ASPIRASI / INSPIRASI

Ilmu Massa, Turath, Sejarah. Analisa Kajian Budaya Pemikir. Peradaban Insani Kalbu Akal Mencerah. Hakikat Amal Zikir Dan Fikir. Ilmu, Amal, Hikmah Menjana Pencerahan. Ulul-Albab Rausyanfikir Irfan Bistari. Tautan Mahabbah Mursyid Bimbingan. Alam Melayu Alam Islami Tamadun Melayu Peradaban Islami. Rihlah Ilmiah Menjana Pencerahan Pemikiran, Kefahaman & Ketamadunan (Ilmu,Amal,Hikmah & Mahabbah) - Inspirasi: Rizhan el-Rodi

MUJAHID SUFI

Index Librorum Prohibitorum

Index Librorum Prohibitorum

Oleh: Adib Zalkapli

Pegawai-pegawai agama yang dipertanggungjawabkan memantau penerbitan, menyemak tajuk-tajuk dan kandungan buku, bersama-sama perunding yang dapat memberikan kefahaman tentang apa yang dibincangkan dalam penerbitan itu sebelum ia dimasukkan dalam senarai buku yang diharamkan kerana bertentangan dengan kepercayaan mereka. Buku-buku yang diharamkan termasuklah penerbitan-penerbitan daripada mazhab-mazhab yang dilihat sebagai musuh. Pengharaman itu dilihat penting untuk melindungi akidah pengikut-pengikut mereka.

Untuk tempoh 400 tahun senarai yang dikenali Index Librorum Prohibitorum (Senarai buku yang diharamkan) cukup aktif dikemaskinikan oleh Gereja Roman Katolik melalui Kongregasi Indeks, yang berperanan memantau buku-buku. Daripada tahun 1559 hingga 1966, senarai itu menjadi panduan buku apa yang tidak boleh dibaca atau dimiliki oleh para Katolik.

Di Malaysia, Index Librorum Prohibitorum dikendalikan oleh Bahagian Kawalan dan Teks al Quran, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri.

Hujung bulan Januari lalu, agensi itu mengeluarkan kenyataan mengharamkan 11 buku berkaitan Islam, lapan berbahasa Inggeris dan tiga lagi dalam bahasa Malaysia. Alasannya: “Sekiranya penerbitan itu dibiarkan, ia boleh menimbulkan kekeliruan dan kegelisahan di kalangan umat Islam dan seterusnya boleh memudaratkan ketenteraman awam.” Seperti Index Librorum Prohibitorum, tiada alasan lanjut diberikan.

Antara buku yang diharamkan adalah Islam & Pluralisme, sebuah rangkuman esei-esei yang diterbitkan oleh Middle Eastern Graduates Centre. Buku itu menurut MEGC dalam kenyataannya adalah sebagai satu reaksi kepada fatwa yang dikeluarkan oleh Majelis Ulama Indonesia pada tahun 2006 yang mengharamkan sekularisme, liberalisme dan pluralisme.

Menyedari bahawa pluralisme bukanlah sesuatu yang terlalu asing dalam tradisi keilmuan Islam, kami mengutip dan menterjemahkan beberapa tulisan yang cuba menjelas realiti kejamakan (plurality) dan pluralisme keagamaan dalam teks-teks agama (Al-Quran dan hadis), sejarah, tradisi, dan idea-idea yang terkandung di dalam karya para sarjana agung Muslim, khususnya daripada aliran sufisme,” Al-Mustaqeem Mahmod Radhi, pengarah eksekutif MEGC.

Organisasi itu juga dilaporkan akan menulis surat kepada KKDN bagi mendapatkan penjelasan lanjut tentang alasan pengharaman buku itu.

Satu lagi mangsa pengharaman yang telah menjawab tindakan ‘Kongregasi Indeks’ Malaysia itu adalah pengarah eksekutif Center for Islamic Pluralism – yang mempunyai operasi di seluruh dunia – Stephen Schwartz, penulis buku Two Faces of Islam terbitan Double Day, New York pada 2002.

“Saya memandang pengharaman ini satu penghormatan. Bagaimanapun, saya menyeru Muslim yang sederhana dan mereka yang bersimpati dengan Islam sederhana serta pendukung kebebasan bersuara supaya memprotes kepada pihak berkuasa Malaysia atas tindakan melampau ini,” kata Schwartz dalam satu siaran media CIP. Schwatz turut mengatakan agen Wahabi Saudi terlibat dalam pengharaman buku tersebut.

Siri pengharaman terbaru ini, yang memang merupakan acara berkala ‘pengawal akidah’, telah menimbulkan perbincangan hangat dan reaksi bercampur-campur di laman-laman blog dan forum.

Bagi kumpulan yang menyokong pengharaman ini, anti-Semitisme sangat terserlah dalam pandangan mereka apabila pihak dibelakang penerbitan buku-buku ini cuba dikaitkan dengan pertubuhan Yahudi.

Ketiadaan penjelasan yang lebih mendalam oleh KKDN dalam pengharaman buku ini telah mewujudkan ruang untuk banyak pihak membuat pelbagai spekulasi tentang pengharaman terbaru ini.

Pengharaman ini memang tidak sepatutnya berlaku, ketika orang ramai mempunyai kebebasan untuk membaca sebarang bahan melalui internet. Namun jika pihak berkuasa berpandangan pengharaman ini sangat perlu, sekurang-kurangnya ketelusan dalam perkara ini sangat penting. Setidak-tidaknya, pihak penerbit perlu mengetahui persoalan apa yang terdapat dalam mana-mana buku yang telah membawa kepada pengharaman.

Atau mungkin dokumen rahsia atau laporan berkenaan buku-buku berbahaya ini hanya akan diketahui lebih 400 tahun lagi, seperti dokumen lama berkenaan Index Librorum Prohibitorum, yang kini sedang hebat dikaji ahli sejarah, bagi membongkar pemikiran gereja pada era itu.

18 Februari, 2008,

· Ulasan:

Artikel diatas secara licik ingin mempertikaikan aliran fahaman mereka yang dikatakan menyeleweng atau bercanggah dengan agama Islam. Memang dalam membuat kajian dan analisis banyak faktor perlu dipertimbangkan atau bias dalam membuat keputusan. Walhal seorang muslim semestinya bias kepada akidah Ahli sunnah waljmaah. Namun yang dipertikaiakan adakah ianya isu akidah atau pemikiran? Justeru justifikasi perlu mantap dan kefahaman mendalam dalam sesuatu bidang, jika tidak memang mengelirukan, tidak tepat dalam penilaian dan sebetulnya pengkaji sudah pasti akan bias kepada pegangannya. Justeru suatu bidang perlu dirujuk kepada ahli sesuatu bidang mafhum hadis ‘ Tanyalah ahli zikr dan ahli (pakar) sesuatu bidang sekiranya kamu tidak mengetahui’.

Artikel diatas cuba melepaskan diri dari tuduhan terhadap penulisan buku yang diwartakan haram tersebut.

Suatu pembohongan artikel di atas menisbahkan pluralisme dengan beberapa tokoh sasterawan dan ulama’ sufi seperti dinyatakan di atas. Sedangkan faham penulisan ulama Sufi perlu di rujuk kepada ulama yang arif dalam kesufiian dan disiplinya tersendiri. Banyak penyelewengan disandarakan kepada sufi adalah suatu ketidakadilan.

Nampakanya pegawai Jakim dituduh sebagai berpegang kepada akidah dan fahaman wahabi, adakah ini benar wujud? Perlu kepada siasatan telus dan terhadap penerbitan Jakim sama ada bias kepada wahabi atau tidak? Kerana tuduhan ini agak berat tanpa bukti bertulis atau rekod bersuara. Jakim perlu konsisten dengan Ahli Sunnah wal Jamaah dan pemerkasaaanya. Sebarang tuduhan perlu dijelaskan dan perlu diambil perhatian tindakan yang sewajarnya.

Adab Sebut Nabi

Adab Sebut NABI

Pada zaman sahabat dahulu, mereka terbiasa memanggil Nabi dengan sebutan yang sederajat seperti memanggil kawan-kawan mereka. Panggilan yang paling popular adalah ‘Ya Muhammad, Ya Ibnu Abdullah, Ya Muhammad bin Abdullah, dan Ya Abal Qosim’ (Wahai bapak Al Qosim, menunjuk kepada putera Nabi yang tertua bernama Al Qosim). Kebiasaan memanggil nama sederajat seperti panggilan sesama teman, kemudian dilarang oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Panggilan yang diperbolehkan adalah menyertakan pangkat yang layak untuk Nabi seperti: ‘Ya Rasulullah, Ya Nabiyallah’. (Lihat surat An Nur ayat 63 dalam Tafsir Ibnu Katsir, cetakan Darul Hadist, Qohirah, Mesir jilid VI, halaman 100).

Dalam tafsir Ibnu Katsir tersebut, Muqotil bin Hayyan mengatakan tentang tafsir ayat ini: “Janganlah engkau menyebut nama Nabi Muhammad jika memanggil Beliau dengan ucapan: ‘Ya Muhammad’ dan janganlah kalian katakan: ‘Wahai anak Abdullah’, akan tetapi Agungkanlah Beliau dan panggillah oleh kamu: ‘Ya Nabiyallah, Ya Rasulullah’.”

Imam Maliki, dari Zaid bin Aslam radhiyallahu ‘anhu mengatakan tentang arti surah An Nur ayat 63 di atas: “Telah memerintahkan Allah kepada sahabat Nabi dan kaum muslimin agar mengagungkan dan memuliakan Nabi.”

Berkata Ad Dahhak dan Abdullah bin Abbas radhiyallahu ‘anhuma tentang ayat diatas: “Dahulu para sahabat memanggil Nabi dengan panggilan ‘Ya Muhammad, Ya Abal Qosim’, maka Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah melarang mereka dari panggilan seperti itu demi mengagungkan Nabi-Nya. Maka para sahabat memanggil Nabi dengan panggilan ‘Ya Rasulullah, Ya Nabiyallah.” Pendapat ini juga dipegang oleh Mujahid dan Sa’id bin Jubairradhiyallahu ‘anhu.”

Setelah larangan Allah tersebut diturunkan, maka serentak seluruh sahabat Nabi meninggalkan cara menyebut atau memanggil nama Nabi seperti memanggil teman biasa, dan mereka mengubahnya menjadi ‘panggilan kehormatan’, sebagaimana yang telah diperintahkan Allah Subhanahu Wa Ta’ala dalam surat An Nur ayat 63 tersebut: “Janganlah kamu jadikan panggilan Rasul di antara kamu seperti panggilan sebahagian kamu kepada sebahagian (yang lain).....

Meskipun keterangan di atas sudah terang dan jelas, kenyataannya di zaman modern ini, masih ada juga sekelompok orang yang sudah dianggap golongan ‘intelektual Islam’ berani dengan lancar tanpa merasa bersalah menyebut dan memanggil nama Nabi tanpa gelar kehormatan. Entah karena terlalu sering membaca buku-buku karangan orang-orang Orientalis yang memang tidak menaruh rasa hormat kepada Rasulullah atau karena malas berpanjang-panjang menyebutkan nama Nabi bersama dengan ‘gelar kebesaran’ beliau. Apalagi jika mesti menambahkan ucapan ‘Shallallahu ‘Alaihi Wasallam’ setelah menyebut nama Nabi. Padahal, semua ini sudah diperintah Allah dan RasulNya untuk diamalkan.

Adapun jika mereka dianggap tidak tahu tentang larangan pada surat An Nur ayat 63tersebut di atas, rasanya agak sulit diterima akal, sebab mereka dikenal sebagai orang yang tergolong intelektual, bukan golongan orang-orang awam apalagi orang-orang jahil(bodoh).

Dengan melihat kenyataan ini, rasanya setiap individu muslim wajib saling ingat-mengingatkan terhadap sesama saudara kita yang mulai rajin memanggil Nabi sedemikian itu. Jika tidak demikian, maka akan semakin banyak jumlah orang yang memanggil Nabi dengan panggilan rendahan itu. Apakah pantas kita umat Islam yang mengaku pengikut Qur’an dan Sunnah kemudian memanggil Nabi kita dengan panggilan “Muhammad” saja tanpa gelar…? Sementara memanggil seorang Ketua RT saja kita menyebut Pak RT. Apalagi memanggil seorang Presiden, orang akan melekatkan bermacam-macam gelar kehormatan dan kemuliaan! Nah, bagaimana dengan memanggil seorang Rasul yang merupakan semulia-mulia makhluk ciptaan Allah....?

Rasul telah bersabda dalam hadisnya yang masyhur: “orang yang kikir adalah orang yang tidak mau bersholawat kepadaku ketika namaku disebut di dekatnya.” Sementara Allah sendiri di dalam Al Qur’an yang suci senantiasa bersholawat dengan meletakkanpangkat kebesaran Nabi ketika Allah menyebutkan nama Nabi kita MuhammadShallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Selain kebiasaan memanggil Nabi dengan ‘panggilan rendahan’ itu, akhir-akhir ini beredar juga sebuah ajaran baru yang mengatakan bahwa menyebut atau memanggil nama Nabi dengan memakai ‘gelar’ di dalam lafazhsholawat adalah suatu perbuatanbid’ah. Dan mereka dimana-mana secara tegas mengatakan bahwa semua bid’ahadalah sesat dan akan dicampakkan ke dalam neraka. Oleh karena itu mereka mengatakan bersholawat kepada Nabi cukup dengan ucapan, “Allahumma sholli ‘ala Muhammad, wa ‘ala ali Muhammad” saja tanpa gelar-gelar yang menunjukkan kebesaran Nabi. Padahal kalau Sholawat ini diterjemahkan dalam bahasa Indonesia, artinya adalah: "Ya Allah berilah rahmat kepada si Muhammad dan Keluarga si Muhammad".Kurang beradab, bukan.....? Alasan mereka bershalawat seperti itu karena tidak ada didapati sepotong hadis pun dari Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam yang mengajarkan bersholawat dengan menyertakan ‘gelar’ pada nama Nabi

Benarkah demikian adanya…?

Kami mencoba meneliti beberapa potong hadis dari beberapa kitab hadis dan alhamdulillah kami menemukannya. Berikut ini kami sampaikan beberapa hadis tentang sholawat yang memakai gelar saat menyebut nama Nabi kita Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam:

1. Dari Abu Sa’id Al Khudri ra.hu dia berkata, kami pernah bertanya kepada Nabi SAW, “Wahai Rasulallah, kami telah mengetahui cara mengucapkan salam kepadamu, tetapi bagaimanakah cara kami bersholawat kepadamu?” Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam menjawab: “Ucapkanlah oleh kamu sekalian, “Allahumma sholli ‘ala Muhammadin ‘abdika wa rasulika kama shollaita ‘ala Ibrohim..( Ya Allah, limpahkanlah rahmatMu kepada Muhammadhamba-Mudan Rasul-Mu sebagaimana Engkau telah melimpahkan rahmat-Mu kepada Ibrohim..).” (Hadis Riwayat Bukhari, Bab Sholawat Atas Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam no.6358)

3. Dari Abu Hurairah ra.hu, dari Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam, beliau telah bersabda, “Barangsiapa ingin pahalanya ditimbang dengan timbangan yang lebih berat dan sempurna ketika bersholawat atas kami, dan bersholawat atas ahli bait kami, hendaklah orang itu mengucapkan sholawat seperti ini: “Allahumma sholli ‘ala Muhammadinin Nabiyyi wa azwajihi ummahatil mu’miniina wadzuriyyatihi wa ahli baitihi kama shollayta ‘ala ali Ibrohim innaka hamiidun majid” (Ya Allah, limpahkanlah rahmatMu kepada Muhammad sang Nabi itu, juga kepada isteri-isterinya sebagai ibu-ibunya orang mu’min, kepada keturunan beliau dan keluarga beliau sebagaimana Engkau telah melimpahkan rahmat-Mu kepada keluarga Ibrohim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia).” (Hadis Riwayat Abu Dawud, Bab Sholawat Atas NabiShallallahu ‘Alaihi Wasallam Dalam Sholat Setelah Tasyahhud, nomor 982).

Keterangan dua hadis di atas cukup untuk menjadi bukti bagi kita bahwa bersholawat dengan menyertakan pangkat ketika menyebut nama Nabi adalah sebuah perbuatan yang sunnah, bukan bid'ah, sebagaimana yang sering dituduhkan oleh segelintir orang di kalangan ummat Islam selama ini. Justru sholawat dengan memakai gelar telah diperintahkan oleh Nabi dalam hadis-hadis shohih, bahkan telah menjadi amalan para Sahabat, dan generasi Salafus Sholih.

Wallahu a’lam bishshowab

Bertindak Sebelum Terlambat

Bertindak sebelum terlambat

Oleh DR. MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH



Kenyataan bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew minggu lalu, mengenai kenapa negara sekangkang kera itu memerlukan pertahanan yang begitu kuat sepatutnya menjadi iktibar kepada kita semua. Kenyataan tersebut dikeluarkan ketika pegawai-pegawai kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia ditauliahkan oleh Yang di-Pertuan Agong. Kuan Yew merujuk kepada Malaysia dan Indonesia sebagai ancaman utama kenapa negara itu perlu pertahanan yang kuat.

Dalam bersedia menghadapi ancaman tersebut, negara anak didik Yahudi ini membelanjakan RM35.5 bilion untuk pertahanan pada tahun lalu, tertinggi di Asia Tenggara dan mungkin juga di Asia. Berbanding negara sebesar kita, sejak lebih 23 tahun yang lalu, perbelanjaan pertahanan negara membabitkan RM180 bilion sahaja.

Purata perbelanjaan pertahanan setiap tahun hampir 2.5 peratus daripada KDNK negara antara 1987 hingga 2004. Bermaksud lebih lima tahun, belanja pertahanan Singapura bersamaan lebih 23 tahun belanja pertahanan kita. Lihatlah betapa jauhnya kita ketinggalan dalam aspek pertahanan negara.

Perbelanjaan pertahanan merupakan yang kedua terbesar dalam bajet negara sehinggalah krisis kewangan global melanda Malaysia pada 2008, menyebabkan ia diatasi oleh perkara lain dalam bajet 2009. Namun begitu, perbelanjaan pertahanan kita telah meningkat lebih lima kali ganda dari RM2.09 bilion pada 1987 kepada RM11.013 bilion pada 2010 (enam peratus belanjawan negara).

Jumlah ini masih kecil berbanding dengan negara jiran yang sebenarnya itulah ancaman kita. Apakah kita tidak takut dengan ancaman baru hari ini. Tidakkah terlepasnya Pulau Batu Putih menjadi pengajaran kepada kita?

Saya yakin, pulau tersebut masih menjadi milik kita, jika pertahanan kita mengatasi negara Singapura. Malangnya, kita terus bersangka baik dan memberikan 'khidmat percuma' seperti isu air kepada negara 'sejahat' itu. Pernahkah mereka mengenang budi?

Menurut Kuan Yew, tanpa pertahanan yang kuat, tidak akan wujud Singapura. Negara ini akan 'dimakan' oleh negara-negara jirannya, dirujuk Malaysia dan Indonesia.

Dari segi perancangan strategi dan keselamatan, saya tidak nafikan jawapan tersebut. Tetapi dari sudut lain, jawapan ini amat bongkak dan sombong. Beliau tidak sedar, tanpa pertolongan Malaysia, tidak wujud Singapura. Namun, sifat ultra kiasu telah mengatasi segalanya. Negara ini telah berjaya keluar daripada kemelut ketakutan.

Hari ini, kita pula takut kepada negara sekecil itu yang begitu bergantung air kepada kita. Itupun mereka masih menang. Kita kelihatan masih kalah, walaupun harta itu kepunyaan kita.

Singapura adalah sebuah pulau Melayu yang terletak di kepulauan Melayu. Jika ditakdirkan Tunku Abdul Rahman bertindak menangkap Kuan Yew dan mengadakan perintah berkurung sebelum berpisahnya Singapura dari Malaysia pada 1965, sudah tentu pulau tersebut hari ini milik kita.

Tetapi adakah Tunku bertindak sedemikian? Walaupun pada ketika itu, kita mampu untuk bertindak, kerana kuasa polis dan tentera masih berpihak di tangan Melayu?

Saya fikir Tunku berfikir panjang sebelum bertindak. Inilah sifat dan toleransi Islam yang perlu dihargai. Saya yakin, jika tidak ada pertimbangan ini atau jika pemimpin kita ketika itu tidak Islam, mempraktikkan sistem komunis, sudah lama Kuan Yew dihumban ke dalam penjara.

Hari ini beliau berlagak sombong dengan kenyataan yang langsung tidak mengenang budi. Apakah kita masih terus mahu berlembut ibarat menarik rambut dalam tepung? Zaman berlembut sudah berakhir. Saya tidak pasti apa pandangan Tuan Guru Nik Aziz yang begitu ghairah menyambut Kuan Yew sebelum ini.

Kita sepatutnya bertindak sezalim Kuan Yew, yang menghumban golongan yang menentangnya ke dalam penjara kerana kewujudan mereka dikatakan mengganggu ketenteraman dan perancangan Singapura. Maka tidak hairanlah orang Melayu Singapura seperti Dr. Lili Zubaidah yang cerdik tidak mendapat tempat di Singapura, hanya kerana tidak sekapal dengan Kuan Yew.

Jika Malaysia bertindak sedemikian kepada pembangkang hari ini, apakah perkara ini dapat diterima? Tetapi perkara sebegini adalah biasa di Singapura. Kenapa kumpulan hak asasi manusia ini tidak bangun menentang tindakan Kuan Yew?

Malah ramai ultra kiasu di negara ini yang begitu memuji Singapura. Hanya kerana mereka sekapal. Bayangkan jika kita bertindak seperti mana Singapura bertindak, akan hebohlah satu dunia bahawa Malaysia mengamalkan sistem regim komunis dan mengabaikan hak asasi manusia.

Kuan Yew bertindak mematikan orang yang diistilahkan 'tidak berguna' (duds) walaupun mereka dipilih oleh rakyat. Golongan ini, pada beliau tidak perlu berada dalam Parlimen dan kerajaan. Tindakan Kuan Yew langsung tidak dipertikaikan oleh ultra kiasu di Malaysia.

Kuan Yew begitu disanjung dan mendapat pujian ultra kiasu saban hari kerana dikatakan berjaya memajukan Singapura. Mereka sanggup lupakan 'kekejaman' beliau hanya kerana sekapal. Justeru, kita perlu berhati-hati dengan kelicikan golongan ini sebelum terlambat.

Terlalu bertoleransi juga tidak sepatutnya berlaku. Dengan sebab itu, dalam pemerintahan Islam, ada unsur demokrasi dan ada unsur autokrasi. Jika tindakan seseorang boleh menjahanamkan agama dan negara, maka tindakan nekad perlu dilakukan untuk menjaga kepentingan awam.

Saya fikir sudah sampai masanya negara kita mengambil pendekatan berhati-hati sebelum terlambat. Memang kita memerlukan Singapura. Johor Bahru akan bankrap tanpa Singapura.

Tetapi kita perlu fikirkan pelan jangka panjang supaya tidak terlalu bergantung kepada Singapura, walaupun tidak dinafikan pulau itu juga terlalu bergantung kepada kita. Kita mesti ingat, bahawa pulau itu mendapat sokongan Yahudi, sedangkan kita tidak.

Jika ditakdirkan kita putuskan Tambak Johor, negara kecil itu masih lagi boleh survive sebab sekutu mereka masih ramai yang akan membantu. Negara kita bagaimana?

Justeru, projek Koridor Iskandar hendaklah dirancang dengan betul supaya jangan terlalu berharap kepada Singapura. Jangan biarkan mereka membeli tanah dan harta negara kita sewenang-wenangnya. Saya amat bimbang Johor akan menjadi Singapura kedua kerana pimpinan mereka amat licik. Lihat sahaja apa yang berlaku di Pulau Pinang.

Saya masih teringat kata-kata isteri Kuan Yew, mendiang Kwa sebelum meninggal baru-baru ini. Pesannya kepada Kuan Yew supaya jangan mempercayai orang Melayu dan Malaysia. Dalam kata lain, sampai mati pun, mereka masih tidak mempercayai kita. Apakah kita masih terus mahu bersangka baik?

Masa bersangka baik dan bermain dengan mereka sudah habis. Kini adalah masa untuk kita bekerja untuk berhadapan dengan mereka. Jika mereka boleh menyediakan RM35.5 bilion untuk pertahanan negara sekecil itu, sudah tentu kita perlu berbelanja lebih daripada itu. Jika tidak, kita akan 'dimakan' satu masa nanti, percayalah.

Saya pernah membuat kajian mengenai republik itu ketika membuat program ijazah sarjana pengajian strategi dan keselamatan. Ternyata memang sukar untuk kita menyainginya. Ketua Pengarang Kumpulan akhbar ini, Datuk Aziz Ishak pasti bersetuju dengan saya sebab kami mengambil kursus yang sama.

Justeru, Perdana Menteri, Menteri Pertahanan, pakar strategi dan semua panglima angkatan tentera, sepatutnya memikirkan dan bertindak untuk merangka strategi, apakah langkah terbaik yang perlu dilakukan untuk berhadapan dengan Yahudi kecil ini sebelum nasi menjadi bubur?

Kita perlu ingat, pemimpin Pulau Pinang difahamkan selalu ke sana untuk mencari idea. Apakah mungkin nanti akan wujud Singapura kedua, ketiga dan sebagainya?

Bertindaklah sebelum terlambat kerana masa tidak menunggu kita. Jangan terlalu banyak berpolitik, sehingga wang habis, akhirnya bidang pertahanan terabai. Musuh sedang melihat kita. Mereka sedang menunggu peluang untuk 'masuk' pada ketika waktu yang sesuai.

Ketika itu, jika mahu berjihad sudah terlambat. Apakah mungkin senjata batu boleh berhadapan dengan jet-jet pejuang dan kereta kebal seperti yang berlaku di Palestin? Sedangkan Allah SWT mahukan kita mengambil iktibar daripada kejadian lampau yang ditunjukkan.

Keruntuhan empayar Islam Othmaniyyah sudah cukup menyayat hati kita semua. Begitu juga keadaan di Iraq, Afghanistan dan Palestin hari ini. Apakah wajar kita hanya memerhati tanpa membuat apa-apa tindakan. Ya, kita wajar membantu tetapi pada masa sama, jangan abai kepentingan kita.

Perbelanjaan yang kurang memberikan impak kepada keselamatan hendaklah dikurangkan seperti perkara yang bersifat ceremonial ,supaya kita dapat berjimat dan wang tersebut boleh disalurkan untuk pertahanan.

Jika tidak, saya bimbang, bila sampai masanya Allah SWT tarik semua nikmat yang dianugerahkan kepada kita seperti minyak dan gas. Kita akan menyesal seumur hidup. Hari ini seolah-olah kita terlalu bergantung kepada hasil minyak, sedangkan negara kita masih kaya dengan hasil lain.

Saya ingin cadangkan supaya kita ambil semua hasil keuntungan minyak ini setiap tahun untuk membangunkan pertahanan. Jika keuntungan Petronas lebih kurang RM50 bilion digunakan untuk pertahanan, saya yakin dalam jangka masa lima tahun, Malaysia muncul menjadi negara hebat di Asia dan mungkin di dunia.

Apapun, kita tidak boleh terlalu bergantung kepada minyak dan gas sebagai sumber pendapatan utama negara. Sampai masanya minyak dan gas akan habis. Apakah ketika itu negara kita akan menjadi papa kedana?

Jadi, fikirkan sumber lain untuk menjana pendapatan negara kerana sumber minyak pasti akan habis. Sementara minyak masih ada, tumpukan usaha membangunkan pertahanan negara. Sebagai persiapan awal, kurangkan berbelanja ketika pilihan raya kecil DUN Tenang. Fikirkan masa depan negara. Kita tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan yang begitu besar untuk pilihan raya sekecil ini.

DR. MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH, Pensyarah Kanan, Kumpulan Penyelidik Politik dan Peradaban Islam, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

Kalendar Matahari

Kalender Matahari Milik Kaum Muslimin

“Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda, lalu Kami hapuskan tanda malam dan Kami jadikan tanda siang (matahari) itu terang benderang, agar kamu mencari kurnia dari Tuhanmu, dan supaya kamu mengetahui bilangan tahun-tahun dan perhitungan waktu. Dan segala sesuatu telah Kami terangkan dengan jelas”. (Qur'an surah Al Isra’: 12)

Banyak orang menyangka bahwa Kalender Matahari atau disebut Kalender Masehi adalah milik kaum Nasrani. Di Indonesia pendapat seperti ini hampir berurat berakar dalam masyarakat. Bahkan, banyak hari ini orang yang mencela dengan pedas kaum muslimin yang masih mempergunakan kalender Masehi dalam kehidupan mereka sehari-hari sebagai Muslim pengekor kaum kuffar.

Benarkah kaum muslimin yang memakai Kalender Masehi pengekor kaum kuffar?

Ada yang mengatakan kita kaum muslimin sudah punya kalender sendiri, kalender Islam, kalender Sunnah, yakni kalender Hijriyah. Maka, memakai kalender Masehi berarti mencampakkan dan menghina kalender Islam! Benarkah pendapat ini?

Dalam perjalanan sejarah dunia, paling tidak ada dua jenis kalender yang dipakai untuk perhitungan waktu bagi manusia. Suku Maya di Amerika Latin dan orang-orang Mesir di Afrika, menurut bukti sejarah yang ada telah menggunakan dan mengembangkan kalender Matahari dalam kehidupan sehari-hari mereka pada kurun waktu 5000 tahun Sebelum Masehi.

Julius Caesar yang berkuasa pada sekitar 200 tahun SM telah menggunakan dan mempopulerkan Kalender Matahari (Masehi) di seluruh tanah jajahan Romawi. Dengan demikian, pada saat Yesus lahir di Palestina, masyarakat Palestina otomatis memakai perhitungan Kalender Matahari, sebagai konsekuensi tanah jajahan Romawi pada saat itu.

Sebaliknya, masyarakat Arab telah terbiasa selama ribuan tahun memakai Kalender Bulan untuk perhitungan hari-hari mereka. Itulah sebabnya ketika Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallamdilahirkan, mereka sudah dapat mencatat harinya, yaitu, Senin 12 Rabi'ul Awwal. Hanya tahunnya saja yang belum mempunyai patokan awal. Dan mereka menyebut tahun-tahun mereka sesuai dengan kejadian besar yang berlangsung di tahun itu. Tahun kelahiran Nabi ditandai dengan datangnya 'Pasukan Gajah' yang dipimpin Abrahah dengan tujuan ingin menghancurkan Ka’bah, untuk kemudian tahun itu disebutTahun Gajah. Di lain pihak, Orang-orang Parsi, 'Super Power' saingan Romawi, sudah pula ribuan tahun mempergunakan Kalender Bulan. Dengan demikian, dua belahan dunia terbagi dua dalam penggunaan Kalender, sebagai usaha mereka menghitung waktu.

Tidak heran jika kemudian kaum Nasrani terbiasa memakai kalender Masehi karena pengaruh jajahan Romawi atas Palestina, sementara ummat Islam terbiasa pula memakai kalender Bulan yang memang sudah turun-temurun berlaku pada masyarakat Arab. Namun demikian, tidaklah berarti kalender Matahari milik orang Nasrani saja, dan Kalender Bulan hanya milik orang Islam saja. Terbukti orang Jawa, orangCina, Jepang, Korea, dan Mesir terbiasa memakai kalender Bulan, bahkan ribuan tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam. Sementara Suku Maya di Latin Amerika, mereka memakai Kalender Matahari juga selama ribuan tahun pula.

Tahun Matahari

Jika kita teliti lebih mendalam ternyata tidak satupun ayat suci pada kitab Taurat, pegangan orang Yahudi, ataupun kitab Injil pegangannya orang Nasrani, yang memuat Matahari sebagai alat perhitungan waktu. Justru hitungan waktu dengan memakai peredaran matahari didapati pada kitab suci Al Qur’an pegangannya kaum Muslimin. Lantas bagaimana bisa muncul kesimpulan bahwa tahun Matahari adalah miliknya orang Nasrani? Apakah karena mereka terbiasa memakai tahun matahari itu maka 'otomatis' Kalender Matahari menjadi milik mereka? Perlu diketahui bahwa memakai belum tentu memiliki. Memakai bisa saja diperoleh dengan cara meminjam, dan bukan mesti, memilikinya!

Dalam Al Qur’an, pada surat Al Isra’ ayat 12 di atas, dijelaskan setidaknya ada dua fungsi matahari yang rutin dipakai keseharian ummat manusia: Pertama, untuk mempermudah mencari rezeki; dan yang kedua, untuk menghitung tahun-tahun dan waktu, yakni pemakaian kalender. Secara jelas ayat ini mengatakan bahwa dengan matahari itu manusia dapat menghitung tahun-tahun dan waktu. Yang menjadi pertanyaan, waktu apakah yang dihitung berdasarkan peredaran matahari? Tidak lain waktu matahari, bukan? Dan, tahun apakah yang dapat diketahui manusia dari peredaran matahari itu? Jawabnya tidak lain adalah tahun Matahari pula, bukan Tahun Bulan…..!

Ibadah Dalam Agama Islam Menggunakan Waktu Matahari

1. Sholat

Ibadah yang paling penting dalam Islam adalah sholat fardhu lima waktu. Khusus untuk menetapkan waktunya, Allah sendiri yang menetapkannya tanpa campur tangan Baginda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Lihat surat An Nisa' ayat 103 Artinya: “….Sesungguhnya shalat itu adalah fardhu yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman.”

Ayat ini jelas mengatakan bahwa waktu sholat fardhu yang lima itu, kesemuanya ditentukan oleh AllahSubhanahu Wa Ta'ala. Itulah sebabnya pada saat Rasulullah baru pulang dari perjalanan Isra’ dan Mi’raj, Baginda telah diwajibkan untuk menjalankan sholat fardhu lima kali dalam sehari semalam. Sebagaimana diketahui Baginda diperjalankan Allah setelah waktu isya’ dan pulang kembali ke bumi saat sebelum waktu shubuh. Namun, Baginda tidak serta merta melakukan sholat fardhu shubuh. Hal ini pertama, karena Baginda belum tahu bagaimana tata cara sholat shubuh itu. Dan yang kedua, belum tahu waktu pelaksanaan sholat shubuh itu. Oleh karena itu Baginda Rasul menunggu petunjuk pelaksanaannya dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Hal ini mestinya menjadi pelajaran penting bagi ummat Islam, bahwa kita mesti mengikuti Baginda Nabi dengan tidak berlagak pandai akan sesuatu perkara agama yang belum kita pelajari dari para ulama. Hal ini juga ditegaskan oleh Allah: Dan tanya olehmu kepada ahli ilmu jika kamu tidak mengetahui.

Keesokan harinya pada saat tergelincir matahari, barulah Malaikat Jibril datang mengajari Nabi tata caradan waktu sholat fardhu lima kali semalam itu. Ternyata waktu yang dipakai adalah waktu matahari, yakni waktu yang dihitung berdasarkan pergerakan matahari. Hal ini tergambar jelas pada ibadah sholat, yakni ibadah yang paling utama dalam Islam tersebut.

Waktu sholat lima waktu itu adalah; Ketika cahaya matahari memantul di langit berwarna putih, waktu fajar mulai menyingsing, saatnya kaum muslimin sholat shubuh. Saat matahari berada tepat di atas kepala dan tergelincir sedikit ke arah barat, waktunya sholat dzuhur. Ketika matahari condong ke barat dan bayang-bayang sepanjang benda aslinya, waktunya sholat ashar. Saat matahari tenggelam di ufuk barat, adalah waktunya sholat magrib. Ketika cahaya matahari yang tertinggal di ufuk barat berupa safaq merah, saatnya waktu sholat isya. (terjemahan bebas dari hadis riwayat Imam Abu Dawud dan Turmidzi. Imam Turmidzi menghasankannya. Dan, hadits ini dishahihkan oleh Imam Hakim dan Ibnu Khuzaimah)

2. Ibadah Puasa

Adapun ibadah puasa memakai dua perhitungan waktu. Untuk penentuan hari pertama (satu Ramadhan), dan hari terakhir dari ibadah puasa (malam 1 Syawal) dipakai waktu berdasarkan peredaran bulan. Nabi ada bersabda: “Puasalah kamu jika kamu telah melihat bulan. Dan berhari rayalah kamu jika kamu telah melihat bulan. Namun apabila bulan tidak kelihatan, maka genapkanlah olehmu puasamu itu sebanyak 30 hari.” ( H.R. Muslim).

Dari hadis ini jelas waktu peredaran bulan dipakai untuk menentukan hari awal dan akhir Ramadhan. Namun, untuk waktu imsyak dan waktu berbuka setiap harinya, ibadah puasa tetap memakai waktu berdasarkan peredaran matahari juga. Lihat Al Qur’an, surat Al Baqarah 187: “Maka makan dan minumlah kamu sampai terang bagimu benang putih dan benang hitam, yaitu fajar. Kemudian sempurnakan puasamu itu sampai datang malam hari.”

3. Ibadah Haji

Dalam ibadah Haji penetapan hari-harinya seperti hari Tarwiyah, hari Arafah, hari Nahr dan 3 hari Tasyriq, semuanya memakai waktu peredaran Bulan. Lihat surah Al Baqarah ayat 189, artinya: “Mereka bertanya kepadamu tentang bulan sabit. Katakanlah: "Bulan sabit itu adalah tanda-tanda waktu bagi manusia dan (bagi ibadat) haji….”

Ternyata dalam menetapkan hari-hari untuk ibadah Haji dipergunakan waktu peredaran bulan. Namun, saat dimulai dan diakhirinya pelaksanaan ibadahnya Islam memerintahkan untuk digunakan waktu matahari.Contohnya: Hari Arafah tanggal 9 Dzulhijjah, ditetapkan berdasarkan waktu peredaran bulan, sedangkan saat wukuf dimulai dan diakhiri dengan menggunakan peredaran waktu Matahari, yakni dimulai saat tergelincir matahari waktu Dzuhur sampai dengan tenggelamnya matahari waktu magrib.

Dari keterangan-keterangan di atas ini, jelaslah bahwa Islam memakai perhitungan waktu peredaran matahari dan waktu peredaran bulan. Dengan demikian, sangat tidak tepat jika dikatakan Kalender Matahari atau yang populer disebut Kalender Masehi adalah kalendernya umat Nasrani, bukan kalender kita umat Islam. Padahal orang-orang Nasrani tidak pernah beribadah berdasarkan waktu matahari. Sementara itu perhitungan waktu matahari dan tahun matahari sama sekali tidak pernah disinggung pula dalam kitab suci mereka. Dan, yang ada keterangan waktu dan tahun matahari itu justru di dalam Al Qur’an, kitab sucinya umat Islam dan perhitungan tahun matahari untuk sarana peribadatan, di samping juga mempergunakan tahun perhitungan bulan.

Kesimpulan

Kitab suci umat Islam telah memuat penjelasan Tahun Matahari dan Tahun Bulan sekaligus di dalamnya, dan ternyata dalam prakteknya sehari-hari umat Islam di belahan bumi ini memakai pula kedua-dua kalender tersebut dalam kehidupan mereka sehari-hari. Bahkan dalam ibadah-ibadah mereka kedua-duanya dipakai juga. Artinya, selain kaum Muslimin memiliki Kalender Matahari dan Kalender Bulan dalam Kitab Sucinya, mereka juga sekaligus memakainya pula.