ASPIRASI / INSPIRASI

Ilmu Massa, Turath, Sejarah. Analisa Kajian Budaya Pemikir. Peradaban Insani Kalbu Akal Mencerah. Hakikat Amal Zikir Dan Fikir. Ilmu, Amal, Hikmah Menjana Pencerahan. Ulul-Albab Rausyanfikir Irfan Bistari. Tautan Mahabbah Mursyid Bimbingan. Alam Melayu Alam Islami Tamadun Melayu Peradaban Islami. Rihlah Ilmiah Menjana Pencerahan Pemikiran, Kefahaman & Ketamadunan (Ilmu,Amal,Hikmah & Mahabbah) - Inspirasi: Rizhan el-Rodi

Penyebaran Islam di Sulu


.Kedatangan Islam ISLAM telah datang terlebih dahulu ke wilayah kepulauan Sulu berbanding pulau-pulau lain di Filipina, mungkin disebabkan kedudukannya yang tersorok antara Pulau Mindanao dan Borneo yang menjadi tempat laluan perdagangan atau juga disebabkan kepulauannya yang indah dan cantik. Pembawa ajaran Islam di Kepulauan Sulu adalah para ulamak yang kebanyakannya adalah orang-orang Arab di kalangan Ulamak Ahlul-Bait (Keturunan Rasulullah s.a.w) yang datang samada dari Makkah/Madinah atau dari Yaman. Para pendakwah terdiri dari kalangan pengamal tasawwuf seperti juga pendakwah-pendakwah di seluruh Nusantara. Ulamak Sufi telah cepat diterima oleh para penduduk se-kitar Nusantara disebabkan sikap dan teknik dakwahnya lemah lembut panuh dengan kesantunan.

Islam & Tausug Mengapa perlunya kita membicarakan kedatangan Islam ke Sulu terlebih dahulu? Apakah relevannya dan apakah kepentingannya terhadap masyarakat Tausug dan kepulauan Sulu? Hanya satu jawapan yang boleh diberi terhadap semua persoalan di atas. Tanpa Islam maka tiadalah apa-apanya orang-orang Moro itu. Tanpa pancaran nur (ajaran) Muhammad s.a.w yang menyinari hati-hati orang-orang Tausug itu maka tiadalah kegemilangan mereka itu tercatat dalam lipatan sejarah seperti yang kita ketahui hari ini. Tiada sesiapa pun dari kalangan orang Tausug yang boleh menyangkal bahawa agama Islamlah yang menyebabkan mereka mulia, terbilang dan gemilang hinggakan selama beberapa kurun lamanya tidak dapat dikalahkan mahupun dijajah oleh musuh mereka hingga ke hari ini. Setakat setipis bawang pun iman mereka, tetap menyatakan mereka pertahankan negara dan bangsa mereka dari kuffar itu adalah disebabkan perintah Allah dan Rasul-Nya dan kiranya mereka mati kerananya maka syahidlah mereka. Tanyalah kepada mereka, sejahil-jahil mereka pun tetap memberi jawapan yang sama. Maka itulah kepentingan Islam pada mereka. Rahsia kekuatan mereka ialah Islam itu sendiri.
Islam telah datang kepada mereka dengan wasilah dari para Ahlul Bait Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam. Pada sesetengah keadaan kadang-kadang para Ahlul Bait datang berdakwah bersama barang dagangan, bukannya tujuan berdagang semata-mata. Walhal untuk menyampaikan risalah dakwah mengajak kepada Agama Allah s.w.t, hanyasanya berdagang untuk mengelak dari meminta-minta. Akhlak sufi menjadi pakaian mereka dengan pendekatan Mazhab Syafi'e yang sederhana telah menambat hati orang-orang Moro Sulu dan Mindanao menganut Islam. Mereka keluar beramai-ramai dari agama Hindu-Buddha dan anutan Animisma mereka tanpa peperangan dan paksaan untuk menganut Islam, dengan sungguh-sungguh mempertahankannya hingga ke titisan darah yang terakhir. Inilah agama anutan orang-orang Moro Sulu dan juga Mindanao hingga hari ini.

Para penjajah silih berganti ingin merampas negara mereka tetapi tidak berjaya sebab itu telah dibuat perancangan begitu rapi bagaimana memurtadkan mereka. Kerja-kerja memurtadkan mereka tidak berjaya hingga hari ini kerana dengan hanya memurtadkan mereka sahaja kerajaan Kesultanan Sulu dan Kesultanan Maguindanao akan dapat dikuasai sepenuhnya oleh penjajah. Ini tidaklah berlaku dan ini diakui sendiri oleh para penjajah.Peranan Ahlul BaitApabila kita memperkatakan tentang kedatangan Islam ke Selatan Filipina maka tidak akan sempurna kalau Ahlul Bait Rasulullah s.a.w ini tidak disebut terlebih dahulu. Kerana sistem Kesultanan Sulu dan Maguindanao bermula di tangan mereka walaupun mungkin bukanlah mereka (Ahlul-Bait) yang awal-awal membawa Islam ke Filipina Selatan itu. Kerana Dunia Islam lebih banyak menyebut tentang riwayat Ahlul Bait yang mengasas Kesultanan Sulu dan Maguindanao.
Pengislaman secara meluas juga berlaku di tangan mereka di seluruh wilayah itu. Berikut adalah susunan kedatangan para ulamak ke Sulu termasuk para Ahlul Bait:1. Tuan Masha'ika (Tuan Syeikh) dan Tuhan (Tuan) Maqbalu pada 710 H bersamaan 1310 M (sezaman dengan Batu Bersurat Terengganu 1303)2. Karimul Makhdum (Tuan Syarif Aulia) dan Makhdum Aminullah(Sayyid Un-Nikab)3. Raja Baguinda (Dari Minangkabau Sumatera)4. Sayyid Abu Bakar (Syariful Hasyim) Pengasas Kesultanan Sulu bermula1450 atau 1457 M.5. Syed Alawi Balpaki ( Datang 1735 M)Melihat senarai nama-nama di atas maka jelaslah bahawa kedatangan Islam ke Sulu adalah kebanyakannya dibawa oleh para Ahlul Bait. Malah di sekitar Nusantara pun para Ahlul Baitlah yang banyak disebut sebagai penyebar utama agama Islam ini termasuk wali-wali Songo di Indonesia serta penyebaran Islam di Tanah Melayu oleh para makhdumin.

Berikut adalah penjelasan dari senarai nama-nama ulamak di atas:1. Tuan Masha'ika (Tuan Syeikh) dan Tuhan (Tuan) MaqbaluSalasilah Sulu menyatakan bahawa Tuan Masha'ika adalah seorang arab yang datang ke Sulu, telah berkahwin dengan anak perempuan Raja Sipad (Sripaduka) dan perlu di-nyatakan juga bahawa Raja Sipad bukanlah seorang Islam ketika itu. Daripada perkahwinan ini lahirlah anak-anak Tuan Masha'ika iaitu Tuan Hakim dan Aisha serta cucu-cucu beliau yang sudah tentunya mereka ini adalah orang-orang Islam.[1] Dan tentunya juga Tuan Masha'ika ini adalah seorang ulamak yang memulakan dakwah melalui perkahwinan dengan puteri Raja Sipad di Sulu itu. Ini bermakna sebelum kedatangan Islam lagi Sulu sudah punya raja. Cuma tidaklah tersusun seperti sistem yang diperkenalkan oleh Sultan-sultan Sulu selepas itu yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi.

Berkenaan dengan Tuhan atau Tuan Maqbalu pada 710 H bersamaan 1310 M itu tidaklah diketahui riwayat hidupnya di Sulu sama ada beliau seorang muballigh atau pedagang atau pun berkemungkinan beliau adalah ketua kaum di Sulu. Yang pastinya kubur beliau yang berada di Bud Dato adalah sezaman dengan Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702 H (1303 M) yang juga punya gelaran yang hampir sama iaitu 'Seri Paduka Tuhan' bermaksud Seri Paduka Tuan berdasarkan pada batu nesannya.

[2]2. Karimul Makhdum (Tuan Syarif Aulia) dan Makhdum Aminullah(Sayyid Un-Nikab) Makhdum Aminullah (Sayyid Un-Nikab) Karimul Makhdum sudah pastinya seorang Ahlul Bait berdasarkan gelaran Syarif Aulia oleh orang-orang tempatan terhadapnya. Nama asal beliau ialah Sayyid Ibrahim Zainul Al-Akbar @ Karimul Makhdum bin Sayyid Jamaluddin Hussein Al-Kubra bin Sayyid Ali Amir Ahmad Shah Jalaluddin bin Sayyid Amir Abdullah Khan bin Sayyid Abdul Malik bin Sayyid Alwi Amal Al-Faqih (di sini nasabnya bertemu dengan Sayyid Abu Bakar @ Syariful Hashim). Karimul Makhdum adalah Ayahanda kepada beberapa orang Wali Songo. Dan beliau juga adalah seorang pendukung Sufi yang punya karamah (bercakap dengan kertas, berjalan atas air, terbang di udara dan menyelamatkan orang dari mati lemas) hinggakan karamah ini diakui sendiri oleh seorang ahli Jesuit, Francisco Combes bahawa kuasa-kuasa magis itu memang wujud ketika awal-awal kedatangan Islam ke Sulu.

[3] Beliaulah yang datang ke Buansa melalui Tapul, dan mendirikan sebuah masjid di Tubig Indangan dan dikebumikan di Tandu Banak, Sulu.Makhdum Aminullah pula adalah seorang pedagang, juga seorang muballigh yang datang melalui China. Berdasarkan namanya (Sayyid Un-Nikab) beliau juga adalah dari Ahlul bait dan dikebumikan di Bud Agad, Sulu.

[4]3. Raja Baguinda (Putera Raja dari Minangkabau, Sumatera)Raja Baguinda bukanlah seorang ulamak tetapi berkemungkinan besar membawa bersamanya beberapa orang ulamak Minangkabau. Beliau belayar dari Sumatera dan mendarat di pantai Zamboanga dan kemudian ke Basilan. Tetapi kedatangannya ke Sulu menambahkan lagi kekuatan dan semangat persaudaraan sesama rumpun Melayu Islam di Sulu.

4. Sayyid Abu Bakar (Pengasas Kesultanan Sulu 1457 M)Sayyid Abu Bakar setelah menjadi Sultan Sulu yang pertama telah memakai gelaran Sultan Syariful Hasyim. Sebelum Sayyid Abu Bakar sampai ke Sulu, telah tercatat dalam catatan sejarah Melayu lama berkenaan dengan kedatangan Sayyid Abu Bakar ke Melaka di masa pemerintahan Sultan Mansur Syah dalam tahun 1456 -1477 M dengan membawa sebuah kitab bernama Ad-Durr Al-Manzum (Karangan Abu Ishak As-Syirazi)

[5] yang ditulis dalam bahasa Arab. Setelah berdakwah di Melaka beliau pergi pula ke Palembang, dari Palembang ke Brunei dan dari sana terus ke Sulu. Di Sulu Sayyid Abu Bakar berkahwin dengan anak Raja Baguinda yang bernama Paramisuli (Permaisuri).[


6] Setelah menjadi Sultan maka beliau menetapkan agama Islam sebagai agama rasmi Kerajaan Sulu. Dan beliaulah yang berjaya mengislamkan ramai orang Tausug samada yang tinggal di pantai (Baklaya & Taguimaha) atau orang Tausug di pergunungan (Buburanun) sedangkan sebelum ini sebahagian besar mereka adalah kafir.

[7] Syariful Hasyim telah tinggal lebih kurang 30 tahun di Buansa, Sulu dan sempat meninggalkan beberapa orang keturunannya iaitu Kamaluddin yang telah menggantikan ayahandanya sebagai Sultan di Sulu.5. Syed Alawi BalpakiBerkenaan Syed Alawi Balpaki, ulamak ini adalah pendakwah yang dikenali seperti yang dinyatakan oleh Sir John Hunt yang berada di Sulu pada tahun 1814 bahawa ketika pemerintahan Sultan 'Azimuddin-I (naik takhta pada 1735 M) seorang lagi Syarif telah datang dari Mekah bernama Syed Berpaki ke-rana beliau berjaya mengislamkan hampir-hampir seluruh penduduk di sana. Beliau pernah berdakwah di Borneo kemudian ke Tawi-tawi dan meninggal dunia di Tubig Dakulah, Sulu.[8] Syed Alawi Balpaki ini juga jelas dari pada Ahlul Bait berdasarkan namanya terdapat Syed atau Sayyid (dari keturunan Sayyidina Hussein ra).

Prof. Cesar Adib Majul telah menjelaskan pada kita dalam bukunya yang terkenal Islam Di Filipina bahawa terdapat kekeliruan dalam penggelaran makhdum kepada ulamak-ulamak itu. Makhdum bermaksud orang yang di hormati dan penggelaran dengan hanya memanggil makhdum tanpa menyertakan nama sebenar adalah mengelirukan. Walhal mereka semua para ulamak itu adalah Makhdumin (orang-orang yang dihormati).Ini tidaklah menghairankan apabila orang-orang Sulu memanggil makhdum kesemua ulamak terdahulu tanpa nama penuhnya disebabkan tiada tarikh atau sebarang catatan khusus yang boleh dirujuk tentang makhdum-makhdum itu sendiri melainkan apa yang telah tertulis dalam Salasilah Sulu yang ada di tangan orang-orang Sulu itu (catatan peristiwa-peristiwa tanpa tarikh).Sebagaimana kekeliruan tentang penggelaran makhdum, kekeliruan juga turut berlaku pada penggelaran Sayyid @ Syed atau Syarif @ Sharif (Salip). Dalam konteks masyarakat Moro Sulu, gelaran Sayyid (keturunan dari Sayyidina Hussein r.a.) dan Syarif (keturunan dari Sayyidina Hassan r.a.) kedua-duanya digelar Syarif atau dalam pelat orang-orang Sulu disebut Salip.

Satu kebiasaan bagi orang-orang Sulu hanya memanggil Syarif (Salip) kepada kesemua pendakwah yang datang ke Sulu dari kalangan Ahlul Bait itu. Di alam Melayu seperti Tanah Melayu, Indonesia, Brunei atau Pattani mereka kebiasaannya membezakan keturunan Sayyidina Hussein r.a. dengan gelaran Syed, Sayyid atau Habib manakala keturunan Sayyidina Hassan r.a. digelar Syarif. Di Malaysia hari ini kita biasa mendengar nama-nama yang bermula dengan Nik, Wan, Tuan, Abang (Sarawak), Meor yang juga dikaitkan dengan Ahlul Bait Rasulullah saw. Maka jelaslah bahawasanya Islam itu datang ke Sulu adalah atas usaha para Ahlul Bait. Orang-orang Sulu atau Tausug itu telah menjadi terbilang dan gemilang setelah mereka masuk Islam keseluruhannya. Mereka ditanamkan semangat jihad yang tiada dalam agama anutan mereka sebelum ini. Para ulamak membawa kalimah tauhid ke hati-hati orang Tausug itu walaupun para ulamak itu telah pergi meninggalkan mereka namun semangat mempertahankan aqidah mereka tetap utuh sehingga ke hari ini.

Semangat mereka menakutkan bangsa-bangsa penjajah yang datang menjajah negara dan aqidah mereka hinggakan mereka digelar Juramentado (Berani Mati).[9]Sultan-sultan Sulu dan para Datu masih meneruskan semangat kepimpinan para makhdumin itu di Sulu hingga ke hari ini mereka telah dan masih menjadi sumber inspirasi orang-orang Tausug. Hanyasanya mereka menjadi lemah sejak akhir-akhir ini setelah berjayanya para egen-egen penjajah mencetuskan perang moden ke atas bangsa dan negara mereka yang menyebabkan mereka bertaburan menjadi pelarian. Rancangan kuffar yang begitu rapi ini menyebabkan mereka kehilangan arah mencari pemimpin yang sebenar. Inilah matlamat peristiharan undang-undang tentera oleh Ferdinand Marcos yang akhirnya Kesultanan Sulu seolah-olahnya telah terhapus di Kepulauan Sulu itu.

sumber: http//:tausug-global.blogspot.com

Hadis Pembebasan Konstantinopal



HADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE
Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)
_________________________________________________________
Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Usmaniyah.

Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.

Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.
Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.

PENGENALAN
Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki - Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 - 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.

PENDIDIKAN
Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera. Daripadanya beliau mempelajari ilmu agama khususnya tasawuf dan fiqh mazhab al-Hanafi

Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.

KEPERIBADIAN
Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja
Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.

PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE
Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.
Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.

Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.

MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE
Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.
Menara Bergerak

Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.
Bantuan Dari Pope Vatican

Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.

Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung
Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.

Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Usmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.

Keesokan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.
Karisma Seorang Pemimpin

al-Fateh sebagi pemimpin yang berkarisma dan berwibawa

Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.

Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.

Penawanan Constantinople
Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.

Kesultanan Khilafah Osmaniah

































































































































































































































. Sultan Osman (Osman Bey / Osman Gazi)Bapa: Ertuğrul GaziIbu: Halime HatunTarikh / Tempat Lahir: Söğüt (1258M / 656 H.)Tarikh / Tempat Meninggal: Bursa (1326M / 726H.)Tempoh Pemerintahan: 1299 - 1326 (27 tahun)

2. Sultan Orhan (Orhan Gazi)Bapa: Osman GaziIbu: Mal HatunTarikh Lahir: (680 H. / 1281 M.)Tarikh Meninggal: (761 H. / 1360 M.)Tempoh Pemerintahan : 1326 - 1359 (33 tahun)

3. Sultan Murad I (I. Murad Hüdavendigar)Bapa: Orhan GaziIbu: Nilüfer HatunTarikh Lahir: 1326 M.Tarikh Meninggal: 1389 M.Tempoh Pemerintahan: 1359 - 1389 (30 tahun)

4. Sultan Bayazid I (Yıldırım Bayezid)Bapa: Sultan I. MuradIbu: Gülçiçek HatunTarikh Lahir: 1360 M.Tarikh Meninggal: 1403 M.Tempoh Pemerintahan: 1389-1403 (13 tahun)

5. Sultan Muhammad I (I. Mehmed Çelebi)Bapa: Sultan Yıldırım BayezidIbu: Devlet HatunTarikh Lahir: 1389 M.Tarikh Meninggal: 26 Mei 1421 M.Tempoh Pemerintahan: 1413 - 1421 (8 tahun)

6. Sultan Murad IIBapa: Celebi Sultan MehmedIbu: Dulkadiroglu Emine HatunTarikh Lahir: 1402 M.Tarikh Meninggal: 3 Februari 1451 M.Tempoh Pemerintahan: 1421 - 1451 (30 tahun)
7. Sultan Muhammad II (Fatih Sultan Mehmed)Bapa: Sultan II. MuradIbu: Hüma HatunTarikh Lahir: 29 Mac 1432 M.Tarikh Meninggal: 3 Mei 1481 M.Tempoh Pemerintahan: 1451 - 1481 (30 tahun

8. Sultan Bayazid IIBapa: Fatih Sultan MehmedIbu: Gülbahar HatunTarikh Lahir: 3 Disember 1447 M.Tarikh Meninggal: 26 Mei 1512 M.Tempoh Pemerintahan: 1481 - 1512 (31 tahun

Sultan Salim I (Yavuz Sultan Selim)Bapa: Sultan II. BayezidIbu: Ayse HatunTarikh Lahir: 10 Oktober 1470 M.Tarikh Meninggal: 22 September 1520 M.Tempoh Pemerintahan: 1512 - 1520 (8 tahun)

10. Sultan Sulaiman I (Kanuni Sultan Süleyman)Bapa: Yavuz Sultan SelimIbu: Hafsa SultanTarikh Lahir: 27 April 1495 M.Tarikh Meninggal: 7 September 1566 M.Tempoh Pemerintahan: 1520 - 1566 (46 tahun

11. Sultan Salim II (Sarı Selim)Bapa: Kanuni Sultan SüleymanIbu: Hürrem SultanTarikh Lahir: 28 Mei 1524 M.Tarikh Meninggal: 15 Disember 1574 M.Tempoh Pemerintahan: 1566 - 1574 (8 tahun)

12. Sultan Murad IIIBapa: Sultan II. SelimIbu: Hasekisi Nur-Banu SultanTarikh Lahir: 4 Julai 1546 M.Tarikh Meninggal: 16 Januari 1595 M.Tempoh Pemerintahan: 1574 - 1595 (21tahun)

13. Sultan Muhammad III (III. Mehmed)Bapa: Sultan III. MuradIbu: Safiye SultanTarikh Lahir: 26 Mei 1566 M.Tarikh Meninggal: 21 Disember 1603 M.Tempoh Pemerintahan: 1595 - 1603 (8 tahun)

14. Sultan Ahmad I (I. Ahmed)Bapa: Sultan III. MehmedIbu: Handan SultanTarikh Lahir: 18 April 1590 M.Tarikh Meninggal: 22 November 1617 M.Tempoh Pemerintahan: 1603 - 1617 (14 tahun)

15. Sultan Mustafa IBapa: Sultan III. MuradIbu: Handan SultanTarikh Lahir: 1592 M.Tarikh Meninggal: 20 Januari 1639 M.Tempoh Pemerintahan: 1617 - 1623 (5 tahun)

16. Sultan Osman II (Genc Osman)Bapa: Sultan I. AhmedIbu: Hasekisi Hatice Mahfiruze SultanTarikh Lahir: 3 November 1604 M.Tarikh Meninggal: 10 Mei 1622 M.Tempoh Pemerintahan: 1617 - 1622 (5 tahun)

17. Sultan Murad IVBapa: Sultan I. AhmedIbu: Mah-peyker (Kösem) SultanTarikh Lahir: 27 Julai 1612 M.Tarikh Meninggal: 9 Februari1640 M.Tempoh Pemerintahan: 1623 - 1640 (17 tahun)

18. Sultan İbrahim IBapa: Sultan I. AhmedIbu: Mahpeyker (Kösem) SultanTarikh Lahir: 5 November 1616 M.Tarikh Meninggal: 18 Ogos 1648 M.Tempoh Pemerintahan: 1640 - 1648 (8 tahun)

19. Sultan Muhammad IV (IV. Mehmed Avcı)Bapa: Sultan I. IbrahimIbu: Turhan Hatice SultanTarikh Lahir: 2 Januari 1642 M.Tarikh Meninggal: 6 Januari 1693 M.Tempoh Pemerintahan: 1648 - 1687 (39 tahun)

20. Sultan Sulaiman II (II. Süleyman)Bapa: Sultan I. IbrahimIbu: Hasekisi Saliha Dil-asub Valide SultanTarikh Lahir: 15 April 1642 M.Tarikh Meninggal: 22 Jun 1691 MM.Tempoh Pemerintahan: 1687 - 1691 (4 tahun)

21. Sultan Ahmad II (II. Ahmed)Bapa: Sultan I. IbrahimIbu: Hasekisi Hatice Mu’azzez SultanTarikh Lahir: 25 Februari 1643 M.Tarikh Meninggal: 6 Februari 1695 M.Tempoh Pemerintahan : 1691 - 1695 (4 tahun)

22. Sultan Mustafa IIBapa: Sultan IV. MehmedIbu: Emetullah Rabia Gülnüs SultanTarikh Lahir: 5 Jun 1664 M.Tarikh Meninggal: 1 Januari 1704M.Tempoh Pemerintahan: 1695 - 1703 (8 tahun)

23. Sultan Ahmad III (III. Ahmed)Bapa: Sultan IV. MehmedIbu: Emetullah Rabia Gülnus SultanTarikh Lahir: 31 Disember 1673 M.Tarikh Meninggal: 1 Julai 1736M.Tempoh Pemerintahan: 1703 - 1730 (27 tahun)

24. Sultan Mahmud IBapa: Sultan II. MustafaIbu: Saliha Sebkati SultanTarikh Lahir: 2 Ogos 1696 M.Tarikh Meninggal: 13 Disember 1754 M.Tempoh Pemerintahan: 1730 - 1754 (24 tahun)

25. Sultan Osman IIIBapa: Sultan II. MustafaIbu: Sehsüvar Valide SultanTarikh Lahir: 2 Januari 1699 M.Tarikh Meninggal: 30 Oktober 1757 M.Tempoh Pemerintahan: 1754 - 1757 (3 tahun)

26. Sultan Mustafa IIIBapa: Sultan III. AhmedIbu: Emine Mihrisah SultanTarikh Lahir: 28 Januari 1717 M.Tarikh Meninggal: 21 Januari 1774 M.Tempoh Pemerintahan: 1757 - 1774 (17 tahun
27. Sultan Abdülhamid IBapa: Sultan III. AhmedIbu: Rabi’a Sermi SultanTarikh Lahir: 20 Mac 1725 M.Tarikh Meninggal: 7 April 1789 M.Tempoh Pemerintahan: 1774 - 1789 (15 tahun)

28. Sultan Selim IIIBapa: Sultan III. MustafaIbu: Mihrisah SultanTarikh Lahir: 24 Disember 1761 M.Tarikh Meninggal: 28 Julai 1808 M.Tempoh Pemerintahan: 1789 - 1807 (18 tahun)

29. Sultan Mustafa IVBapa: Sultan I. AbdülhamidIbu: Ayse Sineperver Valide SultanTarikh Lahir: 8 September 1779M.Tarikh Meninggal: 16 November 1808 M.Tempoh Pemerintahan: 1807 - 1808 (1tahun)

30. Sultan Mahmud IIBapa: Sultan I. AbdülhamidIbu: Naks-i Dil Valide SultanTarikh Lahir: 20 Julai 1785 M.Tarikh Meninggal: 30 Jun 1839 M.Tempoh Pemerintahan: 1808 - 1839 (31 tahun)

31. Sultan Abdul Majid (Abdülmecid)Bapa: Sultan II. MahmudIbu: Bezm-i Alem Valide SultanTarikh Lahir: 25 April 1823 M.Tarikh Meninggal: 25 Jun 1861 M.Tempoh Pemerintahan: 1839 - 1861 (21 tahun)

32. Sultan AbdülazizBapa: Sultan II. MahmudIbu: Pertev-niyal Valide SultanTarikh Lahir: 9 Februari 1830 M.Tarikh Meninggal: 4 Jun 1876 M.Tempoh Pemerintahan: 1861 - 1876 (15 tahun)

33. Sultan Murad VBapa: Sultan I. AbdülmecidIbu: Sevket-efza Valide SultanTarikh Lahir: 21 September 1840 M.Tarikh Meninggal: 29 Ogos 1904 M.Tempoh Pemerintahan: in 1876 (93 hari)

34. Sultan Abdul Hamid II (II. Abdülhamid Han)Bapa: Sultan I. AbdülmecidIbu: Tir-i Müjgan KadınefendiTarikh Lahir: 21 September 1842 M.Tarikh Meninggal: 10 Februari 1918 M.Tempoh Pemerintahan: 1876 - 1909 (33 tahun
35. Sultan Muhammad V (V. Mehmed Reşad)Bapa: Sultan I. AbdülmecidIbu: Gülcemal KadınefendiTarikh Lahir: 2 November 1844 M.Tarikh Meninggal: 3 Julai 1918 M.Tempoh Pemerintahan: 1909 - 1918 (9 tahun


36. Sultan Muhammad VI (VI. Mehmed Vahidüddin)Bapa: Sultan I. AbdülmecidIbu: Gülistü KadınefendiTarikh Lahir: 2 Februari 1861 M.Tarikh Meninggal: 15 Mei 1926 M.Tempoh Pemerintahan: 1918 - 1922 (4 tahun)

freemason dan Gerakan Zionisme





Freemason Dan Gerakan Zionisme

Freemason salah satu sayap kepada gerakan zionisme antarabangsa bagi agenda strategik zionisme. Gerakan ini juga mengguna pelbagai nama dan pendekatan dalam gerakan mereka samaada dalam bentuk kemanusiaan, kebajikan, pendidikan, keamanan dan sebagainya.

Zionisme
Ianya dinisbahkan kepada sebuah Bukit Zion di Quds (Jerusalem), dimana dikatakan tempat ibadat nabi Daud dan tempat bersemadinya tuhan mereka ‘Yahweh”. Theodore Herzl (1860-19040 merupakan pelopor kepada gerakan Zionisme pada tahun 1869 iiaitu di Basel, Switzerland. . kongres pertama Zionis mewujudkan resolusi dan protokol antaranya mewujudkan suatu penempatan Yahudi di bumi Palestin, memecahbelahkan Daulat Osmaniah mengikut Negara bangsa dan lain-lain.

Gerakan zionis yang bermotif politik menggunakan simbol agama bagi agenda mereka. Zionisme mewujudkan semangat yahudi dan perancangan merampas tanah palestin, mewarkan kewujudan Haykal Sulaiman di perkarangan Masjid al-Aqsa.

Dalam al-Quran merakamkan kejahatan golongan Yahudi yang keras dan sanggup membunuh para nabi mereka seperti dlaamsurah al-Maidah:78 dan al-Baqarah:61. Yahudi jugamerupakan dalang kepada perang saudara England-Perancis, Perang Dunia 1 dan 2, perang Iraq dan perang di Afghanistan.

Peranan mereka juga mewujudkan jaringan mereka seperti Lions Club, Ilmuniti, Bahahi, gerakan wahabi, Rotary, Qadiani dan agensi perisikan barat. Mereka bergerak dalam pelbagai sudut dan mengguna pelbagai nama serta mempunyai dana kewangan yang banyak serta jaringan yang luas dan mantap.

Fahaman dan pemikiran seperti Sosialisme, kapitalisme, liberalisme dan globalisme merupakan buah pemikiran bijak yahudi yang diterima pakai umat manusia sedunia..

Hegomoni Yahudi dan Zionisme dapat menguasai Amerika sebuah kuasa besar dunia dan menguasai pelbagai bidang dan kedudukan strategik Negara besar dan digunakan bagi kepentingan mereka dan bagi menjaga kelangsungan Negara Israel di bumi Palestin.

Agenda Meruntuh Khilafah Islamiah
Gerakan ini pernah berjaya menyumbang kepada kejatuhan dan perpecahan empayar khilafah Osmaniah suatu ketika dahulu. Dendam dan sikap benci mereka terhadap umat Islam dan khilafah Islamiah begitu meluak-luak yang menjadi ancaman kepada mereka. Justeru bagi meleraikan kekuatan daulat Islam mereka bersama menyokong gerakan Turki muda yang dipimpini Kamal Ataturk dan gerakan batiniah, Bahai, dan wahabi. Mereka juga bekerjasama dengan agensi perisikan barat dan menyebar fahaman kebangsaan kalangan umat Islam bagi tujuan pecah belahkan khilafah Osmaniah. Kerana daulat Osmaniah sememangnya digeruni barat dan menjadi ancaman kepada mereka, justeru perpaduan umat Islam dileraikan dengan begitu halus dan pelbagai pendekatan dan strategi.

Daulat Osmaniah yang merupakan empayar daulat Islam bermanhaj Ahli Sunnah wal Jamaah, bermazahab as-Syafei dan mendokong aliran tariqat sufi, bahkan golongan sufi meruapakan para penyebar dakwah Islam ke eropah dan panji kekuatan pasukan pertahanan Turki Osmaniah. Justeru roh dan kekuatan Islam tersebut harus dimusnahkan. Iaitu dengan mencipta aliran tariqat palsu dan mendokong aliran wahabi yang sememangnya bertentangan dan anti sufi. Kerjasama dengan Mohamad bin Wahab (pelopor kepada akidah dan aliran wahabi), Mereka bertindak melampau membunuh umat Islam bagi menyebarkan dakyah ajaran mereka yang berselindung di sebalik al-Quran dan Hadis dan memerangi mereka yang bertentangan mereka,.

Gerakan zionisme melalui freemason ini begitu bijak memperlaga umat Islam bahkan kalangan Negara eropah. Mereka menguasai media, kewangan, dan perdagangan serta menjadi golongan intelek dan akademik. Bagi mengekalkan penjajahan dan rampasan Yahudi terhadap tanah umat Palestin adalah penting gerakan sulit seperti freemason yang bebas bergerak di seluruh dunia dan agensi NGO mereka berselindung disebalik nama dan pendekatan yang baik. Gerakan mereka ini bekerjasama rapat dengan agensi perisikan Israel (mossad) .Jaringan mereka berjaya menyusup dalam pelbagai tempat dan peringkat di media, perkhidmatan awam, politik , kewangan dan perniagaan serta pelbagai nama NGO.

Iliminiti yang ditubuh pada 1 Mei 1776 oleh Adam Weishaupt di Bavaria, Jerman. Meruapakn seorang ahli kepada Knight of Temples yang merupakan suatu jaringan Freemason. Iaitu gerakan sulit bagi mengekalkan hegomoni yahudi dan agenda mereka. Knight of Temple ini telah wujud di zaman perang salib 1118 m.

Simbol
Duit Dollar Amerika Syarikat khususnya 1 Dollar simbol kepada gerakan ini. Yang menunjukkan penguasaan dan pengaruh mereka di Amerika Syarikat. Iaitu sejak dahulu kala lagi sehinggalah kini. Mereka mempunyai jaringan kukuh dengan golongan gerakan mereka di eropah dan di pelusuk dunia.. Senibina ‘White House’ yang bercirikan Rom merupakan manifestasi kekuatan dan empayar kekuasaan baru mereka. Begitu juga simbol piramid dan bentuk Pentagon suatu isyarat kepada gerakan sulit antaranya Freemason.

Golongan ini berjaya membentuk ‘isme’ pemikiran kepada masyarakat dunia antaranya kapitalisme, sosialisme, liberalisme dan globalisme. Yang mana mereka adalah pemikir dan ahli strategis yang kesemuanya bagi agenda kepentingan mereka dan strategi menguasai dunia dan pengaruhnya secara berterusan. Dimana sentiasa ada pelapis kepada gerakan jahat ini.. Sistem demokrasi juga merupakan agenda pemikiran mereka dalam mewujudkan Negara bangsa dan sistem pilihanraya yang memecahbelahkan ummah setiap kali menjelang pilihanraya..

Orientalisme dan agensi perisikan
Organisasi ini Melakukan kajian terhadap umat Islam dan pemikirannya dari segi budaya, sejarah, bahasa, keilmuan, dan ilmu-ilmu Islam bagi tujuan halatuju mereka dan kepentingan perancangan mereka serta bagi menyelewengkan fahaman umat Islam dan dunia amnya. Perkembangan umat Islam dituruti dan dititikberatkan. Daripadanya digunakan untuk perang saraf dan menyebarkan perkara negatif umat Islam dan memecahbelahkan perpaduan umat Islam. Konsep Negara bangsa dan kepentingan Negara sendiri adalah acuan mereka dalam agenda demokrasi.