Hidupkan Jiwa Tasawuf. Kembalikan Jatidiri Sebenar Melayu!
Memang ada pihak yang tidak senang dengan amalan Tasawuf yang sejati. Apa hendak dibuat? Fitnah akhir zaman semakin kuat. Golongan kaki rasuah, kaki betina dan segala macam kaki-belit sudah bermaharajalela mengaku sebagai pejuang agama, bangsa dan negara dengan kata-kata manis mereka yang disokong pengajian tinggi agama dan kepandaian membaca doa berjela sebagai penguat hujah tetapi hampa tanpa roh Islam yang syumul.
Masalahnya, tidak ramai yang nampak hakikat sebenar kecuali mereka yang mampu melihat dengan matahati jernih yang mampu menembusi segala tipu-helah... Dan selalunya orang yang mampu menembusi lakonan manusia durjana bertopengkan agama ini adalah orang yang memiliki jiwa Tasawuf. Maka itu ilmu Tasawuf cuba dihapuskan dengan akal rendah supaya helah si buruk berlagak alim dapat diteruskan... Malah pelajaran Tasawuf boleh "diolah-balik" sehingga menjadi tidak lebih daripada ilmu falsafah yang mungkin dapat memantapkan hujah para penganutnya dalam arena perdebatan ilmu tapi membutakan terus matahati.... Sehingga manusia jadi berbangga dengan kepetahan lidah sedangkan hakikat Islam yang melahirkan ketenangan langsung tidak terpancar daripada kata-kata mereka
Hujah kepada yang mengelirukan pandangan Tasawuf
"Betapa ramai yang menentang amalan Tasawuf dan mengingkari aliran Tariqat adalah di sebabkan banyak faktor. Sebenarnya hal ini berkait rapat dengan beberapa usaha jahat untuk melemahkan umat Islam sekaligus memfitnah dan merobek agama samada dari luar mahupun dari dalam. Puncanya terlalu luas dan mungkin dapat di perkatakan sekadar kemampuan yang dapat dimanfaatkan dalam ruangan yang singkat ini.
Punca pokoknya ialah sebagaimana kata Maulana Syeikh: 4 Golongan yang tidak dapat Ilmu atau menjauhi Ilmu: orang yang merasa sudah banyak, Orang yang malu, orang enggan, orang takabur(ego).
Kejahilan dan gagal memahami agama Islam secara komprehensif/ menyeluruh . Ada puak yang melihat sumber hukum Islam itu hanya satu saja iaitu Al Quraan. Lantas mereka menilai hadis semula kerana mereka ragu dengan Al Hadis walaupun hadis itu diterima pakai oleh kesepakatan Ulama sebagai sahih seperti perawi Bukhari dan muslim dllnya. Akhirnya puak ini menerbitkan hukum yang tanpa tafsiaran dari hadis maka ini adalah tertolak sama sekali MUKTAMAD. Golongan ini dikenali sebagai anti hadis. Sembahyang mereka berbeza dengan Umum, puasa dan lain-lain perkara pokok sudah berbeza akibat meninggalkan hadis.
Ada puak pula melihat sumber hukum Islam itu hanya dua saja iaitu Al Quran dan Al Hadis saja lalu menolak Ijma Ulama dan Qias. Mereka ragui kebenaran Ulama terdahulu dan sekarang lantas mereka membuat penilaian semula terhadap Ulama dan pandangan mereka akhirnya lahirlah fahaman :
1. Semua orang boleh berijtihad tanpa perlu apa-apa syarat.
2. Menilai semula Ulama hadis dan akhirnya mereka mudah meletakkan suatu hadis itu bertaraf dhaif atau maudhu bukan berdasarkan disiplin Ilmu Hadis.
3. Cepat menghukum bid’ah,sesat,kafir tanpa melihat pada disiplin agama samada ianya furu atau usuliah.
4. Menolak amalan mazhab-mazhab Islam kerana diharamkan bertaqlid kepada mana- mana mazhab.
5. Menolak amalan amalan tariqat sufi kerana ianya di anggap bid’ah dan sebagainya.
Sebenarnya puak ini adalah aliran fahaman modenisasi yang menganggap amalan umat Islam kebanyakkannya telah di resapi amalan bid’ah.
Contoh fahaman diatas adalah sebahagian dari pandangan mereka. Bagi kita yang kerdil dalam Ilmu Islam pun kadang-kala terikut-ikut dengan fahaman mereka kalau tak menyeluruh pun tapi sebahagiannya telah kita yakini. Dari sudut ini kita ikut mazhab Syafie manakala sudut lain pula kita hentam tariqat? Puak ini juga tertolak kerana fahaman mereka banyak membid’ahkan umat Islam yang sunni.
Sumber hukum Islam ialah 4 iaitu(mengikut turutan)
1. Al Quraan
2. Al Hadis
3. Ijma Ulama
4. Qias
Kalau kita pakai dua saja maka akan berlainanlah pandangan kita samada furu mahupun usul.Contohnya:Kalau kita faham Bid’ah itu ada dua(dhalalah-sesat dan hasanah-kebaikan) maka puak ni kata bid’ah tu satu je iaitu dhalalah(sesat).
Persoalannya Sekiranya amalan tariqat ni sesat bid’ah mengapa Ulama-Ulama terdahulu menghayatinyaseperti Imam Al Ghazali,Imam Al Qusyairi.Imam Junaid,Imam Wahab Syaroni,Syeikh Abdul Qadir Al Jilani dsbnya.Ulama di nusantara terdahulu yang sampai sekarang kitab mereka menjadi rujukan kita juga tidak terkecuali sebagai orang yang menghayati amalan sufi spr Syeikh Daud Al Fatani.Syeikh Ahmad Zain Al Fatani, Sy Abdus samad Al Falimbani, Tuan Tabal, dll.
Buktinya pergi ke arkib negara check kitab-kitab mereka majority keseluruhannya kitab tasawuf.Kalau nak hukum sesuatu kumpulan tariqat itu sesat pun kenalah teliti dulu bukan ikut sedap kita. Bukan tak ada yang menyeleweng atau mendakwa sufi. sama jugalah dengan mazhab aqidah ada juga yang menyeleweng Cuma yang dikesali dihentam satu seolah-olah hujah mereka mewakili hentam semua mazhab sufi ini yang batilnya!.
Lihat dulu ilmu kita seperti yang disarankan apakah Ilmu kita dah setaraf ke dengan Imam Syafie atau Imam Al Ghazali atau dengan Syeikh Daud Al Fatani ke atau dengan Imam Bahaudin Naqsyabandi ke?Ini kita terus hentam ulama sufi misalnya Imam Mahiyuddin Ibnu Arabi? Baru belajar Universiti Azhar dah boleh pertikai Ulama Dahulu.Tahukah kita ramai Ulama terkemuka dan muktabar membela beliau sewaktu puak-puak dangkal menghentam beliau di antaranya:
1. Imam Majduddin Al Fairuz Abadi.
2. Syeikhul Islam (di negeri Syams) Imam Sirajuddin Al makhzumi.
3. Syeikh Kamaluddin Bin Az Zamlakani (Qadhi Al Qudhah)
4. Al Hafizh Adz Dzahbi.
5. Syeikh Asy Suhrawardi
6. Imam Al Yafi’I
7. Imam Badruddin Ibnu Jamaah
8. Imam An Nawawi.
9. Ibnu Atta’illah Askandari
10. Syeikhul Islam Badruddin Al Makhzumi.
Kemudian tentang keyakinan Nur Muhammad. Ada yang kata ciptaan kaum sufi lah , bid’ah tak ada dalam Islam dan macam-macam lagi kata mereka.Sebenar nya Keyakinan tentang Nur Muhammad ini memang ada di dalam Hadis nabi s.a.w yang mana Abdur razaq telah meriwayatkan dengan sanadnya dari Jabir Bin Abdullah Al Anshari yang menutur sebagai berikut: “Aku bertanya ; ya Rasulullah beritahu aku tentang apa yang mula pertama di ciptakan Allah swt sebelum segala sesuatu.Baginda menjawab: Hai Jabir, sebelum Allah mencipta segala sesuatu Dia menciptakan nur nabimu dari NurNya..”
Sanad dari Jabir adalah shahih, tiada perubahan apa pun.Dikuatkan lagi dengan hadis yang diriwayatkan oleh Ali Bin Husain r.a yang berasal dari ayahnya(Imam Ali Bin Abu Thalib) dan dari datuknya(Nabi Muhammad s.a.w.) iaitu :“Dahulu aku adalah nur di sisi Tuhanku”.
Hadis tersebut di sebut oleh Al Hafiz Abul Hassan Ali Bin Muhammad Bin Al Qatthan di dalam Ahkamnya. Ibnu Qatthan termasuk golongan kritikus(naqqad) hadis yang terkenal dengan teknik pembahasannya dan termasuk juga sejumlah Ulama yang sangat teliti dan ketat menjaga riwayat-riwayat Hadis dan penghafalannya.Tak kurang juga Ulama-ulama yang terkenal di nusantara yang membenarkan dan menulis tentang nur Muhammad iaitu:
1. Syeikh Abdullah Arif dalam Bahr Al Lahut.
2. Syeikh Nuruddin Ar Raniri dalam Bad-I Khalqis Samawati wal Ardh
3. Syeikh Daud Al Fatani dalam Muswaddah.
4. Syeikh Nawawi Bentan dalam Bughyan al awam dll.
5. Syeikh Basri Al Manzalawi dalam Fawaid an Nadhirah
6. Sayidi Utsman Bin Abdullah Bin Aqil ibni Yahya dalam Ad Durr al Basim..
7. Sayid Jaafar Bin Ismail al barzanji dalam Nuzhatun Nazhirin
8. Saiyid Yusuf Bin Ismail an Nahbani dalam Al Anwar Al Muhammadiah min Al Mawahib Al Laduniyyah
9. Syeikh Muhammad Bin Ismail Daudi Al Fatani dalam Kaukab ad Durri
10. Syeikh Zainal Abidin Bin Muhammad Al Fatani Dalam Kasyfil Ghaibiah
11. Syeikh Ahmad BinMuhammad Zain Al Fatani dalam Badrit Tamam
12. Syeikh Utsman Bin Syihabuddin Al Funtiani al Banjari dalam Ashal
· Isu ini sila rujuk Fatwa Mufti Mesir Syeikh Ali Jumaat dan Kalam Syeikh al-Azhar Dr Ahmed al-Tayeb
Sebenarnya kita mungkin rasa asing kerana kita tak memahaminya atau kerana kita tak mengaji Ilmu Tasawuf apatah lagi mengamalkannya. Ini biasa terjadi kerana kalau orang yang mengaji fardhu ain dia mesti mengaji sekurang-kurangnya 3 ilmu iaitu Ilmu Tauhid , Ilmu Feqah dan Ilmu Tasawuf tetapi bagi kebanyakkan orang sekarang mereka belajar ilmu fardhu ain hanya belajar Tauhid dan Ilmu Feqah saja tetapi mengabaikan ilmu Tasawuf kerana dianggap ilmu tasawuf bukan ilmu fardh ain .Inilah kefahaman yang silap kerana Imam Malik r.a. berkata:“Barangsiapa berfeqah saja tanpa bertasawuf maka ia fasiq dan barangsiapa yang bertasawuf tanpa berfeqah maka ia kafir zindik(penyeleweng), dan barangsiapa yang menghimpunkan antara keduanya maka jadilah ia muslim yang haqiqi”.
Kalau dalam konteks menentukan apa itu ilmu fardhu ‘ain pun tidak selari dengan ulama terdahulu macammana kita nak menentukan sesuatu itu benar atau pun salah?
Ada pulak puak yang terkeliru berhujjah dengan katanya : "Mengapa kita perlu ikut ulama sedangkan ulama tidak ma'sum adalah lebih baik kita ikut Hadis nabi kerana hadis nabi itu sudah jelas(nyata) dan ma'sum dari melakukan kesilapan ?
¨Pandangan ini lagi mengelirukan kita ! Memanglah hadis itu ma'sum dan ulama tidak ma'sum tapi bukan kah setiap hadis nabi itu mesti di huraikan mengikut pandangan ulama? Dan tidakkah Allah Ta'ala menganjurkan supaya bertanya pada mereka yang tahu(ulama) jika kamu tidak tahu ?
Bahkan nabi sendiri bersabda : "Ulama itu adalah pewaris nabi-nabi¨.(Dirawikan oleh Abu Daud,At Tarmidzi dll dr Abid Darda). Tiba-tiba datang satu puak ni tak mahu pakai tafsiran ulama kalau begitu nak suruh kita tafsir hadis tu sendiri-sendiri alamat rosaklah agama. Bila agama di tafsir oleh orang jahil akan rosaklah ummat dan porak poranda lah dunia ni nanti. Sebab itulah ada satu puak tolak mazhab kerana alasan mereka bahawa mazhab itu ciptaan Ulama.Di zaman Rasulullah s.a.w. mana ada mazhab kata mereka.
Memanglah di zaman Rasulullah s.a.w. tidak ada mazhab bahkan tiada ilmu feqah(yg tersusun macam sekarang), Ilmu Tauhid,Ilmu Tasawuf,Ilmu tajwid,Ilmu Tafsir dan sebagainya kerana di zaman Rasulullah s.a.w. semuanya terangkum sekali. Apabila sahabat ada satu-satu masalah terus boleh tanya Rasulullah s.a.w. dan terus dapat jawapannya tapi sekarang sementalahan Rasulullah s.a.w. telah meninggalkan kita sudah sekian lama bagaimana kita nak mengetahui satu-satu hukum jika kita berdepan dengan berbagai masalah yang serba canggih hari ini bukankah Ulama lah tempat rujuk kita ?
Bolehkah kalau kita jumpa satu-satu ayat Al Qur'an atau Al Hadis maka kita tafsir ikut akal kita sendiri tanpa merujuk (atau mengetahui) pada ilmu-ilmu alatnya seperti Bahasa Arab ,Asbabun Nuzulnya , Ilmu Mustalah Hadis , Usul Tafsir dan sebagainya ? Sudah tentu tidak maka itu sebabnya kita di wajibkan bertaqlid(mengikuti) pada mana-mana pada salah satu mazhab feqah dalam Islam supaya selamat kita dari arus mentafsir Al Quraan dan Sunnah nabi s.a.w. ikut nafsu kita sendiri! Kadang kala situasi akan menjadi pelik jika ada orang berhujjah dengan bertanyakan apa hadis ini hadis shahih ke dhaif ? Al Maklumlah sekarang ni kebanyakkan orang sudah pandai menilai..
Cuma sayangnya bila kita tanya dia balik, berapa ribu hadis yang telah awak tahu dan hafal dalam menilai sesuatu hadis ? Disiplin macamanakah nak untuk mengetahui ketogeri satu-satu hadis itu ? Sudahkah anda pelajari ilmu alatnya ? Kalau semua persoalan tidak dapat di jawab maka kembali lah kepada Ulama - Ulama mazhab dan ulama-ulama muktabar yang berkepercayaan dari dulu dan sekarang. Kerana peranan mereka lah dengan menyusun ayat-ayat Al Qur'an dan Al hadis serta mengkaji sedalam-dalamnya berdasarkan ilmu-ilmu alat dan ilmiah serta sikap yang terlalu berhati-hati timbul lah di depan mata kita dengan mudah (bagi kita yang bertaraf awam) kitab-kitab Ilmu Tauhid, Kitab Ilmu Feqah, Kitab Ilmu Tasawuf Kitab Tafsir dan sebagainya.
Tetapi setengah dari sikap puak baru yang keliru kadangkala sampai dituduh ulama terdahulu tak belajar hadis atau cetek dalam ilmu mustalah hadis kerana banyak mengeluarkan hadis-hadis yang bertaraf dhaif dalam kitab mereka!(peristiwa ini memang benar-benar terjadi).Bila kita ukur dari segi ilmunya atau akhlaknya orang yang bercakap macam itu tadi air kaki Ulama terdahulu pun tak ada jika nak di bandingkan ilmu mereka , wara mereka , adab dan akhlaq serta tawadhu mereka bahkan sikap berhati-hatinya mereka terhadap satu-satu hukum yang nak di keluarkan kerana terlebih takut mereka itu akan Allah Ta'ala. Inilah sikap Ulama terdahulu seperti Imam-imam mazhab,Imam Ghazali r.h .Imam Mahiyuddin Abdul Qadir Al Jilani , kedua-dua Ibnu Hajar,Imam Sayuti, Imam Abu Hassan Asy'ari, Imam Abu Mansur Al Maturidi , Syeikh Daud Al Fatani dan banyak lagi yang se aliran dengan mereka yang tergolong dalam mazhab Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
Apa yang di takuti ialah kita menjadi puak modenis secara disedari atau pun tidak yang menjadi penilai hadis ikut acuan mentality musuh-musuh Islam sepertimana yang di ulas oleh Wan Muhammad Ali dalam bukunya Islam dan Fitnah Modenisasi Ms 92 (terbitan Pustaka Syuhada cetakan tahun 2000)dengan katanya : "Sebahgian kaum modenis menerima hadis , di samping Quraan untuk menjadi panduan hidup mereka. Tetapi mereka memilih -milih di antara hadis itu : mana yang bercanggah dengan cara hidup mereka atau kecenderungan-kecenderungan mereka, menyelewengkan maksudnya atau mereka pejamkan mata terhadapnya atau mereka tolak saja mentah-mentah sebagai hadis maudhu' ataupun sekurang-kurangnya dhaif.
Di antara hadis-hadis yang paling tidak disukai oleh kaum modenis umumnya ialah hadis-hadis yang menyatakan tentang kecelaan dunia , kecelaan hidup bermewah-mewah , keutamaan hidup miskin dan fakir dan larangan bertasyabuh iaitu menyerupai atau meniru-niru kaum kafir. Mereka menggolongkan hadis-hadis yang mereka tidak sukai itu sebagai maudhu atau sebagai dhaif bukan secara ilmiah dan dasar ikhlas tetapi atas dorongan hawa nafsu saja.
Ada pula kaum modenis yang membuat kajian terhadap hadis dan sunnah , mencuba menayangkan mentality moden mereka yang bersifat agnostic atau ragu-ragu terhadap Allah itu , ke atas para rawi tertentu membuat hadis atau membuat kebohongan , padahal para rawi itu telah di akui oleh para ahli hadis sebagai orang yang bersifat adil dan bertaqwa dan hidup dalam suasana sentiasa takut akan kemurkaan Allah.
Kemudian terdapat pula percubaan di kalangan kaum modenis terutamanuya murid-murid orientalis , untuk menganalisa hadis dengan menggunakan kaedah-kaedah "higher Criticism" seperti yang telah disebutkan tadi. Mereka di pengaruhi antara lainnya oleh orientalis Yahudi Ignaz Goldziher dan Joseph Schacht dan orientalis Kristian seperti Sir Hamilton A.R. Gibb¡¨.
Golongan Yang Mendakwa Sufi, tasawuf, tariqat adalah menyeleweng iaitu:
- Jahil ilmu agama
- Tidak merujuk manhaj dan disiplin ilmu
- Hasad Dengki / Ego
- Terpengaruh dengan Orientalis
- Aliran fahaman bukan ASWJ
- Agenda dan Kepentingan Peribadi
· Golongan yang bertopengkan atau mendakwa sebagai Sufi, tasawuf atau tariqat:
- Tiada izin
- Putus Sanad
- Mengubah Manhaj Syeikh/ Tidak ikut Manhaj
- Mendakwa Diri
- Agenda Peribadi
- Jahil ilmu
GOLONGAN YANG DIKENALPASTI MEMUSUHI TASAWUF DAN TARIQAT:
- ORIENTALIS, ALIRAN AKIDAH BUKAN ASWJ, ALIRAN FAHAMAN ZAHIRIAH, IBLIS SYAITAN, MUSUH ISLAM.
Kenyataan Mufti Mesir Syeikh Ali Jumaat maksudnya:
Ketahuliah mereka yang memusuhi sufi dan tasawuf adalah mereka yang Jahil ilmu dan hakikatnya serta ketahuilah bahawa kalbu mereka adalah penuh kegelapan dan Zulumat’.
(petikan dari akhbar Mesir awal Oktober 2010)
· Salahfaham dan kekeliruan dalam bidang tasawuf, tariqat atau sufi ialah suatu ketidakadilan dikenakan dalaam bidang ini iaitu ianya tidak dirujuk kepada ulama dan mereka yang arif dalam bidang ini serta sumber sebenar dalam bidang ini sedangkan dalam bidang lain ianya dirujuk kepada ahli pakar dalam bidang tersebut. Ketahuilah sesuatu bidang mempunyai disiplin dan konsepnya tersendiri dan pakarnya tersendiri atau ulama’ bidang tersebut. Ketahuilah sememangnya ada golongan yang mendakwa sufi, tasawuf atau tariqat atau berselindung bertopeng nama tersebut yang menegatifkan nama dan hakikat sebenat Sufi, tasawuf dan tariqat. Namun perlunya keadilan dalam menilai sesuati perkara mengikut disiplin ilmu tersebut dengan merujuk ahlinya (ulama’) yang arif bidang tersebut dengan rujukan sebenar dan manhaj yang betul. Wallahua’lam.
Sumber: merahsilu