ASPIRASI / INSPIRASI

Ilmu Massa, Turath, Sejarah. Analisa Kajian Budaya Pemikir. Peradaban Insani Kalbu Akal Mencerah. Hakikat Amal Zikir Dan Fikir. Ilmu, Amal, Hikmah Menjana Pencerahan. Ulul-Albab Rausyanfikir Irfan Bistari. Tautan Mahabbah Mursyid Bimbingan. Alam Melayu Alam Islami Tamadun Melayu Peradaban Islami. Rihlah Ilmiah Menjana Pencerahan Pemikiran, Kefahaman & Ketamadunan (Ilmu,Amal,Hikmah & Mahabbah) - Inspirasi: Rizhan el-Rodi

Pattani


PATTANI : Isu sebahagian Tanah Melayu

Pattani merupakan sebahagian daripada Tanah Melayu dan pernah dibawah pemerintahan kesultanan Melayu Pattani, namun sejak sekian lama bumi Melayu tersebut terus dijajah oleh Siam sehingga ianya menjadi sebahagian daripada negara Thailand hari ini. Pattani berkongsi dengan bumi Melayu lain sebagai sebangsa dan seagama dimana melayu dan Islam sememangnya sebati dikalangan masyarakat mereka.

Islam mesuk ke Pattani dikatakan pada abad ke-12 oleh para pendakwah sufi dan pedagang muslim. Kedatangan Islam merancakkan perkembagan masyarakat dari segi sosial, ekonomi, budaya, pendidikan dan sebagainya. Pattani mencapai kegemilangan sebagai tempat yang melahirkan banyak institusi pondok bagi pengajian agama Islam yang merupakan nadi kepada jatidiri dan kelangsungan Islam dan Melayu di sana. Kerana sejak sekian lama Siam meneruskan agenda bagi mengasimilasikan masyarakat disana agar dikenali Thai Muslim. Institusi pondok menjadi benteng terakhir dalam mempertahankan bangsa Melayu dan agama Islam disana walaupun sentiasa diasak dan didiskriminasikan oleh kerajaan Siam.

Masyarakat disana dipaksa supaya menerima budaya Thai dan nasionalisme Thai, perpindahan besar-besaran kalangan masyarakat Siam ke Pattani bagi mengurangkan peratusan masyarakat Melayu disana. Bahasa Siam menjadi bahasa rasmi di pejabat/ urusan pentadbiran dan di sekolah-sekolah. Bahasa Melayu hanya sekadar bahasa pertuturan dan dipelajari di pondok sahaja. Institusi pondoklah memberi sumbagan penting kepada umat Islam dan bangsa Melayu disana agar ianya tidak terus lenyap diganyang oleh Siam. Antara tokoh ulama tersohor disana ialah Syeikh Wan Daud, Syeikh Wan Ahmad, Syeikh Wan Abdul Kadir, Tok Bermin, Tuan Guru Hj Sulong dan ramai lagi.

Pattani terletak di Selatan Thai dan bersebelahan Malaysia, bahkan masyarakat melayu Pattani berkongsi adab dan budaya yang sama serta dialek percakapan hanpir sama dengan orang Melayu Kelantan. Pattani kini dipecahkan kepada 4 wilayah iaitu Yala (60% Melayu), Pattani (75% Melayu), Narathiwat (76% Melayu dan Satun (64% Melayu). Dan jumlahnya kini melebihi 7 juta orang.

Agenda Siam:
Asimilasi – Melalui perpindahan dan pendidikan kebangsaan Thai.
Bahasa – Bahasa Siam sebagai bahasa rasmi dalam urusan pentadbiran dan pendidikan.
Birokrasi – Orang Melayu kurang mendapat jawatan dan kedudukan dalam pentadbiran kerajaan Thai.
Institusi Pondok - sebagai ganti mewujudkan sekolah agama kebangsaan dan dimasukkan pendidikan bahasa Siam sebagai cara beransur-ansur melenyapkan institusi pondok.
Gerakan pemisah – mengharamkan gerakan pemisah.
Kemerosotan akhlak – masalah sosial dan dadah.
Kemiskinan dan buta huruf – kadar kemiskinan dan buta huruf kalangan masyarakat Melayu begitu tinggi.
Diskriminasi dalam bidang sosial, politik ,ekonomi, dan pekerjaan.

Gerakan Pejuang

Atas faktor diatas dan sejarah, melangsungkan kewujudan para pejuang Melayu walaupun ada pasang surutnya. Gerakan pemisah ini bergerak dalam pelbagai kumpulan dan nama antaranya:
BIPP (Barisan Islam Pembebasan Pattani)
BRN (Barisan Revolusi Naisonal)
PULO (Pattani United Liberation Organization)
GMP (Gerakan Mujahidin Pattani)
BERSATU (Gabungan Barisan Bersatu Kemerdekaan Pattani) yangmerupakan gabungan kalangan kumpulan tersebut bagi tujuan yang sama iaitu menuntut kemerdekan bagi tanah Melayu kepada orang Melayu, walaupun pendekatan mereka berbeza dan pernah dipimpin oleh Dr Wan Abdul Kadir Che Man

Kesan Gerakan Pemisah Ini:
- Masyarakat Melayu semakin mendapat tempat, peluang daripada pemerintah Siam walaupun sedikit dari segi sosioekonomi dan sosiopolitik.
- Melambatkan kelancaran proses asimilasi Siam.
- Membuka minda masyarakat Melayu serumpun dan masyarakat antarabangsa.
- Perjuangan Pattani suatu perjuangan berasaskan kepada faktor sejarah, agama, bangsa dan bumi Melayu.

Bangsa Melayu Pattani: hidup dan mati bergantung kepada:
i. Polisi asilimilasi kerajaan Thai
ii. Peranan perjuangan pembebasan
iii. Peranan Golongan Melayu dalam birokrasi Thai.
iv. Peranan Alim Ulama.
v. Peranan Rakyat Pattani sendiri.

Syeikh Ahmad Zaini Dahlan


Sheikh Ahmad Zaini Dahlan

Syeikhul Islam Sayyid Ahmad Zaini Dahlan al-Hasani Radhiyallahu 'Anhu
Kalangan penuntut ilmu dipondok atau pesantren, nama Sayyid Ahmad Zaini Dahlan sudah tidak asing lagi. Namanya harum dan masyhur dikalangan mereka kerana sebahagian besar daripada sanad keilmuan para ulama Nusantara (Malaysia, Indonesia dan Fathoni) bersambung kepada ulama besar ini. Dan di kalangan para ulama ianya sangat terkenal sebagai ulama seorang pembela Ahlus Sunnah wal Jamaah dalam pertembungan dengan Wahabi. Ulama besar ini amat dimusuhi oleh puak Wahabi atau kaum muda[h]. Maka banyak fitnah yang ditaburkan terhadap ulama besar ini agar orang-orang yang jahil macam kita menjauhinya.Ulama besar inilah yang telah memberi perlindungan kepada Syeikh Rahmatullah bin Khalilurrahman al-Kiranawi al-Hindi al-Utsmani (lahir 1226H/1811M, riwayat lain lahir Jumadil Awwal 1233H/9 Mac 1818M, wafat malam Jumaat, 22 Ramadan 1308H/2 Mei 1891M) ketika diburu oleh penjajah British bahkan memperkenalkan kepada pemerintah Makkah. Seterusnya memberi laluan untuk Syeikh Rahmatullah membuka Madrasah Shaulatiyah.


Sayyid Ahmad Zaini Dahlan adalah merupakan seorang Syeikhul Islam, Mufti Haramain dan Pembela Ahlus Sunnah Wal Jama`ah. Berasal dari titihan yang mulia, ahlul bait Rasulullah صلى الله عليه وسلم melalui susur-galur Sayyiduna Hasan, cucu kesayangan Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Berdasarkan kepada kitab "Taajul-A'raas", juzuk 2, mukasurat 702 karya al-Imam al-'Allaamah al-Bahr al-Fahhamah al-Habib 'Ali bin Husain bin Muhammad bin Husain bin Ja'faar al-'Aththaas.

Nasabnya adalah seperti berikut:-Al-Imam al-Ajal wal-Bahrul Akmal Faridu 'Ashrihi wa Aawaanihi Syeikhul-Ilm wa Haamilu liwaaihi wa Hafidzu Haditsin Nabi s.a.w. wa Kawakibu Sama-ihi, Ka'batul Muriidin wa Murabbis Saalikiin asy-Sayyid Ahmad bin Zaini Dahlan bin Ahmad Dahlan bin 'Utsman Dahlan bin Ni'matUllah bin 'Abdur Rahman bin Muhammad bin 'Abdullah bin 'Utsman bin 'Athoya bin Faaris bin Musthofa bin Muhammad bin Ahmad bin Zaini bin Qaadir bin 'Abdul Wahhaab bin Muhammad bin 'Abdur Razzaaq bin 'Ali bin Ahmad bin Ahmad (Mutsanna) bin Muhammad bin Zakariyya bin Yahya bin Muhammad bin Abi 'Abdillah bin al-Hasan bin Sayyidina 'Abdul Qaadir al-Jilani, Sulthanul Awliya` bin Abi Sholeh Musa bin Janki Dausat Haq bin Yahya az-Zaahid bin Muhammad bin Daud bin Muusa al-Juun bin 'Abdullah al-Mahd bin al-Hasan al-Mutsanna bin al-Hasan as-Sibth bin Sayyidinal-Imam 'Ali & Sayyidatina Fathimah al-Batuul رضي الله عنهم اجمعين.


Menurut riwayat, Sayyid Ahmad Zaini Dahlan lahir di Makkah pada 1232H/1816M. Selesai menimba ilmu di kota kelahirannya, ia lantas dilantik menjadi mufti Mazhab Syafi‘i, merangkap Syeikh al-Haram iaitu “pangkat” ulama tertinggi yang mengajar di Masjid al-Haram yang diangkat oleh Syeikh al-Islam yang berkedudukan di Istanbul, Turki.Beliau sangat masyhur, dan daripada kemasyhuran inilah maka beliau diberi pelbagai gelaran dan julukan antaranya al-Imam al-Ajal (Imam pada waktunya), Bahrul Akmal (Lautan Kesempurnaan), Faridu 'Ashrihi wa Aawaanihi (Ketunggalan masa dan waktunya), Syeikhul-Ilm wa Haamilu liwaaihi (Syeikh Ilmu dan Pembawa benderanya) Hafidzu Haditsin Nabi - Shallalahu 'Alaihi wa Sallam - wa Kawakibu Sama-ihi (Penghafal Hadits Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam dan Bintang-bintang langitnya), Ka'batul Muriidin wa Murabbis Saalikiin (Tumpuan para murid dan Pendidik para salik).Murid beliau Sayyidi Abu Bakar Syatho ad-Dimyathi [gambar atas - kanan] dalam "Nafahatur Rahman" antara lain menulis:-
“Sayyid Ahmad bin Zaini Dahlan رضي الله عنه hafal al-Qur`an dengan baik dan menguasai 7 cara bacaan Qur`an (7 qiraah). Beliau juga hafal kitab "asy-Syaathibiyyah" dan "al-Jazariyyah", dua kitab yang sangat bermanfaat bagi pelajar yang hendak mempelajari qiraah 7. Kerana cinta dan perhatiannya pada al-Qur`an, beliau memerintahkan sejumlah qari untuk mengajar ilmu ini, beliau khuatir ilmu ini akan hilang jika tidak diajar terus.”


Murid-muridnya Diantara ulama-ulama Nusantara yang pernah berguru dengan ulama besar ini ialah:-
Kiyai Nawawi Banten
Kiyai Muhammad bin Abdullah as-Shuhaimi
Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathoni menurut satu riwayat
Kiyai Muhammad Saleh Darat
Syeikh Ahmad Khatib bin Abdul Latif bin Abdullah al-Minankabawi
Sayyid Utsman Betawi
Tuan Hussin Kedah
Syeikh Ahmad Yunus Lingga,
Sayyid Abdullah az-Zawawi, Mufti Syafiiyyah, Mekah,
Datuk Hj Ahmad Ulama Brunei,
Tok Wan Din, nama yang sebenar ialah Syeikh Wan Muhammad Zainal Abidin al-Fathoni,
Syeikh Abdul Qadir al-Fathoni (Tok Bendang Daya II),
Syeikh Abdul Hamid Kudus,
Kiyai Muhammad Khalil al-Maduri,
Haji Utsman bin Abdullah al-Minankabawi, Imam, Khatib dan Kadi Kuala Lumpur yang pertama,
Syeikh Arsyad Thawil al-Bantani,
Syeikh Muhammad al-Fathoni bin Syeikh 'Abdul Qadir bin 'Abdur Rahman bin 'Utsman al-Fathoni
Tuan Kisa-i’ Minankabawi [atau namanya Syeikh Muhammad Amrullah Tuanku Abdullah Saleh. Beliau inilah yang melahirkan dua orang tokoh besar di dunia Melayu. Yang seorang ialah anak beliau sendiri, Dr. Syeikh Haji Abdul Karim Amrullah. Dan yang seorang lagi ialah cucu beliau, Syeikh Abdul Malik Karim Amrullah (HAMKA)]
Saiyid Abdur Rahman al-Aidrus (Tok Ku Paloh)
Syeikh Utsman Sarawak [gambar bawah - kanan]
Syeikh Abdul Wahab Rokan dan ramai lagi.


Selain itu ramai ulama di Nusantara yang bersambung sanad keilmuan mereka kepada murid kepada Sayyid Ahmad Zaini Dahlan iaitu Sayyid Abu Bakar Syatho ad-Dimyathi dan Syeikh Ahmad al-Fathoni. Bahkan Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathoni juga merupakan murid kepada Sayyid Abu Bakar Syatho ad-Dimyathi. Dan murid kepada Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathoni yang bertebaran di seluruh pelusuk Nusantara sangatlah banyaknya.KaranganSayyid Ahmad Zaini Dahlan adalah seorang ulama yang produktif Selain melahirkan para ulama beliau beliau juga menghasilkan karangan amatlah banyaknya antaranya adalah:-
al-Futuhatul Islamiyyah;
Tarikh Duwalul Islamiyyah;
Khulasatul Kalam fi Umuri Baladil Haram;
al-Fathul Mubin fi Fadhoil Khulafa ar-Rasyidin;
ad-Durarus Saniyyah fi raddi 'alal Wahhabiyyah;
Asnal Matholib fi Najati Abi Tholib;
Tanbihul Ghafilin Mukhtasar Minhajul 'Abidin;
Hasyiah Matan Samarqandi;
Risalah al-Isti`araat;
Risalah I'raab Ja-a Zaidun;
Risalah al-Bayyinaat;
Risalah fi Fadhoilis Sholah;
Shirathun Nabawiyyah;
Mukhtasor Jiddan, Syarah Ajrumiyyah;
Fathul Jawad al-Mannan;
al-Fawaiduz Zainiyyah Syarah Alfiyyah as-Sayuthi;
Manhalul 'Athsyaan;


KewafatannyaSetelah menaburkan jasanya di Makkah, Saiyyid Ahmad bin Zaini Dahlan al-Hasani berangkat ke kota Madinah, kerana suasana di kota Makkah kurang aman dan beliau wafat di kota Madinah pada 1304H/1886M dan dimakamkan disana. Semoga Allah sentiasa mengasihi dan merahmati Sayyid Ahmad Zaini Dahlan al-Hasani.

Syeikh Ahmad Arabi as-Syarnubi



Syeikh Ahmad Arabi as-Syarnubi
(931-994 H)

Beliau ialah Sayyid Ahmad Arabi bin Sayyid Othman bin Sayyid Ali Nuruddin bin Sayyid Abi al-Abbas bin Sayyid Mohamed bin Sayyid Ahmad bin Sayyid Mohamed bin Sayyid Ahmad bin Sayyid Ali al-Burhani bin Sayyid Khaidir bin Sayyid Ali bin Sayyid Mohamed bin Sayyid Yusuf bin Sayyid Sulaiman bin Sayyid Abdul Muhaimin bin Sayyid Abdul Khaliq Solahuddin bin Sayyid Mohamed Qamar ad-Daulat bin Sayyid Hussein bin Sayyid Hasan al-Soyad bin Sayyid Ibrahim al-Ghalibi bin Sayyid Omar bin Sayyid Mohamed Abdul Salam bin Sayyid Ibrahim Redha bin Sayyid Musa al-Kazim bin Sayyid as-Sidiq bin Sayyid Jaafar as-Sodiq bin Sayyid Mohamed al-Baqir bin Saidina Ali Zainal Abidin bin Saidina Hussin bin Saidina Ali dan Saidinatina Fatimah az-Zahra’ binti Saidina Mohamed SAW.

Beliau dilahirkan di Syarnub, Wilayah Buhairah, Mesir pada tahun 931 H. Beliau mempunyai banyak karamah dan begitu alim sebagaimana diriwayatkan oleh para ulama lain dan dinukilkan dalam kitab-kitab. Semenjak kecil beliau merupakan seorang yang rajin beribadat dan mendapat didikan baik daripada ibunya Sayyidah Ayidah yang merupakan seorang solehah.

Beliau pernah bermusafir ke Haramayn, Syam, Istanbul dan Cyprus. Pernah tinggal di Haramayn selam 7 tahun, dan disana beliau berbakti mencurah ilmunya kepada umat Islam disana. Antara kitab karangan beliau ialah ‘Taiah as-Suluk Ila Malikul al-Muluk’. Semasa di Istanbul, Sultan Salim meminta Syeikh Nuruddin dan beliau untuk ke Cyprus bagi berdoa dan membuka kawasan takluk Osmaniah bagi menyebarkan Islam disana dan berkatnya Islam berjaya bertapak disana.

Pada mulanya beliau mengikuti Tariqat as-Syaziliah dan seterusnya Tariqat ad-Dusuqiah, dan antara gurunya Syeikh Mohamed as-Shahawi, Syeikh Abdul Rahman al-Tajuri, Syeikh Abdul Salam al-Magribi, Syeik Ali as-Sakari, Syeikh Ali al-Muttaqa, Syeikh Abdul Rahim al-Beiruti, Syeikh Abu Hassan al-Bakri, Syeikh Sulaiman al-Khadiri, Syeikh Ibrahim al-az-Zakir, Syeikh Badruddin al-Adili, Syeikh Zain al-Mursafi da Syeikh Nuruddin. Beliau mashur sebagai wazir Syeikh Ibrahimad ad-Dusuqi serta merupakan mashrabnya beliau menjadi wazir hakiki kepada Qutub Aqtab Abu Ainain. Dari sanadnya beliau mengambil baiah daripada Syiekh Mohamed al-Itris daripada Syeikh Jalaluddin as-Suyuti daripada Syeikh Mohamed Abdul Salam as-Syazili dan melaui Syeikh al-Itris juga berkesinambungan kepada Syeikh Musa Abu al-Imran dan daripada Syeikh Ibrahim ad-Dusuqi.

Beliau menyampaikan banyak pesanan antaranya: Supaya rajin membaca al-Quran dan menuntut ilmu. Katanya juga kepada muridnya, seorang Syeikh akan menjada murid yang sodiq samaada ianya jauh dan dekat.

Kalangan ulama ramai yang menjadi muridnya antaranya ialah :
- Syeikh Ibrahim al-Laqani
- Syeikh Sulaiman bin Soleh ad-Damanhuri
- Syeikh Daud al-Laqani
- SyeikhAli Munir al-Laqani
- Syeikh Syihabuddin al-Dumyati
- Syeikh Abu Barakat al-Hasani
- Syeikh Ibrahim Syabarkiti
- Syeikh Hijazi as-Sakandari
- Syeikh Syamsuddin al-Tilbani
- Syeikh Ali Abu Rabah al-Absyiti
- Syeikh Mohamed al-Balqini
- Syeikh Ubaid al-Tamani
- Syeikh Abu Nasr ad-Dusuqi
- Syeikh Sulaiman al-Burhani
- Syeikh Syarafuddin al-Mursyid
- Syeikh al-Bulini
- Syeikh Sulaiman al-Alaqani
- Syeikh Hamidi al-Khulaidi
- Syeikh Mohamed bin Sakran
- Syeikh Amir al-Baqali
- Syeikh Ibrahim as-Syarnubi
- Syeikh Ibrahim as-Samdisi
- Syeikh Hasan al-Manzilani
- Syeikh Sulaiman as-Isnawi
- Syeikh Abdullah al-Maghribi
- Syeikh Salim ad-Damanhuri
- Syeikh Zain al-Mihlawi
- Syeikh Mohamed ad-Dusuqi


Pada tahun 994H beliau berangkat kali kedua ke Istanbul dan ketika disana beliau jatuh sakit sehinggalah beliau meninggal dunia dan dimakamkan disana. Umur beliau pada masa tersebut ialah 63 tahun.


Ulul Albab: Yahudi gerun keturunan Rasulullah

Oleh Abdurrahman Haqqi



"SESUNGGUHNYA hak Rasulullah SAW tidak dapat ditunaikan oleh seseorang. Dan sesungguhnya Rasulullah SAW tidak meminta darimu lebih daripada mencintai kerabatnya! Dengan wajah apa engkau menghadap Nabi SAW ketika Baginda memberi syafaat bagimu di sisi Allah, walaupun balasan salah seorang cucunya, padahal Baginda tidak minta apa pun darimu kecuali hanya mencintainya." (Dr Muhammad Abduh Yamani, Pandangan Ahlussunah Terhadap Ahlul-bait, Terj., 35)
Ketika penulis berjalan di pusat beli-belah Alamanda di Putrajaya tidak lama dulu, penulis terserempak buku bertajuk Ahlul-bait (Keluarga Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu, susunan Tun Suzana Tun Othman dan Muzaffar Mohammad. Demi kecintaan kepada ahlul-bait, penulis membeli buku berkenaan.
Sememangnya ia sangat informatif dan bermanfaat. Semalam, sebagai tanda terima kasih dan kesyukuran atas jasa yang tidak ternilai harganya, kita menyambut dengan meriah dan penuh khidmat Hari Keputeraan Rasulullah SAW di seluruh dunia.
Umat Islam merayakannya dengan pelbagai cara, ada dengan perarakan, zikir maulud, bacaan selawat, malah sebagai bukti negara kita adalah negara Islam, hari berkenaan dijadikan cuti umum setiap tahun.
Satu aspek yang jarang disentuh dalam kita memperingati Hari Keputeraan Rasulullah adalah tuntutan agama Islam dalam mencintai keluarga Rasulullah SAW. Dalam hadis disebutkan maksudnya: "Belum sempurna iman seorang hamba Allah sebelum cintanya kepadaku melebihi cinta kepada dirinya sendiri; sebelum cintanya kepada keturunanku melebihi cinta kepada keturunannya sendiri; sebelum cintanya kepada ahli-baitku melebihi cinta kepada keluarganya sendiri; dan sebelum cinta nya kepada zatku melebihi cinta kepada zatnya sendiri." (Riwayat at-Tabrani).
Hadis ini sebagai perluasan terhadap pemahaman ayat al-Quran yang bermaksud: "Nabi itu hendaknya lebih utama bagi orang Mukmin daripada diri mereka sendiri dan isterinya adalah menjadi ibu mereka." (Surah al-Ahzab: 6)
Dalam sistem khilafah atau kenegaraan Islam sepanjang sejarah, hal ehwal ahlul-bait dimasukkan dalam satu daripada jabatan sistem perkhidmatan awamnya. Ia membuktikan pentingnya mereka dalam Islam kerana mereka adalah titipan dan pusaka Baginda kepada umatnya. Nabi bersabda maksudnya: "Kutinggalkan di tengah kalian dua pusaka (peninggalan): Kitabullah sebagai tali terentang antara langit dan bumi, dan keturunanku. Kedua-duanya itu tidak akan terpisah hingga kembali kepadaku di Haud (Telaga Nabi di syurga)." (Hadis riwayat Ahmad)
Dalam sistem itu, seperti ditulis al-Mawardi (w.450H) dalam kitabnya al-Ahkam al-Sultaniyyah, hal ehwal ahlul-bait di bawah jabatan yang dipimpin seorang Naqib yang bertanggungjawab melindungi keturunan mulia supaya 'tidak termasuk ke dalamnya orang yang tidak sepatutnya dan tidak terkeluar daripadanya orang yang daripada keturunannya'.
Antara tugas Naqib yang terpenting ialah membezakan rumpun ahlul-bait serta memastikan keturunan mereka dilindungi dan tidak bercampur aduk antara satu keturunan dengan keturunan lain.
Seseorang Naqib juga perlu memastikan ahlul-bait Rasulullah SAW di bawah sayapnya mempunyai budi pekerti tinggi selaras kemuliaan keturunan mereka supaya pandangan hormat masyarakat terhadap nama baik zuriat Rasulullah SAW tetap terpelihara.
Ahlul-bait mempunyai kedudukan mulia yang ditetapkan al-Quran seperti dalam ayat bermaksud: "Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa daripada kamu ahlul-bait dan mensucikan kamu sesucinya." (Surah al-Ahzab: 33)
Dalam hadis ada disebutkan maksudnya: "Bintang adalah keselamatan bagi penghuni langit, sedang ahlul-baitku keselamatan bagi penghuni bumi. (Hadis riwayat at-Tabrani)
Kecintaan junjungan kepada ahlul-bait tidak perlu dipertikai. Dalam hal ini Ibnu Taimiyyah ada menyebut hadis yang bermaksud: "Janganlah kalian berselawat untukku dengan 'Selawat Batra'. Sahabat bertanya: 'Wahai Rasulullah apakah yang dimaksudkan dengan 'Selawat Batra?'. Baginda menjawab: "Kalian mengucapkan: Ya Allah, limpahkan selawat kepada Muhammad, lalu kalian berhenti di situ. Ucapkanlah: Ya Allah, limpahkan selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga (ahlul-bait) Muhamad.
Bagaimanapun, ada juga di kalangan umat Islam yang tidak memahami kedudukan sebenar ahlul-bait sehingga mereka memperkecil bahkan menghina mereka.
Aisyah RA meriwayatkan hadis yang bermaksud: "Enam macam orang yang aku mengutuk kepada mereka dan Allah mengutuk juga padahal setiap Nabi itu diperkenankan permohonannya, iaitu orang yang menambah kitab Allah; orang yang mendustakan ketentuan Allah; orang yang mengalah kepada pemerintah sombong dan kejam lalu dengan itu dia memuliakan orang yang direndahkan Allah dan merendahkan orang yang dimuliakan Allah; orang yang menghalalkan larangan Allah; orang yang menghalalkan daripada keturunanku yang Allah haramkan; dan orang yang meninggalkan sunnahku." (Hadis riwayat Tirmizi dan al-Hakim).
Dalam hadis ini disebutkan bahawa antara orang yang mendapat kutukan Baginda adalah orang yang menghalalkan daripada keturunanku yang Allah haramkan atau dengan perkataan lain tidak memberikan hak sepatutnya kepada ahlul-bait, bahkan mengambil hak mereka.
Dalam konteks kegerunan orang Yahudi terhadap ahlul-bait kerana mereka gentar pada potensi ahlul-bait yang bakal menjadi lawan setara, bak 'buku bertemu ruas' protokol cendekiawan Zionisme nombor satu ada menyatakan: "... anda akan dapat melihat kemudian bahawa ini akan membantu kemenangan kita; ia akan memberikan kita kemungkinan untuk mendapat 'kad induk' (iaitu) pembinasaan golongan bangsawan warisan (genealogical aristrocracy) yang juga satu-satunya golongan menjadi pertahanan semula jadi bangsa dan negara daripada serangan kita.
Daripada pembinasaan kelas bangsawan warisan (institusi raja) yang bersifat fitrah itu kita membina golongan 'bangsawan meritrokasi' yang diketuai golongan bangsawan berduit (kapitalis). Begitu pula dalam protokol nombor tiga: "Orang yang kita bimbing berjaya membinasakan golongan (bangsawan warisan) yang (sebenarnya) adalah satu-satunya pertahanan rakyat serta 'ibu angkat' yang memanfaatkan mereka, atas keterikatan dengan kesejahteraan rakyat di bawah golongan bangsawan (warisan) ini.
Pada hari ini dengan pembinasaan golongan bangsawan (warisan) ini, rakyat jelata jatuh kepada cengkaman kapitalis dengan kezaliman mereka meletakkan rantai yang menjerut leher pekerja." Kedua-dua protokol ini diterjemahkan dalam buku yang penulis beli.
Sebagai tanda cinta dan kasih sayang Baginda terhadap umatnya yang datang kemudian, maka dijadikan ahlul-bait Baginda penyelamat di bumi seperti dalam hadis di atas.
Bahkan pada akhir zaman, ahlul-bait yang memimpin dunia ini seperti dikatakan Rasulullah bahawa pada zaman al-Mahdi nanti kambing dan serigala digembala menjadi budak bermain ular dan kala jengking. Ular dan kala jengking tidak membahayakan sama sekali. Umat manusia akan menanam satu mud benih dan akan memetik hasil 700 mud. Riba, perzinaan dan minuman keras menjadi lenyap. Umat manusia berumur panjang, amanah ditunaikan hal yang keji lenyap dan orang yang benci ahlul-bait Rasulullah binasa.
"Dalam pada umat Islam diperdaya untuk menolak signifikan kepentingan peranan dan relevannya golongan ahlul-bait, Yahudi Zionis khususnya amat percaya sepenuhnya dan berasa takut dan tergugat pada potensi mereka. Keyakinan Yahudi Zionis pada potensi ahlul-bait Rasulullah SAW inilah yang menyebabkan mereka mengatur pelbagai perencanaan seperti terkandung dalam Protokol Cendekiawan Zionis untuk menghapuskan potensi ahlul-bait, contohnya mencemarkan nasab mereka, terutama ahlul-bait daripada baka warisan raja umat Islam yang dipanggil sebagai geneological aristrocracy atau 'bangsawan warisan' itu. (Ahlul-Bait.. 442)
Rasulullah sebagai utusan Ilahi yang membawa rahmat menyelamatkan umat manusia dengan mengeluarkan mereka daripada kegelapan kepada terang benderang, daripada kehancuran kepada keselamatan. Dalam tugasnya itu Baginda tidak mengharapkan apa-apa upah daripada manusia kerana diserahkan kepada Allah SWT.
"Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah (imbalan) mengenai ajaran Islam yang aku sampaikan itu, (yang aku minta) hanyalah kasih mesra dalam kekeluargaan." (Surah Asy-Syura: 23).
Satu daripada tafsiran ayat ini adalah seperti dikatakan al-Maqrizi: "Aku tidak minta imbalan apa pun jua atas kalian atas agama yang aku bawakan kepada kalian itu, kecuali agar kalian berkasih sayang kepada keluargaku."
Itulah satu kewajipan yang terabaikan dan ia menambah lagi senarai pengabaian kita ke atas kewajipan agama Islam suci lainnya.



Berita Minggu 1 April 2007

Wan Ahmad bin Muhammad Zain

Wan Ahmad bin Muhammad Zain (1856 - 1908) atau lebih dikenali sebagai Syeikh Wan Ahmad Patani merupakan salah seorang tokoh ulamak di nusantara yang terkemuka.
Wan Ahmad bin Muhammad Zain atau nama penuhnya Syaikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain merupakan salah seorang daripada ulamak Melayu yang bertanggung jawab mengembangkan syiar Islam di nusantara.
Kedudukan nusantara diantara jalan perdagangan tanah Arab dengan negara China merupakan peluang yang membenarkan kawasan nusantara menjadi satu kuasa bertaraf antarabangsa yang dipengaruhi oleh idea dan kebudayaan daripada bangsa Arab, India dan China.
Mereka yang bertaraf ulamak biasanya pernah melanjutkan penggajian ke Semenanjung Arab seperti di Mekah, atau Universiti Al-Azhar. Di sana mereka juga terdedah kepada kebudayaan Parsi, Rom dan Turki sebagaimana yang dapat dikesan dalam sastera golongan istana seperti Hikayat Amir Hamzah, dan juga oleh kebudayaan China seperti mana yang terdapat dalam Hikayat Hang Tuah, dan Syair Siti Zubaidah.
Pengetahuan ugama dan politik dunia ini menjadikan mereka seseorang yang berpengaruh sekembalinya mereka ke nusantara ketika itu.
Dilahirkan di Kampung Jambu, Negeri Jerim, Patani pada 10 April 1856 dengan nama Syeikh Wan Ahmad bin Wan Muhammad Zain bin Wan Mustafa bin Wan Muhammad bin Wan Muhammad Zainal Abidin, Syeikh Ahmad al-Fathani disifatkan sebagai pemikir terbesar dunia Melayu dalam semua aspek merangkumi dunia dan akhirat. Kajian dan penyelidikan mendapati beliau menguasai 47 bidang ilmu termasuk politik, ekonomi, seni, budaya dan pentadbiran.
Wan Ahmad al-Fathani mempunyai sejarah berliku dan mencabar dalam usahanya untuk belajar dan menyebarkan ilmunya. Pada peringkat awal, beliau dibimbing oleh bapanya sendiri. Wan Muhammad Zain al-Fatani dan kemudian, berguru dengan bapa saudaranya, Syeikh Wan Abdul Kadir Wan Mustafa.
Pada usia empat tahun, berhijrah ke Makkah kerana mengikuti ibu bapanya ke sana untuk mencari ilmu agama. Justeru, beliau dibesarkan dalam budaya menuntut ilmu.
Di Makkah, beliau berkesempatan bergaul dengan ramai alim ulama. Kecerdasan otaknya terserlah pada usia yang muda iaitu 12 tahun. Dari Makkah, beliau ke Baitulmaqdis untuk menyambung pelajaran dalam bidang kedoktoran dan seterusnya ke Mesir.
Ketika di Baitulmaqdis dan Mesir, beliau mula mengarang kitab. Pada usia belum mencecah 30 tahun, ilmu pengetahuannya begitu tinggi hingga tiada guru yang sanggup mengambilnya sebagai anak murid. Kepakarannya dalam bahasa Arab menarik minat Raja Makkah ketika lalu beliau dilantik sebagai ahli bahasa kerajaan.
Beliau mendirikan rumah tangga dengan anak saudara Syeikh Nik Mat Kecik iaitu Siti Saudah Wan Abdullah dan dikurniakan tiga anak, Wan Ismail Qadhi, Wan Fatimah dan Wan Zainab.
Wan Syeikh Ahmad al-Fathani meninggal dunia pada malam Rabu, 11 Zulhijah 1325 bersamaan 14 Januari 1908. Tahun ini genap 100 tahun, beliau meninggal dunia mengikut takwim Islam.
Pengkaji sejarah ulama Nusantara, Wan Mohd Shaghir Abdullah, berkata
Syeikh Ahmad al-Fathani mempunyai pengaruh besar dalam penggalian dan penyebaran pelbagai disiplin ilmu di Nusantara, khususnya ‘Alam Melayu’.
Katanya, hal itu tidak menghairankan kerana beliau suatu ketika dulu pernah berada pada tahap nombor dua penting di Makkah selepas ulama Arab.
“Mereka paling ramai mengajar di Masjidil Haram dan Syeikh Ahmad al-Fathani tidak terkecuali daripada senarai itu.
“Syeikh Ahmad al-Fathani mempunyai kehebatan tersendiri. Contohnya, beliau pernah dipilih oleh ulama Makkah untuk menjadi orang tengah dalam pertikaian khilafiah antara Syeikh Muhamad Abduh dengan Syeikh Yusuf Nabhani di Beirut,” kata.
Syeikh Ahmad al-Fathani hidup dalam masa peralihan antara zaman klasik dengan moden.
Beliau mengajar belajar dan bergaul dengan ulama tradisional dan sempat pula hidup dalam awal dunia moden, bergaul dan berdialog atau bertukar-tukar fikiran dengan tokoh reformasi/tajdid dunia Islam.
Wan Mohd Shaghir, cucu kepada Syeikh Ahmad al-Fathani, yang juga tokoh ilmuwan dalam dunia manuksrip klasik Melayu, berkata datuknya menguasai 47 bidang ilmu pengetahuan.
Katanya, antaranya adalah pemikiran dan penulisan mengenai Islam serta Melayu; penerbitan kitab dan percetakan serta politik dan pentadbiran.
Selain itu, katanya, beliau terbabit dalam pemikiran ekonomi, sains, teknologi, pendidikan, perubatan, kemasyarakatan, sejarah, geografi, sosiologi, ilmu khat, ilustrasi dan pertanian.
“Perjuangan dan keilmuan serta pemikiran datuknya bersifat kepentingan umat Islam sejagat, terutama dunia Melayu,” katanya dalam pertemuan di pejabat Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara, Taman Melewar, Batu Caves, Selangor, baru-baru ini.
Wan Mohd Shaghir menghabiskan keseluruhan usia hidupnya untuk mencari dan membongkar teks klasik tulisan ulama alam Melayu. Usahanya membongkar, memelihara dan menyimpan, malah menulis semula pemikiran dalam kitab itu bagi manfaat generasi hari ini.
Wan Mohd Shaghir berkata, ulama besar ini mempunyai tujuh jenis ilmu antara yang menakjubkan adalah ilmu membedah tubuh manusia (perubatan), menghasilkan emas 24 karat menggunakan bahan campuran yang bukan daripada emas (kimia) dan memperkenalkan tempat menyemai tanaman (pertanian).
Syeikh Ahmad al-Fathani juga seorang ahli fikir yang hebat dari segi politik, pemerintahan dan pentadbiran negara. Pemikirannya dalam bidang ini terserlah melalui harapan dan wasiat yang ditulisnya untuk raja Melayu kerajaan Patani, Kelantan, Terengganu, Johor dan Deli.
Antara kandungannya adalah meminta raja mengukuhkan perbendaharaan ilmu, pertandingan kepandaian dan membuka mata masyarakat untuk memandang kepada kebijaksanaan.
Tujuannya supaya bangsa Melayu menjadi bangsa paling megah dalam dunia. Begitu juga paling tinggi nama antara semua anak Adam. Ia juga untuk menjadikan ulama Melayu mampu mengatasi ulama bangsa lain di dunia serta Islam menjadi agama yang semakin nyata dan mampu mengalahkan semua agama lain.
Syeikh Abdus Samad Al-Falembani
Syeikh Abdus Samad Al-Falembani - Ulama Ulung Rantau MelayuALAM Melayu mempunyai ramai ulama yang menyebarkan agama Islam sejak berabad-abad lamanya. Ulama-ulama silam ini menulis pelbagai kitab yang menjadi rujukan masyarakat hingga ke hari ini. Antara ulama silam yang menyumbangkan jasa kepada perkembangan Islam di Alam Melayu ialah Syeikh Abdus Samad Al-Falembani.Syeikh Abdus Samad Al-Falembani mempunyai kaitan dengan sejarah kerajaan negeri Kedah pada zaman Sultan Muhammad Jiwa Zain Al-Adilin Muazzam Shah, Sultan Kedah ke-19 (1710 - 1778) dan zaman Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II atau Marhum Melaka, Sultan Kedah ke-22 (1804 - 1845). Ketika Sultan Abdullah Muazzam Shah, Sultan Kedah ke-17 (1698 - 1706) bersemayam di Kota Bukit Pinang, putera sulung baginda, Tunku Muhammad Jiwa meminta keizinan baginda untuk melanjutkan pelajaran agama di luar negeri.Tunku Muhammad Jiwa secara sulit meninggalkan Kedah belayar ke Palembang dan di sana beliau berguru dengan Syeikh Abdul Jalil al-Mahdani, ulama dan pendakwah yang berasal dari Yaman. Selepas tamat pengajiannya, beliau dibawa belayar ke Tanah Jawa dan seterusnya ke India. Setelah hampir enam tahun di perantauan, pada 1 Jamadil Akhir 1122 H (28 Julai 1710 M), Tunku Muhammad Jiwa meninggalkan India belayar ke Kedah dengan membawa gurunya, Syeikh Abdul Jalil.Kepulangan Tunku Muhammad Jiwa amat dinanti-nantikan oleh para pembesar dan rakyat kerana takhta Kerajaan Kedah telah lama kosong kerana kemangkatan ayahandanya, Sultan Abdullah Muazzam Syah yang disusuli adindanya, Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah I. Pada 26 Syaaban 1122 H (20 Oktober 1710 M), Tunku Muhammad Jiwa secara rasminya ditabalkan menjadi Sultan Kedah ke-19 di Istana Kota Bukit Pinang dan baginda memerintah sehingga tahun 1798 M.Sultan Muhammad Jiwa telah melantik Syeikh Abdul Jalil sebagai Mufti Kerajaan Kedah dan beliau berkhidmat sehingga tahun 1782 M. Di Kedah, Syeikh Abdul Jalil berkahwin dengan Wan Zainab, anak seorang pembesar Kedah bergelar Datuk Maharaja Putera Dewa dan mempunyai dua orang anak iaitu Wan Abdul Qadir (yang kemudiannya menjadi Mufti Kerajaan Kedah) dan Wan Abdullah (yang memangku gelaran Seri Maharaja Putera Dewa).Ketika Syeikh Abdul Jalil pulang ke Palembang menziarahi bekas anak-anak muridnya, beliau berkahwin pula dengan Radin Ranti dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan anak lelaki yang diberi nama Abdus Samad, yang lebih dikenali sebagai Syeikh Abdus Samad Al-Falembani. Walau bagaimanapun, pelbagai versi menyebut tentang nama bapa Syeikh Abdus Samad Al-Falembani iaitu Syeikh Abdul Jalil al-Mahdani, Faqih Husein al-Falimbani, Abdur Rahman al-Jawi al-Falimbani, dan Syeikh Abdullah al-Jawi al-Falimbani. Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah misalnya menyebut bahawa Syeikh Abdus Shamad Al-Falimbani bin Syeikh Abdul Jalil bin Syeikh Abdul Wahhab bin Syeikh Ahmad al-Mahdani.Dalam Bulughul Maram, karya Syeikh Muhammad Yasin Padang, beliau menyebut Syeikh Abdus Samad Al-Falimbani bin Abdur Rahman bin Abdullah bin Ahmad al-Falimbani dan Syeikh Abdus Shamad bin Abdur Rahman bin Abdul Jalil al-Falimbani. Tahun kelahiran Syeikh Abdus Samad Al-Falembani juga tidak dapat dipastikan dengan tepat.Kita tinggalkan tentang perbezaan pendapat berhubung nama ayah dan ketidakpastian tahun kelahiran Syeikh Abdus Samad Al-Falembani dan susuri pendidikan tokoh ulama ini. Menurut Wan Muhammad Shaghir Abdullah, apabila Syeikh Abdul Jalil pulang semula ke Kedah, beliau membawa bersama anaknya, Abdus Samad. Anak-anaknya diajar ilmu-ilmu dasar keislaman sebelum menghantar mereka memasuki salah sebuah pondok yang terkenal di Pattani ketika itu. Walau bagaimanapun, tidak dapat dikenal pasti siapakah guru-guru mereka dan pondok manakah yang mereka masuki, sama ada Bendang Gucil, Kerisik, Kuala Bekah atau Semala.Selepas mendapat pendidikan di Pattani, Syeikh Abdul Jalil menghantar anak-anak beliau ke Tanah Suci Makkah untuk mendalami pengajian mereka. Abdus Samad terus menetap di sana, manakala saudaranya, Syeikh Wan Abdul Qadir yang pulang lebih awal ke negeri Kedah telah dilantik sebagai mufti pada zaman Sultan Abdullah Mukarram Syah, Sultan Kedah ke-20 (1778 - 1797) dan Sultan Tajuddin Halim Syah II, Sultan Kedah ke-22 (1804 - 1845). Sementara itu, adinda Syeikh Wan Abdul Qadir, Wan Abdullah pula dilantik sebagai salah seorang pembesar negeri Kedah.Selama 30 tahun Syeikh Abdus Samad menetap di Makkah, antara rakan sepengajiannya ialah Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari, penyusun kitab Sabilul Muhtadin dan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani yang terlibat dalam penulisan kitab-kitab Jawi atau Melayu. Selain Makkah, Syeikh Abdus Samad juga menetap di Madinah selama 5 tahun. Selain Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari dan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani, kawan-kawan lain Syeikh Abdus Samad ialah Syeikh Abdul Wahab Pangkajena (Sidenreng Daeng Bunga Wardiah) Bugis, Syeikh Abdur Rahman al-Masri, Syeikh Muhammad Nafi s al-Banjari, dan Syeikh Muhammad Ali Aceh.Tentang gurunya pula, Syeikh Abdus Samad, Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari, dan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani pernah belajar kepada Syeikh Muhammad Zain bin Faqih Jalaludin Aceh, penyusun kitab Bidayatul Hidayah mengenai tauhid dalam bahasa Melayu.Menurut Syeikh Yasin Padang pula, Syeikh Abdus Samad menerima hampir semua ilmunya daripada al-Mu`ammar `Aqib bin Hasanuddin bin Ja`afar al-Falimbani (Syeikh Muhammad `Aqib bin Hasanuddin bin Ja`afar bin Muhammad bin Badruddin al-Falimbani). Walau bagaimanapun, menurut Syeikh Muhammad Azhari ibnu Abdullah al-Jawi al-Falimbani, Syeikh Muhammad Aqib bin Hasanuddin al-Falimbani adalah murid Syeikh Abdus Samad.#Dalam hal ini, Ustaz Wan Muhammad Shaghir Abdullah berpendapat bahawa sumber daripada Syeikh Muhammad Azhari al-Falimbani lebih dapat dipegang kerana pertama, zaman Syeikh Muhammad Azhari masih terlalu dekat dengan zaman Syeikh Abdus Samad; kedua, salasilah yang dibicarakan adalah melibatkan Syeikh Muhammad Azhari sendiri selaku cucu murid dalam Tarekat Samaniyyah yang diamalkan oleh Syeikh Abdus Samad; dan ketiga, sama-sama berasal dari Palembang dan sewaktu Syeikh Muhammad Azhari belajar di Mekah seakan-akan dalam lingkungan satu kekeluargaan dengan kewarisan Syeikh Abdus Samad.Dinyatakan juga bahawa Syeikh Abdus Samad dan Syeikh Muhammad `Aqib pernah berguru dengan Syeikh Muhammad bin Sulaiman al-Kurdi, Syeikhul Islam dan Imam Haramain pada zaman itu dan Syeikh `Athaullah, dari Mesir. Syeikh Abdus Samad juga pengikut sufi yang telah menerima Tarekat Samaniyyah daripada gurunya Syeikh Muhammad bin Abdul Karim as-Saman al-Madani (Syeikh Saman). Tarekat ini diterima ketika beliau menetap di Madinah.Sebenarnya Syeikh Abdus Samad menuntut ilmu dengan ramai ulama seperti dalam karyanya Zahratul Murid, beliau menyebut beliau berguru dengan Syeikh Ahmad bin Abdul Munkim ad-Damanhuri. Syeikh Abdus Samad juga berguru dengan Syeikh Abdul Ghani al-Hilali, as-Sufi Saiyid Ahmad bin Muhammad Syarif Maqbul al-Ahdal (beliau belajar kitab Hadis Arbakin dan Riyadhus Salihin), asy-Syihab Ahmad bin Abdul Fattah al-Malawi (belajar kitab Umdatul Ahkam), dan Saiyid Abil Faidh Muhammad Murtadha bin Muhammad az-Zabidi (Zubaidi). Dengan Saiyid Abil Faidh Muhammad Murtadha bin Muhammad az-Zabidi, Syeikh Abdus Samad dan Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari belajar kitab At-Taukid fi Haqqillah karya Syeikh al-Islam Muhammad bin Abdul Wahhab bin Sulaiman.Dengan ramai guru yang beliau menuntut ilmu, tidak hairanlah Syeikh Abdus Samad berjaya menjadi ulama ulung yang kitab-kitab karangannya sehingga kini masih dirujuk. Zahratul Murid fi Bayani Kalimatit Tauhid adalah karya pertama Syeikh Abdus Samad. Kitab ini ditulis pada 1178 H/1764 M. Kitab ini merupakan catatan beliau ketika belajar ilmu tauhid dengan Syeikh Ahmad bin Abdul Munkim ad-Damanhuri di Makkah.Selain itu, Syeikh Abdus Samad juga menulis kitab Hidayatus Salikin fi Suluki Maslakil Muttaqin. Kitab ini selesai ditulis di Makkah pada hari Selasa, 5 Muharam 1192 H. Sebahagian besar kitab ini adalah terjemahan daripada Bidayatul Hidayah, karangan Imam Ghazali. Kitab ini ditashihkan dan disebar secara meluas oleh Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatani dan ia juga adalah kitab Melayu/Jawi yang pertama sekali ditashih dan dicetak di Mesir.Syeikh Abdus Samad juga menghasilkan kitab Siyarus Salikin ila Ibadati Rabbil Alamin atau judul lain ialah Siyarus Salikin fi Thariqah as-Sadat as-Sufiyah. Kandungan kitab tersebut sebahagian besarnya merupakan terjemahan Ihyaku Ulumid Din, karangan Imam Ghazali. Kitab Siyarus Salikin ini dianggap sebuah kitab Melayu/Jawi yang bernilai tinggi, bersifat ilmiah tasawuf yang cukup mantap. Kitab Siyarus Salikin karya Syeikh Abdus Samad ini terdiri daripada empat jilid.Jilid pertama ditulis pada 1193 H/1779 M dan siap pada awal tahun 1194 H/1780 M di Mekah. Jilid kedua pula mulai ditulis pada 1194 H/1780 M dan selesai pada hari Sabtu, 19 Ramadan 1195. H/1781 di Taif. Pada tahun 1195 H/1781 M, jilid ketiga ditulis dan berjaya diselesaikan pada 19 Safar 1197 H/1783 M di Makkah. Walau bagaimanapun, untuk jilid keempat, Syeikh Abdus Samad tidak menyebut tahun ia mulai menulisnya, tetapi beliau selesai menulisnya pada 20 Ramadan 1203 H/1788 di Taif. Kitab ini kini telah ditahqiqkan oleh Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam An-Nadwi dan diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu serta diterbitkan dalam tulisan Rumi dan Jawi.Kitab-kitab lain karya Syeikh Abdus Samad ialah al-`Urwatul Wutsqa WA Silsilatu Waliyil Atqa (terjemahan karya Syeikh Muhammad Saman yang ditulis dalam bahasa Arab), Ratib Syeikh Abdus Samad al-Falimbani, Nashihatul Muslimina wa Tazkiratul Mukminina fi Fadhailil Jihadi wa Karamatil Mujtahidina fi Sabilillah, Risalah Pada Menyatakan Sebab Yang Diharamkan Bagi Nikah (1179 H/1765 M), Ar-Risalatu fi Kaifi yati Ratib Lailatil Jumkah, Mulhiqun fi Bayanil Fawaidin Nafikah fi Jihadi fi Sabilillah, Zadul Muttaqin fi Tauhidi Rabbil 'Alamin, 'Ilmut Tasawuf, Mulkhishut Tuhbatil Mafdhah minar Rahmatil Mahdah 'Alaihis Shalatu wa Salam, Kitab Mikraj, dan Puisi Kemenangan Kedah. Kitab-kitab karangan Syeikh Abdus Samad ini boleh dimanfaatkan oleh umat Islam hari ini terutama sekali kitab seperti Siyarus Salikin yang telah ditahqiqkan oleh pihak-pihak yang peka dengan ilmu yang terkandung di dalamnya.Yang menarik sekali tentang riwayat hidup Syeikh Abdus Samad ialah beliau dipercayai melibatkan diri dalam peperangan Kedah/Pattani melawan Siam yang membawa beliau mati syahid kerana mempertahankan tanah air. Walau bagaimanapun, terdapat percanggahan pendapat berhubung tarikh wafat Syeikh Abdus Samad sama ada beliau wafat pada 1244 H/1828 M atau 1254 H/1838 M.Sesungguhnya, Alam Melayu amat bertuah kerana mempunyai seorang ulama ulung seperti Syeikh Abdus Samad yang memperjuangkan agama Islam sama ada dalam bidang penulisan ataupun berjihad menentang golongan bukan Islam yang menjajah negeri.

Syaikh Muhammad Arsyad Al-Banjari
SYAIKH MUHAMMAD ARSYAD AL-BANJARI
Nama Syaikh Muhammad Arsyad menempati hati masyarakat Kalimantan dan Indoensia sebagai ulama besar dan pengembang ilmu pengetahuan dan agama. Belum ada tokoh yang mengalahkan kepopuleran nama Syaih Arsyad Al-Banjari. Karya-karyanya hinga kini tetap dibaca orang di masjid dan disebut-sebut sebagai rujukan. Nama kitabnya Sabilal Muhtadin diabadikan untuk nama Masjid Agung Banjarmasin. Nama kitabnya yan lain Tuhfatur Raghibin juga diabadikan untuk sebuah masjid yang tak jauh dari makan Syaikh Arsyad. Tak hanya itu, hampir seluruh ulama di Banjarmasin masih memiliki tautan dengannya. Baik sebagai keturunan atau muridnya. Sebut saja nama almarhum K.H. Zaini, yang dikenal dengan nama Guru Ijay itu, adalah keturunan Syaikh Arsyad. Hampir semua ulama di Kalimantan, Sumatera, Jawa, dan Malaysia, pernah menimba ilmu dari syaikh atau dari murid-murid syaikh.
Ulama yang memiliki nama lengkap Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah bin Abdur Rahman Al-Banjari itu ternyata memang bukan orang biasa. Ia adalah cicit Sayid Abu Bakar bin Sayid Abdullah Al-’Aidrus bin Sayid Abu Bakar As-Sakran bin Saiyid Abdur Rahman As-Saqaf bin Sayid Muhammad Maula Dawilah Al-’Aidrus. Silisahnya kemudian sampai pada Sayidina Ali bin Abi Thalib dan Sayyidatina Fatimah binti Rasulullah. Dengan demikian Syaikh Arsyad masih memiliki darah keturunan Rasulullah.
Abdullah tercatat sebagai pemimpin peperangan melawan Portugis, kemudian ikut melawan Belanda lalu melarikan diri bersama isterinya ke Lok Gabang (Martapura). Dalam riwayat lain menyebut bahwa apakah Sayid Abu Bakar As-Sakran atau Sayid Abu Bakar bin Sayid `Abdullah Al-’Aidrus yang dikatakan berasal dari Palembang itu kemudian pindah ke Johor, dan lalu pindah ke Brunei Darussalam, Sabah, dan Kepulauan Sulu, yang kemudian memiliki keturunan kalangan sultan di daerah itu. Yang jelas, para sultan itu masih memiliki tali temali hubungan dengan Syaikh Arsyad yang berinduk ke Hadramaut, Yaman. Bapaknya Abdullah merupakan seorang pemuda yang dikasihi sultan (Sultan Hamidullah atau Tahmidullah bin Sultan Tahlilullah 1700-1734 M).
Bapaknya bukan asal orang Banjar,tetapi datang dari India mengembara untuk menyebarkan Dakwah,Belia seorang ahli seni ukiran kayu. Semasa ibunya hamil,kedua Ibu Bapaknya sering berdo’a agar dapat melahirkan anak yang alim dan zuhud. Setelah lahir,Ibu Bapaknya mendidik dengan penuh kasih sayang setelah mendapat anak sulung yg dinanti-nantikan ini. Beliau dididik dengan dendangan Asmaul-Husna,disamping berdo’a kepada Allah.Setelah itu diberikan pendidikan al-qur’an kepadanya. Kemudian barulah menyusul kelahiran adik-adiknya yaitu ; ’Abidin, Zainal abidin, Nurmein, Nurul Amein.
Muhammad Arsyad lahir di Banjarmasin pada hari Kamis dinihari, pukul 03.00 (waktu sahur), 15 Safar 1122 H atau 17 Maret 1710 M.
Semasa Kecil
Sejak kecil, Syaikh Muhammad Arsyad Al-Banjari Cergas dan Cerdas serta mempunyai akhlak yang baik dan terpuji. Kehebatan beliau sejak kecil ialah dalam bidang seni Lukis dan seni tulis, sehingga siapa saja yang melihat karyanya akan merasa kagum dan terpukau.
Pada suatu hari, sultan mengadakan kunjungan kekampung-kampung, Pada saat baginda sampai kekampung lok Gabang, Baginda berkesempatan melihat hasil karya lukisan Muhammad Arsyad yang indah lagi memukau hati itu. justeru Sultan berhajat untuk memelihara dan mendidik Muhammad Arsyad yang tatkala itu baru berusia 7 tahun.
Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari mendapat pendidikan penuh di Istana sehingga usia mencapai 30 tahun. Kemudian beliau dikawinkan dengan seorang perempuan yang soleha bernam Tuan Bajut, Hasil perkawinan beliau memperoleh seorang putri yang diberinam Syarifah.
Beliau telah meneruskan pengembaraan ilmunya ke Mekah selama 30 tahun dan Madinah selama 5 tahun. Segala perbelanjaanya ditanggung oleh sultan.
Sahabatnya yang paling penting yang banyak disebut adalah Syeikh `Abdus Shamad Al-Falimbani, Syeikh Abdur Rahman Al-Mashri Al-Batawi dan Syeikh Abdul Wahhab Bugis (yang kemudian menjadi menantu Syaikh). Guru yang banyak disebut adalah Syeikh Muhammad bin Sulaiman Al-Kurdi, Syeikh `Athaullah dan Syeikh Muhammad bin Abdul Karim As-Sammani Al-Madani. Selama belajar di Mekah Syeikh Arsyad tinggal di sebuah rumah di Samiyah yang dibeli oleh Sultan Banjar. Syeikh Arsyad juga belajar kepada guru-guru Melayu di Arab Saudi, seperti Syeikh Abdur Rahman bin Abdul Mubin Pauh Bok Al-Fathani (Thailand Selatan), Syeikh Muhammad Zain bin Faqih Jalaluddin Aceh dan Syeikh Muhammad `Aqib bin Hasanuddin Al-Falimbani.Hampir semua ilmu keislaman yang telah dipelajari di Mekah dan Madinah mempunyai sanad atau silsilah hingga ke pengarangnya. Hal ini cukup jelas seperti yang ditulis oleh Syeikh Yasin bin Isa Al-Fadani (Padang, Sumatera Barat) dalam beberapa buah karya beliau. Selain bukti berupa karya-karyanya, juga dapat diambil jasa-jasanya membuka mata rakyat Banjar atau dunia Melayu.Rekan-rekan Arsyad selama di Mekah kemudian juga menjadi ulama terkenal. Syeikh `Abdus Shamad Al-Falimbani pengarang Sayrus Salaikin, Syeikh `Abdur Rahman Al-Mashri Al-Batawi (akkek Sayid `Utsman bin Yahya, Mufti Betawi yang terkenal), Syeikh Muhammad Nafis bin Idris Al-Banjari, pengarang kitab Ad-Durrun Nafis, Syeikh Muhammad Shalih bin `Umar As-Samarani (Semarang) yang digelar dengan Imam Ghazali Shaghir (Imam Ghazali Kecil), Syeikh `Abdur Rahman bin `Abdullah bin Ahmad At-Tarmasi (Termas, Jawa Timur), Syeikh Haji Zainuddin bin `Abdur Rahim Al-Fathani (Thailand Selatan), dan banyak lagi.

Penulisan
Tradisi kebanyakan ulama, ketika mereka belajar dan mengajar di Mekah, sekali gus menulis kitab di Mekah juga. Lain halnya dengan Syeikh Muhammad Arsyad bin `Abdullah al-Banjari, walaupun dipercayai bahawa beliau juga pernah mengajar di Mekah, namun karya yang dihasilkannya ditulis di Banjar sendiri. Lagi pula nampaknya beliau lebih mencurahkan khidmat derma baktinya di tempat kelahirannya sendiri yang seolah-olah tanggungjawab rakyat Banjar terbeban di bahunya. Ketika mulai pulang ke Banjar, sememangnya beliau sangat sibuk mengajar dan menyusun segala macam bidang yang bersangkut-paut dengan dakwah, pendidikan dan pentadbiran Islam. Walaupun begitu beliau masih sempat menghasilkan beberapa buah karangan.
Karya-karya Syeikh Arsyad banyak ditulis dalam bahasa Arab-Melayu atau Jawi yang memang diperuntukkan untuk bangsanya. Meskipuin ia memiliki kemampuan menulis berbagai kitab dalam bahasa Arab, tapi, ia lebih suka menuliskannya dalam bahasa Jawi. Ia mengajarkan kitab-kitab semacam Ihya Ulumiddin karya Imam Ghazali kepada para muridnya.
Karangannya yang sempat dicatat adalah seperti berikut di bawah ini:
Tuhfah ar-Raghibin fi Bayani Haqiqah Iman al-Mu’minin wa ma Yufsiduhu Riddah ar-Murtaddin, diselesaikan tahun 1188 H/1774 M
Luqtah al-’Ajlan fi al-Haidhi wa al-Istihadhah wa an-Nifas an-Nis-yan, diselesaikan tahun 1192 H/1778 M.
Sabil al-Muhtadin li at-Tafaqquhi fi Amri ad-Din, diseselesaikan pada hari Ahad, 27 Rabiulakhir 1195 H/1780 M
Risalah Qaul al-Mukhtashar, diselesaikan pada hari Khamis 22 Rabiulawal 1196 H/1781 M.
Kitab Bab an-Nikah.
Bidayah al-Mubtadi wa `Umdah al-Auladi
Kanzu al-Ma’rifah
Ushul ad-Din
Kitab al-Faraid
Hasyiyah Fat-h al-Wahhab
Mushhaf al-Quran al-Karim
Fat-h ar-Rahman
Arkanu Ta’lim as-Shibyan
Bulugh al-Maram
Fi Bayani Qadha’ wa al-Qadar wa al-Waba’
Tuhfah al-Ahbab
Khuthbah Muthlaqah Pakai Makna. Kitab ini dikumpulkan semula oleh keturunannya, Abdur Rahman Shiddiq al-Banjari. Dicetak oleh Mathba’ah Al-Ahmadiah, Singapura, tanpa dinyatakan tarikh cetak.
Ada pun karyanya yang pertama, iaitu Tuhfah ar-Raghibin, kitab ini sudah jelas atau pasti karya Syeikh Muhammad Arsyad bin `Abdullah al-Banjari bukan karya Syeikh `Abdus Shamad al-Falimbani seperti yang disebut oleh Dr. M. Chatib Quzwain dalam bukunya, Mengenal Allah Suatu Studi Mengenai Ajaran Tasawuf Syeikh Abdus Samad AI-Falimbani, yang berasal daripada pendapat P. Voorhoeve. Pendapat yang keliru itu telah saya bantah dalam buku Syeikh Muhammad Arsyad (l990). Dasar saya adalah bukti-bukti sebagai yang berikut:
Tulisan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani, “Maka disebut oleh yang empunya karangan Tuhfatur Raghibin fi Bayani Haqiqati Imanil Mu’minin bagi `Alim al-Fadhil al-’Allamah Syeikh Muhammad Arsyad.”
Tulisan Syeikh `Abdur Rahman Shiddiq al-Banjari dalam Syajaratul Arsyadiyah, “Maka mengarang Maulana (maksudnya Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari, pen:) itu beberapa kitab dengan bahasa Melayu dengan isyarat sultan yang tersebut, seperti Tuhfatur Raghibin …” Pada halaman lain, “Maka Sultan Tahmidullah Tsani ini, ialah yang disebut oleh orang Penembahan Batu. Dan ialah yang minta karangkan Sabilul Muhtadin lil Mutafaqqihi fi Amrid Din dan Tuhfatur Raghibin fi Bayani Haqiqati Imani Mu’minin wa Riddatil Murtaddin dan lainnya kepada jaddi (Maksudnya: datukku, pen al-’Alim al-’Allamah al-’Arif Billah asy-Syeikh Muhammad Arsyad bin `Abdullah al-Banjari.”
Pada cetakan Istanbul, yang kemudian dicetak kembali oleh Mathba’ah Al-Ahmadiah, Singapura tahun 1347 H, iaitu cetakan kedua dinyatakan, “Tuhfatur Raghibin … ta’lif al-’Alim al-’Allamah asy-Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari.” Di bawahnya tertulis, “Telah ditashhihkan risalah oleh seorang daripada zuriat muallifnya, iaitu `Abdur Rahman Shiddiq bin Muhammad `Afif mengikut bagi khat muallifnya sendiri …”. Di bawahnya lagi tertulis, “Ini kitab sudah cap dari negeri Istanbul fi Mathba’ah al-Haji Muharram Afandi”.
Terakhir sekali Mahmud bin Syeikh `Abdur Rahman Shiddiq al-Banjari mencetak kitab Tuhfah ar-Raghibin itu disebutnya cetakan yang ketiga, nama Syeikh Muhammad Arsyad bin `Abdullah al-Banjari tetap dikekalkan sebagai pengarangnya.
Daripada bukti-bukti di atas, terutama yang bersumber daripada Syeikh Daud bin `Abdullah al-Fathani dan Syeikh `Abdur Rahman Shiddiq adalah cukup kuat untuk dipegang kerana kedua-duanya ada hubungan dekat dengan Syeikh Muhammad Arsyad bin `Abdullah al-Banjari itu. Syeikh Daud bin `Abdullah al-Fathani adalah sahabat Syeikh Muhammad Arsyad bin `Abdullah al-Banjari sedangkan Syeikh `Abdur Rahman Shiddiq pula adalah keturunan Syeikh Muhammad Arsyad bin `Abdullah al-Banjari. Mengenai karya-karya Syeikh Muhammad Arsyad bin `Abdullah al-Banjari yang tersebut dalam senarai, insya-Allah akan dibicarakan pada kesempatan yang lain.
Masih banyak lagi tulisan dan catatan syaikh yang disimpan kalangan muridnya yang kemudian diterbitkan di Istambul (Turki), Mesir, Arab Saudi, Mumbai (Bombai), Singapura, dan kemudian Jakarta Surabaya, dan Cirebon. Di samping itu beliau menulis satu naskah al Quranul Karim tulisan tentang beliau sedikit, yang sampai sekarang masih terpelihara dengan baik.
Keturunan
Zurriyaat (anak dan cucu) beliau banyak sekali yang menjadi ulama besar, pemimpin-pemimpin, yang semuanya teguh menganut Madzhab Syafi’i sebagai yang di wariskan oleh Syeikh Muhammad Arsyad Banjar.Diantara zurriyat beliau yang kemudian menjadi ulama besar turun temurun adalah :l . H. Jamaluddin, Mufti, anak kandung, penulis kitab “perukunan Jamaluddin”.2. H. Yusein, anak kandung, penulis kitab “Hidayatul Mutafakkiriin”.3. H. Fathimah binti Arsyad, anak kandung, penulis kitab “Perukunan Besar”, tetapi namanya tidak ditulis dalam kitab itu.4. H. Abu Sa’ud, Qadhi.5. H. Abu Naim, Qadhi.6. H. Ahmad, Mufti.7. H. Syahabuddin, Mufti.8. H.M. Thaib, Qadhi.9. H. As’ad, Mufti.10. H. Jamaluddin II., Mufti.11. H. Abdurrahman Sidiq, Mufti Kerajaan Indragiri Sapat (Riau), pengarang kitab “Risalah amal Ma’rifat”, “Asranus Salah”, “Syair Qiyamat”, “Sejarah Arsyadiyah” dan lain lain.12. H.M. Thaib bin Mas’ud bin H. Abu Saud, ulama Kedah, Malaysia, pengarang kitab “Miftahul jannah”.13. H. Thohah Qadhi-Qudhat, penbina Madrasah “Sulamul ‘ulum’, Dalam Pagar Martapura.14. H.M. Ali Junaedi, Qadhi.15. Gunr H. Zainal Ilmi.16. H. Ahmad Zainal Aqli, Imam Tentara.17. H.M. Nawawi, Mufti.18. Dan lain-lain banyak lagi.
Semuanya yang tersebut di atas adalah zurriyat-zurrivat Syeikh Arsyad yang menjadi ulama dan sudah berpulang ke rahmatullah.Sebagai kami katakan di atas, Syeikh Mubammad Arsyad bin Al Banjari dan sesudah beliau, zurriyat-zariyat beliau adalah penegak-penegak Madzhab Syafi’i dan faham Ahlussunna,h wal Jama’ah, khususnya di Kalimantan.
Syaikh Arsyad wafat pada 6 Syawal 1227 H atau 3 Oktober 1812 M. Beliau meninggal dunia pada usia 105 tahun dengan meninggalkan sumbangan yang besar terhadap masyarakat islam di Nusantara.
Makamnya dianggap keramat dan hingga kini masih diziarahi orang. Haulnya pada Syawwal lalu dihadiri Menteri Agama RI H. Muhamamd Maftuch Basyuni bersama ribuan masyarakat, termasuk dari Malaysia, Sumatera, dan Jawa.
Mudah-mudahan Allah menurunkan rahmat kepada keluarga mereka dan kita semuanya, amin-amin.