ASYIRAH SUFIYYAH
LATAR BELAKANG
1. Sufi/Tarekat/Tasawuf merupakan
sebahagian teras pengamalan Islami ad-Din (Islam,Iman,Ihsan) menurut al-Quran
dan as-Sunnah.
2. Pembangunan kerohanian adalah penting diseimbangkan
dengan pembangunan material atau fizikal bagi memberi impak positif yang besar
kepada pembangunan negara dan masyarakat.
3. Sumbangan dan peranan golongan Sufi/Tarekat/Tasawuf
dalam sejarah dunia dan alam Melayu memainan peranan dalam dakwah Islamiah
termasuk penyebaran Islam ke alam Melayu.
4. Sumbangan ini memberi pandangan hidup
baru di alam Melayu dari sudut akidah, syariah, muamalah, keilmuan dan
ketamadunan Melayu Islami.
5. Kewujudan golongan Sufi/Tarekat/Tasawuf
yang bergerak secara bersendirian atau bersama secara tidak rasmi wajar
digemblengkan bagi mengerakkan secara bersepadu dalam penghayatan dan
pengamalan Islami secara efektif bagi agenda agama dan watan.
Ianya juga sebagai jalan penyelesaian bagi menangani ajaran sesat yang bertopengkan tarekat, sufi, tasawuf.
Ianya juga sebagai jalan penyelesaian bagi menangani ajaran sesat yang bertopengkan tarekat, sufi, tasawuf.
6. Kewujudan fenomena ajaran sesat serta
penyelewengan yang bertopengkan atau berunsur Sufi/Tarekat/Tasawuf serta
kekeliruan, salahfaham serta persepsi terhadap Tarekat/Tasawuf ini wajar
diperbetulkan, diperjelaskan secara positif, ilmiah dan rasional kerana
membiarkan ianya berterusan tanpa menanganinya amatlah merugikan kepada
masyarakat dan watan.
Ianya boleh menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat Islam yang memberikan kesan
kepada pembangunan modal insan dalam sesebuah negara
7. Untuk
perancangan jangka masa panjang, WAJAR diwujudkan pusat rujukan untuk
memperbetulkan salah tanggapan terhadap isu-isu yang dikemukakan oleh pihak tertentu
yang berperanan menangani apa-apa kekeliruan khususnya berhubung tasawuf dan
tarekat yang ditimbulkan oleh mana-mana
pihak sama ada organisasi, jabatan, badan bukan kerajaan, individu dan
lain-lain. Dan fokus adalah dakwah
dan keilmuan serta kesepakatan kerjasama
jaringan bagi agenda dakwah dan Islam.
a) Objektif
1)
Menyuburkan pengamalan Islami dan penghayatan Ilmu
Warisan Nabawi.
2)
Membentuk kesatuan hubungan sesama pengamal,pendokong dan
muhibbin.
3)
Menyemarak majlis-majlis berkaitan Sufi/Tarekat /Tasawuf
melalui pelbagai medium secara bersepadu.
4) Memberi kefahaman, penjelasan yang
betul mengenai Sufi/Tarekat /Tasawuf sebagai aspek penting dalam agama,
pengamalan,keilmuan dengan mekanisme yang betul dan saluran pelbagai medium.
5) Sebagai platform menjadikan pusat
rujukan muktabar dan pangkalan data maklumat
berkaitan Sufi/Tarekat /Tasawuf di Malaysia.
6) Menyebarluaskan dan Mengambil intipati khazanah ulama dan karya
turas Islami (Arab/Jawi) kepada masyarakat sama ada melalui pengajian, sebaran
maklumat, wacana, program sebagai teras memperkasa jatidiri Melayu Islami.
b) Fungsi
1)
Menjana pemikiran dan merancang strategi untuk
memartabatkan kerohanian Islam dan pemerkasaan ad-Din menurut kerangka Ahli
Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) .
2)
Mewujudkan mekanisme pelaksanaan yang efektif untuk
mencapai objektif yang telah ditetapkan;
3)
Mengenal pasti isu-isu semasa dan mengkaji isu yang dilontarkan melalui semua saluran media
massa oleh mana-mana pihak bagi menangkis salah faham yang ditimbulkan;
4)
Penjelasan, Penerangan dan Menangkis salah faham dan
tohmahan dan memperbetulkan secara efektif yang timbul di kalangan pihak
terbabit agar masyarakat awam tidak mudah terpengaruh dengan anasir-anasir
salah dan propaganda yang diuar-uarkan;
5)
Menyampaikan maklumat yang betul dan keilmuan kepada
masyarakat melalui media massa dan program-program seperti seminar, wacana
ilmu, maulid, hadrah zikr, selawat, qasidah dan sebagainya;
6)
Menyediakan pengajian berkonsep ilmu warisanan Nabawi dan
program-program berkaitan dari masa ke semasa
7)
Mewujudkan pusat maklumat, pangkalan data dan bahan
rujukan serta media sama ada media cetak, media siber dan media elektronik
8) Membentuk jalinan dan kerjasama sesama
pengamal, pendokong dan muhibbin di Malaysia, serantau dan antarabangsa dan
Menjalin kerjasama yang baik dengan pelbagai pihak yang boleh memberikan
manfaat sama ada di peringkat negara, serantau dan antarabangsa.
INSTITUSI
RASMI TAREKAT SUFI :
Mesir:
MAJLIS A’LA TURUQ SUFIYYAH
(77 Tarekat Sufi)
Indonesia:
JAM’IYYAH THORIQOH MUKTABAROH NAHDILIYYAH
(81 Tarekat Sufi)
Malaysia:
JILSAH TURUQ SUFIAH, JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN
(9 Tarekat Sufi)
Disediakan oleh,
Rizhan el-Rodi