ASPIRASI / INSPIRASI

Ilmu Massa, Turath, Sejarah. Analisa Kajian Budaya Pemikir. Peradaban Insani Kalbu Akal Mencerah. Hakikat Amal Zikir Dan Fikir. Ilmu, Amal, Hikmah Menjana Pencerahan. Ulul-Albab Rausyanfikir Irfan Bistari. Tautan Mahabbah Mursyid Bimbingan. Alam Melayu Alam Islami Tamadun Melayu Peradaban Islami. Rihlah Ilmiah Menjana Pencerahan Pemikiran, Kefahaman & Ketamadunan (Ilmu,Amal,Hikmah & Mahabbah) - Inspirasi: Rizhan el-Rodi

Institusi Pondok & Pemerkasaannya


Institusi Pondok: Relevan Kewujudannya Dan Langkah-langkah Pemerkasaannya.

Institusi Pondok merupakan institusi pengajian agama yang masih bersifat tradisional dan merupakan warisan bangsa Melayu di rantau Alam Melayu sejak berzaman didalam sumbangannya kepada agama dan masyarakat Nusantara terutama didalam keilmuan agama, dakwah dan nasionalisme Melayu. Dalam arus semasa institusi pondok semakin menghadapi cabaran dan persaingan dalam perkembangan arus semasa dengan institusi pengajian agama yang moden pada hari ini. Dalam konteks Malaysia Institusi pondok Masih wujud dan mendapat tempat terutama ianya masih banyak terdapat di Kelantan, Kedah, Terengganu, sedikit di Perak, Negeri Sembilan dan Selangor.

Institusi pondok masih relevan wujudnya pada hari ini terutama di negara kita kerana berdasarkan sumbangannya kepada agama, bangsa dan tanahair dan kelebihan-kelebihan yang terdapat didalam sistem pengajian di pondok-pondok. Konsep sistem pengajian pondok masih utuh secara tradisional iaitu secara menadah kitab (talaqi) daripada guru-guru, menggunakan sukatan kitab-kitab agama jawi klasik karya ulamak-ulamak Melayu, pembelajaran ilmu agama dan bahasa arab secara menyeluruh dan mendalam, kebiasaannya adalah secara tidak formal dimana para pelajar bebas memilih halaqah pengajian mana yang diingini, namun sesetengah tempat adalah secra berjadual , ianya berdasarkan khidmat dan sukarela kalangan guru dan juga pelajar, mementingkan kaedah hafazan, pengajian di siang hari dan dimalam hari dan berpaksi kepada warisan Sunni Ahli Sunnah Waljamaah yang menjadi pegangan Islam sebenar umat Islam sedunia.

Penempatan pelajar-pelajar pondok dan guru-guru adalah di dalam kawasan pondok yang sama, sikap begitu menghormati para guru dan hubungan ukhuwah kalangan pelajar adalah erat dan bersifat kerjasama dan gotong-royong. Tenaga pengajar adalah berdasarkan khidmat sukarela, kebiasaanya yuran pengajian secara percuma dan jikalau dikenakan yuran ianya adalah begitu sedikit, pengajian di pondok adalah begitu terbuka kepada semua peringkat umur dan golongan samaada kepada golongan muda dan tua.

Pondok merupakan diantara pusat warisan Sunni Ahli Sunnah Waljamaah yang masih utuh di Alam Melayu dan menjadi benteng daripada ajaran-ajaran sesat yang bertopengkan agama dengan demikian institusi pondok keseluruhannya berpaksi kepada fahaman Ahli Sunnah Waljamaah.

Para lepasan pondok kebiasaannya terlibat didalam dakwah dan mengajar agama di masjid dan surau kampung dan masih dhormati oleh masyarakat serta menjadi tempat rujukan hal-hal agama.

Bahasa Melayu tetap dibanggakan sebagai bahasa ilmu dan menjadi warisan budaya dan bangsa serta khazanah ketamadunan Melayu. Sistem pengajian pondok kesemuanya merujuk kepada kitab-kitab Melayu Jawi klasik karangan ulamak-ulamak Melayu silam yang mencakupi pelbagai bidang keilmuan agama dan bahasa arab. Justeru pondok mengeluarkan dan membina produk bangsa Melayu, budaya melayu dan jatidiri Melayu dengan ilmu-ilmu agama, rasa sayang dan bangga dengan agama Islam, Bangsa Melayu dan bahasa Melayu serta budaya Melayu. Serta tulisan jawi yang menjadi tulisan rasmi merupakan warisan identiti Melayu yang dipertahankannya dan pelajar-pelajar pondok dapat menguasai bahasa Melayu dengan dua tulisan yang dibanggai kerana uniknya bahasa Melayu yang mempunyai dua tulisan iaitu tulisan jawi dan rumi.

Pelajar lepasan pondok mempunyai syaksiah yang elok dari segi akhlak dan berpakaian dan mempunyai jatidiri Melayu dan Islam yang sebati tidak dapat dipisahkan.

Bahkan disesetengah tempat seperti di Patani dan di Indonesia pondok menjadi pusat kebangkitan nasionalisme Melayu dan Islam serta menjadi benteng terakhir bangsa Melayu dan agama Islam daripada ancaman, penindasan dan kezaliman pihak-pihak tertentu terhadap bangsa dan agama serta tanahair mereka.

Melayu patriotik yang mempunyai kesedaran terhadap agama, bangsa dan tanahair tercinta akan terus mempertahankan dan memperkasakan benteng-benteng ketuanan Melayu demi masa depan generasi insan bernama Melayu dan Muslim.



Langkah-Langkah Pemerkasaannya

Dengan kesedaran sebagai insan berbangsa Melayu dan beragama Islam adalah wajar institusi pondok dipertahankan dan diperkasakan agar ianya terus wujud walaupun di arus zaman moden. Kerana ianya menjadi benteng terakhir kepada ketuanan Melayu dan Islam di Alam Melayu termasuk di negara kita yang tercinta.

Tradisi pengajian pondok yang semakin kurang mendapat sambutan dan bantuan harus digerakkan agar ianya tidak hilang begitu sahaja di bawa arus zaman semasa. Langkah-langkah untuk menarik para pelajar dan masyarakat harus diambil tindakan oleh pihak-pihak yang mempunyai kesedaran dan tanggungjawab. Institu pondok harus dilakukan perubahan lantaran perubahan semasa namun sistem pengajian secara halaqah, rujukan kitab-kitab jawi klasik harus dikekalkan dan dipertahankan. Diantanya perlunya kesedaran kepentingan pondok oleh pihak-pihak seperti kerajaan, ngo-ngo melayu dan masyarakat didalam mengembleng bersama warisan bangsa terus hidup dan bergerak maju.

Diantaranya kepentingan kepada pelapis-pelapis guru yang kebanyakkannya sudah tua, justeru perlunya pemberian elaun tetap bagi menghargai sumbangan para guru bagi memastikan mereka terus memberi sumbangan mengajar di pondok-pondok . bantuan kewangan hendaklah seumpama diberikan kepada sistem-sistem pengajian lain yang terdapat di negara kita. Infrastrukur bagi pondok-pondok hendaklah dibangunkan dan disediakan kerana kebanyakkan pondok dan kemudahan yang terdapat adalah begitu usang dan lama. Sistem kantin harus diwujudkan di pondok-pondok dengan bayaran harga yang murah bagi menjimatkan masa pelajar yang kebiasaanya memasak sendiri. Bangunan lama harus diganti dengan bangunan baru, dan perancangan membina kawasan baru bagi penempatan pondok. Dan juga promosi secara menyeluruh melalui media-media bagi menarik ibubapa dan masyarakat menghantar anak-anak mereka ke pondok samaada secara sepenuh masa atau separuh masa.

Pentingnya bantuan daripada pihak kerajaan dan juga ngo-ngo Melayu di dalam menghidupkan institusi pondok terus bergerak dan mendapat tempat, pondok-pondok harus digerak kepada membina dana ekonomi sendiri seperti projek perniagaan, ternakan dan pertanian disamping kemahiran kepada para pelajar serta kursus-kursus intensif dan pembelajaran ict bagi mengikuti arus perkembangan semasa. Kokurikulum harus diceriakan diantaranya dengan riadah, permainan dan seni-seni warisan bangsa seperti silat dan seumpamanya.

Pengurusan pondok-pondok harus diperkemaskan , pondok-pondok harus diletakkan dibawah suatu pentadbiran khas dan jaringan pondok-pondok dengan persatuan tersendiri serta jaringan seNusantara. Serta perlunya pondok bebas dipengaruhi oleh mereka yang bias kepada kepartian bagi memastikan institusi pondok bebas sebagai pusat keilmuan dan dakwah. Pondok-pondok juga hendaklah dijadikan sebagai pusat wacana ilmu dan program-program dengan muzakarah, wacana, seminar dan forum serta pameran-pameran ilmiah.

Begitu juga sistem pengajian pondok hendaklah diseragamkan, bersepadu , mewujudkan pelbagai aktiviti dan program yang berfaedah, dan kokurikulm massa seperti ict diwujudkan kepada para pelajar.

Kerjasama pondok dengan sekolah-sekolah dan Ipt-Ipt hendaklah dipergiatkan bagi menarik pelajar-pelajar tersebut mengikuti pengajian pondok di musim cuti pengajian mereka dan kerjasama berkaitan keilmuan. Dan pondok boleh menjadi pusat tarbiah membina jatidiri Melayu dan Islam

Pengiktirafan kepada lepasan pondok adalah penting bagi mengubah persepsi masyarakat bahawa pondok hanyalah tempat terakhir dan tidak mempunyai masa depan kerjaya kepada pelajar-pelajarnya. Dengan menjadikan pondok adalah juga menjadi tempat pilihan kepada pelajar. Justeru sijil-sijil pengajian pondok hendak diberi pengiktirafan yang sama oleh Kementerian Pendidikan.

Dengan kesedaran dan tanggungjawab mengukuhkan dan memperkasakan institusi pondok akan dapat memastikan sumbangan dan peranan pondok adalah penting sepanjang zaman yang dapat memberi kebaikan dan kemaslahatan bagi agenda kepentingan agama, bangsa dan tanahair tecinta.

GALERI


INFO


KHIDMAT :

* FASILITATOR
* IRSYAD
* KAJIAN PENYELIDIKAN
* ILMIAH


OBJEKTIF :

* MENYUBURKAN FIQH AD-DIN MELALUI WARISAN NABAWI.
* GAGASAN INSAN RABBANI MELALUI PEMBANGUNAN ROHANI.
* MENJANA FIKRAH HADHARI DAN STRATEGIS.
* MEMPERKASA KEDAULATAN ISLAM DAN MELAYU.



‘ FIKRAH STRATEGIS MEMACU INSAN HADHARI
ROHANI MANTAP MENJANA INSAN RABBANI ‘

Kemerosotan Kerajaan Osmaniah




Kemerosotan Kerajaan Uthmaniyyah- Suatu Sorotan Berdasarkan Tulisan Syaikh Ahmad Bin Muhammad Zain al-Fatani (1857- 1908)

Oleh: Abdullah Zaidi Bin Hassan

Syaikh Ahmad al-Fatani di dalam karyanya ‘Hadiqatu al-Azhar wa ar-Rayahin’ telah mencatat riwayat hidup bagi setiap sultan Uthmaniyyah sejak penubuhannya lagi. Syaikh telah memasukkan beberapa komentar pendek tentang sumbangan serta peristiwa yang berlaku bagi setiap pemerentah. Sehingga kini Syaikh Ahmad masih merupakan ulama Melayu yang paling banyak memperkatakan tentang pemerentahan Uthmaniyyah. Bahkan syaikh telah berkunjung ke Istanbul menemui Sultan Abdul Hamid II. Syaikh melahirkan rasa kagum dan hormatnya yang tinggi kepada Kerajaan Uthmaniyyah sehingga syaikh menulis:

(Maka hamba berkata) seperti barang yang berkata setengah ulama ,telah muafakat ulama atas bahawasa barang siapa menilik ia akan perentahan segala daulah yang bangsa Islam, niscaya mengetahui ia akan sebagai pengetahuan yang putus bahawasa Daulah Uthmaniyyah itu perentahan daripada seeluk-eluk perentahan segala daulah kemudian daripada khulafa yang rasyidin kerana bahawasa mereka itu berpegang dengan mazhab Ahlu as-Sunnah wa al-Jamaah, lagi menolong mereka akan syariah, dan membesar akan segala sahabat dan ahlu al-Bait dan ulama dan solihin dan bagi mereka itu beberapa futuh [membuka negeri] yang masyhur, dan jihad perang fi sabilillah yang amat banyak, dan mendirikan mereka itu akan sya‘air al-Islam istimewa dua Tanah Haram yang mulia, maka bahawasa bagi mereka itu beberapa sedeqah dan kebajikan yang limpah[ruah], dan mengamankan mereka itu akan jalan bagi hujjaj dan ziwar[pengunjung] .Maka wajib atas tiap-tiap muslim mendoakan mereka bagi mereka itu dengan bahawa ditetapkan [dikekalkan] Daulah mreka itu oleh Allah Ta’ala dan dipekuatkan dia dan ditinggikan dia di atas segala seteru agama Islam dan ditaufiqkan bagi barang yang dikasih-Nya dan direda-Nya.

Walaupun begitu, bagi tujuan perbincangan kita ini, ianya akan dibataskan daripada zaman pemerentahan Sultan Selim III sehingga zaman pemerentahan Sultan Abdul Hamid II. Zaman ini merupakan zaman kemerosotan kerajaan Uthmaniyyah, zaman yang merupakan pendahuluan kepada kejatuhannya secara total pada tahun 1924. Zaman ini mengandungi banyak ‘ibrah [pengajaran] yang perlu kita renungkan untuk dijadikan panduan bagi kita, ummah ini, di dalam berhadapan dengan peradaban-peradaban lain serta menangani gelora yang berlaku di kalangan kita sendiri.

Sultan Selim III

Sultan Selim menaiki tahta mengantikan ayahandanya Sultan Abdul Hamid I pada tahun 1203H. Sultan Selim III telah menghadap ia akan hemmahnya kepada membaikkan ehwal mamlakah dan ehwal askar dan menguatkan ia akan kekuatan laut dan himpun ia akan beberapa banyak tentera.[1] Syaikh Ahmad mencatitkan sekurang-kurangnya terdapat tiga cabaran besar di zaman pemerentahan Sultan Selim ini, iaitu:

I- Serangan daripada kerajaan-kerajaan Eropah, Daulah Uthmaniyyah telah dipermain-mainkan oleh kerajaan Inggeris, Peranchis dan Russia. Seakan-akan ianya digunakan sebagai bidak di dalam percaturan politik mereka. Sekali bersama Russia melawan Peranchis, sekali bersama Inggeris melawan Peranchis, sekali bersama Peranchis melawan Inggeris dan sekali bersama Peranchis melawan Russia. Kerajaan Uthmaniyyah diarak ke sana-sini mengikut kepentingan kerajaan-kerajaan ini.

II- Pemberontakan dari wilayah taaluknya. Di zaman ini juga timbulnya gerakan Wahabiyyah yang bertunjang di Najd dan telah berkembang sehingga dapat menakluki Makkah dan Madinah. Mereka bergerak menentang Sultan di atas nama usaha ‘memurnikan agama’ daripada khurafat dan bid‘ah.

III- Penentangan di dalam kerajaan sendiri. Pasukan tentera Janissary [anqasyariyyah] telah memberontak dan membunuh pembesar-pembesar kerajaan serta menjatuhkan Sultan Selim.

I- Sultan telah menghadapi perang menentang Russia [Moscow] dan Nimsa. Tentera Nimsa telah menawan Belgrade, Serbia dan Fulaq. Sementara itu tentera Catherine [Katarina ] , raja perempuan Moscow yang tidak terhingga banyaknya telah mengepung kota [qal‘ah] Ismail yang menempatkan 30’000 orang tentera Sultan. Menerkam tentera Moscow akan qal ‘ah dan mengamuk mereka itu padanya tiga hari. Dan bersangatanlah musuh [perang] antara dua firqah [pasukan] itu dan mengalah mereka itu daripada terlampau banyak mereka itu dan membunuh mereka itu akan sekelian mereka yang di dalam qal‘ah itu hingga deras deras darah di atas bumi seperti saluran dan tiada lepas melainkan seorang jua, terjun ia ke dalam sungai dan membawa khabar ia kepada negeri Constantinople. Dan berlaku beberapa huru-hara yang panjang kisahnya hingga hasil suluh [perjanjian] dengan menengahi Daulah Inggeris [antara Uthamniyyah] dan Russia.

Kemudian hasil muafakat antara Daulah ‘Aliyyah [Uthmaniyyah] dengan Daulah Russia dan berhadap tentera keduanya pada laut, memerangkan pulau yang tujuh di bawah Daulah Fransa [Peranchis]. Dan dijadikan tujuh pulau itu hukumah [pemerentahan] yang asing , tunduk kepada Sultan. Tetapi sentiasa juga Raja Russia menyakiti akan Daulah ‘Aliyyah dan melampaui atas beberapa negerinya. Maka muafakat Sultan dengan Daulah Peranchis dan memerang akan keduanya akan Russia.[2]

Dan adalah waktu itu Daulah Inggeris memisah[berusaha] pada melemahkan Daulah Peranchis dan tiada kuasa ia menegahkan Sultan Selim daripada muafakat dengan Peranchis, maka marah ia[Inggeris] dan menghadapkan beberapa kapal perangnya kepada negeri Iskandariyyah dan iaitu 42 buah kapal perang dan memukul mereka itu akan dia hingga dirobohkan beberapa buruj [menara]nya dan masuk mereka itu kepadanya. Maka dikeluarkan mereka itu oleh Muhammad Ali Basha, raja Masir dengan tadbirnya.
Dan jatuh pada masa Sultan Selim ini beberapa fitnah yang banyak yang besar-besar. Setengah daripadanya fitnah Peranchis masuk mereka itu ke Masir dengan lagha[cuai] ahlinya dan hasil beberapa perangan. Dan masuk mereka itu dengan kuda ke dalam Masjid al-Jami‘u al-Azhar yang masyhur. Dan menghukum mereka itu pada Masir 3 tahun dan satu bulan. Maka dikelurakan mereka itu oleh Sultan Selim dengan muafakat dengan Inggeris. Dan masuk Peranchis ke Masir ini dahulu lagi daripada melanggar Inggeris akan Iskandariyyah yang pada masa Muhammad Ali Pasha.[3]

II. Dan setengah daripadanya fitnah taifah Wahabiyyah yang melampau mereka itu hingga merentah mereka itu akan dua Tanah Haram yang mulia. Dan mereka itu satu kaum yang mempunyai mazhab yang jahat dan jalan yang sesat dan i’tiqad yang mudarat. Dan adalah yang menghantar [penganjur] mazhab mereka itu yang keji dn yang meringkahkan dia, Muhammad anak Abdul Wahab dan asalnya daripada masyriq [timur: Najd] daripada Bani Tamim dan adalah permulaan pekerjaannya bahawa ia setengah daripada mereka yang menuntuti ilmu di negeri Madinatu al-Munawwarah ‘ala sahibiha afdalu as-salati wa as-salam. Dan adalah bapanya laki-laki yang soleh, demikian lagi saudaranya. Dan adalah bapanya dan saudaranyadan sekelian guru-gurunya memfirasat mereka itu padanya bahawa sanya lagi akan jadi daripadanya sesat dan menyesat dan zaigh dan ilhad dari kerana barang yang diketahui oleh mereka itu daripada perkataannya dan perbuatannyadan bantah-bantahannya pada kebanyakan daripada beberapa baanyk masaalah. Maka adalah mereka itu menakutkan akan manusia hampir kepadanya . Maka tahqiq oleh Allah Ta‘ala akan firasat mereka itu. Maka meringkah ia bagi dirinyaakan mazhab yang sesat dan menyalahi ia akan segala imam agama dan menyesat ia akan segala yang jahilin dan mengkafirkan ia akan segala mereka yang tiada mengikut mazhabnyadaripada mukminin. Dan menghukum ia dengan syirik mereka yang ziarah kan Qubur Nabi SAW dan auliya’ dan solihin, dan yang bertawassul dengan mereka itu. Dan mengharamkan ia akan berselawat atas Nabi SAW dan beberapa i’tiqad yang lain daripada demikian itu, dan bahawasa segala manusia telah kufur mereka itu daripada masa hijrah 600 tahun sehingga kepada masanya itu. Dan ialah yang membaharukan bagi mereka itu akan Islam mereka itu. Dan mentaklif [mengarang] ia bagi mereka itu beberapa risalah dan mendatang ia dengan beberapa ibarat da beberapa dalil atas fahamnya yang sesat dan aqalnya yang tebal. Dan mengkesamaran [meengelirukan] ia dengan demikian itu atas kebanyakan orang awam. Maka mengikut setengah mereka itu akan dia. Kemudian maka masuk ia kepada setengah raja-raja negeri masyriq dan diam ia di sisi mereka itu, mengaya-gaya [memujuk] ia akan mereka itu hingga tertipu daya mereka itu, maka menolong mereka itu akan dia. Dan tasallit [menguasai] mereka itu atas beberapa qaryah dan negeri hingga memerang mereka itu akan beberapa negeri yang besar-besar dan memilik mereka itu akan dua Tanah Haram yang mulia dan segala qura[kampong] keduanya. Dan meroboh mereka itu akan segala qubbah tempat yang mulia-mulia dan kubur solihin, dan mengerasi mereka itu akan manusia atas masuk kepada mazhab mereka itu yang celaka. Dan merampas mereka itu akan segala pakaian Qubur Nabi dan segala barang yang di dlam qubbahnya yang maha mulia SAW dan segala barang di dalam Kaabah daripada segala perkakas dan perhiasan yang indah-indah. Dan masuk mereka akan Makkah pada tahun 1220. Dan telah menghasarkan[mengepung] mereka itu akan Makkah hingga lapar ahlinya dan makan setengah mereka itu akan anjing. Kemudian masuk mereka itu akan diadan merentah mereka itu padanya 7 tahun. Dan adalah pada masa itu Daulah ‘Aliyyah Uthmaniyyah di dalam huru-hra yang amat sangat. Kemudian keluar titah daripada Sultan kepada Muhammad Ali Pasha, Raja Masir dengan suruh memerangkan mereka itu. Maka diperangkan mereka itu hingga dibinasakan dan dihilangkan daulah mereka itu dan ditawankan raja mereka itu yang bernama Abdullah Ibnu Saud dan beberapa perdana menterinya dan dibawakan mereka itu ke Masir, kemudian ke Istanbul. Maka diarakkan mereka itu kemudian dibunuhkan mereka itu[4]

III-Pada akhir masa Sultan Selim bahawa sanya bergerak-gerak segala askar anqasyariyyah dan gempa mereka itu hal keadaan marah mereka itu akan Sultan kerana beberapa sebab yang berlaku antaranya dan antara mereka itu yang panjang tafsil [huraian]nya. Dan membunuh mereka itu akan beberapa banyak daripada wizara’ dan perdana menteri dan makhluk yang banyak dan menjatuh mereka itu akan Sultan Selim.


Sultan Mustafa IV Ibn Abdul Hamid

Zaman pemerentahan Sultan Mustafa diwarnai dengan permasalahan yang berlanjutan dan bertambah parah . Pemerentahan Uthamaniyyah semakin goncang, sehingga Sultan Mustafa telah diguling daripada takhta selepas memerentah selama setahun dua bulan sahaja.[5] Cabaran di zaman pemerentahan Sultan Mustafa ialah:

I-Terdapat golongan yang menyokong Sultan Salim yang telah digulingkan, golongan ini berusaha untuk menjatuhkan Sultan Mustafa,
II-Sultan Mustafa sendiri tidak merasa selamat di atas takhta. Oleh itu baginda telah berusaha untuk membunuh anggota lelaki dari keluarga pewaris takhta.


Sultan Mahmud Bin Abdul Hamid

Selepas baginda tetap di atas takhta kerajaan, baginda telah menghukum segala mereka yang empunya fitnah, yang membunuh mereka itu akan segala wazir-wazir dan salatin.[6] Sultan Mahmud cuba untuk memperkuatkan kerajaan dengan meneruskan ‘pembaharuan-pembaharuan’ yang dibawa masuk daripada eropah. Pembaharuan di dalam bidang ketenteraan telah ditentang oleh tentera jannisary, sehingga tentera ini telah mengoncangkan kestabilan kerajaan. Syaikh Ahmad mencatitkan:

Ketahuilah olehmu bahawasa segala fitnah yang hasillah itu sekeliannya daripada askar yang bangsa ‘anqasyariyyah. Dan adalah mereka itu mempunyai kedegilan dan meng‘itirad [membangkang] mereka itu akan kebanyakan daripada segala hukum kerajaan dan wizara’ apabila tiada berbetulan dengan kehendak mereka itu. Hingga mengerasi mereka itu menjatuhkan beberapa sultan dan membunuh beberapa banyak menteri. Dan adalah peraturan mereka itu pada perangan kurang matbut [sempurna] seperti tentera eropah.. Maka dengan beberapa sebab inilah jadi cenderung Sultan Mahmud ini dan Sultan Selim yang dahulu kepada mengubahkan aturan mereka itu dan mengajarkan peraturan yang baharu yang maklum pada tentera eropah. [7]

Pasukan janissary telah menentang langkah-langkah pembaharuan yang dibuat di dalam bidang ketenteraan.

Maka marah askar anqasyariyyah akan sebagai marah yang amat sangat dan mencerca mereka itu akan sultan dan wazirnya hingga digelarkan wazir itu dengan kafir. Dan berniat mereka itu akan kejahatan bagi segala mereka yang belajar. Dan mengintai-intai mereka itu hendak membunuhkan wazir dan lainnya. Dan melingkung mereka itu akan mahligainya dan dibakarkan dia, maka matilah sadr al-‘azam dengan sebab terbakar itu. Kemudian berlakulah hura-hara. [8]

Huru-hara menjadi semakin meruncing sehingga Sultan pun bertindak balas:

Mengeluar Sultan akan titahnya yang mengandung atas mencerca mereka itu [pasukan janissary] dan menyatakan kecederaan yang ada pada mereka itu dan berbalik-balik [menentang] mereka itu atas daulah dan membunuh mereka itu akan beberapa sultan dan beberapa banyak wazir. Dan menyuruh Sultan dengan menghimpunkan segala ulama atas rumah syaikh al-Islam, maka dibacakan atas mereka itu akan titahnya Sultan itu. Maka diterima akan dia oleh ulama dan membenar mereka itu akan dia dan berjanji-janji sekelian dengan meluluskan suruhan Sultan.

Pasukan janissary tidak mendiamkan diri, nampaknya masing-masing pihak menggunakan kuasa dan pengaruh mereka untuk kepentingan sendiri, kepentingan ummah telah dikesampingkan:
Maka tatkala mendengar dengan demikian itu [tindakan Sultan] oleh setengah kepala-kepala anqasyariyyah,maka berhimpun mereka itu sekeliannya, kemudian bercerai-cerai [bergerak dalam pasukan yang lebih kecil] pada segala lorong Constantinople dan mengamuk mereka itu, membunuhkan beberapa banyak manusia dan merampas mereka itu akan harta manusia dan melingkung [mengepung] mereka itu akan rumah Syaikh al-Islam dan dibakarkan dia.

Sultan telah bertindak-balas dengan memerangi keseluruhan pasukan janissary, baginda memerentah Syaikh al-Islam Arab Zadeh Afandi, yang diberikan baginda tungkul Rasulullah SAW [Sanjak-I Sherif] supaya mengetuai serangan.dengan dibekalkan segala kekuatan senjata. Seramai 10’000 tentera janissary telah dibunuh, sementara yang lain berundur memasukki untuk berlindung di dalam kota-kota. Tetapi mereka juga dibunuh semuanya..

Kemudian Sultan meneruskan rancangan pembaharuannya tanpa menghadapi penentangan daripada pihak yang tidak bersetuju dan telah memihak kepada pasukan janissary:
Kemudian maka membanyaklah Sultan daripada tentera dan diajarakn mereka akan segala pengajaran yang baru[9]

Pembaharuan tidak berhenti kepada bidang ketenteraan semata-mata. Sultan telah memperkenalkan pakaian corak baru untuk diri baginda:
Dalam masa itulah mengubah Sultan akan pakaian seperti pakaian Raja Istanbul yang dipakai sekarang ini. Adapun pakaian segala sultan yang dahulu-dahulu maka iaitu dengan serban dan jubah yang besar dengan tangan yang luas.[10]

Di masa pemerentahan baginda, penduduk nasrani Yunan [Greek] telah memberontak dan menyerang jajahan taaluk Sultan. Menuntuti mereka itu akan asing kerajaan, yakni mereka menuntut kemerdekaan. Sultan telah menghantarkan tenteranya untuk menghapuskan pemberontakan tersebut. Maka tewas dan kalah mereka itu [Greek] , maka tatkala putus asa mereka itu daripada mendapat asing, bersegeralah Daulah Inggeris dan Peranchis dan Moscow menolong mereka itu dan mendatangkan perang atas atas Daulah Uthmaniyyah hingga hasil bagi ahli Yunan asing dengan kerajaan. [11]

Kerajaan juga menghadapi serangan daripada Russia, dan telah Kerajaan gagal mempertahankan beberapa wilayah dan dipaksa pula membuat sejumlah bayaran kepada Russia, rugi Sultan sebagai rugi yang besar dan membayar ia akan belanja perang kepada mereka itu seratus sepuluh million frank . [12]

Muhammad Ali Basha, penguasa Masir telah memberontak:

Di dalam masanya mendurhaka Muhammad Ali Basha, Raja Masir,dan berpanjangan perangnya hingga dapat kepadanya segala negeri Syam, Sehingga hasil suluh [perjanjian damai] anatarnya dan anatara Sultan Abdul Majid, anak Sultan Mahmud, Dan memilikMuhammad Ali akan bumi Syam hampir sembilan tahun maka dicabutkan dia [dari menguasai negeri Syam ] dan bumi Hejaz daripadanya. Dan ditetapkan dia dan anak cucunya pada benua Masir dan dipukulkan [dikenakan] ke atasnya [bayaran] kharaj yang maklum, dihantar kepada Sultan pada tiap-tiap tahun.[13]

Syaikh juga membuat catitan pendek tentang Muhammad Ali Basha:


Dan adalah Muhammad Ali Basha itu pada asalnya daripada askar yang datang serta Yusuf Basha kerana mengeluarkan Peranchis daripada tanah Masir, Dan ia daripada jenis Arnaut. Kemudian masyhur ia dengan berani dan kekerasan perangnya dan tertinggal [tetap] ia pada Masir dan terangkat [kedudukan] ia sedikit-sedikit. Dan tiap-tiap datang satu basha daripada pihak sultanah [bertujuan] mentadbir ia pada mengeluarkan ia [Muhammad Ali] dengan tersembunyi [ secara rahsia] , hingga [sebaliknya] diangkatkan [kedudukan] dia oleh ahli Masir.[14]

Perkara lain yang berlaku di zaman pemerentahan baginda, antara lain disebut oleh syaikh:

Dan pada tahun 1245 tusallit [dikuasai] Peranchis atas negeri Jaza ir Maghrib di dalam masa Sultan Mahmud . (Dan) pada masanya dibanyakkan segala aturan Daulah dan melimpah ia dengan kebajikan yang amat banyak istimewa dua negeri yang mulia[15].


Sultan Abdul Majid anak Sultan Mahmud

Maka diangkat ke atas takhta al-Mulk akan anaknya Sultan Abdul Majid dan pada tahunnya diperadakan segala qanun mamlakah [undang-undang kerajaan] yang dinamakan al-Tanzimatu al-Khairiyyah.[16] (Kemudian) menghadap ia akan hemmahnya kepada memerangkan tentera Muhammad Ali Basha dan dikeluarkan mereka itu daripada segala negeri Syam dan menghendaki ia bahawa mengeluarkan Muhammad Ali daripada negeri Masir, maka menengahi [campur-tangan] Daulah Inggeris dan memintakan berdamai, maka menerima Sultan akan demikian itu dan hasilllah bersuluh [berjanji damai][17]

Syaikh kemudiannya menceritakan bagaimana puncanya tercetus peperangan Crimea:

(Dan jatuh) dalam masanya [pemerentahannya] perbalahan antara taifah yang bangsa Rum [orthodox] dan taifah bangsa Latin [catholic] yang pada negeri Quds dengan sebab kanisah [gereja] yang bernama Kanisah al-Qamamah dan beberapa tempat yang mulia-mulia pada mereka itu, maka tiap-tiap daripada dua taifahitu mendakwa bagi dirinya hendak menjadi kepala dan tertinggi [mempunyai hak yang lebih] atas yang satu lagi. Dan jadilah panjang perbantahan itu dan besarlah masaalahnya anatara dua taifah itu. Dan jadilah sangat payah atas Daulah ‘Aliyyah memadamkan api fitnah itu dan tercegang ia pada menghuraikan demikian itu musykil kerana Daulah Russia berdiri sebelah firqah Rum dan Daulah Peranchis berdiri sebelah firqah lainnya. Dan Menengahi Inggeris pada memalingkan [menyelesaikan]ini musykil dan menghuraikan simpulannya [kebuntuan]. Maka memperatur ia akan tertib supaya dimuafakatkan antara dua firqah yang besar itu. Maka menerimakan dia oleh Peranchis dan tiada diterima oleh Moskow, kerana maksudnya hendak berasing ia satunya jua [exclusive] pada demikian itu. Dan di dalam itu pula tiada ia menyimpankan atas demikian kehendak [ bukan setakat kehendak itu sahaja] itu jua, hanya ada baginya kehendak yang lain , yang besar, iaitu selamanya berkehendak ia berkelahi dan mengintai-intai akan ketikanya supaya mendaif ia akan Daulah ‘Aliyyah, ayyadahuLlah Ta‘ala.[18]

Pihak Moskow telah menghantar wakilnya menemui Sultan di Istanbul untuk berunding, di waktu yang sama tentera Russia telah dikerah ke kawasan sempadan:
Pada hal telah dihadirkan tenteranya pada tepi negeri Sultan banyaknya seratus .

empat puluh ribu, maka melintang [mengemukakan] pesuruhan [wakil] akan beberapa kehendak rajanya [Tzar Russia] yang membawa kepada mencederakan bagi Daulah Sultan lagi menyalahi bagi segala qanun segala daulah [undang-undang antarabangsa]. Maka tiada diterima oleh Sultan, maka kembali ia [wakil tersebut] mengkhabarkan rajanya, maka marah ia dan menyuruh ia akan panglimanya melanggarkan segala negeri Sultan. Maka dilawankan [serangan] mereka itu oleh tentera Sultan. Dan dipukulkan [dipatahkan serangan] mereka itu pada beberapa tempat. Maka muafakat segala daulah Eropah dan membangkit [menghantar] tiap-tiap mereka akan satu wakil kepada Madinah Athena, tempat datang kepada mereka itu oleh wakil Daulah Russia dan wakil Daulah ‘Aliyyah. Maka bicaralah sekelian mereka itu di sana di dalam beberapa majlis . Maka tiada juga selesai musykil itu. Kemudian hasilllah antara daulah itu perangan yang amat besar pada laut dan darat, Dan marah Daulah Inggeris dan Daulah Fransa [Peranchis] akan Daulah Russia, demikian lagi Italia dan memerang mereka itu akan Russia.

Syaikh menceritakan kedahsyatan perang dan perkembangan selepas itu:

Kemudian daripada perang yang amat sangat dan merasa segala tentera beberapa daulat itu kesakitan yang banyak . Maka tatkala tewas dan kalah tentera Russia, hasillah bersuluh [perjanjian damai] dengan beberapa syarat yang berbetulan dengan segala kehendak Daulah Uthmaniyyah .[19]

Selain daripada peperangan Crimea tersebut, Kerajaan Uthmaniyyah juga berhadapan dengan pemberontakan ahli Makkah:

Pada tahun 1272 hasil [berlaku] fitnah yang besar antara ahli Makkah dengan askar Sultan dengan sebab datang tegah daripada menjual sahaya. Dan selesai perang itu dengan ditangkapkan Syarif Abdul Muttalib.

Antara jasa Sultan Abdul Majid ialah pembinaan Masjid Nabawi di Madinah, yang disifatkan oleh syaikh “adalah ia masjid yang tiada melihat mata terlebih eluk daripadanya di bawah ukut langit”

Sultan telah meninggal tahun 1277 ketika berumur 40 tahun dan telah memerentah selama 20 tahun 6 bulan..


Sultan Abdul Aziz Bin Sultan Mahmud II

Ketika baginda menaiki takhta mengantikan kekanda baginda berlaku pemberontakan penduduk Jabal Aswad, kaum nasrani di Pulau Crete, penduduk Bandaqiyyah. Bagaimanapun Sultan telah berjaya menundukkan pemberontakan-pemberontakan tersebut.

Baginda juga telah berlayar untuk melawat negara luar, selain daripada menerima pingat kebesaran daripada negara asing, baginda juga sedar kesalahan yang telah baginda lakukan kerana sikap kurang periksa:

(Kemudian berangkat ) ia berjalan melihatkan segala negeri orang dan segala jajahan mereka itu. Maka datang ia ke Masir[20] dan pulang ia [ke Istanbul], kemudian berangkat ia pula pergi negeri Paris, tempat kerusi kerajaan Peranchis, kemudian kepada negeri Inggeris[21]. Dan lalu ia pada madinah Belgrade dan adalah nasrani[sebelum itu telah] memintakan dia [kekuasaan atas Bandar tersebut] daripadanya . Dan mengkhabarkan mereka itu bahawa sanya ia madinah yang roboh, yang sedikit ahli [penduduknya]. Maka diberikan dia kepada mereka itu dengan ketiadaan diperiksakan daripadanya. Maka tatkala dilihatnya di dalam perjalanannya ini, menyesal ia dan marah ia pada hal tiada memberi manafaat marahnya dan menyesalnya.

Di zaman pemerentahan baginda, berlaku juga pemberontakan di negeri ‘Asir. Baginda telah berjaya menundukkan pemberontakan tersebut dan telah meletakkan pentadbiran ‘Asir di bawah Wilayah San‘a dan Yaman.

Sultan Abdul Aziz kemudian digulingkan, baginda kemudiannya meninggal selepas 5 hari daripada dilucutkan. Baginda sempat memerentah selama 16 tahun 4 bulan.[22]
Sultan Murad V

Selepas menaiki takhta selama 3 bulan 3 hari , baginda telah dilucutkan kuasa kerana kurang siuman:
Dicabutkan dia [daripada takhta kekuasaan] dan sebab pada yang demikian itu bahawa sanya hasil pada akalnya di dalam masa itu cedera. Maka bertanya fatwa mereka itu [para pembesar] daripada Syaikh al-Islam, maka memfatwa ia dengan mencabutkan dia kerana syarat jadi khalifah itu bahawa bersifat dengan akal[23]


Sultan Abdul Hamid II

Pada permulaan pemerentahan baginda, telah berlaku pemberontakan oleh kaum nasrani bangsa Hersk, baginda telah mematahkan pemberontakan ini, Bagaimanapun kerajaan Moskow telah bertindak menolong para pemberontakan tersebut:

Maka jadilah perang yang amat besar dan haru-hara yanga amat bahaya antara Daulah ‘Aliyyah dan Daulah Moskow. Dan menafaqah [membelanja] Daulah ‘Aliyyah akan beberapa banyak belanja daripada harta. Dan mentakdir Allah Subhanahu wa Ta‘ala dengan tewas tentera Sultan. Dan ditawan daripadanya beberapa banyak manusia. Dan demikian itu dengan sebab terlingkung [terkepung] tentera Sultan pada negeri Bolonia dan tiada sampai makan kepada mereka itu serta pula bersangatan sejuk dan banyak ujan batu [salji]. Dan setengah daripada mereka yang kena tawan daripada sebesar-besar penghulu tentera muslimin, al-wazir Uthman Basha al-Ghazi, ialah panglima yang masyhur yang menuntun [mengetuai] askar di dalam negeri Bolonia itu. Dan kemudian daripada hasil suluh [perjanjian damai] dilepaskan dia oleh mereka itu. Dan memilik Moskow akan banyak negeri yang besar-besar hingga hampir [kepada] Ardine. Dan terhutang Daulah ‘Aliyyah sebagai utang yang amat banyak yang berkekalan kemudiannya beberapa tahun dengan sebab membayar kerugian perangan itu kepada Moskow.[24]

Ekoran daripada perang ini, Kerajaan Uthmaniyyah bukan sahaja kehilangan wilayah taaluknya kerana ditawan Russia, terhutang dengan banyaknya kerana pembiayaan perang bahkan terpaksa melepas pulau Qubrus [Cyprus] :

Dan dengan sebab bahaya perang itu juga memberi Sultan akan pulau Qubrus kepada Inggeris dengan syarat bahawa ada ia pada tangan mereka itu beberapa tahun yang maklum dan memberi mereka mereka itu kepada Sultan akan kharaj yang dihasilkan daripada pulau itu tiap-tiap tahun dan apabila sempurna segala tahun itu dikembalikan kepada Daulah ‘Aliyyah.[25]

Berlaku juga pemecatan Ismail Basha, penguasa Masir dari kekuasaannya dan dibuang negeri ke Italy. Hal ini berlaku kerana kegagalannya untuk melunaskan hutang-hutang daripada negara nasrani [barat]. Inggeris dan Peranchis telah mendesak Sultan supaya memecat Ismail Pasha dan Sultan telah akur dengan tuntutan itu.[26]
Tunisia jatuh ke tangan Peranchis:

Masuk Peranchis pada negeri Tunis dan diambilkan dia dengan tipu-daya.[27]

Berlaku juga penentangan yang diketuai oleh Ahmad ‘Arabi terhadap penguasa Masir Muhammad Taufiq Basha.:

Hasil fitnah pada negeri Masir antara Muhammad Taufiq Basha , Raja Masir dengan Ahmad ‘Urabi Basha, satu kepala askar daripada ahli Masir. Dan hadir pesuruhan [wakil] daripada Sultan menasihatkan ‘Arabi Basha, maka tiada memberi manafaat yang demikian itu. Kemudian maka datang tentera Peranchis dan tentera Inggeris di dalam beberapa kapal perang dengan dakwa hendak menolong Muhammad Taufiq Basha pada zahirnya. Kemudian memukul tentera Inggeris akan negeri Iskandariyyah dan hasil perangnya beberapa kali pada darat. Dan tewas ‘Urabi, kemudian ditangkapkan dia dan masuk tentera Inggeris dan Muhammad Taufiq ke Masir dan dimusafirkan ‘Urabi dan beberapa orang sertanya kepada Pulau Ceylon.[28]

Syaikh juga menceritakan penentangan Muhammad bin Ahmad al-Mahdi terhadap tentera British di Sudan.

Syaikh menulis tentang di akhir catitan-catitannya berkenaan raja-raja Kerajaan Uthmaniyyah:

(Berkata) yang menghimpunkan ini kitab telah sampai perhamba pada menterjemahhkan dia kepada ini tempat pada hari Ithnin 18 haribulan Syawal daripada tahun hijrah 1303.[29]

Apa yang disebut syaikh kita ini merupakan rekod yang tidak ternilai harganya. Syaikh telah membawa pembacanya, terutama orang-orang Melayu di zamannya, kepada suatu corak perbincangan yang kompleks dan bukan pula suatu tajuk yang lazim yang pernah mereka bincangkan. Sekiranya dibandingkan dengan tulisan-tulisan yang terdapat di dalam bahasa kita yang dihasilkan 50 tahun selepas tulisan syaikh kita ini, akurlah kita bahawa syaikh telah mendahului penulis-penulis yang datang kemudian daripadanya dengan ketinggian kesedaran dan kelebihan maklumat. Berbanding dengan apa yang ditinggalkan oleh Syaikh ini, apakah tahap kecendiakawanan kita dapat dikatakan meningkat ke atas dan mara ke hadapan atau kita semakin merosot ke bawah dan mundur ke belakang?.


Beberapa Pengamatan

Adalah amat penting bagi kita untuk memahami perkembangan dan pergolakan yang berlaku di dalam dan di luar pentadbiran Uthamaniyyah pada zaman yang dibincangkan. Ia merupakan peringkat yang kritikal bagi sejarah ummat ini, serta kesannya masih terasa oleh kita yang hidup 100 tahun terkemudian ini.

I-Proses Pendemokrasian & Pembentukan Kerajaan Negara-Bangsa.

Tidak ada suatu peristiwa yang berlaku di barat dahulunya yang mempunyai kesan pengaruh ke atas corak pemikiran ummah melebihi Revolusi Peranchis. Peristiwa ini tidak dilihat sebagai sesuatu yang ‘hostile’ kerana ianya tidak berkaitan dengan kristianiti. Sebelum ini, barat dibaca semata-mata sebagai blok kristian, sementara Turki dan negara timur tengah dan asia sebagai blok Islam. Malah Revolusi ini dilihat sebagai ‘syphilis’ yang diharap akan deritai oleh masyarakat kristian barat, malangnya ‘syphilis’[30] ini tidak berhenti di perbatasan antara Dar al-Harb dan Dar al-Islam, malah ianya juga menjangkiti masuk ke dalam Dar al-Islam. Pemimpin Uthmaniyyah yang mula membuka saluran untuk menerima percikan barat itu semakin terdedah kepada kebanjiran idea-idea barat.[31]

Dengan memperkenalkan perubahan-perubahan di dalam sistem pemerentahannya, Uthmaniyyah mula berubah ke arah pembentukan identitinya sebagai negara bangsa, sebagaimana yang berlaku kepada negara-negara di Eropah. Sedangkan asas Uthmaniyyah adalah pemerentahan ummah:

The Ottoman Empire was not based on the nation-state concept but on the umma concept. Nationality was determined on the basis of one’s membership in a religious community. ‘Umma’ concept is based on the principle of collectivity, i.e. the individual human being does not have rights, but derives his/her identity and status from the fact of being part of the umma. The religious core within the multiethnic Ottoman Empire was represented by Sunni Muslims.

In fact, there were no big differences between the Ottoman Empire and Western
Europe in the sixteen century. Then religion constituted the basis for one’s individual identity. When the European powers referred to ‘Turkey’ and the Turks, the Turks considered themselves as Muslim belonging to the umma. They were subjects of the Sultan and the Caliph. Religious affiliation dominated the thinking of the Muslims.It was far more crucial than ethnic or national identity[32]

Peminjaman sistem demokrasi barat ini digambarkan oleh penganjur-penganjurnya seakan-akan ianya adalah suatu usaha untuk kembali kepada ‘ruh’ ajaran asal Islam:

The desire to borrow or imitate Western institutions perceived as useful, and to present them as somehow representing a return to authentic and original Islamic principles, is characteristic of most nineteeth-century and some twentieth-century Islamic reformers. The desire for such change arose in the main from a growing awareness of Western strength and wealth contrasted with Muslim weakness and poverty. The discovery or invention of Islamic antecedents were seen as necessary to make such political changes acceptable to the people of a proud and deeply conservatives society with old and strong religio-political traditions of its own- these last including a profound contempt for the unbeliever and all his ways. [33]

Sebahagian dari pemimpin ummat telah terikut-ikut untuk memperolihi apa yang dianggap ‘kebaikan’ yang berlaku di barat, dan memandang secara juling kepada warisan ummah yang diwarisi selama ini, sehingga ditanya oleh Bernard Lewis:

Is it possible for the Islamic peoples to evolve a form of government that will be compatible with their own historical, cultural, and religious traditions and yet will bring individual freedom and human rights to the governed as these terms are understood in the free societes of the West?[34]

Pejuang-pejuang pembaharuan ini mempamirkan ‘gambaran’ yang mereka berjuang sememangnya untuk kembali kepada ‘ruh asal’islam tetapi bukan kepada pengajaran Islam, atau bukannya ajaran Islam yang mereka dakwa telah ‘dibekukan’ oleh ulama ummat ini. Dakwaan ini dilakukan demi untuk mendapat dokongan daripada awam.

Riza [Ahmad Riza, soon to be leader of parliament in a new Turkey] and his colleagues pur their calls for transformation of Ottoman society in terms that would appeal to the Muslim majority. They promoted themselves as good Muslims and found common elements between Islam and positivism on the subjects of property, family. And the government. But in private, Riza at least, felt contempt for Islam’s holy men, the Imams. To his sister, Fahire,he wrote that if he were a woman, he would embrace atheism and never become a Muslim. And he denounced men being allowed four wives and as many concubines as they wished.

Privately, Riza described the imams as ignorant and as misconstruing the Prophet’s words regarding science. Privately, he and his colleagues held that science was for the elite and religion was for the masses.Riza and his colleagues wanted a strong government in which they, the intellectual elite, played a dominant role and the religious leaders played no role in government or in education. Publicly they spoke of an ideal Islamic government in which authority is collective and every citizen is free.[35]

Proses pemodenan yang dimulai oleh Sultan Selim III, yang perubahan yang berlaku kemudiannya. Sememangnya agak sukar untuk dipisahkan antara pemodenan cara barat dari proses sekularisasi. Apa yang berlaku pada pemerentahan Uthmaniyyah pada zaman itu dan selepasnya itu adalah rentetan yang sudah dijangka oleh pengkaji-pengkaji barat:

Modernization involves a proses of secularization; that is, it systematically displaces religious institutions, beliefs, and practices, substituting for them those of reason and science [Max Weber called this process] ‘the disenchanment of the world.’It eliminates all the superhuman and supernatural forces, the gods and the spirits, with which nonindustrial cultures populate the universe and to which they attribute responsibility for the phenomena of the natural and social worlds. In their place it substitutes as the sole cosmology the modern scientific interpretation of nature. Only laws and regulations discovered by the scientific method are admitted as valid explanations of phenomena. If it rains, or does not rain, it is not because gods are angry but because of atmospheric conditions, as measured by the barometer and photographed by satellites[36]

Malang sekali apa yang berlaku di Turki dan di sebahagian negara-negara Islam, sebenarnya bukan sahaja mereka dipaksa menjalani proses sekularisasi, bahkan pihak pemerentah mengamalkan dasar anti-agama sebagai dasar pemerentahan, perkara yang tidak sepatutnya berlaku walaupun di sebuah negara yang sekular:

As for secularization, the fundamental principle is a separation of religion and state. This does not, however mean a separation of religion and politics. In a secular society, religious institutions like other social institutions in a secular society are free to compete and express their political views in the market place of ideas. In contrast to theocracies secular regimes do not allow a clerical class to monopolize political power in the name of God without reference to popular will. In this sense, secularization and democratization must be considered as two sides of the same coin.[37]

Keghairahan untuk menukarkan corak pemerentahan ke arah pemerentahan yang demokratik dan yang berperlembagaan menjadi ‘tujuan paling utama’ bagi golongan yang menentang cara lama. Mereka menutup mata kepada usaha-usaha yang dapat memperbaiki dan meningkatkan sistem yang diwarisi, bahkan bagi mereka sistem lama itu perlu diganti baru walaupun mereka menggunakan kaedah kekerasan dan paksaan. Ali A.Mazrui menyebutkan:

Turkey is pre-eminent example of this dilemma. In times of peace the Ottoman empire was more humane in its treatment of minorities than the Turkish Republic became after 1923. The Ottoman millet system extended considerable tolerance to religious minorities. The Turkish Republic, on the other hand, gradually moved toward a policy of cultural assimilation. While the Ottoman empire had tolerated the Kurdish language, the Turkish Republic outlawed it for a long time. The Ottoman was in a peace times more tolerant of religious minorities than the Turkish Republic was of linguistic minorities. And yet the Turkish Republic (however imperfect) was a closer approximation of democracy and its values than the Ottoman Empire had been. This illustrates the proposition that when the country not at war, the Ottoman Empire was more humane tha the Turkish Republic, but less democratic. In the final analysis democracy ia a system of how rulers are chosen; humane governance is a system of how citizens are treated. Ottoman rule at its best was humnane governance; the Turkish Republic at its best has been a quest for democracy.[38]

Para pengkaji Uthmaniyyah hampir sepakat mengakui kebaikan sistem millet yang diamalkan oleh pemerentah sebelum ini Malah diakui sistem ini jauh lebih kedepan berbanding dengan sistem-sistem yang ada sezamannya.

One of the most attributes of Ottoman Turkish rule was Ottoman toleration of different religious beliefs. The Turks of Ottoman Empire were Muslim, but they did not force their religions on other. Christiana and Jews in the Empire prayed in their churches or synagogues, taught their religion in their own schools and seminaries, and wenr about their business, sometimes ammasing great fortunes. At that time, Ottoman toleration was unique.

Kebaikan daripada sistem ini, selain daripada melaksanakan ajaran Islam, telah disebut oleh pengkaji yang sama:

By allowing Christians and Jews to practice their religions ,the Ottoman Turks defended against the most likely case of revolt. Farmers were unlikely to revolt in favor of aking they did not care about, but they would readily revolt in defense of their religion. On other hand, the Ottomans rightly assumed, if religion were secure and taxes were not too high, people would be satisfied with their situation

Penganut agama-agama selain Islam bukan sahaja mempunyai kebebasan beragama secara peribadi, bahkan mereka juga mempunyai kuasa ‘autonomi’ bagi kumpulan mereka, dan kaedah ini telah mampu menjadi ‘self-sustain’:

Each religious community (millet) kept its own courts, schools, and welfare system. Members for the millet even built roads, water fountains, and communal buildings for their own neighborhoods. The members of millets were pleased to have these functionsin their own hands and the Ottoman government eas relieved of the necessity of providing them themselves. Had the central government provided for these schools, welfare establishments, court, etc. of the millet, taxes would have to be raised and the members of the millets would have been restive at the costs and at the loss of communal control over their lives. It was a good system for all.[39]

Tanzimat juga mengariskan kutipan cukai yang seragam, pengambilan anggota tentera yang diselaraskan berdasarkan corak yang digunakan di Prussia, hak yang sama bagi setiap rakyat tanpa membezakan agama dan bangsa mereka serta pendidikan yang tidak lagi kepada pengajaran subjek agama.

Pengambilan anggota tentera secara baharu ini telah menukarkan aspek-aspek asas Uthmaniyyah, antaranya asas penubuhan pemerentahan itu sendiri, sebagaimana ayang disebut oleh Bernard Lewis:

For believing Muslims, legitimate authority comes from God alone, and the ruler derives his power not from the people, nor yet from his ancestors, but from God and holy law. In practice, and in defiance of these beliefs dynastic succession became the norm, but it was never given the saction of the holy law….

Ummat ini dahulunya tidak mempunyai keperluan kepada wujudnya perlembagaan tatkala mereka mentadbir, mereka berpandukan kepada pertunjuk syariat. Syariat mempunyai latar belakang yang sangat jauh berbeza daripada latar belakang pembentukan undang-undang dan perlembagaan. Knut S.Vikor dari University of Bergen pernah menulis:

The Shari’a explains how God wants man to behave in this world. God expressed His will in the revelation, the Quran and Sunna. These contain what God said, and be the only fixed texts. When man formulates systematic legal precepts out of this revelation, he necessarily uses his own intellect in this process, an intellect that is prone to error. Therefore, what man decides may be right, or it may be wrong. A muslim must follow what is considered the best solution, but he cannot br certain about these laws in the way he can be certain about the Revelation. Therefore, the law cannot have a fixed wording in the way the quran and the accepted Sunna has.

Another, more historical, way of explaining, is to look at the nature of authority. In most societes, the field of law is closely integrated with oilitical rule; the monopoly of force that is conferred upon the ruler by asystem of law is of the definations of legitimate political power. The legal system is an executive branch of the state.

In this, however, the Islamic legal system is an anomaly. It developed independently and often in opposition to the power of the state. The legal scholars (fuqaha’) were in theory, and in the early period in practice, recruited, educated and functions quite autonomously from the rulers. In fact, the body of scholars, including the fuqaha’, may well be considered to be a or the ‘civil society’ of the early Islamic period. Certainly, if we make a dichotomy between ‘state apparatus’ and ‘society’, the scholars belonged in the latter categories.[40]


2-Penghapusan jizyah dan pembaharuan tentera.

Pemerentah Uthamaniyyah juga telah mengubah-suaikan kutipan cukai, system jizyah yang merupakan sebahagian daripada system Millet dihapuskan, ianya digantikan dengan kutipan cukai secara barat. Berikutan daripada penghapusan kutipan jizyah itu, maka anggota tentera Uthamaniyyah bukan lagi terdiri orang Islam semata-mata. Jizyah dihapuskan kerana penekanan kepada ‘persamaan bagi semua rakyat’ :

The emphasis on equality before the law in the 1856 edict also meant that the cizye [jizyah] taz which Christians and jews traditionally paid as a tribute to the Islamic state in which they lived, had to go. Although the number of Ottoman Christians went down considerably during the last century of the empire due to the loss of European provinces, they still represented nearly 30 % of the population in Abdulhamits’s reign and close to 20 % on the eve of World War I. Not suprisingly, the cizye was the second most important source of tax revenue (after tithe [zakat]) of the state.[41]

Penglibatan rakyat bukan muslim di dalam pasukan tentera telah menukar wajah peperangan yang melibatkan kerajaan Uthamnaiyyah:

The army feared that an intake of Christian peasants would be a burden to it and
that non-Muslim wouls damage morale. This was a serious point , because, as all observers of the Ottoman army between 1850 and 1918 agree, the fighting spirit of the ottoman troops was to a very high degree religious. Attacks were carried out under simultaneous shouting of “Allah, Allah” and “Allahuakbar” (God is Great). It was hard to envisage areligiously mixed army to do the same.[42]

Sebenarnya komuniti bukan Islam di bawah Uthamaniyyah dapat menerima dengan baik system jizyah, ini kerana sebahagian daripada jumlah kutipan jizyah itu digunakan untuk pembagunan komuniti itu sendiri. Komuniti ini dapat melihat bahawa kemudahan-kemudahan awam bagi komuniti mereka dibina daripada bayaran jizyah mereka. Anggota komuniti pula bebas menjalankan usaha-usaha ekonomi mereka sepanjang masa kerana mereka dikecualikan daripada menganggotai tentera yang sentiada berperang di sempadan-sempadan jajahan taaluk Uthamaniyyah.

Kerajaan pula tidak lagi dibebani dengan pembiayaan kewangan pembagunan bagi sesebuah komuniti kerana ianya ditampung oleh jizyah daripada mereka sendiri. Apabila jizyah dihapuskan maka timbullah persoalan peruntukan yang diagihkan bagi sesuatu daerah telah dijalankan secara tidak sama rata atau ada komuniti yang langsung terabai. Kerajaan terpaksa menanggung-tanggung jawab sepenuhnya untuk membangunkan keseluruhan jajahan taaluknya.

Suatu lagi pengaruh yang sangat besar dalam melemahkan pemerentah Uthmaniyyah ialah system pendidikan barat yang diperkenalkan oleh pihak pemerentah kepada rakyat.
Ianya sangat komplek dan memerlukan suatu perbincangan yang khusus. Keghairahan untuk menguasai ilmu-ilmu dan kemahiran semasa telah menyebabkan masyarakat Uthamaniyyah telah didedahkan kepada nilai-nilai yang dahulunya asing kepada mereka. Golongan-golongan luar yang berkepentingan seperti pegembang kristian telah membuka sekolah-sekolah mereka dengan rancaknya. Bahasa-bahasa barat telah mengantikan bahasa arab sebagai bahasa penghantar ilmu, bahasa-baharu ini juga mendedahkan golongan terpelajar secara baru ini kepada kesusasteraan asing yang membincangkan fahaman atheism, liberalism barat dan lain-lain faham.


Akhir kalam

Kemerosotan Uthmaniyyah berlaku selepas ianya telah mengembang sayap pemerentahannya di tiga benua, Asia, Eropah dan Afrika untuk ratusan tahun lamanya. Kemerosotan ini terjadi antara lainnya ialah apabila kuasa-kuasa barat telah jauh maju ke depan, sementara kerajaan Uthmaniyyah masih bergerak perlahan sekadar mengekuri kemajauan yang telah dicapai oleh barat. Keadaan ini menyebabkan barat mendapat kelebihan dari segi kemajuan kebendaan berbanding Uthamniyyah. Dan yang lebih parah ialah pembesar-pembesar Uthmaniyyah merasa mereka bukan sahaja ketinggalan dari segi kemajuan kebendaan bahkan mereka merasa kerdil dari segi jiwa, nilai hidup dan bahkan pegangan agama berbanding barat. Dalam usaha –usaha mereka untuk ‘berdiri sama tinggi’ dengan barat itulah mereka telah mencontohi barat setapak demi setapak, dan usaha mereka ini sebenarnya telah menyebabkan mereka semakin lemah. Semakin diperkenalkan kemajuan baru, pemerentahan Uthmaniyyah menjadi semakin lemah sehingga akhirnya mereka tumbang.[43]

Episod kemerosotan Uthmaniyyah mempamirkan bahawa teras kekuatan ummat ini bukannya kemajuan ekonomi, bukannya kekuatan ketenteraan dan bukannya juga kekuatan penguasaan sains dan teknologi. Semua kekuatan-kekuatan ini adalah faktor penting untuk menyokong keutuhan ummat, tetapi teras kekuatan ummat ini terletak pada keistimewaan ummat ini sendiri. Ummat ini adalah ummat yang terbaik yang dikeluarkan bagi manusia kerana ianya menjayakan peranan asasnya sebagai ummat yang menyuruh makruf, ummat yang mencegah mungkar dan ummat yang beriman serta beramal untuk Allah. Kekuatan ekonomi, kekuatan ketenteraan, kekuatan penguasaan sains dan teknologi sepatutnya berperanan sebagai penyampai dan pemudah-cara bagi menjayakan peranan asas ummat ini. Matlamat tertinggi ummat mestilah usaha menjayakan peranan asasnya dengan dibantu oleh segala kekuatan-kekuatan yang ada. Kekuatan-kekuatan itu jangan dikelirukan sehingga bertukar menjadi maksud yang tertinggi yang dicita-citakan oleh ummat.[44]

Kekeliruan di antara tanggung-jawab ummah sebagai ummah dakwah serta tanggung-jawab menjayakan hidup beribadat dengan kepentingan kemajuan dunia yang boleh membantu ummah untuk berjaya di dalam melaksanakan tanggung-jawab itu telah menyebabkan ummah kehilangan arah. Seakan-akan kita terkejar-kejar dalam keletihan dan kehausan dari satu ‘bayangan air’ ke satu ‘bayangan air’ yang kelihatan dari jauh menjanjikan kerehatan dari keletihan dan kehausan tetapi apabila dihampiri, ianya hilang begitu sahaja.[45]

Syaikh Ahmad telah mendahului kita di dalam kajiannya dan penulisannya tentang kerajaan Uthmaniyyah. Walaupun hampir seratus tahun Syaikh telah meninggalkan kita, kita masih tercari-cari suatu kajian yang komprehensif di dalam bahasa kita sebagaimana yang telah dilakukan oleh Syaikh kita ini. Syaikh telah menulis dengan bahasa yang menjiwai rasa kasih sayangnya terhadap Daulah Uthamniyyah yang telah meninggalkan banyak jasa kepada ummat Islam di seluruh dunia. Syaikh juga mengunakan bahasa yang sama terhadap bangsanya, bangsa Melayu yang dicita-citanya akan berdiri sebagai bangsa yang kuat beragama dan bermaruah di kalangan bangsa-bangsa lainnya.

Terdapat golongan orang kita yang malu untuk menghubungkan diri mereka dengan Melayu lama, lalu mereka tonjolkan slogan ‘Melayu Baru’, seolah-olah Melayu ini tidak punyai sejarah ilmunya yang tersendiri, seolah-olah Melayu ini hanya bangsa pinggiran yang tidak memiliki nilai baiknya. Mungkin sahaja mereka mudah lupa terdapat sosok-sosok ilmuan seperti Syaikh Ahmad Bin Muhammad Zain al-Fatani RH di kalangan ulama Melayu.[46]


Wallahu ‘alam

11hb Ramadan 1425
Depan Masjid Salor

Abdullah Zaidi Bin Hassan
Himpunan Pencakna Budaya Kelantan




[1] Sultan Selim III merupakan Sultan yang terawal berusaha untuk melakukan pembaharuan berdasarkan model negara Eropah. Sebelum baginda, memang terdapat sultan yang meniru kemahiran masyarakat eropah tetapi peniruan itu hanyalah bagi perkara-perkara khusus, seperti senjata perang. Sultan Selim telah memperkenalkan Nizam al-Jadid iaitu penyusunan semula tentera berdasarkan teknik barat, terutamanya Peranchis.
[2] Raja Catherine berdakwa dirinya sebagai penaung kepada ajaran Kristian Orthodoks. Baginda menganggap adalah kewajibannya untuk melindungi penganut orthodok yang menjadi rakyat kerajaan Uthmaniyyah
[3]. Ini berikutan perang Britain-Peranchis ketika pemerentahan Napoleon Bonaparte. Napoleon telah menyerang Masir menggunakan 232 buah kapal, 2’000 meraim, 32’300 tentera dan di bawa bersamanya 175 jurutera dan sarjana. Napoleon melihat bahawa penaklukan Masir adalah langkah awal sebelum mengambil India dari tangan British. Sultan Selim telah mengabungkan kerajaannya dengan pakatan yang dianggotai oleh Britain,Austria, Russia dan Portugal. {the War of Second Coalition, 1798-1801)
[4] Akibat daripada kekalahan di medan tempur, ummat Islam mempunyai 2 pendekatan yang utama bagi menebus balik kekalahan yang dialami, (1.) mengalahkan kuasa barat dengan menguasai teknik peperangan dan ilmu serta kemahiran mereka yang lain. (2.) menjilahkan balik ajaran Islam daripada kekotoran khurafat, bida’ah dan amalan mungkar yang berlaku di dalam masyarakat. Kedua-dua pendekatan ini telah dilakukan, malangnya kedua golongan ini tidak dapat menemui persetujuan, yang akibatnya mereka mengagalkan usaha-usaha kedua-dua pihak. Golongan Wahabi adalah golongan kedua yang agak keterlaluan. Pihak Muhammad Ali Basha telah membeli bekalan senjata daripada pihak Peranchis, sementara pihak Wahabi membelinya daripada pihak British yang berkuasa di India. Pengamatan yang sama dibincangkan oleh Toynbee di dalam bukunya Civilization On Trial.
[5] Sultan Mustafa telah menyebelahi tentera Janissary ketika mereka memberontak terhadap Sultan Selim, Pihak yang bersimpati dengan Sultan Selim, terutama tentera di bawah pimpinan Mustafa Bayrakdar telah berusaha untuk mengembalikan kuasa kepada Sultan Selim. Sultan Mustafa telah bertindak balas dengan membunuh Sultan Selim serta cuba membunuh saudaranya Mahmud.
[6] Sultan Mahmud telah bertindak balas ke atas kumpulan yang menyokong Sultan Mustafa. Baginda telah melantik Mustafa Bayrakdar sebagai wazir.
[7] Tonggak kekuatan kerajaan Uthmaniyyah adalah pasukan Janissary. Asalnya pasukan ini dianggotai oleh anak-anak orang kristian yang ditawan di dalam peperangan atau yang direkrut daripada keluarga kristian yang berada di bawah pemerentahan Uthmaniyyah. Mereka telah dilatih dengan disiplin yang tinggi serta amalan keagamaan yang ketat. Kerana kecekapan mereka, mereka telah memperolohi kedududkan yang penting di dalam kerajaan.
[8] Kerana keistimewaan yang mereka perolehi, ada ibu-bapa muslim yang berhasrat menjadikan anak mereka sebagai anggota janissary. Akibatnya disiplin yang ketat mulai longgar, seperti mereka dibenarkan berkahwin, yang sebelum ini dilarang. Mereka meninggalkan barrack, dan mula membuat kerja-kerja sampingan terutama berniaga. Bilangan mereka juga bertambah dengan banyaknya yang menyebabkan perbelanjaan kerajaan untuk mereka bertambah.
[9] Sememangnya kelemahan tentera Uthmaniyyah yang dapat dikalahkan oleh tentera-tentera barat itu memerlukan pembaikaian, tetapi nampaknya tonggak kekuatan traditional mereka, iaitu janissary, telah mereka robohkan, Sementara hasil pembaharuan tentera berdasarkan strategi barat tidak juga mendatangkan hasil yang ketara. Mereka semakin bergantung kepada kuasa-kuasa barat.
[10] Terdapat catitan : “The most visible reform of all was the invention of the fez (1828), which looks more like a Western hat than the traditional turban [from the tulip period] , but because it is brimless, allows a pious Moslem to touch his forehead to the ground while praying”. (http://www.Xenohistorian.faithweb.com/neareast/ne14.html) . Seratus tahun kemudiannya Kamal Attarturk memaksa rakyat memakai topi eropah pula dan mengharamkan pemakaian tarbus (fez)
[11] Archbishop Greek Orthodox di Istanbul sendiri telah terlibat di dalam menyalakan api pemberontakan. Nampaknya semangat nationalism barat telah merebak di bumi Uthmaniyyah, mula-mula di kalangan rakyat yang bukan muslim, kemudian oleh rakyat muslim sendiri, terutama selepas Perang Dunia I. Ketika Britain, Pranchis dan Russia telah memaksa Uthmaniyyah memberi kemerdekaan kepada Greece, akibat kekalahan pada pertempuran laut di Navarino, 1827, Muhammad Ali telah bersubahat dengan kuasa-kuasa barat ini dan menyerang Syam dan telah mengalahkan tentera Uthmaniyyah di pertempuran di Akka dan Konya. Dia juga telah meluaskan kekuasaannya ke Sudan. Kawasan kekuasaanya telah melebihi kawasan kekausaan Sultan sendiri.
[12] Kerajaan Uthmaniyyah terpaksa menanda-tangani perjanjian Edirne pada tahun 1245H/1829M, yang memberi kemerdekaan kepada Greece dan menyerah wilayah Ahiskha dan Circassia kepada Russia.
[13] Sebahagian telah menganggap Muhammad Ali Basha sebagai pencetus perjuangan kebangsaan Masir, sebenarnya dia adalah seorang yang berbangsa Albania, dia telah membunuh penguasa Mamaluk yang mentadbir sebelumnya. Dia tidak tahu bertutur arab dan tidak menganggap dirinya sebagai orang Masir.
[14] Sultan telah memohon pertolongan Muhammad Ali Basha di dalam menundukkan pemberontakan di Greece, baginda menjanjikan ganjaran penyerahan Syam kepada beliau, tetapi baginda tidak menunaikan janji tersebut kerana serangan itu telah dikalahkan oleh kuasa-kuasa barat.. Inilah diantara punca pemberontakan olehnya.
[15] Jezair ditadbir wakil kerajaan Uthmaniyyah, seorang tentera yang berkebolehan yang digelar Dayt. Jazair telah diserang sebanyak 17 kali oleh kuasa-kuasa barat tetapi serangan mereka gagal.. Peranchis sangat mengkehendaki pelabuhan di Jazair kerana mahu mengimbangi Britain di Laut Mediterranean , yang telah menguasai Gibraltar. Peranchis telah mengaturkan pinjaman kewangan kepada beberapa pedagang bukan muslim di Jazair. Di dalam rundingan di antara Consul General Peranchis dengan Husein Dayt, Husein Dayt telah memukul muka Consul General dengan kipas. Inilah yang dijadikan alas an bagi Peranchis untuk menyerang Jazair. Peristiwa ini berlaku pada tahun 1830. (lihat Osmanli History 1289-1922. )
[16] Tanzimu al-Khairiyyah yang diperkenalkan telah disediakan oleh Sadru al-‘Azam baginda, Mustafa Rashid Basha, yang juga telah menyediakan Nizamu al-Jadid di masa Sultan Mahmud..Ia merupakan percubaan awal ke arah kerajaan berpelembagaan. Ia menjanjikan persamaan hak rakyat tanpa mengiira bangsa dan agama, menyediakan pendidikan yang tidak terikat dengan agama, menghapuskan kerahan tenaga bagi tentera, pentadbiran corak baru di peringkat wilayah yang asing daripada pengawasan ulama, memperkenalkan system pencukaian cara baru, termasuklah penghapusan jizyah ke atas orang bukan Islam. (http://I-cias.com/e.o/tanzimat.htm )
[17] Muhammad Ali dikalahkan oleh tentera Sultan dengan bantuan kuasa-kuasa barat. Britain sedar yang Muhammad Ali telah menjadi terlalu kuat dengan menguasai dua laluan antara Eropah dan India iaitu Laut Merah dan Lembah Euphrates. “No body in the west really liked the Turks, but Britain definitely preferred a weak power in that region over a strong one”. Kuasa barat, Britain, Prussia, Austria dan Russia telah berusaha selama dua tahun dan telah mengemukakan ‘Perjanjian London’ yang mengisytiharkan: (1).berakhirnya sokongan Peranchis kepada Masir (2). tentera Masir dikurangkan kepada 18’000 orang tentera (3). Sultan kembali berkuasa ke atas Syam dan Semenanjung Arab( 4).penutupan Dardanellas kepada semua kapal perang kecuali milik Turki .( 5). Muhammad Ali Basha dan keturunannya menjadi penguasa Masir & Sudan ., (http://www.xenohistorian.faithweb.com/neareast/ne14,html )
[18] Tzar Nicholas, Raja Russia amat tersinggung apabila Bintang Perak yang diletak di Church Of Nativitry oleh penganut katholik telah hilang, dan dikatakan ianya telah dicuri oleh rahib penganut orthodok. Sementara itu Presiden Peranchis Louis Napoleon yang ingin membuktikan dia adalah penganut katholik yang baik telah berusaha untuk menguasai tempat-tempat suci kristian di Juruselam.Peranchis mengugut akan menyerang Turki sekiranya permintaannya ditolak. Napoleon bertindak dengan menghantar kapal perang Charlemange ke Istanbul dan satu squadron kapal ke Teluk Tripoli pada bulan Disember 1852, Sementara pada bulan Februari, Nicholas bertindak balas dengan dua pasukan tenteranya yang berjumlah 150’000 di sempadan wilayah taaaluk Sultan, dan menghantar dutanya ke Istanbul untuk mendesak Sultan agar mengiktiraf Russia sebagi pelindung bagi penganut orthodok di wilayah taaluk Sultan. Kerana keengganan Sultan, Russia telah menakluki Wallachia dan Moldavia . Pada bulan oktober 1853. Turki telah mengisytiharkan perang ke atas Russia.
[19] Angka kematian dan kecederaan bagi negara-negara yang terlibat adalah tinggi. Di dalam peperangan inilah Florence Nightingle telah berkhidmat dengan cemerlangnya sebagai jururawat kepada tentera-tentera bersekutu yang menentang Russia. Sultan Abdul majid telah memberi hadiah gelang yang berharga kepada beliau kerana khidmatnya itu dan telah memberi 1’000 dinar emas kepada jururawat-jururawat yang terlibat.
[20] Ismail Basha , penguasa Masir ketika itu sangat bijak mengambil hati Sultan. Diberinya Sultan hadiah belbagai hadiah termasuklah sebuah kapal wap. Beliau juga telah menghantar 4’500 tentera bagi membantu Sultan menundukkan pemberontakan di Hejaz (1864), seramai 8’000 tentera ke Romania(1866), seramai 18’000 ke Crete.Sultan telah menganugerahi gelaran ‘Khadive’ kepada beliau.(1868)
[21] Sultan Abdul Aziz merupakan Sultan yang pertama untuk melawat negara eropah. Baginda telah menerima pingat kebesaran daripada Queen Victoria.
[22] Berlaku pemberontakan terhadap Sultan, pihak pemberontak mendesak Sultan supaya memecat Sadru al-Azam dan Syaikh al-Islam. Pihak pemberontak telah mengeluarkan fatwa yang mengatakan Sultan tidak layak memerentah kerana tidak siuman. Baginda dikatakan meninggal dunia kerana membunuh diri, tetapi berkemungkinan besar baginda dibunuh dengan dikerat kedua-dua belah pergelangan tangan baginda.
[23] Dikatakan baginda menghadapi tekanan yang hebat, dari pihak yang memberontak terhadap Sultan Abdul Aziz yang telah menaikkan baginda serta sentimen rakyat yang menyalahkan pembesar seperti Midhat Basha, Rushtu dan Husein Avni di atas kemangkatan Sultan Abdul Aziz. Pihak pembesar tidak mencapai kata sepakat di dalam melaksanakan Meshrutiyyet (system parlimen).sedangkan tekanan dari kuasa-kuasa barat sangatlah hebat. Tekanan dan kekeliruan sebegini telah menyebabkan keluarnya fatwa terlucutnya baginda daripada takhta .
[24] Russia telah menyerang wilayah Uthmaniyyah pada tahun 1877. Selepas menguasai Laut Hitam, Russia bercadang untuk menakluki Anatolia. Sultan telah meminta negara-negara yang menanda-tangani Perjanjian Paris untuk mengkotakan butiran perjanjian. Tentera Uthmaniyyah di bawah pimpinan Sulaiman Basha, telah menyekat kemaraan Russia di Bulgaria, sementara Uthman Basha telah menyekat tentera Russia di Plevne dan Ahmad Mukhtar Basha telah berjaya menahan Russia dari arah timur di Kars. Parlimen telah mengeritik Sultan di tas keputusan yang dibuat baginda di dalam peperangan tersebut.
[25] Britain telah meminta daripada kerajaan untuk membenarkannya memerentah Cyprus , dengan hujjah untuk membantu mengawasi serangan Russia ke atas wilayah Anotolia. Sekiranya kerajaan tidak bersetuju, Britain mengugut untuk menarik diri dari memenuhi butiran perjanjian. Britain bersetuju untuk membayar lebihan daripada hasil Cyprus kepada kerajaan. Pentadbiran kehakiman, pendidikan dan keagamaan kekal dibawah pentadbiran kerajaan Uthmaniyyah.
[26] Ismail Basha telah berhutang dengan banyaknya, sehingga wakil negara Britain dan Peranchis menduduki ‘kabinet’ kerajaan Masir bagi mengawal kewangan dan perbelanjaan negeri itu. Hal ini menyebabkan rakyat menjadi marah, untuk mengurangkan kemarahan rakyat, Ismail Basha merancang untuk membentuk pemerentahan yang dianggotai sepenuhnya oleh rakyat, tanpa wakil asing, Hal ini menyebabkan kemarahan kerajaan Britain dan Peranchis, yang kemudiannya mendesak Sultan agar memecat Ismail Basha dan melantik anaknya Muhammad Taufiq Basha.
[27] Peranchis telah mendapat restu dari negara-negara barat untuk menyerang Tunisia. Britain berharap ini akan menyebabkan Peranchis menerima perjanjian Britain-Uthmaniyyah tentang Cyprus, sementara German pula berharap agar Peranchis akan mengenepikan dendam kekalahannya kepada German di dalam pertempuran Alsace-Lorraine dan ini juga akan menyebabkan timbul ketegangan antara Peranchis dan Itali yang masing-masing mahu bertapak di Afrika Utara. Peranchis menggunakan alasan untuk menundukkan keganasan di sempadan Algieria dan Tunisia daripada serangan suku Kurumir, Dait ketika Sadiq Bey telah dipaksa menanda-tangani penyerahan Tunisia pada tahun 1881. Turki telah memprotes penaklukan ini, tetapi didak dilayan oleh kuasa-kuasa barat. Inilah ‘turning point’ bagi Sultan Abdul Hamid II untuk tidak lagi mempercayai barat dan memulakan gerakan pan-Islamisme tajaannya.
[28] Sultan telah menghantar Dervsih Basha untuk merundingkan penyelesaian di antara Taufiq Basha dan Urabi Basha, belum sempat dipersetujui penyelesaiannya, kuasa barat telah menghantar kapal-kapal mereka di Pantai Iskandariyyah. Hal ini menimbulkan kemarahn rakyat dan berlakulah huru-hara dan beberapa orang barat telah dibunuh. Britain telah memasukki Masir secara terbuka, mereka berminat dengan penghasilan kapas Masir bagi menyokong industri tekstil di England. Sementara itu Peranchis agak menentang penaklukan ini kerana bimbangkan kekuasaannya di utara Afrika akan terjejas. .
[29] Ini bermakna catitan ini ditamatkan pada Jun 1886. Umur Syaikh ketika itu di dalam lingkungan 40 tahun. Pencatit ini akan cuba membuat beberapa pengamatannya terhadap peristiwa yang disebut oleh Syaikh kita ini dengan mengambil kira apa yang dikupas oleh pemerhati-pemerhati yang terkemudian. Insyaallah, Tuhan akan permudahkan usaha itu hendaknya. Amin. Rabbana taqabbal minna.
[30] Ahmad Efendi Basha, setiausaha kepada Sultan Selim III, di dalam journalnya pada januari 1792 mencatitkan “May God cause the upheaval in France to spread like syphilis to the enemies of the Empire, hurl them into prolonged conflict with one another, and thus accomplish results beneficial to the Empire, amen”, Emergence of Modern Turkey. Bernard Lewis. http://www.h-net.msu.edu/~fisher/hst373/readings/lewis2.html.
[31] Bernard Lewis telah membuat pengamatan yang baik dengan mengatakan “The French Revolution is the first great social upheavel in Europe to find intellectual expression in purely non-religious terms. Secularism as such has no great attraction for Muslim, but in aWestern movement that non-Christian, even anti-Christian, and whose divorce from Christianity was stressed by its leading exponents, the Muslim world might hope to find the eclusive secret of Western power without compromising its own religious beliefs and tradition. During the century or so that followed the first percolation of these new ideas from Europe, the channels of transmission became broader and more numerous, the trickle grew to a river and to a flood. While Western materials culture transformed the structure and aspect of Islamic society, often the worse, ideas from the West were affecting the very basis of group cohesion, creating new pattern of identity and loyalty, and providing both the objectives and the formulation of new aspirations.”
[32] ‘Turkey &The European Union: A Never Ending Story’ Andrea K. Riemer. Center For Security &Defence Study, Vienna. http://www.ciaonet.org/isa/ria01/
[33] ‘Islam & Liberal Democracy’. Bernard Lewis. The Atlantic Monthly Feb 1993. di siarkan http:www.bizmarts.com/rec/islamdcy.htm
[34] Ibid
[35] Turkey and Islam 1900-1930. http://www.fsmitha.com/h2/ch09tu.htm
[36] ‘Modernization’ Britannica online. Dipetik di dalam ‘Disenchanted Worlds:Seculartization and Democratization in the Middle East’. Majid Tehrani. http://www2.hawaii.edu/~majid/draft_papers/secularization/secularization.html
[37] Ibid.
[38] ‘Globalization & Cross-Cultural Values:Politics Of Identity and Judgement’. Mazrui, Ali.A. Arab Studies Quarterly Vol. 21.Summer 1999. http://www2.ucs.edu/cgirs/publications/kiosk/article3.html
[39] Turkish Toleration. http://globaled.org/nyworld/materiala/ottoman/turkish.html
[40] The Shari’a & The Nation State: Who can Codify The Divine Law. Knut s. Vikor. The 4th Nordic Conference on M.Eastern Studies. 1998. http://www.hf.uib.no/smi/pao/vikor.html
[41] The Ottoman Conscription system in Theory and Practise 1844-1918. Erik-Jan Zurcher. http://www.let.leideniniv.nl/tcimo/tulp/Research/Armingzu.htm
[42] Ibid.
[43] Guru kami, Almarhum Ustaz Haji Musa menggunakan ungkapan ‘maju ke belakang, meningkat ke bawah’. Ini mengingatkan yang kebenaran itu diibaratkan berada dihadapan serta syurga pula berada diatas Lihat juga perbincangan menarik Arnold Toynbee di dalam bukunya ‘Civilization On Trial’.
[44] Antara buku semasa yang terbaik bagi pemahaman sebegini ialah ‘Islam Min Jadid’ tulisan Maulana Abu Hassan an-Nadwi RH , serta ‘Hadith ath-Thulatha’ yang merupakan himpunan ucapan Imam Hassan al-Banna.

[45] Lihat perbandingan yang Allah datangkan pada ayat 39-40 Surah an-Nur
[46] Alhamdulillah , dengan rahmat-Nya dapat diselesaikan catitan ini dalam serba kekurangannya, semoga Allah memberi kepada pencatat ini dan orang lainnya manafaat untuk kehidupan ini dan akan datang datangnya.
geovisit();

Maqasid syariah


MAQASID SYARIAH
MAQASID SYAR’IYAH
PENDAHULUANIslam merupakan mesej Allah S.W.T kepada seluruh umat manusia di serata dunia dan di setiap zaman. Berteraskan wahyu melalui dua sumber utamanya yang muqaddas iaitu al- Quran dan al-sunnah islam tetap unggul dan bertahan sepanjang zaman semenjak dari zaman awal kemunculannya sehingga kini. Ini semua kembali kepada tabiat islam itu sendiri yang bersifat dinamik dan mempunyai objektif atau maqasid yang jelas dan bertepatan dengan hidup manusia sejagat.Penelitian deduktif dan induktif terhadap sumber-sumber syariat islam telah mengesahkan bahawa maqasid utama syariat islam ialah untuk memberi kemaslahatan kepada manusia samada menarik maslahah (manfaat) tersebut atau menolak keburukan (mudharat) daripada manusia.Oleh itu didapati semua hukum syara' bernaung di bawah konsep jaminan maslahah kepada manusia bukan sahaja di dunia malah menjangkaui alam akhirat (sesuai dengan kata al-'Izz B. Abdu al-Salam bahawa islam itu semuanya maslahah , samada dengan mendatangkan maslahah mahupun mengelakkan mudharat) (1).(1) Al-Izz bin Abdul Salam, Qawaid al-Ahkam fi Masalih al-Anam, Beirut, Dar al-Ma'rifah, jil.1, m.s.9Kertas kerja ini merupakan satu penghuraian ringkas mengenai makna maqasid, konsepnya dan kedudukannya . Ia juga turut menghuraikan pelbagai pengkategorian maqasid menurut perspektif yang berbeza, faedah-faedah memahami maqasid dan kaedah mengenali maqasid. Kemudian penulis cuba menilai sejauh mana kepentingan maqasid syara' dalam menilai sesuatu.PERTAMA:KONSEP MAQASID1.Definisi MaqasidMaqasid merupakan matlamat yang ingin dicapai dalam melakukan sesuatu.Dalam konteks ini maqasid yang dimaksudkan ialah maqasid atau objektif yang diletakkan oleh syara' dalam mensyariatkan hukum.Antara istilah popular yang digunakan ialah maqasid syariah, maqasid al-Syari'(Allah) dan maqasid syara' atau di dalam Bahasa Arabnya maqasid al-syariah, maqasid al-Syari' dan al-maqasid al- syar'iyyah. (2)(2) Ahmad al-Raisuni, Nazariyyat al-Maqasid I'nda al-Imam al-Syatibi, Beirut, al-Maahad al-Alami li al-Fikr al-Islami, 1992,m.s.13Terdapat pelbagai pendefinisian telah dilontarkan oleh ulama usul fiqh tentang istilah maqasid. Ulama klasik tidak pernah mengemukakan definisi yang spesifik terhadap maqasid, malah al-Syatibi yang terkenal sebagai pelopor ilmu maqasid (3) pun tidak pernah memberikan definisi tertentu kepadanya. Namun ini tidak bermakna mereka mengabaikan maqasid syara' di dalam hukum-hukum syara'. Pelbagai tanggapan terhadap maqasid dapat dilihat di dalam karya-karya mereka. Kita akan dapati tanggapan ulama klasik yang pelbagai inilah yang menjadi unsur di dalam definisi-definisi yang dikemukakan oleh ulama mutakhir selepas mereka. Apa yang pasti ialah nilai-nilai maqasid syara' itu terkandung di dalam setiap ijtihad dan hukum-hukum yang dikeluarkan oleh mereka. Ini kerana nilai-nilai maqasid syara'itu sendiri memang telah terkandung di dalam al-Quran dan al-Sunnah (4).(3) Hammad al-Obeidi, al-Syatibi wa Maqasid al-Syariah, Mansyurat Kuliat al-Da'wah al-Islamiyyah, Tripoli, cet. Pertama, 1401H/1992M, m.s. 131(4) Muhammad Fathi al-Duraini, al-Manahij al-usuliyyah, Beirut, Muassasah al-Risalah, 1997M, m.s.48.Ada yang menganggap maqasid ialah maslahah itu sendiri, samada menarik maslahah atau menolak mafsadah.Ibn al-Qayyim menegaskan bahawa syariah itu berasaskan kepada hikmah-hikmah dan maslahah-maslahah untuk manusia samada di dunia atau di akhirat.Perubahan hukum yang berlaku berdasarkan perubahan zaman dan tempat adalah untuk menjamin syariah dapat mendatangkan kemaslahatan kepada manusia (5).Sementara Al-Izz bin Abdul Salam juga berpendapat sedemikian apabila beliau mengatakan "Syariat itu semuanya maslahah, samada menolak kejahatan atau menarik kebaikan…" (6).(5) Ibn Qayyim al-Jauziyyah, I'lam al-Muwaqqi'in, Beirut, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, 1996M, jil.3, m.s.37(6) Al-Izz bin Abdul Salam, opcit, jil.1, m.s.9.Ada juga yang menyifatkan maqasid sebagai mengelakkan kemudaratan. Al-Qadi I'yad telah berkata "berhukum untuk mengelakkan kemudaratan adalah wajib".Ada juga yang menyifatkan maqasid sebagai mengelakkan kesusahan atau masyaqqah.Ini sebagaimana yang dikemukakan oleh Ibn al-Arabi dengan kata-katanya " Tidak harus membebankan seseorang dengan apa yang ia tidak mampu".(7)(7) Nuruddin Mukhtar, al-Khadimi, al-Ijtihad al-Maqasidi,Qatar , 1998M , m.s.49-50.Ada juga yang memahami maqasid sebagai lima prinsip islam yang asas iaitu menjaga agama, jiwa, akal , keturunan dan harta.Di satu sudut yang lain, ada juga ulama klasik yang menganggap maqasid itu sebagai logik pensyariatan sesuatu hukum. (8)(8) Nuruddin Mukhtar, al-Khadimi, al-Ijtihad al-Maqasidi,Qatar , 1998M , m.s.50Manakala ulama-ulama mutakhirin seperti Al-imam al-Syatibi yang sinonim kepada ilmu maqasid tidak pernah mengemukakan definisi yang spesifik untuk istilah maqasid.Ini mungkin disebabkan beliau merasakan bahawa umum sudah memahaminya. (9)(9) I'wad bin Muhammad al-Qarni, al-Mukhtasar al-Wajiz fi Maqasid al-Tasyri', Jeddah, Dar al-andalus al-Khadra', 1419H, m.s.17.Ibn Asyur mendefinisikan maqasid sebagai "Segala pengertian yang dapat dilihat pada hukum-hukum yang disyariatkan pada keseluruhannya atau sebahagian besarnya" (10) .Ini bermakna maqasid bukanlah pengertian yang dapat dilihat pada hukum – hukum tertentu secara khusus.Contohnya melahirkan kebaikan , menolak kejahatan dan konsep kesamarataan antara manusia yang ada pada setiap pensyariatan hukum-hukum syara'.Ibn Asyur telah membahagikan maqasid dengan lebih terperinci lagi dengan mengkategorikannya kepada dua iaitu maqasid umum dan maqasid khusus.Menurut beliau maqasid umum ialah maqasid yang dapat dilihat dalam hukum-hukum yang wajib dan melibatkan semua individu secara umum .Manakala maqasid khusus pula ialah cara yang digunakan oleh syariah bagi merealisasikan kepentingan umum melalui tindak- tanduk perseorangan.Contohnya hukum merekodkan perjanjian hutang dalam bidang muamalat.(10) Mohammad al-Tahir al-Misawi, Ibn Asyur wa Kitabuhu Maqasid al-Syariah al-Islamiyyah, Mkuala Lumpur, Al-Basyair li al-Intaj al-Ilmi, 1998M, m.s.171 .I'lal al-Fasi mendefinisikan maqasid sebagai "matlamat syariah dan rahsia-rahsia pensyariatan setiap hukum (islam)".Beliau juga telah membahagikan maqasid kepada dua iaitu maqasid umum dan maqasid khusus.Maqasid umum ialah matlamat syariah secara umum, manakala maqasid khusus ialah rahsia di sebalik setiap hukum.Walaubagaimanapun definisi ini telah dikritik oleh Dr. Iwad bin Muhmmad al- Qarni .Beliau mengkritik pendefinisian ini dengan mengatakan bahawa perkataan rahsia adalah kurang sesuai digunakan kerana rahsia bukanlah maqasid secara mutlak.Ada kalanya sesuatu rahsia itu menjadi maqasid dan pada ketika lain ia bukanlah maqasid kepada sesuatu. (11)(11) al-Qarni, opcit, m.s.18Ahmad Al-Raisuni mendefinisikan maqasid sebagai "matlamat-matlamat yang ingin dicapai oleh syariat demi kepentingan umat manusia".Beliau telah membahagikan maqasid dengan lebih teliti lagi berbanding dengan Ibn al-'Asyur iaitu dengan membahagikannya kepada tiga bahagian, iaitu maqasid umum , maqasid khusus dan maqasid serpihan (juziyy). Menurut beliau maqasid umum ialah objektif yang diambilkira oleh syara' dalam menentukan semua atau sebahagian besar hukum syara' , contohnya konsep keadilan dan kesamarataan (al-Musawah) yang terdapat dalam semua hukum syara'. Maqasid khusus ialah yang diambilkira oleh syariah dalam menentukan sesuatu atau beberapa kelompok hukum tertentu, contohnya hukum kekeluargaan. Manakala maqasid serpihan ialah yang diambilkira oleh syariah dalam menentukan sesuatu hukum tertentu, contohnya hukum sunat berkahwin.Namun apa yang menjadi topik perbincangan ilmu usul fiqh dan ilmu maqasid khasnya ialah maqasid umum. Manakala maqasid khusus menjadi topik perbincangan para fuqaha. (12) Jika diteliti definisi-definisi yang dikemukakan oleh para ulama tersebut, definisi yang paling tepat, padat dan merangkumi seluruh konsep maqasid ialah definisi yang dikemukakan oleh al-Raisuni.(12) al-Raisuni, opcit, m.s.15Kesimpulannya maqasid syariah ialah "matlamat-matlamat yang ingin dicapai oleh syariat demi kepentingan umat manusia".2.Istilah-istilah lain yang berkaitan dengan maqasid.2.1)al-HikmahIbn Rusyd menyifatkan maqasid sebagai hikmah pensyariatan hukum Al-hikmah membawa erti yang sama dengan maqasid. Istilah al-hikmah lebih kerap digunakan oleh fuqaha.Contohnya Ibn Farhun berkata:"Dan adapun hikmah qada ialah mengangkat kacau bilau, menolak bala bencana, mencegah orang zalim, membantu yang dizalimi, memutuskan pertikaian,menyuruh yang ma'ruf dan mencegah kemungkaran".(13)(13) Muhammad bin Farhun, Tabsirah al-Hukkam, Dar al-Maktabah al-Ilmiyyah, Mesir, 1301H, m.s.8Manakala di kalangan para fuqaha, para ulama usul istilah ini merujuk samada kepada maqasid sesuatu hukum ataupun kesesuaian (relevensi) sesuatu hukum (al-makna al-munasib).Contohnya mengelakkan masyaqqah adalah hikmah kepada adanya hukum rukhsah.2.2)Al-'illatAda sebahagian ulama yang menganggap bahawa maqasid itu ialah'illlah-''illat yang terkandung di dalam pensyariatan hukum. Al-Ilah ialah sifat zahir yang tekal yang ada pada sesuatu hukum syara (14).Sifat yang ada pada sesuatu hukum itu seolah-olah menggambarkan maqasid syara.Ini menjadikan al-'illat dan maqasid membawa pengertian yang sama.Atau dengan kata lain, maqasid sesuatu hukum dapat difahami daripada kefahaman terhadap 'illatnya.Istilah ini lebih banyak digunakan di dalam bidang tafsir ayat dan hadith yang berkaitan dengan hukum-hukum syara' (15).(14) Wahbah al-Zuhaili, Usul al-Fiqh al-Islami, Dar al-Fikr, Dimasyq, 1986, jil.1, m.s.646(15) al-Raisuni, opcit, m.s.172.3)Al-ma'naDari segi penggunaannya, istilah al-ma'na adalah sinonim kepada maqasid kecuali al-ma'na lebih popular digunakan oleh fuqaha terdahulu seperti al-Syatibi, al- Ghazali dan al-Tabari.3. Pengkategorian - Pengkategorian maqasid.Maqasid boleh dibahagikan kepada pelbagai kategori yang berbeza berdasarkan kepada perspektif yang berbeza.3.1)Kategori maqasid berdasarkan puncanya terbahagi kepada dua: (16)(16) al-Syatibi, al-Muwafaqat Fi Usul al-Syariah, Beirut ,Dar al-Ma'rifah, 1416H/1996M, jil: 2, m.s: 321.3.1.1)Maqasid Syari'(Allah)Iaitu maqasid yang diletakkan oleh Allah dalam mensyariatkan hukum. Ianya berpusat kepada menarik kebaikan dan menolak kejahatan di dunia dan di akhirat. Menurut al-Syatibi, Maqasid Syari' terbahagi kepada empat bahagian (17):(17) al-Syatibi, al-Muwafaqat Fi Usul al-Syariah, Beirut ,Dar al-Ma'rifah, 1416H/1996M, jil: 2, m.s: 321.a.Tujuan Syari' (Allah) mencipta Syariat itu sendiri.b.Tujuan Syari' (Allah) menciptakan Syariat untuk difahami.c.Tujuan Syari' (Allah) menjadikan Syariat untuk dipraktikkan.d.Tujuan Syari' (Allah) meletakkan mukallaf di bawah hukum Syarak.a.Tujuan Allah mencipta Syariat.Pada pandangan al-Syatibi, Allah mencipta syariat dengan tujuan untuk merealisasikan maqasidnya untuk sekelian manusia iaitu untuk memberikan kebaikan (maslahah) kepada mereka dan mengelakkan kerosakan / keburukan (mafsadah) daripada menimpa mereka. Menururtnya segala apa yang disyariatkan tidak terlepas daripada maqasid ini yang dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu (18) :(18) ibid,jil:2, m.s:326.i) Kepentingan Asas (al-Dharuriyyat) :Iaitu segala apa yang paling penting dalam kehidupan manusia samada bagi tujuan kebaikan agama dan hidup di dunia. Kehidupan manusia akan menjadi rosak samada di dunia atau di akhirat jika kepentingan asas ini tidak ada atau tidak dipenuhi.ii)Keperluan Biasa (al-Hajiyat) :Ia merupakan keperluan hidup untuk memudahkan kehidupan di dunia dan akhirat, yang mana tanpanya kehidupan manusia akan menjadi tidak sempurna dan mengalami kesempitan ataupun tidak sampai ke tahap rosak.iii)Keperluan Mewah (al-Tahsiniyat) :Iaitu keperluan yang tidak sampai ke tahap kedua di atas. Ianya hanya untuk tujuan keselesaan dan kecantikan. Contohnya : adat, akhlak dan etika.Berasaskan prinsip induktif beliau membahagikan kepentingan asas kepada lima, iaitu menjaga agama, nyawa, keturunan, harta dan akal. Menurut beliau, semua agama memandang perkara ini sebagai kepentingan asas.Menurut beliau lagi, Syariat Islam menjaga menjaga kepentingan asas ini melalui dua cara (19):(19) Al-Syatibi, opcit, jil:2, m.s:325.Pertama:Secara positifDengan menentukan hukum yang boleh melahir dan menjaga kewujudannya. Contohnya bagi menjaga agama diwujudkan akidah, ibadat, ijtihad dan sebagainya. Begitulah juga hukum – hukum adat dan muamalat diwujudkan bagi mewujudkan kesempuraan dan kebaikan hidup manusia.Kedua:Secara negatifIaitu dengan menghalang apa – apa yang yang boleh menghapus, merosak atau menganggu kepentingan itu. Contohnya, diwajibkan hukum bunuh ke atas orang murtad bagi menjaga kepentingan agama, sementara hukum – hukum adat dan muamalat bagi menjaga kepentingan yang lain.Menurut beliau lagi, yang menjadi asas kepada semua kepentingan tadi adalah kepentingan asas. Sedangkan kepeluan biasa sebagai pendokong kepadanya, sementara keperluan mewah sebagai pendokong kepada keperluan biasa. Kedudukan ini perlu diambilkira dalam menentukan keutamaan hukum atau dalam memberi keutamaan kepada mana – mana maslahah apabila berlaku percanggahan antara satu sama lain.Berdasarkan kepada keutamaan inilah al-Syatibi membentuk lima kaedah berikut (20) :(20) Al-Syatibi, opcit, jil:2, m.s:331.-Kepentingan asas sebagai asas kepada keperluan biasa dan keperluan mewah. -Kerosakan kepentingan asa menyebabkan kerosakan kepada keperluan yang lain. -Tidak semestinya kerosakan keperluan lain boleh merosakkan kepentingan asas. -Kerosakan keperluan biasa atau keperluan mewah mungkin boleh menyebabkan kerosakan kepada kepentingan asas. -Wajib menjaga keperluan biasa dan keperluan mewah bagi tujuan menjaga kepeluan asas.b. Tujuan Menjadikan Syariat untuk difahami.Al-Syatibi menyatakan, syariat yang diturunkan oleh Allah S.W.T adalah untuk difahami oleh manusia untuk mereka melaksanakanya, jika ianya tidak dapat difahami oleh manusia, tiada erti pada penurunan syariat tersebut. Bukti mengenai kenyataan tersebut ialah penurunan al-Quran itu sendiri dalam bahasa arab sesuai dengan suasana arab lewat penurunannya dan juga isi kandungan al-Quran yang mudah difahami oleh manusia (21).(21) opcit, jil:2, m.s:375.c. Tujuan Allah mencipta Syariat bagi dipraktikkan.Syariat yang diturunkan oleh Allah kepada manusia adalah untuk dipraktikkan. Tanggung jawab untuk mempraktikkannya ini dipanggil taklif. Taklif menurut al-Syatibi hendaklah mampu dipikul oleh manusia, malah para ulama telah berijma' tiada taklif di luar kemampuan manusia (22).(22) opcit, jil:2, m.s:414.Oleh yang demikian, jika ada taklif yang pada zahirnya dilihat seperti tidak mampu dipikul oleh mukallaf, maqasid syariat pada kes tersebut bukan terletak kepada hasil atau natijah kepada pelaksanaannya , tetapi pada usaha untuk merealisasikannya. Seperti suruhan berlaku adil di antara para isteri bagi suami yang berpoligami, ia adalah sesuatu di luar kemampuan manusia untuk berlaku adil 100% terutamanya dalam bab kasih sayang. Oleh itu yang menjadi maqasid syara pada waktu itu ialah usaha untuk merealisasikan keadilan tersebut dan bukannya natijah daripada usaha tersebut. (23)(23) opcit, jil:2, m.s:416.Dalam buku "al-Muwafaqat", al-Syatibi telah memperluaskan lagi contoh – contoh bagi kes seumpama ini (24). Beliau juga membangkitkan persoalan beban yang terhasil daripada taklif secara keseluruhannya. Kata beliau, bukanlah tujuan syariat untuk membebankan dan menyusahkan manusia (ini dapat dilihat melalui dalil – dalil yang menolak keadaan serba salah (al-haraj) dan menegaskan kemudahan serta toleransi (al- taysir dan al-samah). Walaubagaimanapun, beban yang munasabah dalam kadar yang normal hasil daripada taklif tidak dapat dielakkan, kerana itu merupakan tabiat taklif. Dengan itu , beban yang terhasil itu bukanlah maqasid syariat . Yang menjadi maqasid syariat ialah maslahah disebalik bebanan itu sendiri, samada kesenangan di dunia mahupun di akhirat menurut neraca keperluan asas yang telah diperbincangkan (25).(24) opcit, jil:2, m.s:416 – 425.(25) opcit, jil:2, m.s:429.Al-Syatibi juga dalam bab ini memberikan alasan mengapa syariat Islam sentiasa menghindarkan kebersalahan (al-haraj) dan beban yang berat, yang pertamanya untuk mengelakkan kebosanan dan rasa benci mukallaf terhadap taklif dan yang keduanya, untuk menghindarkan daripada menganggu tugas – tugas hidup yang lain seperti mencari nafkah, menjaga anak isteri dan sebagainya demi untuk menumpukan perhatian kepada menyempurnakan taklif (26).(26) opcit, jil:2, m.s:428.Di bawah tajuk ini juga, al-Syatibi menghuraikan jenis beban atau masyaqqah yang hendak dihindarkan oleh syariat daripada manusia dan jenis yang sebaliknya.Beliau juga menegaskan bahawa berat atau ringannya masyaqqah itu adalah bersifat relatif. Ia perlu berasaskan kerja sebenar yang perlu dilakukan dan sejauhmana kepentingannya dalam hidup.d.Tujuan meletakkan mukallaf di bawah hukum syara'.Dalam bab ini al-Syatibi menegaskan keumuman syara' dan sifatnya yang menyeluruh. Syariat Islam juga merangkumi alam syahadat dan alam ghaib bagi setiap mukallaf. Tegasnya lagi, tujuan meletakan mukallaf di bawah hukum Syariat ialah untuk mengelakkan semua manusia dari terikut – ikut dengan hawa nafsu agar dengan itu mereka akan menjadi hamba Allah dengan penuh sukarela (27).(27) opcit, jil.2, m.s.4253.1.2.Maqasid Mukallaf (hamba)Iaitu maqasid atau tujuan mukallaf dalam melakukan sesuatu perbuatan. Maqasid mukallaf berperanan menentukan sah atau batal sesuatu amalan.Berasaskan prinsip di atas beliau menyimpulkan beberapa kaedah, seperti berikut:-Qasd mukallaf hendaklah selari dengan qasd syariah itu sendiri. -Sesiapa yang berhasrat untuk mencapai sesuatu yang lain daripada maksud awal pensyariatannya, sesuatu itu dianggap telah menyalahi syariat. (28)(28) opcit, jil.2, m.s.613-6153.2.Kategori maqasid berdasarkan tahap kepentingannya .Pembahagian berdasarkan neraca ini merupaka pengkategorian yang paling popular di dalam ilmu ini.Pembahagian seperti ini telah dipelopori oleh al- Imam al- Haramayn di dalam bukunya al-Burhan pada peringkat awal perbincangan mengenai maqasid. Kemudian pembahagian ini menjadi ikutan kepada ulama selepas beliau seperti al-Ghazali, al-Izz bin Abdul Salam, al-Qurafi, Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim dan al-Syatibi yang telah mengupas persoalan ini dengan lebih mendalam.(29)(29) opcit, jil: 2, m.s: 321Berdasarkan neraca ini maqasid terbahagi kepada tiga:3.2.1 Kepentingan Asas (al-Dharuriyyat) :Iaitu segala apa yang paling penting dalam kehidupan manusia samada bagi tujuan kebaikan agama dan hidup di dunia. Kehidupan manusia akan menjadi rosak dan terancam samada di dunia atau di akhirat jika kepentingan asas ini tidak ada atau tidak dipenuhi.3.2.2.Keperluan Biasa (al-Hajiyat) :Ia merupakan keperluan hidup untuk memudahkan kehidupan di dunia dan akhirat, yang mana tanpanya kehidupan manusia akan menjadi tidak sempurna dan mengalami kesempitan alaupun tidak sampai ke tahap rosak.3.2.3.Keperluan Mewah (al-Tahsiniyat) :Iaitu keperluan yang tidak sampai ke tahap kedua di atas. Ianya hanya untuk tujuan keselesaan dan kecantikan. Contohnya : adat, akhlak dan etika.3.3.Kategori maqasid berdasarkan perkaitannya dengan hukum secara umum atau sebahagiannya terbahagi kepada tiga:3.3.1 Maqasid umum (maqasid ammah)Iaitu yang diambilkira oleh syariah dalam menentukan semua atau sebahagian besar hukum-hukumnya.Contohnya menegakkan keadilan, menghasilkan kebaikan, menolak keburukan dan kesamarataan antara manusia.(30)(30) Muhammad Uqlah, al-Islam Maqasiduhu wa Khasaisuhu, Maktabah al-Risalah al-Hadisah, 1991, m.s.1123.3.2 Maqasid khusus (maqasid khassah)Iaitu yang diambilkira oleh syariah dalam menentukan sesuatu atau sekelompok hukum-hukum tertentu.Contohnya hukum-hukum muamalat, munakahat, jenayah dan sebagainya.(31)(31) Al-Risuni, opcit, m.s.153.3.3 Maqasid serpihan (maqasid juz'iyyah) (32)Iaitu yang diambilkira oleh syariah dalam menentukan sesuatu hukum tertentu.Contohnya sunat berkahwin, makruh bercerai dan wajib membayar hutang.(32) ibid, m.s.164.Faedah-faedah memahami maqasidMemahami maqasid syara' merupakan unsur penting dalam mengeluarkan hukum.Ini kerana maqasid ialah paksi yang akan memastikan setiap hukum itu akan seiring dengan kehendak dan matlamat Allah mensyariatkannya ke atas manusia. Dengan memahami maqasid atau maqasid syara' dapat menjelaskan lagi tujuan dan hikmah pensyariatan sesuatu hukum samada secara keseluruhannya atau sebahagiannya.Selain itu ia juga dapat memperkembangkan lagi topik-topik perbincangan di dalam perkara-perkara ilmu maqasid seperti maslahah , qiyas, zarai'e dan sebagainya.Apa yang menarik ialah jurang perselisihan pendapat antara fuqaha dapat dikurangkan lantas membuang perasaan taasub mazhab yang sebenarnya merugikan umat sendiri. Apa yang penting dalam setiap hukum yang dikeluarkan ialah ianya dapat mencapai dan selari dengan maqasid syara'.Akhirnya, memahami maqasid akan meyakinkan lagi bahawa islam itu datang untuk memberi maslahah dan kebaikan kepada manusia di dunia dan di akhirat.Justeru, individu muslim akan lebih rasional dan bersemangat dalam melakukan suruhan Allah Taala. (33)(33) Nuruddin Mukhtar al-Khadimi, opcit, m.s.595.Kaedah mengenali maqasidUntuk menentukan sesuatu itu adalah maqasid yang dikehendaki oleh syari' bukanlah satu perkara yang mudah.Oleh itu ulama telah menggariskan beberapa kaedah untuk mengenali maqasid syara' Menurut al-Syatibi , terdapat tiga cara untuk kita mengenali maqasid syara' (34).(34) al-Syatibi,opcit, jil.2, m.s.2415.1. Penelitian kuantitatif.Umumnya kaedah ini melibatkan penelitian secara deduktif terhadap dalil-dalil yang mensabitkan maqasid syara'. Penelitian ini boleh berlaku dalam dua keadaan samada penelitian terhadap semua dalil yang ada ataupun sebahagian daripadanya.Penelitian terhadap semua dalil sudah tentu akan menghasilkan natijah yang qat'ie manakala penelitian terhadap sebahagiannya pula akan menghasilkan natijah yang zanni.kaedah kedua ini lebih popular digunakan oleh fuqaha.Kesahihan kaedah ini terletak pada hakikat bahawa ia boleh memberi maklumat secara terperinci.(35)(35) al-Syatibi, opcit, jil.2, m.s.2415.2. Penelitian terhadap ilat hukum.Kaedah ini melibatkan penelitian terhadap ilat-ilat hukum-hukum syara'.Kaedah ini tertumpu kepada usahsa untuk mengetahui rahsia di sebalik setiap hukum atau lebih dikenali sebagai masalik al-'illat di dalam ilmu usul fiqh.Secara umumnya terdapat sembilan cara untuk menentukan ilat sesuatu hukum iaitu ijma' ulama terhadap sesuatu 'illat, nas al-Quran, isyarat, kemunasabahan, memerhatikan keserupaan antara hukum dan sebagainya. (36)(36) al-Syaukani, Irsyad al-Fuhul, Beirut ,Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, 1994M, m.s.3085.3. Penelitian terhadap semata-mata suruhan atau larangan Allah Taala terhadap sesuatu.Kaedah ini berasaskan kepada bahawa boleh difahami ada maqasid tertentu di sebalik suruhan dan larangan .Maqasid di sebalik suruhan ialah melakukannya sementara maqasid di sebalik larangan ialah meninggalkan yang dilarang itu.(37)(37) al-Syatibi, opcit, jil.2, m.s.241KEDUA :KEDUDUKAN MAQASID SYARA' DALAM MENILAI SESUATU1. Kedudukan maqasid menurut perspektif syara'Sebagaimana yang telah dimaklumkan ,sesungguhnya dalil-dalil syariat Islam menegaskan bahawa setiap hukum-hukumnya mempunyai maqasid dan maksud yang tertentu (38). Sehubungan dengan itu, sudah menjadi makluman umum bahawa sesungguhnya tujuan pensyariatan itu ialah untuk kemaslahatan manusia di dunia dan di akhirat. (39)(38) Mohammad al-Tahir al-Misawi, opcit , m.s.118(39) Wahbah al-Zuhaili, Usul al-Fiqh al-Islami, Damsyik, Dar al-Fikr, 1986M, jil.2, m.s.1017Maqasid syara' merupakan kayu ukur dalam menilai sesuatu.Dengan kata lain, dalam memahami sesuatu hukum ianya mestilah seiring dengan maqasid yang telah digariskan oleh syara'.Fenomena ini jelas dilihat di dalam al-Quran.dan al-Sunnah..Jumhur ulama telah berpendapat bahawa hukum-hukum syara' mengandungi hikmah dan maqasidnya yang tersendiri yang mana ianya berkisar tentang menjaga kemaslahatan manusia di dunia dan di akhirat (40). Pengamatan terhadap hukum-hukum ini telah menghasilkan satu jalinan kaitan yang rapat antara hukum syara' dan maqasidnya. (41)(40) Yusuf al-Qardawi, Madkhal li Dirasat al-Syariah al-Islamiyyah, Beirut, Muassasah al-Risalah, 1993M, m.s.57(41) al-Misawi, opcit, m.s.82Justeru dalam proses memahami hukum, seorang faqih bukan sahaja perlu memahami dalil-dalil hukum tersebut, malah perlu memandang lebih jauh lagi iaitu aspek maqasid hukum tersebut disyariatkan. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan hukum fiqh tanpa maqasid sama seperti jasad yang tiada ruhnya.Antara dalil-dalil yang mengukuhkan kedudukan maqasid sebagai hujah yang mengikat ialah:a) Al-Quran al-Karim :Al-Quran al-Karim yang merupakan sumber primer maqasid syara' samada secara langsung ataupun tidak, telah mengajar pengamalnya tentang setiap perkara itu haruslah bermatlamat. Daripada al-Quran kita dapat mengetahui maqasid pengutusan rasul-rasul, penurunan al-Quran, pentaklifan mukallaf dengan tanggungjawab dan pembalasannya dan maqasid kejadian alam dan manusia .Al-Quran telah menjelaskan maqasid penciptaan manusia ialah untuk pengabdian kepada Allah.Al-Quran juga telah mengisbatkan prinsip utama islam diturunkan iaitu untuk menjaga agama, jiwa, akal ,keturunan dan harta.Jika diteliti kesemua hukum islam beredar di bawah naungan lima prinsip utama ini (42).(42) al-Misawi, opcit, m.s.80Al-Quran juga telah menentukan banyak maqasid dan hikmah sesuatu hukum disyariatkan yang seterusnya membentuk teori maqasid itu sendiri.Contohnya Maqasid larangan bersetubuh dengan isteri ketika haid ialah untuk mengelakkan penyakit, maqasid ibadat haji ialah mendapat faedah yang banyak antaranya penyatuan umat islam , maqasid perkahwinan ialah memelihara diri , dapat hidup dalam kasih sayang dan keharmonian, maqasid ibadat puasa ialah menjana sifat ketakwaan, maqasid larangan mendekati zina ialah kerana buruk akibatnya dan lain-lain maqasid yang banyak dinyatakan di dalam al-Quran. (43)(43) Nuruddin Mukhtar, opcit, m.s.69Daripada al-Quran juga satu rumusan tentang berbagai kaedah fiqh "qawaid fiqhiyyah" dapat dibentuk .Kaedah fiqh ini penting dalam memahami hukum dan mempunyai kaitan rapat dengan maqasid syar'iyyah itu sendiri (44). Antaranya "Darurat (kes kesusahan )mengharuskan yang haram" , "setiap kesusahan atau masyaqqah itu diukur dengan seada-adanya", "setiap kesusahan ada kesenangannya", Ini bermakna maqasid mempunyai kedudukan yang kukuh dan nilai autoriti yang kuat dalam menilai sesuatu. (45)(44) Muhammad Sidqi al-Borno, al-Wajiz fi Idhah Qawaid al-Fiqh al-Kulliyyah, Beirut, Muassasah al-Risalah, 1996M, m.s.30(45) Muhammad al-Zuhayli, Maqasid al-Syariah, Damsyik, Dar al-Maktabi, 1998M, m.s.43Hukum-hukum syara' bukan diturunkan secara serentak dan pelaksanaannya juga adalah secara berperingkat-peringkat.Ini semua tidak lain dan tidak bukan ialah untuk memastikan sesuatu hukum itu akan sampai kepada matlamat ianya disyariatkan. (46) Sesuatu hukum tidak akan mencapai maqasidnya seikiranya dijalankan pada masa yang salah atau dalam keadaan umat yang masih belum dapat menerima hukum itu.Contohnya pengharaman arak adalah secara berperingkat-peringkat ialah untuk memlihara maslahat umat pada ketika itu yang mana minuman arak adalah adat yang sukar untuk ditinggalkan secara sekaligus.Jika pengharaman dibuat secara drastik, kemungkinan umat islam pada ketika itu tidak dapat mentaati larangan Allah itu dan maqasid pengharamannya tidak dapat dicapai.(46) Mana' al-Qutan, Tarikh al-Tasyri' al-Islami, Beirut, Muassasah al-Risalah, 1993M, m.s.52Jika diteliti ayat-ayat yang berkait dengan hukum-hukum fiqh, boleh dikatakan ada terselit maqasid di sebalik pensyariatan hukum tersebut.Bukan setakat itu sahaja, ilmu usul fiqh pula telah menyediakan pelbagai instrumen seperti qiyas dan al-zarai' yang boleh digunakan untuk meluaskan lagi aplikasi objekif di dalam sesuatu hukum kepada hukum yang lain.Walaupun tidak ada dalil yang khusus di dalam al-Quran yang menyatakan setiap hukum ada maqasidnya tetapi berdasarkan dalil-dalil secara umumnya dapat kita simpulkan bahawa al-Quran sentiasa mengambilkira aspek maqasid dalam menyatakan sesuatu hukum.(47)(47) Nuruddin Mukhtar, opcit, m.s.72b) Al-Sunnah sebagai sumber kedua terpenting selepas al-Quran mempunyai peranan penting dalam menguatkan lagi apa yang dibawa oleh al-Quran, mentafsirkan al- Quran, menjelaskan dan menghuraikannya agar lebih jelas dan mudah dipraktikkan. Begitu juga di dalam bidang maqasid, al-Sunnah berperanan menguatkan lagi kedudukan maqasid dalam menilai sesuatu.Banyak al-sunnah yang menerangkan tentang sesuatu hukum turut menekankan aspek maqasid hukum tersebut.(48) Contohnya hadith Rasulullah S.A.W. yang bermaksud : " Sesungguhnya agama itu mudah" (49) Dalam hadith ini, dengan jelas ianya menunjukkan antara maqasid atau objektif syariat, iaitu memudahkan ummat, tidak membebankan dan senang untuk diamalkan. Begitu juga dengan sabda baginda : "Rasulullah S.A.W jika diberikan peluang untuk memilih antara dua perkara, maka baginda tidak akan memilih kecuali yang paling mudah selagimana ianya tidak berdosa.." (50) Ianya membawa objektif bahawa islam amat mementingkan kemudahan kepada umatnya. Dalam hadith yang lain pula, Rasulullah S.A.W bersabda : "Jika tidak kerana menyusahkan umatku nescaya sudah aku suruh mereka bersiwak untuk setiap kali solat" (51). Dari hadith ini jelas menunjukkan syariat islam bukan bertujuan untuk menyusahkan umat malah menyenangkan dan memastikan kemaslahatan mereka terjamin.(48) Yusuf al-Qardawi, al-Sunnah Masdaran li al-ma'rifah wa al-hadarah, Dar al-Syuruq, Kaherah, 1997, m.s.231(49) Hadith sahih riwayat al-Bukhari, lihat : al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, jil. 1, m.s. 23.(50) Hadith riwayat al-Bukhari, lihat : al-Bukhari, opcit, jil. 3, m.s. 305.(51) Hadith sahih riwayat al-Bukhari, al-Bukhari, opcit, jil. 2, m.s. 682.Autoriti maqasid syara' dalam menilai sesuatu tidak perlu dipertikaikan lagi kerana maqasid syara' bukanlah sesuatu yang asing dari dalil-dalil syara' malah ianya terkandung di dalam dalil-dalil itu sendiri samada secara langsung atau tidak.(52) Hasil penelitian secara kuantitatif dan deduktif terhadap dalil-dalil ini menunjukkan setiap hukum yang disyariatkan mempunyai maqasid yang tersendiri yang akhirnya tertumpu kepada menjaga kemaslahatan manusia sejagat. (53)(52) Muhammad Fathi al-Duraini, al-Manahij al-usuliyyah, m.s.48(53) Ramadan al-Buti, Dawabit al-Maslahah, Beirut, Muassasah al-Risalah, 1990M, m.s.70.c) Jika ditinjau pada zaman sahabat, mereka telah mengaplikasikan konsep maqasid syara' di dalam setiap ijtihad yang mereka lakukan (54).Jika dibandingkan dengan zaman Rasulullah S.A.W. penggunaan konsep ini agak lebih meluas memandangkan banyak perkara-perkara baru yang tiada nas mula timbul hasil daripada peredaran zaman dan perkembangan semasa. (55)(54) Yusuf al-Qardawi, al-Sunnah Masdaran li al-ma'rifah wa al-hadarah, Kaherah, Dar al-Syuruq, 1997M, m.s.232.(55) Nuruddin Mukhtar, opcit, m.s.92.Kefahaman para sahabat terhadap al-Quran adalah istimewa berbanding dengan kefahaman orang lain kerana mereka bukan sahaja memahami zahir al-Quran malah menjangkau tujuan di sebalik penurunannya itu.Justeru kita dapati ijtihad-ijtihad mereka bertepatan dengan kehendak syara' untuk menjamin kemaslahatan umat sejagat.Ahmad b. Hanbal menegaskan perbuatan para sahabat ini berpunca daripada pemahaman mereka tentang maqasid syara' itu sendiri. Antara contoh yang jelas ialah ijtihad mereka untuk mengumpulkan al-Quran di dalam satu mashaf, menjatuhkan talak tiga dengan satu lafaz, tidak membahagikan tanah rampasan perang kepada tentera dan banyak lagi.(56)(56) ibid, m.s.96Begitu juga keadaannya pada zaman tabi'in yang sempat hidup bersama sahabat.Mereka mewarisi secara praktikal pengambilkiraan maqasid syara' dalam mengeluarkan hukum yang berpusat kepada menarik maslahah dan menolak mafsadah.(57)(57) Abdul Karim Zaidan, al-Madkhal li Dirasati al-Syariah al-Islamiyyah, Beirut, Muassasah al-Risalah, 1990M, m.s.114Seterusnya corak berijtihad seumpama ini diwarisi sehingga ke zaman imam mujtahid dan hari ini.d) Hakikat ini telah diperakui oleh jumhur ulama usul dan furu' lebih lebih lagi apabila ulama usul telah mensyaratkan untuk seorang mujtahid melakukan ijtihad mestilah memahami maqasid syar'iyyah. Sehubungan dengan itu, pentafsiran nas secara lateral semata-mata a tanpa melihat kepada maqasid syara' di sebaliknya adalah bertentangan dengan tabiat tasyri'itu sendiri (58).(58) Al-Duraini, opcit, m.s.49Al-Qurafi bukan sahaja mensyaratkan mujtahid memahami maqasid syara', malah faqih muqallid juga mesti memahami maqasid syara'. (59)(59) Dinukilkan oleh:al-Raisuni, opcit, m.s.290Al-Imam al-Syafi'e mengambil langkah merujuk kepada maqasid syara' sebagai satu kaedah dalam berijtihad apabila tiada nas dari al-Quran atau al-Sunnah atau hadith ahad .Seterusnya, sekiranya beliau tidak mendapati apa-apa maslahah umum atau kepentingan umum beliau akan berpindah kepada sumber ijma'.Al-Imam al-Ghazali juga mengambilkira aspek maslahah sekiranya ada tanda-tanda ianya adalah maqasid syara'.(60)(60) al-Ghazali, al-Mankhul, Tahqiq:Muhammad Hasan Hito, Beirut, Dar al-Fikr, 1400H, m.s.355Para ulama usul umumnya menyentuh kedudukan maqasid syara' dalam membuat apa-apa penilaian apabila mereka membincangkan masalah tarjih.Menurut mereka dalam proses mentarjih antara pendapat ulama ada beberapa neraca antaranya lebih memudahkan manusia dan lebih hampir dengan maqasid syara'. (61)(61) Yusuf al-Qardawi, al-Ijtihad al-Muasir baina al-Indibat wa al-Infirat, Kaherah, Dar al-Tauzi', 1994M, m.s.20Al-Imam al-Syatibi dilihat lebih tegas dalam hal ini apabila beliau menyifatkan mujtahid yang cuai dalam aspek maqasid syara' sebagai ulama yang menyeleweng dari agama (62). Menurut beliau , memahami maqasid syara' adalah prasyarat utama dalam berijtihad. (63)(62) al-Syatibi, opcit, jil.4, m.s.170(63) Dr. Qutub Mustafa Sanu, Adawat al-Nazar al-Ijtihadi al-Mansyud, Beirut, Dar al-Fikr, m.s.83Menurut Ilal al-Fasi, peranan maqasid syara' bukan sahaja pada kes-kes yang tidak dinaskan malah menjangkaui huku-hukum yang dinaskan sebagaimana yang berlaku dalam kes penundaan Umar hukum hudud bagi mencuri pada tahun kelaparan.Ibn A'syur pula bersependapat sedemikian dan mengukuhkan kepentingan memahami maqasid syara' dalam mengeluarkan hukum.Menurut beliau,proses untuk melakukan ijtihad lima perkara:a)Memahami nas berdasarkan pengertian bahasa dan istilah syara'.b)Meneliti kemungkinan nas berkenaan dinasakh atau ditaqyid atau di takhsis atau ada nas lain yang lebih utama daripadanya.c)Mengenali 'illat hukum dan melakukan qiyas berasaskannya.d)Menentukan hukum bagi kes yang tidak dinaskan dengan menggunakan kaedah qiyas.e)Menentukan hukum ta'abbudi seada-adanya.Menurut beliau, seorang mujtahid perlu memahami maqasid syara' dalam semua peringkat di atas. (64)(64) al-Misawi, opcit,m.s.119.Menurut Dr. Yusuf Hamid al-Alim, "memahami maqasid syara' bukan sahaja penting bagi mujtahid malah meliputi semua mukallaf agar kehendak mereka dalam tindak tanduk mereka selari dengan kehendak syara'". (65)(65) Yusuf Hamid al-Alim, al-Maqasid al-Aamah li al-Syariah al-Islamiyyah, USA, al-Maahad al-Alami li al-Fikr al-Islami, 1991, m.s.1062. Kaedah Pengaplikasian Maqasid.Selepas memahami makna sebenar maqasid, hakikatnya dan juga kedudukannya dalam syariat, tindakan selanjutnya pula ialah melihat kepada pengaplikasiannya terhadap hukum – hukum ijtihad. Ini kerana memahami maqasid adalah di antara syarat terpenting bagi seorang mujtahid untuk berijtihad dan bagi seorang mufti untuk berfatwa (66) menurut al-Syatibi dan diiktiraf oleh jumhur ulama terkemudian. Ini kerana sebarang ijtihad dan fatwa yang sepi daripada maqasid akan menyebabkan penyimpangan ijtihad ataupun fatwa tersebut daripada landasan syariat, kerana maqasid seperti yang telah kita katakana – ialah himpunan pemahaman terhadap sejumlah besar daripada dalil – dalil syara'.(66) Lihat : al-Syatibi, opcit, jil. 4, m.s. 105,106.Pengaplikasian maqasid dalam ijtihad juga amat penting kerana ianya akan menuju ruh syara' yang bertepatan dengan tabiat dalil – dalil dan syariat itu sendiri yang sentiasa mengambilkira persoalan menjaga kemaskahatan ummah dan mengelakkan mereka daripada mudharat. Prinsip ini juga merupakan asas atau tunjang kepada tasyri' itu sendiri (67). Oleh itu pengaplikasian ini amat – amat penting.(67) opcit, jil. 1, m.s. 10.Peringkat pengaplikasian maqasid pula boleh kita bahagikan kepada empat peringkat : (68)1.Memahami maqasid juz'i ataupun illat hukum dan menetapkannya. 2.Melihat kepada pengaplikasian maqasid juz'i atau hukum lain yang boleh diaplikasikan ke atasnya maqasid tersebut. 3.Memahami maqasid kulliy dan menetapkannya dalam semua keadaan hukum melalui kaedah deduktif. 4.Melihat kepada kes – kes baru yang memerlukan hukum dan mempertimbangkannya menurut neraca maqasid kulliy melalui kaedah masalih mursalah dan istihsan, sehingalah mujtahid sampai kepada hukum yang benar – benar menepati maqasid tersebut.(68) al-Khadimi, opcit, m.s. 62,Dalam kes ini, Ibn Asyur telah mengkhususkan satu tajuk dalam bukunya yang beliau namakan sebagai : "Hukum – hakam Syara' yang boleh menerima kaedah qiyas berdasarkan illat – illat dan maqasid yang rapat dan paling hampir dengannya". (69)(69) Lihat : Ibn Asyur, opcit, m.s. 108.PENUTUPMaqasid Syara' atau lebih popular dengan istilah maqasid syar'iyyah merupakan matlamat-matlamat yang ingin dicapai oleh syara' dalam pensyariatan hukum.Umumnya maqasid ini tertumpu kepada menarik maslahah dan menolak mafsadah daripada manusia sejagat.Maqasid syariah merupakan penaung kepada dalil-dalil syara', ia bukannya sesuatu yang asing dari dalil-dalil syara' malah terkandung di dalamnya samada secara langsung atau tidak.Islam sebagai satu cara hidup adalah sesuai untuk semua bangsa dan setiap ketika bersumberkan wahyu yang berupa dalil-dalil yang terkandung di dalam al-Quran dan al- Sunnah.Dalil-dalil yang terbatas kuantitinya tidak akan terbatas aplikasinya sekiranya seorang mujtahid itu tidak hanya memahami dalil secara lateral semata-mata , malah melihat kepada aspek maqasid syara' di sebalik pensyariatan sesuatu hukum.Justeru, kepentingan memahami maqasid syara' bagi seorang mujtahid dan pengkaji hukum tidak boleh dikesampingkan untuk memastikan penilaian yang dibuat terhadap sesuatu itu selari dengan kehendak al-Syari' .BIBLIOGRAFI1.Abdul Karim Zaidan, al-Madkhal li Dirasati al-Syariah al-Islamiyyah, Beirut, Muassasah al-Risalah, 1990M.2.Ahmad al-Raisuni, Nazariyyat al-Maqasid I'nda al-Imam al-Syatibi, Beirut, al- Maahad al-Alami li al-Fikr al-Islami, 1992M.3.al-Ghazali, al-Mankhul, Tahqiq:Muhammad Hasan Hito, Beirut, Dar al-Fikr, 1400H.4.Ibn Qayyim al-Jauziyyah, I'lam al-Muwaqqi'in, Beirut, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, 1996M.5.I'wad bi Muhammad al-Qarni, al-Mukhtasar al-Wajiz fi Maqasid al-Tasyri', Jeddah, Dar al-andalus al-Khadra', 1419H6.Al-Izz bin Abdul Salam, Qawaid al-Ahkam fi Masalih al-Anam, Beirut,Dar al- Ma'rifah.7.Mana' al-Qutan, Tarikh al-Tasyri' al-Islami, Beirut, Muassasah al-Risalah, 1993M.8.Mohammad al-Tahir al-Misawi, Ibn Asyur wa Kitabuhu Maqasid al-Syariah al- Islamiyyah, Kuala Lumpur, Al-Basyair li al-Intaj al-Ilmi, 1998M.9.Muhammad bin Farhun, Tabsirah al-Hukkam, Mesir, Dar al-Maktabah al-Ilmiyyah, 1301H.10.Muhammad Fathi al-Duraini, al-Manahij al-usuliyyah, Beirut, Muassasah al-Risalah, 1997.11.Muhammad Sidqi al-Borno, al-Wajiz fi Idhah Qawaid al-Fiqh al-Kulliyyah, Muassasah al-Risalah, Beirut, 1996M.12.Muhammad Uqlah, al-Islam Maqasiduhu wa Khasaisuhu, Amman, Maktabah al- Risalah al-Hadisah, 1991M.13.Muhammad al-Zuhayli, Maqasid al-Syariah, Dar al-Maktabi, Damsyik, 1998M.14.Nuruddin Mukhtar al-Khadimi, al-Ijtihad al-Maqasidi,Qatar , 1998M.15.Dr. Qutub Mustafa Sanu, Adawat al-Nazar al-Ijtihadi al-Mansyud, Beirut, Dar al- Fikr, 2000M.16.Ramadan al-Buti, Dawabit al-Maslahah, Beirut, Muassasah al-Risalah, 1990M.17.al-Syatibi, al-Muwafaqat, Beirut, Dar al-Ma'rifah, 1996M.18.al-Syaukani, Irsyad al-Fuhul, Beirut, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, 1994M.19.Wahbah al-Zuhaili, Usul al-Fiqh al-Islami, Damsyik, Dar al-Fikr, 1986M.20.Yusuf Hamid al-Alim, al-Maqasid al-Aamah li al-Syariah al-Islamiyyah, USA, al- Maahad al-Alami li al-Fikr al-Islami, 1991M.21.Yusuf al-Qardawi, al-Ijtihad al-Muasir baina al-Indibat wa al-Infirat, Kaherah, Dar al-Tauzi', 1994M.22.Yusuf al-Qardawi, Madkhal li Dirasat al-Syariah al-Islamiyyah, Beirut, Muassasah al-Risalah, 1993M.23.Yusuf al-Qardawi, al-Sunnah Masdaran li al-ma'rifah wa al-hadarah, Kaherah, Dar al-Syuruq, 1997M.rujukan:http://fikrah.interaktif.tripod.com/Agama/maqasid.htm