ASPIRASI / INSPIRASI

Ilmu Massa, Turath, Sejarah. Analisa Kajian Budaya Pemikir. Peradaban Insani Kalbu Akal Mencerah. Hakikat Amal Zikir Dan Fikir. Ilmu, Amal, Hikmah Menjana Pencerahan. Ulul-Albab Rausyanfikir Irfan Bistari. Tautan Mahabbah Mursyid Bimbingan. Alam Melayu Alam Islami Tamadun Melayu Peradaban Islami. Rihlah Ilmiah Menjana Pencerahan Pemikiran, Kefahaman & Ketamadunan (Ilmu,Amal,Hikmah & Mahabbah) - Inspirasi: Rizhan el-Rodi

Tasauf Bercanggah Dengan sunnah ?

Tasauf bercanggah dengan sunnah?

Utusan Malaysia 7 Jun2010

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN

KITA menyambung bicara kita tentang tasauf dengan menyentuh suatu tohmahan dan salah tanggapan bahawa ia tidak harmoni dengan sunnah.

Akibatnya muncul satu pola pertentangan dalam aliran-aliran Islam semasa antara sufi dan hadis. Ini sebenarnya adalah suatu gambaran yang tersasar.

Dasar pengambilan tasauf adalah al-Quran dan sunnah. Ilham-ilham dan ilmu-ilmu yang dibukakan bagi ahli-ahlinya tasauf yang tidak bertentangan dengan al-Quran dan sunnah.

Tidak dinamakan tasauf jika ia menyanggahi perlembagaan terbesar Islam ini. Kelahiran tasauf itu sendiri seiring degan Islam.

Cuma, pada zaman di mana setiap peringkat masyarakat mula menjuruskan pandangan terhadap dunia, wujud golongan yang menyusun tasauf dengan meletakkan istilah-istilah tertentu kepada ilmu ini.

Tidak dinafikan timbul pula segolongan yang menggunakan tasauf untuk kepentingan peribadi. Mereka membawa gejala-gejala negatif ke dalam tasauf sehingga mendatangkan fitnah dan menjejaskan pandangan masyarakat terhadap tasauf. Sekali gus menjejaskan kepercayaan masyarakat terhadap konsep tasauf yang tulen.

Alhamdulillah, sebagai cabang ilmu asasi dalam Islam, tasauf tetap dipelihara oleh Allah SWT dengan tampilnya golongan yang berusaha sedaya upaya mempertahankan ketulenannya seperti Imam Abdul Wahhab al Sya'rani r.a yang mengarang kitab Tanbih al Mughtarrin dan Imam al-Qusyairi r.a yang mengarang kitab Risalah al Qusyairiyyah fi Ilmi al-Tasawwuf.

Begitu juga dengan tokoh-tokoh seperti Sheikh Abdul Halim Mahmud, mantan Sheikh al-Azhar, Sheikh Muhammad Zaki Ibrahim, Sheikh Abdullah Siddiq al-Ghumari dan lain-lainnya yang cemerlang dalam mempertahankan kemurnian tasauf.

Juga tidak ketinggalan, tokoh ulama Mekah Ahlus Sunnah zaman mutakhir ini, al-Muhaddith Prof. Dr. Sayyid Muhammad ibn 'Alawi al-Maliki al-Hasani.

Beliau memerhatikan bahawa tasauf sengaja diberi imej yang buruk oleh sesetengah orang.

Beliau berkata: "Sesungguhnya tasauf telah teraniaya, ditohmah dan dipandang serong. Tidak ramai yang memandangnya dengan pandangan yang tepat dan betul.

"Sebahagian besar ahli masyarakat melabelkan tasauf dan sufi dengan sifat-sifat yang tercela dan keji sehingga menjatuhkan hak penyaksian dan keadilan seseorang ahli tasauf.

"Mereka berkata 'si fulan tidak boleh dipercayai dan tidak boleh diterima khabarnya' kenapa? Kerana dia adalah seorang sufi.

"Namun demikian, apa yang menghairankan, orang-orang yang begitu lancang mencaci tasauf dan menentang ahli sufi ini, mengutip kata-kata dan perbuatan ahli sufi untuk dijadikan bahan dalam teks ucapan dan pengajaran mereka.

"Mereka seolah-olah tidak berasa malu meminjam kata-kata imam-imam sufi ini untuk digunapakai dalam khutbah-khutbah dan majlis-majlis pengajian mereka.

"Kita seringkali mendengar mereka mengucapkan 'telah berkata al Fudhail ibn 'Iyadh r.a, telah berkata Junaid al-Baghdadi r.a, telah berkata Hasan al-Basri r.a, telah berkata Sahl al-Tasturi r.a, telah berkata al-Muhasibi r.a, telah berkata Bisyr al-Hafi r.a' dan sebagainya.

"Adakah mereka tidak kenal siapakah insan yang meniti di bibir-bibir mereka? Nama-nama ulama yang mereka sebut merupakan pemuka-pemuka tasauf yang tidak asing lagi. Malah, ulama inilah yang telah menyusun kaedah-kaedah ilmu tasauf dan telah mencapai kedudukan sebagai wali qutub (pangkat tertinggi wali-wali).

"Kitab-kitab tasauf juga dipenuhi dengan kata-kata mereka, khabar-khabar dan biografi mereka. Tidak dapat dipastikan, sama ada orang yang mentohmah ahli tasauf ini benar-benar orang yang jahil atau pun buat-buat jahil? Atau pun, mereka ini buta atau buat-buat buta?" (Mafahim Yajibu an Tusohhah, H: 107)

Sheikh Ahmad al-Qushasyi

Syeikh Ahmad bin Mohamad b Yunus b Ahmad b As-Sayyid Alauddin al-Madani.
Lahir di Madinah pada tahun 991 bersamaan 1538. beliau merupakan seorang alim dalam pelbagai bidang dan merupakan antara syeikh masyayikh para ulama Melayu, dimana hampir kebanyakkan ulama Melayu mempunyai sanad dan berkesinambungan dengan beliau samada secara langsung atau melalui para muridnya.
beliau alim dalam bidang usuluddin, feqh, tasawuf, tafsir, nahu, syair, dan hadis (muhaddis)
Antara gurunya:
syeikh Mohd Isa al-Tilmsani, syeikh Ahmad fadl dan ulama' berasal Mesir Syeikh Ahmad b Syeikh Ali as-Syinawi( merupakan guru tarbiah beliau dalam tariqat as-Syatariah). Syeikh Amin as-Siddiqi, Syeikh Sultan Majzub Syeikh Abi Ghais Syajr dan ramai lagi.
manakala muridnya:
Syeikh Ibrahim al-Qurani, Syeikh Hassan al-Ajami, Syeikh Abd Khaliq, Syeikh Isa Syeikh Ali as-Syaibani, Syeikh Mohd Abd Rasul al-Barzanji, Syeikh Abdul Rauf Singkel Syeikh Mulla Ibrahim dan Syeikh Mohamad Yusuf al-Makkasari dan ramai lagi
beliau wafat di Madinah pada 19 Zulhijjah 1071/ 5 ogos 1661

Rujukan Idealis Kajian

Rujukan Idealis kajian :

1. Falsafah & Kaedah Pemikiran, Abdul Rahman Hj Abdullah.

2. Islam & Masyarakat Melayu: Peranan & Pengaruh Timur Tengah, Mohammad Redzuan Othman.

3. Pemikiran Islam Di Malaysia, Abdul Rahman Hj Abdullah.

4. Penyebaran Thariqat-Thariqat Shufiyah Mu’tabarah Di Dunia Melayu, Hj Wan Mohd. Saghir Abdullah.

5. Transformasi Gerakan Islah Dan Dakwah Di Timur Tengah Dan di Malaysia, Ahmad Zaki Ab. Latif

6. Membina Rantaian Berdasarkan Manhaj Tauhid Tasawuf, Ibrahim Mohamad.

7. Jaringan Ulama Timur Tengah Dan Kepulauan Nusantara Abd xvii&xviii, Prof. Dr. Azyumardi Azra.

8. Budaya Dan Pemikiran Islam Mesir-Malaysia, UKM.

9. Building Moderate Muslim Networks, Angel rabasa, Cheryl Benard, Lowell H. Schwartz, Peter Sickle.

10. Shaikh Dalam Ilmu Tariqah, Jahid Sidek.

11. Kebangkitan Generasi Salahuddin Dan Kembalinya al-Aqsa Ke Pangkuan Islam, Dr Majid Irsan Kaylani

12. History of Turkey civilization, IRCICA.

Agenda kajian 4


Waqaf: Suatu Kajian Waqaf Tunai & Kepentingannya Di Abad ke-21

Mukaddimah

Bab 1
- Makna Waqaf
- Syarat Dan Ciri-cirinya
- Kedudukan dan Kepentingan
- Jenis-Jenis Waqaf

Bab 2
- Sistem Waqaf Dalam Kerajaan Turki Osmaniah
- Sistem Waqaf al-Azhar as-Syarif
- Sumbangan Waqaf dalam Perdaban Islam

Bab 3
- Makna Waqaf Tunai
- Bentuk dan tatacara
- Kedudukan dan Kepentingan
- Potensi dan Cabaran
- Analisis Sistem Waqaf di Malaysia

Bab 4
- Yayasan Waqaf: Satu Kajian
- Kesimpulan dan Cadangan

Penutup
Bibliografi

latarbelakang kajian

TAJUK:
JARINGAN ULAMA’ SUFI MESIR DI MALAYSIA SUATU MANHAJ MENGATASI PENYELEWENGAN TASAWUF DAN TARIQAT : SATU KAJIAN SEKITAR AWAL ABAD KE-21.




LATAR BELAKANG PENYELIDIKAN

Mesir merupakan ardu kinanah, pusat keilmuan Islam dan paksi dunia Sunni. Paksi kepada fahaman Ahli Sunnah wal Jamaah dengan barisan ulama’ yang ulung dan muktabar sejak zaman berzaman terutamanya al-Azhar. Kewujudan al-Azhar sejak tahun 970 Masihi menjadi nadi penting kepada umat Islam seluruh dunia untuk datang menuntut ilmu di Mesir. Mesir juga merupakan pusat pengajian ilmu tasawuf dan tariqat Sufi, dimana wujudnya institusi khas bagi hal ehwal tariqat iaitu Majlis A'la Turuq Sufiah.

Hubungan ini semakin rancak dengan kedatangan ramai pelajar Malaysia ke Mesir khususnya al-Azhar untuk menuntut ilmu dan bertalaqi dengan masyayikh di sana, lepasan al-Azhar ini membawa pulang ilmu ke Malaysia. Hubungan diantara murid dengan masyayikh dan sesama murid adalah berterusan khususnya mereka yang mengikuti pengajian tasawuf dan tariqat.

Abad ke-21 merekodkan kedatangan ramai ulama' Sufi Mesir ke Malaysia samaada bagi wacana, seminar, multaqa dan ziarah dan antaranya mewakili al-Azhar, Dar al-Ifta' dan Majlis A'la Turuq Sufiah. Hubungan ini mewujudkan suatu jaringan kalangan ulama' dan seterusnya membentuk jalinan dengan pihak agensi kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Institut Pengajian Tinggi.

Tinjauan awal abad ke-21 merekodkan suatu perkembangan dimana beberapa tariqat sufi Mesir dibawa pulang oleh lepasan al-Azhar seterusnya mewujudkan hubungan dengan masyayikh di Mesir. Bentuk jaringan dan hubungan Ulama Sufi Mesir di Malaysia dapat dikaji antaranya ialah melalui :
- Ijazah, sanad, salsilah
- Karya kitab, ilmu
- Seminar, wacana, multaqa
- Ziarah ilmiah

Fenomena ajaran sesat yang berselindung dan bertopengkan tasawuf dan tariqat banyak direkodkan di Negara dan menimbulkan persepsi negatif keatas kemurniaan tasawuf dan tariqat yang telah banyak memainkan peranan dalam dakwah Islamiah. Punca dan faktor wujudnya ajaran sesat ini akan dibongkar, dikupas bagi memahami isu ini untuk cadangan dan tindakan penyelesaian. Dengan konsep suatu perkara hendaklah dirujuk kepada ahli bidang sesuatu ilmu. Senarai ajaran sesat oleh Jakim akan diselidik dan dikaji bagi memahami dan mengenalpasti faktor dan ciri penyelewengannya.

Kajian ini akan dilakukan sekitar tahun 2000 sehingga 2012 bagi menyelidik manhaj, pengaruh, perkembangan, hubungan, jaringan dan kesannya serta kesan kepada pembangunan kerohanian di Malaysia. Bagi tujuan mengatasi penyelewengan tasawuf dan tariqat di dalam negara. Dan menganalisa inisiatif Jabatan Mufti Negeri Sembilan sebagai pelopor mewujudkan Ahli Jilsah Turuq Sufiah dan pembentukan Enakmen Tariqat Tasawuf.

Kajian ini dilihat dapat memberi kesan positif ke atas perkembangan Islam, pengukuhan fahaman Sunni ahli Sunnah wal Jamaah dan kerohanian Islam di negara. Kajian ini merupakan suatu manhaj dan langkah bijaksana bagi mengatasi penyelewengan tasawuf dan tariqat. Jaringan ini juga dilihat sebagai benteng menghadapi ancaman fahaman bukan ahli Sunnah Wal Jamaah dan alternatif bagi masyarakat merujuk hal ehwal tasawuf dan tariqat kepada ulama’ yang arif dalam bidang ini. Hubungan dengan ulama Sufi Mesir adalah suatu jaringan strategis bagi menangani isu berkaitan tasawuf dan tariqat di Malaysia.

RANGKA KAJIAN

Kajian penyelidikan melibatkan review dokumen atau buku yang berkaitan sejarah dan rekod program sekitar tahun 2000 sehingga 2012. Begitu juga pengumpulan data maklumat, temuramah, kajian lapangan bagi menganalisis bentuk hubungan, jaringan, pengaruh, perkembangan dan kesannya terhadap manhaj jaringan Institusi Ulama Sufi Mesir di Malaysia, menyelidik faktor dan ciri-ciri penyelewengan diatas nama tasawuf dan tariqat dan analisis keberkesanan jaringan ini bagi mengatasi isu berkenaan di negara .

Aktiviti dan program akan direkod dan dikemaskinikan dari segi data, tokoh, karya kitab, wacana ilmu, sanad keilmuan, kajian kemasukan kitab-kitab dari Mesir ke Malaysia sepanjang tempoh masa tersebut dan senarai ajaran sesat bertopengkan tasawuf dan tariqat di dalam negara.

Wawancara akan dilakukan dengan agensi berkenaan di Malaysia dan soalselidik lepasan Mesir untuk memahami dan memantapkan kajian ini.

Seterusnya merangka kajian dengan berpandukan perkara di atas. Antaranya melalui kaedah kajian perpustakaan, majlis ilmu dan multaqa, wawancara dengan pihak agensi kerajaan, pusat pengajian, Badan Bukan Kerajaan (NGO). Wawancara dan temubual juga akan dilakukan terhadap para ulama yang datang ke Malaysia dalam tempoh bermulanya pengajian dan penyelidikan sarjana ini.

OBJEKTIF KAJIAN

Secara amnya penyelidikan ini bertujuan untuk melihat pengaruh, manhaj jaringan dan perkembangannya dalam melaksanakan program dakwah, keilmuan, pembangunan kerohanian dan jaringan ukhuwwah, memahami punca, faktor dan ciri-ciri ajaran sesat dan suatu cadangan bagi mengatasi isu ini. Secara khususnya kajian ini bermatlamat untuk :

i. Menganalisis pengaruh dan kesan serta peluang program dakwah dan keilmuan kearah pemantapan fahaman sunni dan pembangunan rohani ( hubungan perguruan dan keilmuan).
ii. Mengenalpasti manhaj dan bentuk jaringan dan hubungan antara Institusi Ulama Sufi dan personaliti ulama’.
iii. Mengenalpasti faktor sebenar yang mendorong kepada penerimaan dan perkembangan hubungan ulama’, Institusi Ulama’ Sufi dan kredibiliti tokoh ulama’ Mesir.
iv. Menganalisis manhaj dalam hubungan keilmuan dan pengamalan penghayatan agama antara ulama dan penuntut ilmu.
v. Mengenalpasti faktor dan ciri-ciri ajaran sesat dan bahaya penyelewengannya dari sudut akidah, syariat, sosial dan pemikiran kepada masyarakat.
vi. Mengenalpasti langkah-langkah yang boleh diambil oleh agensi kerajaan bagi mengatasi ajaran sesat yang bertopengkan tasawuf dan tariqat sufi dan pemantapan pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah dan pembangunan kerohanian.
vii. Memantapkan jaringan strategik kepada kerajaan dan negara dengan Institusi dan ulama’ Sufi bertaraf dunia dan muktabar.

METODOLOGI PENYELIDIKAN
i. Metodologi Pengumpulan Data
Pengumpulan data melalui kajian perpustakaan, borang soal selidik, temubual dan sebagainya. Kajian perpustakaan bidang utama akan tertumpu kepada karya sejarah, dokumen majlis, aturcara program, penulisan ilmiah, laman web, tesis dan sebagainya yang berkaitan dengan jaringan, Institusi Ulama dan tokoh ulama. Dan akan dianalisis secara kajian perpustakaan.

ii. Wawancara beberapa individu yang berkenaan dan penggunaan borang soal selidik akan diedarkan kepada mereka yang berkenaan seperti pegawai agama, pengamal tariqat dan pihak Badan Bukan Kerajaan bagi mengetahui bentuk jaringan dan kefahaman.

iii. Kajian juga melibatkan penyelidikan Cawangan Akidah, Jakim bagi mengenalpasti hujah dan ciri-ciri digunakan sebagai sandaran terhadap penyelewengan ajaran sesat diatas nama tasawuf dan tariqat. Iaitu bagi menilai kecenderungan laporan kajian. Analisis juga akan melibatkan dan mengenalpasti sumber pengambilan dalil dalam laporan kajian Jakim sebagai rujukan dan panduan. Dan menilai sejauhmana proses kajian dan keberkesanan tindakan yang dilakukan melaui proses sedia ada.

iv. Kajian khas melibatkan Jabatan Mufti Negeri Sembilan terhadap inisiatif mengatasi penyelewengan tasawuf dan tariqat dengan pembentukan Enakmen Tariqat Tasawuf 2005 dan Jawatankuasa Khas yang dinamakan Ahli Jilsah Turuq Sufiah. Bagi mengenalpasti sejauhmana keberkesanannya dan maklumbalas terkini terhadap kesan pengawalan penyelewengan tasawuf dan tariqat dan bagi pengukuhan pembangunan kerohanian.

v. Metod Analisa Data
a) Menganalisa data melalui kaedah induktif iaitu menganalisa data-data khusus bagi mencari kesimpulan yang bersifat umum.
b) Kaedah deduktif membuat kesimpulan umum terlebih dahulu kemudian dikemukakan data khusus.
c) Kaedah komperatif iaitu membuat perbandingan daripada data samaada yang bersifat umum atau khusus dan dibuat perbandingan untuk mengambil kesimpulan.



RANGKA JADUAL KERJA

Kajian Penyelidikan ini dijangka mengambil masa tiga semester yang merangkumi perkara-perkara berikut :

i) Analisis kajian terdahulu
ii) Pengumpulan bahan / info program
ii) Kajian teks
iii) Kajian lapangan
iv) Kategori aspek kajian
v) Analisis intipati bahan
vi) Analisis sumber
vii) Analisis wawancara
viii) Penulisan & Pembentangan tesis







BIBLIOGRAFI
1. A.Aziz Deraman & Mohd Taib Osman,sunt.2000.’Tamadun Islam di Malaysia’ , Kuala Lumpur: DBP.

2. Abd Rahman Abdullah,1998.’Pemikiran Islam di Malaysia’, Kuala Lumpur: DBP & USM.

3. Abdul Rahman Hj Abdullah,2002.’Falsafah dan Kaedah Pemikiran: Perbandingan Pemikiran Barat dan Pemikiran Islam Dalam Menyelesaikan Masalah Manusia’, Kuala Lumpur: USM & Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

4. Abd Hamid Yunus,2006.’ Bagaimana Mengenal Ahli Sunnah Waljamaah’, Putrajaya: Jakim.

5. Abd. FatahHaron Ibrahim,1999.'Ahli Sunnah dan Wujudiyyah Batiniah', Putrajaya: Jakim.

6. Ahmad Sunawari Long, Zulazmi Yaakub,Sunt.2006.’Budaya dan Pemikiran Islam Mesir-Malaysia’, Bangi: Jabatan Akidah dan Falsafah, Fakulti Usuluddin, UKM.

7. Ahmad Zaki Hj Abdullah Latif, 2006.’Transformasi Gerakan Islah Dan Dakwah Di Timur Tengah dan di Malaysia’, Shah Alam: UPENA, UiTM.

8. Ahmad b. Mohd. Zain al-Fathoni,1354H.’Hadiqatul al-Azhar Wa Rayahin’, Pulau Pinang: Matbaah Parsama Press.

9. Angel Rabasa, Cheryl Benard, Lowell H.Schwartz, Peter Sickle,2007.’Building Muslim Moderate Network’, Pittsburgh : Rand Corporation.

10. As’ad al-Khatib,’1996.' al-Butulah wal Fida’ Inda Sufia; Damsyik: Dar al-Fikr.

11. Azyumardi Azra,2005.‘Jaringan Ulama Timur Tengah dan Nusantara, Bandung: Mizan.

12. Bahagian Penyelidikan Jakim,t.t.'Fenomena Ajaran Sesat', Putrajaya: Jakim.

13. Carl W. Ernst ,2003.‘Tasawuf’’, Jakarta: Pustaka Sufi.

14. Cheryl Benard,2005.'Civil Democratic Islam :Partners, Resources & Strategies, Pittsburgh: Rand Corporation.

15. Chow Hou Wee/ Khai Sheang Lee/ Bambang Walujo Hidayat,2003 ‘Sun Zhu War and Management’, Singapore: Addison-Wesley Publishing Company .

16. C. Snouck Hungronje,Ter. J.H. Monahan,1970.’Mekka In The Latter part of The 19th Century’ Leiden: E.J. Brill.

17. Dato’ Sheikh Zakaria b. Hj Ahmad Wan Besar,2009.’al-Jawahir as-Sufiyyah’, Batu Caves: Mahzoom Books services.

18. Diane Darling,2003.’The Networking Survival Guide’ New York: Mc Grill Hill.

19. Dr. Majid Irsan Kaylani,2000.’Kebangkitan Generasi Salahuddin Dan Kembalinya al-Aqsa ke Pangkuan Islam’, Kuala Lumpur: ABIM & Thinker’s Library.


20. Dr Burhanuddin al-Helmy,2006.’Simposium Tasawuf dan Tareqat’, Seremban: Jabatan Mufti Negeri Sembilan, cet ke-2.

21. Dr Abdul Fattah Abu Ghuddah,1992.'al-Isnad Min ad-Din'. Damsyik: Dar al-Qalam.

22. Dr Abdullah Mohd Zain,’2005.'Fiqh Aulawiyyat dalam Pengurusan Negara’, Putarajaya: Jakim.

23. Dr Qasim Ali Saad,2010.'Qimatul al-Isnad', Beirut: Darul Basyair al-Islamiyyah.

24. Dr Mustafa as-Sibai,1998.’Sirah Nabawiyah Durus Wa Ibar’, Beirut: Dar Tauzi’ Wa Nashr Islamiah.

25. Dr. Amir an-Najjar’1997.'al-Turuq as-Sufiah fi Misr’, Kaherah: Dar al-Maarif.

26. Dr Mohammad Redzuan Othman,2006.'Islam dan Masyarakat Melayu, Peranan dan Pengaruh Timur Tengah'' Kuala Lumpur: Penerbit UM.

27. Dr Yusuf al-Qardhawi,1984.'Risalah al-Azhar Baina al-Ams wa al-Yaum wa al-Ghad Bimunasabah Intifal Biid al-Alfa' Kaherah: Matbah Wahbah.

28. Dr. Eaman Mohd Abbas,2002.’Sultan Abdul Hamid 2 & Kejatuhan Khilafah Islamiah (Peranan Gerakan Nasionalis dan Golongan Minoriti’, Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn Bhd.

29. Dr Abdul Halim Mahmood,2003.’ Al-Munqiz Min al-Dhalal LilHujjatul al-Islam al-Ghazali’, Beirut: Dar al-Jil.

30. Dr Miqdad Yaljan,1985.’Falsafah al-Hayah ar-Ruhiyyah’, Beirut: Dar as-Syarq.

31. Dr Said Abdullah Harib,'Jalinan hubungan diantara al-Azhar dan Alumninya', Multaqa Sedunia Alumni al-Azhar pada 15-18 Februari 2008 di KLCC, Kulala Lumpur.

32. Dewan Editor,2005.’Ensiklopedi Tematis Dunia Islam, Pt Ichtiar Baru Van Hoeve.Cet. ke-3.

33. F. De Jong,1978.’Turuq And Turuq-Linked Institutions in Nineteenth Century Egypt’, Leiden: E.J.Brill.

34. Hasan Kamil al-Multawi,1999.’as-Sufiah Fi Ilhamihim’, Kaherah: Majlis A’la Syuun Islamiah, Wazarah al-Auqaf.

35. Haim Hilman Abdullah,2005.‘Pengurusan Strategik’, Kuala Lumpur: Mc Graw Hill.

36. Hj. Abdul Hamid@Yusoff b Yunus,2006.’Penjelasan Terhadap Ciri-Ciri Ajaran Sesat Di Malaysia’, Putrajaya: Jakim.

37. Hj wan Mohd Saghir Abdullah,2000.’Penyebaran Thoriqat-Thoriqat Shufiyyah Mu’tabarah di Dunia Melayu’, Kuala Lumpur: Khazanah al-Fathaniyyah.

38. Hj Nik Azran Mohamad, Hj Mohd Mahadi Hj Isa,2005.’Gerakan Freemansory Musuh Dalam Menghancurkan Islam’, Kuala Lumpur: LaKhauf Resources.


39. Fauzi Mihd Abu Zid,1996.’ as-Sufiah Wal Hayat Muasoroh’, Kaherah: Dar al-Iman Wal Hayat.

40. Hj Muzaffar Dato’ Hj Mohamad, Tun Suzana Tun Hj Othman,2007.’Hakikat Mencari Landasan Akhir Zaman', Crescent News(KL) Sdn Bhd.

41. Hisham al-Talib, ter. Wan Izzuddin Sulaiman,1992’Panduan Latihan Bagi Petugas Islam’, Nurin Enterprise.

42. Ibrahim Mohamad'2009.'Membina Rantaian Berdasarkan Manhaj Tauhid Tasawuf' , Kuala Terengganu: Unit Penerbitan ITHAF.

43. Imam Abd wahab Syarani,t.t.’Lawaqih al-Qudsiah Fi Ma’rifat Qawaid as-Sufiah’, Kaherah: Maktabah al-Taufiqiah.

44. Jahid Sidek,1996.’ Sheikh Dalam Ilmu Tariqah’, Kuala Lumpur: Penerbit UM.

45. K.H. Sirajuddin Abbas,2006.’I’tiqad Ahli Sunnah Waljamaah’, Kota Bharu : Pustaka Aman Press Sdn Bhd..

46. Maimunah Aminuddin,2003.‘Asas Pengurusan Sumber Manusia’, Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

47. Mohd Fuad al-Baqi,1996.’al-Mu’jam al-Mufaras Lil Alfaz al-Quran as-Syarif, Kaherah: Dar al-Hadis.

48. Mohd Ikhsan,2005.’Memoptimumkan Potensi Minda’, Putrajaya: Bhg Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia.

49. Mahmud Saedon,1992.’Sejarah Perkembangan Tariqat/Tasawuf & Persoalan Mengenainya’, Kuala Lumpur: BAHEIS.

50. Yuana Ryan Tresna,2007.‘Muhamad SAW on The Art of War’, Bandung: Prossesio.

51. Mohd Zaidi Abdullah,2004.’ Hikmah al-Isyraqi’, Shah Alam: Kurnia Ilham.

52. Mohd Zaidi Abdullah,2006.’ Manifesto Intisari dan Rahsia Dalam Pemikiran Dan Pengawalan Islami’, Shah Alam: Kurnia Ilham.

53. Muhyiddin al-To'mie'1992.'an-Nur al-Abhar Fi Tabaqat Syuyukh al-Jamie' al-Azhar' Beirut: Dar al-Jil.

54. Mahfuz Mohd,2000.’Ahli Sunnah WalJamaah dan Cabaran Merentasinya’, Seremban: Jab. Mufti Negeri Sembilan.

55. Mohd Ridhuan b Alias, ‘Analisis Kelemahan Gerakan Islam Di Malaysia: Satu Pandangan’.

56. Mohd Sulaiman Yasin,1992.'Mengenal Ilmu Tasawuf 2' Kuala Lumpur: Jakim.

57. Mustafa Mohamad,1994.’ Mengenal Diri dan Wali Allah’, Kota Bharu: Pustaka Aman Press Sdn Bhd. Cer. Ke-21

58. Nikki R. Kiddie, Sunt. 1972.’Schloars, Saints and Sufis Muslim religious Institutions Since 1500’, California: University of California Press.

59. Prof Dr. Mohamad Redzuan Othman'Transmission of Knowledge From Egypt: The Role of al-Azhar In The Early Intelectual Development of The Malay Society in Pre-Independent 1957' Bangi: Persatuan Mahasiswa Islam Timur Tengah.

60. Prof Dr Hj Aboebakar Actjeh,2007.’Tarekat Dalam Tasawuf’, Kota Bharu: Pustaka Aman Press Sdn Bhd.

61. Muhammad Uthman el-Muhammady,1996.'Sejarah dan Konsep Ahli's-Sunnah Wal-Jamaah', Kuala Lumpur: BAHEIS, JPM.
62. R. Samuel Ferguson,’Meeting on The Road: Cosmopolitan Islamic Culture & The Politics of Sufism’ Bond University, Australia.

63. Roslin Syamsuri,1998.'Islam Secara Global’, Kuala Lumpur: Pustaka Ilmi.

64. Rumaizuddin Ghazali,’Aliran-aliran Pemikiran Islam Di Malaysia’

65. Sayyed Hossein Nasr,2003.’Ensiklopedi Tematis Spiritualitas Islam’, Bandung: Mizan.

66. Said Nursi,1992.’Kulliyyat Rasail an-Nur’, Turkey: Syarkat Soldzer LilNashr.

67. Solahuddin al-Tijani,1999.'al-Kanz fi Masail as-Sufiah' Kaherah: Haiah al-Masriah al-Amah Lilkitab.

68. Syed Naguib al-Attas,1963.’Some Aspects of Sufism as Understood and Practised Among The Malays’, Singapore: Malaysian Sociological Research Institute Ltd.

69. Syed Mohd. Naquib al-Attas,2002.’Risalah Untuk Kaum Muslimin’ Kuala Lumpur: ISTAC.

70. Syeikh Muhammad Said Chenaoui,'The Role of Sufism in Islam' The 7th General Conference of of Islamic Call, Libya. 7 Disember 2004.

71. Tun Suzana Tun Othman, Hj Muzaffar Dato’ Mohd.,2003.’ Sesungguhnya Tuhan Kamu Tidak Bermata Satu, KualaLumpur: Crescent News.

72. Tun Suzana Tun Othman, Hj Muzaffar Dato’ Mohd.2006.’Ahlul Bait (keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu’, Kuala Lumpur: al-Wasilah Enterprise.

73. Zainal Abidin Mohd,2002.’Pengurusan Strategik’, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.

74. Zainal Abidin Abbas,1993.'Ilmu Tasawuf'', Kota Bharu: Pustaka Aman Press Sdn Bhd. cet ke-5.


75. Wan Liz Wan Omar,1996.’Pengurusan Islam Abad ke-21’, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

76. Wan Liz Wan Omar,2000.’Gagasan Alaf Baru’ Kuala Lumpur: Thinkers Library.

77. Majlis Ijtima Ulama Pondok SeNusantara Kali Ke-2 pada 12-15 April 2007 di Yayasan al-Jenderami.

78. Multaqa Ulama Sedunia 10-12 Julai 2003 , Putrajaya.

79. Multaqa Sedunia Alumni al-Azhar pada 15-18 Februari 2008, Kuala Lumpur.

80. Seminar Tasawuf Negeri Sembilan 2002 dan 2004.

81. www.alazhar.edu.com
82. www.waag-alazhar.com
83. www.jabhaonline.org
84. www.aqidati.net.eg
85. www. eltsawofelislamy.com
86. www.Dar-alftaa.com
87. www.Islamwattan.com
88. www.almoslem.net
89. www.yayasansofa.com
90. www.yayasanaljenderami.com
91. www.Mindamadanionline
92. www.ns.gov.my/mufti








































BIDANG PENYELIDIKAN : AKIDAH

Tasauf: Antara syariat, hakikat dan tarekat


Tasauf: Antara syariat, hakikat dan tarekat

PADA minggu lepas, kita telah menekankan tentang tasauf sebagai ilmu yang membincangkan tentang rukun Ihsan dan juga hakikat agama Islam.

Kita juga telah menunjukkan bahawa istilah hakikat telah pun digunakan untuk merujuk kepada tahap keimanan yang tinggi yang dicapai oleh seorang yang benar-benar beriman.

Inilah yang tergambar daripada pertanyaan Nabi SAW kepada Muaz r.a yang telah kita petik serta hadis lain yang hampir sama isinya melibatkan seorang sahabat, Harithah r.a.

Formula utamanya adalah, syariat sebagai asas, manakala tarekat adalah wasilah dan hakikat pula ialah buah atau hasilnya. Tiga perkara ini sebenarnya saling melengkapi dan sebati.

Sesiapa yang berpegang dengan syariat, akan melalui tarekat, dan seterusnya akan sampai kepada hakikat. Tidak ada di antaranya pertentangan dan percanggahan.

Oleh kerana inilah, ahli sufi berkata di dalam kaedah mereka yang masyhur: "Setiap hakikat yang bersalahan dengan syariat, maka ia adalah zindiq".

Bagaimana boleh dikatakan hakikat menyanggahi syariat, sedangkan hakikat lahir daripada proses melaksanakan syariat? (Sheikh Abdul Qadir Isa, Haqaiq 'An al-Tasawwuf, H. 475)

Untuk menjelaskan hubungan di antara syariat dan hakikat, di sini dikemukakan satu contoh.

Misalnya solat; pergerakan dan perbuatan zahir berserta rukun-rukun dan syarat-syaratnya adalah faktor syariat yang menjadi jasad solat. Ada pun hadir hati bersama Allah di dalam solat pula merupakan faktor hakikat yang menjadi roh solat.

Amalan yang dilakukan dalam solat merupakan jasadnya, manakala khusyuk dalam solat adalah rohnya.

Apakah faedahnya jasad tanpa roh dan apakah hubungan di antara kedua-duanya? Sebagaimana roh memerlukan kepada jasad untuk mendirikan solat, begitu jugalah jasad memerlukan roh untuk tujuan tersebut.

Oleh kerana itulah, Allah SWT telah berfirman: Dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat. (al-Baqarah: 110). Solat tidak dapat dilaksanakan dengan sebenar-benarnya melainkan dengan roh dan jasad.

Oleh sebab itulah, di dalam firman Allah di atas, tidak disebut: 'solatlah', tetapi disebut 'dirikanlah solat'.

Daripada sini terdapat hubungan yang erat di antara syariat dan hakikat sebagaimana eratnya hubungan roh dan jasad. Oleh itu, orang Mukmin yang sempurna ialah yang menghimpunkan di antara syariat dan hakikat.

Inilah inti seruan para ahli sufi kepada umat manusia sebagai mengikut kesan dan jejak Rasulullah SAW dan sahabat-sahabatnya. (Isa, Haqaiq, H. 474)

Untuk sampai kepada kedudukan yang tinggi dan keimanan yang sempurna, seseorang perlu mengikut jalan tarekat, iaitu bermujahadah melawan nafsu, mendaki daripada sifat kekurangan kepada sifat yang sempurna dengan mendampingi guru mursyid.

Inilah jambatan yang akan menyampaikan seseorang daripada syariat kepada hakikat.

Berkata Imam sufi, Sheikh Ahmad Zarruq r.a: "Tidak ada tasauf melainkan dengan fikah, kerana tidak akan diketahui hukum-hakam Allah yang zahir melainkan dengan syariat. Tidak ada fikah melainkan dengan tasauf kerana tidak ada suatu amalan melainkan dengan siddiq (benar) dan bertawajjuh (mengadapkan diri) kepada Allah. Tidak ada kedua-duanya (tasauf dengan fikah) melainkan dengan keimanan, kerana tidak sah salah satu daripadanya tanpa iman.

"Jadi semuanya menjadi wajib pada hukum sebagaimana wajibnya jasad bagi roh. Tidak ada kewujudan bagi roh melainkan di dalam jasad sebagaimana tidak adanya kehidupan bagi jasad melainkan dengan roh, maka fahamilah". (Qawaid al-Tasawwuf, H. 4)

Tasauf dan tarekat

Istilah tarekat adalah antara istilah dunia tasauf yang sering cuba dimomokkan oleh sesetengah pihak. Seolah-olah semua tarekat sufi yang ada itu adalah sesat dan menyesatkan.

Ada buku terjemahan di negara kita yang menyenaraikan nama tarekat-tarekat arus perdana tasauf, menyatakan dengan berani bahawa semua tarekat ini mengandungi kesesatan!

Sebenarnya, tidak ada bidang dan ilmu yang tidak disusupi oleh mereka yang menyeleweng daripada arus perdana bidang tersebut. Begitulah tasauf dan tarekat.

Cuma jika kita merujuk kepada para ahli bidang tasauf, kita akan mudah membezakan tarekat yang benar dan tarekat yang palsu dan sesat.

Apakah sebenarnya tarekat? Menurut al-Jurjani r.h dalam kitabnya al-Ta'rifaat: "Tarekat adalah jalan yang khusus bagi ahli salikin (orang yang berjalan) menuju kepada Allah dengan melalui pelbagai rintangan dan peningkatan pelbagai makam". (Al-Jurjani, Ta'rifaat H: 94).

Mufti Mesir, Dr. Ali Jum'ah, dalam fatwanya yang berkaitan menyatakan bahawa tasauf adalah suatu program atau modul pendidikan yang menumpukan kepada penyucian diri manusia daripada segala penyakit hati yang menghijabnya daripada Allah SWT.

Beliau turut mentakrifkan tarekat sebagai madrasah yang menjurus kepada proses penyucian diri dan pembaikan akhlak sedangkan sheikh tarekat ialah individu yang dipertanggungjawabkan memimpin proses tersebut.

Tarekat-tarekat ini berbilang-bilang disebabkan beberapa faktor termasuk tabiat semulajadi manusia yang berbeza-beza. Ini seperti yang dapat kita perhatikan dalam berbezanya jawapan Nabi SAW apabila ditanya tentang amalan soleh yang paling utama.

Baginda SAW memberi jawapan yang sesuai dengan orang yang bertanya. Perbezaan ini juga berdasarkan pengalaman dan ijtihad yang berbeza dalam mentarbiyah diri yang dipunyai oleh para guru tasauf selagi ia tidak terkeluar batasan al-Quran dan sunnah.

Namun, ini tidak bermakna kita boleh merujuk terus kepada dua sumber ini untuk mengenalpasti proses pendidikan tasauf yang benar.

Dr. Ali Jum'ah menegaskan, seperti mana ilmu-ilmu lain memerlukan perantaraan para ulama untuk menggali ilmu tersebut daripada dua sumber utama ini, begitu juga kita perlu merujuk kepada para ulama tasauf untuk menggali ilmu tasauf.

Jika tarekat dalam ilmu tasauf itu difahami dalam konteks ini, maka ia akan kelihatan selari dan serasi dengan kerangka agama Islam.

Maka jadilah ia seperti kata-kata Ibnu 'Abidin r.h di dalam kitabnya yang masyhur, Radd al-Mukhtar: "Tarekat adalah jalan yang khusus bagi Ahli Salikin dengan mengharungi pelbagai rintangan dan melalui peningkatan makam-makam...Hakikat adalah musyahadah (menyaksikan) akan Tuhan dengan mata hati. Dikatakan juga, bahawa ia adalah rahsia maknawi yang tidak terbatas dan bertempat.

"Hakikat, tarekat dan syariat saling melazimi kerana jalan menuju kepada Allah mempunyai zahir dan batinnya. Zahirnya ialah syariat dan tarekat. Manakala batinnya adalah hakikat.

"Hakikat berada di dalam syariat dan tarekat sebagaimana pati susu yang berada di dalam susu. Pati susu tidak akan dapat diminum bersama air susu, sekiranya tidak digaulkan.

"Oleh hal yang demikian, maksud ketiga-tiga perkataan tersebut (syariat, tarekat dan hakikat) adalah mendirikan penghambaan kepada Allah sebagaimana yang dikehendaki daripada seseorang hamba". (Isa, Haqaiq, H. 477-478)


Houl Syekh Abd. Qadir al-Jilani



Kuala Lumpur-Tanggal 15&16 Mei, Yayasan al-Warisin yang dipengerusikan Syekh Afeefuddin al -Jilani telah mengadakan sambutan maulid Qutub Sufi al-Qadiri di Masjid Negara. Majlis ini dihadiri ramai tokoh ulama' antarabangsa dan dalam luar negara termasuk beberapa tokoh pemimpin negara dan juga YDP Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. majlis ini dihadiri ramai para ahbab sufi, tasawuf dan tariqat dari seluruh pelusok negara.
Majlis ini diisikan dengan qasadiah dan madih memuji Saidina Rasulullah SAW dan para ahli bait serta auliyaa' solihin bagi barakah dan menampilkan mahabbah kepada mereka. Sesungguhnya sambutan maulid ini begitu bermakna dengan kehadiran ramai ikhwan dari Singapura dan Indonesia bagi bersama menyemarakkan majlis maulid ini.
Budaya ini begitu elok bagi menyuburkan mahabbah kepada rasulullah, ahli bait, auliyaa' dan sesema ikhwan. Nur barakah majlis zikr dan maulid selawat juga merupakan instrumen penting kepada umat Islam bagi menghadapi ancaman fahaman bukan ahli Sunnah wal jamaah dan sumbangan strategis kepada negara tercinta. Mahhabah danbarakah para solihin amat penting bagi agenda ukhuwwah dan keamanan sejagat.
Semarakkan lagi sambutan maulid para ahli bait Rasulullah SAW dan auliyaa sepanjung tahun semoga watan ini terus mekar dengan panji Islam dan kesejahteraan. kepimpinan uli amri harus dibersamakan dan juga kalangan masyarakat. Antara tokoh ulamaMesir yang hadir dalam majlis ini ialah Prof Syeikh Ahmed Omar Hashim (Mantan Rektor Universiti al-Azhar, Anggota Institut Penyelidikan Islamiah al-Azhar, Anggota Niqabah as-Saadah al-Ashraf, Ahli Lajnah Ilmiah Majlis A'la Turuq Sufiah Mesir dan juga khalifah Tariqat al-Khalwatiah al-Ahmadiah.)
Semoga malaysia kukuh dengan tradisi Sunni ahli Sunnah wal Jamaah- Kullu Am bi Khair.