ASPIRASI / INSPIRASI
Ilmu Massa, Turath, Sejarah. Analisa Kajian Budaya Pemikir. Peradaban Insani Kalbu Akal Mencerah. Hakikat Amal Zikir Dan Fikir. Ilmu, Amal, Hikmah Menjana Pencerahan. Ulul-Albab Rausyanfikir Irfan Bistari. Tautan Mahabbah Mursyid Bimbingan. Alam Melayu Alam Islami Tamadun Melayu Peradaban Islami. Rihlah Ilmiah Menjana Pencerahan Pemikiran, Kefahaman & Ketamadunan (Ilmu,Amal,Hikmah & Mahabbah) - Inspirasi: Rizhan el-Rodi |
:Polemik Firqah Salafi Wahabi di Malaysia
Polemik Firqah Salafi Wahabi vs Ahli Sunnah Waljamaah di Malaysia
Polemik antara aliran Salafi Wahabi dengan Ahli Sunnah Waljamaah di dalam Negara semakin mendapat perhatian dan ianya juga menjadi perbualan kalangan masyarakat berilmu.
Kedua pihak saling mengkritik dan mempertikaikan antara satu sama lain berkenaan hal ehwal agama mengikut kefahaman masing-masing. Kedua belah pihak memepunyai hujah tersendiri bagi mendokong pandangan mereka.
Malaysia sebuah Negara yang pada dasar umat Islam mempraktikkan aliran Sunnah Waljamaah sejak berzaman kedatangan Islam di Alam Melayu dan ianya menjadi pegangan majoriti umat Islam sedunia. Bahkan rantau nusantara dikenali rantau Sunni.
Manhaj ASWJ
Apakah yang dimaksudkan aliran Ahli Sunnah waljamaah… Iaitu golongan yang memahami al-Quran dan as-Sunnah dengan kefahaman Islam sebenar iaitu berpaksikan akidah menikut manhaj (methodology) Imam Abu Hasan al-Asyaari dan al-Maturidi, didalam mempraktikkan amalan Feqah mengikut mazhab seperti Hanafi, Maliki, Hanbali dan Syafei. Dan mempraktikkan amalan Tasawuf mengikut manhaj Imam al-Ghazali atau mana-mana Tariqat Sufi Muktabar. Antara tokoh iaitu Imam al-Ghazali, Imam as-Syafei, Imam Hanafi, Imam al-Abu Hasan Asyaari, Maulana Zakaria al-Kandahlawi, Said Nursi, Syeikh Daud al-Fathoni, Syeikh Ahmad al-Fhathoni, Syeikh Abd Samad al-Palembani, Syekh Mohd Arsyad al-Banjari, Dr Uthman el-Muhammady dan ramai lagi. Institusi yang utuh dengan aliran Sunni ASWJ iaitu al-Azhar as-Syarif, Mesir dan institusi Pondok/pesantren dan Institusi Tariqat Sufi.
Manhaj Salafi Wahabi
Iaitu suatu aliran yang mendakwa berpegang secara langsung kepada al-Quran dan Hadis tanpa mengikuti mazhab tetapi mengikut manhaj golongan salafus soleh. Mereka menisbahkan diri mereka sebagai salaf iaitu golongan yang hidup dalam sekitar 300 tahun daripada zaman Rasulullah SAW. Antara tokoh aliran ini ialah Ibn Taimiah, Mohd b wahab, Ibn Qayyim, Nasrudin al-Albani, Abd Qadir al-Jazairi, Ibn al-Baz, Nasrudin al-Albani, Usama Bin Laden dan lain-lain. Antara institusi utama iaitu Universiti Islam Madinah al-Munawarah, di Arab Saudi dan beberapa madrasah di Pakistan.
Fenomena Salafi Wahabi di Malaysia semakin ketara dengan sikap golongan firqah tersebut yang mempertikaikan ulama Melayu silam dan kitab-kitab karya mereka dengan tohmahan sebagai jumud dan menyeleweng. Amalan-amalan kebaikan seperti maulid, tahlil, majlis zikir dihukumkan sesat dan bidah. Bahkan golongan salafi Wahabi banyak memainkan doktrin menghukum seperti sesat, khurafat, bidah, syirik, kufur mengikut kefahaman dan pandangan mereka. Golongan Salafi Wahabi berjaya mendapat tempat di beberapa media massa seperti majalah dan akbat harian dan mingguan. Mereka juga berjaya menduduki di dalam sektor awam, institusi pengajian tinggi awam dan swasta, NGO, parti politik dan lain-lain. Bahkan mereka telah berjaya penetrasi kedalam aliran Sunni Ahli Sunnah waljamaah dan mendakwa merekalah sebenarnya ASWJ. Konsep yang mereka sebarkan doktrin mereka adalah melalui mengajar di sekolah, surau, masjid, IPT, dan melalui penulisan di media massa serta seminar, wacana, ceramah, Internet, Tv, Radio dan sebagainya. Bahkan menjadikan masyarakat tidak dapat menilai antara siapa sebenarnya golongan ASWJ.
Fahaman tabdi’ yang dipelopori golongan salafi wahabi membawa kekeliruan kepada masyarakat tentang Islam yang sebenar walhal sejak berzaman Islam di dalam Negara ialah ASWJ. Fahaman tabdi’ boleh membawa perpecahan dan pertelingkahan dalam masyarakat Islam di Malaysia. Walaupun golongan Salafi Wahabi masih kecil namun mereka kelak bagaikan bom jangka yang akan menggugat perpaduan umat Islam di Malaysia.
Agenda Salafi Wahabi kini ialah mengkritik ulama Melayu silam sebagai jumud, sesat dan menyeleweng dan mempropagandakan kitab agama Jawi Melayu sebagai tidak betul dan taksub kepada mazhab dan taksub kepada bangsa Melayu. Sememangnya mereka bertopengkan dan mendakwa mereka sebagai golongan Islah, tajdid dan mengikut al-Quran dan al-Hadis. Dan mereka begitu sensitif jikalau membangkitkan penyelewengan ulama rujukan mereka yang menjadi pujaan golongan Wahabi. Bahkan mereka bijak dengan menafikan panggilan wahabi kepada pengikut-pengikut mereka bagi memperdayakan masyarakat dengan dakyah dan doktrin mereka tersebut. Dan Mereka juga suka membangkitkan isu-isu masalah furu’, ayat-ayat mutashabihat dan kontroversi bagi mengelirukan umat Islam dengan ASWJ yang hakiki. Bahkan sesetengah pihak sudah keliru dengan mengiktiraf golongan Salafi Wahabi sebagai sebahagian daripada aliran ASWJ.
Di Malaysia mereka membentuk jaringan sesama mereka dan secara antarabangsa dengan golongan Salafi Wahabi di Timur Tengah, Indonesia dan Thailand serta menjemput ulama Wahabi ke Malaysia bagi wacana ilmu anjuran mereka. Mereka bergerak melaui NGO dan sebagainya seperti Jemaah Ansar as-Sunnah, Gerakan Islah, Muslim Profesional Forum MPF, Institut Ibn Qayyim, P.Pinang, Ittiba’ as-Sunnah .
Penutup
Sesungguhnya doktrin yang dibawa oleh golongan Salafi Wahabi adalah melampau dan bertentangan dengan ASWJ yang sebenar mengikut kefahaman al-Quran dan Hadis. Fahaman Tabdi’ seperti menghukum sebagai sesat, bid’ah, khurafat, syirik, taksub mazhab, jumud dan taksub kepada bangsa adalah doktrin yang selau dibawa mereka. Mereka selau bertopengkan dengan dakwaan berpegang kepada al-Quran dan Hadis, golongan Islah, tajdid dan sebagainya.
Mereka semakin membentuk jaringan sesama golongan wahabi sebagai jaringan strategik dalam dan luar Negara dan berusaha mencari peluang di media massa dan posisi strategik dalam perkhidmatan awam dan NGO serta parti politik. Mereka akan membangkitkan perselisihan dengan apa yang telah diamalkan masyarakat sejak berzaman dengan dakwaan ianya bertentangan dengan Islam. Dengan pengaruh dan kuasa agenda Salafi Wahabi ialah untuk menjadikan umat Islam di Malaysia berpaksikan fahaman mereka.
Dan sedia maklum sememangnya golongan inilah pelampau agama dan ramai jaringan pengganas antarabangsa adalah berpaksikan kepada ideologi atau doktrin Salafi Wahabi dalam beragama dan berpegang kepada doktrin menghukum dan tabdi’. Sememangya sejarah munculnya dan berkembanganya aliran Salafi wahabi ialah kerana agenda politik yang bertopengkan agama. Bahkan tuduhan propaganda mereka dengan menegatifkan ulama dan kitab-kitab Melayu jawi sebagai menyeleweng dan jumud serta taksub kepada mazhab dan taksub kepada bangsa Melayu.
Justeru usaha memepertahankan umat Islam dengan jatidiri ASWJ menjadi tanggungjawab bersama umat Islam terutamanya pemerintah sebelum ianya menjadi barah dalam masyarakat di Malaysia kerana ianya akan memecahbelahkan masyarakat dan mengelirukan kefahaman agama Islam yang sebenar..