ASPIRASI / INSPIRASI

Ilmu Massa, Turath, Sejarah. Analisa Kajian Budaya Pemikir. Peradaban Insani Kalbu Akal Mencerah. Hakikat Amal Zikir Dan Fikir. Ilmu, Amal, Hikmah Menjana Pencerahan. Ulul-Albab Rausyanfikir Irfan Bistari. Tautan Mahabbah Mursyid Bimbingan. Alam Melayu Alam Islami Tamadun Melayu Peradaban Islami. Rihlah Ilmiah Menjana Pencerahan Pemikiran, Kefahaman & Ketamadunan (Ilmu,Amal,Hikmah & Mahabbah) - Inspirasi: Rizhan el-Rodi

Inghushetia, Chechen, Daghestan







Rantau kaukas

Chechen, Inghusetia dan Daghestan merupakan wilayah majoriti komuniti Islam yang terdapat di wilayah tersebut. Menerima Islam semenjak kurun ke- 8 lagi. Di zaman khilafah Turki Osmaniah ianya mempunyai hubungan rapat dan kerjasama yang baik dengan khilafah Islam. Statistik kini di Dhagestan umat Islam melebihi 2 juta orang, di Inghusetia melebihi 500,000 orang dan di Chechen melebihi 1 juta orang. Semenjak kedatangan Islam di rantau ini oleh mubaligh Sufi masyarakat rantau ini berpegang kepada manhaj Sunni Ahli Sunnah wal Jamaah, Feqh mazhab al-Hanafi dan bertariqat al-Qadiriah atau al-Naqsyabandiah.



Rantau ini dijajah lama oleh penjajah komunis Russia sehinggalah kini. Umat Islam masih dijajah dan dan ditolak hak sebagai peribumi sebagaimana rakan negara asia tengah yang lain yang sudah merdeka. Pemerintah Russia yang ingin menjadikan fahaman komunis para masyarakat Islam di rantau ini masih tidak berjaya. Jatidiri dan rasa kental masyarakat Islam masih terbenak di sanubari mereka dengan Islam. Mengikut kajian para perisikan dan pengkaji faktor jatidiri masyarakat Islam di rantau tersebut ialah kerana faktor ulama sufi dan pengamal-pengamal tariqat yang menjadi budaya masyarakat Islam yang mana nur Islam terus meka walaupun sejak lama ianya cuba dipadamkan oleh Russia. Bahkan golongan sufi dan tariqat al-Naqsyabandi dan al-Qadiri yang membangkitkan semangat juang dan jihad masyarakat Islam di sana dan terus berpegang dengan agama Islam. Sehingga kini wilayah ini masih bergolak dan tenggelam timbul bagi mendapat perhatian masyarakat antarabngsa terhadap isu dan konflik di rantau kaukas tersebut.

Pihak pemerintah Russia seharusnya memberi autonomi dan kebebasan mentadbir dan mengurus wilayah kaukas kepada peribuminya. Kerana dewasa ini adalah mustahil sesebuah Negara ingin memberi kemerdekaan tanah jajahannya. Isu hak asasi masyarakat Islam di rantau ini masih menyedihkan dan konflik terus berlaku.

Antara tokoh ulama yang mashur ialah Imam Syamil, Syeikh Arsanov, Kunta Hadji, Syeikh Said Chirkeisk, Syekh Tadjuinuddin Hadji dan ramai lagi. Perjuangan Imam Syamil terus diingati para generasi kini bagi gigih dalam perjuangan agama, bangsa dan tanahairnya.

Rantau ini mendapat perhatian pihak NGO khususnya bantuan dari Negara Turki dan Arab Saudi, dimana sukarelawan mereka ramai ke rantau tersebut bagi memberi khidmat dan bantuan sesama saudara Islam di sana. Namun bantuan daripada Saudi mempunyai agenda tersendiri bagi menyebarkan fahaman dan akidah wahabi. Dengan bantuan duit yang banyak , bantuan ini bakal menyerlahkan konflik baru di rantau tersebut iaitu pertembungan antara golongan Sunni dan Wahabi.

Masyarakat Islam di rantau ini harus bijak dengan diplomasi bagi agenda kepentingan mereka, teras tradisi ini harus diperkasakan dan diamalkan bagi generasi muda kerana ianya terbukti berjaya mengekalkan iman dan jatidiri muslim. Umat Islam antarabangsa harus sentiasa memberi sokongan dan bantuan diatas nasib yang menimpa saudara sesama agama.