(الحمدلله الذي سقى مهج العارفين شراب محبته )
Segala puji itu bagi Tuhan yang menuang ia akan segala hati mereka yang ariffin itu akan minuman kasihnya
(ونوراسرارهم بشموس توحيده ومعرفته )
Dan mencemerlang ia akan segala rahsia mereka itu dengan beberapa matahari tauhidnya dan makrifatnya
ورفع مراتب الصالحين الى سماوات ولايته ) (
Dan diangkatnya akan segala martabat mereka yang solihin kepada beberapa langit wilayahnya
وتوجهم بتيجان توفيقه وهدايته ) (
Dan dimahkotanya akan mereka itu dengan beberapa mahkota taufiknya dan hidayatnya
وحلاهم بحلى الرضى وكساهم سنادس الكرامات الباهرة ) (
Dan dipakainya akan mereka itu dengan beberapa perkakas pakaian keredhaan dan diperpakaikan mereka itu akan beberapa pakaian sandas karamat yang bersangatan eloknya
(ونصبهم اعلام دينه وائمة اممه فى الدنيا والاخرة )
Dan didirinya ia akan mereka itu hal keadaan mereka itu beberapa bukit agamanya dan beberapa ikutan segala umatnya pada dunia dan akhirat
(ووفق كل من اراد به الخير لتحصيل نفائس العلوم والمعارف ورغبهم فى الاطلاع على فرائد الفوائد وطرائف اللطائف)
Dan memberi taufik ia akan tiap-tiap mereka yang dikehendaknya dengan dia akan kebajikan bagi mendapatkan segala yang baik-baik daripada ilmu Dan pengetahuan dan menggemar ia akan mereka itu pada terlihat atas segala yang tunggal ertinya yang tiada baginya bandingannya segala faedah Dan segala yang elok daripada segala perkara yang halus-halus yang tersembunyi
(والصلاة والسلام على سيدنا محمد الذى اوضح لنا الشئون والقصص)
Dan rahmat dan sejahtera atas pengulu kita Nabi Muhammad yang menyatakan bagi kita akan segala kelakuan dan segala pekerjaan
للخاطب بقوله نحن نقص عليك احسن القصص ) )
Yang dikhitabkan dia dengan firmannya SWT didalam surah Yusuf نحن نقص عليك احسن القصص ) ertinya kami citrakan akan atas engkau ya Muhammad akan seelok-elok citra
(وعلى اله واصحابه النجوم الثواقب)
Dan atas keluarganya dan segala taulannya yang mereka itulah beberapa bintang yang menerangkan
الذين حمدت منهم السجايا والمناقب ) (
Yang dipujikan daripada mereka itu akan segala perangai dan segala kemegahan
(اما بعد فانى لما رايت النفوس تنتعش وترتاح الى الحكايات والقصص الملاح)
Adapun kemudian daripada itu maka bahawasa aku tatakala lihatku akan segala nafsu itu tersuka ia dan bersenang ia kepada segala hikayat dan segala cerita yang elok-elok
(وتتولع بسمعها وتتمتع بصدعها)
Dan berahi ia dengan mendengarnya akan dia dan bersedap-sedap ia dengan perkhabarannya
(احببت ان اجيب الى مقصدها واكتسب الاجر من معبودها)
Kasihku bahawa aku perkenankan kepada maksudnya dan aku dapat laba pahala daripada Tuhan yang disembahnya
فجمعت بحمدلله تعالى (من الروايات العلماء الثقات المصاقع ما تشتهيه القلوب وتستحسنه العقول وتلتذبه المسامع)
Maka aku himpunkan dengan puji Allah Taala daripada segala riwayat ulama’ yang kepercayaan yang baligh perkataan mereka itu akan barang yang diinginkan dia oleh segala hati dan mengelokkan dia oleh segala akal dan dapat lazat dengan dia oleh segala pendengaran
(ويغنى عن الفكاهة والسمر فى الفرض الاقامة والسقر)
Dan mengkaya ia daripada percakapan bergurau atau selora yang menyukakan hati dan percakapan pada malam yang cemerlang bulannya antara beberapa tolan pada beberapa ketika lapang di dalam masa bermukim dan safir
(ويزيل عن مطالعه الاحزان ويذود عن سامعه الاشجان)
Dan menghilang ia daripada mereka yang mutalaahkan dia akan segala dukacita dan menegah ia daripada mereka yang mendengar kan dia akan segala kerusingan
(من الحكايات الاتقياء الصالحين وكرامات الاولياء الواصلين ومناقب الائمة المجتهدين الكبار ومفاخر الاقطاب الاخيار ذوى الاسرار)
(
Dariapda beberapa hikayat segala orang yang takut akan Allah taala yang solihin dan beberapa karamat auliyaa’ yang sampai mereka itu kepada Allah Taala dan beberapa kelebihan beberapa Imam yang mujtahidin yang besar-besar dan beberapa kemegahan Qutub yang dipilihi yang mempunyai beberapa banyak rahsia......... ((bersambung