yang cenderung pada rakyun (dalil aqal) atau hadith. Iaitu mereka yang beriktikad (berkeyakinan) pada perkara usuluddin dengan mazhab-mazhab sifat pada Allah dan pada sifat-sifatnya yang azali (membicarakan sifat-sifat Allah SWT sebagaimana sifat 20), dan mereka bebas dari fahaman Qadariah dan Muktazilah; mereka menetapkan melihat Allah Taala dengan mata (di akhirat kelak) dengan mata tanpa tashbih (menyerupakan Allah dengan makhluk), tanpa ta'til' (menafikan sifat-sifat Allah).
Termasuk dalam golongan ini ialah murid-murid kepada Imam Malik, al-Shafie, al-Auza'i, al-Thauri, Abu Hanifah, Ibn Abu Laila (wafat148H), sahabat-sahabat Abu Thaur (wafat 240H), sahabat-sahabat Ahmad bin Hanbal (wafat 241H), ahli al-Zahir, keseluruhan ulama fiqh yang beriktikad dalam bab-bab akal ini dengan prinsip-prinsip Sifat (tauhid yang membahaskan Sifat-sifat Allah). Dan mereka tidak mencampurkannya dengan apa-apa dari ahli bidaah dan hawa nafsu.
• Golongan ketiga ialah mereka yang menguasai ilmu-ilmu yang berkaitan dengan periwayatan hadith dan sunnnah yang disampaikan oleh Nabi SAW, mereka berupaya membezakan antara sahih dan cacat antaranya, mengetahui sebab-sebab 'al-jarh wa al-ta'dil' (kredibiliti seorang rawi), dan mereka tidak memasukkan ilmu mereka dengan apa-apa dari ahli bidaah dan nafsu yang menyesatkan.
• Golongan ke empat ialah kaum yang menguasai kebanyakan topik-topik sastera Arab, nahu dan saraf. Mereka berada atas jalan pakar bahasa seperti al-Khalil (wafat175H), Abu 'Amr bin al-'Ala` (wafat 145), Sibawaih (wafat 180H), al-Farra' (wafat 207H), al-Akhfash (wafat 215H), al-Asma'i, al-Mazini (wafat 236H), Abu Ubaid (wafat 224H) dan seluruh imam-imam Nahu samada ulama-ulama Kufah atau Basrah, yang mana mereka tidak mencampurkan ilmu mereka dengan sesuatu dari bidaah al-Qadariah, atau Rafidhah atau Khawarij. Maka sekiranya seseorang itu cenderung ke arah nafsu yang menyesatkan, maka bukanlah ia dari golongan Ahlussunnah walaupun kata-katanya adalah 'hujah' dalam ilmu bahasa dan Nahu.
• Golongan ke lima, antaranya ialah mereka yang menguasai ilmu yang berkaitan dengan jenis-jenis qiraat untuk al-Quran, dan jenis-jenis tafsiran al-Quran, penakwilannya berdasarkan mazhab-mazhab Ahlussunnah, tanpa berpegang dengan takwilan ahli nafsu yang sesat.
• Golongan ke enam ialah, antaranya ialah para ahli zuhud sufi yang mempunyai ilmu maka jauh pandangan, yang telah dinilai maka ia diiktibarkan, mereka redha dengan hidup yang ringkas, mereka mengatahui bahawa penglihatan, pendengaran dan hati dipertanggungjawabkan terhadap kebaikan dan kejahatan; menghisab dengan neraca zarah-zarah, justeru menyediakan diri mereka dengan sebaik-baik perisapan untuk hari Kiamat. Perkataan mereka berjalan di atas dua jalan iaitu secara jelas dan isyarat di atas jalan ahli hadis, tanpa mereka 'membeli' pandangan yang mempermainkan hadis. Mereka tidak melakukan kebaikan kerana riak, tidak pula meninggalkan kebaikan kerana malu kepada orang lain. Agama mereka hanya satu dan menafikan 'pentasybihan' (menyerupakan Allah dengan makhluk), mazhab mereka ialah tafwidh (menyerahkannya) kepada Allah SWT, bertawakkal kepadanya, penyerahan kepada-Nya, tenang dengan apa yang direzekikan-Nya.
• Golongan ke tujuh ialah, antaranya kaum yang terikat dengan barisan hadapan peperangan dengan orang-orang kafir, berjihad melawan musuh-musuh Islam, mereka menjadi benteng melindungi umat Islam, meninggalkan isteri-isteri mereka dan negara mereka, dan menzahirkan pada barisan hadapan mereka Mazhab ASWJ.
• Golongan ke lapan ialah, antaranya kebanyakan negara-negara yang secara kebiasaannya terdapat syiar ASWJ, bukannya negara yang menzahirkan syiar ahli hawa-nafsu yang sesat.

Sumber: Al-Baghdadi,
Abd al-Qahir bin Tahir bin Muhammad. (2005) Al-Farq baina al-Firaq.
Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah.
Ali Jum'ah (2005). al-Bayan
lima yashghul al-Azhan. Kaherah: al-Maqatam li al-nasyr wa al-tauzi’, h
140.
Mazhab Ahli Sunnah
wal Jamaah ialah al-Asyai'rah dan al-Maturidiyyah dalam bidang akidah dan
mazhab Syafie, Hanafi, Maliki dan Hanbali dalam bidang hukum. (GPPBBPBI,
Jakim).
PANDUAN UMUM DAN CIRI-CIRI PERKARA MERAGUKAN
DAN BERCANGGAH DENGAN FAHAMAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH (ASWJ) SERTA GARIS PANDUAN
PENAPISAN BAHAN-BAHAN PENERBITAN BERUNSUR ISLAM .
BIL
|
PERKARA/FAHAMAN/ALIRAN
PEMIKIRAN
|
1.
SYIAH
|
Saidina
Ali Dianggap Setaraf Rasul/Nabi Alahissalam (A.S.)
Mencela/
Menkufur Sahabat
Imam
Adalah Maksum
Konsep
Wilayah Al-Faqih/ Imam 12
Konsep
Taqiyyah
Mendakwa
Kasih Ahli Bait Secara Melampau (Ghuluw)
Nikah
Mut’ah
Menghina
Ulama’ ASWJ
|
2
.
WAHABI
|
Tuhan
Bertempat Di Arash/Langit
Tashbih
Dan Tajsim
Menolak
Sifat 20
Menolak
Mazhab Fiqh (Anti Mazhab)
Salahfaham/
Menghukum Bid’ah/Syirik/Kufur
Tawasul
Syirik
Sambutan
Maulid Bid’ah Dholalah
Mendakwa
berpegang al-Quran dan Sunnah
Mendakwa
mengikut Manhaj Salafi (salafussoleh)
|
3
.
LIBERAL/
PLURALISME/
SEKULARISME
|
Al-Quran
Ciptaan Nabi
Semua Agama adalah Sama Kepada Kebaikkan
Tafsir
Al-Quran Dengan Akal Logik
Nabi
Manusia Biasa
Kesatuan
Agama
Persamaan
Gender
Hadis
Sebagai Cerita/Rekaan Nabi
Menghina/Memperlekeh
Hukum Syariat
|
4.
AJARAN
SESAT
|
Mempertikai
Kedudukan al-Quran dan Hadis
Ittihad
Hulul
Wahdatul
Wujud Menurut Falsafah (Penyatuan Tuhan Dengan Makhluk)
Meninggal
Syariat
Solat
Batin
Nikah
Batin
Memuja
Kubur
Menyeru
Arwah
Percaya
Khurafat/Tahyul
Menghina
Al-Quran
Menghina/Memperlekeh
Hukum Syariat
|
5.
LAIN-LAIN
|
Menghina
Islam
Menyentuh
Kesuciaan Islam
Menghina
Peribadi Nabi
Menghina
Isteri Nabi
Mengilustrasikan
Nabi/Sahabat 4
Hadis
Palsu
Dakyah
Agama Lain
Mencampuradukkan
Sumber Islam Dan Agama Lain
Percaya Azimat
Israiliyyat
Penyelewengan
Fakta
Merumikan
Ayat-Ayat Al-Quran
|
TOKOH-TOKOH
BIL
|
FAHAMAN/ALIRAN
PEMIKIRAN
|
NAMA
TOKOH
|
1
|
SYIAH
|
|
2
|
WAHABI
|
|
3
|
LIBERAL
|
|
Syeikh Yasin Al-Fadani Musnid al-'Asr
Syeikh Yasin Al-Fadani adalah Musnid al-'Asr
AL-'ALLAMAH al-Mutafannin Musnid al-'Asr 'Alam al-Din Abu al-Faidh Muhammad Yasin bin Muhammad Isa al-Fadani al-Indunisi al-Makki al-Syafii dilahirkan di Mekah pada 1335 Hijrah bersamaan 1916 Masihi. Beliau membesar di sana di bawah asuhan ayahnya dan juga bapa saudaranya bernama Syeikh Mahmud. Keluarganya berasal dari Kota Padang, Indonesia yang berhijrah ke Mekah.
Pengajian awal beliau bermula di Madrasah Saulatiyyah dan pada masa sama, melazimi halaqah-halaqah ilmu di Masjid al Haram yang disampaikan oleh para ulama Ahli Sunnah Wal Jama'ah di sana. Kemudian, melanjutkan pengajian dan menamatkannya di Madrasah Dar al 'Ulum al Diniyyah, Mekah.
Syeikh Yasin telah menimba ilmu daripada para ulama secara talaqqi di mana Mekah pada ketika itu merupakan lubuk ilmu-ilmu Islam dan ulama.
Keberadaan di Mekah memberi kelebihan yang banyak kepadanya kerana pada musim haji, beliau akan memanfaatkan waktu itu untuk menuntut ilmu dan memohon ijazah daripada para ulama yang menunaikan fardu haji.
Antara guru yang paling kerap didampinginya dalam usaha mendapatkan ilmu, makrifah dan pembentukan sahsiah ialah Sayyid Alawi bin Abbas al-Maliki, Syeikh Muhammad Ali bin Husain al-Maliki, Al-'Allamah Syeikh Hasan bin Muhammad al-Masysyat dan Muhaddith al-Haramain Syeikh Umar Hamdan al-Mahrisi.
Hasil kesungguhannya menuntut ilmu tanpa jemu, menjaga adab dan mempersembahkan khidmat yang terbaik kepada para gurunya, Syeikh Yasin telah muncul sebagai salah seorang ulama di Mekah.
Beliau mula mengajar di Masjid al-Haram dan Madrasah Dar al-'Ulum al-Diniyyah ketika umurnya belum mencecah 20 tahun.
Beliau juga seorang ulama berperwatakan sederhana, zuhud, berlapang dada, mengasihi fakir miskin dan sentiasa menghulurkan bantuan kepada para penuntut yang datang ke Mekah.
Al-Muhaddith Syeikh Mahmud Said Mamduh menyatakan: "Allah telah memuliakan saya dengan memberi peluang kepada saya melazimi Sayyidi Syeikh Muhammad Yasin al-Fadani. Beliau telah memberi perhatian khusus kepada saya dan memerintahkan saya duduk di sebelah kanannya setiap kali saya berada di dalam majlis pengajiaannya dan kedudukan saya ini tidak pernah diambil oleh orang lain.
"Beliau juga membantu menyelia urusan pengajian saya di sisi ulama Mekah dan menolong saya berkenaan dengan urusan kitab dan guru, di samping apa yang saya pelajari secara terus daripadanya."
Malah dia juga sentiasa berakhlak dan menjaga adab terhadap guru-gurunya. Beliau akan sentiasa berusaha menjaga hati mereka sebaik mungkin.
Selesai menulis syarah kitab al Luma' mengenai Usul Fiqh yang bertajuk Bughyah al Musytaq bi Syarh Luma' Abi Ishaq setebal dua jilid, beliau berhasrat mencetaknya tetapi dalam masa yang sama salah seorang gurunya iaitu al-Qadhi Syeikh Muhammad Yahya Aman al-Hanafi turut sama selesai menulis syarah bagi kitab al-Luma' bertajuk Nuzhah al-Musytaq.
Maka Syeikh Yasin telah membatalkan niat untuk mencetak kitab tersebut sebagai menjaga hati, memuliakan dan mendahulukan gurunya.
Setelah menghabiskan umurnya atas jalan ilmu dan dakwah, Syeikh Yasin al-Fadani dijemput menemui Ilahi pada Zulhijjah 1410 Hijrah bersamaan 1990 Masihi.
Pemergiannya adalah pemergian musnid terunggul pada zamannya. Setelah kewafatannya, berkuranganlah kehadiran manusia yang datang dari jauh dan dekat ke Mekah demi mendapatkan ijazah dan sanad yang tinggi.
Pengiktirafan Ahli Ilmu
Kedudukan Syeikh Yassin menjadikan beliau di antara ulama tersohor di seluruh dunia Islam dan menjadi tujuan permusafiran mereka bagi mendapatkan faedah ilmu dan merantaikan diri dengan sanadnya yang tinggi.
Pengiktirafan terhadap kedudukannya itu dapat dilihat apabila gurunya al-Muhaddith al-Mujtahid Sayyid Abdullah bin al-Siddiq al-Ghumari dengan katanya: "Di antara mereka daripada kalangan mereka yang mengijazahkan saya ialah al-'Allamah al-Musnid Syeikh Muhammad Yasin al-Fadani. Saya telah mengijazahkannya dan beliau pun mengijazahkan saya lalu kami saling ijazah mengijazahkan antara satu sama lain. Beliau sekarang adalah Musnid al-'Asr (Musnid Unggul Zaman)."
Mengenai kemahiran dan keilmuannya juga, Syeikh Mahmud Said Mamduh menyatakan: "Syeikh kami al-'Allamah al-Fadani bukan hanya sekadar seorang musnid, bahkan beliau adalah seorang alim yang menguasai segenap disiplin ilmu Islam. Beliau menjadi tumpuan manusia meminta fatwa daripada pelbagai ceruk rantau.
"Seringkali datang kepadanya soalan-soalan yang banyak secara bertulis dari negeri-negeri Melayu Nusantara. Belia mengkhususkan sebahagian daripada waktu malamnya untuk menjawab soalan-soalan itu.
"Ya, beliau menyibukkan dirinya dengan ilmu mengenai isnad di akhir usianya, akan tetapi sebelum itu beliau telah menyibukkan dirinya dengan ilmu-ilmu syarak, istilah dengan menyampaikan pengajian dan dalam bentuk penulisan."
Murid-muridnya itu datang dari seluruh pelosok dunia Islam bermula dari benua Afrika sehinggalah Asia Tenggara. Boleh dikatakan hampir kesemua ulama, tuan guru dan kiai dari Tanah Melayu Nusantara yang menuntut ilmu di Mekah sekitar 1950 sehinggalah 1990 adalah daripada kalangan muridnya, sama ada mengambil ilmu terus atau dengan pengijazahan sanad.
Berdasarkan fakta itu, sudah pastilah ia meliputi ribuan di kalangan mereka baik dari bangsa ajam mahupun Arab.
Syeikh Yasin adalah lambang kebanggaan umat Melayu di tanah Nusantara ini. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa Syeikh Yasin adalah seorang ulama berdarah Melayu yang paling unggul di dunia Islam di mana dalam beberapa sudut, tahap keilmuannya jauh mendahului ulama-ulama Islam dari bangsa lain termasuk bangsa Arab sendiri.
Bahkan ulama-ulama di timur dan barat dunia Islam berusaha untuk meriwayatkan ilmu dan sanad daripada beliau walaupun terpaksa menempuh jarak yang jauh.
Kelahirannya dan keberadaannya di Mekah mengharumkan Tanah Melayu Nusantara ini. Syeikh Yasin adalah lambang keunggulan, kehebatan dan kegemilangan Islam yang sampai ke tanah ini di zaman silam.
OLEH: PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA NEGERI SEMBILAN
AKAR PERMASALAHAN UMAT ISLAM DAN SOLUSINYA
AKAR PERMASALAHAN UMAT ISLAM DAN SOLUSINYA
Sahib as-Samahah Maulana Sheikh menyatakan bahawa antara permasalahan umat Islam kontemporari
yang dihadapi adalah:
1.
Nassun Sahih wa Fahmun Khati’ Linassin Sahih (Tidak Tepatnya Pemahaman
terhadap Teks/Nas)
Al-Quran dan as-Sunnah merupakan sumber utama
dalam Islam dan sebagai panduan umatnya. Pemahaman
teks yang kurang tepat dalam menyingkap hakikat makna. Iaitu memahami teks dengan
benar dan tepat, kemudian mengaplikasikan agama sesuai dengan
zamannya, bukan terikat dengan nostalgia
lama. Agar teks/nas selalu hidup dan dinamis, maka
harus difahami tepat dan sesuai dengan zamannya. Ketahuilah jua karya turath
sesetengahnya sudah tamat tempoh(expired) untuk dipraktikkan namun boleh
dijadikan sebagai maklumat dan thaqafah) bukan untuk diamalkan dalam
konteks dan waqi’ zaman ini.
2.
Ihtikam
Ligair Arbab al-Huda (Memohon Petunjuk Kepada Bukan Ahlinya)
Untuk memahami nas (al-Quran dan sunnah) secara tepat, maka harus
merujuk kepada ahlinya (pakar). Kerana teks yang hanya didekati melalui teks itu
sendiri, baik secara tafsir linguistik, dirayah
ataupun riwayat masih tidak mampu memahami secara tepat. Ramai
muslim memahami nas dengan meraba-meraba melalui hipotisis sebenarnya dan
terikat dengan karya-karya lama atau kononnya sudah berilmu lalu faham dengan
akal terbatas.
Umat Islam alpa saranan al-Quran dan sunnah supaya merujuk kepada pewaris
para Nabi yakni ulama hakiki. Lantaran ramai beranggapan sudah belajar dan
mendapat pendidikan tinggi pengajian Islam atau mengingati nama kitab-kitab
secara ilmiah atau penulisan ilmiah sudah boleh dianggap ulama.
3.
Ta’mim
al-Khas (Mengumum yang bersifat khusus)
Sesuatu yang bersifat khusus atau spesifik, tidak boleh dijadikan umum. Kekeliruan
Bila semua manusia merasa punya hak sebagai Polisi dan serba tahu dalam
pelbagai bidang, maka dunia keberagamaan kita pun akan kacau bercelaru. Maknanya
sesuatu bidang ada ahlinya.
Muslim yang ideal, maka memiliki kemahiran dan pengkhususan bidang
tertentu adalah suatu yang tepat, untuk menjawab permasalahan kontemporari yang
kompleks. Pendekatan mencari dan mengislah punca amat perlu dan sebagai
keutamaan.
4.
Giyab
Madlulat al-Alfaz (Hilangnya Makna Setiap lafaz)
Mengkaji teks suci al-Qur’an dan as-Sunnah, maka penguasaan terhadap
bahasa Arab, baik dari segi sejarah, budaya, kaedah tatabahasa dan sebagainya,
mutlak diperlukan. Walaupun bahasa Arab kedudukannya di bawah bahasa al-Qur’an,
umpamanya mengetahui perbezaan kata sanam
(arca), timsal (patung), dan wasan (berhala), adalah tugas seorang pakar
bahasa yang tidak terbatas dengan bahasa Arab saja, tetapi juga bahasa kalbu.
Sebab, al-Qur’an adalah cahaya, tidak satu pun yang mampu mengungkap, kecuali
yang dianugerahi kelebihan bahasa kalbu dan yang mempunyai nur bercahaya.
Membaca teks kitab suci, tidak ubahnya membaca huruf-huruf ilahi yang
hanya dapat didekati dengan cahaya. Hermeneutik,
Semiotik, Balagah, Badi', Bayan, dan sebagainya hanyalah saranan untuk
memahami teks tertulis atau secara tekstual. Bukan teks yang dinamik. Bahasa
yang tersimbolkan dalam titik-titik dan huruf-huruf kitab suci, baik al-Qur'an
atau al-Hadis adalah bahasa keimanan.
Ahl al- Qur'an wa Khassatuhu (Para kekasih Allah Swt. yang dianugerahi keajaiban-keajaiban memahami
kitab suci).
Bila dengan menguasai sedikit disiplin ilmu sudah dapat mentafsirkan teks al-Quran
sudah pasti mencelarukan walaupun dirujuk kitab-kitab itu ini, lantas dimanakah
letaknya I'jaz al-Qur'an?.
5.
Giyab
at-Ta’rif (Tidak Adanya Definisi)
Sebab tidak ada definisi yang jami’ mani’ tentang kata-kata tersebut
umpamanya Bid’ah,syirik, kufur .Sedangkan dalam bidang lain umpamanya para ahli
muzik memiliki bahasa sendiri, para doktor seluruh dunia memiliki kod etika
sendiri. Sewajarnya bagi membincangkan sesuatu perkara atau istilah perlu
difahami makna sebenar terlebih dahulu bagi perbincangan lanjut supaya titik
faham dapat dicapai. Maksud ta’rif atau takrif al-ta’rif: iaitu mendatangkan
makna yang betul menurut ahli (pakar) sesuatu bidang tersebut.
Standard istilah adalah sebuah keniscayaan untuk menerjemahkan
nilai-nilai dan makna yang terkandung. Para ilmuwan agama mempunyai pelbagai
pentafsiran dan definisi. Perselisihan tersebut lahir, karena tidak adanya
standard istilah yang jelas, serta belum ditemukannya seorang ahli pakar yang
sebetulnya. Lantaran mengabaikan atau tak jumpa saranan al-Quran dan hadis
supaya merujuk ahl zikr, khabir, wali mursyid, ulama warasah. Sekiranya perkara
tersebut dapat diketemukan sudah pasti mudah bagi menyatukan umat Islam.
Kuncinya ialah:
‘Tanyalah
Ahl Zikr Sekiranya Kamu Tidak Mengetahui’.
dan 'sesiapa diberi Allah petunjuk........seorang wali mursyid..'
Sumber:
Kalam Dars Maulana Sheikh / Dipetik dari ‘Tasawuf Revolusioner’ oleh Husni
Hidayat.
The worldview of Islam: Syed Muhammad Naquib al-Attas
Perpustakaan Istac khazanah
negara
Oleh MOHD. SHAH CHE AHMAD
29 Mei 2012 utusan malaysia
SEBAIK
menjejakkan kaki di laman Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam
(Istac) yang gah tersergam di Persiaran Taman Duta, Kuala Lumpur, membuatkan
diri terasa teruja dengan keunikannya.
Seni
bina klasik berunsur ketamadunan Islam pada setiap binaan bangunan menjadikan
cawangan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), kampus Kuala Lumpur itu
kelihatan sangat menakjubkan sehingga tidak terasa berada di negara sendiri.
Ditambah
pula dengan persekitaran yang damai dan menenangkan terletak di pinggir bukit
amat sesuai untuk dijadikan lokasi strategik bagi menuntut ilmu dan mendapatkan
sumber ilham.
Bukan
sahaja mempunyai seni bina yang pastinya dicemburui, malah Istac turut mempunyai
sebuah gedung ilmu bertaraf dunia yang mengandungi sumber simpanan khazanah
negara dan juga segenap dunia Islam.
Dengan
menyediakan hampir 163,000 koleksi sumber rujukan, perpustakaan Istac memainkan
peranan penting dalam menghidupkan perbincangan mengenai pelbagai aspek Islam
secara mendalam di seluruh dunia.
Sejak
ditubuhkan pada tahun 1987 di bangunan asal yang terletak di Damansara, tahun
ini merupakan hari bersejarah bagi perpustakaan itu apabila ia diberi
penjenamaan semula dengan nama Perpustakaan Syed Muhammad Naquib al-Attas
sempena nama pengasasnya iaitu Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas.
Melalui
koleksi bukunya terutama koleksi khas dan manuskrip yang istimewa dan luar
biasa menjadikan Perpustakaan Syed Muhammad Naquib al-Attas sebutan dan rebutan
pelbagai institusi samaada dalam dan luar negara.
Ketua
Perpustakaan Syed Muhammad Naquib al-Attas, Istac, Normala Harun berkata,
dengan menumpukan dalam bidang ketamadunan Islam, membolehkan perpustakaan itu
mengumpulkan koleksi dan rujukan eksklusif mengenai tamadun dunia yang tidak
terdapat di mana-mana.
"Sehingga
kini terdapat sebanyak 45,518 koleksi khas seperti koleksi peribadi yang
diperoleh daripada penulis asal bahan tersebut. Koleksi tersebut tidak terdapat
di tempat lain kerana kebanyakan buku yang diperoleh adalah daripada salinan
asal daripada penulis yang menggunakan tulisan tangan.
"Sebagai
contoh, koleksi Andre dan Oleg Grabar yang mengandungi 5,825 buku merupakan
antara koleksi seni bina Islam terunggul di dunia. Koleksi Brandenburg yang
merupakan seorang pakar pengajian Islam termasuk seni dan senibina Islam dan
perubatan Islam," katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran
Perpustakaan Syed Muhammad Naquib al-Attas, Istac, baru-baru ini.
Ia
disempurnakan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir
Baharom.
Turut
hadir Rektor UIAM, Profesor Datuk Seri Dr. Zaleha Kamaruddin; Dekan Istac,
Profesor Hassan Ahmed Ibrahim dan wakil keluarga Profesor Syed Muhammad Naquib
al-Attas, Datuk Dr. Syed Ali Tawfik al-Attas.
Perisytiharan Perpustakaan Syed Muhammad Naquib al-Attas: Kalam Dato' Dr Syed Ali Tawfik al-Attas b. Tan Sri Prof Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas
Nama tokoh
falsafah Islam diabadi di perpustakaan ISTAC
2012/05/22
KUALA
LUMPUR: Perpustakaan Institut Pemikiran Islam dan Ketamadunan (Istac) kini
dikenali sebagai Perpustakaan Syed Muhammad Naquib Ali Al-Attas bagi menghargai
sumbangan tokoh falsafah Islam dan Tokoh Melayu Terbilang 2011 itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, sumbangan Tan Sri Profesor Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas dalam kajian mengenai tamadun Islam sangat tinggi sehingga memberi idea kepada penubuhan Istac pada 1987.

"Tokoh
ini telah menghasilkan banyak karya berkaitan Islam sejak 1970 sehingga kini
dan hasil penubuhan Istac telah membantu penuntut universiti melakukan kajian
dan penelitian mengenai Pemikiran dan Peradaban Islam serta memberikan respon
yang kritis terhadap Peradaban Barat," katanya pada sidang akhbar selepas
merasmikan perpustakaan itu di sini, hari ini.
Turut
hadir, Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Datuk
Seri Zaleha Kamaruddin dan Datuk Dr Syed Ali Tawfik Al-Attas, yang mewakili
bapanya, Profesor Dr Syed Muhammad Naquib Ali Al-Attas.
Selain sumbangannya dalam penulisan buku, Jamil Khir berkata, kerajaan juga amat menghargai jasa Prof Dr Syed Muhammad Naquib dalam membuat kajian dan menyelamatkan dokumen berkaitan Islam.
"Usaha Prof Dr Syed Muhammad Naquib menyelamat dan membaiki lebih daripada 10,000 manuskrip dan pelbagai dokumen serta rekod kandungan perpustakaan abad ke-16 iaitu Perpustakaan Gazi Husrev Beg di Bosnia dan dipindahkan dalam bentuk 'microfilm' menerusi kerjasamanya dengan seorang bekas pengajar Istac, Dr Mustafa Ceric, harus diberi pujian," katanya.
Sehubungan itu, Jamil Khir berkata, Istac dan UIAM harus memulihara bahan yang terdapat dalam perpustakaan itu dengan cermat kerana koleksi berkaitan tamadun Islam itu turut diiktiraf oleh tokoh akademik dari Universiti Oxford , Universiti Cambridge dan Universiti Harvard.
. - BERNAMA

BIBLIOHOLISME: Menelurusi Pesona Dunia Buku Dan Pencintanya
BIBLIOHOLISME: Menelurusi Pesona Dunia Buku Dan Pencintanya
Shaharom TM Sulaiman,terbitan oleh Institut
Terjemahan & Buku Malaysia Berhad (ITBM).
·
Bahagian I: Buku dan daya pikatnya.
·
Bahagian II: Biblioholisme: Mengenal dunia pencinta
buku.
·
Bahagian III: Travelog pencinta buku.
·
Bahagian IV: Sisi aneh dunia buku.
Bahagian I, penulis menyentuh tentang
perihal fenomena buku yang menjadi teman rapat manusia. Ianya disulami dengan
menyentuh bagaimana peradaban buku disemarakkan dengan mengutip
pengalaman-pengalaman sejarah para penulis buku di zaman lampau. Diceritakan
juga di dalam bab ini perihal buku memoir dan tips-tips berguna memelihara dan
mejaga buku dan akhirnya bahagian ini ditutup dengan coretan khusus mengenai
Komik 1Malaysia.
Bahagian II pula membawa kita
mengenali dunia pencinta buku dengan melihatnya di dalam perspektif sejarah dan
peradaban. Seterusnya penulis membawa pembaca mengenal ciri-ciri seseorang
BIBLIOFIL secara ringkas. Diterbitkan juga persoalan samaada BIBLIOHOLISME ini
juga sejenis penyakit psikologi serta kepentingan BIBLIOFIL dan bagaimana ianya
menyumbang kepada budaya membaca. Beberapa pengalaman pencinta-pencinta buku
juga dikumpulkan di dalam bahagian ini bagaikan ianya satu pertemuan khas
diadakan untuk mereka semua.
Bahagian III. Ianya dimulakan dengan
keasyikan pencinta yang bernama Kamal yang mana beliau juga meminati buku-buku
lama (rare books). Kekaguman terhadap lautan manuskrip perpustakaan di negara
Iran yang berpunca daripada minat mengumpul bahan bacaan oleh penduduk negara
itu. Selain itu disentuh juga beberapa perkara mengenai travelog, tabiat
membaca di kedai buku dan keinginan kerajaan menubuhkan Kota Buku Kuala Lumpur.
Bahagian IV merupakan bahagian akhir
buku ini yang mengupas tentang beberapa keanehan dunia buku. Antara yang
diperihalkan adalah mengenai bagaimana buku jadi tempat mengadu, keganasan yang
dilakukan terhadap buku, penyakit BIBLIOLEPTOMANIA serta cadangan buku yang
perlu dibaca sebelum mati.
Didalam buku ini dipaparkan Kisah
tentang Allahyarham Haji Wan Mohd Shaghir juga sangat menarik. Dunianya adalah
dunia ilmu, yang membuat beliau menjelajah, meneroka, mengkaji dan
mengarang tentang ulama silam Melayu yang terpancar dalam manuskrip dan kitab
kuning. Beliau telah menghabiskan sebahagian besar usia kehidupannya untuk
tujuan yang cukup mulia ini. Suatu dunia atau bidang yang jarang-jarang dipilih
oleh orang lain, apatah lagi dunia yang jauh daripada mencari kemewahan hidup
dan memburu harta. Beliau adalah pengkaji dan pengarang yang sangat berwibawa
tentang segala hal mengenai ulama silam Melayu Nusantara sama ada dari segi
kitab atau manuskrip dalam memahami nukilan pemikiran ulama tersebut. Ini
dilakukannya dengan membongkar, memelihara dan menyimpan, malah menulis semula
pemikiran yang terkandung dalam kitab berkenaan dalam bentuk moden bagi manfaat
generasi hari ini.
BIBLIOHOLISME:
Menelurusi Pesona Dunia Buku Dan Pencintanya
Penulis: Shaharom TM Sulaiman
Muka Surat: 106
Tahun Terbitan: 2012
Terbitan: Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM)
Penulis: Shaharom TM Sulaiman
Muka Surat: 106
Tahun Terbitan: 2012
Terbitan: Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM)
Sumber:cikgunasir
& jomsewabuku
Subscribe to:
Posts (Atom)