MANIFESTO
GERAKAN DAKWAH ISLAM :MELIHAT MASA LALU, MEMBINA MASA DEPAN
Iqra’ kitaabaka kafaa binafsika ’l-yawma ‘alayka hasiiba - al-Qur’an, Surah
al-Isra’:14
tidak akan menjadi baik Ummat yang akhir ini,
melainkan dengan mengikut cara memperbaikinya seperti ( cara ) yang dilakukan
oleh (Ummat) yang awal – Imam Malik.
1.PENDAHULUAN
Dari
awal-awal lagi, usaha Dakwah Islamiyyah perlu meletak dan menegaskan, bahawa dakwah
ilallah yang sebenar, hanya dalam spektrum ajaran Ahli al-Sunnah wa al-Jama‘ah
(ASWJ), yang merangkumi konsep, kosmologi, epistemologi dan weltanschauung.
Perlu dijelaskan juga matlamat yang hendak dicapai bersekali dengan mekanisme
untuk mencapainya serta falsafah dakwah itu.Untuk memastikan perjalanan usaha
dakwah ini berjalan lancar, tidak menyimpang dan tergendala, memerlukan
keberanian muhasabah
yang merujuk dan berpandukan kepada doktrin dan konsep ASWJ tersebut, sebagai
neraca. Melalui muhasabah yang sungguh-sungguh,
cermat,ikhlas,teliti,‘adil,jujur dan amanah, insya Allah akan berupaya menilai mutu dan tahap pencapaian dan
dengan itu dapat dijadikan asas untuk memperkasakan lagi usaha yang sudah
perkasa dan boleh meluruskan yang
bengkok dan akan bertambah kukuh apa yang sudah thabit, justeru mendapat
limpahan kebaikan yang tidak terhingga dari Allah Yang Maha Pemberi.
2.TUJUAN
DAKWAH
Seperti
termaklum, secara ringkas, tujuan usaha dakwah Islamiyyah, baik secara
perseorangan mahu pun jama‘ah,
seperti jelas di dalam al-Qur’an ialah
mengajak dan mendakwah kepada Tawhid dan sekaligus mengajarkannya yakni Tawhid
yang khalis dengan segala implikasinya dan menghindarkan kesyirikan dalam semua
bentuk, sifat dan manifestasi.Ia juga bertujuan memperbaiki kualiti zohir dan
batin, hati dan ‘aqal, serta membebaskannya dari pengaruh-pengaruh kejahatan
dan kesesatan dan menghidupkannya dengan kehidupan yang sebenar-benar, sehingga
memiliki arbaab al-quluub.Dakwah juga
bertujuan mengajak manusia kepada Daaru ’s-salaam dan menghindari dari abwaabi jahannam dengan melaksanakan
segala awaamir dan meninggalkan
segala nawaahiy.Juga ia sebagai usaha
mengajar dan mengenali kebenaran dan kepalsuan dan segala tipu daya kehidupan
dunia,pada paras dan bahagian-bahagian berkaitan dalam perkara
‘ibadah,hukum,kehidupan-budaya dan akhlaq.Maka usaha dakwah Islam ialah
memimpin seseorang agar dapat membebaskan ‘aqliyyah dan ruhaniyyah dari terikat
kepada selain Allah kepada tunduk patuh sepenuhya kepada Iradah Allah sehingga seluruh
hidupnya, zohir dan batin adalah Islam.Juga
usaha dakwah bertujuan membina peribadi yang kukuh yang memiliki kefahaman dan
keyakinan yang mendalam mengenai ajaran
Islam dalam segala hal – duniawi dan ukhrowi - dan dengannya akan lahirlah rijaalu ’d-diin wa ’d-dakwah .Peribadi
seperti mereka inilah sahaja yang dapat memikul Risalah Dakwah dalam rangka
menyerlahkan rahmatan li ’l-‘aalamiin
atas dasar amanah yang murni dan rasa
tanggung jawab Ilahiyyah yang
tinggi serta kasih sayang yang mendalam sesama manusia dan
‘alam,berteraskan pesanan Allah: wa tawa sawbi
’l-haqqi wa tawa sawbi ’l-marhamah, yang tercurah dari Hadrat Rahiimiyyah-Nya.Mereka inilah
rantaian emas dalam usaha dakwah dan berkemampuan membina seluruh anggota
masyarakat menjadi rijal-rijal
seperti mereka.
Usaha
dakwah adalah paksi terbesar atau al-qutbu
’l-a‘zam dalam Agama ini. Tanpa ada usaha dakwah, kelangsungan Ummah
sebagai pewaris Agama, akan pupus dan jika masih wujud, ia hanya sebagai agama
bersifat adat semata-mata yakni sebagai kelangsungan cara hidup yang diwarisi
dari nenek moyang terdahulu tanpa tujuan yang
quddus seperti sekumpulan
haiwan yang sekadar meragut di padang ragut.Usaha dakwah bermakna,mengarah
masyarakat ke suatu arah tertinggi dan mulia melalui mekanisme yang terdapat
dalam doktrin dan konsep yang berpaksikan al-amru
bi ’l-ma‘ruf wa ’n-nahyu ‘ani ’l-munkar.
Maka usaha dakwah bertujuan membina masyarakat menjadi mulia dengan ‘izzah
Muslimin dan perkasa, kuat jasmani
dan ruhaniyy, sehingga mendapat nusrah dan barakah dari Langit Yang Tinggi.
Maka,
tujuan keseluruhannya boleh disimpul dengan ringkas sebagai menyampaikan ajaran
Islam yang syumul-kaffah kepada orang yang belum sampai seruan dakwah dan
memperbaiki kualiti beragama-islah
kepada orang yang sudah beragama (Islam), yang merangkumi perkara yang
berkaitan dengan kesohihan dan kemurniannya, dalam semua aspek kehidupan,
supaya benar-benar serasi dengan ajaran Islam yang murni dan mengelak dari
segala macam bid‘ah dan menurut kehendak
Iblis dan hawa nafsu manusia yang sesat, demi untuk mendapat Rahmat di dunia
dan keselamatan serta nikmat di Akhirat.Ini bererti membebaskan dari kesesatan
‘Aqidah kepada Tawhidullah yang khalis dan yang berkaitan dengan Usul al-Din
yang telah di Ijma‘; dan
dari kesesatan dan bid‘ah dalam ‘ibadah, kepada semata-mata ikhlas kepada
Allah; dan dari kesesatan ‘ilmu dan falsafah, kepada makrifah dan tahqiq; serta
dari cara hidup dan akhlaq rendah yang penuh lagho dan ghaflah kepada kehidupan
yang serious,bermakna dan memandang kehidupan Akhirat melebihi segala-galanya.
Dalam
melaksanakan MANIFESTO ini, mestilah berpegang kepada falsafah berdakwah kerana
Allah,atas dasar dan rasa kasih sayang,secara aman damai,berakhlaq
mulia,berhikmah,jidal yang baik,berlapang dada dalam perkara perbezaan furu‘
Agama tetapi tegas dalam perkara Usul,rakan dalam pembangunan Negara dan
masyarakat,bekerjasama dalam perkara-perkara yang boleh membawa kepada
ketaqwaan dan kebaikan,tidak bersifat konfrontasi,tidak mengujudkan suasana
tegang dan huruhara,tidak menjadi agitator,tidak anarkis,tidak membuat
fasad,tidak menjadi alat kepada mana-mana individu, organisasi politik dan agen
Yahudi,Kuffar dan mana-mana musuh Islam.
3.PEMBINAAN
RIJAL
MANIFESTO
paling penting serta teras dalam usaha
dakwah ialah membina pribadi yang mampu menggalas tugas dakwah melalui
pembinaan rijaalu ’d-diin wa ’d-dakwah
dengan segala kualiti yang tinggi,mempunyai wawasan yang jelas dan lengkap
mengenai Islam, yang mencintai Akhirat mengatasi segala-galanya dan
satu-satunya destinasi.
Sebaik
diangkat menjadi Rasul, Baginda sollallahu
‘alayhi wa sallam terus melaksanakan usaha membina rijal dari kalangan Sahabat-Sahabatnya di Makkah, yang kemudian
diteruskan di Madinah, dalam semua aspek.
Kelangsungan
Risalah Muhammadiyyah, adalah kerana faktor peranan rijaalu ’d-diin wa ’d-dakwah ini. Mereka dibina oleh pemikiran dan
perancangan strategik, pada peringkat
paling awal, oleh Nabiyy sollallahu
‘alayhi wa sallam, secara tersusun dan sistematik, dan kemudian diteruskan
dari generasi ke genarasi, melalui proses pembelajaran dan pembinaan ‘ilmu kasbi bersekali dengan
penggarapan ‘ilmu qalbi, dan
berseiringan pula dengan ‘amalan, yang zohir dan ‘amalan batin, secara
berdisiplin dan intensif. Hasilnya, rijal-rijal
ini berjaya memiliki kualiti
kepimpinan,‘ilmu,‘amal,‘aqal,hati,akhlaq dsb,dan dapat memikul tanggung jawab
dakwah membawa ke mercunya.
Selepas
kewafatan Baginda sollallahu ‘alayhi wa
sallam, rijal-rijal inilah yang
menjadi amir-pemimpin yang berkualiti dalam semua bidang dan urusan dunya dan
Agama: umuuru ’d-dunya wa ’d-diin.
Mereka
adalah qutub Ummah.
4.RIJAL
DALAM KEPEMIMPINAN
Dalam
program membina rijal, antara yang
urgen ialah melahirkan rijal dalam kepimpinan dunya dan Agama.Ummat
memerlukan pemimpin yang berpegang kepada ‘Aqidah dan Syari‘ah ASWJ (baca:
Islam paling benar) dengan jazam dan
iltizam yang kukuh kepadanya, serta memiliki wawasan yang jelas dan
mantap,dengan ‘aqal yang salim lagi
sempurna dan ‘azam yang kuat untuk mendaulatkannya serta memiliki kasih sayang
kepada Ummat.
Dalam
suasana Ummat Islam dan Agama Islam dicabar dan diserang dari dalam dan luar,
Ummat memerlukan pemimpin yang bersikap
keras dan bersifat tegas, dalam memelihara dan melindungi Agama-‘Aqaid-Usul al-Diin, demi keselamatan
Ummah. Pemimpin wajib menjaganya dari diubah dan diseleweng, serta mencegahnya
dari berlaku seperti yang terjadi kepada Agama Samawi terdahulu. Jika terdapat bid‘ah, kesesatan
dan penyelewengan dalam ‘Aqidah, mereka berkewajipan segera mencegah,
membenteras dan meluruskannya, hatta kepada al-akaabir dan jika perlu, menggunakan segala hak-hak
dan hukuman, agar Agama terpelihara dari kerosakan dan masyarakat terhindar dari penyelewengan.
Dalam
urusan dunya pula, mereka berperanan menguruskan ahwal siyasah al-dunya dengan melaksanakan segala peraturan dan
hukum-hakam yang berkaitan, melalui mekanisme pentadbiran untuk tujuan
kesejahteraan kehidupan manusia.
Selain
dari itu, peranan pemimpin, lebih-lebih lagi di zaman yang penuh fitnah
ini ialah menjaga dan melindungi
kehormatan wanita bukan sahaja wanita Islam bahkan semua wanita. Kelompok
Liberalis atas nama HAM, menyerang konsepsi Islam terhadap wanita. Mereka
berandai, Islam menindas wanita dan justeru mengambil cara Kuffar mengurus
ahwal Muslimah dan wanita. Al-Maawardiyy rh dan lain-lain pemikir politik
Islam, jelas menegaskan, pemimpin berkewajiban mengurus ahwal wanita. Tujuannya bukan sahaja
memelihara maruah diri wanita tersebut tetapi juga supaya masyarakat dapat
mengendalikan kehidupan harian dengan selesa dan harmoni tanpa terganggu dari
sebarang ancaman emosi dan psikologi terhadap diri, maruah dan harta ( kalau
sudah terkena penyakit gila wanita, harta habis dibelanja ). Cuba perhatikan
sebab terjadi Peperangan Bani Qaynuqa’. Peperangan ini terjadi kerana Yahudi
Madinah cuba menjatuhkan maruah hanya
seorang sahaja
Sahabiyah-Muslimah.Nabiyy yang mulia sollallahu
‘alayhi wa sallam pun dengan sifat ghirah
seorang Muslim, segera bangun menentang mereka. Oleh kerana kedegilan mahu
mempertahankan pendirian fasad mereka,
terjadilah Peperangan Bani Qaynuqa’ yang termasyhur itu.Tiada satu pun doktrin
agama dan politik di muka bumi ini, begitu ‘adil, jelas dan tegas memelihara
hak dan maruah wanita selain Islam. Adakah dengan membiarkan pelacuran dan
beranggapan ia urusan pribadi, bermakna mempertahan hak dan memelihara maruah
wanita?. Atau pun membakar wanita selepas kematian suaminya sebagai
mempertahankan hak wanita atau melakukan kahwin batin dengan isteri orang,
sebagai memelihara maruah wanita? dan seterusnya.
Pemimpin
juga bertanggung jawab menegak keadilan dan membendung para penzalim
bermaharajalela dalam wilayah kekuasaannya, baik dalam kelompok kecil atau besar, di semua paras dan keadaan,
dan membela golongan yang teraniaya. Selain dari itu, mereka juga berkewajipan
dan bertanggung jawab, melaksanakan
hukum-hukum dan menjaga hudud Allah,
demi melindungi kehormatan Agama Allah dari tercemar dan melindungi hak
masyarakat dari rosak dan musnah.
Peranan
lain mereka lagi ialah berjihad
dan memimpin Ummah menentang musuh Islam selepas menjalankan dakwah dengan
syarat-syarat seperti terkandung dalam kitab-kitab Fiqh. Mereka berkewajiban
menegakkan hak Allah dan menonjolkan ketinggian Agama Islam ke atas segala
agama hingga ke Hari Qiyamat.
Secara fizikal dan teritorial, mereka berkewajiban menjaga negara Umat Islam
dari diceroboh dan
jika berkemampuan dan cukup syarat, membebaskan watan Islam yang dirampas.
Teori politik Islam menjelaskan, ketika Islam menghadapi musuh, al-syaja‘ah wa al-najdah yakni berani dan kuat, menjadi pilihan dalam
memilih pemimpin mendahului sifat ‘alim.
Nabiyy
sollallahu ‘alayhi wa sallam mengaku,
para rijal yang diasuh Baginda itu
yang terdiri dari kalangan Sahabat-Sahabatnya, bagai bintang-bintang.
Sesiapa yang mengikut salah seorang daripada mereka, pasti tidak akan sesat,
bahkan akan selamat. Mereka ini semua disebut paling thiqah dalam semua aspek dengan segala kualiti sifat terpuji yang
antara lain ialah amanah; syajaa‘ah wa al-najdah-berani dan kuat; ber‘ilmu dan
memiliki hikmah-bijaksana; memiliki ‘aqal yang cerdas dan tinggi, penuh dengan
ilham yang solih sebagai sumber segala keutamaan dan tidak memiliki ‘aqal ahmaq
kerana ‘aqal ahmaq adalah sesat dan menyesatkan; al-‘adaalah; berhati lembut
bak sutera, menangis mengenangkan ahwal
Akhirat; keras terhadap kekufuran; cinta kepada Allah dan Rasul dengan
cinta paling dalam; kuat azam untuk
berjihad, sehingga menangis kerana bimbang tidak dapat menyertai jihad dan
kerana tidak ada harta untuk diinfaq;
kasih sayang sesama Muslim dan pelbagai sifat yang lain. Rijal-rijal yang memiliki kualiti seperti inilah yang mampu dan
berjaya memikul usaha dakwah dan jihad
serta melaksanakan siyasah dunya dan urusan Ummah dengan teratur dan baik. Ada
sebahagian mereka terlibat dalam imamah-kepimpinan mengurus Ummat dan Negara
dan sebahagian pula tidak, mengikut
pilihan masing-masing.
Dewasa
ini, terasa benar kekurangan rijal-rijal berkualiti seperti itu,hatta pada peringkat
dan dalam lingkungan kumpulan dakwah yang kecil, sehingga tokoh besar dakwah
dan pemikir ulung dari al-Ikhwan al-Muslimin, Syaikh Sa‘id Hawwa rh ( 1935-1989
M ) menulis puluhan buku, merangkumi semua aspek dalam rangka membina rijal.Tidak dinafikan, memang terdapat
usaha gigih dari kalangan pelbagai kumpulan
dakwah Islam berusaha mengujudkan peribadi
Muslim yang baik, tetapi seperti yang disebut Sa‘id Hawwa rh, masih terdapat
beberapa kekurangan fundamental dan jika dibiarkan kekurangan ini
berlarutan, akan memberi kesan destruktif kepada dakwah bahkan kepada Ummat
seluruhnya.
Seperti
dilakukan Nabi sollallahu ‘alayhi wa
sallam, pembinaan rijaalu ’d-diin wa
’d-dakwah, diawali dengan penekanan kepada ‘ilmu bersekali ‘amal ‘ibadat, yang bagi Syaikh Sa‘id Hawwa
rh, terutamanya ‘ilmu berkaitan dengan ‘Aqidah dan Ruhaniyyah-Siddiqiyyah serta
Rabbaniyyah serta kehidupan yang memenuhi dan penyerahan
yang sempurna kepada Kehendak Syari‘at
Allah secara kaffah, dalam
semua aspek, seperti yang di sepakati ‘Ulama Ahli al-Sunnah wa al-Jama‘ah
mengenainya.
Kekurangan
yang dikhuatiri Sa‘id Hawaa rh ini,
memang telah disedari tokoh ASWJ lain
puluhan tahun dahulu seperti Muhammad
‘Aliyy al-Sanusi, di Afrika Utara; ‘Uthman dan Fodio di Nigeria,Sokoto dan
sekitar; al-Hassan al-Banna, Asia Barat; , Nahdah al-‘Ulama ( kini NU diserapi
fahaman Liberalisme-Pluralisme Agama) di
Indonesia; Manzur Nu‘mani,Mawlana Ilyas, Abu al-Hassan ‘Aliy an-Nadvi,
Mawdudiy, Indo-Pakistan; Sa‘id Nursi di Turkey; Ahmad Fuad (PAS), ‘Uthman
El-Muhammady (al-Rahmaniah) dan ramai lagi, bangun menyedarkan Ummah melalui
program kesedaran dengan mengajar, berceramah dan menulis mengenainya dan cara
penyelesaian masalah ini. Tokoh-tokoh Islam yang ikhlas dan mempunyai himmah
yang tinggi dan prihatin kepada amanah Nabiyy sollalallahu ‘alyhi wa sallam menjelang wafatnya dan juga prihatin
kepada kesejahtreraan Ummat dalam semua perspektif, amat sangat menginginkan
kelahiran rijal yang mempunyai
kualiti tinggi yang jitu, yang dapat mengurus Ummat dan negara secara Islam,
hatta boleh memecahkan hegemoni Yahudi dan musuh Islam serta memimpin dunia ini.
Saya tidak berkhayal dalam hal ini, kerana sebagai orang Islam, kita wajib
yakin bahawa rahmatan li ’l-‘aalamiin,
hanyasanya akan tercapai melalui diinu ’l-Islam sahaja, yang mana orang Islam
menjadi pemimpin. Orang
Islam wajib menanam niyat dan keazaman seperti mereka menanam niyat untuk
berjihad, untuk
memimpin dunia, walaupun pada mata kasar sekarang ini, perkara ini nampak
sukar terjadi, tetapi tidak mustahil!.
Sikap dan pendirian negatif, sakastik
dan bacul seperti kelompok Sekularis-Liberalis, adalah kerana mereka
digomol erat oleh Yahudi-Kristian, yang menyebabkan mereka terkena penyakit
rasa hina diri yang kronik terhadap kekuasaan dan peradaban ( baca: kebiadaban
) Kuffar itu, sementelah pula kerana keimanan kepada diinu ’l-Islam terhakis
bahkan sesetengahnya sudah hilang sama sekali.
Islam memerlukan rijal-rijal dalam
semua bidang kepemimpinan, untuk memimpin Umat menentang pencerobohan
berterusan Yahudi dan Kuffar ke dalam diri, kumpulan dan watan Islam, melalui
penjajahan pemikiran dan imperialisme
ekonomi, ketenteraan, diplomasi dan politik. Mereka tidak akan berhenti
menjajah sehingga setiap individu, kumpulan dan watan Islam di kuasai mereka.
Sejarah
memberitau,ketika Ummat Islam diserang fahaman Mu‘tazilah, Syi‘ah, Mujassimah dan aliran-aliran yang bercanggah dengan ‘Aqidah Islam,
bangunlah rijal Ummat seperti Sayyiduna al-Imam al-Syafi ‘i, Imam Abu
Hanifah, Imam Ahmad, Imam Muhasibi, Abu al-Hasan al-Asy‘ariyy, al-Baqillaniy,
Ibn Furak, dan kemudiannya
al-Sanusi,dsb, menentang mereka hingga tidak angkat muka. Ketika serangan falsafah sesat menyerang
Ummat, bangun pula rijal seperti
al-Ghazzaliy, Fakhruddin al-Razi dll menentang. Ketika Ummah diserang tentera
Salib dari Eropah, bangun Solahu ’d-Din menghalau tentera Salib itu dan
mengembalikan Palestin kepada berhak. Ketika imperialis Kristian Eropah
menjajah watan Islam di Afrika, bangun
rijal Ummah seperti al-Sanusi, Sehu ‘Uthman dan Fodio, Sidi ‘Umar
al-Mukhtar, al-Mahdi, ‘Abdul Qadir al-Jazairiy, Sidi Abu Hasan al-Syaziliy dll,
membimbing Ummat menentang Kuffar tersebut - mereka ini semua, tokoh besar
Sufi. Di Nusantara,Ummat Islam Ternate-Maluku dan beberapa daerah lain, memberi
tentangan hebat kepada Kuffar Eropah melalui Perang Sabil; di Pattani Daru
’s-Salam, rijal seperti Syaikh ‘Abdul
Somad Palimbang,Haji Sulong dll, memberi
tentangan keras kepada penjajah Buddha
sehingga syahid; dan di Tanah Melayu, Haji ‘Abdul Rahman Limbong, Mat Kilau,
Tok Janggut, sekadar menyebut beberapa nama, bangun menentang penguasaan dan
campur tangan Inggeris dengan sengit. Mereka tidak menjadi peribadi seperti
Mirza Ghulam Ahmad Qadyani atau Kamal Attatuk atau kelompok
Sekular-Liberal Utan Kayu-IKD dan yang
sepertinya di Malaysia.
Ringkasnya,
usaha membina rijal-rijal , seperti kata Sa‘id Hawwa rh, mesti bertolak dari
permulaan yang betul dan berada di atas siraat
al-mustaqiim, diiringi dengan tarbiyyah ruhaniyyah, menjadi mantap dan
kukuh, moga-moga nantinya, tidak akan terlencung dari niat asal dan tidak akan
gugur dari jalan dakwah dan bahkan tidak akan menjadi musuh dakwah pula
dan menyebarkan Islam tanpa bersifat munafiq
dan mempertahankan Agamanya dengan apa sahaja kos dan risiko.
Sayyidina
‘Umar al-Khattab r‘a, menyuruh memiliki ‘ilmu-‘ilmu Islam sebelum menjadi
pemimpin!.
5.PEMBINAAN
RIJAL ‘ILMU
Perjalanan
sejarah dakwah Nabiyy sollallahu ‘alayhi
wa sallam menerangkan, sejak detik pertama dakwah Baginda di Makkah,
Baginda membina rijaalu ’l-‘ilmi melalui pembinaan ‘ilmu Fardhu ‘Ayn dikalangan Sahabatnya, yang kemudian berperanan sebagai rijaalu’d-diin wa ’d-dakwah.Ketandusan rijaalu ’l-‘ilmi dalam komuniti dakwah Islam dewasa ini, amat
ketara. Ia boleh memberi impak negatif malah destruktif kepada usaha dakwah
kerana mereka tidak akan dapat membentuk masyarakat Islam sejati kerana tidak ada apa-apa yang positif dan
konstruktif, yang boleh ditawarkan kepada masyarakat Islam untuk tujuan
pengislahan. Apa yang lebih malang lagi, jika kepimpinan ‘ilmu jatuh ke tangan
kelompok rijaalu ’s-syayatiin
atau kelompok yang berfahaman Sekularisme, Pluralisme dan Liberalisme Agama
atau singkatnya Sepilis.
Dalam
MANIFESTO dakwah, seperti yang dilakukan Nabiyy sollallahu ‘alayhi wa sallam, dilihat dari segi awlawiyatnya, dalam
bingkai ‘ilmu, paling awal mesti dipelajari ialah ‘ilmu
Fardhu ‘Ayn bersekali dengan kepelbagaian ‘ilmu Fardhu
Kifayah yang bermanfaat , mengikut keperluan, secara tekun, berdisiplin dan
sistematik seperti pendahulu kita itu.
‘Ilmu-‘ilmu ini tidak dibiar mentah dan kering di otak dan dibuai khayalan
tetapi diproses menjadi benar-benar difahami dalam epistemologinya secara
ontologi dan aksiologi dan sebati serta
mantap dalam diri pada paras tahqiq, berserta dengan perlaksanaan
‘amalan secara bertahap tetapi intensif.
Kita
berpanjang kalam sedikit mengenai bab ‘ilmu ini, kerana ‘ilmu penyuluh dan punca segala kebaikan dan
kesahihan diin.
‘Ilmu teras yang diperlukan, antara lain ialah: ‘Ilmu Usul al-Thalathah;
al-Kitab dan ‘Ulum al-Qur’an; as-Sunnah dan ‘Ulum al-Hadith; ‘Ilmu Fiqh; Usul
al-Fiqh; ‘Ilmu ‘Aqaid dan Usul ‘Aqidah; Akhlaq dan ‘Ilmu Pembersihan Hati;
‘Ilmu Sirah, Sejarah dan Tamaddun; ‘Ilmu yang membincangkan hal-hal konspirasi
terhadap Agama Islam dan Ummat Islam; Kajian Islam kontemporari dan aliran Pemikiran
modern dan pasca modernisme seperti Liberalisme, Pluralisme dsb; dan juga ‘Ilmu Dakwah. Ada pun ‘Ilmu Bahasa ‘Arab
dengan segala cabangnya yang seni-seni hanya perlu kepada sebahagian orang
sahaja.
Keperluan mengaji ‘Ilmu Usul al-Thalathah iaitu ‘Ilmu
tentang Allah, tentang Rasul dan tentang Islam dan Iman, wajar hingga ke peringkat dzaaqa tho‘mu ’l-iimaan, merasa manisnya
iman.
‘Ilmu-‘ilmu ini perlu diintegralkan menjadi padu untuk melahirkan individu kuat,tegar dan tahan, selain untuk menghadapi
provokasi dan konfrontasi non Muslim yang keras dan berterusan, melalui
kefasihan berhujjah.
Ada
pun berkaitan dengan al-Qur’an, pendakwah wajib menekuni al-Qur’an dan mendapatkan sebanyak-banyak
‘ilmu darinya untuk menyelamatkan diri dari kubang dosa, kesesatan, syirik dan
kemunafikan dan juga sebagai hujjah dalam mendepani segala macam persoalan yang
wujud. Pendakwah wajar mempelajari ‘ilmu
tilawah yang merangkumi ‘ilmu tajwid dan adab membaca dengan betul.Kepada yang
berminat, boleh mempelajari ‘ilmu
qira-at yang menarik itu.Yang termasuk dalamnya juga ialah ‘ilmu
nasikh-mansukh, asbab al-Nuzul dan amkinah Nuzul, ‘ilmu ghara-ib al-Qur’an,
Rusum ‘Uthmani,‘Ilmu Tafsir dan Ta’wil, mengikut kaedah ‘ilmu ASWJ.Mengingatkan
kepada fahaman Liberalisme-Pluralisme Agama mula memasuki wilayah dakwah dengan
membawa tafsiran diabolik dalam menghuraikan ayat-ayat al-Qur’an, adalah amat wajib dhoruriyy kepada para pendakwah ilallah,
mempelajari ‘ilmu Tafsir dan Ta’wil secara serious, sistematik dan berdisiplin dari
teks-teks yang muktabar yang diperakui secara Ijma‘ akan kebenaran dan
kesohihannya.
Pasangan
kepada ‘Ulum al- Qur’an ialah ‘Ilmu mengenai al-Sunnah. Ia
penting kerana tidak dapat memahami
al-Qur’an melainkan dengan memahami al-Sunnah, dalam segala dimensi, yang merangkumi dan
menyangkut bahagian-bahagian kehidupan dengan segala peraturan hukum dan
akhlaq, pada paras yang pelbagai.
Pendakwah
juga wajib menekuni ‘ilmu Fiqh dan
rubu‘-rubu‘nya yang pelbagai , terutama
berkaitan ‘ibadah fardi. Dalam kaitan dengan Fiqh, wajar juga difahami
perkara-perkara yang sudah di Ijma‘ oleh
‘Ulama’ – kerana salah satu dari sumber hukum Islam ialah Ijma‘ ‘Ulama’.
Juga pendakwah perlu memahami
perkara-perkara yang sudah disepakati
oleh ahli ‘ilmu yang pakar lagi amanah
dalam isu-isu semasa dalam segala bidang. Selain dari itu perlu juga dipelajari
‘Ilmu Usul al-Fiqh dan Qawa’id al-Fiqh dan perkara berkaitan Siyasah
al-Syar‘iyyah.
Aspek
penting dari ‘ilmu, ialah cara faham dan ketinggian fahaman kepadanya. Ini
perlu kepada kualiti ketajaman ‘aqal dalam konteks dan bingkainya yang sebenar.
‘Aqal perlu diasah dan diasuh, supaya
benar-benar sensatif dan responsif kepada kebenaran ‘ilmu dan terikat
kepadanya, yang pada paras minimanya, ialah mengenali dan membezakan yang toyyib dari yang khabith, yang haram dan yang halal, yang sah dan yang batal, dalam
semua bidang epistemologinya.
Selain
dari itu, harus berani dan mampu mengenengahkan doktrin Islam sejati sebagai rahmatan li ’l ‘aalamiin ditengah-tengah
arus globalisasi dan hegemoni Barat-Timur serta arus deras fahaman fasad
Sekularisme-Liberalisme. Ini bukan sesuatu yang bersifat apologetik atau
respons kepada penguasaan sistem kontra Syari‘ah seperti yang dituduh oleh
golongan Sekular-Liberal, tetapi sebagai
melaksanakan ‘ubudiyyah, amanah dan menunaikan janji serta fungsi khalifah
Allah seperti terkandung dalam Syahadah
dan ikrar dalam solat.
Suatu
kesilapan sering berlaku dalam kumpulan
dakwah ialah menyerah bulat-bulat huraian ‘ilmu Islam kepada elit berkuasa
dalam kumpulan mereka, walau pun sesetengah mereka tidak memiliki apa-apa
kualiti ‘ilmu Islam pun, walau yang paling basik.Fahaman Islam, dibiarkan
dihurai dan dikuasai sepenuhnya oleh elit
berkuasa yang tumpul ‘aqal dan rendah kefahaman , sehingga mematikan
potensi berfikir dari kalangan bukan
elit berkuasa, bahkan mematikan ‘ilmu yang ada dikalangan orang yang ada
pengetahuan ‘ilmu Islam juga. ‘Ilmu mereka mati, kerana tidak berpeluang
diketengahkan sebab terhalang oleh perasaan rendah diri bersangatan terhadap elit berkuasa itu. Sesetengah dari kalangan orang
yang ada ‘ilmu Islam itu pula, tidak mempunyai kemampuan berhujjah dengan
golongan yang dianggap professional, mungkin kerana tidak persediaan psikologi atau pun kemahiran
berbincang atau pun terlalu hina diri atau pun kesemuanya sekali.Ini
menatijahkan keputusan malang dalam usaha dakwah.
Elok
disebut,dalam perubahan paradigma dikalangan sesetengah kumpulan Islam, keghairahan membahagikan kelompok dengan
jenama ‘Ulama’ dan professional, adalah tidak relevan dan mempunyai kesan
negatif. Pembahagian ini dibuat, kerana orang
berjenama ‘Ulama’ dilihat sebahagian orang, gagal menonjolkan kepimpinan
berkualiti dan berkesan dalam semua aspek
kepemimpinan, terutama dalam era globalisasi dan arus pemikiran pasca
modern serta himpitan fahaman HAM dan demokrasi. ‘Ulama’ pula berpendirian,
mereka sahaja memiliki kepandaian serba boleh termasuk seni memimpin dan
mempunyai otoriti mengenai Islam,
sebagai pembimbing Ummah. Dalam cara pandang yang mencetuskan perbezaan sikap
seperti ini, perlu ada kesejajaran serta rekonsiliasi dan tidak wajar ada
dikatomi kekuasaan dan status. Apa yang elok dilakukan ialah membina rijal yang mempunyai dua kualiti
tersebut dalam satu peribadi atau paling tidak menyuburkan sikap saling lengkap
melengkapi bukan saling tolak menolak.Hal ini pernah terjadi dalam sejarah
peradaban Islam, yang mana kualiti ‘ilmu Usul dan kualiti ‘ilmu furu‘ , berada
pada dua peribadi berbeza tetapi saling lengkap melengkapi seperti yang terdapat
di dalam teori politik Islam. Pemerintah-pemimpin yang kurang mahir di dalam
sesuatu subjek ‘ilmu-‘ilmu Islam, dengan rendah hati, merujuk dan mendapat
nasihat dari ahli ‘ilmu yang mahir dalam
bidang-bidang yang diperlukan.
Dalam
rangka kefahaman ‘ilmu dan epistemologi, perkara paling pokok bagi setiap
individu ialah kefahaman mengenai konsep
Tawhid dan Usuluddin. Hal ini sangat perlu ditekan kerana ternyata dalam
era Global Theology,Globalisasi dan arus deras
Liberalisme sekarang, ramai orang Islam, tidak terkecuali sesetengah
aktivis dakwah, mengabaikan doktrin dan konsep Tawhid dan Usuluddin Islam
seperti yang di Ijma‘. Mereka
beranggapan ‘ilmu dan fahaman ‘Aqidah mereka sudah memadai dan selesai, pada hal
mereka tidak sedar, ‘Aqidah mereka sudah
tercemar oleh ‘aqidah Syi‘ah atau Pluralisme Agama atau ‘aqidah global theology dan ‘aqidah sesat yang
lain.Maka disinilah peranan paling penting dan mendasar ‘ilmu Tawhid dan Usuluddin Islam sebagai
neraca, seperti yang dihuraikan oleh Usuliyyin-teolog Ahli Sunnah wa
al-Jama‘ah, dalam spektrum pengertiannya yang sebenar dengan segala
implikasinya, bukan sekadar mengakui keEsaan Allah SwT semata-mata seperti
golongan Liberalisme-Pluralisme Agama itu.
Semua pendakwah bersetuju, Tawhid-‘Aqidah-Usuluddin, adalah asas kepada mesej dakwah,tetapi oleh
kerana kepelbagiaan latar belakang, orientasi serta pengaruh dan persekitaran
yang fasad, kefahaman berkenaan
Tawhid-‘Aqidah- Usuluddin turut diwarnai
oleh fahaman dan tafsiran fasad tersebut.
Ini ternyata apabila mereka membenarkan ajaran Syi‘ah Khumayni dan tidak menganggapnya bercanggah dengan
‘Aqidah Islam.Begitu juga, sesetengahnya mengatakan, ajaran Muhammad ‘Abdul
Wahhab selari dengan ajaran ‘Aqidah Islam pada hal mereka menganut fahaman
Tajsim. Akhir-akhir ini pula terdapat fahaman Liberalisme-Pluralisme yang
didakwa mereka, pun tidak bercanggah dengan ‘Aqidah Islam.
Elok diperturunkan secara ringkas, inti beberapa
ajaran yang bercanggah dengan ‘Aqidah Islam, dalam catatan ini, untuk manfa‘at
bersama. Antara lain, ‘aqidah Khumayni, menolak al-Qur’an yang ada di tangan
Muslimin dewasa ini sebagai paling otentik, kerana baginya, al-Qur’an yang
paling otentik ialah Mushaf Fatimah.
Ia juga mengkafirkan Sayyidina ‘Umar r‘a
dan mengatakan Sayyidina Abu Bakar dan Sayyidina ‘Umar r‘ah jahil dan mereka-reka Hadith.
Ini amat bercanggah sama sekali dengan ajaran ‘Aqidah Islam kerana semua
Sahabat adalah thiqah dan ‘adil.
Dia juga menunggu kemunculan Muhammad bin Hasan ‘Askari, sebagai Imam al-Mahdi,
yang dikatakan ghayb di dalam doktrin ‘aqidah Syi‘ah Imamiyyah
dan banyak lagi.
Demikian juga dengan ajaran Muhammad bin
‘Abdul Wahhab al-Najdi yang menghukum Adam ‘a.s kafir dalam keta‘atan dan
sesetengah Sahabat Nabi s‘aw dan Kerajaan ‘Uthmaniyyah Turki
pada hal pegangan sedemikian adalah salah. Demikian juga dengan ajaran
Liberalisme-Pluralisme Agama dan ajaran keruhaniyan sesat.
Dari
kenyataan ini, para pendakwah Islam,
perlu meneliti ulang secara cermat mengenai
sesuatu ajaran yang berkaitan dengan ‘Aqidah-Usuluddin atau Agama.
Perihal ‘Aqidah-Usuluddin, sejak zaman klasik lagi, menjadi isu penting,
sehingga ‘Ulama’ ‘Aqidah-Usuluddin secara serious dan tekun, menulis ribuan
kitab, untuk menerangkan ajaran ‘Aqidah-Usuluddin sebenar lagi sohih dan menolak
‘aqidah yang sesat dan bercanggah dengan Islam seperti ‘aqidah Murji’ah,
Mu‘tazilah, Qadariyyah, Syi‘ah, Khawarij, Karramiyyah dsb dengan penditilan
yang luar biasa, bertujuan untuk menyelamatkan ‘Aqidah Ummat Islam dari
kesesatan.
Bagi
pendakwah Islam, perlu sangat-sangat memahami secara benar lagi sohih ajaran
Tawhid-‘Aqidah-Usuluddin Islam seperti yang telah di Ijma‘ dan dihuraikan dalam
skima ajaran ‘Aqidah-Usuluddin Ahli Sunnah wa al-Jama‘ah kerana ajaran ‘Aqidah
Ahli Sunnah wa al-Jama‘ah baik dari aliran Tafwid mahu pun Takwil sahaja yang
diterima Allah. Ringkasnya, Ahli Sunnah wa al-Jama‘ah berbeza dengan mereka itu
semua, baik dalam Usul mahu pun Furu‘.
Pengaruh
globalisasi dan pasaran bebas ‘Aqidah dan Syari‘ah dan fahaman
liberalisme-rasionalisme agama, benar-benar mengesankan. Di Malaysia, nada
memperjuangkan Islam untuk merealisasikannya sebagai cara hidup yang kaffah, syumul dan sebagai nizoom
al-hayaah, al-diin wa al-dawlah yang
sempurna, telah hilang kegairahannya.Ini
disebabkan kualiti iltizam semakin merosot dan sesetengahnya hilang sama sekali
dan beralih kepada memperjuangkan tertegaknya sistem demokrasi kaffah kerana pengaruh global theology. Mereka berhujah, dalam suasana landskap politik
Malaysia, dengan beralasan kepada Siyasah Syar‘iyyah fahaman mereka, nizom
Islam tidak wajar berlaku kerana mereka
pengikut setia kelompok politik Sekular-Liberal Indonesia yang
berfahaman tidak ada negara Islam, bahkan Negara Madinah zaman Nabi pun bukan negara
Islam tetapi negara sekular, maka Indonesia tidak wajar melaksanakan hukum
Islam. Sebab itu, Liberalis-Pluralis Malaysia ,
bersungguh-sungguh menerbitkan semula buku ‘Aliy ‘Abdul Razik yang ditolak oleh
seluruh ahli ‘ilmu dan aktivis Islam ke dalam Bahasa Melayu
dan buku-buku lain yang memberi promosi serious kepada ‘aqidah dan falsafah
serta sistem liberal.
Pendirian
sebegini disebabkan oleh pelbagai faktor yang antaranya kerana asas perjuangan
semata-mata dorongan semangat kebencian
kepada lawan politik yang didakwa tidak Islamik; dan kedua, kerana keghairahan
berpolitik mengatasi segala-galanya, sehingga menyampingkan kepentingan
menuntut dan menambah ‘ilmu-‘ilmu Islam.
Berkata
Imam as-Syafi‘i rahimahu’llah kepada
murid kanannya,Rabi‘: Wahai Rabi‘!, redha
manusia adalah matlamat yang tidak mampu dicapai,maka ke atas anda apa yang memberi maslahah kepada anda,
lazimilah ia, kerana sesungguhnya, tiada jalan untuk mendapatkan redha mereka.
Ketahuilah, sesungguhnya, barangsiapa mempelajari al-Quran, ia amat mulia di
mata manusia; barangsiapa mempelajari Hadith, kuat hujjahnya; barangsiapa
mempelajari bahasa- nahu, hebat ; barangsiapa mempelajari bahasa ‘Arab, halus
pekertinya; barangsiapa mempelajari hisab, banyak pendapatnya; barangsiapa
mempelajari Feqah, mulia kedudukannya; barangsiapa tidak menjaga dirinya,
‘ilmunya tidak memberi manfaat kepadanya. Asas terpenting bagi keseluruhan yang
demikian itu adalah bertaqwa kepada Allah.
Kefahaman
‘ilmu yang mendalam akan dapat membantu membina kehidupan dan persekitaran
soleh berpandukan al-Sunnah dan perjalanan para Solihin. Budaya maksiyat, lagho
dan hedonisme, dibuang, seperti tarian dan nyanyian, apa lagi yang melibatkan
wanita.Kerehatan, keseronokan, ketenangan dan hiburan, didendangkan oleh
aktiviti membaca al-Qur’an, majlis zikir, na‘at, bersolawat dan Qasidah-Mawlid
Nabiyy dsb.Ini MANIFESTO Solihin dalam dakwah mereka.
Memang
diakui tidak semua orang mempunyai kesempatan untuk mempelajari ‘ilmu-‘ilmu
yang banyak itu tetapi jama‘ah perlu menggarisbawahkan keperluan minima dalam
setiap subjek teras.
Sebagai
penutup bab ini, perlu perhatikan Hadith ini: …..di pagi hari sebagai seorang Mukmin ( tetapi ) di petang hari menjadi
kafir, kecuali orang yang dihidupkan oleh Allah dengan ‘ilmu.Demikian peranan dan kepentingan ‘ilmu.
6.PEMBINAAN
‘AQAL
MANIFESTO
seterusnya ialah membina ‘aqal pendakwah supaya ia benar-benar memiliki ‘Aqal
‘Ubudiyyah Integrasi
dan ‘aqal mazid-strategik, yang terpancar dari Cahaya Pencerahan Ilahiyyah
bukan pencerahan diabolik Kuffar baik aliran Kant, Schuon atau seumpamanya.
‘Aqal ‘Ubudiyyah dan ‘aqal mazid ini, diasah dan diasuh supaya benar-benar
menjadi tajam dan mahir berfikir untuk memahami ‘ilmu, persekitaran dan semua
fenomena ‘alam dan dapat membezakan yang baik dari yang
buruk, yang terbaik dari yang baik, dalam spektrum ‘ilmu dan epistemologinya
dan akan bertindak secara aktif dan
betul, sebagai pemikir dan perancang dakwah yang berkesan. Pemikir dan
perancang gagasan ini, mengatasi
kepentingan peribadi dan kelompok. Mereka berperanan menggaris pelan kerja dan
pelan bertindak yang rapi, agar Risalah dan matlamat untuk merealisasikan ramatan li ’l-‘aalamiin ternyata secara
utuh dan sempurna. Ummat tidak boleh membiarkan pemikir diabolik Liberalis,
menentukan cara dan halatuju serta agenda dakwah Ummat, kerana da‘i ilallah yang sebenar sahaja, paling layak dan berhak menentukan itu semua.
Mereka juga perlu diasuh supaya mempunyai kemahiran dan kemampuan berjidal
menghadapi pemikir-pemikir diabolik dan sesat, dengan hujjah, dalil, burhan dan mantiq Islami seperti
Mutakallimin Ahli Sunnah wa al-Jama‘ah berdepan dengan Mutakallimin sesat di
zaman dahulu.
7.PEMBINAAN
HATI
Seperti
yang disebut oleh tokoh besar dakwah abad ini, Syaikh Sa‘id Hawwa rh, melalui
penelitian yang tajam setelah sekitar empat puluh tahun aktif dalam gerakan
dakwah Islam,menyimpulkan, bahawa kekurangan besar pendakwah ialah perihal
Ruhaniyyah atau dalam erti yang lebih khusus, Siddiqiyyah dan Rabbaniyyah. Oleh sebab itu beliau menulis banyak buku
mengenai Ruhaniyyah.Di Malaysia, tokoh dakwah istiqomah lagi gigih, intelektual
dan pemikir Islam ASWJ, Ustaz ‘Uthman El-Muhammady
telah menulis perkara berkaitan, sejak tahun 60an lagi dalam Bahasa
Melayu.Penyakit Ruhaniyyah ini hanya
dapat diubati dan dihilangkan melalui riyadah qalbiyyah yang intensif dan
istiqomah dengan kaedah yang benar.
Dalam
konteks dakwah era globalisasi dan hegemoni Kuffar seperti sekarang, satu sifat
Ruhaniyy yang tinggi ialah sifat al-syaja‘ah.
Ia kurang diberi perhatian sekarang. Justeru wajar sangat-sangat ditekankan
semula. Sifat inilah yang menggerakkan
pejalan kaki ayam, kurus kering tiada cukup makan radiyallahu ‘anhum
mendaulatkan diinu ’l-Islam di tengah-tengah dua Emperium besar, Barat
dan Timur, pemilik senjata yang banyak dan badan segar bugar kerana kekenyangan
makan.
Sifat
al-Syaja‘ah ini perlu difahami dengan
baik dalam pengertiannya yang sebenar dari perspektif yang betul. Ia
bermaksud sifat yang diantara sifat berani kerana benar dan
yakin, dengan sifat berani membabi buta dan mengikut hawa nafsu jahat. Pada
paras paling minima ialah berani mengenengahkan diinu ’l-lslam yang syumul dan
murni, ditengah-tengah arus deras fahaman tegar Liberalisme –Pluralisme
Agama dihadapan audiens bukan Islam,
baik melalui wacana verbal atau tulisan.
Lawan kepada sifat al-Syaja‘ah ini
ialah sifat jubun atau pengecut.
Penyakit jubun ini, seperti yang
telah ditegas oleh Nabiyy sollallahu
‘alayhi wa sallam, akan menimpa Ummat Islam - dan sedang berlaku sekarang - bersama penyakit karaahatu
’l-mawt, takut mati, dalam
menegakkan diinu ’ l-Islam.
Kedua-dua
sifat-penyakit ini, berpunca dari kegelapan Ruhaniyy yang ada pada hati. Maka
pengubatan kepada penyakit ini perlu menjadi MANIFESTO utama dakwah Islamiyyah.
8.MEMZOHIRKAN
KEHIDUPAN BERAGAMA
Kumpulan
Islam kontemporari, perlu menyatakan dengan tegas dalam MANIFESTO dakwah,
bahawa mengembalikan kehidupan zohir yang sempurna atau dalam terminologi yang
biasa dipakai ialah lasaanu ’l-haal
pada diri dan juga kumpulan dalam semua aspek aktiviti, adalah agenda urgen.
Pengrealisasian Syahadah dan iqrar iftitah solat, wajar dikonkritkan dalam
praktis hidup harian, dari mula tidur
hingga mula tidur kembali, bukan hanyut dalam rethorik dan sikap sekadar
menceritakan prihal Islam dan kemudian menyerang balas para konspirator
tersebut sehingga mengabaikan sebahagian kewajipan kehidupan menurut al-Sunnah.
Justeru terkeluarlah ungkapan: tidak dapat dibezakan kehidupan dan sifat zohir
seorang Muslim ( baca: aktivis dakwah ) itu, dari seorang penganut agama Sikh
atau Majusi, di luar solat, sawm-puasa dan hajjnya. Dalam MANIFESTO tersebut,
perlu ditekankan sangat-sangat , mekanisme dan cara mengurus kehidupan mengikut
al-Sunnah. Diasuh adab Nabawiyy secara tertib dan diberi tarbiyah ruhaniyy
dengan mantap, supaya mereka benar-benar memiliki rasa dan sifat malu yang
mendalam dalam semua dimensi kehidupan. Mereka juga perlu disedarkan oleh rasa
malu bersangatan kepada Allah, oleh kerana meninggalkan kehidupan menurut al-Sunnah yang di Ijma‘kan dan memilih
mengikut kehidupan cara Kuffar, dalam cara berakhlaq, cara dan gaya hidup, cara
berpolitik, cara bermesyuarat, cara berfikir, cara bertindak, cara bergaul,
cara bersahabat, cara berorganisasi hatta cara berhibur dsb.
Budaya
ma‘ruf dihidupkan dan budaya mungkar dihindari.
9.MENYEBARKAN
KONSEP RAHMATAN LI ’L ‘AALAMIIN
Penyebaran
wawasan dan konsep rahmatan li ’l
‘aalamiin dalam epistemologi ASWJ dewasa ini terasa malap, kerana ramai
pendakwah tercemar oleh falsasah demokrasi, global theology dan global ethics, baik secara sedar atau
tidak. Wawasan dan konsep ini, perlu segera dihidupkan semula dan wajar menjadi
salah satu dari MANIFESTO penting abad
ini. Abad ini sedang menyaksikan serangan hebat kepada ajaran Islam oleh
falsafah demokrasi dan global ethics, yang bukan sahaja dari golongan Kuffar,
tetapi juga oleh kelompok yang mendakwa berdakwah untuk Islam – dan
sesetengahnya mendakwa sebagai juru bicara Islam - dari kalangan
Liberalis-Pluralis.Gerakan ini perlu dihalang
segera dengan keras, melalui hujjah ‘ilmiyyah: liyahlika
man halaka ‘ambayyinatinn wa yahyaa man hayya ‘ambayyinatinn
dan menyerlahkan semula superioriti rahmatan
li ’l-‘aalamiin ini, dari segala perspektif – konsep, teori dan praktis -
yang menyangkut politik, ekonomi,
sosial, kebajikan dan pendidikan dsb. Ini bukan sekadar respons kepada ajaran
palsu tersebut seperti yang dituduh oleh kelompok Liberalis, tetapi ia merupakan doktrin dan konsep paling benar,
dan lagi pula, amat menepati kehendak fitrah
semua manusia yakni menginginkan kesejahteraan dan keselamatan kehidupan
fizikal, ekonomi dan diri-jiwa dan juga sifat-sifat yang non fizikal, seperti
emosi dan psikologi; dan boleh mencerahkan dunia ini dari kegelapan doktrin dan
konsep demokrasi dan global ethics itu.
Kelompok
Liberal, oleh kerana masih mahu digolong ke dalam kelompok memperjuangkan
Islam, terpaksa mencari beberapa nilai dalam Islam yang ada persamaan dengan
nilai yang sedang diperjuangkan oleh Kuffar tersebut seperti keadilan dan
persamaan, lalu dipadankan kepada dan dengan nilai yang sedang diperjuangkan
oleh Kuffar tersebut. Mereka naïf, bahawa
nilai yang sedang diperjuangkan oleh Kuffar itu; pertamanya, bukan nilai
Islam sebenar dalam epistemologinya, dan kedua, adalah semata-mata umpan pemurtadan
kepada penganut Islam yang naïf , kerana dalam realitinya, mereka, si Kuffar
tersebut, tidak pernah langsung berlaku ‘adil kepada Ummat Islam, hatta kepada
warganegara mereka yang Islam pun;
ketiganya, mereka mahu mengujudkan huru hara di negeri-negeri Ummat Islam.Dalam
epistemologi Kuffar, keadilan bermakna menindas Ummat Islam dan persaman
bermakna superioriti Barat dan demokrasi bermakna mengikut kemahuan Yahudi.
Penonjolan
beberapa nilai dari ajaran Islam yang
dinamakan universal oleh kelompok Liberal itu,memberi implikasi ‘aqidah,
kerana, seolah-olah dalam ajaran Islam, itulah sahaja ajaran yang bersifat
universal dan yang lain tidak. Pada hakikatnya, mereka menafikan nilai-nilai
lain yang terdapat dalam ajaran Islam itu, sebagai tidak universal. Seorang
Muslim yang beriman kepada al-Qur’an dan al-Sunnah menyakini: semua ajaran dan
nilai yang ada dalam ajaran Islam bersifat Universal. Kita tidak beremosi dalam
hal ini dan kita dapat mempertahankan keyakinan ini dengan hujjah al-Qur’an,
sejarah dan logik ‘aqal.
Termasuk
dalam nilai universal secara ontology ialah ‘Aqidah Islam. Oleh kerana inilah,
Allah memerintah Nabiy sollallahu ‘alayhi
wa sallam mengajak Yahudi dan Nasrani supaya beriman dengan Zat Yang Paling
Universal, melintasi ruang, tempat dan waktu dan Zat Yang Maha Meliputi Segala
Sesuatu, berbanding dengan zat tuhan yang dalam konsepsi Yahudi dan Nasrani,
terbatas kepada jisim duniawi dan ruang,
masa dan tempat, dimana ‘anak-anak tuhan’ berada ( kerana mereka
mendakwa Nabiyy ‘Uzaiyr dan Nabiyy ‘Isa anak tuhan. Maha Suci Allah dari dakwaan mereka !. ). Epistemologi ini yang
tidak berani diketengahkan oleh kelompok Liberal itu, kerana mereka terikat
kepada konsep ketuhanan Yahudi-Nasrani yang beranak pinak itu. Satu lagi hujjah
kita ialah Nabiyy sollallahu ‘alayhi wa
sallam diutus sebagai sayyidu
’l-kawnayni wa ’th-thaqolayn , kepada semesta ‘alam, yang merangkumi
manusia dan jin, tidak terbatas kepada sesuatu bangsa dan wilayah seperti
Nabiyy-Nabiyy Bani Israil ‘alayhimu
’s-solaatu wa ’s-salaam atau
kelompok manusia di Lembah Indus atau Furat sahaja. Ini bermakna semua yang
dibawa Baginda itu adalah bersifat paling universal.
Dari
segi sejarah dan dalam perspektif sosiologi dan politik, ternyata Islam
melewati batas ras, geografi dan budaya dan tidak memisahkan orang ‘Arab dari
orang ‘ajam, yang ternyata sejak dari sejarah awal dakwahnya, diwakili oleh
Sayyidina Bilal al-Habasyi, Salman al-Farisiy dan Suhayb al- Rumiy dll.Dari
segi pelaksanaan hukum pula, orang bukan Islam selesa, dibawah naungan hukum
Ilahiyy seperti ternyata dalam buku-buku sejarah tulisan orang bukan Islam
sendiri, bila mana mereka menerima hukum jizyah yang menggantikan hukum cukai
Byzantium dan hukum Qisra. Jizyah tidak dikenakan kepada rahib sepenuh masa di
Gereja dan Sinagog. Bandingkan dengan cukai pendapatan sekarang !.
Dari
segi logik pula, tanpa berpanjang kalam, agama Islam diterima sebagai agama fitrah dan semua manusia mempunyai fitrah. Jadi, semua nilai yang ada dalam
agama Islam adalah nilai bersifat fitrah, justeru, ia bersifat universal. Oleh
kerana manusia juga bersifat fitrah, maka tidak
berhalangan untuk menerima semua ajaran yang ada dalam Islam kerana
sesuai dengan fitrah yang ada dalam diri masing-masing. Ini amat mudah bagi
keplompok Liberal untuk berdakwah kepada yang bukan Islam itu, jika mereka
mahu.Tetapi, kelompok Liberalis terlalu naïf, amat tebal prajudis kepada Islam
dan paling ketara kerana takut serta rasa hina yang bersangatan kepada Kuffar
tersebut sehingga tidak berani mengenengahkan konsep ini.
Perbincangan
mengenai corak dan kemampuan politik Islam memimpin dunia, timbul semula secara
serious oleh kelompok Liberalisme Agama. Mereka lebih risau dari kelompok
Kuffar sendiri. Premis mereka ialah menolak Islam Kaffah dan menerima falsafah sapere aude ajaran Kant dsb yang menolak
agama sebagai pembimbing dunia.Bagi seorang Muslim murni, mereka yakin Islam
Kaffah dan mereka berpegang kepada ‘Aqidah: ma
ana ‘alayhi wa ashabi dan perjalanan hidup: syuhadaa’ wa ’s-soolihiin.
Barang
diingat, dunia akan terus berada dalam kegelapan dan menerima petaka seperti
sekarang, jika konsep dan doktrin demokrasi dan global ethics dibiarkan
mendominasi dunia dengan menyingkirkan diinu ’ l-Islam.
10.MENONJOLKAN
ISLAM
Penyakit
besar yang menimpa kumpulan Islam ialah menonjol dan mempromosi pemimpin dan
kumpulan melebihi dari menonjolkan Islam dan ketinggiannya. Dari segi
psikologi, orang yang rendah dan kerdil dan tidak ada apa yang hendak
ditawarkan, akan bercakap mengenai dirinya atau kumpulannya; ada pun orang
besar dan memiliki himmah yang tinggi, akan bercakap mengenai ‘ilmu dan dasar
serta falsafah perjuangan dan dalam konteks ini, ketinggian dan
kesempurnaan Islam. Mereka akan
menonjolkan Islam, kerana inilah MANIFESTO dakwah, melebihi kumpulan dan
pemimpin, kerana yang hendak diperjuangkan itu ialah ketinggian Agama dan
ajaran Islam, bukan kumpulan dan pemimpin dan lagi pun, qudwah paling unggul
ialah para Solihin. Kadang-kadang, sanjungan dan pujian kepada pemimpin itu,
sampai ke peringkat berlebihan, malah tidak kurang pula jatuh pada martabat
berbohong seperti mengatakan yang pemimpin mereka adalah wali Allah atau
mujaddid atau tokoh pencerahan atau murabbi ummah atau guru bangsa atau amat
‘alim atau wara ‘ dsb. Jenis pengikut bodoh, dungu dan taksub negatif seperti ini,
perlu dihindar dengan memberi ‘ilmu, tarbiyyah dan kesedaran serta kemahiran
berfikir kepada mereka. Sikap menonjol kumpulan dan mendewa pemimpin seperti
kata ahli hikmah Islam adalah memiliki penyakit hati dan ghurur.
Satu
peringatan penting kepada pendakwah, bahawa dalam keghairahan menonjolkan
Islam, perlu hindari Islam yang diracuni fahaman modernisme dan pasca
modernisme seperti Egalitarianisme, Hedonisme, Islam sapare aude atau Free Thinking, Liberalisme-Pluralisme, Islam
Radikal, Islam fahaman peribadi pemimpin dan Islam ajaran keruhaniyan sesat
dsb.
11.MARDHOTILLAH
Pendakwah
dari awal-awal lagi perlu jelas tujuan dan matlamat dari usaha dakwah mereka
yakni pasang niyat untuk mendapat mardhotillah mengatasi
segala-galanya. MANIFESTO mardhotillah,
sudah tidak dipedulikan lagi, kerana terhijab oleh hijab kejahilan dalam
memahami tujuan dakwah sebenar dan terhijab oleh hawa nafsu kerana berdakwah
dengan tujuan yang bercampur aduk bersama
kehendak duniawi dan terhijab
oleh ‘ujub kerana pencapaian diri dan kumpulan. Faktor-faktor inilah yang
menghalang seseorang pendakwah dari memahami dan menyedari kepentingan dan
ketinggian martabat mardhotillah.
Bergandingan
dengan mardhotillah ialah penekanan kepada epistemologi fawz dalam pengertian sebenar yakni kejayaan Akhirat.
Apalah makna kejayaan politik dan glamor duniawi dan kekuasaan, jika tidak
diredhoi Allah kerana didapati dengan
cara yang salah atau mempunyai niyat selain Allah atau apabila berkuasa, tidak
melaksanakan nizom Islam tetapi melaksanakan nizom yang bercanggah dengan
Islam. Ini tujuan dan matlamat tertinggi semua aktiviti yang nantinya akan
bertemu dengan Wajah Allah Dzu ’l-Jalaali wa ’l-Ikraam.
MANIFESTO
lain dalam usaha dakwah ialah pengawasan-muraqabah diri dan kumpulan, melalui
mekanisme renungan ke dalam diri dan hisbah
umum, dengan standard amar ma‘ruf- nahiyy munkar yang diIjma‘kan, dengan rapi
dan ‘adil. Seperti yang disebut al-Qur’an, musuh-musuh dakwah terlalu banyak,
yang nampak mahu pun yang tidak nampak, yang maknawi mahu pun yang hakiki. Maka
pengawasan-muraqabah dan hisbah dalam bentuk zohiriyyah dan juga
ruhaniyyah, amat perlu dan berterusan.
Setiap orang perlu diawasi, tidak kira
apa status dan kedudukan dan peranannya dalam organisasi dan masyarakat, supaya
usaha dakwah tidak kendala dan mendapat
pertolongan Allah.
12.NERACA
PENCAPAIAN DAKWAH
Pencapaian
usaha menyampaikan dakwah terlaksana, apabila berjaya membina rijal-rijal dakwah dalam bab ‘Aqidah dan
semua cabang Syari‘at. Dalam ‘Aqidah, berjaya bebas dari fahaman yang
bertentangan dengan konsep ASWJ seperti antara lain fahaman Tasybih, Ta‘til,
Irja‘, Tasy-yi‘, Kharijiyyah, dan I‘tizal atau di zaman kita ‘aqidah
Demokrasi-Liberalisme –Pluralisme Agama. Dalam ‘Ibadah pula, berjaya berpegang
kukuh kepada ajaran- ajaran Mazhab yang Empat dan tidak bertindak keluar dari
ajaran mereka itu dengan mengikut fahaman bebas bermazhab
atau ajaran Wahhabiyyah. Ada pun dalam bab Akhlaq pula, berjaya berpegang
kepada ajaran akhlaq yang muktabar dalam subjek ini, seperti ajaran Imam
al-Muhasibi, al-Ghazzaliy, Syaikh Dawud al-Fathoniyy, al-Falimbani dan dalam zaman kita seperti al-Nadvi, Sa‘id Hawwa, Nursi, al-Buthi dsb.
Akhlaq bukan sekadar dibicara di atas kursi-kursi khas di pusat pengajian atau
dalam wacana-wacana atau di atas lembaran kertas, akan tetapi ia dijadikan
pakaian hidup, dilaksanakan dengan penuh
cermat agar mencerminkan ajaran ‘Ulama’ akhlaq tersebut, kalau tidak,
terjadilah seperti para Orientalis-Occidentalis Yahudi dan Kristian dan
sesetengah orang Islam, meminati al-Ghazzali atau al-Rumi bahkan al-Ibn ‘Arabi
dan menubuhkan persatuan untuk memberi
promosi kepada fahaman dan ajaran mereka itu, akan tetapi dalam
kehidupan mereka, tidak mencerminkan langsung ajaran al-Ghazzaliy atau al-Rumi
dsbnya itu.Dari satu sisi lain, mereka tidak memiliki apa-apa pun adab kepada
‘Ulama’ akhlaq tersebut, bahkan kepada
‘ilmu yang diperkatakan itu, pada hal ‘Ulama’ akhlaq itu semua, menekankan
kepada adab dalam makna beradab kepada adab.
Maka kod akhlaq Islam mestilah bebas dari menurut hawa nafsu dan khayalan
syaitoniyy dan berlepas tangan dari mengikuti sistem akhlaq-moral golongan
Kuffar. Sementara dalam kehidupan harian dan mu‘amalah serta dalam melaksanakan hukum Syari‘at, mereka menolak
dan terhindar dari nilai yang dikehendaki dan ditetapkan oleh standard HAM
tajaan Kuffar-PBB-Yahudi.
Semua
kehidupan dalam pelbagai belahan kehidupan, mestilah berdasarkan konsep dan ajaran Ahli al-Sunnah
wa al-Jama‘ah ,
terutamanya terserlah dalam diri seseorang
pendakwah itu. Kejayaan juga tercapai apabila rijal-rijal ini dapat
berperanan membina di dalam organisasi-jama‘ah yang dibawah kawalan mereka,
kehidupan dan budaya makruf, yang berteraskan ajaran Wahyu dan Sunnah dan
perjalanan hidup Solihin. Kejayaan juga berhasil apabila dapat membina kualiti
hikmah dengan ketajamatan ‘aqal dan mata hati yang dapat membezakan yang benar
dari yang salah, yang baik dari yang buruk dan dapat memilih yang lebih baik
dari yang terbaik. Ertinya berjaya melahirkan rijal yang mempunyai ‘ilmu yang mendalam lagi tahqiq; menjaga
‘ibadat dan kuat berjuang ; apabila
berurusan dengan masyarakat dan ahwal duniawi, tetap tidak melupai Allah dan
batas-batas Allah; kasih sayang yang tinggi kepada Allah dan Rasul mengatasi
segala-galanya dan lemah lembut sesama Muslimin; berurusan, bersahabat, bertemu
dan berpisah semata-mata kerana Allah; menjadi batu bata dalam membina Ummat
dan menjadi matarantai dan rangkaian dalam menyebarkan dakwah yang selaras
dengan Ijma‘ dengan sifat kental dan sobar; pembela Islam dan Ummat yang gigih
dan tidak takut kepada celaan orang yang mencela.
13.HAMBATAN
/KEKANGAN
Terlalu
banyak hambatan dalam usaha untuk menjayakan MANIFESTO ini. Antaranya ialah:
1.Kekurangan
rijal ‘ilmu.Kurang mahir dalam epistemologi
dan world-view Islam, terutama ‘ilmu teras, malah ada yang terpesong
langsung dalam ‘Aqidah dan Syari ‘ah.Kurang menekuni teks-teks muktabar dari
‘Ulama’ besar, berpada dalam lingkungan,kurang usaha menambah dan ulangkaji.Kurang kemahiran dan kefahaman dalam memahami ‘ilmu
dan kurang ketajaman berfikir. ‘Aqal perlu diasuh supaya benar-benar tajam dan dapat memahami ‘ilmu dalam epistemologinya.
2.Kekurangan pemimpin berwibawa.Kurang pemimpin yang
benar-benar iltizam untuk mendaulatkan Islam dan prihatin mendalam kepada
Ummat.(mengenangkan sabda Nabiyy sollallahu
‘alayhi wa sallam:Ummati, Ummati,Ummati,menjelang wafat).Kurang pemimpin
yang serious berpikir dan pandai merancang untuk kejayaan dakwah dan
politik,yang banyak ialah pemimpin rhetorik dan bermuka-muka.Kurang memiliki
kualiti faylasuf mutadayyin yang
benar-benar memiliki wawasan Qur’anik dan Sunnah serta quwwah.
3.Kekurangan
rijal ruhaniyy sebenar.Memang ada
aktiviti keruhaniyan tetapi pada taraf ‘adat-kebiasaan semata-mata seperti
membaca beberapa wirid selepas solat atau dalam program tertentu.Kurang
memahami epistemologi ruhaniyyah sebenar – keruhaniyan ialah penyucian hati
yang sudah tentu bermula dengan wirid-wirid.Ruhaniyyah adalah nadi gerakan dakwah. Akibat dari fahaman aktivisme yang tebal, aktiviti ruhaniyyah, siddiqiyyah dan
rabbaniyyah sebenar, tidak dapat berjalan secara teratur. Ada yang meminati
hal-hal ruhaniyy, tetapi kefahaman ruhaniyy mereka, masih dibelenggu fahaman
dan bersifat materialistik.
4.Kekeliruan
fahaman mengenai doktrin, konsep dan epistemologi Ahli al-Sunnah wa al-Jama‘ah
dalam semua aspek. Bersekali dengannya ialah kekeliruan fahaman mengenai konsep fawz-kejayaan.
Sesetengah pendakwah tidak mengambil
peduli prihal epistemologi ASWJ ini, kerana menganut fahaman sesat ‘kembali kepada al-Qur’an’- perkataan betul tetapi maksudnya melencong.
Pada hakikatnya, propagandis ini, buta al-Qur’an, kerana secara jelas,
Sayyiduna ‘Abdullah ibn ‘Umar rodiyallahu
‘anhuma, ( secara marfu‘, Hadith riwayat Malik dan Daylamiyy ), dalam
menafsirkan ayat 106, Surah Aaliy ‘Imraan, berkata : tabyaddu wujuuhunn sebagai al-Jama‘ah dan al-ladzina
’s-waddat wujuuhuhum sebagai Ahli
al-Ahwa’. Sementara dalam lafaz Ibn Abiyy Haatim dan Allaalakaaiy dari Hadrat
‘Abdullah ibn ‘Abbas rodiyallahu
‘anhuma ialah Ahli al-Sunnah wa al-Jama‘ah dan kumpulan yang satu lagi
ialah Ahlu ’l bida‘ wa ’d-dolaalah. Mereka ini sesat. Jadi seruan
‘kembali kepada al-Qur’an’ sebenarnya, dalam perspektif al-Qur’an itu,
ialah kembali kepada ajaran ASWJ. Abuw al-Muzoffar rh berkata, ASWJ adalah Ahlu’n-Najaah,yang berjaya dan mereka
yang sesat itu, kerana tidak mengikut al-Kitab dan tidak juga al-Sunnah.
Dalam konteks sekarang, termasuk ke dalam kesesatan ialah kelompok berfahaman
Liberalisme-Pluralisme Agama.
5.Hambatan
lain ialah orang Islam yang dengki,
orang Munafiq yang
berkhianat dalam lingkungan, kelompok Kafir yang memerangi,
syaiton yang menyesatkan
dan rangsangan hawa nafsu
yang dituruti.
14.PENYELESAIAN
Antara
lain, penyelesaian kepada kemelut yang
ada ialah:
Mengenai
kekurangan rijal ‘ilmu, ia boleh
diselesaikan dengan memecah tembok kejahilan, membuang sikap malas dan segan mengaji dan ulangkaji. Bina sikap cinta
‘ilmu dan berusaha membina mahligai ‘ilmu kasbi-qalbiy, Fardhu ‘Ayn dan Fardhu
Kifayah yang berfaedah seperti yang di ajar oleh ASWJ.Adakan program ‘kilat’
seperti dalam Usrah dan program khas, mengkhatamkan sesebuah kitab-buku. Dalam
bab ‘Aqidah, disyorkan menekuni kitab-kitab Fiqh al-Akbar, karya Imam
al-Syafi‘i ( w:201 H ). Ada dua terjemahan dalam Bahasa Melayu, salah satunya
oleh Ust ‘Uthman El-Muhammady, yang akan diterbitkan oleh MUAFAKAT; Maqaalaat
al-Islaamiyyiin ( ada terjemahan Bahasa Indonesia, tetapi kurang menarik ),
karangan Abu al-Hasan al-Asy‘ariyy ( w:243 H ); al-Tamhiid, karya al-Baqillaniyy ( w:403 H ); al-Farqu Bayna al-Firaq (
terjemahan ke dalam Bahasa Melayu sudah siap dan insya Allah akan diterbitkan.) dan Usuul al-Diin oleh ‘Abdul
Qahir al-Baghdadiyy ( w:429 H ).[ kelas mengaji
kitab Usuul ad-Diin ini, sedang
berjalan di bawah bimbingan Ust ‘Uthman El-Muhammady, anjuran MUAFAKAT, sebagai
sambungan kepada kitab Fiqh al-Akbar yang telah selesai. Al-hamduli ’llah ] ; Tabsiir fi al-Diin, karya Abuw Muzaffar
al-Isfaraayniyy ( w:471 H ); al-Milal wa al-Nihal, karya al-Syahrastaniyy (
w:548 H ). Al-Milal, ada terjemahan Bahasa Indonesia dan Melayu, terbitan DBP; ‘Aqidah
Islam oleh Hasan al-Banna; dan ‘Aqaaid, oleh Sa‘id Hawaa. Juga perlu di teliti
kitab-kitab Sifat Dua Puluh
yang banyak terdapat di pasaran dalam Bahasa Melayu huruf Jawi dan Rumi.Untuk
memahami dan sekaligus menolak fahaman Muhammad ‘Abdul Wahhab ialah kertas
kerja Wacana Najdiyyun anjuran MUAFAKAT. Untuk
memahami dan sekaligus menolak ajaran Syi‘ah, lihat tulisan Sa‘id Hawwa,
Nadvi, Nu‘mani dan juga buku Mazhab Imam Dua Belas, karya Shah ‘Abdul ‘Aziz Dihlawi.( Sayangnya
terjemahan Bahasa Melayu yang
diterbitkan oleh DBP banyak kesalahan terjemahan ). Juga kertas kerja Seminar
Syi‘ah anjuran IPTI. Untuk melihat kekufuran fahaman Khumayni, sila lihat buku
tulisannya sendiri antara lain, al-Hukumah al-Islamiyyah, Kasyfu ’l-Asrar dan
juga Wasiyatnya. Dan untuk memahami dan sekaligus menolak fahaman Liberalisme –Pluralisme
Agama, tulisan yang baik dalam Bahasa Melayu ialah Tren Pluralisme Agama oleh
Dr. Anis Malik dan kertas kerja Wacana Pluralisme Agama anjuran MUAFAKAT yang
telah dibukukan bertajuk Pluralisme Agama Alat Iblis dan juga kertas kerja
Dr.Ghazali Basri. Untuk
melihat perkara yang boleh membatalkan Kalimah Syahadah dan menjadi murtad na‘uzubillah, sila tela‘ah antara lain,
buku-buku Sa‘id Hawwa dan kitab Tuhfah
al-Raaghibiin, dalam Bahasa Melayu huruf Jawi, karya Syaikh Arsyad
al-Banjari rh ( ada mengatakan karya
Syaikh ‘Abdul Somad Falimbang rh) dll.
Dalam Akhlaq, lihat huraian antara lain karya-karya al-Ghazzaliy rh, Hikam ‘Ataillah
rh, terjemahan Tok Ku Pulau Manis dan
Syarahnya oleh Sa‘id Hawaa dan Sa‘id Ramadhan al-Buthiy, juga ada terjemahan
dalam Bahasa Melayu, Hikam Abi Madyan oleh Syaikh Dawud al-Fathoniyy, yang
sudah puluhan tahun dipasaran, bersekali dengan huraian dan mudah diperolehi. Dan kini terdapat
terjemahan Bahasa Melayu/Indonesia kitab-kitab al-Muhasibi-Risalah
al-Mustarsyidin; Abu Tolib al-Makki-Qut al-Qulub; ‘Abdul Qadir al-Jailaniyy-
Wasiat Dan Nasihat Keruhaniyyan; Kharraj- al-Luma‘, Qusyairi-Risalah, Ahmad
al-Rifa‘i- Benteng Diri Ahli Hakikat dan banyak lagi. Jauhi fahaman keruhaniyan
Perennial Philosophy dan Pure Metaphysics seperti yang diajar
oleh Frithjof Schuon, Hossein Nasr dan pengikutnya. Ringkasnya, berusaha memahami
teks-teks klasik dalam semua subjek dengan baik dan juga pemikiran semasa dengan merujuk kepada dan menjadikan
teks tersebut sebagai neraca. Dalam hal
Fiqh ‘ibadah dan hukum-hakam, berusaha memahami dan melaksanakannya dengan
betul dan sah ‘ibadat tersebut dan benar dalam segala hukum-hakam dengan
menekuni teks-teks muktabar dalam Fiqh Syafi‘i. Tulisan dalam Bahasa Melayu
antara lain: Matla‘ al-Badrayn ( ada edisi huruf Rumi),Sabil al-Muhtadiyn,Kifayah
al-Muhtadiyy,Muniyah al-Musolliy, Furu‘ al-Masaail, dan dalam Bahasa Melayu
semasa huruf Rumi ialah terjemahan Fiqh al-Manhaji.(Terjemahan yang baik ialah
terbitan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan) dll. Jauhi sikap bermudah dalam
beribadat dan menurut-nurut orang dan menolak otoriti Mazhab.Hendaklah
berpegang teguh kepada salah satu dari Mazhab Empat.Dalam konteks Malaysia,
bahkan seluruh ‘Alam Melayu, Mazhab Imam al-Syafi‘i hendaklah diamalkan,
kecuali sahabat-sahabat kita yang asal berMazhab Hanafi.Dalam Tafsir menekuni
Ibn Katir dll teks klasik. Dalam Hadith, syarah Imam al-Nawawi, Ibn Hajar dll
antara yang wajar menjadi pegangan. Perlu juga menekuni ‘ilmu Usul al-Fiqh yang
basik, yang banyak sekarang dihurai dalam Bahasa Melayu. Dalam doktrin dan
konsep politik elok menekuni antara lain
karya al-Maawardiyy, al-Ghazzaliyy dan lain-lain teori dalam doktrin wacana
ASWJ.Tolak doktrin politik Syi‘ah dan Khawarij.
Mengenai
kekurangan rijal dalam kepimpinan, ia
boleh diatasi melalui program pembinaan qiyadah yang khusus, serious,
berdisiplin dan berterusan. Perlu menentukan standard tertentu dalam memilih
pemimpin. Standard dan kriatiria ini mestilah dirujuk kepada dan yang
dipersetujui dalam kehidupan Solihin dan berpandukan Ijma‘. Dalam sistem
memilih pemimpin secara pilihan majoriti, kesulitan akan timbul kerana kualiti
pemilih berbeza-beza dalam menilai standard pemimpin, maka individu yang tidak
menepati kriatiria mungkin terpilih. Perkara ini tidak menjadi masalah dan
boleh diatasi dengan merujuk kepada Dasar Perjuangan yang termaktub dalam
Perlembagaan organisasi tersebut dan melalui proses pembinaan ‘ilmu dan
tarbiyyah berterusan.
Kekurangan
rijal ruhaniyy dapat di atasi dengan
menekuni kitab-kitab ruhaniyy yang muktabar, secara teratur, bermanhaj,
berdisiplin dan merujuk kepada yang benar-benar ahli.‘Ilmu ini digarap melalui riyadah qalbiyah yang intensif
melalui pelaksanaan ‘ibadah fardhu, terutamanya solat dan zikir-zikir yang
lain. Senantiasa bermuhasabah (bersendirian dan juga oleh
sahabat-sahabat),tafakkur,muraqabah,mu‘atabah dan mujahadah serta mengingati
mati berdasarkan neraca al-Qur’an, al-Sunnah dan perjalanan hidup Solihin.
Kitab yang baik untuk dirujuk antara lain: Hidayah al-Salikin dan Siyar
al-Salikin oleh ‘Abdul Somad al-Falimbani; dan Ihya’ al-Ghazzaliyy;
Mustakhlash-Induk Penyucian Diri, Manazil,karya Sa’id Hawwa dll. Hubaya dengan
syaikh yang bukan dari ASWJ. Kitab-kitab ini boleh menjadi ‘Syaikh’ seperti
kata Sa‘id Hawwa.
Mengenai
kekeliruan dalam memahami epistemolgi ASWJ boleh diselesai melalui wacana ‘ilmu
seperti dalam nombor satu di atas. Untuk bantuan, perlu mengeratkan pergaulan
dengan ahli ‘ilmu yang amanah dan solih dari kalangan ASWJ.
Menghilangkan
taksub dan pendewaan kepada kumpulan dan pemimpin dengan menela‘ah kisah-kisah
Sahabah dan Solihin.Taksub negatif, menjadi hijab tebal dalam usaha mengislah
diri dan memartabatkan kalimatu ’llahi
hiya ’l-‘ulya. Bina ‘taksub’ dan ‘pendewaan’ kepada Solihin kerana suruhan Allah: wa alhiqna bi ’s-soolihiin dan kepada Islam! .
Memahami
secara benar epistemologi rahmatan li ’l ‘aalamiin seperti yang
dihuraikan oleh ASWJ kerana rahmat
dalam konsep inilah sahaja yang benar dan benar-benar dapat memberi kerahmatan yang mengandungi didalamnya
keamanan, keselamatan, kesejahteraan, kedamaian, ketenangan dan keadilan kepada
‘alam dan semua pengghuninya termasuk haiwan dan tumbuh-tumbuhan, seperti yang
disebut dalam al-Qur’an, berbanding dengan konsep Liberal itu. Perlu ada usaha
sungguh-sungguh merealisasikannya dengan
diawali oleh wacana dan tulisan.
Berusaha
memahami dan bermujahadah untuk merealisasikan makna dan huraian al-Qur’an dan
al-Sunnah, bacaan-bacaan du‘a dan wirid-wirid yang dibaca, semuga ia
benar-benar melekat pada diri, mesra di hati dan menjadi petunjuk dan neraca dalam membentuk sikap hidup dan
tindakan. Sebagai contoh, Allah menerangkan perangai jahat orang Yahudi, tetapi
masih ada yang menjadikannya teman sejati; dalam du‘a pula, memohon Allah
menolong mengalahkan Kafirun tetapi
dalam praktis hidup, membela Kafirun dan
menjadikan ajaran mereka sebagai pakaian
hidup; atau minta dimatikan sebagai Syuhada’ dan Solihin tetapi menolak doktrin
Jihad dan memperleceh Solihin dsb.
Mengenai
orang Islam yang dengki kepada dakwah, serahkan sahaja kepada Allah. Mengenai
kumpulan Munafiq dalam erti ia mengkhianat perjuangan Islam ASWJ, mereka perlu
di peringatkan dan jika masih tidak berubah, tindakan perlu diambil hingga ke
peringkat mengeluarkannya dari lingkungan. Mengenai ancaman Kuffar pula,
al-Qur’an menyuruh kita bersiap siaga dengan persiapan jasmani dan ruhaniyy.
Persiapan jasmani-material sekadar seadanya sahaja kerana selebihnya akan
‘dicukupkan’ oleh Allah seperti dalam peperangan-peperangan terdahulu yang
direkodkan dalam al-Qur’an. Persiapan dan kekuatan ruhaniyy perlu ditekankan
dengan sifat thubut, tawakkul, tidak gentar dan ingin syahid, kerana sifat
ruhaniyy adalah tunjang.Mengenai hasutan syaiton dan pengaruh hawa nafsu pula,
dapat dikekang melalui riyadhoh ruhaniyy seperti yang dihuraiankan pada nombor
tiga ( 3 ) di atas.
15.PENUTUP
Dakwah ilallah
adalah usaha mulia tetapi berat dan penuh ujian.Ia mesti bermula dari pembinaan
diri supaya tidak terkena penyakit ata’muruuna
’n-naasa bi ’l-birriy wa tansawna anfusakum (al-Baqaroh:44), menyuruh orang
berbuat baik tetapi melupai diri sendiri.Ia perlu dilaksanakan atas dasar marhamah sebagai perawat penyakit,
pembenteras ancaman dan pemelihara Ummah.MANIFESTO yang digagaskan ini, akan berjaya
dilaksanakan - dengan rahmat Allah -
melalui keikhlasan sikap dan kemurnian niyat serta keteguhan ‘azam, melalui
penyusunan dan pemikiran strategik, mengikut
uslub-kaedah Salaf
berserta dengan muhasabah mendalam. Pendakwah mesti menanamkan keyakinan bahawa
usaha Gerakan Dakwah adalah gerakan paling utama dan teramat penting dalam
masyarakat dan merupakan first force,
mengatasi gerakan politik, kerana ia menjunjung
Titah Allah dan menyambung Risalah Rasul-Nya dalam rangka memelihara al-Diin dari
diseleweng dan menjaga ‘izzah-kemuliaan-ketinggian Ummah hingga ke juzuk-juzuk
paling seni dalam diri yang insya Allah akan
dapat menghasilkan hasanah fi ’d-dunya wa ’l- aakhirah yang tidak dapat dijayakan oleh
gerakan politik per se.
Disamping
itu, pembinaan jaringan di luar lingkungan sendiri perlu diperhebat dan diperkukuh dengan ba’sun syadiid tenaga raksasa untuk jangka pendek dan jangka
panjang demi rahmatan li ’l ‘aalamiin.
Wa ridhwaanunn minallaahi akbar
. Dzaalika huwa ’l-fawzu ’l-‘aziim.
wamaa tawfiiqi illa billah
Isnin,20
Dzul Qa’dah 1432 bersamaan 17 Oktober 2011.