ASPIRASI / INSPIRASI

Ilmu Massa, Turath, Sejarah. Analisa Kajian Budaya Pemikir. Peradaban Insani Kalbu Akal Mencerah. Hakikat Amal Zikir Dan Fikir. Ilmu, Amal, Hikmah Menjana Pencerahan. Ulul-Albab Rausyanfikir Irfan Bistari. Tautan Mahabbah Mursyid Bimbingan. Alam Melayu Alam Islami Tamadun Melayu Peradaban Islami. Rihlah Ilmiah Menjana Pencerahan Pemikiran, Kefahaman & Ketamadunan (Ilmu,Amal,Hikmah & Mahabbah) - Inspirasi: Rizhan el-Rodi
Maulid Nabi SAW































Nilai Seorang Mursyid

Pelbagai cara yang dilalui oleh masyarakat hari ini dalam menilai dan
mempelajari tasauf.
Umumnya cara itu dapat digolongkan kepada tiga:

! Pembacaan umum tanpa keinginan untuk mendalami tasauf. Penuntut
sedemikian dikatakan penerima riwayah kerana cenderung atau ingin
bertabarruk (ambil barakah) hasil pembacaan itu.

! Ada pula golongan yang ingin mengamalkan tasauf untuk keperluan
peribadi demi membersihkan jiwa atau istilahnya mujahadah nafs iaitu
mensucikan rohani daripada sifat cela (mazmudah) dan menyerap sifat
mulia (mahmudah).

! Akhirnya ada pula golongan yang menunjukkan dua ciri golongan tadi
iaitu mahu membaca, mendalami, membersihkan jiwa dan selanjutnya
mengamalkan tasauf sebagai satu perjalanan.

Sesungguhnya bagi kita, selaku penuntut atau murid tasauf, maka kita
berada dalam golongan ketiga. Untuk memulakan perjalanan, tentulah kita perlu
peta dan mungkin penunjuk jalan (guide). Orang yang akan memandu kita itu
dipanggil secara umum sebagaio guru sufi yang arif (serba tahu akan
disiplinnya).

ISTILAH GURU SUFI
sekurang-kurangnya lapan istilah merujuk kepada guru sufi
(kesemuanya dalam bahasa Arab):

1 Mursyid iaitu orang yang memberikan petunjuk (irsyad)
2 Sheikh iaitu nama yang sering dikaitkan sebagai ketua guru atau
pengetua. Lazimnya Sheikh digunakan kepada guru kanan.
3 Murabbi iaitu orang yang mengajarkan ilmu pendidikan (tarbiah)
4 Maulana iaitu gelar .tuan. guru yang sudah mencapai darjat tinggi
(seperti profesor).
5 Mua.llim iaitu guru yang memberikan ilmu (.ilm)
6 Mudarris iaitu pengurus satu pengajian (darasah, juga dikaitkan dengan
madrasah).
7 Muaddib ialah guru yang mengajar adab (tata susila atau decorum).
Manusia dipanggil .adib. dalam hubungan dengan Khaliq (Penciptanya).
8 Ustaz ialah gelar biasa bagi profesi guru. Ia lazim sekali digunakan dalam
rantau sebelah sini terutama di Singapura, Malaysia dan Brunei. Tetapi di
Indonesia sering ustaz dipanggil kiai.

MENGAPA BERGURU
Berguru merupakan satu konsep setua tamadun manusia.
Ibu bapa adalah guru semulajadi yang awal kepada anaknya. Bersekolah bertujuan untuk berguru ilmu. Walaupun sampai usia bekerja, seseorang tidak putus-putus berguru. Demikianlah dengan tasauf. Apabila proses tasauf itu dijadikan untuk amalan hidup yang dipanggil perjalanan sufi atau tarikat, maka mendapatkan guru amatlah genting.

Manusia paling mulia di sisi Allah SWT termasuk Nabi Musa as, iaitu seorang ulul azmi (pemimpin agung) juga berguru. Kisahnya terpapar dalam surah al-Kahfi, iaitu Nabi Musa menemui Saidina Khidir as untuk mempelajari halhal ghaib yang sukar masuk akal, tetapi berlaku kerana kehendak Allah SWT. Guru tasauf ialah pembimbing rohani yang perlu mempunyai dua kelayakan iaitu selaku mua.llim (menguasai dan penyampai ilmu) dan murabbi (pendidik yang tahu ilmu pendidikan atau tarbiah). Guru begini dipanggil sheikh dalam konteks perguruan tasauf. Murid tasauf pula dipanggil salik dan perjalanannya dipanggil suluk.

Namun sheikh yang lengkap dipanggil mursyid apabila ia mencapai kelayakan untuk membimbing muridnya dari segi kerohanian. Bagaimanapun, mursyid juga dianggap .specialis. atau pakar dalam bidang-bidang lain seperti fiqh atau syariah. Bezanya dalam konteks disiplin tasauf, mursyid hendaklah dilihat sama-sama mengamalkan ilmunya bersama-sama murid seperti solat tahajjud (dalam rangka mendirikan solat malam atauqiamulail atau disebut proses tarbiyah rohiyah . penyantunan roh), berwiridandan seterusnya. Tegasnya mursyid tasauf melaksanakan dan menunjuk ajar akan apa yang diajarkannya.

KULIAH USTAZ HJ ALI HJ MOHAMAD
19 September 2001, jam 2330 . 20 September 2001, jam 0230

INTISARI DALAM TARIQAH

1) Guru atau Mursyid
Syeikh atau guru mempunyai kedudukan yang penting dalam Tariqah. Ia juga sering dikenali dengan panggilan Mursyid (yang memberi petunjuk). Seorang guru tidak sahaja merupakan seorang pemimpin yang mengawasi murid-muridnya dalam kehidupan zahir dan pergaulan sehari-hari, agar tidak menyimpang daripada ajaran-ajaran Islam dan terjerumus kepada perbuatan maksiat, berbuat dosa besar atau kecil, yang segera harus ditegurinya. Akan tetapi peranannya juga lebih dari itu, adalah sebagai pemimpin kerohanian yang tinggi sekali kedudukannya dalam Tariqah. Ia merupakan perantaraan dalam ibadah antara murid dan Tuhannya. Ini dikaitkan dengan peranan Rasulullah saw didalam membimbing para sahabat menuju kepada penghambaan kepada Allah.

Seorang syeikh dalam Tariqah membimbing muridnya dengan memberikan pengajaran zikrullah melalui proses Bai’at (perjanjian). Dan kedudukan syeikh itu haruslah bersilsilah dengan para gurunya pula di mana dia memperolehi ajaran Tariqah tersebut.

Oleh kerana itu jabatan ini tidaklah dapat dipangku oleh orang sembarangan walaupun ia mempunyai pengetahuan yang lengkap tentang Tariqah. Di samping menerima ijazah dari guru sebelumnya sebagai penerus pemimpin tariqah, seorang syeikh itu haruslah mempunyai kebersihan rohani dan kehidupan bathin yang murni. Berbagai-bagai jolokan nama yang tinggi diberikan kepadanya menurut kedudukannya. Antaranya:

Mursyid
Orang yang memberikan petunjuk (Irsyad)
Sheikh
Nama yang sering dikaitkan sebagai guru, ketua atau pemimpin
Murabbi
Orang yang mengajarkan ilmu pendidikan (tarbiah)
Maulana
Gelaran ‘tuan’ guru yang sudah mencapai darjat tinggi
Mua’allim
Guru yang memberikan ilmu
Mudarris
Pengajar atau pengurus satu pengajian
Muaddib
Guru yang mengajar adab atau tatasusila. Manusia dipanggil ‘adib’ dalam hubungan dengan Khaliq (Penciptanya)
Ustaz
Gelaran biasa bagi seorang guru. Ia lazim sekali digunakan dalam rantau sebelah sini, terutama di Singapura, Malaysia dan Brunei. Tetapi di Indonesia sering ustaz itu dipanggil kiyai.
Nussak
Orang yang mengerjakan segala amal dan perintah agama
Ubbad
Orang yang ahli dan ikhlas mengerjakan segala ibadah
Imam
Pemimpin bukan sahaja dalam soal ibadah, bahkan juga dalam sesuatu aliran keyakinan
Sadah
Bererti Penghulu. Gelaran ini juga kadangkala diberikan kepada seorang guru sebagai penghormatan atau orang yang dihormati dan diberi kuasa yang penuh.

2) Murid atau Salik
Pengikut sesuatu tariqah itu dinamakan murid, iaitu orang yang menghendaki pengetahuan dalam segala amal ibadahnya. Murid itu terdiri dari lelaki dan perempuan, tua mahupun muda. Dalam tariqah, seorang murid itu tidak hanya berkewajipan mempelajari segala sesuatu yang diajarkan atau melakukan segala sesuatu yang dilatihkan guru kepadanya yang merupakan pokok asal dari ajaran-ajaran sesuatu Tariqah. Bahkan ia harus patuh dan beradab kepada syeikhnya, dirinya sendiri mahupun terhadap saudara-saudaranya setariqah serta orang Islam yang lain.

Segala sesuatu yang bertalian dengan itu, diperhatikan dengan sungguh-sungguh oleh Mursyid sesuatu tariqah, kerana kepada keperibadian merid-muridnya itulah bergantung yang terutama berhasil atau tidak perjalanan suluk tariqah yang ditempuhnya. Pelajaran-pelajaran kesufian dan latihan-latihan tariqah itu akan kurang faedahnya, jika ianya tidak meninggalkan perubahan budi pekerti dan peningkatan amaliah murid-murid itu.

3) Talkin dan Bai’ah
Talkin dalam istilah Tasawwuf adalah pengajaran dan peringatan yang diberikan oleh seorang Mursyid kepada muridnya yang hendak mempelajari beramal mengikut perjalanan tariqahnya. Manakala Bai’ah pula bererti perjanjian (‘ahad) kesanggupan kesetiaan seorang murid di hadapan gurunya untuk mengamal dan mengerjakan segala amalan dan kebajikan yang diperintahkan oleh gurunya.

Talkin dan bai’ah dalam perlaksanaan adalah sesuatu yang asas dan menjadi pokok pengamalan dalam tariqah. Seorang murid sebelum mengamal, terlebih dahulu harus mendapatkan Bai’ah dan berjanji dengan gurunya dengan penuh kesetiaan.

Dengan menjalani proses perjanjian ini, ia akan dapat memberi kesan yang mendalam kepada orang yang menerima pengajaran itu dan dapat menguatkan tali ikatan perguruan dan persaudaraan kukuh yang tidak akan putus antara seorang murid dan gurunya juga meninggalkan pengertian yang sangat mendalam dan cara-cara serta adab yang akan ditinggalkan dalam ingatan kedua belah pihak.
Kebiasaannya, seorang Syeikh atau Mursyid akan memberikan pengajaran Zikrullah kepada muridnya sebagai amalan pokok dalam tariqah. Zikrullah yang diajarkan berupa kalimah Tauhid ‘Laa Ilaha Illallah’ diajarkan kepada murid dengan cara pengamalan yang khusus, terutama melafazkan kalimah ini dengan lafaz yang bersuara dan juga di dalam hati.

Inilah cara yang pernah dipelajari dan diambil oleh Sayidina Abu Bakar As Siddiq ra dan Sayidina Ali Bin Abi Thalib ra daripada Rasulullah saw sehingga melaksanakan zikir dengan kalimah ini dapat meresap teguh sampai ke dalam hati. Terdapat banyak hadis yang menerangkan peristiwa Nabi Muhammad saw mengambil ‘ahad (perjanjian) pada waktu membai’atkan para sahabatnya, secara perseorangan dan berjamaah.

Diriwayatkan oleh Ahmad dan At-Tabrani dari Syaddad Bin Aus bahawa Rasulullah saw pernah mentalkin sahabat-sahabat beliau secara berjamaah dan perseorangan. Pada suatu hari ketika kami berada dekat Nabi saw dan beliau bersabda, “Adakah di antara kamu orang asing?” (yakni Ahli Kitab). Maka saya menjawab: ‘Tidak ada’. Lalu Rasulullah saw berkata, “Angkatlah tanganmu dan ucapkanlah Laa Ilaha Illallah”. Lantas beliau menyambung, “Segala puji
bagi Allah wahai Tuhanku, Engkau telah mengutus aku dengan kalimah ini dan Engkau menjadikan dengan ucapannya kurnia syurga kepadaku dan bahawa Engkau tidak sekali-kali memungkiri janji”. Kemudian beliau bertanya: “Ketahuilah, gembiralah. Sesungguhnya Allah swt telah mengampuni kamu sekelian.”

Terdapat juga sesetengah kumpulan tariqah yang menjalankan proses perjanjian dan talqin dengan cara yang berlainan iaitu dengan Wasiat, Ijazah dan Khirqah.
Ijazah dan Wasiat merupakan kekuasaan seorang guru dalam bentuk surat keterangan yang memberi kekuasaan kepada seorang murid untuk mengamalkan sesuatu atau selanjutnya mengajarkan pengamalan tariqah itu kepada orang lain.

Manakala Khirqah pula berupa sepotong kain atau pakaian yang pada kebiasaannya dari bekas pakaian seorang guru yang diberikan kepada murid atau memakainya sebagai mengikat ikatan perguruan dalam pengamalan tariqah. Ini akan menghasilkan keberkahan dan dianggap suci dan menjadi kenang-kenangan bagi seorang murid.

4) Silsilah

Silsilah bagi seorang Syeikh atau Mursyid merupakan sesuatu yang penting untuk mengajar dan memimpin sesuatu tariqah. Mereka yang menggabung diri kepada sesuatu tariqah, hendaklah mengetahui benar-benar nisbah atau hubungan guru-gurunya yang sambung-menyambung antara satu sama lain sampai kepada Nabi Muhammad saw. Ini dianggap perlu dan sesuatu yang darurat kerana ia memberikan petunjuk kepada seorang murid. Bantuan kerohanian yang diambil guru-gurunya itu harus benar, dan jika tidak berhubungan sampai kepada Nabi Muhammad saw, maka bantuan itu dianggap terputus dan tidak merupakan warisan daripada Nabi saw. Seorang murid dalam tariqah hanya membuat perjanjian dengan gurunya dan tidak menerima Bai’ah, Talqin, Ijazah, Wasiat atau Khirqah tanda kesanggupan dan kesetiaan, kecuali kepada Mursyid yang mempunyai silsilah yang baik dan benar.


Silsilah itu merupakan hubungan nama-nama yang panjang yang satu bertalian dengan yang lain, dari kedudukan Mursyid hingga kepada Rasulullah saw. Barangsiapa yang tidak ada hubungan dengan Nabi saw ia dianggap terputus limpahan cahaya dan tidak menjadi waris Rasulullah saw. Orang yang demikian tidak dibolehkan mengambil Bai’ah daripadanya dan ia tidak boleh memberi atau diberi Ijazah. Barangsiapa yang mengamalkan tariqah tetapi tidak mengenal nenek moyangnya (silsilah) dari para Masyaikh, ia ditolak dan tidak diakui.

Setiap orang yang tidak mempunyai syeikh (Mursyid) yang memberi bimbingan kepada jalan keluar dari sifat sifat tercela, maka dia dianggap maksiat kepada Allah dan RasulNya kerana dia tidak dapat petunjuk mengenai jalan mengubatinya. Walaupun ia mengamalkan segala perkara yang bersifat aktif ataupun menghafal seribu buku tidaklah bermanfaat dengan tidak berguru atau mempunyai Syeikh.

TARIQAH-TARIQAH YANG MU’TABARAH
(YANG DIAKUI KEBENARANNYA)


Tariqah sebagaimana telah diakui dalam Ilmu Tasawwuf sebagai jalan yang memberi petunjuk dan membawa seseorang itu kepada Tuhannya dengan pengabdian sebenarnya. Justru demikian, jalan untuk menyampaikan kepada maksud dan tujuan itu terbentang luas dan banyak sekali. Kepelbagaian tariqah yang wujud dan bermacam jenis, warna dan caranya tetap kembali yang matlamat yang satu iaitu Taqarrub kepada Allah swt dan akhirnya mancapai Makrifatullah.

Tariqah-tariqah sejak awal kewujudannya telah berkembang pesat dan diamalkan sehingga ke hari ini. Bilangannya banyak sekali. Ada tariqah-tariqah yang merupakan tariqah asas yang dibentuk oleh ahli-ahli Tasawwuf, dan ada juga tariqah-tariqah yang merupakan perpecahan daripada tariqah asas, telah dipengaruhi oleh pendapat para masyaikh tariqah asas, telah dipengaruhi oleh pendapat para masyaikh tariqah yang mengamalkannya di belakangnya atau oleh keadaan setempat, keadaan bangsa yang menganut tariqah-tariqah itu. Banyak diantara perpecahan tariqah-tariqah itu disusun atau diberi istilah-istilah yang sesuai dengan tempat perkembangannya.

Dr Syeikh H.Jalaluddin, seorang pakar ilmu Tasawwuf dan seorang ahli tariqah,telah banyak menulis tentang perkembangan tariqah-tariqah, antara lain tariqah-tariqah yang telah diakui kesahihannya. Beliau menerangkan tariqah-tariqah tersebut ialah:-

1 Tariqah Qadiriyah 22 Tariqah ‘Usyaqiyyah
2 Tariqah Naqsyabandiyyah 23 Tariqah ‘Umariyyah
3 Tariqah Syaziliyyah 24 Tariqah ‘Uthmaniyyah
4 Tariqah Ahmadiyyah 25 Tariqah ‘Aliyyah
5 Tariqah Rifaiyyah 26 Tariqah Bakriyyah
6 Tariqah Dasukiyyah 27 Tariqah ‘Abbasiyyah
7 Tariqah Akbariyyah 28 Tariqah Haddadiyyah
8 Tariqah Maulawiyyah 29 Tariqah Maghribiyyah
9 Tariqah Qurabiyyah 30 Tariqah Ghaibiyyah
10 Tariqah Suhrawardiyyah 31 Tariqah Hadiriyyah
11 Tariqah Khalwatiyyah 32 Tariqah Syattariyyah
12 Tariqah Jalutiyyah 33 Tariqah Bayumiyyah
13 Tariqah Bakdasiyyah 34 Tariqah ‘Aidrusiyyah
14 Tariqah Ghazaliyyah 35 Tariqah Sanbliyyah
15 Tariqah Rumiyyah 36 Tariqah Malawiyyah
16 Tariqah Jastiyyah 37 Tariqah Anfasiyyah
17 Tariqah Sya’baniyyah 38 Tariqah Sammaniyyah
18 Tariqah Kaisaniyya 39 Tariqah Sanusiyyah
19 Tariqah Hamzawiyyah 40 Tariqah Idrisiyyah
20 Tariqah Sya’baniyya 41 Tariqah Badawiyyah
21 Tariqah ‘Alawiyyah



www.khadijahmosque.org

SILSILAH NABI MUHAMMAD


􀁸 Keturunan
1- Muhammad
􀀙
2- Abdullah
􀀙
3- Abdul Muttalib
􀀙
4- Haasyim
􀀙
5- Abdul Manaf
􀀙
6- Qushaiyy
􀀙
7- Kilab
􀀙
8- Murrah
􀀙
9- Ka’ab
􀀙
10- Luaiyy
􀀙
11- Ghalib
􀀙
12- Fihr
􀀙
13- Maalik
􀀙
14- An-Nadr
􀀙
15- Kinaanah
􀀙
16- Khuzaimah
􀀙
17- Mudrikah
􀀙
18- Ilyaas
􀀙
19- Mudhar
􀀙
20- Nizaar
􀀙
21- Ma’add
􀀙
22- ‘Adnaan
􀀙
23- Uddi
􀀙
24- Udada
􀀙
25- Alyasa’a
􀀙
26- Al-Humaisi’
􀀙
27- Salaamaan
􀀙
28- Nabt
􀀙
29- Hamal
􀀙
30- Qaizaar
􀀙
31- Isma’iil
􀀙
32- Ibraahiim
􀀙
33- Taarah
􀀙
34- Naahur
􀀙
35- Saarugh
􀀙
36-Arghuu
􀀙
37- Faanigh (Huud)
􀀙
38- ‘Aabir (‘Aibar)
􀀙
39- Syaalikh
􀀙
40- Arfakhasyaz
􀀙
41- Saam
􀀙
42- Nuuh
􀀙
43- Lamk
􀀙
44- Muttuusyalikh
􀀙
45- Akhnukh
􀀙
46- Yaarid
􀀙
47- Mahlaayiil
􀀙
48- Qainaan
􀀙
49- Anuusyh
􀀙
50 – Syith
􀀙
51- Adam

KELUARGA NABI MUHAMMAD S.A.W.
􀁸 Bapa Kandung

1. ‘Abdullah Bin ‘Abdul Muttalib
􀁸 Ibu Kandung

1. Amiinah Binte Wahhab

􀁸 Isteri-isteri
1. Khadiijah Bint Khuwailid
2. Saudah Bint Zam’ah
3. ‘Aaisyah Bint Abi Bakr Assiddiiq
4. Hafshah Bint ‘Umar AlKhattab
5. Zainab Bint Khuzaimah
6. Ummu Salamah Bint Abii Umayyah (Hind Bint Huzaifah/Suhail Bint Huzaifah)
7. Zainab Bint Jahsy
8. Juwairiyah Bint AlHaarith
9. Ummu Habiibah Bint Abii Sufyaan (Ramlah Bint Abii Sufyaan)
10. Shafiyyah Bint Huyayyii
11. Maimuunah Bint AlHaarith
12. Asmaa’ Bint Nu’maan
13. Ummu Syuraiki Bint Zaudaan (Ghuziah Bint Zaudaan)
14. Khaulah Bint Alhuzail

􀁸 Anak-anak
1. Ibraahiim Bin An-Nabiyy (saw)
2. Abdullah Bin An-Nabiyy (saw)
3. Al-Qaasim Bin An-Nabiyy (saw)
4. Zainab Bint An-Nabiyy (saw)
5. Ruqayyah Bint An-NAbiyy (saw)
6. Ummu Kalthuum Bint An-Nabiyy (saw)
7. Faathimah Bint An-Nabiyy (saw)
Putera yang pertama adalah Al-Qasim, dengan nama itulah Rasul dikenal hingga dipanggil Abul
Qasim. Al-Qasim dilahirkan sebelum Rasul menerima wahyu dan wafat sebelum kenabian, ketika
wafat usianya dua tahun.
Putera yang kedua adalah Abdullah, ia digelar dengan At Thayyib (Orang yang harum) dan At Tahir
(Orang yang suci). Ia lahir setelah Rasul menerima wahyu, dan wafat di Makkah ketika masih kecil.
Adapun puteri puteri Rasulullah adalah : Zainab, Ruqoyyah, Ummu Kultsum dan Fatimah. Seluruh
puteri Rasulullah mengalami masa Islam, dan seluruhnya ikut berhijrah ke Madinah.
Mereka yang disebutkan diatas adalah putera puteri Rasulullah yang lahir dari Khodijah
Radhiyallahu 'Anha. Sedangkan dari istri yang lain, Rasul tidak mendapat keturunan kecuali hanya
seorang putera laki laki yang bernama Ibrahim yang didapat dari istrinya Mariyah Al Qibthiyah.

Ibrahim wafat ketika berumur 70 hari, sebagian ulama berkata bahwanya Ibrahim berusia tujuh
bulan ketika wafat.
Seluruh putera dan puteri Rasul, meninggal dunia semasa hidupnya Rasulullah, kecuali Fatimah az
Zahra yang meninggal dunia tujuh bulan setelah wafatnya Rasul.
Puterinya yang tertua adalah Zainab, ia tumbuh dewasa dan menikah dengan Abu al 'Ash bin Rabi'.
Abu al 'Ash mengalami masa Islam dan masuk Islam. Keduanya memperoleh seorang putera yang
bernama Ali dan seorang puteri yang bernama Umamah. Ali meninggal dunia ketika kecil,
sedangkan Umamah tumbuh hingga dewasa. Umamah adalah seorang bayi yang pernah digendong
oleh Rasulullah dalam solatnya. Ketika Umamah telah dewasa, ia menikah dengan Ali bin Abi Thalib
setelah bibinya Fatimah wafat sebagaimana telah diwasiatkan oleh Fatimah. Kemudian ketika Ali bin
Abi Thalib meninggal dunia, ia menikah dengan Mughirah bin Noufel bin Harits bin Abdul
Mutholib dengan wasiat dari Ali bin Abi Thalib. Umamah wafat dengan meninggalkan suaminya
Mughirah dan putera mereka Yahya.
Puteri Rasul yang bernama Fatimah, menikah dengan Ali bin Abi Thalib. Mereka memperoleh
putera yang bernama Hasan, Husein dan Muhsin. Muhsin wafat ketika masih kecil. Mereka juga
memperoleh puteri yang bernama Ruqoyyah, Zainab dan Ummu Kultsum. Ruqoyyah meninggal
dunia sebelum mencapai usia baligh. Sedangkan Zainab menikah dengan Abdullah bin Ja'far bin Abi
Tholib, keduanya memperoleh sorang putera bernama Ali yang wafat ketika kecil.
Ummu Kultsum puteri Fatimah dan Ali menikah dengan Umar bin Khattab dan memperoleh anak
yang bernama Zeid. Setelah Umar wafat, ia menikah dengan 'Auf bin Ja'far bin Abi Thalib. Setelah 'Auf
meninggal, ia menikah dengan Abdullah bin Ja'far bin Abi Tholib.
Ruqoyyah puteri Rasulullah menikah dengan Usman bin Affan, mereka memperoleh putera yang
bernama Abdullah. Ruqoyyah meninggal ketika kaum muslimin memenangkan perang Badar.
Setelah Ruqoyyah wafat, Rasul menikahkan Usman dengan puterinya Ummu Kultsum. Ummu
Kultsum juga meninggal dunia di bulan Sya'ban tahun sembilan Hijriyah.

􀁸 Cucu-cucu
1. Al-Imaam Al-Hasan Bin ‘Ali (anak Faathimah)
2. Al-Imaam Al-Husayn Bin ‘Ali (anak Faathimah)
3. Zainab Bint ‘Ali (anak Faathimah)
4. Ummu Kalthum Bint ‘Ali (anak Faathimah)
5. Muhsin Bin ‘Ali (anak Faathimah)
6. ‘Ali Bin Abuu Al’Aas (anak Zainab)
7. Umaamah Bint Abuu Al-‘Aas (anak Zainab)

􀁸 Bapa saudara
1. Al-‘Abbaas Bin ‘Abdul Muttalib
2. Abuu Taalib Bin ‘Abdul Muttalib
3. Dhiraar Bin ‘Abdul Muttalib
4. Abuu Lahab Bin ‘Abdul Muttalib (‘Abdul ‘Uzzaa Bin ‘Abdul Muttalib)
5. Almuqawwam Bin ‘Abdul Muttalib
6. ‘Abdul Ka’bah Bin ‘Abdul Muttalib
7. Hamzah Bin ‘Abdul Muttalib
8. Az-Zubayr Bin ‘Abdul Muttalib
9. AlHaarith Bin ‘Abdul Muttalib
10. Qutham Bin ‘Abdul Muttalib
11. Hajl Bin ‘Abdul Muttalib
12. Al-Ghaidaaq Bin ‘Abdul Muttalib

􀁸 Sepupu-pupu Nabi (Dari Bapa Saudara)
1. Anak-anak AlHaarith Bin ‘Abdul Muttalib
􀂃 ‘Abdullah Bin AlHaarith
􀂃 Abuu Sufyaan Bin AlHaarith (AlMughiirah Bin AlHaarith)
􀂃 Umayyah Bin AlHaarith
􀂃 Nawfal Bin AlHaarith
􀂃 Rabii’ah Bin AlHaarith
􀂃 Arwaa Bint AlHaarith
2. Anak-anak Hamzah Bin Abdul Muttalib
􀂃 Ya’laa Bin Hamzah
􀂃 ‘Umaarah Bin Hamzah
􀂃 Faathimah Bint Hamzah
3. Anak-anak Abii Lahab Bin Abdul Muttalib
􀂃 ‘Utbah Bin Abii Lahab
􀂃 ‘Utaybah Bin Abii Lahab
􀂃 Mu’attib Bin Abii Lahab

􀂃 Durrah Bint Abii Lahab
4. Anak-anak Az-Zubayr Bin Abdul Muttalib
􀂃 ‘Abdullah Bin Az-Zubayr
􀂃 Thaahir Bin Az-Zubayr
􀂃 Umm Al-Hakam Bint Az-Zubayr
􀂃 Dhubaa’ah Bint Az-Zubayr
5. Anak-anak Al-‘Abbaas Bin Abdul Muttalib
􀂃 AlFadhl Bin Al-‘Abbaas
􀂃 ‘Abdullah Bin Al-‘Abbaas
􀂃 ‘Ubaidullah Bin Al-‘Abbaas
􀂃 Qutham Bin Al-‘Abbaas
􀂃 ‘Abdurrahmaan Bin Al-‘Abbaas
􀂃 Ma’bud Bin Al-‘Abbaas
􀂃 Ummu Habiibah Bint Al-‘Abbaas
􀂃 Tammaam Bin Al-‘Abbaas
􀂃 Kathiir Bin Al-‘Abbaas
􀂃 AlHaarith Bin Al-‘Abbaas
􀂃 Shubayh Bin Al-‘Abbaas
􀂃 Mishar Bin Al-‘Abbaas
􀂃 Amiinah Bint Al-‘Abbaas
􀂃 Shafiyyah Bint Al-‘Abbaas
6. Anak Hajl Bin Abdul Muttalib
􀂃 Murrah Bin Hajl
7. Anak AlMuqawwam Bin Abdul Muttalib
􀂃 Hind Bint AlMuqawwam
􀂃 Arwaa Bint AlMuqawwam
8. Anak-anak Abii Thaalib Bin Abdul Muttalib
􀂃 ‘Ali Bin Abii Thaalib
􀂃 Thaalib Bin Abii Thaalib
􀂃 ‘Aqiil Bin Abii Thaalib
􀂃 Ja’far Bin Abii Thaalib
􀂃 Ummu Hani’ Bint Abii Thaalib (Faakhitah Bint Abii Thaalib)
􀂃 Jumanah Bint Abii Thaalib

􀁸 Ibu saudara
1. ‘Aatikah Bint ‘Abdul Muttalib
2. Umaimah Bint ‘Abdul Muttalib
3. Barrah Bint ‘Abdul Muttalib
4. Shafiyyah Bint ‘Abdul Muttalib
5. Ummu Hakiim Bint ‘Abdul Muttalib (AlBaidhaa’ Bint ‘Abdul Muttalib)
6. Arwaa Bint ‘Abdul Muttalib

􀁸 Sepupu-sepupu Nabi (Dari Ibu Saudara)
1. Anak-anak ‘Atikah
􀂃 Zuhayr
􀂃 ‘Abdullah
􀂃 Qariibah
2. Anak-anak Umaymah
􀂃 Zainab (isteri Nabi saw)
􀂃 Ummu Habiibah
􀂃 Hamnah
􀂃 ‘Ubaidullah
􀂃 ‘Abdullah
􀂃 Abuu Ahmad
3. Anak-anak Barrah
􀂃 Abuu Salamah
􀂃 Abuu Sabrah
4. Anak-anak Shafiyyah
􀂃 As-Saaib
􀂃 ‘Abdul Ka’bah
􀂃 Az-Zubayr
􀂃 Shafiyyah
􀂃 Ummu Habiibah
5. Anak-anak Al-Baidhaa’
􀂃 Arwaa
􀂃 ‘Aamar
􀂃 Ummu Thalhah
6. Anak-anak Arwaa
􀂃 Thulayb
􀂃 Faathimah

􀁸 Keluarga susuan
1 Bapa susuan
a. AlHaarith Bin ‘Abdul ‘Uzzaa Bin Rifaa’ah Bin Mallaan
2 Ibu susuan
a. Thuwayyah (Hamba Abii Lahab)
b. Haliimah Bint Abii Zuaib
3 Adik beradik susuan
a. Masruh (anak Thuwayyah)
b. Hamzah Bin ‘Abdul Muttalib (disusukan Thuwayyah)
c. Abuu Salaamah Bin ‘Abdul Asad Al-Makhzuumyy (disusukan Thuwayyah)
d. ‘Abdullah Bin AlHaarith (anak Haliimah)
e. Khuzaafah Bint AlHaarith (anak Haliimah)
f. Aniisah Bint AlHaarith (anak Haliimah)

SELAWAT DAN SALAM UNTUK RASULULLAH SAW


Pengertian Selawat Dan Salam
Allah berfirman :
“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya berselawat (memberi segala
penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orangorang
yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam
sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”27


Antara hikmahNya, apabila Allah bermaksud memerintahkan manusia untuk mengucapkan
selawat dan salam untuk RasulNya, maka pada awal perkataanNya, Dia sendiri mengucapkan
selamat untuk RasulNya, demikian juga para malaikatNya. Setelah ucapan selawatNya dan selawat malaikat-malaikatNya untuk Rasulullah saw, barulah Dia memerintahkan agar umatNya melakukan hal serupa.
Setelah Allah sendiri mengucapkan selawat untuk rasulnya demikian pula malaikatmalaikatnya
yang terhormat, lalu Dia memerintahkan kepada umatNya untuk melakukan hal itu,
masihkah hendak diragukan disyariatkan selawat dan salam untuk insan yang dipilih Allah sebagai rahmat bagi makhlukNya dan sebagai pengembang risalahNya ini?
Terutamanya, selawat dan salam untuk Rasulullah saw telah ditetapkan oleh syariat di dalam
Kitab yang mulia dan Sunnah yang suci.
Firman Allah swt dalam Al-Quran :
“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya berselawat (memberi segala
penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang
beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan
penghormatan yang sepenuhnya.”28


27 Surah Al-Ahzab ayat 56
28 Surah Al-Ahzab ayat 56


Sedangkan dari Sunnah terdapat hadis-hadis sahih tentang disyariatkanNya selawat dan
salam atas Rasulullah dalam gambaran yang tak terbilang, antara lain :
Dari Abdullah bin Amru bin Ash r.a., bahawa dia mendengar Rasulullah bersabda :
‘Barangsiapa berselawat untuk ku sekali maka Allah akan membalas baginya
sepuluh kali.’29


Dari Ibn Masud r.a. katanya :
‘Bahawa Rasulullah saw bersabda : ‘Orang yang paling dekat denganku pada hari
kiamat adalah yang paling banyak selawatnya kepadaku.’30
Dari Aus bin Aus Radiallahu‘anhu katanya : Rasulullah saw bersabda :
‘Bahawa sebaik-baik hari kamu adalah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah
berselawat untukku pada hari itu, sebab selawat kalian diperlihatkan
kepadaku.’Lalu mereka bertanya : ‘Wahai Rasulullah, bagaimana selawat kami
diperlihatkan kepada anda apabila anda sudah hancur – dikatakan : sudah
binasa - ?’ Lalu Baginda menjawab : ‘Allah mengharamkan tanah memakan
jasad para Nabi.’31
Dari Abu Hurairah ra katanya :
Rasulullah saw bersabda :
‘Sungguh rugi seseorang yang aku disebut dihadapannya tetapi dia tidak
berselawat untukku.’32
Dari Abu Hurairah ra katanya :
29 Hadis riwayat Imam Muslim dalam Sahihnya
30 Hadis riwayat At-Tarmizi Hadis Hasan
31 Hadis riwayat Abu Daud Hadis Sahih
32 Hadis Riwayat At-Tarmizi Hadis Hasan
Rasulullah s.a.w. bersabda : ‘Setiap orang yang mengucapkan salam kepada ku,
Allah akan menjawabnya dengan mengembalikan rohku untuk menjawab
salamnya.’33
Dari Ali bin Abi Thalib Radiallahu‘anhu katanya :
Rasulullah saw bersabda : ‘Orang yang kikir adalah orang yang apabila
namaku disebut, dia tidak berselawat untukku.’


Faedah- Faedah Selawat

- Menyertai Allah dalam berselawat untuk saw, walaupun caranya berlainan, sebab selawat kita
berisi doa dan permohonan, sedangkan selawat Allah berisi puji-pujian dan penghargaan.


- Malaikat ikut berselawat di dalamnya


- Bagi orang yang berselawat, ada pahala 10 kali ganda daripada Allah, dan tambahan bagi
orang yang melakukan hal lainnya


- Selawat menyebabkan seseorang ditinggikan 10 darjat, dituliskan baginya 10 kebaikan, dan
dihapuskan darinya sepuluh dari keburukan


- Selawat boleh diharapkan ijabah doanya apabila diajukan di hadapan-Nya. Ia boleh
menaikkan doa kepada Allaj, sebab doa yang tidak disertai selawat akan terhenti di antara
langit dan bumi


- Selawat mendatangkan syafa’at Rasulullah saw apabila dipadukan dengan pemohonan
wasilah untuk Baginda


- Selawat menyebabkan dihapuskan dosa dan kesalahan


- Selawat menyebabkan Allah mencukupi keperluan orang yang membacanya.


- Selawat menyebabkan orang yang membacanya dekat dengan Rasulullah saw pada hari
kiamat


33 Hadis riwayat Abu Daud Hadis Hasan


34 Hadis riwayat At-Tarmizi, Hadis Hasan dan Hadis Sahih


- Selawat boleh menjadi sedekah bagi orang yang kekurangan


- Selawat menyebabkan terkabulnya keperluan


- Selawat menyebabkan Allah dan para malaikat berselawat untuk orang yang membacanya


- Selawat merupakan zakat untuk menegakkan dan mensucikan solat


- Selawat menyebabkan diberitakan syurga bagi hamba sebelum ia mati


- Selawat mendatangkan keselamatan dari kesulitan hari kiamat


- Selawat mendatangkan balasan selawat dan salam Rasulullah saw untuk orang yang


membacanya, sebagaimana yang dituturkan di dalam hadis-hadis sahih yang telah disebutkan


- Selawat mengembalikan ingatan seseorang hamba yang melupakan sesuatu


- Selawat memperindahkan majlis dan tidak menjadi sia-sia bagi keluarga orang yang
membacanya pada hari kiamat


- Selawat melenyapkan kefakiran dan dosa, sebagaimana telah disebutkan sebelumnya tentang
disyariatkannya


- Selawat menolak sifat kikir dari seorang hamba, apabila dibaca ketika nama Nabi saw disebut
- Selawat merupakan penelamat dari doa kepadaNya kalau ditinggalkan ketika nama Nabi
saw disebut


- Selawat menghantar pembacanya ke jalan syurga, dan besar kesalahan orang yang
meninggalkan jalan tersebut


- Selawat menyelamatkan seseorang dari fitnah–fitnah majlis yang di dalamnya tidak disebut
nama Allah dan RasulNya, dan tidak memuji, mengagungkan serta berselawat untuk
RasulNya


- Selawat menutup dan menyempurnakan perkataan yang diawalikan dengan tahmid kepada
Allah dan selawat untuk RasulNya


- Selawat menjadi cahaya bagi hamba di atas Sirat


- Selawat mengeluarkan hamba dari kejahatan


- Selawat menyebabkan Allah mengukuhkan sebutan baik dan pujian bagi makhluk langit dan
bumi, sebab orang yang berselawat memohon kepada Allah untuk memberi kemuliaan dan
keagungan kepada RasulNya, ditinggikan kedudukannya dan dibalasi setimpal dengan
amalannya. Maka orang yang berselawat wajib mendapatkan hal–hal seperti ini


- Selawat menyebabkan orang yang berselawat dikurniakan berkat pada amalannya, usia, dan
sebab-sebab kebaikannya.


- Selawat menyebabkan seseorang mendapat rahmat Allah, sebab rahmat ini juga diminta di
dalam selawat


- Selawat menyebabkan kemantapan rasa cinta kepada Rasulullah saw. Ini merupakan pertalian
iman. Tidak akan sempurna iman seseorang, kecuali dengannya


- Selawat untuk Nabi saw akan menjadi penyebab bertambahnya kecintaan seseorang hamba
kepada Baginda


- Selawat mengundang hidayah bagi hamba yang menghidupkan hatinya. Sebab setiap kali
seorang hamba memperbanyakkan selawat untuknya dan mengenangkannya, rasa cinta pun
menguasai hatinya, sampai tiada lagi bangkangan terhadap perintahnya, dan tidak pula ada
keraguan tentang apa saja yang datang dari dirinya


- Selawat menyebabkan seseorang dikenal oleh Rasulullah saw dan disebut disisinya,
sebagaimana sabdanya : ‘Bahawa selawat kamu diperlihatkan kepadaku.’ Juga sabdanya :
‘Bahawa Allah mewakilkan di kuburku, Malaikat yang menyampaikan salam dari umatku.’
Dan seorang hamba dikatakan memperolehi keberhasilan apabila namanya disebutkan di
hadapan Rasulullah saw


- Selawat mengukuhkan kaki di atas Sirat. Hadis dari ‘Abdurrahman bin Samurah yang
diriwayatkan oleh Sa’id bin Musayyab tentang mimpi Nabi saw menyatakan sabda Baginda :
‘… Aku melihat seorang dari umatku merangkak di atas sirat dan berjalan dengan empat
kaki, dan adakalanya tergelincir. Kemudian datanglah selawatnya kepadaku, maka dia
dikukuhkan di atas kakinya dan diselamatkan oleh selawatnya.’


- Selawat menjamin zikrullah dan syukur kepadaNya, dan ma’rifat pemberian nikmatNya
kepada hamba-hambaNya dengan mengutus RasulNya. Orang yang membaca selawat secara
langsung berselawat untuk Nabi saw, berzikir kepada Allah, berzikir kepada RasulNya, dan
memohon balasan selawat bagi dirinya sendiri.

Hadis Riwayat Abu Musa Al Madini, yang tertulis di dalam kitab At Targhib Wat Tarhib, dan dikatakan bahawa hadis ini hasan.

Tiada Kata Seindah Doa

Penulis: Abdul Aziz Sukarnawadi

Mukadimah.
Sesegar apapun tubuh manusia, seketika ia terjatuh mati saat otak menjumpai ajalnya. Aktifitas yang sehat akan terlaksana dengan baik bila otak masih berstamina. Jikalau aktifitas-aktifitas duniawi manusia hanyalah nonsen dan hampa tanpa ibadah kepada Sang Pencipta, maka doa lah yang menjadi otaknya. Tanpa doa, semu jua ibadah-ibadah kita.Sungguh benar sabda Baginda "al-Du'a' mukhkhul-ibadah". Bagaimana tidak, sebab kita tidak memiliki apa-apa jika Tuhan belum memberinya. Kita tak sanggup kemana-mana jika Tuhan belum menunjukinya. Sekeras apapun usaha hamba, ia masih memerlukanNya, ia masih perlu berdoa dan banyak berdoa.Tatkala hamba masih mengandalkan usaha kerasnya, dan telah lupa akan kuasaNya, maka yakinlah, usaha itu tak sekeras kepalanya! Ia telah angkuh secara terang-terangan di hadapanNya. Bukankah Tuhan sendiri bertitah dalam firmanNya: "Berdoalah kepadaKu, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk Jahannam dalam keadaan hina dina".Tiada kata seampuh doa.


Segala ibadah, doa otaknya. Bayangkan saja, setebal apapun takdir bakuNya, hanya doa mampu menembusnya! Rasul bersabda: "La yarud al-qadha' illa al-du'a'", "al-Du'a' silah al-mukmin". Untuk menembus suratan-suratan takdir, dan merubah segala yang negatif padanya, doa lah senjata satu-satunya!.Etika Berdoa.Dalam momen apapun, etika selalu yang utama. Setiap orang yang berhajat pada manusia, ia akan melindungi etika agar terpenuhi hajatnya. Padahal, manusia teramat lemah untuk memberi, menerima, bahkan menyapa. Bagaimana ketika Tuhan Yang Maha Kaya dan Maha Kuasa menjadi obyek permohonan kita? Sudahkah etika dijaga?!Wali-wali Allah yang telah menguasai seni etika dalam berdoa, telah mengajarkan banyak hal yang harus diperhatikan sewaktu memohon kepadaNya. Salah satu mereka adalah Maulana Syekh Mukhtar Ali Muhammad al-Dusuqi (Syekh Thariqah Dusuqiyah Muhammadiyah). Beliau telah menasehati murid-muridnya...


1. Kalau belum ditimpa musibah, jangan berdoa dengan "Allahumma ij'alni min al-Shabirin" (Ya Allah, jadikanlah hambaMu orang yang sabar) karena doa itu berarti: Ya Allah, berikanlah hambaMu ini musibah agar hamba dapat bersabar! Jika sering berdoa seperti itu maka artinya kita mengharap musibah yang sebanyak-banyaknya!Sebaiknya kita sering berdo'a dengan "Allahumma ij'alni min al-Syakirin" (Ya Allah, jadikanlah hambaMu ini orang yang pandai bersyukur) karena itu artinya: Ya Allah, berikanlah hambaMu ini nikmat agar hamba dapat mensyukurinya. Dengan sering berdoa seperti itu maka kita akan mendapat nikmat yang sebanyak-banyaknya (Amien!).


2. Janganlah memohon perlindungan Allah dari kedengkian orang-orang kepada kita! sebab semua nikmat dan rizki itu pasti mendapat kedengkian dari orang lain, Rasulullah Saw. pernah bersabda: "Setiap yang mendapat nikmat pasti ada yang dengki padanya". Jika kita tidak mau didengki orang maka sama artinya kita tidak menginginkan rizki dan nikmat! Mintalah dari Allah agar dilindungi dari kejahatan orang-orang yang dengki, jangan minta dihindarkan dari kedengkian mereka itu sendiri. Katakanlah: Ya Allah, jagalah hambaMu ini dari kejahatan para pendengki dan jagalah hati hambaMu ini dari sifat dengki itu sendiri.


3. Doa itu faridlah (kewajiban), sementara terkabulnya doa hanyalah hibah (anugerah). Wajib bagi kita berdoa, dan tidak wajib bagiNya mengabulkan doa. Dikabulkan atau tidak, sepenuhnya terserah Dia, karena Allah bukan pelayan restoran. Allah Swt. adalah Tuhan yang berhak memberi atau tidak. Kita selaku hamba yang hina hanya wajib mengemis dan meminta. Jika terkabul, maka semata-mata karuniaNya. Jika tidak, maka wajar-wajar saja, sekali lagi Dia Tuhan, bukan suruhan kita.


4. Berdoalah dengan penuh optimisme. Mintalah dari Allah sesuai keyakinanmu akan kekuasaanNya. Percayalah bahwa Ia Maha Kuasa atas segala-galanya. Sedangkan kita pun tercipta dari tiada, apakah Ia tak sanggup memberi kita walau sekedar dari yang ada?!


5. Jangan lupa diri! Kita masih penuh dosa. Ketika berdoa, jangan lupa bertwassul kepadaNya melalui Nabi, Sahabat, Ahlul-Bait dan Auliya'Nya. Sebab posisi mereka di sisiNya, tak butuh kata-kata.


6. Imam Ali Ra. pernah menyatakan: "Semua doa akan mogok di langit sampai ia diiringi selawat kepada Nabi Muhammad Saw. dan Ahlul-Bait". Sertai dan indahkanlah doa-doa kita dengan selawat.


7. Kuat berdoa tanpa diiringi usaha yang maksimal serta amal shalih yang cukup, sungguh tercela!


8. Tidak etis bahkan dilarang keras meminta hal-hal yang melampaui batas, semisal: Ya Allah jadikanlah hambaMu ini nabi! atau mala'ikat!.


9. Carilah saat-saat berlian untuk berdoa, seperti tengah malam, bulan Ramadan, malam nishfu Sya'ban, Lailatul-Qadr (malam 27 Ramadan), sewaktu wukuf di Arafah dan lain sebagainya. Carilah juga tempat-tempat mulia seperti Ka'bah, maqam Rasulullah, maqam Ahlul-Bait dan para wali. Allah Swt. menceritakan dalam suta Ali Imran ayat 37-39 bahwa doa Saidina Zakaria saja (sebagai nabi) baru terkabul sewaktu berdoa di mihrab Siti Maryam (yang sebatas wali perempuan). Bagaimana ketika kita (yang bukan wali, nabi atau rasul) berdoa di maqam seorang wali atau maqam Junjungan alam semesta ?!?


10. Antara Ijabah dan Istijabah. Dalam al-Qur'an cukup jelas perbedaan antara ijabah dan istijabah. Maulana Syekh Mukhtar Ali Muhammad al-Dusuqi telah mengupasnya secara detail dalam surat kabar al-Fajr edisi 2 Oktober 2006, dan dalam surat kabar al-Buhairah wal-Aqalim edisi 195 tahun 2006. Terang beliau, istijabah ialah terkabulnya doa secara fleksibel, bergantung pada kehendak Allah seutuhnya; entah ditunda, diberi kurang, atau diganti dengan yang lebih baik di sisiNya. Sedangkan ijabah ialah terpenuhinya doa persis sesuai permintaan hamba. Tentunya ijabah lebih kita harapkan!Singkatnya, istijabah akan selalu diperoleh selagi kita masih berdoa tanpa melalui tawassul, karena Allah berfirman: "Ud'uni astajib lakum". Sementara ijabah akan diraih jika melalui tawassul kepada Rasulullah Saw. dimana beliau lah yang nanti akan memintakan hajat kita kepada Allah Swt. dan tentunya doa beliau 100% mujab. Allah Berfirman: "Wa idza sa'alaka ibadi anni fa inni qaribun ujibu da'wata al-da'i idza da'ani". "Idza" dalam ayat di atas adalah adat syarat. Fi'il syaratnya adalah "sa'alaka". Maka jawab syaratnya adalah "fa inni qarib". Sehingga Allah akan meng-ijabah doa RasulNya ("al-Da'i") untuk kita, jika kita memenuhi syaratnya, yakni bertawassul dengan Rasulullah Saw.Ayat di atas menyimpulkan bahwa syarat kedektan ("Qarib") Allah kepada kita adalah apabila kita meminta / berdoa ("Sa'alaka") melalui Rasulullah Saw. yang kemudian beliau memintakan hajat kita kepada Allah secara personality, dan Allah tentu meng-ijabah doa Baginda kalau saja beliau sudi berdoa untuk kita ("Ujibu da'wata al-Da'i idza da'ani").

Bila diperhatikan, makna di atas cukup senada dengan ayat 64 surat al-Nisa' yang berarti: "Dan jikalau mereka menganiaya diri sendiri lalu mereka (1) datang kepada Rasul, dan (2) memohon ampun kepada Allah, kemudian (3) Rasul pun memohonkan ampun untuk mereka, maka tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang".Ayat di atas jelas menegaskan bahwa untuk melancarkan proses penerimaan taubat pun harus melalui istighfarnya Rasulullah Saw.

Di sini kita perlu mengetahui perbedaan antara Ghaffar dan Tawwab. Ghaffar adalah mengampuni dosa hamba tapi tidak memeliharanya dari dosa itu lagi. Adapun Tawwab ialah mengampuni dosa hamba sekaligus menjaganya dari kembali ke dosa lagi.Allah berfirman: "Istaghfiru Rabbakum innahu kana Ghaffara". Allah akan berlaku Ghaffar terhadap kita apabila kita beristighfar kepadaNya secara langsung tanpa melalui Rasul. Allah Swt. baru berlaku Tawwab tatkala kita mendatangi (mewasilahi) Rasulullah Saw. sebagaimana ayat 64 surat al-Nisa' di atas. Dan apabila kita enggan mendatangi beliau maka Allah berfirman: "Dan apabila dikatakan kepada mereka: "marilah agar Rasulullah memintakan ampun bagimu", mereka berpaling dan menyombongkan diri, maka sama saja bagi mereka, kamu mintakan ampunan bagi mereka atau tidak, Allah tidak akan sudi mengampuni mereka. Sesungguhnya Allah ogah memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik".


Kembali ke ijabah dan istijabah. Terdapat cara / keadaan lain untuk mendapatkan ijabah, yaitu apabila berdoa dalam keadaan gawat alias darurat (dalam kesulitan yang amat sangat). Allah Swt. berfirman: "Siapakah selain Allah yang akan meng-ijabah doa orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepadaNya".

Zuhud yang sebenar

Apakah tanda-tanda zuhud? Adakah zuhud hanya untuk orang-orang tertentu?

Sidi Syeikh Mukhtar berkata : AZZUHDU AN TAMLIKADD DUNYAA FATA'UFFA MINHA'. Bermaksud: 'Zuhud ialah engkau memiliki dunia kemudian engkau menahan diri daripada terkesan dengannya'. Zuhud merangkumi pelbagai aspek seperti pemakanan,pakaian,perbelanjaan,pekerjaan,dan sebagainya. Tetapi ada juga perkara2 yang tidak termasuk dalam lingkungan zuhud .Sebagai contoh, pencarian ilmu,rahmat & hidayah. Rasulullah pernah berdoa: 'ROBBI ZIDNII 'ILMAN'. Bermaksud: 'Wahai Tuhanku!Tambahkanlah ilmu kepadaku'. Rasulullah juga pernah berdoa: 'ROBBANAA AATINA MIN LADUNKA ROHMATAN'. Bermaksud: 'Wahai Tuhanku!Kurniakanlah kami Rahmat dari sisi-Mu'. Begitu juga dengan hidayah,tidak perlu zuhud padanya ,

persoalannya adakah erti zuhud ialah meninggalkan segala perkara yang ada kaitan dengan dunia? Adakah kalau selama ini kita yang kaya raya ini harus meninggalkan segala harta benda lalu mengambil barang sekadar keperluan kita sahaja? Dan adakah kalau selama ini kita memakai pakaian yang mahal, bermutu tinggi dan cantik lalu apabila kita mengenal erti zuhud lalu kita menukarkan trend pakaian kita kepada pakaian-pakaian yang serba murah,lusuh dan compang-camping? Dan adakah kalau selama ini kita merasai hidangan yang lazat dan berkhaziat lagi penuh gizinya,tetapi setelah mengenal arti zuhud kita hanya sekadar memakan makanan yang hanya cukup untuk mengganjal perut saja? Apakah...Apakah...Apakah....! Apakah itu yang dimaksudkan dengan zuhud? Siapakah yang lebih arif dengan arti zuhud ini? Apakah kita yang belajar ilmu agama semuanya benar-benar mengenali istilah atau makna zuhud? Atau apakah kita memahami istilah zuhud sekadar mengikut pemahaman yang ada dalam diri kita saja tanpa perlu merujuk kepada istilah zuhud yang sebenarnya? Mungkinkah kalau ditanya tentang arti zuhud yang sebenarnya, kita akan menuding jari kepada para ulama' yang mewarisi tugas-tugas para anbia'. Tetapi kadang-kadang apabila kita melihat kepada barisan ulama' pewaris anbia' ini, kadang2 kita melihat mereka memakai pakaian-pakaian yang kadang-kadang jauh lebih mewah dan mahal daripada yang kita pakai . Apa maksud disebalik semuanya ini ? Mereka amat mengerti dan tahu tentang arti zuhud tetapi pada masa yang sama seolah-olah mereka menyalahi arti zuhud ! Oleh itu, perkara ini kalau tidak memahami dengan baik dan betul,tentu sekali akan memusingkan kepala otak kita bahkan memeningkan kalian.

Lihatlah bagaimana pula kisah Sidi Abu Hassan Syazuli dengan salah seorang anak muridnya. beliat bertanya Sidi Abu Hasan As-Syazuli kenapa beliau yang senntiasa saja memakai pakaian yang mewah, sedangkan beliau salah seorang daripada Waliyullah yang bertaraf Qutub. Lelaki penanya itu hanya memakai pakaian yang lusuh supaya ia dikenali sebagai seorang yang zuhud. Jawab Sayyidi Abul Hasan As-Syazuli: 'LIBAASUKUM HAAZAA YAQUULU INNALLAAHA FAQIIRUN WA LIBAASUNAA HAAZAA YAQUULU INNALLAAHA GHONIYYUN...JAMIILUN YUHIBBUL JAMAAL'... Bermaksud: 'Pakaian kamu (yang lusuh ) ini menyatakan bahawa Allah Ta'ala itu miskin dan pakaian(mewah)aku ini pula menyatakan bahawasanya Allah Ta'ala itu Maha Kaya dan Maha Cantik serta sukakan yang cantik-cantik'. Rasulullah juga pernah bersabda: 'INNALLAAHA YUHIBBU AN YURAA ATHARA NI'MATIHII 'ALAA ABDIHII'. Bermaksud: 'Sesungguhnya Allah Ta'ala suka jika diperlihatkan kesan nikmat-Nya ke atas hamba-Nya'. Allah Ta'ala berfirman: 'YAA AYYUHARRUSULU KULUU MIN TOYYIBAAT MAA ROZAQNAAKUM'. Bermaksud: 'Wahai para Rasul!Makanlah daripada rezeki yang baik2 yang telah Kami kurniakan kepadamu' Allah Ta'ala berfirman: 'YAA AYYUHALLAZIINA AAMANUU KULUU MINAT TOYYIBAATI MA ROZAQNAAKUM'. Bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman ! Makanlah daripada rezeki yang baik-baik yang telah Kami kurniakan kepada kamu'. Itu ialah perintah daripada Allah Ta'ala yang mana Allah s.w.t menyuruh kita makan makanan yang baik-baik,malah yang terbaik. Perkataan 'TOYYIBAAT ' tidak bermaksud makanan yang halal semata-semata bahkan makanan yang terbaik. Allah Ta'ala berfirman lagi: 'YAA BANII AADAMA KHUZUU ZIINATAKUM 'INDA KULLI... MASJIDIN'. Bermaksud: 'Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaianmu yang indah di setiap(memasuki)masjid'... Itu ialah saranan daripada Allah Ta'ala kepada hamba-hamba-Nya. Allah s.w.t menyuruh kita memakai pakaian indah-indah !

Cuba kita tengok pula kenderaan Rasulullah s.a.w . Rasulullah menunggang kuda yang terbaik pada zaman baginda.Pedang-pedang yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w semasa perang juga adalah pedang yang terbaik contohnya , Pedang Zul-Fiqar yang bertatahkan batu permata. Rasulullah s.a.w pernah memakai kain burdah dari Yaman. Seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang bernama Sayyiduna Abdul Rahman Bin Auf,salah seorang sahabat Rasulullah yang bergelar jutawan telah memuji seraya berkata : Wahai Rasulullah: 'MAA AJMALA HAAZIHIL BURDAH'. Bermaksud: 'Alangkah indahnya kain burdah ini'. Kain burdah Yaman ini tentulah mahal sebab ianya merupakan barangan yang cantik biasanya yang mahal dan bermutu tinggi. Kain burdah Rasulullah begitu mahal,diimport dari Yaman itu adalah sebahagian contoh menunjukkan Rasulullah s.a.w juga memakai pakaian yang mahal dan berkualiti. Bagaimana pula syarat-syarat supaya kita dapat menjadi seorang yang zuhud .


Terdapat dua syarat mengikut kalam Sidi Syeikh Mukhtar r.a.Iaitu :

1) Memiliki harta sendiri. 2) Harta yang dimiliki mestilah bernilai.

Sekirannya syarat tersebut tidak sempurna maka tidak dinamakan zuhud. Cuba kita lihat pada diri kita , Siapakah diri kita yang sebenarnya? Adakah kita memiliki atau dimiliki? Sebenarnya,kita dimiliki ! Kita adalah 'AABDUN MAMLUUKUN'. Hamba yang dimiliki oleh Allah Ta'ala! bukankah demikian? bila kita sendiri dimiliki, berarti kita tidak akan memiliki lagi. Bukankah segala harta benda yang kita gunakan semasa di dunia ini semuanya pinjaman kesemuanya. Apabila semua harta benda berbentuk pinjaman,ini bererti ia bukan menjadi hak yang mutlak kita! Maknanya, syarat zuhud yang pertama kita tidak mampu memenuhinya lagi. Rasulullah pernah bersabda: 'ADDUNYAA LAA TAZINU 'INDALLAAHI JANAAHA BA'UUDHOH'. Bermaksud: 'Dunia ini langsung tidak menyamai berat sebelah sayap seekor nyamuk di sisi Allah Ta'ala'. Kita tidak memiliki dunia dan ia sendiri worthless.Bila jadi begini,bermakna kita sudah kehilangan kedua-dua syarat tersebut. Apabila sudah tidak sempurna kedua-dua syarat tersebut ,maka Syeikh Mukhtar berkata: 'LAA ZUHDA FID DUNYAA'. Bermaksud: 'Tidak ada zuhud sama sekali di dunia'. Karena apa? Kerana kita tidak memiliki apa-apa pun di atas muka dunia ini kerana kita sendiri dimiliki dan segala harta benda yang digunakan adalah pinjaman semuanya. Dan dunia tidak bernilai langsung di sisi Allah Ta'ala melainkan sebelah sayap nyamuk saja.

Zuhud bukan meninggalkan dunia tetapi mengambil dunia kesemuanya tetapi dalam masa yang sama tidak meletakkan dunia di dalam hati bahkan di tangan kita. Dunia bukan di hati, tetapi dalam gengaman tangan. Rasulullah pernah bersabda: 'IZAA SA'ALTUMUL JANNATA FAS'ALUL FIRDAUSAL A'LAA'... Bermaksud: 'Apabila kamu memohon(kepada Allah Ta'ala) akan syurga-Nya,maka pohonlah Syurga Firdaus yang tertinggi'. Cuba kita lihatlah bagaimana saranan Rasulullah kepada umat beliau supaya memohon syurga yang tertinggi darjatnya,bukannya berzuhud dalam soal memohon ganjaran dan balasan daripada Allah Ta'ala. Allah Ta'ala s.w.t telah berfirman:... 'WABTAGHI FII MAA AATAAKAL LOOHUD DAAROL AAKHIROTA WALAA TANSA NASIIBAKA MINAD DUNYAA'... Bermaksud: 'Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan kepadamu(kebahagiaan)negeri akhirat,dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari(kenikmatan) duniawi.


Demikianlah penulis menyampaikan serba sedikit ilmu untuk dikongsikan bersama tentang zuhud yang dinukilkan daripada guru mursyid penulis.Walaupun penulis sama sekali tidak menafikan erti zuhud yang dikemukakan oleh ulama'-ulama lain, tetapi ini adalah sebagai salah satu makna daripada makna-makna zuhud yang Allah s.a.w anugerahkan kepada hamba-Nya supaya kita dapat melihat erti zuhud dari sudut yang tepat dengan kehendak Allah Taala.