Kekuatan Negara Islam
Negara Islam yang mempunyai kekuatan ketenteraan dan pertahanan hanyalah 5 negara yang utama iaitu dari segi kekuatan peralatan, bilangan anggota tentera. Iaitu Pakistan diikuti Turki, Iran, Mesir dan Libya. Hanya dua Negara Islam mempunyai senjata nuklear iaitu Pakistan dan Iran.
Kalau dibandingkan kelengkapan tentera Negara lain lain begitu jauh ketinggalannya dari segi kelengkapan peralatan persenjataan seperti Amerika Syarikat, Russia, Britain, Perancis, Australia, Israel, Kanada, Itali, China, India dan lain-lain.
Ayat al-Quran menyentuh banyak agar umat Islam mempunyai persiapan pertahanan yang hebat dan mantap dari segi fizikal, peralatan, strategi, kerohanian, mental dan sebagainya. Yang bertujuan bagi menggerunkan musuh-musuh Islam.
Menyingkap rahsia kemenangan dan kehebatan tentera Islam ialah dengan adanya mahabbah Rasulullah iaitu kunci segala-galanya. Sebagaimana kejayaan perang Badar, dan peperangan oleh Sultan Solahuddin al-Ayubi dan Sultan al-Fatih dan seumpamanya. Kekuatan rohani yang menjadi teras kepada ‘nasr’ dan bantuan daripada Allah Taala. Begitu juga dalam peperangan Mesir-Israel dahulu adalah melalui isyarat petunjuk Rasulullah SAW kepada Syeikhul al-Azhar Dr Abdul Halim Mahmud r.a.
Namun Pakistan dan Turki yang mempunyai kelebihan peralatan dan kecanggihan peralatan ketenteraan yang moden. Mesir mempunyai kelebihan tersendiri dari segi bilangan angkatan tentera. Dan Mesir kini kalangan tenteranya semakin ramai yang mengikuti amalan tariqat yang merupakan teras agama Islam dan roh Islam. Barakah Mesir sebagai ardu kinanah mempunyai khazanah rahsia dan kekuatan yang tersendiri serta merupakan bumi ramai ahli bait Rasulullah SAW.
Sebagaimana Hadis Rasulullah SAW mafhumnya sesiapa yang menaiki bahtera ahli bait nescaya selamat iaitu mengikuti perjalanan dan qudwah ulama’ pewaris nabi dan kecintaan kepada ahli bait.
Negara Islam yang dahulunya bernaung dibawah khalifah Islam terakhir iaitu khalifah Osmaniah digeruni musuh-musuh Islam, namun selepas dipecahbelahkan mengikut Negara bangsa umat Islam terus ketinggalan dan dikotak-katikkan. Umat Islam masih ramai ditindas dan dianiyai namun Negara Islam hanya mampu sekadar melihat dan mengutuk. Saranan tentera Negara OIC bagi menyatukan umat Islam dibawah suatu pakatan bagi melindungi umat Islam masih menjadi tanda Tanya dan kesangsian. Ternya Negara Islam begitu sukar untuk bersatu kerana masih dibayangi kuasa besar dunia.
ASPIRASI / INSPIRASI
Ilmu Massa, Turath, Sejarah. Analisa Kajian Budaya Pemikir. Peradaban Insani Kalbu Akal Mencerah. Hakikat Amal Zikir Dan Fikir. Ilmu, Amal, Hikmah Menjana Pencerahan. Ulul-Albab Rausyanfikir Irfan Bistari. Tautan Mahabbah Mursyid Bimbingan. Alam Melayu Alam Islami Tamadun Melayu Peradaban Islami. Rihlah Ilmiah Menjana Pencerahan Pemikiran, Kefahaman & Ketamadunan (Ilmu,Amal,Hikmah & Mahabbah) - Inspirasi: Rizhan el-Rodi |
Enakmen Tariqat Tasawwuf

ENAKMEN TAREKAT TASAWWUF: SATU PENJELASAN
OLEH: JABATAN MUFTI KERAJAAN NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
SEMPENA SEMINAR TASAWWUF NEGERI SEMBILAN 2007 (22 DISEMBER 2007 = 12 ZULHIJAH 1428.
ABSTRAK
Tarekat Tasawwuf merupakan satu kumpulan amalan yang penting di kalangan umat Islam di nusantara. Walau bagaimanapun kebelakangan ini Tarekat Tasawwuf sering dimomokkan sebagai menyeleweng daripada aqidah Ahl as-Sunnah Wa al-Jama’ah. Hal ini menyebabkan pengamal Tarekat Tasawuf memencilkan diri dan mengamalkannya secara bersembunyi. Justeru kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus telah menguatkuasakan Enakmen Tarikat Tasawwuf (Negeri Sembilan) 2005 sebagai satu usaha murni bagi memartabatkan semula amalan tarekat ini. kertas ni juga dikemukakan untuk memberi penjelasan tentang keperluan kumpulan tarekat tasawwuf secara lebih tersusun dan sistematik.
PENDAHULUAN
Tarekat Tasawwuf merupakan satu organisasi bagi melaksanakan aktiviti tazkiyah al-nafs dan tarbiyyah ruhiyyah melalui pengamalan aurad dan zikr yang tersusun. Tarekat Tasawwuf juga telah digerakkan secara sistemak dan terancang. Dalam pengamalannya terdapat empat elemen penting iaitu syaikh, baiah, aurad dan ikhwan. Keempat-empat perkara ini telah disusun dan diorganisasikan dengan baik. Bahkan pengamal Tarekat Tasawuf telah menyediakan satu manhaj dan qawaid bagi Tarekat Tasawuf secara teratur. Pelbagai karya berkaitan hal ini telah dihasilkan antaranya kita boleh melihat dan merujuk kaedah-kaedah yang telah disusun oleh al-Imam al-Sya’rani di dalam kitabnya al-Anwar al-Qudsiyyah Fi Ma’rifah Qawaid al-Suffiyyah. Kesungguhan golongan sufi ini telah menjadikan Tarekat Tasawwuf sebagai tonggak bagi mempertahankan kesuciaan syariat Islam dan kedaulatan bumi umat Islam di sepanjang zaman.
PENGORGANISASIAN TAREKAT TASAWWUF
Tarekat Tasawwuf telah menjadi landasan bagi penyatuan hati umat Islam. Melalui kaedah penyucian jiwa dan penyemaian sifat-sifat mahmudah yang mantap mereka telah berjaya memayungi dan mempertahankan umat Islam daripada pelbagai anasir yang tidak sihat. Bahkan golongan ini telah memainkan peranan yang penting bagi menjaga kebajikan umat dan memberikan didikan yang sempurna. Melalui lidah para sufi dakwah Islamiyyah tersebar luas seantero dunia. Hal ini telah diriwayatkan oleh Ibn Batutah disepanjang pelayarannya yang mengelilingi dunia. Kegigihan ini telah melahirkan umat yang mempunyai kekuatan iman dan asas persaudaraan Islam yang mantap. Dengan kekuatan ini Islam terus meneroka dunia dan mempertemukan manusia dengan cahaya hidayah dan keindahannya.
Tarekat Tasawwuf telah menjadi landasan bagi penyatuan hati umat Islam. Melalui kaedah penyucian jiwa dan penyemaian sifat-sifat mahmudah yang mantap mereka telah berjaya memayungi dan mempertahankan umat Islam daripada pelbagai anasir yang tidak sihat. Bahkan golongan ini telah memainkan peranan yang penting bagi menjaga kebajikan umat dan memberikan didikan yang sempurna. Melalui lidah para sufi dakwah Islamiyyah tersebar luas seantero dunia. Hal ini telah diriwayatkan oleh Ibn Batutah disepanjang pelayarannya yang mengelilingi dunia. Kegigihan ini telah melahirkan umat yang mempunyai kekuatan iman dan asas persaudaraan Islam yang mantap. Dengan kekuatan ini Islam terus meneroka dunia dan mempertemukan manusia dengan cahaya hidayah dan keindahannya.
Di Mesir, kewujudan organisasi Turuq Sufiyyah bermula di zaman pemerintahan Sultan Salahuddin al-Ayubi. Ini terbukti apabila beliau telah membina al-khanaqah yang juga dikenali ketika itu sebagai Sa’id al-Su’ada’. Al-Khanaqah juga dikenali sebagai ziwayah iaitu tempat untuk mengamalkan segala bentuk syiar agama seperti solat, puasa, tahajjud, zikr, fikr, berwirid, mendirikan halaqah zikr dan lain-lain.
Pada kurun ke-19 Tarekat-tarekat Tasawwuf di Mesir dipimpin oleh seorang syaikh utama. Beliau merupakan juru bicara bagi pihak semua tarekat yang ada. Pada masa yang sama setiap tarekat mempunyai seorang syaikh, manakala setiap syaik mempunyai khulafa’ di kawasan perkampungan dan naibnya di pusat-pusat dan tempat pengajian.
Undang-undang pertama telah dikuatkuasakan pada 2 Jun 1903 bagi menyusun Tarekat Tasawwuf. Penambahbaikan terhadap undang-undang ini telah dilakukan dengan pewartaan Undang-undang No. 118 pada tahun 1976. Antara lain undang-undang in telah mewujudkan Majlis Sufi dan menentukan keanggotaannya yang terdiri daripada;
1.Syaikh Masyayaikh
2.10 orang yang dilantik dikalangan syaikh-syaikh tarekat
3.Wakil Universiti al-Azhar yang dinamakan oleh Syaikh al-Azhar
4.Seorang wakil Kementerian Wakaf yang dinamakan oleh Menteri
5.Seorang wakil Kementerian Dalam Negeri yang dinamakan oleh Menteri
6.Seorang wakil Kementerian Kebudayaan
7.Wakil-wakil daripada agensi lain yang ditentukan oleh Menteri di Kementerian berkenaan.
Usaha bagi memantapkan Institusi Tarekat Tasawwuf di Mesir diperkasakan lagi apabila Presiden Republik Mesir meluluskan Udang-undang No. 54 pada tahun 1978. Undang-undang ini dilihat sebagai usaha memurnikan ketulenan manhaj tasawwuf dan penglibatan institusi ini dalam kegiatan dakwah, pendidikan, pengurusan kewangan dan pentadbiran, pembentukan peribadi dan lain-lain.
Di Malaysia pula satu Persidangan as-Sufiyyah seluruh Malaya pernah diadakan pada 2 Oktober 1960 bertempat di Dewan Bandaran Kuala Lumpur. Satu petubuhan yang dikenali sebagai Persatuan Tarekat Sufiah yang menggabungkan Tarekat-tarekat Tasawwuf ini juga telah diwujudkan. Persatuan ini pernah mengadakan Mesyuarat Agungnya yang pertama pada 3 Jun 1962. Walau bagaimanapun dengan sebab-sebab yang tidak diketahui pendaftaran Persatuan telah dibubarkan.
Dalam Persidangan Kongres Ahli-ahli Tariqat as-Sufiah Dr. Burhanuddin al-Hilmy mengatakan,
" Dalam konteks gerakan pembangunan dalam lapangan-lapangan yang lain maka ahli tasawwuf ini hendaklah menyusun persekolohan , yayasan, asrama, perpustakaan dan organisasi pertubuhan-pertubuhan yang tersusun hidup dan lengkap dengan syiar yang mulia dan agung sesuai dengan ilmu pengetahuan dan amalan negeri ini. Ahli Tariqat Suffiah mesti mengorak langkah baru sesuai dengan dunia baru atom dan perlumbaan angkasaraya. Sebagaimana ulama-ulama feqh dan ulama-ulama ilmu yang lain mensesuaikan fatwa-fatwa dan pendapat-pendapat dengan perkembangan zaman dan hajat masyarakat kepada ilmu itu pada memelihara dan memperkukuh bangunan Islam itu. Maka demikian juga ulama-ulama tariqat Sufiah tidak boleh membeku dengan cara kolot lagi.
Pada 17-19 Ogos 2002, Seminar Antarabangsa Dakwah dan Tariqat Tasawwuf telah diadakan di Hotel Hilton, Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus. Dalam seminar yang turut dihadiri oleh ulama-ulama besar luar negara telah mengeluarkan resolusi-resolusi yang menyatakan hasrat untuk mengembalikan kewibawaan Tarekat Tasawwuf dalam kegiatan dakwah dan pembinaan ummah (lihat lampiran A).
Bagi merealisasikan resolusi itu Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan telah memulakan inisiatif untuk menggubal satu undang-undang agar Tarekat Tasawwuf dapat dibawa semula ketengah masyarakat dan disamping menggiatkan usaha pemurniaan dari masa ke masa. Berkat niat murni semua peserta seminar tersebut maka pada tahun 2005, Enakmen Tarekat Tasawwuf (Negeri Sembilan) dibentangkan di dlaam Dewan Undangan Negeri Sembilan dan dikuatkuasakan pada Januari tahun berikutnya.
ENAKMEN TAREKAT TASAWWUF (NEGERI SEMBILAN) 2005
Enakmen Tarekat Tasawwuf (Negeri Sembilan) 2005 telah dikuatkuasakan pada 24 Januari 2006. Enakmen ini mengandungi 10 bahagian dan 35 seksyen (lihat lampiran B). Enakmen ini digubal dengan melihat kepada aspek-aspek berikut:
Pertama, mengiktiraf pengamalan Tarekat Tasawwuf yang dtubuhkan dan diamalkan di Negeri Sembilan. Hal ini penting selaras dengan Resolusi Seminar Antarabangsa Dakwah dan Tariqat Tasawwuf yang telah diadakan pada tahun 2002 yang lalu. Tarekat Tasawwuf dilihat sebagai satu wadah diantara wadah-wadah pembinaaan insan kamil dan wahana penting dalam penyebaran dakwah khususnya di Malaysia. Pendekatan kerohaniaan telah terbukti dalam sejarah sebagai medium yang paling mapan bagi membina jati diri umat Islam untuk mencapai kebahagiaan ukhrawi yang hakiki di samping persediaan awal bagi mengharungi kepesatan pembangunan dunia.
Namun kerana kegagalan pengamal Tarekat untuk bertahan sebagai peneraju umat, sementelahan pula dakyah dan tohmahan tidak sihat berkaitan tarekat Tasawwuf tersebar luas, maka kedudukan Tarekat Tasawwuf terus terpinggir dan dipandang serong oleh masyarakat Islam. Tarekat kemudiaanya diamalkan secara eksklusif dan terpencil. Akhirnya ada segelintir daripada umat Islam terjebak ke dalam fahaman kebatinan yang menyesatkan yang bertopengkan Tarekat Tasawwuf. Enakmen ini secara langsung mengembalikan semula peranan Tarekat Tasawwuf dalam dakwah dan mempertahankan kemuliaan umat Islam di Malaysia.
Kedua, mendaftarkan Tarekat Tasawwuf . Enakmen ini mewajibkan sebarang tarekat yang ingin ditubuhkan dan diamalkan di Negeri Sembilan didaftarkan. Bagi melaksanakan tujuan ini, jawatan Pendaftar, Timbalan Pendaftar dan Penolong Pendaftar diwujudkan. Kini Jabatan Mufti Negeri Sembilan mempunyai bahagaian khusus untuk menguruskan Hal Ehwal Tarekat Tasawwuf.
Pendaftaran tarekat bukan bermaksud menafikan hak untuk beramal tetapi ianya sebagai langkah yang rasmi untuk menjayakan hasrat bagi mengiktiraf sesuatu tarekat. Tarekat yan telah disemak pengamalannya oleh Anggota Jilsah Turuq Sufiyyah dan kemudiannya diperakukan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan, akan diberikan Perakuan Pendaftaran sebagai satu pengiktirafan undang-undang. Tarekat Tasawwuf berkenaan akan dilindungi oleh undang-undang dan pada masa yang sama wajib mematuhi kehendak-kehendak Enakmen secara berterusan. Hal ini penting bagi memastikan bahawa Tarekat Tasawwuf yang diamalkan sentiasa di dalam keadaan murni dan terbimbing.
Ketiga, membangun dan memajukan amalan Tarekat Tasawwuf. Enakmen ini secara langsung menggariskan beberapa usaha pembangunan Tarekat Tasawwuf demi menentukan kejayaan dalam perlaksanaanya. Antara aspek pembangunan yang dilihat penting bagi sesuat Tarekat Tasawwuf ialah dengan memperkasakan modal insan melalui pengajian keilmuan , pemerkasaan wibawa seseorang syaikh, pembangunan pusat pengamalan tarekat dan pengemaskinian maklumat mutakhir bagi sesuatu Tarekat Tasawwuf itu. Para syaikh diminta untuk menyerahkan laporan tahunan yang mengandungi beberapa maklumat penting seperti senarai ahli baru, senarai ahli yang digugurkan, senarai premis yang digunakan untuk pengamalan dan lain-lain. Pihak luar boleh mengakses segala maklumat yang ada. Ini sebagai usaha untuk memasyarakatkan tasawwuf dan diketengahkan dengan lebih telus. Disamping itu para ahli sesuatu tarekat dapat mengetahui ahli tarekat yang mereka amalkan. Dengan itu mereka boleh berinteraksi dan menjana budaya pertukaran fikiran yang sihat. Hal ini sememangnya menjadi teras di dalam pengamalan tarekat. In kerana al-ikha’ adalah merupakan satu medium pembersihan jiwa yang menjadi amalan para tabi’in. Menurut al-Hassan al-Basri,
Yang bermaksud: Saudara yang terbaik bagi kamu ialah yang apabila kamu menemuinya , dia mengingatkan kamu tentang kedudukan kamu dengan Allah, berbanding saudara yang apabila kamu temui dia meletakkan di dalam genggaman kamu beberapa dinar.
Keempat, pemerniaan dan pemantauan, enakmen ini telah menggariskan usaha-usaha pemurnian dan pemantauan yang berterusan terhadap pengamalan tarekat –tarekat tasawwuf. Seawal pendaftaran, sesuatu tarekat yang ingin beramal di Negeri Sembilan perlu ditentusahkan dalam beberapa aspek seperti kewibawaan syaikh, silsilah tarekat, pusat pengamalan dan bahan-bahan rujukan utama pengamalannya.
Sesuatu Tarekat Tasawwuf akan terus dipantau dan dimurnikan. Anggota Jilsah Turuq Sufiyyah diberi tanggungjawab penuh oleh Jawatankuasa Fatwa untuk membuat penyelidikan dan kajian mendalam terhadap semua aspek Tarekat Tasawwuf dan pengamalannya. Oleh sebab itu Anggota Jilsah Turuq sufiyyah dilantik di kalangan penyelidik yang berkepakaran dalam bidang tasawwuf dan di kalangan pengamal tarekat itu sendiri. Gabungan pengalaman antara semua anggota Jilsah Turuq Sufiyyah yang bersifat nazari dan amali akan memacu usaha-usaha pemurniaan dan pemantauan terhadap pengamalan tarekat tasawwuf di Negeri ini.
Semua tarekat yang telah didaftarkan perlu mematuhi arahan pendaftar dan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan dalam semua aspek, sama ada dalam aspek hukum syarak, akidah mahupun berkaitan tasawwuf. Semua tarekat perlu mematuhi arahan tersebut bagi menjamin keharmoniaan pengamalan dan menepati hukum syarak yang dikaji secara ilmiah.
Kelima, memasyarakatkan Tarekat Tasawwuf. Tasawwuf dalam pasca Enakmen ini perlu dimasyarakatkan. Ianya kini bertindak sebagai medan untuk masyarakat bermuhasabah dan memperbaiki diri. Bahkan sebagaimana kehendak enakmen para syaikh perlu kehadapan untuk memberikan pengetahuan yang cukup kepada para ahli dan masyarakat sekitarnya. Enakmen ini mensasarkan agar masyarakat mendapat limpahan ilmu daripada tarekat yang diorganisasikan dengan baik dan sistematik.
Demikianlah beberapa kehendak dan hala tuju Enakmen Tarekat Tasawwuf (Negeri Sembilan) 2005 untuk dipatuhi oleh semua pengamal tarekat yang telah didaftarkan. Dengan gabungan tenaga semua pihak yang terlibat adalah diharapkan enakmen in akan memberi sumbangan besar kepada perkembangan Islam dan peningkatan syiarnya di Negeri Sembilan.
TANGGUNGJAWAB SYAIKH DALAM ENAKMEN
Seseorang syaikh bertanggungjawab penuh terhadap tarekat yang dipimpinnya. Seseorang syaikh diberi tanggungjawab khusus oleh Enakmen ini antaranya ialah
Pertama, Menjadi penghubung di antara ahli tarekat dengan Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan. Syaikh bertanggungjawb untuk memaklumkan segala keputusan dan arahan Jawatankuasa Fatwa yang dipanjangkan oleh Pendaftar dari masa ke semasa. Hal ini adalah untuk mempastikan bahawa segala keputusan oleh Jawatankuasa Fatwa sampai kepada ahl-ahli tarekat untuk menjadi amalannya. Penyelarasan bertujuan supaya keharmonian dalam pengamalan tarekat dan tasawwuf dapat dijaga.
Kedua, memastikan bahawa ahlinya mematuhi segala bentuk Fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa. Pada kelazimannya Fatwa dikeluarkan apabila timbul suasana kontroversi atau pertikaian berkaitan sesuatu hukum. Justeru Fatwa yang dikeluarkan mengikat setiap orang Islam di Negeri Sembilan.
Ketiga, melaporkan kepada Jawatankuasa Fatwa segala bentuk pelanggaran yang telah berlaku dikalangan ahlinya setelah nasihat dalaman diberikan kepada individu berkaitan.
Berdasarkan ketiga-tiga tanggungjawab ini jelas menggambarkan bahawa para syaikh perlu menguruskan tarekatnya secara sistematik. Sesuatu tarekat perlu mempunyai anggota pengurusan yang cekap agar segala maklumat dua hala dapat disalurkan.
KESALAHAN DAN PENALTI
Secara umumnya kesalahan yang dinyatakan di dalam Enakmen ini adalah akibat pelanggaran perkara-perkara yang bersifat teknikal . Enakmen ini tidak memperuntukkan kesalahan daripada aspek pengamalan tarekat itu secara langsung. Kesalahan dan kesilapan berkaitan amalan akan diawasi oleh Jawatankuasa Fatwa setelah dibuat kajian mendalam oleh Jilsah Turuq Sufiyyah. Senarai kesalahan dan penalti yang dikenakan adalah seperti di Lampiran C.
KESIMPULAN
Enakmen Tarekat Tasawwuf (Negeri Sembilan) 2005 adalah satu kejayaan khalayak Sufi untuk meletakkan Tarekat Tasawwuf di martabat yang selayaknya. Para Sufi perlu mengambil kesempatan ini untuk mengemaskinikan kegiatan mereka supaya lebih sistematik dan berinformasi. Hal ini penting untuk faedah masyarakat awam. Tarekat-tarekat Tasawwuf perlu lebih aktif dalam menjalankan program-program keilmuan dan tarbiyyah ruhiyyah. Tarekat juga perlu lebih prolifik dalam menghasilkan karya-karya khususnya berkaitan tasawwuf sebagai panduan bersama. Akhir sekali semua Tarekat Tasawwuf perlu menggabungkan diri dengan pihak berwajib khususnya Jabatan Mufti bagi memastikan Tarekat Tasawwuf terus dipelihara danmenjadi wadah yang terbaik dalam mendidik umat Islam.
RUJUKAN
al-Bilali. Abd al-Hamid. 2002. Manhaj al-Tabi’in Fi Tarbiyyah al-Nufus. Maktabah al-Manar al-Islamiyyah. Kuwait.
Burhanuddin al-Hilmy. Dr. 2006. Simposium Tasawwuf dan Tariqat. Jabatan Mufti Negeri Sembilan, Seremban.
Enakmen Tarekat Tasawwuf (Negeri Sembilan).
Rafiq al-Ajam, dr. 1999. Mawsu’ah Mustalahat al-Tasawwuf al-Islami. Maktabah Lubnan Nasyirun, Beirut.
al-Taftazani, Dr. Abu al-Wafa’.1991. Rasail al-Majlis al-A’la li al-Turuq al-Sufiyyah Fi Misr. Matba’ah al-Amaniyyah, Syubra.
LAMPIRAN A
RUMUSAN RESOLUSI SEMINAR
SEMINAR ANTARABANGSA DAKWAH DAN TARIQAT TASAWWUF PADA 8-10 JUMADA AL-AKHIR 1423H BERSAMAAN 17-19 OGOS, 2002. BERTEMAKAN "PENJANAAN TARIQAT TASAWWUF DALAM PEMBANGUNA NEGARA", ANJURAN JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN DAN MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN DENGAN KERJASAMA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA:
Berpandukan ucap utama dan sesi pembentangan kertas-kertas yang telah diterima oleh seminar ini, maka disepakati dengan penuh rasa tanggungjawab dan semangat SYURA memaklumkan RESOLUSI SEMINAR seperti berikut:-
1. Bahawa dakwah Islamiah dan Tariqat Tasawwuf adalah sebahagian dari tuntutan ajaran Islam yang tulen dan sah (Asolah dan Sohihah) dan telah diamalkan oleh umat Islam sejak zaman Rasulullah SAW. Justeru dakwah dan Tariqat Tasawwuf hendaklah diterima pakai seiring jalan untuk menjaana pembangunan insan dan negara.
2. Penggerak dakwah dan penghayatan amalan tariqat dan tasawwuf di semua peringkat hendaklah iltizam dengan syariat dan mendalami ilmu-ilmu syariat sebagai asas dan panduan sahih dan murni dari sebarang penyelewengan.
3. Menyedari peranan tokoh-tokoh sufi telah berjaya menyebar dakwah Islamiah dan menjadi pelopor perjuangan jihad umat Islam menentang penjajah dan menghadapi gerakan misionari kristian dan serangan ideologi sekular barat, maka diisarankan kesepakatan dan kegiatan bersepadu dalam usaha-usaha dakwah dan amal makruf nahi munkar di semua peringkat massa dan negara dengan menyediakan prasarana yang lengkap dan sesuai.
4. Memandangkan wujudnya berbagai-bagai aliran dan kumpulan pengamal Tariqat Tasawwuf yang sering disalah fahami, dengan ini diseru supaya ditubuhkan satu ’Persatuan’ atau ’Pertubuhan’ yang menyatupadukan semua kumpulan tariqat dan tasawwuf seluruh negara, serantau dan di peringkat antarabangsa serta berfungsi sebagai Badan Pemantau serta berwibawa menangani sebarang isu yang berkaitan dengan Tariqat Tasawwuf.
5. Tariqat Tasawwuf melalui pertubuhan rasminya perlu memaksimumkan penggunanaan teknologi komunikasi maklumat yang berautoritikan berkenaan dengan Tarekat Tasawwuf.
6. Bahan-bahan sejarah dan khazanah ilmiah yang relevan dengan tokoh-tokoh sufi dan kumpulan Tariqat Tasawwuf hendaklah dipelihara dan dilindungi serta diurus dengan rapi dan sistematik untuk rujukan masyarakat pencinta tariqat dan tasawwuf serta generasi akan datang. Kerajaaan Negeri Sembilan dicadangkan mengadakan galeri perkembangan Tariqat Negeri dengan kerjasama Muzium Negeri.
7. Pegangan amalan tariqat sunni-salafi dapat mendidik manusia sebagai individu masyarakat dan umat mampu menjadi penjanan kekuatan rohaniah umat Islam bagi mencapai kemuliaan hidup serta menghadapi cabaran sepanjang zaman. Ia juga diyakini mampu menyelesaikan masalah kejiwaan generasi kini yang menghadapi konflik jiwa dan cabaran globalisasi. Justeru tuntutan dakwah dan amar makruf nahi munkar serta amalan praktik Tariqat Tasawwuf perlu diterapkan dalam proses pendidikan setiap lapisan generasi muslim.
8. Peranan gerakan dakwah dan pertubuhan Tariqat Tasawwuf dalam pendidikan perlu dipertingkatkan dan diperluas dengan menganjurkan program zikir untuk masyarakat awam, serta menubuhkan institusi pendidikan dan pengajian dengan menggunakan segala sumber material dan kepakaran yang selari dengan kepesatan bidang pelajaran dan pendidikan semasa.
9. Unsur-unsur positif dan tatacara asuhan rohani yang membina dalam disiplin Tareqat Tasawwuf hendaklah dimasyarakatkan bagi menjana kekuatan umat Islam berasaskan warisan amalan salaf al-saleh yang baik di samping prinsip-prisnsip moden yang sesuai.
10. Badan-badan dakwah dan gerakan Tariqat Tasawwuf hendaklah memberi laluan yang meneparti syarak kepada golongan muslimat bagi menyumbangkan kepada pengislahan masyarakat dan dalam kerja-kerja kebajikan pusat-pusat perlindungan dan pemuliharaan.
11. Islam sebagai ad-din yang sesuai dengan fitrah, maka pemahaman ,penghayatan dan pelaksaanaan ajarannya yang syumul termasuk Tareqat Tasawwuf hendaklah diterapkan dengan penuh hikmah dalam semua aspek kehidupapan khususnya politik, ekonomi, sosial, keseniaan dan kebudayaan serta pembentukan pola pemikiran masyarakat.
12. Berdasarkan pengalaman sejarah, Tariqat Tasawwuf juga perlu memberikan tumpuan kepada strategi mengislamkan non-Muslim.
Adab Terhadap Rasulullah SAW

Kewajaran Gelaran Sayyiduna Di antara cara memelihara adab dengan Baginda ialah dengan menggandingkan namanya dengan sebutan yang mulia seperti Kekasih Allah, Nabi Termulia atau Penghulu yang agung atau menggandingkan nama Nabi dengan lafaz siyadah (ketuanan) seperti Sayyidi atau Sayyiduna yang bermaksud 'Penghuluku' atau 'Penghulu Kami'.
Lafaz penghormatan seumpama ini bukanlah merupakan suatu pelampauan dan berlebih-lebihan dalam memberi penghormatan. Bahkan ia merupakan suatu perkara yang baik yang telah dipetik oleh ulama-ulama tentang keharusannya melalui firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya Allah memberikan khabar gembira kepadamu dengan kelahiran seorang bayi bernama Yahya sebagai membenarkan kalimah Allah, menjadi Sayyid (penghulu), lelaki yang menahan diri dari menurut runtunan nafsu dan sebagai seorang Nabi dari kalangan Nabi-nabi yang soleh. (al-Maidah: 39 ) Berdasarkan ayat di atas, dapat difahami bahawa Allah telah menggelarkan Nabi Yahya sebagai Sayyid. Maka adalah terlebih utama bagi kita menggunakan lafaz 'Sayyiduna' atau 'Tuan' atas Penghulu Sekelian Rasul iaitu Sayyiduna Rasulullah SAW.
Dalam menguatkan lagi pendapat ini, Sheikh al-Islam al-Imam al-Akbar Dr. Abdul Halim Mahmud yang merupakan seorang Sheikh al-Azhar yang terunggul di kurun ini menyatakan di dalam fatwanya yang bermaksud: "Adalah Rasulullah merupakan seorang yang tawaduk dan tidak memandang sesuatu melainkan sebagai suatu tanda pengabdian kepada Allah. "Tatkala Baginda ditanya bagaimana caranya hendak mengucapkan selawat ke atasnya, maka Baginda tidak menyebut lafaz siyadah di dalam selawat tersebut. "Akan tetapi Baginda tatkala menceritakan tentang nikmat Allah SWT ke atasnya, maka Baginda bersabda seperti mana yang diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud daripada Abu Hurairah r.a yang bermaksud: Aku adalah Sayyid (Penghulu Anak-anak Adam) pada hari kiamat dan aku tidaklah berbangga, di tanganku terdapat Liwa' al Hamdi (panji kepujian) dan aku tidaklah hendak berbangga-bangga dengannya. (Fatawa al Imam Abdul Halim Mahmud. Jilid 1, Halaman 270-271)
Di dalam perenggan yang lain pula beliau menyatakan tegahan terhadap orang yang melarang dan melampau-lampau dalam meninggalkan lafaz siyadah dengan katanya: "Maka yang tinggal lagi yang hendak saya nyatakan di sini bahawa sesetengah manusia terlalu melampau dalam meninggalkan lafaz siyadah terhadap Nabi SAW lalu mengharamkan sebutannya. "Tatkala dia tidak menemui dalil syarak sebagai sandarannya untuk menghukumnya sebagai haram, maka dia pun mencipta hadis-hadis palsu yang secocok dengan hawa nafsunya iaitu mendakwa Rasulullah bersabda: "Janganlah kalian mengucapkan sayyiduna ke atasku di dalam solat". Sesungguhnya perkataan ini bukanlah hadis dan seperti yang dinyatakan oleh al-Sakhawi dan selainnya dari kalangan ulama-ulama hadis: Hadis ini tidak ditemui asalnya dalam mana-mana kitab hadis." (Fatawa, Jilid 1, Halaman 271)
Demikian juga telah diriwayatkan banyak hadis yang mana Baginda menggelar para sahabat dengan lafaz sayyid. Semua ini secara tidak langsung menggugurkan tuduhan sesetengah pihak bahawa tidak boleh mengucapkan lafaz Sayyiduna pada nama Rasulullah kerana ia terlalu mendewa-dewakannya dan gelaran sayyid hanya untuk Allah. Di sini dipaparkan beberapa kalam Rasulullah yang dianggap oleh sesetengah pihak sebagai suatu perlampauan dalam memberikan penghormatan: Pertama: Sesungguhnya telah diriwayatkan bahawa tatkala penghulu bagi kaum Ansar yang bernama Saad ibnu Muaz masuk ke dalam majlis, Rasulullah memerintahkan para sahabat berdiri dengan sabda yang bermaksud: Bangunlah kalian bagi memuliakan Sayyid (penghulu) kalian.
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim, al Tirmizi, Abu Daud dan Ahmad) Kedua: Diriwayatkan oleh al-Bukhari bahawa Sayyiduna Umar ra berkata: Abu Bakar adalah Sayyiduna (penghulu kami) dan beliau telah memerdekakan Sayyiduna (Bilal r.a). Ketiga: Rasulullah SAW bersabda mengenai cucunya al Hasan, maksudnya: Sesungguhnya cucuku ini adalah Sayyid. (Diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim, al Tirmizi, Abu Daud, al Nasa'i dan Ahmad) Menunaikan Perintah dan Memelihara Adab Di antara perkara yang sering dibangkitkan dan menyemarakkan lagi fitnah dalam masyarakat Islam kini adalah pendapat bahawa haram hukumnya mengucapkan lafaz Sayyiduna dalam bacaan tasyahhud ketika solat.
Ada juga pendapat yang lebih melampau daripada itu menyatakan haram dan batal solat seseorang yang mengucapkannya. Pendapat ini pada hakikatnya dipetik dan dikeluarkan oleh hati-hati yang dikuasai nafsu. Jika dikaji dan diteliti, hanya terdapat dua sebab lemah yang menjadi dalil sandaran mereka dalam memarakkan lagi fitnah dalam kehidupan masyarakat umat Islam:
Pertama: Hadis larangan mengucapkan selawat ke atas nabi di dalam solat.
Kedua: Lafaz selawat yang diajarkan oleh Nabi SAW tiada sebutan Sayyiduna dan Nabi tidak melafazkannya di dalam solat dan tidak dilakukan pula oleh para salaf. Dalil pertama di atas telah pun kita sebutkan mengenai martabatnya sebagai hadis dusta yang tidak diriwayatkan oleh mana-mana imam dan kitab hadis yang muktabar. Dalil yang kedua pula mengajak kita sama-sama merenung tentang bagaimana para sahabat mempraktikkan persembahan adab terhadap Rasulullah SAW dan mendahulukannya daripada menunaikan perintah. Ketika Rasulullah gering yang membawa kepada kewafatan, Baginda SAW memerintahkan Saidina Abu Bakar r.a menjadi imam solat. Jika diteliti ini adalah suatu perintah. Akan tetapi Saidina Abu Bakar tidak berganjak ke depan untuk menjadi imam bagi menunaikan perintah tersebut. Apabila Nabi keluar dari rumahnya, maka Baginda bertanya kepadanya, lalu Abu Bakar menjawab: "Tidaklah harus bagi anak kepada Abu Quhafah (Abu Bakar) mendahului Rasulullah SAW dalam hal ini". Maka Rasulullah mengakui (taqrir) mengenai perbuatan Saidina Abu Bakar tersebut dalam mengutamakan persembahan adabnya. Telahpun kita ketahui sebelum ini bahawa hadis yang menerangkan kaifiat membaca selawat telah dilafazkan oleh Baginda SAW tanpa lafaz Sayyiduna dan di masa yang sama tidak terdapat dalil menunjukkan Baginda melarang atau mengharamkannya.
Maka dari perkara seumpama inilah ulama fiqh menerbitkan kaedah: Al-Tarku La Yuntiju Hukman. Maksudnya, sesuatu yang ditinggalkan tidak dilakukan oleh Nabi SAW tidak membawa hukum haram selagi tiada dalil menunjukkan tentang pengharamannya. Bahkan telah didatangkan pula banyak hadis yang terdapat lafaz Sayyid disifatkan kepada Nabi SAW. Maka tiada masalah dan terlebih utama sekiranya lafaz Siyadah diharuskan dalam ucapan selawat baik di dalam dan di luar solat sebagai suatu cara mempersembahkan adab dan memuliakan Nabi SAW.
Pendapat yang baik ini disokong dan didokong oleh ramai ulama di antaranya al-'Allamah al-Muhaqqiq al-Usuli Jalaluddin al-Mahalli dengan katanya: "Dan ucapan orang yang solat yang menambah lafaz Sayyiduna dalam tasyahhudnya adalah satu tanda menunaikan perintah memuliakan Nabi SAW berdasarkan dalil-dalil dan menambahkan lagi penerangan mengenai realiti kemuliaan Nabi (dengan melafazkan siyadah) adalah suatu adab, maka ucapan sayyiduna lebih utama diucapkan daripada ditinggalkan.
" Al Hafiz Ibnu Hajar al-Haitami menaqalkan, sesungguhnya pendapat yang menyatakan bahawa menambah lafaz Sayyiduna dalam tasyahhud membatalkan solat adalah pendapat yang jelas salah, maka hendaklah ia dijauhi. Semoga kita semua sentiasa ditawfiqkan untuk mendaulatkan ketuanan Nabi kita Muhammad SAW serta memelihara adab-adab dan hak Baginda ke atas kita dengan sesempurna mungkin.
Disunting daripada:
Oleh Panel Penyelidikan, Yayasan Sofa Negeri SembilanBicara Agama, Utusan Malaysia 20/07/2009
.
Oleh Panel Penyelidikan, Yayasan Sofa Negeri SembilanBicara Agama, Utusan Malaysia 20/07/2009
.
Dr Burhanuddin el-Hilmy

Dr. Burhanuddin Al-Helmy (1911-1969)
-Nama sebenar beliau Amir Burhanuddin bin Ungku Muhammad Nor, dilahirkan pada 28 Ogos 1911 di Chankat Tualang, Perak
-Pendidikan awal di kelas Al-Quran dan agama dan sekolah Melayu. Beliau dihantar ke Sekolah Agama Sungai Jambu, Sumater Barat pada tahun 1924 hingga 1926.
-mengambil phD di Universiti Aligarh, India, jurusan sastera dan falsafah.
Beliau kembali bertugas sebagi guru bahasa Arab di Sekolah Al-Juned Singapura. Di Singapura, beliau mempelajari ilmu perubatan homeopati dan berjaya mendapat Ijazah daripada Ismailiyah Medical College, Hyderabad India. Denga kejayaan ini beliau telah membuka klinik di Johor Bahru dan di Jalan Picitan, Singapura.
- Beliau seorang berpegang kepada akidah Ahlu Sunnah wal Jamaah, Bermazahab feqh as-Syafei dan bertasawuf tariqat al-Naqsyabandiah.
Seorang aktrivis dakwah dan pilitik. Pembabitan awal beliau,
• Ahli Persatuan Jama’tul Islamiah
• Ahli kesatuan Melayu Muda (KMM),1939
• Penasihat Adat Istiadat dan Kebudayaan Melayu semasa pendudukan Jepun
• Pemimpin Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS),1945
• Ketua Imim Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM),1945
• Pengerusi PUTERA-AMCJA, 1947
• Ahgli Jawatankuasa Perhubungan Bangsa-bangsa Asia,1947
• Ahli pengasas PEPERMAS,1947
• Ahli pengasas MATA,1947
• Ahli pengasas Hizbul Muslimin,1948
• Wakil Malaya di Persidangan Afro-Asia Bandung, 1955
• Jurucakap Barisan Kebangsaan melayu, 1955
• Melancarkan penubuhan Perti Rakyat Malaya 1955
Tokoh Pejuang Kemerdekaan
Dr Burhanuddin Al-Helmy adalah antara tokoh ulung perjuangan kemerdekaan. Beliau bergiat cergas dlm KMM dengan tujuan menentang penjajahan British. Dan antara menyokong gagasan Melayu Raya (iaitu suatu kesatuan Indonesia dan Malaysia sebagai sebuah negara Melayu). Beliau juga seorang nasionalis Melayu yang bertunjangkan kepada faham Islam.
Sumbangan kepada Gerakan Islam
Dr Burhanuddin Al-Helmy adalah seorang pemimpin politik Islam yang mendahukui zamannya. Beliau seorang yang progresif, realistik. Berpandangan global serta bertindak berpandukan prinsip2 Islam. Beliau menolak sebarang bentuk dan unsur kolonisme. Tujuan utama beliaun dalam perjuangan politik beliau adalah untuk memerdekakan rakyat Tanah Melayu. Bahkan beliau mahu seluruh bumi Asia bebas daripada sebarang bentuk penjajahan.
Beliau sentiasa bersikap terbuka dan bersedia untuk bekerjasama dengan mana2 pihak sama parti politik bukan melayu atau bukan berasaskan Islam asalkan ia memiliki cita-cita dantujuan yang sama, iaitu untuk sama-sama mencapai matlamat perjuangan membebaskan rakyat daripada penjajahan.
Beliau mengambil pendekatan yang terbuka. Pengalaman silamnya sebelum menerajui PAS yang sentiasa bersedia bekerjasama untuk mengejar cita-cita bersama, iaitu kemerdekaan, telah berjaya menempatkan PAS dalam kancah arus perdana politik negara pada masa itu.
PAS dilihat ada kelainan tetapi Dr Burhanuddin Al-Helmy sebagai tokoh PAS ini tidak lain dan tidak asing bagi mereka yang sama2 mahu mengejar cita-cita kemerdekaan. .PAS di bawah pimpinana Dr Burhanuddin Al-Helmy berjaya meyakinkan rakyat bahawa akar umbi masalah rakyat Tanah melayu adalah warisan penjajahan yang berupa penindasan ekonomi dan politik serta sistem kapitalis global yang menindas dan memperhambakan pribumi tanah jajahan. Beliau menekankan perjuangan Melayu dan Islam sebagai hak dan daulat umat Melayu Muslim dalam konteks gagasan perjuangan ketuanan Melayu dan kedaulatan Islam.
Karya dan Penulisan
• Buku, Perjuangan Kita, 1946
• Falsafah Kebangsaan Melayu, 1947
• Agama dan Politik, 1954
• Ideologi Politik Islam, 1957
* Simposium Tariqat Tasawuf
dan lain-lainKedudukan dan kepentingan Tasawuf
Beliau menekankan kepentingan ilmu tasawuf dan membangkitkan sumbangan para sufi dan ahli tariqat kepada umat Islam dalam dakwah, ilmu dan jihad. Beliau menekankan bahawa kepentingan tasawuf dan amalan tariqat sebagai teras kekuatan dan roh umat Islam.
Beliau bercita-cita melengkapkan diri sebagai seorang ulama’ dan juga mendalami ilmu2 Barat seperti psykologi, ekonomi, bahasa Inggeris, sains, Biologi, Kurikulum, Falsafah, Undang-undang antarabangsa dan Sejarah serta ilmu agama terutamanya tasawuf.
Syekh Mohd Osman Abduh al-Burhani
Syeikh Mohamed bin Sayyid Osman bin Sayyidah Asia binti Sayyidah Khalsum binti Sayyidah Tikat binti Sayyid Musa bin Sayyid Alim bin Sayyid Khaidr bin Sayyid Ali bin Sayyid Nasrulllah bin Sayyid Musa bin Sayyid Isa bin Sayyid Syarif bin Sayyid Yusuf bin Sayyid Arakuddin bin Sayyid Nasruddin bin Sayyid Sirajuddin bin Sayyid Auni bin Sayyid Hubar bin Sayyid Husin bin Sayyid Nasruddin bin Sayyid Qis bin Sayyid Nafi’ bin Sayyid Qasim bin Sayyid Omar bin Sayyid Imran bin Sayyid Nuruddin bin Sayyid Mafra bin Sayyid al-Husin bin Sayyid Ibrahim bin Sayyid Mohamed bin Sayyid Abu Bakar bin Sayyid Ismail bin Sayyid Omar bin Sayyid Ali bin Sayyid Osman bin Sayyid al-Husin bin Sayyid Mohamed bin Sayyid Musa bin Sayyid Yahya bin Sayyid Isa bin al-Imam al-Hasan al-Khalis( al-Hasan al-Askari) bin al-Imam Ali al-Hadi bin al-Imam Mohamed al-Jawad bin al-Imam Ali Redha bin al-Imam Musa al-Kazim bin al-Imam Jaafar as-Sodiq bin al-Imam Mohamed al-Baqir bin Saidina Ali Zainal Abidin bin Saidina al-Husin bin Saidatina Fatimah az-Zahra’ binti Saidina Rasulullah SAW.
Beliau dilahirkan pada tahun 1902 di Halfa, Sudan. Bermazhab Imam al-Maliki. Semenjak kecil beliau mempelari ilmu agama dengan ayahnya dan mempelajari al-Quran dan hadis. Datuknya Syeikh Abdul Rahman Bilal mempunyai kitab yang banyak dan meninggalkan kitab tersebut kepada anak cucunya. Beliau juga mempelajari ilmu fiqh, tauhid, sirah dan tafsir serta banyak melakukukan ibadat puasa sunat dan qiyamullail. Antara guru beliau ialah Syeikh Mohd Osman Abu Tish seorang tariqat al-Qadiriah.
Belliau mengambil tariqat as-Syaziliah melalui ayahnya Syeikh Osman Hamad Abdul al-Baqi daripada datuknya Syeikh Fadl daripada Syeikh Idris daripada Syeikh Abi Dananah daripada Syeikh Ahmad Zaruq daripada Syeikh Abi al-Mawahib as-Syazili daripada Syeikh Abu al-Hasan as-Syazili daripada Syeikh Abdul Salam Bashis daripada Syeikh Hasan al Madani daripada Syeikh Taqiyyuddin al Fukhar daripada Syeikh Fakhruddin daripada Syeikh Nuruddin Abi Hasan Ali daripada Syeikh Muhammad Tajuddin daripada Syeikh Muhammad Syamsuddin daripada Syeikh Zainuddin al Qozwini daripada Syeikh Abi Ishaq Ibrahim al Basri daripada Syeikh Abi Qosim Ahmad al Marwani daripada Syeikh Abu Muhammad Said daripada Syeikh Sa'ad daripada Syeikh Abi Muhammad Fakhus Su'udi daripada Syeikh al Quthub Muhammad Said al Ghozwani daripada Syeikh Abi Muhammad Jabir daripada Saidina al Hasan bin Ali daripada Saidina Ali bin Abi Talib daripada Sayyidina wa Habibina wa Maulana Muhammad SAW.
Salsilah Tariqah ad-Dusuqi Melalui Syeikh Osman Hamad Abdul al-Baqi juga mengambil daripada Syeikh Abi Zaid Ali Yunus daripada Syeikh Abdul Rahman Bek daripada Syeikh Mohamed Harun daripada Syeikh Mohamed al-Bahi daripada Syeikh Ibrahim Soleh al-Hafi daripada Syeikh Ali as-Syarnubi daripada Syeikh Ahmad Arabi as-Syarnubi daripada Syeikh Mohamed al-Itris daripada Syeikh Jalaluddin as-Suyuti daripada Syeikh Mohamed Abdul Salam as-Syazili dan melalui Syeikh al-Itris juga berkesinambungan kepada Syeikh Musa Abu al-Imran daripada Syeikh Ibrahim ad-Dusuqi dan secara tabaruk daripada Syeikh Abi Hasan as-Syazili dan seterusnya.
Pada tahun 1933 belaiu berpindah ke Atbarah dan disitulah mulanya perkembangan tariqah ad-Dusuqi dan ramai orang masuk Islam melaluinya. Pada tahun 1959 beliau ke Khartoum dan menetap disana. Belaiu mempunyai 2 orang isteri dan 8 orang anak.
Keilmuan beliau begitu mengkagumkan dengan kefahaman al-Quran dan Hadis yang begitu mendalam dan mendapat perhatian para ulama. Beliau bersahabat karib dengan Syeikh Qaribullah. Dengan kehebatan ilmunya beliau ditanya daripada mana sumber ilmunya, belaiu menjawab sebagaiman ayat quran (Bertakwalah kepada Allah nescaya akan diberikan ilmunya kepada kamu) dan hadis (Sesiapa beramal dengan ilmu yang dipelajari akan dianugerahkan ilmu yang ia belu mm ketahui). Beliau sering berulang alik ke Kaherah, Mesir. Keilmuan beliau mendapat pujian daripada Syeikh al-Azhar pada zaman tersebut dan merupakan sahabat karib dan sering bertemu sekiranya Syeikh Mohamed Osman ke Kaherah, Mesir iaitu Syeikhul al-Azhar al-Imam al-Akhbar Dr Syeikh Abdul Halim Mahmud dan Ulama lain yang memujinya iaitu Syeikh Ahmad Hasan al-Baquri dan Dr Syeikh Abdul Mun’im Al-Namiri dan lain-lain.
Beliau telah menghasilkan beberapa karya kitab iaitu :
1. Tabriah Zimmah Fi Nashi Ummah Wa Tazkirah Ulul al-Bab Lilsair Ila Sowab”
2. Intisar Auliya ar-Rahman Ala Auliya as-Syaitan
3. Qasidah ‘Syarab al-Wasal’
Setelah 23 tahun dalam dakwah dan khidmat agama beliau meninggal dunia di Khartoum, Sudan pada 4 April 1983 bersamaan 21 Jamadilakhir 1403 dan dimakamkan disana.
Disediakan/Susunan oleh:Rodi
Sufi - Tariqat - Tasawuf
SUFI / TARIQAT / TASAWUF
Sufi
Iaitu ahlillah yang hatinya senantiasa dengan Allah, beribadat kerana ubudiah dan mahabbah dan bukannya kerana balasan ganjaran duniawi dan ukhrawi.
Mereka merupakan ahli Istifa’ (orang pilihan) yang dipilih oelh Allah Taala untuk berkhidmat terhadap agama Allah Taala. Sufi yang pertama ialah Saidina Rasulullah SAW dan Hadis qudsi :
( كنت كنزا مخفيا فاحببت ان اعرف فخلقت الخلق وتعرفت اليه فبه عرفونى )
انا من نور الله والمؤمنون من رشحات نورى
Pengikut sejati Rasulullah SAW iaitu:
Tabiin Qabliyyin : iaitu para Rasul dan Nabi-nabi
Tabiin Ba’diyyin : iaitu para wali
Tabiin Muassorin : iaitu para sahabat
ثم اورثنا الكتاب الذى اصطفينا من عبادنا
اهل القران اهل الله وخاصته
من النبيين والصدقيين والشهداء والصالحين وحسن اولئك رفيقا
Tariqat
Tariqat ialah suatu uslub tarbiah kepada jalan ilahi memakmurkan sunnah dan menjaganya dengan dakwah berhikmah dan memerangi bid’ah dengan bijaksana. Ianya adalah suatu jalan untuk mempraktikkan agama. Ianya diumpamkan suatu madarasah tarbiah melaui bimbingan syeikh mursyid dengan manhaj bersumberkan al-Quran dan Sunnah. Yang merupakan suatu uslub tarbiah dengan penyucian hati dari sifat mazmumah dan pengisian sifat mahmudah dengan pengisian rohani.
Tariqat ialah cara pelaksanaan orang sufi dalam penyampaian manhaj masing-masing mengikut keseuaian zaman sehinggalah ke zaman Qutub empat tasawuf iaitu
Syeikh Ahmad Rifaei,
Syeikh Abdul Qadir al-Jilani,
Syeikh Ahmad al-badawi
Syeikh Ibrahim ad-Dusuqi
dan seterusnya.
Sahabat bertanyakan Rasulullah .: Ya rasulullah khususkanlah daku dengan suatu amalan…
Dan setelah turunnya ayat….
واذكر اسم ربك وتبتل اليه تبتيلا
قد افلح من تذكى وذكراسم ربه فصلى
واذكر اسم ربك بكرة واصيلا
Para sahabat bertanya.. justeru ianya diwarisi dan sahabat-ke sahabat dan tabin selepasnya sehinggalh ke zaman Qutub tersebut dan sehingga kini.
Justeri tariqat ialah cara pelaksanaan wali mursyid bersumberkan Quran dan Sunnah iaitu bagi pembangunan rohani dan penyucian kalbu dengan amalan zikir, wirid, selawat dengan bimbingan wali mursyi.
Tasawuf
Iaitu mengiku manhaj orang sufi, iaitu uslub tarbiah dengan manhaj wali mursyid masing-masing yang diistinbatkan daripada al-Quran dan sunnah dengan izin salasilah sehingga Rasulullah SAW. Iaitu bagi mencapai hakikat ubudiah dan mahabbah. Dengan mengutamakan aspek penyucian kalbu dan pengisian rohani dengan wirid, zikir selawat dan seumpamanya.
Asas-asas Tasawuf:
1.Syeikh Mursyid
Firman Allah Taala:
من يهده الله فهو المهتد ومن يضلل فلن تجد له وليا مرشدا
فسئلوا اهل الذكر ان كنتم لا تعلمون
ياايهاالذينءامنوااتقوا الله وكونوا مع الصادقين
رجل سلما لرجل
Sabda Rasulullah SAW :
العلماء ورثة الانبياء
كن مع الله فا ن لم تكن مع الله فكن مع من كان مع الله فانه يوصلك الى الله
2. Murid
Firman Allah Taala :
قد علم كل اناس مشربهم
3. Uslub Suluk
Hadis Qudsi:
لقد كان لكم فى رسول الله اسوة حسنة لمن كان يرجوا الله واليوم الاخر وذكر الله كثيرا
من عادى لى وليا فقد اذنته بالحرب وما تقرب الى عبدى بشئ احب الى من اداء ما افترضته اليه وما زال عبدى يتقرب الى بالنوافل حتى احبه فاذا احببته كنت سمعه الذى يسمع به وبصره الذى يبصر به ويده التى ببطش بها ورجله التى يمشى بها
4. Sanad salsilah
Syarat ٍ suluk:
1. Taat Syeikh
Firman Allah Taala
واوفوا بالعهد ان العهد كان مسئولا
انما يبايعونك انما يبايعون الله يد لله فوق ايديهم
Syekh Mohd Osman Abduh al-Burhani berkata;
قوام طريق القوم حب وطاعة وكل مقام قام بالاستقامة
Maksudnya: Prinsip Jalan suatu Kaum ialah Mahabbah dan taat dan setiap makam tertegak dengan istiqamah.
وان مريدى من اراد ارادتي
Maksudnya: Dan Muridku ialah menepati kehendakku
2. Hubungan sesama ikhwan
3. Menjauhi perbuatan yang menggurkan amalan.
Kedudukan dan Kepentingannya
Kedudukannya ialah sebagaimana Hadis mengenai Islam, Iman dan Ihsan. Tariqat menjadi wasilah bagi mencapai makam ihsan dalam penghayatan agama dan merupakan roh Islam. Penekanan proses penyucian hati adalah sebagaimana tuntutan al-Quran dan sunnah kerana hati merupakan tempat utama yang dinilai oleh Taala.
Dan didalam mempraktikkan al-Quran dan sunnah semestinya dengan bimbingan wali mursyid. Proses penyucian hati menjadi agenda utama yang ditekankan keran tuntutan fardu ain dan sunnah wajib. Iaitu bagi mencapai sifat mahmudah, mujahadah nafsu agar dapat memahami agama dengan betul dan menerima hidayah dan limpahan nur Ilahi..
Justeru Tasawuf ialah manefestasi dari Quran dan Sunnah
Ibnu Ajibah menyatakan: (Tasawuf suatu ilmu bagaimana untuk bersuluk ke Hadrat Ilahi , proses penyucian hati dari kekotoran maknawi dan menghiasinya dengan sifat mahmudah.)
Syekh Zakaria al-Ansari menyatakan: (Suatu Ilmu bagi mentazkiah nafsu dan mengislahkan dengan akhlak mulia, mengislah zahir dan batin, bagi kebahagian dunia dan akhirat.
Ibnu Khaldun: (Ilmu Tasawuf daripada ilmu syara’; yang timbul dalam umat Islam, asalnya ialah perjalanan rohani para sahabat, para salaf, tabiin dan seterusnya. Yang merupakan jalan hidahat dan benar. Dan dasarnya gigih beribadat dan memutuskan dari yang lain untuk menuju kepada Allah Taala)
Syekh al-Azhar Dr. Abdul Halim Mahmud:
(Tasawuf merupakan bahagian agama yang paling berharga kerana tanpanya ianya akan menjadi kurang, iaitu agama akan kurang pada bahagian yang terpenting iaitu di sudut asasnya sekali.)
Tarbiah Rohiyyah
Menjadi agenda utama dalam perjalanan suluk yang ditekankan para ulama sufi yang merupakan perkata prioriti dan terpenting bagi mencapai hakikat pengabdian, mahabbah dan redha Ilahi.
Penycuian hati fokus terpenting dan mujahadah dalam jihad akhbar kerana ianya begitu mencabar dan susah cabarannya dan perlu berterusan.
Agenda sufi ialah bagi melahirkan insan rabbani, mukmin sejati bagi khidmat agama, menampilkan islam yang hakiki dengan penuh hikmah, aman, indah, sejahtera. Dengan mengembalikan roh kekuatan umat Islam bagi membina kecemerlangan dan ketamadunan hakiki
Sejarah mencatatkan rahsia kekuatan umat Islam ialah dengan perkara tersebut, sumbangan dan jasa para sufi dalam dakwah dan penyebaran Islam ke pelusuk dunia, berjihad mempertahkan umat Islam dan tanah air, membina ukhuwah dan mahabbah,
Penyucian hati menjadi teras utama dalam Tasawuf dan dengan bimbingan wali mursyid. Bahkan bertasawuf dengan berguru adalah kemestian, kerana dengan membaca buku hanyalah sekadar teori. Bahkan bertasawuf dengan berkitab boleh membawa salah faham dan kekeliruan bahkan tiada barakat dalam konteks kesinambungan salsilah masyayikh dengan Rasulullah SAW.
Sufi
Iaitu ahlillah yang hatinya senantiasa dengan Allah, beribadat kerana ubudiah dan mahabbah dan bukannya kerana balasan ganjaran duniawi dan ukhrawi.
Mereka merupakan ahli Istifa’ (orang pilihan) yang dipilih oelh Allah Taala untuk berkhidmat terhadap agama Allah Taala. Sufi yang pertama ialah Saidina Rasulullah SAW dan Hadis qudsi :
( كنت كنزا مخفيا فاحببت ان اعرف فخلقت الخلق وتعرفت اليه فبه عرفونى )
انا من نور الله والمؤمنون من رشحات نورى
Pengikut sejati Rasulullah SAW iaitu:
Tabiin Qabliyyin : iaitu para Rasul dan Nabi-nabi
Tabiin Ba’diyyin : iaitu para wali
Tabiin Muassorin : iaitu para sahabat
ثم اورثنا الكتاب الذى اصطفينا من عبادنا
اهل القران اهل الله وخاصته
من النبيين والصدقيين والشهداء والصالحين وحسن اولئك رفيقا
Tariqat
Tariqat ialah suatu uslub tarbiah kepada jalan ilahi memakmurkan sunnah dan menjaganya dengan dakwah berhikmah dan memerangi bid’ah dengan bijaksana. Ianya adalah suatu jalan untuk mempraktikkan agama. Ianya diumpamkan suatu madarasah tarbiah melaui bimbingan syeikh mursyid dengan manhaj bersumberkan al-Quran dan Sunnah. Yang merupakan suatu uslub tarbiah dengan penyucian hati dari sifat mazmumah dan pengisian sifat mahmudah dengan pengisian rohani.
Tariqat ialah cara pelaksanaan orang sufi dalam penyampaian manhaj masing-masing mengikut keseuaian zaman sehinggalah ke zaman Qutub empat tasawuf iaitu
Syeikh Ahmad Rifaei,
Syeikh Abdul Qadir al-Jilani,
Syeikh Ahmad al-badawi
Syeikh Ibrahim ad-Dusuqi
dan seterusnya.
Sahabat bertanyakan Rasulullah .: Ya rasulullah khususkanlah daku dengan suatu amalan…
Dan setelah turunnya ayat….
واذكر اسم ربك وتبتل اليه تبتيلا
قد افلح من تذكى وذكراسم ربه فصلى
واذكر اسم ربك بكرة واصيلا
Para sahabat bertanya.. justeru ianya diwarisi dan sahabat-ke sahabat dan tabin selepasnya sehinggalh ke zaman Qutub tersebut dan sehingga kini.
Justeri tariqat ialah cara pelaksanaan wali mursyid bersumberkan Quran dan Sunnah iaitu bagi pembangunan rohani dan penyucian kalbu dengan amalan zikir, wirid, selawat dengan bimbingan wali mursyi.
Tasawuf
Iaitu mengiku manhaj orang sufi, iaitu uslub tarbiah dengan manhaj wali mursyid masing-masing yang diistinbatkan daripada al-Quran dan sunnah dengan izin salasilah sehingga Rasulullah SAW. Iaitu bagi mencapai hakikat ubudiah dan mahabbah. Dengan mengutamakan aspek penyucian kalbu dan pengisian rohani dengan wirid, zikir selawat dan seumpamanya.
Asas-asas Tasawuf:
1.Syeikh Mursyid
Firman Allah Taala:
من يهده الله فهو المهتد ومن يضلل فلن تجد له وليا مرشدا
فسئلوا اهل الذكر ان كنتم لا تعلمون
ياايهاالذينءامنوااتقوا الله وكونوا مع الصادقين
رجل سلما لرجل
Sabda Rasulullah SAW :
العلماء ورثة الانبياء
كن مع الله فا ن لم تكن مع الله فكن مع من كان مع الله فانه يوصلك الى الله
2. Murid
Firman Allah Taala :
قد علم كل اناس مشربهم
3. Uslub Suluk
Hadis Qudsi:
لقد كان لكم فى رسول الله اسوة حسنة لمن كان يرجوا الله واليوم الاخر وذكر الله كثيرا
من عادى لى وليا فقد اذنته بالحرب وما تقرب الى عبدى بشئ احب الى من اداء ما افترضته اليه وما زال عبدى يتقرب الى بالنوافل حتى احبه فاذا احببته كنت سمعه الذى يسمع به وبصره الذى يبصر به ويده التى ببطش بها ورجله التى يمشى بها
4. Sanad salsilah
Syarat ٍ suluk:
1. Taat Syeikh
Firman Allah Taala
واوفوا بالعهد ان العهد كان مسئولا
انما يبايعونك انما يبايعون الله يد لله فوق ايديهم
Syekh Mohd Osman Abduh al-Burhani berkata;
قوام طريق القوم حب وطاعة وكل مقام قام بالاستقامة
Maksudnya: Prinsip Jalan suatu Kaum ialah Mahabbah dan taat dan setiap makam tertegak dengan istiqamah.
وان مريدى من اراد ارادتي
Maksudnya: Dan Muridku ialah menepati kehendakku
2. Hubungan sesama ikhwan
3. Menjauhi perbuatan yang menggurkan amalan.
Kedudukan dan Kepentingannya
Kedudukannya ialah sebagaimana Hadis mengenai Islam, Iman dan Ihsan. Tariqat menjadi wasilah bagi mencapai makam ihsan dalam penghayatan agama dan merupakan roh Islam. Penekanan proses penyucian hati adalah sebagaimana tuntutan al-Quran dan sunnah kerana hati merupakan tempat utama yang dinilai oleh Taala.
Dan didalam mempraktikkan al-Quran dan sunnah semestinya dengan bimbingan wali mursyid. Proses penyucian hati menjadi agenda utama yang ditekankan keran tuntutan fardu ain dan sunnah wajib. Iaitu bagi mencapai sifat mahmudah, mujahadah nafsu agar dapat memahami agama dengan betul dan menerima hidayah dan limpahan nur Ilahi..
Justeru Tasawuf ialah manefestasi dari Quran dan Sunnah
Ibnu Ajibah menyatakan: (Tasawuf suatu ilmu bagaimana untuk bersuluk ke Hadrat Ilahi , proses penyucian hati dari kekotoran maknawi dan menghiasinya dengan sifat mahmudah.)
Syekh Zakaria al-Ansari menyatakan: (Suatu Ilmu bagi mentazkiah nafsu dan mengislahkan dengan akhlak mulia, mengislah zahir dan batin, bagi kebahagian dunia dan akhirat.
Ibnu Khaldun: (Ilmu Tasawuf daripada ilmu syara’; yang timbul dalam umat Islam, asalnya ialah perjalanan rohani para sahabat, para salaf, tabiin dan seterusnya. Yang merupakan jalan hidahat dan benar. Dan dasarnya gigih beribadat dan memutuskan dari yang lain untuk menuju kepada Allah Taala)
Syekh al-Azhar Dr. Abdul Halim Mahmud:
(Tasawuf merupakan bahagian agama yang paling berharga kerana tanpanya ianya akan menjadi kurang, iaitu agama akan kurang pada bahagian yang terpenting iaitu di sudut asasnya sekali.)
Tarbiah Rohiyyah
Menjadi agenda utama dalam perjalanan suluk yang ditekankan para ulama sufi yang merupakan perkata prioriti dan terpenting bagi mencapai hakikat pengabdian, mahabbah dan redha Ilahi.
Penycuian hati fokus terpenting dan mujahadah dalam jihad akhbar kerana ianya begitu mencabar dan susah cabarannya dan perlu berterusan.
Agenda sufi ialah bagi melahirkan insan rabbani, mukmin sejati bagi khidmat agama, menampilkan islam yang hakiki dengan penuh hikmah, aman, indah, sejahtera. Dengan mengembalikan roh kekuatan umat Islam bagi membina kecemerlangan dan ketamadunan hakiki
Sejarah mencatatkan rahsia kekuatan umat Islam ialah dengan perkara tersebut, sumbangan dan jasa para sufi dalam dakwah dan penyebaran Islam ke pelusuk dunia, berjihad mempertahkan umat Islam dan tanah air, membina ukhuwah dan mahabbah,
Penyucian hati menjadi teras utama dalam Tasawuf dan dengan bimbingan wali mursyid. Bahkan bertasawuf dengan berguru adalah kemestian, kerana dengan membaca buku hanyalah sekadar teori. Bahkan bertasawuf dengan berkitab boleh membawa salah faham dan kekeliruan bahkan tiada barakat dalam konteks kesinambungan salsilah masyayikh dengan Rasulullah SAW.
Subscribe to:
Posts (Atom)