HAK KETUANAN BANGSA
MELAYU BERSENDIKAN SUMBANGAN DAN TAKLIFAN
Lima
justifikasi kukuh sejarah dan moral berkenaan ‘hak istimewa orang bumiputera
khasnya Melayu’.
"Pertama,
peranan orang Melayu adalah memberi
identiti kepada kawasan ini –“the role of identity giving’. Sebab orang
Melayulah maka tempat ini dipanggil ‘Kepulauan Melayu’, ‘Tanah Melayu’ atau
kemudiannya ‘Malaysia’. Tanpa peranan ini kita tidak ada identiti. A nation
without an identity, is not a nation. A person without a nation is lost. Sebab
itu kita ada passport, surat beranak dan kad pengenalan.
Kedua,
orang Melayu yang beragama Islamlah,
bukan sahaja telah memberi identiti tetapi membawa tamadun antarabangsa ke
rantau ini. Orang asli yang asal, walaupun mereka mempunyai keunikan dan
kelebihan tersendiri, namun 'they did not create a civilization of
international nature', sebuah tamadun yang bertaraf antarabangsa yang
menyatukan antara orang Minang, Jawa, Banjar, Bugis, Kelantan, Johor dan
sebagainya dengan satu bahasa (Melayu) dengan satu agama (Islam). Di peringkat
antarabangsa, tamadun ini menghubung kepulauan ini dengan India, Turki, China
dan Afrika melalui Islam dan sebagainya.
Ketiganya,
setiap darah yang tumpah; di laut, disungai, di pasir dan di bukit, demi
mempertahankan rantau ini daripada orang Siam,
orang Portugis, komunis, British dan Jepun, kebanyakannya adalah darah
orang Melayu dan Islam – 'to protect and preserve factor'. Bukan orang
lain."
Keempat,
seterusnya bila British membawa orang
India dan Cina datang ke sini, para nasionalis Melayu hanya menentang
British, mereka tidak mengganggu gugat orang Cina dan India. Malah mereka
menjadi tuan rumah (host) yang mesra. Mereka menjadi pelanggan (customer)
kepada penjual-penjual Cina dan India dan menjadi jiran-tetangga yang baik.
Kalau orang Melayu Muslim tidak memerintah yang baik, dan tidak menjadi
pelanggan yang baik maka orang-orang Cina dan India tidak boleh menjadi peniaga
yang berjaya sebab majoriti pelanggan adalah orang Melayu.
Ini
adalah dari sudut moral, kalau orang Melayu tidak bermoral sebagai
pentadbir-pelanggan dan jiran-tetangga, orang Cina dan India tidak boleh
berjaya kerana orang Melayu akan memeras, mengganggu, merompak dan sebagainya.
Kelima,
nasionalis Melayu tidak mengikis hak hak
tabi'i bangsa lain seperti agama, bahasa dan kebudayaan mereka. Jarang
jarang sekali kita dengar atau kita baca berita tentang sekolah, rumah, kuil
atau perniagaan orang orang Cina atau India diceroboh semata mata kerana
perbezaan bangsa dan agama mereka. Jarang jarang sekali kita terdengar orang
orang Cina atau India baik lelaki mahupun perempuan dibelasah atau perkosa
semata mata kerana perbezaan kaum atau agama. Jika berlakunya jenayah,
perlakuan tersebut bukan didorong sikap yang membencikan sesuatu kaum atau agama
tetapi sifat jahat yang asli.
(Profesor
Wan Mohd Nor Wan Daud dlm membahaskan 'Hak Bumiputera' Rujukan m/s 12-13,
Monograf Siri 6 Wacana Ilmiah 'Pembangunan di Malaysia Kearah Satu Kefahaman
Baru Yang Lebih Sempurna', terbitan INMIND (2002).)