ASPIRASI / INSPIRASI

Ilmu Massa, Turath, Sejarah. Analisa Kajian Budaya Pemikir. Peradaban Insani Kalbu Akal Mencerah. Hakikat Amal Zikir Dan Fikir. Ilmu, Amal, Hikmah Menjana Pencerahan. Ulul-Albab Rausyanfikir Irfan Bistari. Tautan Mahabbah Mursyid Bimbingan. Alam Melayu Alam Islami Tamadun Melayu Peradaban Islami. Rihlah Ilmiah Menjana Pencerahan Pemikiran, Kefahaman & Ketamadunan (Ilmu,Amal,Hikmah & Mahabbah) - Inspirasi: Rizhan el-Rodi
Nilai Seorang Mursyid

Pelbagai cara yang dilalui oleh masyarakat hari ini dalam menilai dan
mempelajari tasauf.
Umumnya cara itu dapat digolongkan kepada tiga:

! Pembacaan umum tanpa keinginan untuk mendalami tasauf. Penuntut
sedemikian dikatakan penerima riwayah kerana cenderung atau ingin
bertabarruk (ambil barakah) hasil pembacaan itu.

! Ada pula golongan yang ingin mengamalkan tasauf untuk keperluan
peribadi demi membersihkan jiwa atau istilahnya mujahadah nafs iaitu
mensucikan rohani daripada sifat cela (mazmudah) dan menyerap sifat
mulia (mahmudah).

! Akhirnya ada pula golongan yang menunjukkan dua ciri golongan tadi
iaitu mahu membaca, mendalami, membersihkan jiwa dan selanjutnya
mengamalkan tasauf sebagai satu perjalanan.

Sesungguhnya bagi kita, selaku penuntut atau murid tasauf, maka kita
berada dalam golongan ketiga. Untuk memulakan perjalanan, tentulah kita perlu
peta dan mungkin penunjuk jalan (guide). Orang yang akan memandu kita itu
dipanggil secara umum sebagaio guru sufi yang arif (serba tahu akan
disiplinnya).

ISTILAH GURU SUFI
sekurang-kurangnya lapan istilah merujuk kepada guru sufi
(kesemuanya dalam bahasa Arab):

1 Mursyid iaitu orang yang memberikan petunjuk (irsyad)
2 Sheikh iaitu nama yang sering dikaitkan sebagai ketua guru atau
pengetua. Lazimnya Sheikh digunakan kepada guru kanan.
3 Murabbi iaitu orang yang mengajarkan ilmu pendidikan (tarbiah)
4 Maulana iaitu gelar .tuan. guru yang sudah mencapai darjat tinggi
(seperti profesor).
5 Mua.llim iaitu guru yang memberikan ilmu (.ilm)
6 Mudarris iaitu pengurus satu pengajian (darasah, juga dikaitkan dengan
madrasah).
7 Muaddib ialah guru yang mengajar adab (tata susila atau decorum).
Manusia dipanggil .adib. dalam hubungan dengan Khaliq (Penciptanya).
8 Ustaz ialah gelar biasa bagi profesi guru. Ia lazim sekali digunakan dalam
rantau sebelah sini terutama di Singapura, Malaysia dan Brunei. Tetapi di
Indonesia sering ustaz dipanggil kiai.

MENGAPA BERGURU
Berguru merupakan satu konsep setua tamadun manusia.
Ibu bapa adalah guru semulajadi yang awal kepada anaknya. Bersekolah bertujuan untuk berguru ilmu. Walaupun sampai usia bekerja, seseorang tidak putus-putus berguru. Demikianlah dengan tasauf. Apabila proses tasauf itu dijadikan untuk amalan hidup yang dipanggil perjalanan sufi atau tarikat, maka mendapatkan guru amatlah genting.

Manusia paling mulia di sisi Allah SWT termasuk Nabi Musa as, iaitu seorang ulul azmi (pemimpin agung) juga berguru. Kisahnya terpapar dalam surah al-Kahfi, iaitu Nabi Musa menemui Saidina Khidir as untuk mempelajari halhal ghaib yang sukar masuk akal, tetapi berlaku kerana kehendak Allah SWT. Guru tasauf ialah pembimbing rohani yang perlu mempunyai dua kelayakan iaitu selaku mua.llim (menguasai dan penyampai ilmu) dan murabbi (pendidik yang tahu ilmu pendidikan atau tarbiah). Guru begini dipanggil sheikh dalam konteks perguruan tasauf. Murid tasauf pula dipanggil salik dan perjalanannya dipanggil suluk.

Namun sheikh yang lengkap dipanggil mursyid apabila ia mencapai kelayakan untuk membimbing muridnya dari segi kerohanian. Bagaimanapun, mursyid juga dianggap .specialis. atau pakar dalam bidang-bidang lain seperti fiqh atau syariah. Bezanya dalam konteks disiplin tasauf, mursyid hendaklah dilihat sama-sama mengamalkan ilmunya bersama-sama murid seperti solat tahajjud (dalam rangka mendirikan solat malam atauqiamulail atau disebut proses tarbiyah rohiyah . penyantunan roh), berwiridandan seterusnya. Tegasnya mursyid tasauf melaksanakan dan menunjuk ajar akan apa yang diajarkannya.

KULIAH USTAZ HJ ALI HJ MOHAMAD
19 September 2001, jam 2330 . 20 September 2001, jam 0230