ASPIRASI / INSPIRASI

Ilmu Massa, Turath, Sejarah. Analisa Kajian Budaya Pemikir. Peradaban Insani Kalbu Akal Mencerah. Hakikat Amal Zikir Dan Fikir. Ilmu, Amal, Hikmah Menjana Pencerahan. Ulul-Albab Rausyanfikir Irfan Bistari. Tautan Mahabbah Mursyid Bimbingan. Alam Melayu Alam Islami Tamadun Melayu Peradaban Islami. Rihlah Ilmiah Menjana Pencerahan Pemikiran, Kefahaman & Ketamadunan (Ilmu,Amal,Hikmah & Mahabbah) - Inspirasi: Rizhan el-Rodi

PERLETAKAN BATU ASAS BANGUNAN BARU DAN DEWAN UMUM MASYIKAH AL-AMAH TURUQ SUFIAH




PERLETAKAN BATU ASAS BANGUNAN BARU DAN DEWAN UMUM MASYIKAH AL-AMAH TURUQ SUFIAH
Kaherah- 2 Oktober (Sabtu)

Majlis A'la Turuq Sufiah mengadakan program khas bagi meletakkan tapak asas bangunan baru Masyayikh di Syarie' al-Mansuriah , Kaherah Mesir. Majlis ini dihadiri ramai ulama' Mesir yang mewakili agensi-agensi Hal Ehwal Islam seperti al-Azhar, Dar al-Ifta' Kementerian Waqaf dan Anggota Tertinggi Majlis Sufi dan Syeikh-Syeikh Tariqat Sufi.

Perletakan asas ini dirasmikan oleh Mufti Besar Mesir Prof Dr Syeikh Ali Jumaat, diikuti Naqib as-Saadah al-Ashraf (Dr Mahmud as-Syarif) dan Presiden Majlis Sufi Syeikh Abdul Hadi al-Qasaby.

Majlis ini turut bersama diadakan ceramah khas yang disampaikan oleh Mufti Mesir, wakil Ulama' al-Azhar Dr Syeikh Ahmad Omar Hashim, Naib Menteri Waqaf Syeikh Syauqi Abdul Latif dan Syeikh Fuad Abdul Azim dan Syeikh Masyayikh. Dalam pembinaan bangunan baru masyiikhah ini juga Syeikh Ali Jumaat dan Syeikh Mahmud as-Syarif turut memberi sumbangan peribadi masing-masing 100,000 Pound Mesir.

Mufti Mesir memberi ucapan menyatakan bahawa: Sesiapa memerangi Tasawuf ketahuilah bahawasanya kerana tohmahan tanpa ilmu dan ketahuilah bahawasanya kalbu mereka tersebut dipenuhi kegelapan dan zulumat').
Manakala Naib Menteri Waqaf menyatakan bahawa al-Azhar dan Kementerian Waqaf tetap bersama dalam dakwah dan khidmat tasawuf dan penyebarannya serta bersama menolak tohmahan dan tuduhan terhadap tasawuf dan Sufi.

Syeikh Masyayikh menyatakan bahawa bangunan baru ini akan menjadi menara ilmu dan kalbu bagi Abnaa' Mesir dan bagi hal ehwal tasawuf dan ulum Islami. Bangunan Baru ini akan dilengkapi bersama Dewan Umum bagi majlis-majlis Masyayikh Sufi nanti dan dijangkan siap pada tahun 2011.


sumber:
http://www.shorouknews.com
http://www.almasry-alyoum.com
http://www.youm7.com
http://www.almesryoon.com