ASPIRASI / INSPIRASI

Ilmu Massa, Turath, Sejarah. Analisa Kajian Budaya Pemikir. Peradaban Insani Kalbu Akal Mencerah. Hakikat Amal Zikir Dan Fikir. Ilmu, Amal, Hikmah Menjana Pencerahan. Ulul-Albab Rausyanfikir Irfan Bistari. Tautan Mahabbah Mursyid Bimbingan. Alam Melayu Alam Islami Tamadun Melayu Peradaban Islami. Rihlah Ilmiah Menjana Pencerahan Pemikiran, Kefahaman & Ketamadunan (Ilmu,Amal,Hikmah & Mahabbah) - Inspirasi: Rizhan el-Rodi

Gerakan Gulen


GERAKAN GULEN

Fethullah Gulen suatu nama yang tidak asing di Turki, ianya menjadi pelopor kepada suatu gerakan yang dikenali gerakan Gulen. Iaitu suatu gerakan yang menyambung dan berkesinambungan daripada perjuangan Syeikh Said Nursi atau gerakan nurcu atau Nursi. Bahkan Fethullah Gulen sendiri merupakan murid kepada Syeikh Said Nursi.

Fethullah Fulen dikenali sebagai Hujjah Efendi yang setaraf dengan Syeikh (Arab), Kiyai (Indonesia), Ayatollah, (Iran), Maulana, (India), Baba (Patani) dan Tuan Guru di (Malaysia).

Pendekatan Gulen yang mementingkan dialog peradaban dan pendekatan Sufi atau Tasawuf yang mementingkan hikmah dan islah qalbu. Fethullah Gulen seorang ulama Sufi dan pemikir massa yang mana beliau dan anggotanya banyak melakukan dakwah melalui pendidikan, sosial, dakwah dan ekonomi. Pendek kata setiap lapisan masyarakat dan organisasi di Turki terdapat ahlinya. Pendekatan kumpulan ini ialah berada dimana-mana organisasi bahkan mereka banyak menguasai kedudukan tinggi dalam mana-mana organisasi. Yang mempamerkan suatu jaringan yang strategis dan bijaksana. Mereka menguasai hampir semua organisasi yang berkaitan urusan hidup masyarakat Turki. Mereka mempunyai hubung kait diantara satu sama lain.

Dalam perniagaan (MUSIAD), pendidikan, media (akhbar Zaman dan TV Semanyolu) , politik (parti Saadet dan AKP). Kumpulan mereka dikenali cemaat. Bahkan Gulen sendiri merupakan pengasas dan pengerusi Yayasan Penulis dan Wartawan..

Antara tujuan gerakan Gulen ialah:
Islamisasi ideologi nasionalis Turki dan Islamisasi terhadap modeniti. Semangat nasionalis turki dititiberatkan melalui pendidikan dan pusat pendidikan. Bahkan mereka berjaya membina jaringan global dengan membina pusat pendidikan dan kebudayaaan Turki di serata negara. Bahkan di Kazakhastan dan Turkmenistan mereka berjaya membina unversiti. Di Turki sendiri Universiti Fatih merupakan universiti milik gerakan ini. .

Pendekatan Gulen mengabungkan antara traditionalis dan modenis yang menjadi wadah utama yang dititikberatkan. Sistem pengajian Islam mantap berpaksi aliran Sunni ahli Sunnah walJamaah. Kalangan ahlinya ada yang bertasawuf dan bertariqat seperti Qadiriah, Maulawiah dan al-Naqsyabandiah. Mereka tahu bahawa roh dan kekuatan umat Islam ialah melalui tariqat/tasawuf. Jaringan Turkish Schools dan jaringan antarabangsanya seperti Fountain Turkish Culture Foundation mendapat tempat di kalangan masyarakat antarabangsa. Antara pusat utama gerakan ini ialah di asia tengah. Sikap gerakan ini yang progresif dan modenis diterima pelbagai golongan samada kalangan bukan Islam atau golongan muslim sekular. Mereka bersikap terbuka, hikmah, lemah lembut dan mempunyai jatidiri muslim Sunni yang mantap.

The Prospects dan Forein Policy telah menobatkan Fethullah Gulen sebagai pemenang nombor 1 pada tahun 2008 dan laman web Islam fgulen menduduki ranking pertama di dunia yang dilayari oleh masyarakat dunia. Kalangan ahlinya mengutamakan tarbiah ruhiyyah melalui pendekatan tasawuf disamping ilmu kontemporari. Gerakan ini melahirkan umat Islam profesional dan mempunyai jatidiri muslim sunni yang mantap. Bahkan beratus-ratus kalangan usahawan gerakan ini mampu mengeluarkan zakat sehingga sejuta ringgit setahun.

Fethullah Gulen mempunyai hubungan mantap dengan Syeikh-Syeikh tariqat sebagai mewarisi daripada pemerintaan Osmaniah terdahulu. Sejarah merekodkan golongan sufi sebagai penyebar agama Islam, pendidik, pendakwah, penyatu ummah dan sebagai penasihat agama dan strategis kepada pemerintah.

Begitu juga pemerintah Turki sekarang Presiden Abdullah Gul dan Perdana Menteri Tayyib Erdogan mempunyai hubungan yang baik dengan Gulen bahkan kalangan ahli AKP juga adalah ahli kepada gerakan Gulen. Kedua tokoh parti pemimpin ini ingin mengembalikan kegemilangan umat Islam sebagaimana di zaman Khalifah Osmaniah walaupun mempunyai halangan besar daripada golongan sekular Turki yang menguasai Turki moden. Justeru mereka begitu akrab mendampingi Syeikh-syeikh Tariqat Sufi. Bahkan Presiden Abdullah Gul sendiri merupakan cucu kepada Khalifah al-Naqsyabandiah dan hubungan parti AKP yang merupakan sayap yang muncul dari parti Refah yang diasaskan dan dipimpin oleh mantan Perdana Menteri Turki Nejmuddin Erbakan yang juga seorang ahli tariqat al-Naqsyabandiah.

Unitnya Turki menjadi pusat berkumpul para gerakan Islam sedunia dan NGO Islam sedunia walaupun antaranya ada berfahaman Sunni, Wahabi, Syiah dan Liberal. Bahkan Turki antara negara Islam paling maju dan moden. Bahkan antara negara Islam yang paling kukuh ekonominya serta mempunyai kekuatan tentera paling mantap (ahli NATO).

Khidmat agama, bangsa, negara dan ummah yang diterajui Fethulleh Gulen menarik perhatian pihak barat disamping pendekatannya yang hikmah dan strategis. Fethullah Gulen banyak menghasilkan penulisan ilmiah dalam pelbagai bidang dan sering terlibat dalam wacana ilmu, dialog di peringkat antarabangsa. Untuk mengikuti perkembangannya dan keintelektualannya boleh layari laman webnya http://www.fgulen.org/




Faedah Bank Bukan Riba !


Bila orang berselisih pendapat dan berdebat dengan hukum riba atau faedah bank aku teringat pula ayat BANK TANPA FAEDAH..pastinya orang indonesia kata buat apa simpan duit dibank sebab tak ada faedah [tak de gunanya].
Dari satu generasi ke satu generasi perdebatan mengenai hukum faedah bank/bunga bank berterusan hingga ke hari ini.

Masyarakat awam menjadi pening untuk memahami keadaan yang sebenarnya tentang perkara ini.Terjadi juga pada golongan agamawan sendiri sebenarnya mereka mengambil dari sumber atau Nas yang betul tetapi penyampaian dan kefahamannya sendiri adalah disalah ertikan dan berlaku keputusan secara muktamad.Kerana apa ? Berpunca daripada hanya dari pembacaan semata-mata dan mengambil ilmu daripada ulama yang hatinya mati.

Teringat pula kata-kata Syeikh Faidhi [India]..Naib Tareqah Ad-Dasuqiah Al-Muhammadiah di Kota Kaherah sewaktu ketika dulu..menurutnya,ramai antara lepasan Al-Azhar [bukan saja azhari bahkan golongan yang belajar agama] membawa pulang 3 Perkara :
1-Kitab/Buku.
2-Syahadah/Sijil.
3-Hati yang mati.
Maksudnya cukup mendalam dan tersirat apabila difikir2kan dan jika penulis ungkaikan di sini.
Berbalik kepada isi pokok yang ingin dibicarakan adalah kesalahfahaman tentang riba dan sekaligus adanya maslahat secara peribadi seseorang penyampai itu sehinggakan merugikan orang lain.
Keharaman riba sudah disepakati oleh seluruh ulama’ di utara,timur,selatan dan barat, Allah berfirman: “Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu memakan riba dengan berlipat ganda”.


Penafsiran kadar faedah bank juga dianggap perbuatan riba,padahal perbuatan itu dikatakan riba apabila memenuhi dua syarat; iaitu :
1-Adanya unsur paksaan
2-Unsur penipuan.

Apabila keduanya tidak ada dalam mu’amalat maka tidak sah untuk kita katakan riba,melihat secara umumnya kaedar faedah bank yang berlaku sekarang ini sebenarnya dalam lingkungan batas-batas yang wajar dan ia terjadi tanpa adanya unsur paksaan ataupun penipuan, maka hukumnya adalah 100% halal.
Sekali lagi ditegaskan, riba dikatakan riba apabila mengandung unsur paksaan atau penipuan.Bagaimana ?

Jom kita menilai dan berfikir dengan 2 Kejadian Kes yang mengandungi Kes Paksaan dan Kes Penipuan.
Contoh Kes Paksaan: Apabila si A yang mesti menjalani pembedahan di hospital yang apabila ia tidak mengikutinya maka akan membahayakan nyawanya, namun si A ini tidak punya wang sedikitpun atau tidak mencukupi, akhirnya terpaksa meminjam wang dari si B untuk pembiayaan kos operasi tersebut,
Kemudian si B ini memberi syarat-syarat yang berlebihan dan tidak masuk akal serta membebankan si A untuk membayar balik kadar pinjaman tersebut, sekaligus memaksanya untuk memenuhi syarat-syarat tersebut sedangkan si A dalam keadaan sakit, menderita dan sangat memerlukan pembiayaan. Inilah yang disebut riba.
Contoh Kes Penipuan: Apabila si A tidak tahu membaca dan menulis kemudian meminjam wang dari si B, kemudian si B menulis dalam surat perjanjian yang jika dilihat mengandungi unsur-unsur penipuan ke atas si A dan membebankan serta tidak difahami oleh si A, akhirnya si A terkejut sewaktu tempat pembayaran balik dan tidak mampu lagi untuk menolak bukti tertulis tersebut yang membebankan, membingungkan dan merugikannya. Ini juga disebut riba.
Allah berfirman: “Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu memakan harta sesamamu dengan bathil” yakni dengan paksaan atau penipuan atau kedua-duanya.

Adalah kurang tepat apabila hal yang sederhana memberikan batasan bahawa erti riba hanyalah tambahan daripada keuntungan semata-mata. Riba dikatakan riba apabila tambahan atau keuntungan itu merugikan orang lain dengan cara menipunya atau memaksanya.

Apabila berdasarkan kata sepakat dan setuju dari kedua belah pihak yang sama-sama menerima dengan senang hati dan memahami inti mu’amalat antara keduanya, maka tidak sah dikatakan riba[kerana saling redha meredhai] firman Allah : Illa an takun tijaratin `an taradhin]. Sedangkan perkara ini berlaku mengenai faedah bank.

Tidak ada yang memaksa dan tidak ada yang terpaksa. Tidak ada yang menipu dan tidak ada yang tertipu. Penyimpan wang [Penabung] tidak memaksa bank untuk memberi kadar faedah/bunga, Pihak Bank juga tidak memaksa penabung untuk menerima kadar faedah/bunga. Tidak ada pula unsur penipuan antara penabung dan pihak bank, sebab bunga itu aktif dimaklumkan kepada penabung tanpa ada unsur ketersembunyian.

Pernikahan tidak akan sah tanpa ijab dan qabul meskipun maharnya berjuta-juta dolar, apabila ada ijab dan qabul maka pernikahanya sah walau maharnya cuma beberapa ringgit saja,Rasul bersabda: “Berilah mahar walau hanya secincin besi”. Ertinya: persetujuan kedua pihak dalam segala jenis mu’amalat adalah menghalalkan dan mengesahkan mu’amalat tersebut selama tidak ada paksaan, tidak ada penipuan dan tidak melampaui batas-batas yang sudah digariskan syari’at islam.
Tidak ada paksaan dalam agama” demikian firman Tuhan dalam Qur’an-Nya, bagi yang tidak mahu menerima kadar faedah bank, maka itu haknya walau akibatnya keuntungan bank terus membengkak dan meledak bila tidak diserahkan kepada para penabung (para pemiliknya).

Allah berfirman: “Sungguh celaka orang-orang yang curang, yang apabila menerima tawaran dari orang lain mereka minta dipenuhi, dan apabila mereka menawar untuk orang lain mereka mengurangi”. Allah juga berfirman: “Tidakkah kau melihat orang-orang yang manjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya?”.Untuk menjelaskan maksud kedua ayat di atas cukup dengan melihat kenyataan yang terjadi dalam fatwa-fatwa yang hanya berdasarkan hawa nafsu para mufti. Sebagaimana diceritakan bahawasanya seseorang bertanya kepada mufti tentang hukum dinding rumah yang dikencing oleh seekor anjing, mufti menjawab: “Harus diruntuhkan dan buat dinding baru”, penanya kemudian melanjutkan: “Tetapi anjing itu kencing di dinding rumah tuan mufti?”, mufti lalu menjawab: “Cukup dengan percikan air saja” !!

Ketika Sayyid Tantawi (Syeikh Azhar) menfatwakan halalnya faedah bank, para ulama’ Azhar segera membantahnya padahal majoriti mereka yang bertaraf pekerjaan sebagai perundingan kewangan di beberapa bank Arab Saudi dan mendapatkan banyak keuntungan ribuan dolar. Namun ketika itu salah seorang daripada mereka tidak lagi menerima banyak keuntungan dari bank,ia datang kepada Syeikh Azhar dan mengakui kebenaran fatwanya !! Sayangnya pengakuan tersebut sudah terlewat.!!

Orang-orang yang mendirikan dan membangun bank-bank islami adalah orang-orang yang sangat mantap !! kerana mereka seolah-olah menuduh bank-bank lain telah melanggar tuntunan dan tuntutan syari’at islam, dan merasa benar sendiri. Padahal semua bank sama, tidak ada yang dinamakan sebagai bank kristian, bank yahudi, bank hindu, bank buddha, bank atheis atau bank-bank yang lain, lalu mengapa ada bank islami ?!? Amat disayangkan bila fatwa-fatwa yang beredar hanyalah fatwa banki dan bukan fatwa syar’i !!

Rasulullah Saw. bersabda: “Permudahlah dan jangan persulit”. Kemudahan di sini adalah intisari agama yang dapat dirangkum menjadi dua point iaitu:
1-Tidak menyekutukan Allah (inti semua ibadat) dan
2-Tidak memudaratkan / menyakiti / merugikan orang lain (inti semua mu’amalat). Bila kedua point di atas sudah dipenuhi oleh seorang hamba maka keislamannya sudah cukup normal.

Sumber :

1. Perbincangan dan Pengajian Maulana Syeikh
2. Akhbar al-Buhairah wal-Aqalim Mesir edisi 135 tahun 2004.
3. Akhbar Shautul-Ummah Mesir edisi 12 Januari 2004 dan 15 Maret 2004.