ASPIRASI / INSPIRASI

Ilmu Massa, Turath, Sejarah. Analisa Kajian Budaya Pemikir. Peradaban Insani Kalbu Akal Mencerah. Hakikat Amal Zikir Dan Fikir. Ilmu, Amal, Hikmah Menjana Pencerahan. Ulul-Albab Rausyanfikir Irfan Bistari. Tautan Mahabbah Mursyid Bimbingan. Alam Melayu Alam Islami Tamadun Melayu Peradaban Islami. Rihlah Ilmiah Menjana Pencerahan Pemikiran, Kefahaman & Ketamadunan (Ilmu,Amal,Hikmah & Mahabbah) - Inspirasi: Rizhan el-Rodi

Syeikh Mohd. as-Syahawi


Syeikh Mohamad as-Syahawi lahir pada tahun 875 H di kampung Nimrah al-Basal, Mahallah al-Kubra, Mesir. Beliau merupakan keturunan Syeikh Musa Abu al-Imran. Maulana Syeikh seorang yang warak, bermujahadah dan dan berilmu serta menjadi rujukan kepada masyarakat sekitarnya khususnya di kawasan Mahallah al-Kubra. Beliau seorang bermazhab as-Syafei.

Maulana Syeikh mengambil tariq daripada Syeikh Mohamad al-Syarbini daripada Syeikh Najmuddin al-Diruti daripada Syeikh Abdullah Abi al-Makarim daripada Syeikh Jamaluddin daripada ayahnya Syeikh Syamsuddin Mohamad daripada ayahnya Syeikh Musa Abu al-Imran daripada abangnya Syeikh Ibrahim ad-Dusuqi.

Beliau mempunyai ramai anak murid dan yang paling mashur ialah Syeikh Ahmad Arabi as-Syarnubi (w. 994H).

Maulana Syeikh wafat pada tahun 949 H di kampungnya serta dimakamkan di tepi Masjid Nimrah al-Basal.

Soal Jawab Mufti




Tariqat Sufiyyah

Soalan :Adakah tariqat itu dianjurkan oleh syarak atau tidak? Adakah termasuk di dalam amalan tariqat memukul-mukul badan dengan pedang atau lembing, memegang ular-ular berbisa, mengunyah kaca dan mata pisau cukur?

Jawapan :Tasawuf yang sebenar ialah berusaha untuk memilih akhlaq sepertimana akhlaq RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam di dalam amalan, percakapan dan segala tindakan serta berpegang teguh dengan apa yang disampaikan oleh syarak iaitu dengan cara mematuhi segala perintah , menjauhi segala larangan dan menyerah diri kepada ketentuan qadha' dan qadar. Ahli tasawuf yang benar ialah seorang yang tidak beramal dengan sesuatu yang bercanggah dengan aula (utama) disamping menjauhkan diri daripada perkara haram dan makruh.Dan ahli tasawuf juga tidak menjadikan tasawuf sebagai sumber rezeki dan kehidupan serta tidak menggunakan helah atau mengeluarkan kata-kata melebihi had yang dibenarkan oleh syarak. Dia juga tidak berhasad dengan dan membenci melainkan kerana ALLah dan menghadapi kejahatan dengan kebaikan.Sekiranya sesuatu tariqat bersifat seperti di atas maka ia di kira termasuk di dalam syariat kerana ia berakhlaq dengan apa yang disebut tadi, contohnya : ahli tariqat itu mengeluarkan kata-kata yang tidak diperakui oleh syariat atau berlebih-lebih atau menyifatkan imam-imam tasawuf dengan sifat-sifat yang berlebihan seperti menganggap mereka itu sehingga melebihi taraf sebagai seorang manusia, atau mengambil kesempatan daripada tasawuf untuk mengaut harta dan sumber pendapatan hidup atau malas untuk bekerja sehingga dia bergantung kepad aorang ramai, maka tasawuf seperti ini adalah satu kejahilan. Adakala ia membawa kepada kesesatan dan bukannya tasawuf yang digariskan oleh syarak.Di antara syarat-syarat yang mesti dimiliki oleh ahli tariqat adalah seperti berikut :a. Ahli tariqat mestilah 'alim (pakar) dengan ilmu fiqh dan syariat Islam atau sentiasa belajar dengan alim ulama.b. Di hendaklah beramal dengan ilmunya.d. Dia hendaklah melazimi adab-adab Islame. Dia sentiasa mendampingi orang-orang soleh untuk mencontohi mereka.Sekiranya dia tidak memiliki satu sahaja daripada syarat-syarat di atas, maka dia bukanlah seorang sufi yang sebenar. Manakala pertanyaan mengenai hukum memukul-mukul badan dengan tombak atau pedang, memamah kaca dan memegang ular-ular berbisa. Sekiranya perlakuan itu berlaku daipada seorang lelaki yang bertaqwa, ahli ibadah dan solah, maka tidaklah menjadi tegahan sekiranya dianggap sebagai karomah atau kemuliaan daripada ALlah ta'ala.Sekiranya lelaki itu tidak bertaqwa atau cuai daripada melaksanakan syariat, maka perkara itu dikira sebagai istidraj - yang mana ALLah subhanahu wa ta'ala memberinya perkara seperti itu supaya dia menjadi bertambah tertipu dengan dirinya sendiri, kerana dia merasakan sudah mencapai peringkat orang soleh sedangkan realitinya adalah sebaliknya.Kemungkinan juga perkara-perkara itu boleh dihasilkan melalui kebiasaan dan latihan sepertimana ia terjadi pada kebanyakan orang-orang kafir. Penghuraiannya secara detail akan didatangkan selepas ini.

Menurut pendapat Prof Dr Ali Jum'ah (Mufti Mesir) apabila ditanyakan mengenai tarekat sufi dan tasawuf. Maka beliau telah mengatakan begini :

Jawapan :Tasawuf adalah kaedah pendidikan kerohanian dan perilaku yang membentuk seorang Muslim hingga mencapai tingkat ihsan, yang didefinisikan oleh Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam yang bererti :" Bahawa kamu menyembah ALLah subahanahu wa ta'ala seakan-akan kamu melihat-Nya, jika kamu tidak melihat-Nya, sesungguhnya Dia melihat kamu." (Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, vol 1m hlmn 27; Bukhari, Sohih Bukhari, vol 1, hlmn 27; dan Muslim, Sohih Muslim, vol 1, hlmn 37).Jadi tasawuf adalah program pendidikan yang menumpukan perhatian kepada pembersihan jiwa manusia daripada seluruh penyakit-penyakitnya yang menjauhkan manusia dari ALLah subahanahu wa ta'ala dan membetulkan kelakuan dan perilaku yang menyimpang dalam segala hal yang berkaitan dengan hubungan manusia dengan ALlah subahanahu wa ta'ala, hubungan sesama manusia dan dengan ego diri. Tarekat tasawuf adalah lembaga yang melaksanakan pembersihan jiwa dan pelurusan perilaku tersebut. Manakala syeikh adalah khadim atau ustaz yang bertugas melakukan hal itu bersama penuntut atau murid.Jiwa manusia pada tabiatnya merupakan tempat yang di dalamnya terhimpun pelbagai penyakit-penyakit seperti sombong, 'ujub (bangga diri/bongkak), angkuh, egois, kikir (kedekut), marah, riya' (menunjuk-nunjuk), dorongan maksiat dan derhaka, hasrat memuaskan diri dan membalas dendam, benci, dengki, menipu, tamak, dan loba.ALLah subahanahu wa ta'ala berfirman dalam mengungkapkan perkataan isteri al Aziz (penguasa Mesir) yang bererti : "Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), sebab sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah Yusuf:53)Oleh itu, orang-orang yang awal daripada para pendahulu kita bersikap arif dan cerdas memandang pentingnya pendidikan akhlaq dan membersihkan peribadi daripada penyakit-penyakit ego agar dapat berjalan selaras dengan masyarakat dan beruntung di dalam melangkah menuju Tuhannya.

Tarekat tasawuf mesti dilengkapi dengan beberapa syarat antara lain:Pertama : Berpegang teguh dengan al Quran dan Sunnah sebab tarekat tasawuf itu adalah kaedah al Quran dan Sunnah. Setiap perkara yang menyalahi al Quran dan Sunnah, maka bukan bahagian dari tarekat, bahkan tarekat sendiri menolak perkara itu dan melarangnya.Kedua : Tarekat tidak mengajarkan ajaran-ajaran yang terpisah dari syariat, tetapi ke arah mempersiapkan manusia menuju kepada intinya.

Tasawuf mempunyai tiga fenomena pokok yang seluruhnya dilandaskan di atas ajaran al Quran al Karim iaitu :1. Menumpukan perhatian terhadap keadaan jiwa, mengawasinya dan membersihkannya dari unsur tercela. ALlah subahanahu wa ta'ala berfirman yang bererti :"Dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya), maka ALLah subahanahu wa ta'ala mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasiqan dan ketaqwaan. Sesungguhnya beruntunglah bagi orang-orang yang mneyucikan jiwa itu. Dan sesungguhnya, merugilah bagi orang-orang yang mengotorinya (jiwa itu)." (Surah Asy Syams :7-10)2. Banyak-banyaklah berzikir dan mengingat ALLah subahanahu wa ta'ala. ALLah subahanahu wa ta'ala berfirman yang bererti :"Wahai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) ALLah subahanahu wa ta'ala, zikirlah sebanyak-banyaknya". (Surah al Ahzab : 41)Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam bersabda yang bererti :"Sentiasa basahkan lidahmu dalam berzikir mengingati ALlah subahanahu wa ta'ala (Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad vol 4, hlmn 188; Tirmidzi, Sunan Tirmidzi vol 5, hlmn 485; Ibnu Majah, Sunan Ibnu Majah, vol 2 hlmn 1246; Ibnu Hibban, Sohih Ibnu Hibban, vol 3, hlmn 96 ; dan Hakim, al Mustadrak, vol 1, hlmn 672)3. Zuhud terhadap dunia dan tidak bergantung dengannya, dan cinta terhadap akhirat. ALlah subahanahu wa ta'ala berfirman yang bererti :"Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka (kesenangan-kesenangan duniawi yang bersifat sementara dan tidaklah kekal). Dan, sesungguhnya negeri akhirat itu adalah lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka, tidakkah kamu memahaminya?" (Surah al An'am :3

Adapun tentang syeikh yang menerangkan secara terperinci mengenai pelajaran zikir-zikir kepada para murid; membantu mereka di dalam membersihkan karenah-karenah (perilaku) jiwa dan sifat tercela dan menyembuhkan hati mereka dari penyakit-penyakit , maka dia adalah seorang 'pelayan' atau ustaz yang dapat melihat kaedah mana yang lebih sesuai dengan penyakit hati pada peribadi diri, keadaan tertentu, dengan murid atau penuntut.Dalil dari Hadith :Adalah merupakan Sunnah RasuluLLah sallaLLahu 'alaihi wasallam memberikan nasihat kepada setiap manusia tentang apa yang mendekatkan dirinya kepada ALlah subahanahu wa ta'ala sesuai dengan keadaan dan konsep jiwa yang berbeza-beza. Seseorang datang kepada Baginda sallaLLahu 'alaihi wasallam bertanya :
"Wahai rasuluLLah, sampaikanlah kepadaku tentang perkara yang menjauhkan diriku dari kemarahan ALLah subahanahu wa ta'ala." Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam menjawab, "Janganlah marah!" (Hadith riwayat Bukhari, Sohih Bukhari, vol 5, hlmn 2267; dan Tirmidzi, Sunan Tirmidzi, vol 4 hlmn 371)
Seorang lelaki yang lain lagi datang kepada RasuluLLah sallaLLahu 'alaihi wasallam dan berkata :
"Sampaikanlah kepadaku tentang perkara yang aku jadikan pegangan; Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam berkata kepadanya, "Sentiasalah basahkan lidahmu dengan berzikir kepada ALlah subahanahu wa ta'ala."(Hadith Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, vol 4, hlmn 188; Tirmidzi; Sunan Tirmidzi vol 5m hlmn 485; Ibnu Majah, vol 2, hlmn 1246; Ibnu Hibban. Sohih Ibnu Hibban, vol 3, hlm 96; dan Hakim, al Mustadrak, vol 1, hlmn 672)

Demikian juga, kehidupan para Sahabat radiyaLLahu anhu (semoga ALlah subahanahu wa ta'ala meredhai mereka). Di antara mereka ada yang memperbanyakkan solat malam, ada yang memperbanyakkan membaca al Quran, ada yang memperbanyakkan jihad, ada yang memperbanyakkan zikir dan ada yang memperbanyakkan sedekah.Ini semua tidak bererti mesti meninggalkan urusan dunia. Ada ibadah tertentu, yang diperbanyakkan oleh orang yang menempuh jalan kepada ALlah subahanahu wa ta'ala. Di atas penjagaan dan dasar itu, kita juga menyaksikan pintu-pintu syurga pun banyak dan bermacam-macam. Akan tetapi, pada akhirnya semua itu hanya tempat masuk yang banyak dan berbeza-beza, sedangkan syurga itu sendiri satu :
Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam bersabda yang bererti:"Bagi setiap ahli (orang yang menekuni) suatu amal ada pintu dari pintu-pintu syurga yang dinamakan dengan amal tersebut. Dan bagi orang-orang yang berpuasa ada pintunya yang mereka akan dipanggil dari sana. Pintu itu disebut ar Rayyan."(Hadith Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, vol 2 hlmn 449, Bukhari, Sohih BUkhari, vol 2 hlmn 671; dan Muslim, Sohih Muslim, vol 2 hlm 808. teks hadith daripada riwayat Imam Ahmad RadiyaLLahu anhu)

Demikian juga tarekat-tarekat menjadi banyak dan bermacam-macam pintu-pintu masuk dan kaedah-kaedah sesuai dengan syeikh dan muridnya sendiri. Di antara mereka ada yang lebih mengutamakan dan memperhatikan puasa, dan ada yang mengutamakan al Quran lebih banyak dengan tanpa mengabaikan puasa. Begitulah seterusnya.Keterangan yang telah dikemukakan di atas menjelaskan tentang tasawuf yang sebenar, tarekat yang sohih, dan syeikh yang teguh dengan syariat dan sunnah. Kita sedia maklum mengenai tarekat itu sendiri ada bermacam-macam jenis tarekat atas beberapa faktor yang mendorong disebabkan oleh bermacam-macam corak pendidikan dan tarbiah serta berbeza-beza kaedah dalam usaha untuk sampai ke arah tujuan.

Namun, semuanya adalah dalam satu tujuan, sebab ALLah subahanahu wa ta;ala yang menjadi tujuan semuanya.Di sini kami tekankan bahawa keterangan tersebut tidak menyesuaikan kebanyakan orang-orang yang menghukum dirinya bertasawuf. Iaitu, mereka yang mengotori wajah tasawuf dari kelompok orang-orang yang tidak ada agama dan tidak memiliki kesolehan; orang-orang yang berjoget-joget (Ada perbahasannya DI SINI))pada acara-acara peringatan dan maulid-maulid dan mereka melakukan perbuatan orang-orang yang jadzab (hilang kesedaran) dan pengamal perkara khurafat. Ini semuanya bukan tasawuf dan sama sekali tidak tergolong daripada tarekat tasawuf.Sesungguhnya tasawuf yang kami ajak untuk mengikutinya adalah tidak ada hubungannya dengan fenomena-fenomena negatif dan buruk yang dilihat kebanyakan orang. Tidak boleh bagi kita mengenal tasawuf dan menarik kesimpulan tentangnya daripada sebahagian orang-orang yang bodoh (jahil mengenai tasawuf) yang mengaku-tasawuf. Akan tetapi, semestinya kita bertanya kepada para ulamak yang memberikan pujian terhadap tasawuf sehingga kita mengerti sebab pujian mereka terhadapnya (tasawuf).

Terakhir kami berikan jawapan kepada orang-orang yang bertanya, "Kenapa kita tidak belajar sahaja etika-etika (adab-adab) perilaku dan pembersihan jiwa itu dari Al Quran dan Sunnah secara langsung?."

Jawapan :Ini adalah ungkapan yang pada zahirnya mengandungi rahmat, sedangkan di sisi batinnya mengandung azab. Sebab, sesungguhnya kita tidak mempelajari rukun-rukun solat, perkara-perkara sunatnya dan perkara-perkara makruhn di dalamnya dengan membaca al Quran dan Sunnah. Akan tetapi, kita mempelajari semua itu dari bidang ilmu yang disebut ilmu feqah.Para ahli feqah telah mengarang buku-buku dan menyimpulkan seluruh hukum-hukum itu dari al Quran dan Sunnah. Lalu bagaimana seandainya muncul di tengah-tengah kita orang yang mengatakan bahawa kita harus mempelajari feqah dan hukum hukum agama daripada al Quran dan Sunnah secara langsung? Sedangkan kamu tidak akan menjumpai seorang alim pun yang mempelajari feqah dari al Quran dan Sunnah secara langsung.

Demikian juga, terdapat perkara-perkara yang tidak disebutkan di dalam al Quran dan Sunnah. Perkara-perkara itu mesti dipelajari dari syeikh dengan cara bertalaqi; tidak layak dengan mencukupkan diri hanya dengan al Quran seperti ilmu Tajwid. Sedangkan, di dalam perkara-perkara itu harus kukuh mengikuti istilah-istilah khusus dengan kefahaman ilmunya.Misalnya mereka mengatakan, :"Mad Lazim itu enam harakat." Siapakah yang menjadikan mad itu sebagai Mad Lazim? Mereka adalah ulama'-ulama' dalam bidang ini.

Begitu juga ilmu tasawuf adalah bidang ilmu yang diletakkan oleh para ulama' tasawuf sejak era Junaid al Baghdadi radiyaLlahu 'anhu dari abad ke 4 hingga masa kita sekarang.Manakala kehidupan zaman yang sudah rosak sehingga moral pun turut menjadi rosak, dengan sebahagian tarekat-tarekat tasawuf juga rosak, sehingga mereka bergantung dengan fenomena-fenomena yang bertentangan dengan agama ALlah subahanahu wa ta'ala. ALLah subhahanahu wa ta'ala akan membela tasawuf dan para pengikutnya; Dia akan memelihara mereka dengan kuasa-Nya. ALlah subahanahu wa ta'ala berfirman yang bererti :
"Sesungguhnya ALLah subahanahu wa ta'ala membela orang-orang yang telah beriman.Dan, ALLah subahanahu wa ta'ala tidak menyukai tiap-tiap orang yang menkhianati lagi mengingkari nikmat" (surah al Hajj:38)

Semoga apa yang telah kami kemukakan cukup untuk menjelaskan tentang makna tasawuf, tarekat, syeikh dan sebab wujudnya bermacam jenis tarekat. Demikian juga, tentang persoalan kenapa kita mempelajari perilaku dan pembersihan akhlaq dari bidang ilmu yang dinamakan tasawuf itu; kenapa kita mengambilnya dari para syeikh dan tidak secara langsung mengambilnya dari Al Quran dan Sunnah. Kita memohon kepada ALLah subahanahu wa ta'ala semoga membuka mata kita terhadap perkara-perkara agama kita.. Dan ALlah subahanahu wa ta'ala Maha Tinggi dan lagi Maha Mengetahui.

Sumber Ambilan :
Sahib as-Samahah Mufti Mesir Prof Dr Ali Jum’ah,

- Penjelasan Terhadap Masalah-masalah KhilafiahAl Bayan – Al Qawin li Tashbih Ba’dhi al Mafahim, .


- al-Bayan Lima Yasghilul al-Azhan

Imam Suyuti



IMAM AL-HAFIZ JALALUDDIN ABDURRAHMAN AS-SUYUTI

As-Suyuti iaitu Al-Hafiz Abdurrahman ibnu Al- Kamal Abi Bakr bin Muhammad bin Sabiq ad-Din Ibn Al-Fakhr Osman bin Nazhir ad-Din al-Hamam al-Khudairi al-Suyuti. Penulis Mu’jam al-Mallifin menambahkan: Athaluni al-Mishri Asy-Syafi’i, dan diberi gelar Jalaluddin serta di panggil dengan nama abdul Fadhal.
Kelahiran:
Imam Suyuti dilahirkan di wilayah Asyut pada malam Ahad, bulan Rejab 849 H,dan ada pendapat mengatakan beliau dilahirkan pada bulan Jamadil akhir. Ia dibesarkan dalam keadaan yatim piatu. Ayahnya meninggal dunia ketika beliau berusia 6 tahun.
Perjalanan dan masa menuntut ilmu:
Semenjak kecil beliau telah menghafal Al-Quran dan khatam ketika usia 8 tahun. Beliau juga seterusnya menghafal kitab-kitab semisal al-‘Umdab, Minhaj fiqh, Al-Ushul, dan Al-fiyah ibn Malik. Beliau juga seorang bermazhab as-Syafei dan bertariqat al-Dusuqiah.
Beliau mempelajari pelbagai bidang ilmu dan saat itu usianya 16 tahun. Ia mempelajari Fiqh dan Nahwu dari beberapa guru, dan mengambil ilmu Faraid dari ulama di jamannya yakni Syeikh Syihab ad-Din asy-Syarmasahi, ilmu Fiqh kepada syeikhul Islam Al-Balqini dan putranya Ilmuddin Al-Balqini. Ia kemudian berguru kepda Al-Ustaz Muhyiddin Al-Kafayaji selama 14 tahun. Ia banyak melakukan perjalanan untuk menuntut ilmu, antara lain ke kota Al-Fayun, Al-Mihlah, Dumyat, lalu menuju Syam, Hijaz, Yaman, India dan Maghribi
Imam Suyuti kemudian dikenal dengan orang yang begitu alim dalam ilmunya, dalam tujuh disiplin ilmu : Tafsir, Hadis, Fiqh , Tasawuf, Nahu, Ma’ani, Bayan, Badi’, dan lain-lain.
Kegiatannya menuntut ilmu:
Di dalam usahanya menuntut ilmu Imam Suyuti telah berguru dengan Syeikh Safuddin Al-Hanafi, al-Hafiz ibnu Hajar, ash-Shyairafi, Syams al- Marzabani al-Hanafi, al-Balqini, asy-Syamani dan al-Kafiji. Antara guru utama beliau dalam tariqat ialah Syeikh Mohamad Abdul Salam.
Imam Suyuti berguru dengan seratus lima puluhan orang ulama sebagai gurunya, dan yang menonjol diantaranya adalah:
· Ahmad zas-Syarmasahi
· ‘Umar al-Balqini
· Shalih bin Umar bin Ruslan al-Balqini
· Muhyidin al-Kafiji
· Al-Qadhi syarafudin al-Manawi
· Syeikh Mohamad Abdul Salam
Sementara itu beribu-ribu orang telah pula berguru kepada dirinya, dan diantara mereka yang paling menonjol antara lain:
· Syamsudin asy-sakhawi.
· ‘Ali al-Asymuni.
· Syeikh Mohd Itris


Menjelang umurnya 40 tahun, menunjukkan perhatian dalam bidang penulisan karya, sehingga dalam masa waktu 22 tahun saja ia telah menghasilkan karya dalam berbagai bidang ilmu dalam jumlah sekitar 600 judul, dalam bidang tafsir dan ilmu tafsir, Hadis, ilmu Hadis, perubatan, Fiqh dan Ushul Fiqh, Tasawuf bahasa Arab dengan berbagai cabang ilmunya, sirah, dan sejarah.
Wafatnya:
Meninggal dunia ketika berusia 62 tahun pada malam Jumaat, 19 Jamadil Awwal 911 H di kediamannya Raudhah al-Miqyas dan dimakamkan di Hausy Qousun, Kaherah, Mesir.

Syekh Abu Hasan as-Syazili


Nama lengkap Syeikh Abu Hasan As-Syazili ialah as-Syadzili Ali bin Abdillah bin Abdul-Jabbar, yang kalau diteruskan nasabnya akan sampai pada Hasan bin Ali bin Abu Talib dan puteranya Fatimah al-Zahra', puteri Nabi s.a.w..Syeikh Abu Hasan dilahirkan di Maroko tahun 593 H di desa yang bernama Ghimaroh di dekat kota Sabtah (dekat kota Thonjah sekarang).

Imam Syadzili dan kelimuan


Di kota kelahirannya itu Syadzili pertama kali menghafal Alquran dan menerima pelajaran ilmi-ilmu agama, termasuk mempelajari fikih madzhab Imam Malik. Beliau berhasil memperoleh ilmu yang bersumber pada Alquran dan Sunnah demikian juga ilmu yang bersumber dari akal yang jernih. Berkat ilmu yang dimilikinya, banyak para ulama yang berguru kepadanya. Sebagian mereka ada yang ingin menguji kepandaian Syekh Abu al-Hasan. Setelah diadakan dialog ilmiah akhirnya mereka mengakui bahwa beliau mempunyai ilmu yang luas, sehingga untuk menguras ilmunya seakan-akan merupakan hal yang cukup susah. Memang sebelum beliau menjalani ilmu thariqah, ia telah membekali dirinya dengan ilmu syariat yang memadahi.

Imam Syadzili dan Tariqah

Hijrah atau berkelana bisa jadi merupakan sarana paling efektif untuk menemukan jati diri. Tak terkecuali Imam Syadzili. Orang yang lebih dikenal sebagai sufi agung pendiri thariqah Syadziliyah ini juga menapaki masa hijrah dan berkelana.Asal muasal beliau ingin mencari jalan thariqah adalah ketika masuk negara Tunis sufi besar ini ingin bertemu dengan para syekh yang ada di negeri itu. Di antara Syekh-syekh yang bisa membuat hatinya mantap dan berkenan adalah Syekh Abi Said al-Baji. Keistimewaan syekh ini adalah sebelum Abu al-Hasan berbicara mengutarakannya, dia telah mengetahui isi hatinya. Akhirnya Abu al-Hasan mantap bahwa dia adalah seorang wali. Selanjutnya dia berguru dan menimba ilmu darinya. Dari situ, mulailah Syekh Abu al-Hasan menekuni ilmu thariqah.


Beliau pernah berguru pada Syeikh Ibnu Basyisy dan kemudian mendirikan tarekat yang dikenal dengan Tariqat Syaziliyyah di Mesir.Untuk menekuni tekad ini, beliau bertandang ke berbagai negara, baik negara kawasan timur maupun negara kawasan barat. Setiap derap langkahnya, hatinya selalu bertanya, "Di tempat mana aku bisa menjumpai seorang syekh (mursyid)?". Memang benar, seorang murid dalam langkahnya untuk sampai dekat kepada Allah itu bagaikan kapal yang mengarungi lautan luas. Apakah kapal tersebut bisa berjalan dengan baik tanpa seorang nahkoda (mursyid). Dan inilah yang dialami oleh syekh Abu al-Hasan.


Dalam pengembaraannya Imam Syadzili akhirnya sampai di Iraq, yaitu kawasan orang-orang sufi dan orang-orang shalih. Di Iraq beliau bertemu dengan Syekh Shalih Abi al-Fath al-Wasithi, yaitu syekh yang paling berkesan dalam hatinya dibandingkan dengan syekh di Iraq lainnya. Syekh Abu al-Fath berkata kepada Syekh Abu al-Hasan, "Hai Abu al-Hasan engkau ini mencari Wali Qutb di sini, padahal dia berada di negaramu? kembalilah, maka kamu akan menemukannya".Akhirnya, beliau kembali lagi ke Maroko, dan bertemu dengan Syekh al-Shiddiq al-Qutb al-Ghauts Abi Muhammad Abdussalam bin Masyisy al-Syarif al-Hasani. Syekh tersebut tinggal di puncak gunung.


Sebelum menemuinya, beliau membersihkan badan (mandi) di bawah gunung dan beliau datang laksana orang hina dina dan penuh dosa. Sebelum beliau naik gunung ternyata Syekh Abdussalam telah turun menemuinya dan berkata, "Selamat datang wahai Ali bin Abdullah bin Abdul Jabbar……". Begitu sambutan syekh tersebut sembari menuturkan nasabnya sampai Rasulullah SAW. Kemudia dia berkata, "Kamu datang kepadaku laksana orang yang hina dina dan merasa tidak mempunyai amal baik, maka bersamaku kamu akan memperoleh kekayaan dunia dan akhirat”.


Akhirnya beliau tinggal bersamanya untuk beberapa hari, sampai hatinya mendapatkan pancaran ilahi. Selama bersama Syekh Abdussalam, beliau melihat beberapa keramat yang dimilikinya. Pertemuan antara Syekh Abdussalam dan Syekh Abu al-Hasan benar-benar merupakan pertemuan antara mursyid dan murid, atau antara muwarrits dan waarits. Banyak sekali futuhat ilahiyyah yang diperoleh Syekh Abu al-Hasan dari guru agung ini.
Di antara wasiat Syekh Abdussalam kepada Syadzili adalah, "Pertajam penglihatan keimanan, maka kamu akan menemukan Allah pada setiap sesuatu".


Tentang nama Syadzili


Kalau dirunut nasab maupun tempat kelahiran syekh agung ini, tidak didapati sebuah nama yang memungkinkan ia dinamakan Syadzili. Dan memang, nama tersebut adalah nama yang dia peroleh dalam perjalanan ruhaniah.Dalam hal ini Abul Hasan sendiri bercerita : "Ketika saya duduk di hadapan Syekh, di dalam ruang kecil, di sampingku ada anak kecil. Di dalam hatiku terbersit ingin tanya kepada Syekh tentang nama Allah. Akan tetapi, anak kecil tadi mendatangiku dan tangannya memegang kerah bajuku, lalu berkata, "Wahai, Abu al–Hasan, kamu ingin bertanya kepada Syekh tentang nama Allah, padahal sesungguhnya kamu adalah nama yang kamu cari, maksudnya nama Allah telah berada dalam hatimu. Akhirnya Syekh tersenyum dan berkata, "Dia telah menjawab pertanyaanmu".Selanjutnya Syekh Abdussalam memerintahkan Abu al-Hasan untuk pergi ke daerah Afriqiyyah tepatnya di daerah bernama Syadzilah, karena Allah akan menyebutnya dengan nama Syadzili –padahal pada waktu itu Abu al-Hasan belum di kenal dengan nama tersebut-.Sebelum berangkat Abu al-Hasan meminta wasiat kepada Syekh, kemudian dia berkata, "Ingatlah Allah, bersihkan lidah dan hatimu dari segala yang mengotori nama Allah, jagalah anggota badanmu dari maksiat, kerjakanlah amal wajib, maka kamu akan memperoleh derajat kewalian. Ingatlah akan kewajibanmu terhadap Allah, maka kamu akan memperoleh derajat orang yang wara'. Kemudian berdoalah kepada Allah dengan doa, "Allahumma arihnii min dzikrihim wa minal 'awaaridhi min qibalihim wanajjinii min syarrihim wa aghninii bi khairika 'an khairihim wa tawallanii bil khushuushiyyati min bainihim innaka 'alaa kulli syai'in qadiir".


Selanjutnya sesuai petunjuk tersebut, Syekh Abu al-Hasan berangkat ke daerah tersebut untuk mengetahui rahasia yang telah dikatakan kepadanya. Dalam perjalanan ruhaniah kali ini dia banyak mendapat cobaan sebagaimana cobaan yang telah dialami oleh para wali-wali pilihan. Akan tetapi dengan cobaan tersebut justru semakin menambah tingkat keimanannya dan hatinya semakin jernih.Sesampainya di Syadzilah, yaitu daerah dekat Tunis, dia bersama kawan-kawan dan muridnya menuju gua yang berada di Gunung Za'faran untuk munajat dan beribadah kepada Allah SWT. Selama beribadah di tempat tersebut salah satu muridnya mengetahui bahwa Syekh Abu al-Hasan banyak memiliki keramat dan tingkat ibadahnya sudah mencapai tingkatan yang tinggi.Pada akhir munajat-nya ada bisikan suara , "Wahai Abu al-Hasan turunlah dan bergaul-lah bersama orang-orang, maka mereka akan dapat mengambil manfaat darimu, kemudian beliau berkata: "Ya Allah, mengapa Engkau perintahkan aku untuk bergaul bersama mereka, saya tidak mampu" kemudian dijawab: "Sudahlah, turun Insya Allah kamu akan selamat dan kamu tidak akan mendapat celaan dari mereka" kemudian beliau berkata lagi: "Kalau aku bersama mereka, apakah aku nanti makan dari dirham mereka? Suara itu kembali menjawab : "Bekerjalah, Aku Maha Kaya, kamu akan memperoleh rizik dari usahamu juga dari rizki yang Aku berikan secara gaib.


Dalam dialog ilahiyah ini, dia bertanya kepada Allah, kenapa dia dinamakan syadzili padahal dia bukan berasal dari syadzilah, kemudian Allah menjawab: "Aku tidak mnyebutmu dengan syadzili akan tetapi kamu adalah syadzdzuli, artinya orang yang mengasingkan untuk ber-khidmat dan mencintaiku”.


Imam Syadzili menyebarkan Tariqah Syadziliyah. Dialog ilahiyah yang sarat makna dan misi ini membuatnya semakin mantap menapaki dunia tasawuf. Tugas selanjutnya adalah bergaul bersama masyarakat, berbaur dengan kehidupan mereka, membimbing dan menyebarkan ajaran-ajaran Islam dan ketenangan hidup. Dan Tunis adalah tempat yang dituju wali agung ini.Di Tunis Abul Hasan tinggal di Masjid al-Bilath. Di sekitar tempat tersebut banyak para ulama dan para sufi. Di antara mereka adalah karibnya yang bernama al-Jalil Sayyidi Abu al-Azaim, Syekh Abu al-Hasan al-Shaqli dan Abu Abdillah al-Shabuni.Popularitas Syekh Abu al-Hasan semerbak harum di mana-mana. Aromanya sampai terdengar di telinga Qadhi al-Jama'ah Abu al-Qasim bin Barra'. Namun aroma ini perlahan membuatnya sesak dan gerah. Rasa iri dan hasud muncul di dalam hatinya. Dia berusaha memadamkan popularitas sufi agung ini. Dia melaporkan kepada Sultan Abi Zakaria, dengan tuduhan bahwa dia berasal dari golongan Fathimi.Sultan meresponnya dengan mengadakan pertemuan dan menghadirkan Syekh Abu al-Hasan dan Qadhi Abul Qosim. Hadir di situ juga para pakar fiqh. Pertemuan tersebut untuk menguji seberapa kemampuan Syekh Abu al-Hasan.Banyak pertanyaan yang dilontarkan demi menjatuhkan dan mempermalukan Abul Hasan di depan umum. Namun, sebagaimana kata-kata mutiara Imam Syafi'I, dalam ujian, orang akan terhina atau bertambah mulia. Dan nyatanya bukan kehinaan yang menimpa wali besar. Kemuliaan, keharuman nama justru semakin semerbak memenuhi berbagai lapisan masyarakat.Qadhi Abul Qosim menjadi tersentak dan tertunduk malu. Bukan hanya karena jawaban-jawaban as-Syadzili yang tepat dan bisa menepis semua tuduhan, tapi pengakuan Sultan bahwa Syekh Abu al-Hasan adalah termasuk pemuka para wali. Rasa iri dan dengki si Qadhi terhadap Syekh Abu al-Hasan semakin bertambah, kemudian dia berusaha membujuk Sultan dan berkata: "Jika tuan membiarkan dia, maka penduduk Tunis akan menurunkanmu dari singgasana".Ada pengakuan kebenaran dalam hati, ada juga kekhawatiran akan lengser dari singgasana. Sultan demi mementingkan urusan pribadi, menyuruh para ulama' fikih untuk keluar dari balairung dan menahan Syekh Abu al-Hasan untuk dipenjara dalam istana.Kabar penahanan Syekh Abul Hasan mendorong salah seorang sahabatnya untuk menjenguknya. Dengan penuh rasa prihatin si karib berkata, "Orang-orang membicarakanmu bahwa kamu telah melakukan ini dan itu". Sahabat tadi menangis di depan Syekh Abu al-Hasan lalu dengan percaya diri dan kemantapan yang tinggi, Syekh tersenyum manis dan berkata, "Demi Allah, andaikata aku tidak menggunakan adab syara' maka aku akan keluar dari sini –seraya mengisyaratkan dengan jarinya-. Setiap jarinya mengisyaratkan ke dinding maka dinding tersebut langsung terbelah, kemudian Syekh berkata kepadaku: "Ambilkan aku satu teko air, sajadah dan sampaikan salamku kepada kawan-kawan. Katakan kepada mereka bahwa hanya sehari saja kita tidak bertemu dan ketika shalat maghrib nanti kita akan bertemu lagi".


Syeikh as-Syadzili tiba di Mesir


Tunis, kendatipun bisa dikatakan cikal bakal as-Syadzili menancapkan thariqah Syadziliyah namun itu bukan persinggahan terakhirnya. Dari Tunis, Syekh Abu al-Hasan menuju negara kawasan timur yaitu Iskandariah. Di sana dia bertemu dengan Syekh Abi al-Abbas al-Mursi. Pertemuan dua Syekh tadi memang benar-benar mencerminkan antara seorang mursyid dan murid.Adapun sebab mengapa Syekh pindah ke Mesir, beliau sendiri mengatakan, "Aku bermimpi bertemu baginda Nabi, beliau bersabda padaku : "Hai Ali… pergilah ke Mesir untuk mendidik 40 orang yang benar-benar takut kepadaku”.Di Iskandariah beliau menikah lalu dikarunia lima anak, tiga laki-laki, dan dua perempuan. Semasa di Mesir beliau sangat membawa banyak berkah. Di sana banyak ulama yang mengambil ilmu dari Syekh agung ini. Di antara mereka adalah hakim tenar Izzuddin bin Abdus-Salam, Ibnu Daqiq al-Iid , Al-hafidz al-Mundziri, Ibnu al-Hajib, Ibnu Sholah, Ibnu Usfur, dan yang lain-lain di Madrasah al-Kamiliyyah yang terletak di jalan Al-muiz li Dinillah.


Karamah Imam SyadziliPada suatu ketika, Sultan Abi Zakaria dikejutkan dengan berita bahwa budak perempuan yang paling disenangi dan paling dibanggakan terserang penyakit langsung meninggal. Ketika mereka sedang sibuk memandikan budak itu untuk kemudian dishalati, mereka lupa bara api yang masih menyala di dalam gedung. Tanpa ampun bara api tadi melalap pakaian, perhiasan, harta kekayaan, karpet dan kekayaan lainnya yang tidak bisa terhitung nilainya.Sembari merenung dan mengevaluasi kesalahan masa lalu, Sultan yang pernah menahan Syekh Syadzili karena hasudan qadhi Abul Qosim tersadar bahwa kejadian-kejadian ini karena sikap dia terhadap Syekh Abu al-Hasan. Dan demi melepaskan 'kutukan' ini saudara Sultan yang termasuk pengikut Syekh Abu al-Hasan meminta maaf kepada Syekh, atas perlakuan Sultan kepadanya. Cerita yang sama juga dialami Ibnu al-Barra. Ketika mati ia juga banyak mengalami cobaan baik harta maupun agamanya.Di antara karomahnya adalah, Abul Hasan berkata, "Ketika dalam suatu perjalanan aku berkata, "Wahai Tuhanku, kapankah aku bisa menjadi hamba yang banyak bersyukur kepada-Mu?, kemudian beliau mendengar suara , "Yaitu apabila kamu berpendapat tidak ada orang yang diberi nikmat oleh Allah kecuali hanya dirimu. Karena belum tahu maksud ungkapan itu aku bertanya, "Wahai Tuhanku, bagaimana saya bisa berpendapat seperti itu, padahal Engkau telah memberikan nikmat-Mu kepada para Nabi, ulama' dan para penguasa.Suara itu berkata kepadaku, "Andaikata tidak ada para Nabi, maka kamu tidak akan mendapat petunjuk, andaikata tidak ada para ulama', maka kamu tidak akan menjadi orang yang taat dan andaikata tidak ada para penguasa, maka kamu tidak akan memperoleh keamanan. Ketahuilah, semua itu nikmat yang Aku berikan untukmu".Di antara karomah sudi agung ini adalah, ketika sebagian para pakar fiqh menentang Hizib Bahr, Syekh Syadzili berkata, "Demi Allah, saya mengambil hizib tersebut langsung dari Rasulullah saw harfan bi harfin (setiap huruf)".Di antara karomah Syekh Syadzili adalah, pada suatu ketika dalam satu majlis beliau menerangkan bab zuhud. Beliau waktu itu memakai pakaian yang bagus. Ketika itu ada seorang miskin ikut dalam majlis tersebut dengan memakai pakaian yang jelek. Dalam hati si miskin berkata, "Bagaimana seorang Syekh menerangkan bab zuhud sedangkan dia memakai pakaian seperti ini?, sebenarnya sayalah orang yang zuhud di dunia".Tiba-tiba Syekh berpaling ke arah si miskin dan berkata, "Pakaian kamu ini adalah pakaian untuk menarik simpatik orang lain. Dengan pakaianmu itu orang akan memanggilmu dengan panggilan orang miskin dan menaruh iba padamu. Sebaliknya pakaianku ini akan disebut orang lain dengan pakaian orang kaya dan terjaga dari meminta-minta".Sadar akan kekhilafannya, si miskin tadi beranjak berlari menuju Syekh Syadzili seraya berkata, "Demi Allah, saya mengatakan tadi hanya dalam hatiku saja dan saya bertaubat kepada Allah, ampuni saya Syekh". Rupanya hati Syekh terharu dan memberikan pakaian yang bagus kepada si miskin itu dan menunjukkannya ke seorang guru yang bernama Ibnu ad Dahan. Kemudian syekh berkata, "Semoga Allah memberikan kasih sayang-Nya kepadamu melalui hati orang-orang pilihan. Dan semoga hidupmu berkah dan mendapatkan khusnul khatimah".


Syeikh Syadzili Wafat Syekh Abu al-Abbas al-Mursy, murid kesayangan dan penerus thariqah Syadziliyah mengatakan bahwa gurunya setiap tahun menunaikan ibdah haji, kemudian tinggal di kota suci mulai bulan Rajab sampai masa haji habis. Seusai ibadah haji beliau pergi berziarah ke makam Nabi SAW di Madinah. Pada musim haji yang terakhir yaitu tahun 656H, sepulang dari haji beliau memerintahkan muridnya untuk membawa kapak minyak wangi dan perangkat merawat jenazah lainnnya. Ketika muridnya bertanya untuk apa kesemuanya ini, beliau menjawab, "Di Jurang Humaistara (di propinsi Bahr al-Ahmar) akan terjadi kejadian yang pasti. maka di sanalah beliau meninggal.


Dakwah dan Jihad Ahli Tasawuf


Dakwah dan Jihad Ahli Tasawuf

Sejarah membuktikan Ahli Tasawuf memainkan peranan penting di dalam usaha menegak dan mempertahankan agama Allah. Mereka bukanlah hanya menghabiskan masa dengan berzikir, tidak bergaul dengan masyarakat dan tidak mengendahkan suasana di sekelilingnya. Sebaliknya mereka turut mengambil bahagian yang serius di dalam dakwah dan jihad, malah memberikan sumbangan yang besar dalam perjuangan umat Islam atau dalam jihad menentang kuffar di medan peperangan, mahupun menentang kemungkaran dan kezaliman yang dilakukan golongan berkuasa.

Pembelaan para pemimpin kerohanian terhadap Islam sangat jelas di dalam lembaran sejarah. Di antaranya ialah Syeikh Hatim dan gurunya Syeikh Syaqiq. Mereka berdua telah mengambil bahagian dalam jihad di zaman mereka, dan guru beliau telah syahid di medan peperangan.
Ibrahim bin Adham, seorang wali Allah, di dalam manaqibnya ada dijelaskan bahawa beliau sentiasa mengambil bahagian dalam peperangan yang berlaku di zamannya, baik peperangan itu berlaku di darat mahupun di laut. Demikian juga Syeikh Abu Yazid Al-Bistami, beliau bukan sahaja seorang guru mursyid dan pemimpin kerohanian, bahkan merupakan seorang pejuang yang berani memasuki apa jua medan peperangan sehingga beliau sendiri pernah berkata : “Aku telah ditetapkan Allah untuk bersama-sama dengan para mujahidin (di medan peperangan). Aku menetakkan pedang di muka musuh-musuh Allah itu bersama mereka di dalam masa yang lama.”

Dalam hal ini, Syeikhul al-Azhar Dr. Abd Halim Mahmud di dalam sebuah bukunya menegaskan bahawa Syeikh Abu Yazid ketika berada di barisan hadapan, bukan hanya semalaman bersandar di tembok-tembok kubu Islam, tetapi beliau juga terus berzikrullah tanpa putus-putus, sehingga beliau benar-benar menjadi orang Mukmin yang menepati kehendak sabda Rasulullah SAW :
“Dua mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka (di akhirat) ialah mata yang menangis kerana takutkan Allah dan mata yang celik sepanjang malam kerana menjaga (musuh) di dalam perang fi sabilillah.”

Uwais Al-Qarni adalah seorang wali Allah dan semulia-mulia tabi’in. Sejarah mencatatkan bahawa beliau telah turut sama mempertahankan Saidina Ali di dalam peperangan Siffin kerana berpendapat golongan yang menentang Saidina Ali adalah salah, dan wajib memerangi mereka sehingga mereka bertaubat dan kembali kepada jalan sebenar. Kemudian ketika tentera Islam berperang dengan tentera Rom, beliau telah sama-sama mencabut pedang dan terjun ke medan perang. Beliau telah syahid akibat mengalami kecederaan di dalam peperangan tersebut.
Dalam peperangan Salib, para ulama tasawuf telah memainkan peranan yang cukup penting sebagaimana yang dinukilkan di dalam Haqaiq ‘an al-Tasawuf :
“Dan di Mesir, di waktu tentera Salib sampai di Dimyat, golongan sufiyyah seperti Syeikh Abu Hasan Asy-Syazili, ‘Izuddin bin Abd Salam dan Abu Fath bin Daqiq al-’Iyd dan ulama-ulama lain telah memberikan khidmat yang sebaik-baiknya untuk menentang tentera Salib.”

Begitu juga dengan Imam Sanusi yang hidup di sekitar tahun 1200 Hijrah. Beliau mengetuai umat Islam menentang penjajahan Itali selama berpuluh-puluh tahun. Syeikh Abd Qadir al-Jazairi juga adalah seorang panglima dan pemimpin agung gerakan menentang penjajahan Peranchis di Algeria. Kita juga mungkin telah membaca sejarah dan menonton tayangan filem mengenai perjuangan Syeikh Umar Mokhtar yang gigih menentang penjajahan Itali di Libya di mana beliau akhirnya syahid di tali gantung.

Di benua India pula, kita menemui tokoh-tokoh perjalanan kerohanian seperti Syeikh Ahmad al-Sirhindi, Syah WaliyuLlah al-Dihlawi dan lain-lain yang sangat berjasa kepada Islam kerana jihad mereka dalam politik dan agama sehingga Syeikh Abu Hassan An-Nadwi menyebutkan pentingnya peranan mereka itu dengan katanya :
“Sesungguhnya saya sentiasa menyatakan bahawa jika tidak kerana wujudnya mereka itu dan jihad mereka, nescaya Islam telah (lenyap) ditelan oleh agama Hindu, tamadunnya dan falsafahnya.”

Di Asia Tenggara dan Kepulauan Melayu, kita akan temui tokoh-tokoh tasawuf yang memainkan peranan penting di dalam politik dan pentadbiran negara. Pada zaman keagungan empayar Islam Acheh pada abad ke-16 dan 17, kita dapat melihat bagaimana peranan yang dimainkan oleh Hamzah Fansuri, Nuruddin al-Raniri, Syeikh Abd Rauf Singkel dan lain-lain lagi.

Sejarah kedatangan Islam di Terengganu, malah di Semenanjung Tanah Melayu juga berkait rapat dengan usaha dakwah golongan Tasawuf. Ia bermula di Kuala Berang yang menjadi pusat tamadun dan kerohanian Islam pertama.

Kira-kira 700 tahun dahulu, penduduk Kuala Berang dipercayai menganut agama Buddha, kemudian Hindu dan akhirnya menerima Islam. Dakwah Islam ini telah dibawa oleh seorang ulama yang sangat berjasa kepada Nusantara ini bernama Syarif Muhammad al-Baghdadi. Beliau merupakan keturunan Saidina Hasan daripada sebelah bapanya dan Saidina Husin daripada sebelah ibunya.

Syarif Muhammad dipercayai telah meninggalkan takhtanya dan kerajaan Baghdad untuk beruzlah di Mekah. Selepas Mekah, Syarif Muhammad menuju ke Hadratulmaut di Yaman dan kemudiannya ke Nusantara iaitu di Hulu Terengganu. Beliau berdakwah menyampaikan Islam kepada masyarakat dan berjihad menjatuhkan kerajaan Seri Wijaya Majapahit.

Setelah berjaya menjatuhkan kerajaan Hindu, beliau telah mendirikan sebuah kerajaan Islam dan seterusnya membina sebuah pusat pemerintahan yang dinamakan “Kota Tamir” yang terletak di kawasan seluas 300 ekar. Ramai di kalangan para pembesar dan raja-raja Hindu yang memeluk Islam dan menjadi pengikut yang kuat. Pemerintahan dan perjuangan Baginda Syarif Muhammad diteruskan pula oleh keturunannya yang bernama Syarif Abdul Qahar bin Syarif Muhammad (Tok Paloh), kemudian diamanahkan kepada cucunya Syarif Abdullah bin Syarif Qahar (Tok Pauh) dan seterusnya kepada cicitnya Syarif Abdul Malik yang juga disebut Syeikh Abdul Malik atau Tok Pulau Manis. Kesemuanya adalah wali Allah dan dimuliakan Allah dengan diberikan pelbagai karamah.

Tok Pulau Manis kemudiannya menubuhkan pula ‘Kota Pulau Manis’ dan mendirikan institusi pendidikan agama yang tertua dan terbesar di Tanah Melayu ketika itu. Beliau telah mengambil jalan wara’ dengan menyerahkan pemerintahan kerajaannya kepada menantunya iaitu Tun Jenal yang berkahwin dengan anaknya Siti Zubaidah. Tun Jenal ditabalkan sebagai raja di Tanjung Baru, Hulu Terengganu dan bergelar Sultan Zainal Abidin 1.

Seorang lagi ulama tasawuf Terengganu ialah Tokku Paloh, seorang guru mursyid Tariqat Naqsyabandiah yang banyak berjasa terhadap kerajaan Terengganu dan rakyat jelata di dalam usaha menentang kerajaan British.

Salah satu peristiwa yang masyhur ialah ketika pihak Inggeris mahu berunding dengan Raja Melayu mengenai satu tempat bernama Bukit Besar yang ingin mereka miliki. Raja atau Sultan Terengganu pada ketika itu ialah Sultan Zainal Abidin III dan regu baginda ialah Tokku Paloh. Bila Inggeris bertemu baginda dan menyatakan hasrat mereka, lantas Sultan bertitah, “Negeri ini ada tuannya, hendaklah berunding dengannya terlebih dahulu.” Maksud baginda ialah Tokku Paloh.

Pihak Inggeris pun bertemu dengan Tokku Paloh dan berunding mengenai hal itu. Tokku Paloh mengatakan bahawa mereka boleh ‘mengambil’ Bukit Besar dengan syarat bukit itu dibawa balik ke negeri mereka, punggahlah tanahnya ke dalam kapal. Pihak Inggeris amat marah lalu bangun untuk meninggalkan majlis tersebut. Tapi dengan izin Allah dan karamah Tokku Paloh, kerusi yang diduduki pihak Inggeris melekat pada punggung mereka. Lalu Tokku Paloh menyindir, “Bukan Bukit Besar sahaja yang kamu mahu ambil, tapi kerusi kamipun kamu mahu ambil juga”. Pergilah pihak Inggeris dengan penuh rasa malu.

Kemudian, mereka mahu berunding buat kali kedua tapi ia mestilah diadakan di atas kapal mereka yang besar itu. Bila diajukan jemputan kepada Tokku Paloh, beliau mengatakan kapal besar tak mampu bertahan kalau ia naik. Pihak Inggeris ketawa mendengar kata-kata Tokku Paloh itu. Namun dengan izin Allah dan karamahnya, setiap kali Tokku Paloh menyengetkan serbannya ke kanan atau ke kiri, maka kapal yangbesar itu turut senget mengikut perbuatan Tokku Paloh. Hal itu menimbulkan perasaan cemas di pihak Inggeris sehingga rundingan dibatalkan serta merta.

Begitu juga dengan murid Tokku Paloh, Haji Abd. Rahman Limbong yang telah memainkan peranan penting dalam kebangkitan tahun 1921-1928 Masihi di Terengganu dalam mempertahankan Islam dari anasir penjajahan.
Selain itu, sejarah juga mencatatkan peranan besar yang di

mainkan oleh Wali Songo (Wali Sembilan) di Pulau Jawa. Dengan usaha gigih yang dilakukan, dengan sokongan rakyat jelata, mereka berjaya menubuhkan pemerintahan Islam, menewaskan kekuasaan Hindu, mendirikan masjid, pesantren (pondok), mewujudkan keamanan dan ketenteraman dalam kehidupan masyarakat.

Sejarah Islamnya Kerajaan Pattani juga melibatkan ahli Tasawuf dengan kaedah menarik. Menurut ceritanya, tiga orang ulama sufi yang merupakan sahabat karib telah menjalankan dakwah di Patani. Mereka ialah Syeikh Shafiyuddin, Syeikh Sa’id Barsisa dan Syeikh Gombak Abdul Mubin. Sebaik tiba di Patani, mereka bertiga telah membuat pondok kecil di satu tempat bernama Kerisik. Di situ, mereka mengumpul maklumat, membuat kajian mengenai suasana dan budaya setempat serta memikirkan strategi dakwah yang sesuai kerana di masa itu Patani diperintah oleh raja yang beragama Budha.

Syeikh Shafiyuddin amat kuat beribadah, berkhalwat dan berzikir memohon pertolongan Allah dalam dakwahnya. Manakala kedua sahabatnya keluar meninjau dan mendapatkan maklumat-maklumat baru. Suatu hari, tersebarlah berita bahawa Maharaja Antira iaitu pemerintah Patani mengalami penyakit yang berat. Maka sesiapa yang dapat merawatnya akan diberi upah yang besar. Sebelum ini telah ramai bomoh yang mengubati beliau, namun tidak juga sembuh-sembuh. Apabila pegawai raja sampai ke tempat Syeikh-Syeikh ini, salah seorang dari mereka menyapa dan memberitahu bahawa terdapat seorang dukun yang sangat sakti yang mampu menyembuhkan maharaja itu. Dukun yang dimaksudkan itu sebenarnya ialah Syeikh Shafiyuddin sendiri.

Keesokan harinya, ketiga-tiga orang Syeikh itu dijemput ke istana untuk mengubati raja. Sebelum upacara pengubatan dilakukan, terjadi perjanjian dimana jika raja sembuh hasil pengubatan Syeikh Shafiyuddin, maka raja mestilah menukar agama dari Budha kepada Islam. Syarat itu dipersetujui raja. Kemudian, Syeikh mula membacakan doa-doa dan ayat-ayat al-Quran.

Dengan izin Allah, tiga hari selepas itu raja pun sembuh dari penyakitnya. Tapi raja engkar dengan janjinya untuk memeluk Islam. Dengan karamah Syeikh Shafiyuddin, penyakit raja berulang semula. Maka diubati lagi seperti janji yang pertama, dan sembuh kembali. Raja mungkir lagi, tiba-tiba penyakitnya datang kembali. Diubati lagi dan sembuh semula. Akhirnya raja Budha itu pun memeluk Islam dan diikuti oleh ramai rakyatnya. Sejak itu, ketiga-tiga Wali Allah tadi mendapat tempat kedudukan yang tinggi di Kerajaan Patani.

Selain itu terdapat tokoh-tokoh lain yang juga berperanan besar dalam menegakkan Islam di Nusantara seperti Syeikh Abd Samad al-Falimbani, Syeikh Daud al-Fatani, Ismail Minangkabau, Muhamad Salleh al-Zawawi, Arshad Banjari dan banyak lagi.

Di samping itu, yang sudah termasyhur ialah seperti Imam Al-Ghazali, Syeikh Abd Qadir Jailani, Imam Hassan Al-Banna dan lain-lain. Mengenai hal ini, Al-Maududi berkata :
“Sesungguhnya mereka (ahli tasawuf) mempunyai jasa yang besar dalam penyebaran Islam di daerah-daerah yang jauh terpencil yang belum ditakluki oleh tentera-tentera Islam atau yang belum dapat ditundukkan di bawah hukum Islam. Di tangan mereka itulah, Islam tersebar di Afrika, Indonesia, pulau-pulau di Lautan Hindi, China dan India.”

Abu Hasan Ali an-Nadwi pula menukilkan mengenai dakwah Syeikh Abd Qadir al-Jailani dengan katanya :
“Kira-kira 70,000 orang telah menghadiri majlis (ta’limnya). Lebih 5,000 orang Yahudi dan Nasrani telah memeluk Islam menerusi usahanya. Lebih 100,000 orang-orang jahat dan perompak atau pencuri bersenjata yang telah bertaubat menerusi usahanya. Beliau telah membuka pintu taubat dan bai’ah seluas-luasnya, maka orang ramai yang tidak diketahui bilangan mereka itu kecuali Allah sahaja, telah masuk ke dalamnya. Sehingga akhlak mereka menjadi baik dan demikian juga keIslaman mereka itu.”

Demikianlah beberapa contoh mengenai peranan golongan tasawuf, wali-wali Allah dan pengikut perjalanan kerohanian di dalam amal dakwah dan jihad. Jelaslah bahawa golongan tasawuf bukanlah mereka yang hanya berzikir dan beramal semata-mata, malah berada di barisan hadapan dalam memperjuang dan mempertahankan Islam. Bagi setengah golongan yang meninggalkan amal-amal seperti ini, bermakna mereka telah meninggalkan sunnah Nabi SAW dan perjalanan para sahabat (radiaLahu ‘anhum).
Wallahu ‘alam.

Petikan buku : Sufi Mujahid

Tokku Paloh


Tokku Paloh - Pencatur Politik Terengganu

Pada abad ke-19,seorang ulama besar di kenali Tokku Paloh yang dilahirkan di Terengganu pernah membantu negeri berkenaan menghalang penjajahan British.
Nama sebenarnya,Sayid Abdul Rahman bin Muhamad al-Idrus yang juga dianggap ulama kerohanian yang banyak berkecimpung dalam bidang pentadbiran dan diplomatik di Terengganu.


Dengan ketegasan dan kepintaranya dalam hal ehwal diplomatik,Tokku Paloh sering diberi peluang mewakili sultan dalam perundingan dengan British hingga kerajaan Inggeris gagal menawan Terengganu. Dalam suatu kisah,beliau dilaporkan berkata ‘Kalau untuk mencampuri urusan pentadbiran kami,saya tolak walau atas alasan apa sekali pun tetapi kalau hendak tanah, silakan. Isilah kedalam kapal tuan sebanyak mana pihak British mahu…..ambillah tanah.’ Itu adalah antara jawapan Tokku Paloh kepada wakil British ketika perundingan antara British dengan kerajaan Terengganu yang diwakilinya. Jawapan berbentuk sindiran itu diluahkan dengan tenang tetapi nyata menyakitkan hati wakil British berkenaan. Mereka lantas bangun untuk beredar tetapi dengan kuasa Allah punggung mereka tidak semena-mena terlekat di kerusi.


Apabila mereka mengangkat punggung,kerusi mereka turut terangkat sama buat seketika sebelum jatuh ke lantai. Ketika itu Tokku Paloh bersuara secara bersahaja ‘Sudahlah tuan-tuan hendak ambil tanah Terengganu , kerusi rumah saya pun tuan-tuan hendak ambil.’ Tokku Paloh yang hidup dalam zaman pemerintahan lapan sultan silih berganti dan pengaruhnya yang paling kuat ialah ketika pemerintahan Sultan Zainal Abidin III, iaitu Sultan Terengganu ke 11. Dilahirkan pada 1817 di Kampung Cabang Tiga, Kuala Terengganu, beliau adalah nasab ke 32 daripada Rasulullah S.A.W di kalangan keluarga al-Idrus. Nasab sebelah bapanya sampai kepada Sayidina Hussein ra, anak Sayidatina Fatimah az-Zahrah ra binti Rasulullah. Tokku Paloh yang diterima sebagai penasihat pertama dan utama sultan dalam pelbagai hal itu mendapat pendidikan awal daripada ayahnya sendiri dan beberapa ulama tempatan sebelum mengikut jejak langkah ayahnya mendalami ilmu dan meluaskan pengetahuan di Makkah.


ULAMA besar itu bukan saja arif dalam ilmu tasawuf dan tereqat, iaitu beliau mengamalkan tariqat al-Naqsyabandiah. malah beliau pernah menghasilkan kitab dan risalah mengenai soal kerohaniaan. Sekembalinya dari Makkah , Tokku Paloh terus mengajar di masjid peninggalan ayahnya di Kampung Cabang Tiga,Terengganu. Langkah awal itu diikuti kegiatan lebih mencabar dalam bidang pentadbiran , pemerintahan dan penentangan penjajahan British. Selain memainkan peranan penting untuk menentang British , beliau diamanahkan Sultan Zainal Abidin mentadbir kawasan Paloh disamping mengawasi daerah Hulu Terengganu, termasuk Kuala Berang hingga Cabang Tiga.


Dalam usaha memastikan Paloh terhindar daripada perbuatan maksiat dan pelanggaran undang-undang,Tokku Paloh atau nama sebenarnya Sayid Abdul Rahman bin Muhammad Al-Idrus, menubuhkan pasukan penguatkuasa yang dikenali dengan nama Budak Raja. Pasukan Budak Raja itu bertanggungjawab menjaga keamanan seperti tugas yang dipikul oleh pasukan polis hari ini.Untuk memastikan keselamatan kebajikan masyarakat setempat,cacatan sejarah menyatakan Tokku gemar keluar pada malam hari,malah pada hari tertentu beliau keluar dengan berselubung Kain di kepala. Tindakannya itu untuk memudahkan beliau meninjau kehidupan masyarakat ddan sekiranya ada perkara tidak baik berlaku, Tokku Paloh memerintah Budak Raja untuk membuat tangkapan pada keesokan hari. Sikap dan keprihatinanya itu memperlihatkan tanggungjawab Tokku Paloh terhadap keselamatan nak buah seperti yang berlaku pada zaman Khalifah Umar al-Khattab ra. Selain gemar keluar pada waktu malam, beliau juga mempunyai mahkamah keadilan sendiri di Paloh yang diberikan mandat oleh sultan untuk menyelesaikan persoalan besar serta mengadili penjahat di kawasa pentadbirannya.Dalam kehidupannya, Tokku Paloh lebih banyak berhubung secara peribadi dengan Sultan Zainal Abidin III berbanding perhubungan resmi. Hubungan erat itu terbukti apabila salah seorang isteri Tokku Paloh, Tengku Mandak ialah kekanda Sultan Zainal Abidin sendiri. Sultan berkenaan juga menyerahkan anaknya, Tengku Sulaiman, kepada Tokku Paloh untuk dijadikan anak angkat serta diberi didikan agama.Tengku Sulaiman kemudian menjadi Sultan Terengganu ke 13 yang memerintah dari 1920 hingga 1942.


Selepas jatuh sakit, pada 1917 ketika berusia 100 tahun, Tokku Paloh menghembuskan nafas terakhir diikuti dengan kemangkatan Sultan Zainal Abidin III setahun kemudian.


Sumber: - koleksi Terengganu PPAT.

Tok Pulau Manis


SYEIKH ABDUL MALIK (TOK PULAU MANIS)

Syeikh Abdul Malik atau lebih dikenali Tok Pulau Manis dilahirkan di Kampung Pauh, Hulu Terengganu pada tahun 1060an/1650an, berketurunan Sharif Mohammad, yang berasal dari Baghdad. Menerima pendidikan agama diperingkat awal dari kaum keluarganya sendiri.

Syeikh Abdul Malik kemudiannya belajar di Aceh yang digelar “Serambi Mekah. Adalah dipercayai beliau telah menerima pendidikan secara langsung dari ulama besar Acheh, Syeikh Abdul Rauf Singkel (1030-1050/1620-1693) yang juga seorang tokoh yang berusaha membawa kepada pengukuhan terhadap aliran al-Sunnah wal Jamaah di alam Melayu. Beliau telah menyalin kitab Tafsir Baydawi yang dikarang dalam Bahasa Melayu oleh Syeikh Abdul Rauf Singkel. Selanjutnya beliau menyambung pengajian di Mekah sekitar tahun 1680, ketika beliau dipercayai berumur 30 tahun.

Selama hampir satu dekad di Mekah, beliau telah berguru dengan ulama-ulama terkenal seperti Syeikh Ibrahim al-Kurani (1025-1011/1616-1690), yang juga menjadi guru kepada Syeikh Abdul Rauf Singkel, bersahabat dengan pelajar-pelajar yang seangkatan dan seperjuangan dengannya seperti Tuan Haji Mohd Salleh bin Omar al-Semarani dari Jawa, Dato?Syed Abdullah dari Terengganu, Fakeh Abdul Kadir Palimbang, Fakeh Abdul Rahman Patani, Fakeh Abdul Samad Kedah dan Haji Mohamad Siantan dan mengajar apabila terdapat peluang berbuat demikian. Semasa berada di Mekah dan juga Madinah, Syeikh Abdul Malik telah memberi penumpuan kepada keilmuan tiga serangkai, iaitu ilmu-ilmu Fikah, Usuluddin dan Tasawuf disamping Tafsir, Hadis dan ilmu-ilmu bantu seperti nahu, saraf dan sebagainya.

Beliau mendalami Fikah al-Shafie dengan berguru kepada Syeikh Ibrahim al-Kurani yang telah menggantikan Ahmad Qushashi yang menjadi pengajar kepada pengikut Imam Shafie di sana. Bidang Usuluddin yang diikutinya pula adalah berdasarkan pendekatan Imam al-Asya’ari yang menjadi pegangan umum pengikut ahl-al Sunnah wal Jamaah, manakala bidang Tasawuf yang diceburinya pula adalah berdasarkan etika ubudiyah kepada pengajian Tasawuf.

Syeikh Abdul Malik memilih Tarekat Shadhiliyah yang diasaskan oleh Abu al-Hasan al-Shadili (M. 656/1258) yang berasal dari Maghribi. Beliau berkenalan dengan tarekat ini menerusi pengajiannya iaitu melalui karangan pendukung utama dari kalangan generasi ketiga aliran sufi iaitu Ibnu ‘Athaillah (M. 709/1309). Tulisan yang menarik minatnya itu ialah Al-Hikam disamping al-Tanwir fi Isqat al-Tadbir, Lata’if al Minan dan Taj al-Arus.

Pengajaran al-Shadhili dan Ibnu ‘Athaillah dianggap lanjutan dari pendekatan Tasawuf al-Imam al-Ghazali dan kitab Ihya ‘Ulumuddin menjadi kitab penting bagi pengajaran bagi Imam Abu al-Hassan al-Shadhili dan pendokong-pendokongnya. Sebagai seorang yang kesedaran tentang peri pentingnya mendalami ilmu Syariat disamping Usuluddin sebagai asas mendalami ilmu Tasawuf, Syeikh Abdul Malik sendiri, sebelum pemergiannya ke Tanah Suci sudah pun mendalami beberapa bidang ilmu tersebut.

Ilmuan yang menjadi rujukannya berjumlah tidak kurang dari 143 orang, diantara yang terpenting di kalangan mereka itu ialah Ibn ‘Athaillah dan Abu al-Hasan al-Shadhili sendiri, Abu al-Abbas al-Mursi, Ibn Arabi, Abu Hafs Umar bin Muhammad bin Abd Allah al-Suhrawardi, Abu Turab al-Khashabi, Abu Yazid al-Bistami, Abu Talib al-Makki, Abu Hamid al-Gahzali, Abu al-Qasim al-Nasr Abadhi, Abu Bakar al-Shibli, Abu Nasr al-Sarrj, Ahmad al-Rifa’i, Ahmad Ibn Hanbal, iBn Abbad, Hassan Basari, Junayd al Baghdadi, Ahmad Zarruq, Shal bin Abdullah, Sirri al-Suqti, al-Sha’rani, Abd al-Salam bin Mashish dan Ma’ruf al-Karkhi. Selain itu, beliau juga banyak merujuk kitab Fusus al-Hikam oleh Ibnu Arabi, Qut al-Qulub oleh Abu Talib al-Makki, karya-karya al-Ghazali seperti Ihya Ulumuddin dan Minhaj al-Abidin, al-Luma oleh Abu Nasar al-Sarraaj al-Tusi, alRi’ayat Li Huquq Allah dan Amal al-Qulub wa al-Jawarib oleh al-Harith al Mushasibi, Sharh terhadap Hikam berjudul Hikam Ibn ‘Athaillah atau Qurrat al-Ayn oleh Ahmad Zarruq dan Halat Ahl al Haqiqat Ma’a Allah oleh Ahmad al-Rifa’i.

Peranan Syeikh Abdul Malik sebagai pengajar di Mekah menyerupai penglibatan sebahagian penting ulama-ulama lain dari seluruh dunia yang menjadikan Tanah Suci sebagai pusat pendidikan. Pelajar-pelajar yang menjadi tumpuan beliau adalah mereka yang datang dari Tanah Jawi. Kedudukan Syeikh Abdul Malik di sini mempunyai persamaan dengan kedudukan ulama-ulama Jawi yang lain seperti Syeikh Daud bin Abdullah Fatani, Syeikh Abdul Samad Palimbang, Syeikh Mohamad Nawawi al-Bentani dan Syeikh Mohamad Khatib bi Abdul Latif Minangkabau. Sebagai guru yang amat meminati Tasawuf beraliran etika Ubudiyah yang diperolehi oleh Imam al-Ghazali, beliau juga memilih mengajar dengan menggunakan karangan-karangan yang menjadikan hasil karya Hujjatul Islam itu. Kitab-kitab yang dimaksudkan itu termasuklah Ihya Ulumuddin. Matan Hikam Ibnu Ata’ul-Lah yang dianggap sebagai lanjutan dari pendekatan etika Ubudiyyah al-Imam al-Ghazali juga ternyata mendapat perhatian istimewa dari Syeikh Abdul Malik. Minat Syeikh Abdul Malik terhadap Matan Hikam diperkukuhkan lagi oleh permintaan sahabat-sahabatnya seperti terjelas dalam Hikam melayunya :
(Dan) sanya telah meminta akan daku setengah saudaraku yang salik bahawa menterjemakan aku akan dia dengan bahasa Jawi supaya memberi manfaat dengan dia segala orang yang mubtadi, maka ku perkenankan atas yang demikina itu dengan sekira-kira yang difahamkan Allah Taala akan daku (dan) adalah au memanjangkan sedikit perkataannya kerana aku memasukkan perkataan sharahnya dengan sekadar kifayah bagi orang mubtadi mengetahui dia......?.
Karangan di atas menunjukkan bahawa sahabat-sahabatnya di Mekah telah memintanya mengarang, sesuatu yang mencerminkan martabat kedudukannya di kalangan kawan-kawannya. Dengan penulisan tersebut Hikam Melayu merupakan sebuah kitab Tasawuf terbesar dan terawal menurut aliran ahli Sunnah wal-Jamaah di dalam Bahasa Melayu.

Adalah dipercayai bahawa Syeikh Abdul Malik pulang ke tanah air sekitar pertengahan tahun 1960an ketika berusia lebih kurang 40 tahun. Kehadirannya di dalam masyarakat tempatan, yang diperkukuhkan oleh Hikam Melayunya serta pertalian dengan pembesar tempatan di Negeri Terengganu. Malah disebabkan oleh pertalian Terengganu dengan Johor, peranan Syeikh Abdul Malik menjadi lebih penting lagi dalam kontek perkembangan sosial semasa. Mengikut sumber-sumber yang boleh dipercayai beliau dikatakan bertanggungjawab membawa dan menabalkan Zainal Abidin I menjadi sultan pemerintah Negeri Terengganu (1725-1734) yang berlangsung di Tanjung Baru. Raja tersebut juga telah berkahwin dengan anak perempuan Syeikh Abdul Malik. Apabila Syeikh Abdul Malik berpindah dari Hulu Terengganu dan menetap di Pulau Manis baginda juga telah turut sama berpindah dan menetap tempat yang baru sebelum memilih tempat persemayam tetapnya di Kuala Terengganu.

Syeikh Abdul Malik menjadi peneraju program pendidikan agama di Terengganu, sama ada selaku ulama istana atau sebagai guru kepada orang ramai. Di istana, Syeikh Abdul Malik berdampingan bukan sahaja dengan Sultan Zainal Abidin I tetapi juga dengan pembesar-pembesar yang turut berguru dengannya. Di dalam upacara keagamaan, beliau diberi peranan mengetuai majlis-majlis tersebut. Dalam penglibatannya sebagai Syeikh al-Ulama dan Mufti beliau mengeluar fatwa-fatwa berhubung dengan pegangan keIslaman dan hukum hakam. Dengan berpandukan pengalaman pengajian di Jawa, Aceh dan Mekah, beliau telah menjadikan Pulau Manis sebagai tempat pengajaran dan ibadat yang didatangi oleh pelajar-pelajar dari jauh dan dekat. Adapun kitab beliau yang kedua terbesar selepas Hikam Melayu, iaitu Kitab Kifayah merupakan sebuah karya yang merangkumi Usuluddin dan Fekah.

Syeikh Abdul Malik atau Tok Pulau Manis meninggal dalam lingkungan usia 86 tahun iaitu pada tahun 1149H bersamaan 1736 sebagaimana yang terakam pada makamnya.

Polemik Firqah Wahabi vs ASWJ di Malaysia


Polemik Firqah Salafi Wahabi vs Ahli Sunnah Waljamaah di Malaysia

Polemik antara aliran Salafi Wahabi dengan Ahli Sunnah Waljamaah di dalam Negara semakin mendapat perhatian dan ianya juga menjadi perbualan kalangan masyarakat berilmu.

Kedua pihak saling mengkritik dan mempertikaikan antara satu sama lain berkenaan hal ehwal agama mengikut kefahaman masing-masing. Kedua belah pihak memepunyai hujah tersendiri bagi mendokong pandangan mereka.

Malaysia sebuah Negara yang pada dasar umat Islam mempraktikkan aliran Sunnah Waljamaah sejak berzaman kedatangan Islam di Alam Melayu dan ianya menjadi pegangan majoriti umat Islam sedunia. Bahkan rantau nusantara dikenali rantau Sunni.

Manhaj ASWJ
Apakah yang dimaksudkan aliran Ahli Sunnah waljamaah… Iaitu golongan yang memahami al-Quran dan as-Sunnah dengan kefahaman Islam sebenar iaitu berpaksikan akidah menikut manhaj (methodology) Imam Abu Hasan al-Asyaari dan al-Maturidi, didalam mempraktikkan amalan Feqah mengikut mazhab seperti Hanafi, Maliki, Hanbali dan Syafei. Dan mempraktikkan amalan Tasawuf mengikut manhaj Imam al-Ghazali atau mana-mana Tariqat Sufi Muktabar. Antara tokoh iaitu Imam al-Ghazali, Imam as-Syafei, Imam Hanafi, Imam al-Abu Hasan Asyaari, Maulana Zakaria al-Kandahlawi, Said Nursi, Syeikh Daud al-Fathoni, Syeikh Ahmad al-Fhathoni, Syeikh Abd Samad al-Palembani, Syekh Mohd Arsyad al-Banjari, Dr Uthman el-Muhammady dan ramai lagi. Institusi yang utuh dengan aliran Sunni ASWJ iaitu al-Azhar as-Syarif, Mesir dan institusi Pondok/pesantren dan Institusi Tariqat Sufi.



Manhaj Salafi Wahabi
Iaitu suatu aliran yang mendakwa berpegang secara langsung kepada al-Quran dan Hadis tanpa mengikuti mazhab tetapi mengikut manhaj golongan salafus soleh. Mereka menisbahkan diri mereka sebagai salaf iaitu golongan yang hidup dalam sekitar 300 tahun daripada zaman Rasulullah SAW. Namun dakwaan mereka mengatakan mengikut manhaj salaf jelas bertentangan kerana berbeza antaranya golongan wahabi mencipta tauhid Rububiyyah, Uluhiyyah dan Asma Sifat, memanipulasi faham bidah, syirik , kufur mengikut fahaman mereka serta membawa fahaman tajsim dan tashbih. Antara tokoh aliran ini ialah Ibn Taimiah, Mohd b Wahab, Ibn Qayyim, Nasrudin al-Albani, Abd Qadir al-Jazairi, Ibn al-Baz, Nasrudin al-Albani, Usama Bin Laden dan lain-lain. Antara institusi utama iaitu Universiti Islam Madinah al-Munawarah, di Arab Saudi dan beberapa madrasah di Pakistan.

Fenomena Salafi Wahabi di Malaysia semakin ketara dengan sikap golongan firqah tersebut yang mempertikaikan ulama Melayu silam dan kitab-kitab karya mereka dengan tohmahan sebagai jumud dan menyeleweng. Amalan-amalan kebaikan seperti maulid, tahlil, majlis zikir dihukumkan sesat dan bidah. Bahkan golongan salafi Wahabi banyak memainkan fahaman mujassimah dan mushabihah dan doktrin menghukum seperti sesat, khurafat, bidah, syirik, kufur mengikut kefahaman dan pandangan mereka. Golongan Salafi Wahabi berjaya mendapat tempat di beberapa media massa seperti majalah dan akbat harian dan mingguan. Mereka juga berjaya menduduki di dalam sektor awam, institusi pengajian tinggi awam dan swasta, NGO, parti politik dan lain-lain. Bahkan mereka telah berjaya penetrasi kedalam aliran Sunni Ahli Sunnah waljamaah dan mendakwa merekalah sebenarnya ASWJ. Konsep yang mereka sebarkan doktrin mereka adalah melalui mengajar di sekolah, surau, masjid, IPT, dan melalui penulisan di media massa serta seminar, wacana, ceramah, Internet, Tv, Radio dan sebagainya. Bahkan menjadikan masyarakat tidak dapat menilai antara siapa sebenarnya golongan ASWJ.

Fahaman tabdi’ yang dipelopori golongan salafi wahabi membawa kekeliruan kepada masyarakat tentang Islam yang sebenar walhal sejak berzaman Islam di dalam Negara ialah ASWJ. Fahaman tabdi’ boleh membawa perpecahan dan pertelingkahan dalam masyarakat Islam di Malaysia. Walaupun golongan Salafi Wahabi masih kecil namun mereka kelak bagaikan bom jangka yang akan menggugat perpaduan umat Islam di Malaysia.

Agenda Salafi Wahabi kini ialah mengkritik ulama Melayu silam sebagai jumud, sesat dan menyeleweng dan mempropagandakan kitab agama Jawi Melayu sebagai tidak betul dan taksub kepada mazhab dan taksub kepada bangsa Melayu. Sememangnya mereka bertopengkan dan mendakwa mereka sebagai golongan Islah, tajdid dan mengikut al-Quran dan al-Hadis. Dan mereka begitu sensitif jikalau membangkitkan penyelewengan ulama rujukan mereka yang menjadi pujaan golongan Wahabi. Bahkan mereka bijak dengan menafikan panggilan wahabi kepada pengikut-pengikut mereka bagi memperdayakan masyarakat dengan dakyah dan doktrin mereka tersebut. Dan Mereka juga suka membangkitkan isu-isu masalah furu’, ayat-ayat mutashabihat dan kontroversi bagi mengelirukan umat Islam dengan ASWJ yang hakiki. Bahkan sesetengah pihak sudah keliru dengan mengiktiraf golongan Salafi Wahabi sebagai sebahagian daripada aliran ASWJ.

Di Malaysia mereka membentuk jaringan sesama mereka dan secara antarabangsa dengan golongan Salafi Wahabi di Timur Tengah, Indonesia dan Thailand serta menjemput ulama Wahabi ke Malaysia bagi wacana ilmu anjuran mereka. Mereka bergerak melaui NGO dan sebagainya

Penutup
Sesungguhnya doktrin yang dibawa oleh golongan Salafi Wahabi adalah melampau dan bertentangan dengan ASWJ yang sebenar mengikut kefahaman al-Quran dan Hadis. Fahaman Tabdi’ seperti menghukum sebagai sesat, bid’ah, khurafat, syirik, taksub mazhab, jumud dan taksub kepada bangsa adalah doktrin yang selau dibawa mereka. Mereka selau bertopengkan dengan dakwaan berpegang kepada al-Quran dan Hadis, golongan Islah, tajdid dan sebagainya.

Mereka semakin membentuk jaringan sesama golongan wahabi sebagai jaringan strategik dalam dan luar Negara dan berusaha mencari peluang di media massa dan posisi strategik dalam perkhidmatan awam dan NGO serta parti politik. Mereka akan membangkitkan perselisihan dengan apa yang telah diamalkan masyarakat sejak berzaman dengan dakwaan ianya bertentangan dengan Islam. Dengan pengaruh dan kuasa agenda Salafi Wahabi ialah untuk menjadikan umat Islam di Malaysia berpaksikan fahaman mereka.

Dan sedia maklum sememangnya golongan inilah pelampau agama dan ramai jaringan pengganas antarabangsa adalah berpaksikan kepada ideologi atau doktrin Salafi Wahabi dalam beragama dan berpegang kepada doktrin menghukum dan tabdi’. Sememangya sejarah munculnya dan berkembanganya aliran Salafi wahabi ialah kerana agenda politik yang bertopengkan agama. Bahkan tuduhan propaganda mereka dengan menegatifkan ulama dan kitab-kitab Melayu jawi sebagai menyeleweng dan jumud serta taksub kepada mazhab dan taksub kepada bangsa Melayu.

Justeru usaha memepertahankan umat Islam dengan jatidiri ASWJ menjadi tanggungjawab bersama umat Islam terutamanya pemerintah sebelum ianya menjadi barah dalam masyarakat di Malaysia kerana ianya akan memecahbelahkan masyarakat dan mengelirukan kefahaman agama Islam yang sebenar..

Khazanah Rasul