ASPIRASI / INSPIRASI

Ilmu Massa, Turath, Sejarah. Analisa Kajian Budaya Pemikir. Peradaban Insani Kalbu Akal Mencerah. Hakikat Amal Zikir Dan Fikir. Ilmu, Amal, Hikmah Menjana Pencerahan. Ulul-Albab Rausyanfikir Irfan Bistari. Tautan Mahabbah Mursyid Bimbingan. Alam Melayu Alam Islami Tamadun Melayu Peradaban Islami. Rihlah Ilmiah Menjana Pencerahan Pemikiran, Kefahaman & Ketamadunan (Ilmu,Amal,Hikmah & Mahabbah) - Inspirasi: Rizhan el-Rodi

Adab Terhadap Rasulullah SAW


Kewajaran Gelaran Sayyiduna Di antara cara memelihara adab dengan Baginda ialah dengan menggandingkan namanya dengan sebutan yang mulia seperti Kekasih Allah, Nabi Termulia atau Penghulu yang agung atau menggandingkan nama Nabi dengan lafaz siyadah (ketuanan) seperti Sayyidi atau Sayyiduna yang bermaksud 'Penghuluku' atau 'Penghulu Kami'.
Lafaz penghormatan seumpama ini bukanlah merupakan suatu pelampauan dan berlebih-lebihan dalam memberi penghormatan. Bahkan ia merupakan suatu perkara yang baik yang telah dipetik oleh ulama-ulama tentang keharusannya melalui firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya Allah memberikan khabar gembira kepadamu dengan kelahiran seorang bayi bernama Yahya sebagai membenarkan kalimah Allah, menjadi Sayyid (penghulu), lelaki yang menahan diri dari menurut runtunan nafsu dan sebagai seorang Nabi dari kalangan Nabi-nabi yang soleh. (al-Maidah: 39 ) Berdasarkan ayat di atas, dapat difahami bahawa Allah telah menggelarkan Nabi Yahya sebagai Sayyid. Maka adalah terlebih utama bagi kita menggunakan lafaz 'Sayyiduna' atau 'Tuan' atas Penghulu Sekelian Rasul iaitu Sayyiduna Rasulullah SAW.

Dalam menguatkan lagi pendapat ini, Sheikh al-Islam al-Imam al-Akbar Dr. Abdul Halim Mahmud yang merupakan seorang Sheikh al-Azhar yang terunggul di kurun ini menyatakan di dalam fatwanya yang bermaksud: "Adalah Rasulullah merupakan seorang yang tawaduk dan tidak memandang sesuatu melainkan sebagai suatu tanda pengabdian kepada Allah. "Tatkala Baginda ditanya bagaimana caranya hendak mengucapkan selawat ke atasnya, maka Baginda tidak menyebut lafaz siyadah di dalam selawat tersebut. "Akan tetapi Baginda tatkala menceritakan tentang nikmat Allah SWT ke atasnya, maka Baginda bersabda seperti mana yang diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud daripada Abu Hurairah r.a yang bermaksud: Aku adalah Sayyid (Penghulu Anak-anak Adam) pada hari kiamat dan aku tidaklah berbangga, di tanganku terdapat Liwa' al Hamdi (panji kepujian) dan aku tidaklah hendak berbangga-bangga dengannya. (Fatawa al Imam Abdul Halim Mahmud. Jilid 1, Halaman 270-271)

Di dalam perenggan yang lain pula beliau menyatakan tegahan terhadap orang yang melarang dan melampau-lampau dalam meninggalkan lafaz siyadah dengan katanya: "Maka yang tinggal lagi yang hendak saya nyatakan di sini bahawa sesetengah manusia terlalu melampau dalam meninggalkan lafaz siyadah terhadap Nabi SAW lalu mengharamkan sebutannya. "Tatkala dia tidak menemui dalil syarak sebagai sandarannya untuk menghukumnya sebagai haram, maka dia pun mencipta hadis-hadis palsu yang secocok dengan hawa nafsunya iaitu mendakwa Rasulullah bersabda: "Janganlah kalian mengucapkan sayyiduna ke atasku di dalam solat". Sesungguhnya perkataan ini bukanlah hadis dan seperti yang dinyatakan oleh al-Sakhawi dan selainnya dari kalangan ulama-ulama hadis: Hadis ini tidak ditemui asalnya dalam mana-mana kitab hadis." (Fatawa, Jilid 1, Halaman 271)
Demikian juga telah diriwayatkan banyak hadis yang mana Baginda menggelar para sahabat dengan lafaz sayyid. Semua ini secara tidak langsung menggugurkan tuduhan sesetengah pihak bahawa tidak boleh mengucapkan lafaz Sayyiduna pada nama Rasulullah kerana ia terlalu mendewa-dewakannya dan gelaran sayyid hanya untuk Allah. Di sini dipaparkan beberapa kalam Rasulullah yang dianggap oleh sesetengah pihak sebagai suatu perlampauan dalam memberikan penghormatan: Pertama: Sesungguhnya telah diriwayatkan bahawa tatkala penghulu bagi kaum Ansar yang bernama Saad ibnu Muaz masuk ke dalam majlis, Rasulullah memerintahkan para sahabat berdiri dengan sabda yang bermaksud: Bangunlah kalian bagi memuliakan Sayyid (penghulu) kalian.

(Diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim, al Tirmizi, Abu Daud dan Ahmad) Kedua: Diriwayatkan oleh al-Bukhari bahawa Sayyiduna Umar ra berkata: Abu Bakar adalah Sayyiduna (penghulu kami) dan beliau telah memerdekakan Sayyiduna (Bilal r.a). Ketiga: Rasulullah SAW bersabda mengenai cucunya al Hasan, maksudnya: Sesungguhnya cucuku ini adalah Sayyid. (Diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim, al Tirmizi, Abu Daud, al Nasa'i dan Ahmad) Menunaikan Perintah dan Memelihara Adab Di antara perkara yang sering dibangkitkan dan menyemarakkan lagi fitnah dalam masyarakat Islam kini adalah pendapat bahawa haram hukumnya mengucapkan lafaz Sayyiduna dalam bacaan tasyahhud ketika solat.


Ada juga pendapat yang lebih melampau daripada itu menyatakan haram dan batal solat seseorang yang mengucapkannya. Pendapat ini pada hakikatnya dipetik dan dikeluarkan oleh hati-hati yang dikuasai nafsu. Jika dikaji dan diteliti, hanya terdapat dua sebab lemah yang menjadi dalil sandaran mereka dalam memarakkan lagi fitnah dalam kehidupan masyarakat umat Islam:

Pertama: Hadis larangan mengucapkan selawat ke atas nabi di dalam solat.

Kedua: Lafaz selawat yang diajarkan oleh Nabi SAW tiada sebutan Sayyiduna dan Nabi tidak melafazkannya di dalam solat dan tidak dilakukan pula oleh para salaf. Dalil pertama di atas telah pun kita sebutkan mengenai martabatnya sebagai hadis dusta yang tidak diriwayatkan oleh mana-mana imam dan kitab hadis yang muktabar. Dalil yang kedua pula mengajak kita sama-sama merenung tentang bagaimana para sahabat mempraktikkan persembahan adab terhadap Rasulullah SAW dan mendahulukannya daripada menunaikan perintah. Ketika Rasulullah gering yang membawa kepada kewafatan, Baginda SAW memerintahkan Saidina Abu Bakar r.a menjadi imam solat. Jika diteliti ini adalah suatu perintah. Akan tetapi Saidina Abu Bakar tidak berganjak ke depan untuk menjadi imam bagi menunaikan perintah tersebut. Apabila Nabi keluar dari rumahnya, maka Baginda bertanya kepadanya, lalu Abu Bakar menjawab: "Tidaklah harus bagi anak kepada Abu Quhafah (Abu Bakar) mendahului Rasulullah SAW dalam hal ini". Maka Rasulullah mengakui (taqrir) mengenai perbuatan Saidina Abu Bakar tersebut dalam mengutamakan persembahan adabnya. Telahpun kita ketahui sebelum ini bahawa hadis yang menerangkan kaifiat membaca selawat telah dilafazkan oleh Baginda SAW tanpa lafaz Sayyiduna dan di masa yang sama tidak terdapat dalil menunjukkan Baginda melarang atau mengharamkannya.

Maka dari perkara seumpama inilah ulama fiqh menerbitkan kaedah: Al-Tarku La Yuntiju Hukman. Maksudnya, sesuatu yang ditinggalkan tidak dilakukan oleh Nabi SAW tidak membawa hukum haram selagi tiada dalil menunjukkan tentang pengharamannya. Bahkan telah didatangkan pula banyak hadis yang terdapat lafaz Sayyid disifatkan kepada Nabi SAW. Maka tiada masalah dan terlebih utama sekiranya lafaz Siyadah diharuskan dalam ucapan selawat baik di dalam dan di luar solat sebagai suatu cara mempersembahkan adab dan memuliakan Nabi SAW.

Pendapat yang baik ini disokong dan didokong oleh ramai ulama di antaranya al-'Allamah al-Muhaqqiq al-Usuli Jalaluddin al-Mahalli dengan katanya: "Dan ucapan orang yang solat yang menambah lafaz Sayyiduna dalam tasyahhudnya adalah satu tanda menunaikan perintah memuliakan Nabi SAW berdasarkan dalil-dalil dan menambahkan lagi penerangan mengenai realiti kemuliaan Nabi (dengan melafazkan siyadah) adalah suatu adab, maka ucapan sayyiduna lebih utama diucapkan daripada ditinggalkan.

" Al Hafiz Ibnu Hajar al-Haitami menaqalkan, sesungguhnya pendapat yang menyatakan bahawa menambah lafaz Sayyiduna dalam tasyahhud membatalkan solat adalah pendapat yang jelas salah, maka hendaklah ia dijauhi. Semoga kita semua sentiasa ditawfiqkan untuk mendaulatkan ketuanan Nabi kita Muhammad SAW serta memelihara adab-adab dan hak Baginda ke atas kita dengan sesempurna mungkin.

Disunting daripada:
Oleh Panel Penyelidikan, Yayasan Sofa Negeri SembilanBicara Agama, Utusan Malaysia 20/07/2009
.

Dr Burhanuddin el-Hilmy


Dr. Burhanuddin Al-Helmy (1911-1969)

-Nama sebenar beliau Amir Burhanuddin bin Ungku Muhammad Nor, dilahirkan pada 28 Ogos 1911 di Chankat Tualang, Perak
-Pendidikan awal di kelas Al-Quran dan agama dan sekolah Melayu. Beliau dihantar ke Sekolah Agama Sungai Jambu, Sumater Barat pada tahun 1924 hingga 1926.
-mengambil phD di Universiti Aligarh, India, jurusan sastera dan falsafah.
Beliau kembali bertugas sebagi guru bahasa Arab di Sekolah Al-Juned Singapura. Di Singapura, beliau mempelajari ilmu perubatan homeopati dan berjaya mendapat Ijazah daripada Ismailiyah Medical College, Hyderabad India. Denga kejayaan ini beliau telah membuka klinik di Johor Bahru dan di Jalan Picitan, Singapura.

- Beliau seorang berpegang kepada akidah Ahlu Sunnah wal Jamaah, Bermazahab feqh as-Syafei dan bertasawuf tariqat al-Naqsyabandiah.

Seorang aktrivis dakwah dan pilitik. Pembabitan awal beliau,
• Ahli Persatuan Jama’tul Islamiah
• Ahli kesatuan Melayu Muda (KMM),1939
• Penasihat Adat Istiadat dan Kebudayaan Melayu semasa pendudukan Jepun
• Pemimpin Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS),1945
• Ketua Imim Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM),1945
• Pengerusi PUTERA-AMCJA, 1947
• Ahgli Jawatankuasa Perhubungan Bangsa-bangsa Asia,1947
• Ahli pengasas PEPERMAS,1947
• Ahli pengasas MATA,1947
• Ahli pengasas Hizbul Muslimin,1948
• Wakil Malaya di Persidangan Afro-Asia Bandung, 1955
• Jurucakap Barisan Kebangsaan melayu, 1955
• Melancarkan penubuhan Perti Rakyat Malaya 1955


Tokoh Pejuang Kemerdekaan
Dr Burhanuddin Al-Helmy adalah antara tokoh ulung perjuangan kemerdekaan. Beliau bergiat cergas dlm KMM dengan tujuan menentang penjajahan British. Dan antara menyokong gagasan Melayu Raya (iaitu suatu kesatuan Indonesia dan Malaysia sebagai sebuah negara Melayu). Beliau juga seorang nasionalis Melayu yang bertunjangkan kepada faham Islam.


Sumbangan kepada Gerakan Islam

Dr Burhanuddin Al-Helmy adalah seorang pemimpin politik Islam yang mendahukui zamannya. Beliau seorang yang progresif, realistik. Berpandangan global serta bertindak berpandukan prinsip2 Islam. Beliau menolak sebarang bentuk dan unsur kolonisme. Tujuan utama beliaun dalam perjuangan politik beliau adalah untuk memerdekakan rakyat Tanah Melayu. Bahkan beliau mahu seluruh bumi Asia bebas daripada sebarang bentuk penjajahan.

Beliau sentiasa bersikap terbuka dan bersedia untuk bekerjasama dengan mana2 pihak sama parti politik bukan melayu atau bukan berasaskan Islam asalkan ia memiliki cita-cita dantujuan yang sama, iaitu untuk sama-sama mencapai matlamat perjuangan membebaskan rakyat daripada penjajahan.
Beliau mengambil pendekatan yang terbuka. Pengalaman silamnya sebelum menerajui PAS yang sentiasa bersedia bekerjasama untuk mengejar cita-cita bersama, iaitu kemerdekaan, telah berjaya menempatkan PAS dalam kancah arus perdana politik negara pada masa itu.

PAS dilihat ada kelainan tetapi Dr Burhanuddin Al-Helmy sebagai tokoh PAS ini tidak lain dan tidak asing bagi mereka yang sama2 mahu mengejar cita-cita kemerdekaan. .PAS di bawah pimpinana Dr Burhanuddin Al-Helmy berjaya meyakinkan rakyat bahawa akar umbi masalah rakyat Tanah melayu adalah warisan penjajahan yang berupa penindasan ekonomi dan politik serta sistem kapitalis global yang menindas dan memperhambakan pribumi tanah jajahan. Beliau menekankan perjuangan Melayu dan Islam sebagai hak dan daulat umat Melayu Muslim dalam konteks gagasan perjuangan ketuanan Melayu dan kedaulatan Islam.

Karya dan Penulisan
• Buku, Perjuangan Kita, 1946
• Falsafah Kebangsaan Melayu, 1947
• Agama dan Politik, 1954
• Ideologi Politik Islam, 1957
* Simposium Tariqat Tasawuf
dan lain-lain

Kedudukan dan kepentingan Tasawuf

Beliau menekankan kepentingan ilmu tasawuf dan membangkitkan sumbangan para sufi dan ahli tariqat kepada umat Islam dalam dakwah, ilmu dan jihad. Beliau menekankan bahawa kepentingan tasawuf dan amalan tariqat sebagai teras kekuatan dan roh umat Islam.

Beliau bercita-cita melengkapkan diri sebagai seorang ulama’ dan juga mendalami ilmu2 Barat seperti psykologi, ekonomi, bahasa Inggeris, sains, Biologi, Kurikulum, Falsafah, Undang-undang antarabangsa dan Sejarah serta ilmu agama terutamanya tasawuf.

Syekh Mohd Osman Abduh al-Burhani


Syeikh Mohamed bin Sayyid Osman bin Sayyidah Asia binti Sayyidah Khalsum binti Sayyidah Tikat binti Sayyid Musa bin Sayyid Alim bin Sayyid Khaidr bin Sayyid Ali bin Sayyid Nasrulllah bin Sayyid Musa bin Sayyid Isa bin Sayyid Syarif bin Sayyid Yusuf bin Sayyid Arakuddin bin Sayyid Nasruddin bin Sayyid Sirajuddin bin Sayyid Auni bin Sayyid Hubar bin Sayyid Husin bin Sayyid Nasruddin bin Sayyid Qis bin Sayyid Nafi’ bin Sayyid Qasim bin Sayyid Omar bin Sayyid Imran bin Sayyid Nuruddin bin Sayyid Mafra bin Sayyid al-Husin bin Sayyid Ibrahim bin Sayyid Mohamed bin Sayyid Abu Bakar bin Sayyid Ismail bin Sayyid Omar bin Sayyid Ali bin Sayyid Osman bin Sayyid al-Husin bin Sayyid Mohamed bin Sayyid Musa bin Sayyid Yahya bin Sayyid Isa bin al-Imam al-Hasan al-Khalis( al-Hasan al-Askari) bin al-Imam Ali al-Hadi bin al-Imam Mohamed al-Jawad bin al-Imam Ali Redha bin al-Imam Musa al-Kazim bin al-Imam Jaafar as-Sodiq bin al-Imam Mohamed al-Baqir bin Saidina Ali Zainal Abidin bin Saidina al-Husin bin Saidatina Fatimah az-Zahra’ binti Saidina Rasulullah SAW.

Beliau dilahirkan pada tahun 1902 di Halfa, Sudan. Bermazhab Imam al-Maliki. Semenjak kecil beliau mempelari ilmu agama dengan ayahnya dan mempelajari al-Quran dan hadis. Datuknya Syeikh Abdul Rahman Bilal mempunyai kitab yang banyak dan meninggalkan kitab tersebut kepada anak cucunya. Beliau juga mempelajari ilmu fiqh, tauhid, sirah dan tafsir serta banyak melakukukan ibadat puasa sunat dan qiyamullail. Antara guru beliau ialah Syeikh Mohd Osman Abu Tish seorang tariqat al-Qadiriah.

Belliau mengambil tariqat as-Syaziliah melalui ayahnya Syeikh Osman Hamad Abdul al-Baqi daripada datuknya Syeikh Fadl daripada Syeikh Idris daripada Syeikh Abi Dananah daripada Syeikh Ahmad Zaruq daripada Syeikh Abi al-Mawahib as-Syazili daripada Syeikh Abu al-Hasan as-Syazili daripada Syeikh Abdul Salam Bashis daripada Syeikh Hasan al Madani daripada Syeikh Taqiyyuddin al Fukhar daripada Syeikh Fakhruddin daripada Syeikh Nuruddin Abi Hasan Ali daripada Syeikh Muhammad Tajuddin daripada Syeikh Muhammad Syamsuddin daripada Syeikh Zainuddin al Qozwini daripada Syeikh Abi Ishaq Ibrahim al Basri daripada Syeikh Abi Qosim Ahmad al Marwani daripada Syeikh Abu Muhammad Said daripada Syeikh Sa'ad daripada Syeikh Abi Muhammad Fakhus Su'udi daripada Syeikh al Quthub Muhammad Said al Ghozwani daripada Syeikh Abi Muhammad Jabir daripada Saidina al Hasan bin Ali daripada Saidina Ali bin Abi Talib daripada Sayyidina wa Habibina wa Maulana Muhammad SAW.

Salsilah Tariqah ad-Dusuqi Melalui Syeikh Osman Hamad Abdul al-Baqi juga mengambil daripada Syeikh Abi Zaid Ali Yunus daripada Syeikh Abdul Rahman Bek daripada Syeikh Mohamed Harun daripada Syeikh Mohamed al-Bahi daripada Syeikh Ibrahim Soleh al-Hafi daripada Syeikh Ali as-Syarnubi daripada Syeikh Ahmad Arabi as-Syarnubi daripada Syeikh Mohamed al-Itris daripada Syeikh Jalaluddin as-Suyuti daripada Syeikh Mohamed Abdul Salam as-Syazili dan melalui Syeikh al-Itris juga berkesinambungan kepada Syeikh Musa Abu al-Imran daripada Syeikh Ibrahim ad-Dusuqi dan secara tabaruk daripada Syeikh Abi Hasan as-Syazili dan seterusnya.

Pada tahun 1933 belaiu berpindah ke Atbarah dan disitulah mulanya perkembangan tariqah ad-Dusuqi dan ramai orang masuk Islam melaluinya. Pada tahun 1959 beliau ke Khartoum dan menetap disana. Belaiu mempunyai 2 orang isteri dan 8 orang anak.

Keilmuan beliau begitu mengkagumkan dengan kefahaman al-Quran dan Hadis yang begitu mendalam dan mendapat perhatian para ulama. Beliau bersahabat karib dengan Syeikh Qaribullah. Dengan kehebatan ilmunya beliau ditanya daripada mana sumber ilmunya, belaiu menjawab sebagaiman ayat quran (Bertakwalah kepada Allah nescaya akan diberikan ilmunya kepada kamu) dan hadis (Sesiapa beramal dengan ilmu yang dipelajari akan dianugerahkan ilmu yang ia belu mm ketahui). Beliau sering berulang alik ke Kaherah, Mesir. Keilmuan beliau mendapat pujian daripada Syeikh al-Azhar pada zaman tersebut dan merupakan sahabat karib dan sering bertemu sekiranya Syeikh Mohamed Osman ke Kaherah, Mesir iaitu Syeikhul al-Azhar al-Imam al-Akhbar Dr Syeikh Abdul Halim Mahmud dan Ulama lain yang memujinya iaitu Syeikh Ahmad Hasan al-Baquri dan Dr Syeikh Abdul Mun’im Al-Namiri dan lain-lain.

Beliau telah menghasilkan beberapa karya kitab iaitu :

1. Tabriah Zimmah Fi Nashi Ummah Wa Tazkirah Ulul al-Bab Lilsair Ila Sowab”
2. Intisar Auliya ar-Rahman Ala Auliya as-Syaitan
3. Qasidah ‘Syarab al-Wasal’

Setelah 23 tahun dalam dakwah dan khidmat agama beliau meninggal dunia di Khartoum, Sudan pada 4 April 1983 bersamaan 21 Jamadilakhir 1403 dan dimakamkan disana.

Disediakan/Susunan oleh:Rodi

Sufi - Tariqat - Tasawuf

SUFI / TARIQAT / TASAWUF

Sufi
Iaitu ahlillah yang hatinya senantiasa dengan Allah, beribadat kerana ubudiah dan mahabbah dan bukannya kerana balasan ganjaran duniawi dan ukhrawi.
Mereka merupakan ahli Istifa’ (orang pilihan) yang dipilih oelh Allah Taala untuk berkhidmat terhadap agama Allah Taala. Sufi yang pertama ialah Saidina Rasulullah SAW dan Hadis qudsi :
( كنت كنزا مخفيا فاحببت ان اعرف فخلقت الخلق وتعرفت اليه فبه عرفونى )

انا من نور الله والمؤمنون من رشحات نورى

Pengikut sejati Rasulullah SAW iaitu:
Tabiin Qabliyyin : iaitu para Rasul dan Nabi-nabi
Tabiin Ba’diyyin : iaitu para wali
Tabiin Muassorin : iaitu para sahabat
ثم اورثنا الكتاب الذى اصطفينا من عبادنا
اهل القران اهل الله وخاصته
من النبيين والصدقيين والشهداء والصالحين وحسن اولئك رفيقا

Tariqat
Tariqat ialah suatu uslub tarbiah kepada jalan ilahi memakmurkan sunnah dan menjaganya dengan dakwah berhikmah dan memerangi bid’ah dengan bijaksana. Ianya adalah suatu jalan untuk mempraktikkan agama. Ianya diumpamkan suatu madarasah tarbiah melaui bimbingan syeikh mursyid dengan manhaj bersumberkan al-Quran dan Sunnah. Yang merupakan suatu uslub tarbiah dengan penyucian hati dari sifat mazmumah dan pengisian sifat mahmudah dengan pengisian rohani.
Tariqat ialah cara pelaksanaan orang sufi dalam penyampaian manhaj masing-masing mengikut keseuaian zaman sehinggalah ke zaman Qutub empat tasawuf iaitu
Syeikh Ahmad Rifaei,
Syeikh Abdul Qadir al-Jilani,
Syeikh Ahmad al-badawi
Syeikh Ibrahim ad-Dusuqi
dan seterusnya.

Sahabat bertanyakan Rasulullah .: Ya rasulullah khususkanlah daku dengan suatu amalan…
Dan setelah turunnya ayat….
واذكر اسم ربك وتبتل اليه تبتيلا
قد افلح من تذكى وذكراسم ربه فصلى
واذكر اسم ربك بكرة واصيلا

Para sahabat bertanya.. justeru ianya diwarisi dan sahabat-ke sahabat dan tabin selepasnya sehinggalh ke zaman Qutub tersebut dan sehingga kini.
Justeri tariqat ialah cara pelaksanaan wali mursyid bersumberkan Quran dan Sunnah iaitu bagi pembangunan rohani dan penyucian kalbu dengan amalan zikir, wirid, selawat dengan bimbingan wali mursyi.


Tasawuf

Iaitu mengiku manhaj orang sufi, iaitu uslub tarbiah dengan manhaj wali mursyid masing-masing yang diistinbatkan daripada al-Quran dan sunnah dengan izin salasilah sehingga Rasulullah SAW. Iaitu bagi mencapai hakikat ubudiah dan mahabbah. Dengan mengutamakan aspek penyucian kalbu dan pengisian rohani dengan wirid, zikir selawat dan seumpamanya.

Asas-asas Tasawuf:

1.Syeikh Mursyid
Firman Allah Taala:
من يهده الله فهو المهتد ومن يضلل فلن تجد له وليا مرشدا
فسئلوا اهل الذكر ان كنتم لا تعلمون
ياايهاالذينءامنوااتقوا الله وكونوا مع الصادقين
رجل سلما لرجل

Sabda Rasulullah SAW :
العلماء ورثة الانبياء
كن مع الله فا ن لم تكن مع الله فكن مع من كان مع الله فانه يوصلك الى الله

2. Murid
Firman Allah Taala :
قد علم كل اناس مشربهم

3. Uslub Suluk
Hadis Qudsi:
لقد كان لكم فى رسول الله اسوة حسنة لمن كان يرجوا الله واليوم الاخر وذكر الله كثيرا
من عادى لى وليا فقد اذنته بالحرب وما تقرب الى عبدى بشئ احب الى من اداء ما افترضته اليه وما زال عبدى يتقرب الى بالنوافل حتى احبه فاذا احببته كنت سمعه الذى يسمع به وبصره الذى يبصر به ويده التى ببطش بها ورجله التى يمشى بها

4. Sanad salsilah

Syarat ٍ suluk:
1. Taat Syeikh

Firman Allah Taala
واوفوا بالعهد ان العهد كان مسئولا
انما يبايعونك انما يبايعون الله يد لله فوق ايديهم

Syekh Mohd Osman Abduh al-Burhani berkata;
قوام طريق القوم حب وطاعة وكل مقام قام بالاستقامة
Maksudnya: Prinsip Jalan suatu Kaum ialah Mahabbah dan taat dan setiap makam tertegak dengan istiqamah.

وان مريدى من اراد ارادتي
Maksudnya: Dan Muridku ialah menepati kehendakku

2. Hubungan sesama ikhwan
3. Menjauhi perbuatan yang menggurkan amalan.


Kedudukan dan Kepentingannya
Kedudukannya ialah sebagaimana Hadis mengenai Islam, Iman dan Ihsan. Tariqat menjadi wasilah bagi mencapai makam ihsan dalam penghayatan agama dan merupakan roh Islam. Penekanan proses penyucian hati adalah sebagaimana tuntutan al-Quran dan sunnah kerana hati merupakan tempat utama yang dinilai oleh Taala.

Dan didalam mempraktikkan al-Quran dan sunnah semestinya dengan bimbingan wali mursyid. Proses penyucian hati menjadi agenda utama yang ditekankan keran tuntutan fardu ain dan sunnah wajib. Iaitu bagi mencapai sifat mahmudah, mujahadah nafsu agar dapat memahami agama dengan betul dan menerima hidayah dan limpahan nur Ilahi..
Justeru Tasawuf ialah manefestasi dari Quran dan Sunnah

Ibnu Ajibah menyatakan: (Tasawuf suatu ilmu bagaimana untuk bersuluk ke Hadrat Ilahi , proses penyucian hati dari kekotoran maknawi dan menghiasinya dengan sifat mahmudah.)

Syekh Zakaria al-Ansari menyatakan: (Suatu Ilmu bagi mentazkiah nafsu dan mengislahkan dengan akhlak mulia, mengislah zahir dan batin, bagi kebahagian dunia dan akhirat.

Ibnu Khaldun: (Ilmu Tasawuf daripada ilmu syara’; yang timbul dalam umat Islam, asalnya ialah perjalanan rohani para sahabat, para salaf, tabiin dan seterusnya. Yang merupakan jalan hidahat dan benar. Dan dasarnya gigih beribadat dan memutuskan dari yang lain untuk menuju kepada Allah Taala)

Syekh al-Azhar Dr. Abdul Halim Mahmud:
(Tasawuf merupakan bahagian agama yang paling berharga kerana tanpanya ianya akan menjadi kurang, iaitu agama akan kurang pada bahagian yang terpenting iaitu di sudut asasnya sekali.)

Tarbiah Rohiyyah
Menjadi agenda utama dalam perjalanan suluk yang ditekankan para ulama sufi yang merupakan perkata prioriti dan terpenting bagi mencapai hakikat pengabdian, mahabbah dan redha Ilahi.

Penycuian hati fokus terpenting dan mujahadah dalam jihad akhbar kerana ianya begitu mencabar dan susah cabarannya dan perlu berterusan.

Agenda sufi ialah bagi melahirkan insan rabbani, mukmin sejati bagi khidmat agama, menampilkan islam yang hakiki dengan penuh hikmah, aman, indah, sejahtera. Dengan mengembalikan roh kekuatan umat Islam bagi membina kecemerlangan dan ketamadunan hakiki

Sejarah mencatatkan rahsia kekuatan umat Islam ialah dengan perkara tersebut, sumbangan dan jasa para sufi dalam dakwah dan penyebaran Islam ke pelusuk dunia, berjihad mempertahkan umat Islam dan tanah air, membina ukhuwah dan mahabbah,

Penyucian hati menjadi teras utama dalam Tasawuf dan dengan bimbingan wali mursyid. Bahkan bertasawuf dengan berguru adalah kemestian, kerana dengan membaca buku hanyalah sekadar teori. Bahkan bertasawuf dengan berkitab boleh membawa salah faham dan kekeliruan bahkan tiada barakat dalam konteks kesinambungan salsilah masyayikh dengan Rasulullah SAW.












Syekh Abdul Qadir al-Jilani








Tarekat Qodiryah didirikan oleh Syeikh Abdul Qodir Jaelani (wafat 561 H/1166M) yang bernama lengkap Muhyuddin Abu Muhammad Abdul Qodir ibn Abi Shalih Zango Dost al-Jaelani. Lahir di di Jilan tahun 470 H/1077 M dan wafat di Baghdad pada 561 H/1166 M. Dalam usia 8 tahun ia sudah meninggalkan Jilan menuju Baghdad pada tahun 488 H/1095 M. Karena tidak diterima belajar di Madrasah Nizhamiyah Baghdad, yang waktu itu dipimpin Ahmad al-Ghazali, yang menggantikan saudaranya Abu Hamid al-Ghazali. Tapi, al-Ghazali tetap belajar sampai mendapat ijazah dari gurunya yang bernama Abu Yusuf al-Hamadany (440-535 H/1048-1140 M) di kota yang sama itu sampai mendapatkan ijazah.

Pada tahun 521 H/1127 M, dia mengajar dan berfatwa dalam semua madzhab pada masyarakat sampai dikenal masyarakat luas. Selama 25 tahun Abdul Qadir Jaelani menghabiskan waktunya sebagai pengembara sufi di Padang Pasir Iraq dan akhirnya dikenal oleh dunia sebagai tokoh sufi besar dunia Islam. Selain itu dia memimpin madrasah dan ribath di Baghdad yang didirikan sejak 521 H sampai wafatnya di tahun 561 H. Madrasah itu tetap bertahan dengan dipimpin anaknya Abdul Wahab (552-593 H/1151-1196 M), diteruskan anaknya Abdul Salam (611 H/1214 M). Juga dipimpinan anak kedua Abdul Qadir Jaelani, Abdul Razaq (528-603 H/1134-1206 M), sampai hancurnya Bagdad pada tahun 656 H/1258 M.

Sejak itu tarekat Qodiriyah terus berkembang dan berpusat di Iraq dan Syria yang diikuti oleh jutaan umat yang tersebar di Yaman, Turki, Mesir, India, Afrika dan Asia. Namun meski sudah berkembang sejak abad ke-13, tarekat ini baru terkenal di dunia pada abad ke 15 M. Di India misalnya baru berkembang setelah Muhammad Ghawsh (w 1517 M) juga mengaku keturunan Abdul Qodir Jaelani. Di Turki oleh Ismail Rumi (w 1041 H/1631 M) yang diberi gelar (mursyid kedua). Sedangkan di Makkah, tarekat Qodiriyah sudah berdiri sejak 1180 H/1669 M.
.”
Mungkin karena keluasannya tersebut, sehingga terdapat puluhan tarekat yang masuk dalam kategori Qidiriyah di dunia Islam. Seperti Banawa yang berkembang pada abad ke-19, Ghawtsiyah (1517), Junaidiyah (1515 M), Kamaliyah (1584 M), Miyan Khei (1550 M), Qumaishiyah (1584), Hayat al-Mir, semuanya di India. Di Turki terdapat tarekat Hindiyah, Khulusiyah, Nawshahi, Rumiyah (1631 M), Nabulsiyah, Waslatiyyah. Dan di Yaman ada tarekat Ahdaliyah, Asadiyah, Mushariyyah, ‘Urabiyyah, Yafi’iyah (718-768 H/1316 M) dan Zayla’iyah. Sedangkan di Afrika terdapat tarekat Ammariyah, Bakka’iyah, Bu’ Aliyya, Manzaliyah dan tarekat Jilala, nama yang biasa diberikan masyarakat Maroko kepada Abdul Qodir Jilani. Jilala dimasukkan dari Maroko ke Spanyol dan diduga setelah keturunannya pindah dari Granada, sebelum kota itu jatuh ke tangan Kristen pada tahun 1492 M dan makam mereka disebut “Syurafa Jilala”.

Dari ketauladanan nabi dan sabahat Ali ra dalam mendekatkan diri kepada Allah swt tersebut, yang kemudian disebut tarekat, maka tarekat Qodiriyah menurut ulama sufi juga memiliki tujuan yang sama. Yaitu untuk mendekat dan mendapat redha dari Allah swt. Oleh sebab itu dengan tarekat manusia harus mengetahui hal-ikhwal jiwa dan sifat-sifatnya yang baik dan terpuji untuk kemudian diamalkan, maupun yang tercela yang harus ditinggalkannya.
Misalnya dengan mengucapkan kalimat tauhid, zikir “Laa ilaha Illa Allah” dengan suara nyaring, keras (zahir) yang disebut (nafi isbat) adalah contoh ucapan zikir dari Syiekh Abdul Qadir Jaelani dari Sayidina Ali bin Abi Thalib ra, hingga disebut tarekat Qodiriyah. Selain itu dalam setiap selesai melaksanakan shalat lima waktu (Dhuhur, Asar, Maghrib, Isya’ dan Subuh), diwajibkan membaca istighfar tiga kali atau lebih , lalu membaca salawat tiga kali, Laailaha illa Allah 165 (seratus enam puluh lima) kali. Sedangkan di luar solat agar berzikir semampunya.
Dalam mengucapkan lafadz Laa pada kalimat “Laa Ilaha Illa Allah” kita harus konsentrasi dengan menarik nafas dari perut sampai ke otak.

Menurut ulama sufi (al-Futuhat al-Rubbaniyah), melalui tarekat mu’tabarah tersebut, setiap muslim dalam mengamalkannya akan memiliki keistimewaan, kelebihan dan karomah masing-masing. Ada yang terkenal sebagai ahli ilmu agama seperti sahabat Umar bin Khattab, ahli syiddatil haya’ sahabat Usman bin Affan, ahli jihad fisabilillah sahabat Hamzah dan Khalid bin Walid, ahli falak Zaid al-Farisi, ahli syiir Hasan bin Tsabit, ahli lagu Alquran sahabat Abdillah bin Mas’ud dan Ubay bin Ka’ab, ahli hadis Abi Hurairah, ahli adzan sahabat Bilal dan Ibni Ummi Maktum, ahli mencatat wahyu dari Nabi Muhammad saw adalah sahabat Zaid bin Tsabit, ahli zuhud Abi Dzarr, ahli fiqh Mu’ad bin Jabal, ahli politik peperangan sahabat Salman al-Farisi, ahli berdagang adalah Abdurrahman bin A’uf dan sebagainya.

Tarekat (thariqah) secara harfiah berarti “jalan” sama seperti syariah, sabil, shirath dan manhaj. Yaitu jalan menuju kepada Allah guna mendapatkan ridho-Nya dengan mentaati ajaran-ajaran-Nya. Semua perkataan yang berarti jalan itu terdapat dalam Alquran, seperti QS Al-Jin:16,” Kalau saja mereka berjalan dengan teguh di atas thariqah, maka Kami (Allah) pasti akan melimpahkan kepada mereka air (kehidupan sejati) yang melimpah ruah”.

Istilah thariqah dalam perbendaharaan kesufian, merupakan hasil makna semantik perkataan itu, semua yang terjadi pada syariah untuk ilmu hukum Islam. Setiap ajaran esoterik/bathini mengandung segi-segi eksklusif. Jadi, tak bisa dibuat untuk orang umum (awam). Segi-segi eksklusif tersebut misalnya menyangkut hal-hal yang bersifat “rahasia” yang isi kerohaniannya berat, sehingga membuatnya sukar dimengerti. Oleh sebab itu mengamalkan tarekat itu harus melalui guru (mursyid) dengan bai’at dan guru yang mengajarkannya harus mendapat ijazah, talqin dari guru tarekat sebelumnya. Seperti terlihat pada silsilah ulama sufi dari Rasulullah saw, sahabat, ulama sufi di dunia Islam sampai ke ulama sufi di Malaysia.

Tiga Institusi Ulama Sunni Yang Muktabar





3 INSTITUSI ULAMA SUNNI YANG MUKTABAR

Mesir merupakan bumi bertuah ‘Ardu kinanah’ yang menjadi bumi para anbiyaa’ , para auliyaa dan para ahli bait. Bumi barakah yang mempunyai khazanah yang berharga sehingga kini. Begitu juga berkenaaan ayat al-Quran yang menyebut kalimah Misr yang mempunyai rahsia yang tersendiri.

Mesir bumi yang melahirkan ramai auliyaa dan ulama dan merupakan pelopor kepada gerakan haraki Islam yang lain walaupun kini ianya sudah dinodai dengan akidah dan aliran wahabi kedalam gerakan tersebut. Kewibawaan para ulama dan institusinya mendapat perhatian rujukan dunia khususnya dunia sunni Para ulamanya terkenal bersifat sederhana dan moderat. Kesederhanaan menjadi pilihan masyarakat Islam sedunia berbanding Iran dengan aliran Syiah dan Arab Saudi dengan aliran Wahabi.

Antara Institusi ulama terulung di Mesir ialah al-Azhar, Majlis Sufi dan Dar al-Ifta’. Tiga agensi ini merupakan institusi agama tertinggi dalam dunia Sunni. Bahkan Syeikhul al-Azhar mendapat tempat kedudukan pertama dalam dunia Muslim sebagaimana Pope dalam dunia Kristian.

Al-Azhar yang wujud semenjak 1037 tahun lalu yang diasaskan pada pada hari Jumaat 22 Jun 972 bersamaan 7 Ramadhan 361. ak-Azhar telah melahirkan ramai alim ulama bukan sahaja kepada Mesir bahkan kepada umat Islam diserata dunia. Kewibawaaan al-Azhar masih utuh walaupun sistemnya kini sekadar sistem pendidikan sepertimana sistem Universiti Islam yang lain, namun peluang di sana ialah bersama para ulama, masyayikh dan pengajian secara talaqi, bersanad dan bertabaruk menjadi faktor yang istemewa berbanding belajar di negara lain. Kini al-Azhar dipimpini oleh Syeikhul al-Azhar Dr Sayyid Mohamad Tantawi. Untuk maklumat lanjut mengenainya boleh dilayari di http://www.al-azhar.com/ dan www.aqidati.net.eg

Sufi pertama ialah Saidina Rasulullah SAW dan diwarisi kepada para sahabat, para tabiin dan para auliya dan ulama mursyidin seterusnya. Sehinggalah ke zaman al-Aqtab arbaah, dan wujudnya madaraasah tariqat. Institusi tariqat mula utuh di Mesir apabila Mesir dbawah kepimpinan Sultan Solahuddin al-Ayubi,. Pusat-pusat tariqat diberi perhatian dan diberi sokongan dan dokongan oleh baginda. Kewujudan Majlis sufi (1895) adalah kesinambngan kewujudan naqib al-Ashraf di Mesir yang pertamanya dipimpini oleh Sayyid Mohamad Taufiq al-Bakri. Majlis Sufi merupakan suatu jemaah kalangan para ulama Sufi yang muktabar bukan sahaja alim dalam bidang tasawuf tetapi judga dalam pelbagai bidang ilmu Islam. Kealiman para barisan ulamanya menjadi rujukan khususnya berkaitan tariqat dan tasawuf. Kini majlis Sufi dipimpini oleh Sayyid Abdul Hadi al-Qasaby dengan barisan jamaah ulama seramai sepuluh orang. Untuk maklumat lanjut boleh dilayari di http://www.naqibatal_ashraf.com/ dan juga http://www.eltsawofelislamy.com/

Majlis Fatwa Mesir iaitu Dar al-Ifta’ merupakan pusat kajian dan pembangunan fatwa di Mesir, merupakan pusat fatwa yang paling terulung di dunia. Ianya dibarisi para alim ulama yang berwibawa dari seluruh Mesir khususnya allim bidang feqah. Kini ianya diketua oleh Syeikh Ali Jumaat sebagai Mufti Agung Mesir. Untuk keterangan lanjut boleh dilayari www.dar-alifta.org

Ketiga-tiga agensi ini saling berkaitan antara satu sama lain dimana hubungan erat antara institusi tersebut bahkan antara ulama al-Azhar yang juga merupakan ahli majlis tertinggi tariqat Sufi dan juga di Dar al-ifta. Bahkan majoriti kalangan para ulama al-Azhar dan Dar al-Ifta dan mengamalkan tariqat sebagai amalan kerohanian dan sebagai suatu manefestasi kepada dasar Suni Ahli Sunnah wal jamaah iaitu Akidah, Feqh bermazhab dan tasawuf dengan bertariqat.

Tiga institusi tersebut mempunyai ramai muridnya dan lepasannya samaada di Mesir dan diluar Mesir bahkan institusi tersebut mempunyai jaringan tersendiri sesama mereka di luar negara. Bahkan di Malaysia ramai lepasan al-Azahar juga pernah mengikuti madrasah, mengambil baiah dan ijazah tariqat, berkursus di Dar al-Ifta.

Ketiga-tiga institusi tersebut terletak saling berdekatan iaitu di Darasah, Kaherah. Kewibawaan dan kealiman para ulamanya dijadikan rujukan semasa. Bahkan ramai kalangan ulamanya mempunyai sanad dan salsilah perguruan yang berkesinambungan sampai kepada rasulullah SAW disamping ramai yang merupakan ahli bait keturunan Rasulullah SAW. Inilah intipati kelebihan keturunan Rasulullah SAW. Sistem keilmuan Islam ialah bersanad dan bersalsilah, bertalaqi dan mushafahah masih utuh walupun didepani cabaran dengan sistem moden dan barat serta rujukan bebas internet. Konsep barakah tetap diutamakan kerana pendekatan Islam sememangnya berlainan dengan pendekatan barat samaada dari segi epestemologi dan methodologi. Bahkan ilmu Islam mempunyai rohnya tersendiri, pendekatan sejagat serta rahmat bagi semua makluk.

Ketiga Institusi ulama tersebut mempunyai kaitan dalam mempertahankan dan mengukuhkan Institusi Sunni Ahl Sunnah wal Jamaah dalam akidah, feqh dengan bermazhab, tasawuf dengan bertariqat sebagai teras aliran Sunni. Inilah mutiara apa yang yang dikatakan khazanah bumi anbiyaa dan ardu kinanah. Wallahu a’lam.